Tuesday, 23 July 2013

novel : secret that nobody knows 3


“ Aku nak kau kahwin dengan aku,” seperti arahan Fariq meluahkan kata-katanya kepada gadis di hadapannya itu. Gadis itu memandang Fariq tidak berkelip. Seingatnya dia tidak pernah bertemu dengan jejaka di hadapannya ini.

“ Maafkan, saya. Awak ni siapa? Saya tak pernah jumpa awak pun sebelum ni,” terluah juga perkara yang berlegar di kepalanya yang berbalut itu.

Itu kau tak perlu tahu. Aku cuma nak kau kahwin dengan aku saja. Kau bolehlah beritahu parent kau,” ujar Fariq sambil badannya di kalih daripada memandang gadis itu. Dia memasukkan kedua tangannya ke dalam poket slacknya itu sambil membuang pandang ke luar jendela wad gadis itu.

Awak dah gila ke apa? Saya tak kenal awak la. Parent saya takkan senang-senang benarkan saya berkahwin dengan awak,” balas gadis itu separuh menjerit. Di pegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Dia menekan kepalanya perlahan. Badannya turut berasa sakit.

Itu tak penting. Aku sendiri yang akan berunding dengan parent kau. Aku akan pastikan mereka akan bersetuju,” ujar Fariq lagi tanpa menoleh sedikit pun ke arah gadis itu. 

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu wad itu terbuka. Muncul doktor bersama jururawat tergesa-gesa menuju ke katil gadis itu. Doktor itu memandang Fariq yang kelihatan selamba sedangkan gadis itu sedang bertarung dengan kesakitannya.

Maafkan kami, encik. Sila tunggu di luar. Keadaan pesakit tidak stabil buat masa sekarang,” pinta jururawat yang sedang bertugas itu. Fariq mengangguk lalu berlalu keluar. Dia masih akan datang ke sini sehingga gadis itu bersetuju untuk mengahwini.

Fariq akan pastikan gadis itu jatuh ke tangannya. Dia akan pastikan gadis itu takkan bahagia. Kerana gadis itulah, Airis pergi meninggalkannya. Menurut saksi yang menyaksikan tragedi itu, kereta gadis tersebut yang tiba-tiba datang dari arah bertentangan. Ketika itu, Airis terkejut dan tidak dapat mengelak. Lalu berlakulah perlanggaran di antara kereta Airis dan gadis itu. Airis tidak dapat bertahan dan menghembuskan nafasnya ketika dalam perjalanan ke hospital.

Fariq tidak menyangka malam itu adalah malam terakhir dia dan Airis bertemu. Juga malam terakhir mereka berborak. Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum majlis perkahwinan mereka akan berlangsung. Namun, Airis terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi. Alangkah terkejutnya Fariq apabila dia mendapat panggilan telefon daripada Encik Halim yang memberitahu pemergiaan gadis kesayangannya. Hatinya benar-benar hancur tatkala mendapat berita itu.

Sebaik mengetahui mengenai orang yang bertanggungjawab akan kemalangan itu, Fariq nekad untuk membalas perbuatan orang itu. Dia berjanji untuk membalas dendam. Hati Fariq sudah mati dengan perasaan kasih sayang sejak Airis pergi meninggalkannya. Yang tinggal hanya dendam kesumatnya.


Sebaik menerima panggilan dari hospital Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina segera ke hospital untuk bertemu dengan anak tunggal mereka, Arianna. Mereka menuju ke kaunter untuk bertanyakan wad Arianna dan suami isteri itu berlalu ke wad yang diberitahu jururawat di kaunter itu. Sesampainya mereka di situ, mereka ternampak seorang jejaka sedang berada di luar wad Arianna.

“ Assalamualaikum,” ucap Tan Sri Kasyfi kepada jejaka tersebut. Jejaka tersebut agak terperanjat.

“ Waalaikumsalam,” jawab jejaka itu sambil bersalaman dengan Tan Sri Kasyfi.

