Irine
bersiap ala kadar sahaja apabila Haji Radhi dan Hajah Syakirah memintanya
menemani mereka ke majlis perkahwinan anak kawan mereka dan juga merangkap
sahabatnya ketika dia menjadi model dulu. Cukup hanya baju kurung jenis kain
kapas berona biru muda tersarung di badan. Untuk tidak menampakkan terlalu simple, Irine turut mengenakan rantai
labuh. Rambutnya dibiarkan lepas dan turut memakai hair band. Nampak comel
sahaja.
Sebaik
tiba di rumah kenduri, keluarga Haji Radhi bersua muka dengan tuan rumah dahulu
sebelum ke meja makan.
“
Sampai pun kau, Radhi. Ingat tak datang dah tadi,” kata Datuk Sulaiman, sahabat
Haji Radhi.
“
Haih, mana boleh tak datang. Sibuk mana pun, sahabat kena utamakan jugak. Tak
gitu?”
“
Iya…iya. Eh, jemputlah makan dulu. Nanti kita berborak panjang lagi,” jemput
Datuk Sulaiman.
Haji
Radhi, Hajah Syakirah dan Irine bergerak ke meja yang masih kosong lagi tiga
kerusi itu. Memang rezeki merekalah kerana meja lain sudah penuh.
“
Maafkan saya. Ada orang ke duduk kat sini?”
“
Tak ada. Duduklah,” balas tetamu yang agak sebaya dengan Haji Radhi itu. Haji
Radhi, Hajah Syakirah dan Irine menarik kerusi dan melabuhkan punggung mereka
di situ.
“
Irine?” Irine mengangkat wajahnya yang sedari tadi asyik sangat membalas mesej
dari Sofea.
“
Boss?”
“
Eh, kamu berdua kenal ke?” soal Haji Radhi.
“
Nilah boss baru Lea, abah, ammi,”
maklum Irine.
“
Lah, ye ke? Kecil jugak dunia ni ya,” kata Haji Radhi.
“
Ha’ah. Saya, Albar. Ini isteri saya, Wahida. Dan dua orang buah hati pengarang
jantung kami, Faris dan juga Farisya,” Tengku Albar memperkenalkan ahli
keluarganya kepada Haji Radhi sekeluarga.
“
Saya, Radhi. Syakirah, isteri saya dan puteri bongsu kami, Irine Azalea,” Irine
tersenyum nipis. Nama penuh dia, si abah beritahu.
“
Kenalan Datuk Sulaiman ke?” tanya Tengku Albar ramah.
Izale
pula asyik memerhatikan Irine yang sangat berseri dengan penampilan barunya.
Nampak comel dalam persalinan baju kurung itu. Farisya yang menyedari abangnya
yang asyik dok usha anak dara orang
itu, menyenggol pinggang Izale.
“
Kawan masa sama-sama buat haji beberapa tahun lepas. Lepas balik sini, selalu
juga berjumpa,” jelas Haji Radhi.
“
Oh, maknanya kita ni pernah buat haji sekalilah ya? Sebabnya, saya pun kenal
Datuk Sulaiman masa pergi buat haji beberapa tahun lepas jugak…”
“
Iya? Tak perasan pulak saya. Mungkin masa tu ramai orang agaknya,” balas Haji
Radhi.
“
Jadi, Irine ni kerja kat TFI Holdings lah ya?”
“
Ha’ah, dah dua tahun pun,” jawab Irine sambil tersenyum. Hajah Syakirah dan
Tengku Wahida hanya berbalas senyuman.
“
Tak perasan pulak, saya ada staff
secantik ni,” Tengku Wahida mengerling suaminya. Ini macam nak menggatal saja.
“
Itu maksudnya ramai lagilah orang yang cantik-cantik kat dalam company tu. Sebab tu tak perasan,” Irine
berkata dalam nada bersahaja.
“
Alah, humblelah pulak,” sampuk Izale.
Tengah nak cari pasallah tu