“ Kalau ikutkan nurse kat kaunter, ni wad anak saya. Kamu datang melawat orang yang kat dalam wad ni ke?” soal Tan Sri Kasyfi untuk memastikan mereka tidak tersilap wad.

Fariq mengagak mereka ini adalah ibu bapa gadis itu. Baik dia mengambil peluang ini untuk menjelaskan hal yang sebenar. Dia tidak mahu gadis itu lari. “ Memang encik tak salah rasanya. Saya memang datang melawat orang yang kat dalam tu. Dia kawan saya,” Fariq terpaksa berbohong.

“ Kalau macam tu jomlah masuk. Risau pulak uncle dengan keadaan anak uncle tu, “ ajak Tan Sri Kasyfi ramah.

“ Errr, uncle. Ada doktor tengah check anak uncle. Tadi keadaannya tidak stabil,” jelas Fariq jujur.
Sebab dia juga, gadis itu tidak stabil. Tan Sri Kasyfi mengangguk lalu menarik lengan isterinya untuk duduk di kerusi di sebelah wad itu. Fariq masih berdiri bersahaja dengan menyilangkan tangannya sambil bersandar di dinding wad itu.

“ Abang, kalaulah saya sorokkan fail yang abang bagi tu elok-elok, mesti Ria tak jadi macam ni,” terbit rasa bersalah di lubuk hati Puan Sri Harlina. Tan Sri Kasyfi mengusap lembut belakang isterinya untuk menenangkannya.

“ Benda dah jadi. Tak guna menyalahkan sesiapa,” balas Tan Sri Kasyfi. Fariq sudah merencanakan sesuatu di dalam mindanya. Dia akan meminta izin kedua ibu bapa gadis itu sendiri agar mereka mengizinkan anak mereka berkahwin dengannya.

“ Maafkan saya, uncle, auntie. Saya ada benda yang nak berbincang sedikit. Kalau saya tak mengganggulah,” Fariq mula berbasa basi.

Tan Sri Kasyfi mendongak sedikit memandang jejaka yang baru dikenalinya itu. “ Ada apa, ya?” soal Tan Sri Kasyfi. Fariq menarik nafasnya sebelum berkata.

“ Saya sebenarnya dah lama berkawan dengan anak uncle, so saya dah ambil keputusan untuk melamar anak uncle,” jelas Fariq sambil memandang Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina bersilih ganti.

Alangkah terkejutnya kedua orang tua itu. “ Tapi, Rianna tak pernah beritahu kat kami pun sebelum ni pasal kamu,” balas Tan Sri Kasyfi.

“ Mungkin dia tak sempat agaknya,” kata Fariq. “ Saya harap uncle izinkan saya berkahwin dengan anak uncle. Saya sangat sayangkan anak uncle,” bohong Fariq.

“ Baiklah. Uncle akan bagi peluang Arianna untuk menjelaskankannya dan barulah uncle and auntie akan pertimbangkan,” ujar Tan Sri Kasyfi. Belum sempat Fariq membalas, doktor dan jururawat keluar dari wad Arianna. Cepat-cepat mereka menuju ke arah doktor itu untuk mengetahui keadaan Arianna.

Setelah mendengar doktor itu memberitahu keadaan Arianna, mereka bertiga segera bertemu dengan Arianna yang sudah stabil itu. Tersenyum Arianna dengan kehadiran kedua ibu bapanya itu. Sebaliknya dia canggung dengan kehadiran lelaki yang tidak dikenalinya itu.

“ Sayang okay ke?” soal Fariq sambil tersenyum memandang Arianna. Senyuman yang penuh kepura-puraan. Pelik Arianna dengan gelagat lelaki itu. Ibu bapanya pula tidak berkata apa-apa. “ Sayang jangan risau. I dah bagitahu parent you pasal hal kita,” kata Fariq selamba. Bulat mata Arianna dek terkejut. Nasib baik dia sudah stabil. Kalau tak, mati tekejut dia di sini.

“ Betul tu, Ria. Kenapa tak cerita dekat daddy dengan mummy tentang hubungan kamu dan...,” Tan Sri Kasyfi memandang Fariq. Dia terlupa pula hendak bertanyakan nama jejaka kacak itu.

“ Rayyan, uncle,” beritahu Fariq. Lebih baik dia memperkenalkan dirinya sebagai Rayyan. Dia tidak mahu  menempah bala dengan memberitahu nama panggilan yang biasa digunakan. Mahu sakit jantung kedua ibu bapanya. Biarlah mereka tidak mengenali ahli keluarganya.

“ Patutlah Ria selalu tolak pinangan kawan-kawan mummy tu, ya. Rupanya dah ada yang lagi kacak,” usik Puan Sri Harlina.

Aduh! Semakin lama, semakin panas hati Arianna. Kalaulah kakinya ini boleh berjalan, mahu ditumbuk-tumbuk lelaki yang bernama Rayyan itu. Harap muka sahaja handsome tapi perangai macam hampeh. Kutuk Arianna di dalam hati. Mukanya yang putih itu sudah merah menahan geram.

“ Daddy nak tahulah, Ria memang nak berkahwin dengan Rayyan ke? Kalau Ria sudah pilih Rayyan sebagai suami, daddy dan mummy tak halang,” ujar Tan Sri Kasyfi. Fariq tersenyum senang. Disebabkan kebodohan bakal mertuanya, dia akan pastikan rancangannya itu berjaya. Bakal mertua? Kira jadilah tu.

Arianna menarik nafasnya dan dihembus perlahan. Dengan lafaz bismillah. “ Ria memang nak bagitahu tapi Ria sendiri terlantar kat sini. Ria memang nak kahwin dengan Ra...Rayyan,” perlahan Arianna menuturkannya. Fariq yang mendengarnya tercengang. Biar betul minah ni. Tadi bukan main dia menolak. Namun, dia bersyukur gadis itu sudah memberinya peluang.

Kalau tidak kerana perasaan bersalahnya kepada Rayyan, sudah tentu dia tidak akan bersetuju. Doktor yang merawatnya sebentar tadi merupakan sahabat baiknya. Dia mengetahui tentang Rayyan melalui doktor itu, Doktor Shiha. Alangkah terkejutnya Arianna apabila mengetahui gadis yang kemalangan dengannya itu sudah meninggal dunia. Doktor Shiha turut memberitahunya mengenai Rayyan atau lebih dikenali sebagai Fariq, Fariq Rayyan anak Datuk Rasyid.

“ Baiklah. Uncle nak Rayyan hantar family Rayyan masuk meminang sebaik Rianna pulih,” ujar Tan Sri Kasyfi.

“ Errr, uncle. Maafkan saya sebab family saya berada di luar negara sekarang. Nanti saya cuba bincangkan dengan mereka,” bohong Fariq. Keluarganya tidak boleh mengetahui hal ini. Itu namanya menempah maut. Sudahlah Airis baru sahaja meninggal dan kuburnya juga masih merah. Sekarang, dia pula nak berkahwin.

“ Tak apalah, daddy. Kita buat yang wajib sahaja. Ria tak mahu majlis yang besar. Ria tak suka,” tipu Arianna. Maafkan Ria, mummy, daddy. Kenapalah dia perlu hidup begini. Mungkin takdir yang membawanya ke sini. Dia redha. Arianna sudi untuk menerima segala apa yang bakal di hukum oleh Fariq untuknya.

“ Kalau dah itu kata kamu, daddy turutkan,” setuju Tan Sri Kasyfi dengan permintaan anak tunggalnya itu. Puan Sri Harlina turut bersetuju. Biarlah anak tunggal mereka itu bergembira.

“ Terima kasih, uncle, auntie,” ucap Fariq. Dia kemudiannya berdiri di sisi Arianna. “ Terima kasih, sayang. I promise that i will be the best husband for you,” ucap Fariq kepada Arianna. Sudah tentulah tidak ikhlas. Cuma berlakon di hadapan bakal ibu bapa mertuanya sahaja.

“ Bila kamu nak langsungkan?” soal Puan Sri Harlina. Walaupun majlisnya ringkas, dia masih perlu membuat persiapan.

“ Kalau boleh biarlah Ria sembuh sikit, eh. Paling kurang pun biar tu balutan pocong kat kepala Ria ditanggalkan. Hodoh pulak tengok pengantin yang dah macam pocong,” gurau Tan Sri Kasyfi.

“ Daddy ni kan. Berlapik la sikit nak buat lawak sarkas pun. Dahla Ria tidur sorang kat sini,” tukas Arianna perlahan. Tergelak mummy dan daddynya. Anak gadis mereka yang seorang ini memang penakut.

“ Holah, gurau aje. Bukan selalu dapat usik kamu. Alihnya kita pulak yang di usik,” kata Tan Sri Kasyfi sambil ketawa yang masih bersisa.

“ Jom la, bang. Tadi kata ada date dengan kekasih baru,” Puan Sri Harlina mencuit siku suaminya itu.

“Amboi sakan daddy sekarang ni. Ada date segala. Siap berteman lagi, huh,” usik Arianna.

“Ish, kamu ni. Ada date dengan nenek Arianna lah. Nenek nak buat majlis doa selamat untuk Ria,” balas Tan Sri Kasyfi.

“ Owh, itu kekasih lama. Majlis doa selamat apanya, daddy. Tuan punya badan kat sini tak sembuh lagipun, ha,” balas Arianna. Fariq masih tercegat di hujung katil sementara mummy dan daddy Arianna setia disisi anak perempuan kesayangan mereka.

“ Biarlah, janji Ria dah boleh bercakap, boleh lagi mengusik, itu dah buat kami bersyukur sangat. Kamulah satu-satunya harta yang kami ada. Nenek pulak ada kamu aje as her cucu. Tak ada yang lain lagi dah. Mummy tak dapat bayangkan kalau kamu pun pergi tinggalkan kami macam arwah abang. Silap hari bulan, wad gila tempat mummy agaknya,” ujar Puan Sri Harlina panjang. Tapi ada orang nak Rianna mati, mummy! Arianna memandang Fariq yang sedang memandangnya tajam.

“ Jomlah, mamanya. Karang mengamuk pulak umi kat rumah tu. Rayyan tolong tengokkan Arianna ya. Kami cuma boleh harapkan kamu aje sekarang ni,” kata Tan Sri Kasyfi sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Fariq. Kemudiannya dia memeluk dan mencium dahi Arianna. Puan Sri Harlina turut berbuat demikian. Sayu pula ingin meninggalkan anaknya yang seorang ini.

“ Uncle and auntie jangan risaulah. Saya teman Ar...Arianna hari ni,” janji Fariq. Dia masih cuba untuk menyebut nama gadis itu. Tadi dia ada terdengar Puan Sri Harlina menyebut nama penuh Arianna.
“ Terima kasih ya, Rayyan. Kami balik dulu,” pasangan suami isteri itu berlalu.


Kekok pula Arianna apabila dia berdua sahaja dengan Fariq. Segan sudah menerpa memandangkan hari ini adalah hari pertama mereka bertemu. Hari pertama dan lelaki itu sudah melamarnya. Arrrggghhh! Tension dibuatnya.

“Kenapa kau setuju nak kahwin dengan aku?” soal Fariq memecah kesunyian. Dia ingatkan gadis itu akan menolak lamarannya tadi.

“ Sebab saya sendiri yang rela masuk mulut harimau,” gumam Arianna perlahan.

“ Apa? Aku tak dengar,” kata Fariq sambil berjalan menghampiri Arianna. Dia berdiri betul-betul di sisi Arianna.

“ Erm, saya cakap saya memang suka pun main dengan harimau. Awak kan macam harimau. Tunggu masa aje nak terkam mangsa dia,” balas Arianna selamba.

 Matanya tidak berani bertentangan  dengan mata Fariq. Pandai pulak perempuan ni main-main! Fariq mencerlung memandang Arianna. Baginya gadis berani melawan setiap percakapannya.

“ Aku tak buat lawak sekarang ni. Cuba serius sikit, boleh tak? Tak pasal ada juga yang kena makan,” Fariq bersuara tegas.

“ Dah habis serius la ni. Saya tahu awak nak balas dendam pada saya. Saya yang sebabkan kematian bakal isteri awak kan, Encik Fariq Rayyan?” Arianna mendongak sedikit dan cuba mencari wajah kelat milik Fariq. Dia tahu nama aku? Musnah!

“ Kau kenal aku?” soal Fariq sambil merenung tajam anak mata Arianna. Arianna menunduk kerana malu kerana di tenung begitu.

“ Doktor tadi tu kawan saya. Dia yang bagitahu saya pasal awak,” balas Arianna. Fariq mengangguk lalu badannya di alihkan ke jendela.

“ Aku tak tahu kenapa aku bertindak macam ni. Mungkin aku tak boleh terima semua ni. Mungkin,” tidak semena-mena Fariq berkata begitu. Arianna terkebil-kebil. Boleh pula lelaki ni berlembut. Huh.

“ Betul ke parent awak kat oversea? I don't think so, Encik Rayyan,” duga Arianna.

“ Aku tak gila lagi nak beritahu dia orang pasal ni. Tak rela aku kena baham dengan harimau,” jawab Fariq sambil bergurau kecil. Dia tersenyum sinis. Belum sempat Arianna membalas kembali.


“ Assalamualaikum,” ucap seorang lelaki di pintu wad Arianna. Pantas Arianna memanggil Fariq yang sedang menjawab salam itu.

“ Awak, tolong ambil something yang boleh tutup kepala saya,” bisik Arianna.

 Fariq mencapai selendang yang terletak di dalam laci bersebelahan katil Arianna. Dia ternampak ada sesuatu yang berjuntai di laci itu. Tak sangka pula itu adalah selendang. Arianna cepat-cepat mengenakan selendang itu di kepalanya. Dengan aku tak apa pulak tak tutup, omel Fariq.

“ Maafkan kami mengganggu,” suara lelaki tadi akhirnya kedengaran sedikit jelas. Dia menunduk sedikit untuk menarik besi bagi menghalang kerusi roda isterinya itu bergerak. Terdapat seorang bayi comel di pangkuan isterinya. Baru dilahirkan agaknya.

“ Tak adalah. Encik ni siapa?” soal Arianna.

“ Saya Murad. Ini isteri saya, Khalijah. Dan ini anak kami yang baru lahir,” lelaki bernama Murad itu memperkenalkan dirinya dan keluarga kecilnya.

“  Owh, ada apa ya? Saya rasa saya tak pernah jumpa Encik Murad dan isteri. Staf daddy saya ke?” Arianna bertanya lagi. Fariq hanya memandang tetamu Arianna itu. Dia malas masuk campur urusan gadis itu. Seperti bodyguard Fariq berdiri di sisi Arianna.

“ Cik tak ingat kami ke? Errr...errr,” Murad memandang isterinya. Khalijah mengangguk sambil tangannya menarik lembut tangan suaminya. Ingin memberi semangat agaknya.

“ Kita pernah berjumpa, eh?” Arianna memandang suami isteri itu bersilih ganti.

“ Macam ni, kami datang sini sebab ingin memohon maaf di atas kesalahan saya. Kalau bukan kerana saya tergesa-gesa ingin menghantar isteri saya ke hospital, mungkin cik tak akan terlantar kat sini. Dan mangsa lagi seorang tu takkan meninggal dunia,” akhirnya terluah juga.

Arianna perasan akan tangan Fariq yang sedang dikepal itu. Harap-harap dia tak tumbuk Muradlah. Entah dari mana kekuatan Arianna, dia mencapai tangan Fariq yang sedang menahan geram itu. Fariq memandangnya tajam.

“ Relaks kejap. Saya nak dengar apa Encik Murad nak sampaikan. Tolong,” lembut suara Arianna mengalunkan kata-kata itu. Fariq sudah melepaskan tangannya yang dikepal tadi. Arianna menarik kembali tangannya apabila melihat lelaki itu sudah bertenang.

“ Ini suami cik?” Murad memandang Fariq. Dia perasan akan ketegangan Fariq sebentar tadi. Naik takut juga dia.

“ Saya, Arianna. Bukan suami saya, ini Rayyan. Dia bakal suami perempuan yang meninggal tu,” balas Arianna jujur. Alangkah terkejutnya pasangan suami isteri itu. Masing-masing menundukkan wajah mereka. Pucat.

“ Maafkan kami, Encik Rayyan. Kami tahu dengan memohon keampunan, kami tak dapat kembalikan bakal isteri encik,” Murad memberanikan dirinya.

“ Tahu pun kau,” keras nada Fariq bersuara. Dipandang pasangan itu seperti mahu ditelannya.

“ Encik Rayyan, sabar okay. Tak handsome lah marah-marah macam ni,” Arianna cuba bergurau. “ Saya tak salahkan Encik Murad pun. Jangan risau,eh,” kata Arianna. Arianna redha dengan apa yang sudah berlaku. Fariq membuang pandang ke luar jendela. Entah kenapa marahnya berkurang apabila mendengar kata-kata Arianna. Mungkin dia tahu bukan Arianna  penyebab kematian Airis.

“ Betul ke Encik Rayyan ni bakal suami Cik Airis?” Murad bertanya kepada Arianna.

“ Encik Murad tahu nama bakal isteri saya?” Fariq kembali memandang Murad. Suara yang keras tadi sudah mulai lembut.

“ Sebelum dia meninggal, kami sempat berbual. Err...maksud saya dia cuba membantu isteri saya yang tengah sakit nak bersalin time tu. Walaupun lemah, dia masih memberi kami semangat. Saya sempat juga bertanyakan namanya. Saya ingat ingin membalas budinya tapi saya tak sangka dia terlebih dahulu dijemput Ilahi,” ujar Murad.

“ Cik Arianna tak ingat ke masa kejadian tu? Kebanyakan saksi yang datang salahkan Cik Arianna sebab mereka ingat cik yang bersalah,” Khalijah memandang Arianna yang agak tercengang.

Dia bukan tidak ingat akan kejadian itu cuma dia tidak mahu membabitkan pasangan suami isteri ini. Arianna takut Fariq akan membalas dendam terhadap mereka. Biarlah dia sahaja yang menanggung.

“ Errr, mungkin trauma agaknya,” dalih Arianna.

“ Saya rasa sangat bersalah tak dapat membantu time tu, Saya tak sanggup nak tinggalkan isteri yang tengah sakit sorang-sorang kat situ. Apa yang dapat saya lihat Cik Arianna cuba untuk keluar dari kereta tapi tak boleh sebab kaki Cik Arianna tersekat kat kerusi pemandu,” jelas Murad.

Dia berhenti seketika sebelum kembali menjelaskan kembali keadaan ketika itu. “ Cik Arianna cuba lagi sambil menjerit dan akhirnya Cik Arianna berjaya. Awak cuba secepat mungkin merangkak ke kereta Cik Airis dan menarik badan Cik Airis jauh dari keretanya,” cerita Murad.

“ Suami saya berlari mambantu Cik Arianna. Beberapa saat kemudian, kereta milik Cik Airis meletup. Fahamlah saya, Cik Arianna cuba selamatkan Cik Airis daripada meletup sekali dengan keretanya. Mungkin Cik Arianna terbau petrol,” sambung Khalijah. Arianna diam. Fariq turut begitu. Dia sudah berdendam dengan penyelamat bakal isterinya. Timbul rasa kesalnya. Dia meraup rambutnya ke belakang.

“ Kau tak ingat apa-apa ke?” soal Fariq.

Arianna menggeleng kepalanya. Dia tidak mahu Fariq tahu dia mengingati setiap saat itu. Arwah Airis sangat menyayangi Fariq. Sebelum di bawa ke hospital, sempat Airis memberi nama kepada bayi Murad namun Murad tidak mendengar dek kerana cemas isterinya bersalin di situ juga. Arwah turut berkata sesuatu di telinga Arianna.

“ Tolong...cari...Fariq...dan cakap...saya...sayang dia...sangat-sangat,” ucap Airis perlahan sambil menahan kesakitan. Arianna hanya mampu mengangguk. Dan selepas itu Arianna pengsan. Sedar-sedar dia sudah berada di hospital dan muncul Fariq di hadapannya.

Kami suami isteri ingin memberi penghormatan kepada Cik Arianna bagi pihak Cik Airis untuk memberi nama kepada puteri sulung kami,” tutur Murad sambil mengambil bayi comel itu dipangkuan Khalijah dan dihulurkan kepada Arianna.

Arianna menyambut huluran Murad dan memangku bayi comel itu. Dia mengusap lembut wajah bayi itu. Kepala. Dahi. Mata. Pipi. Bibir. Lalu dicium penuh kasih sayang bayi itu. “ Puteri? Syafa Akira,” keluar satu nama dari mulut Arianna.

Menitis air mata Arianna saat menyebut sebaris nama itu. Itulah nama yang diberikan oleh arwah Airis kepada puteri comel itu. Nama watak dalam novel ' Sebenarnya saya isteri dia' setahunya kerana dia juga turut meminati novel itu. Fariq terperanjat apabila mendengar nama yang disebut oleh Arianna. Itu adalah nama impian dia dan arwah Airis untuk anak mereka kelak.

“ Syafa Akira? Sedap nama tu kan, sayang,” Murad mengusap lembut kepala isterinya.

Arianna masih menangis sambil tangannya mengusap lembut pipi bayi itu, Syafa Akira. Setelah puas menilik bayi comel itu, Arianna menyerahkan bayi kepada Fariq. Mungkin Fariq ingin mendukung bayi itu. Memang betul telahannya, Fariq mengambil bayi itu dari Arianna. Itu kali pertama Arianna melihat Fariq tersenyum. Handsome sangat. Hah, sudah. Jangan merepek Arianna! Pesannya sendiri.

“ Syafa Akira, huh? You look so cute,” lembut Fariq menuturkan kata-katanya itu. Kemarahannya sudah hilang apabila melihat wajah lembut milik bayi itu. “ Encik Murad, saya jadi bapa angkat Syafa Akira boleh?” tanpa memandang Murad, Fariq memohon keizinan.

“ Kami bangga sangat kalau Encik Rayyan nak ambil anak kami sebagai anak angkat encik. Seluruh hospital ni saya tadahkan,” balas Murad bersungguh-sungguh.

“ Terima kasih. Nanti bolehlah Encik Murad bagi alamat ya. Boleh saya pergi bermain dengan baby ni selalu,” ujar Fariq sambil mencium ubun-ubun bayi itu sebelum menyerahkannya kepada Murad.

Sayu Arianna mendengarnya. Dia berfikir sama ada ingin menyampaikan pesanan arwah Airis atau tidak. Selepas ini, mungkin dia tidak akan berpeluang bertemu dengan Fariq lagi memandangkan Fariq sudah mengetahui perkara sebenar.

“ Uit, jauhnya termenung. Dah sampai benua mana, Cik Arianna,” kata Fariq sambil melambai-lambaikan tangannya untuk menyedarkan gadis itu daripada lamunan.

“ Huh? Sorry,” ucap Arianna perlahan. Dia melepaskan keluhan. Namun perlahan.

“ Saya minta diri dulu ya. Isteri saya perlu berehat,” Murad meminta diri. “ Terima kasih juga sebab tak salahkan kami,” sambung Murad lagi.


Fariq dan Arianna hanya mengangguk dan menghantar pasangan itu dengan pandangan sahaja. Arianna membetulkan duduknya. Lenguh. Kakinya tidak boleh dilipat kerana kedua-duanya cedera. Hanya boleh dilunjurkan sahaja. Suasana menjadi beku kembali tanpa suara. Masing-masing melayan perasaan sebelum ada lagi tetamu yang datang.


3 comments: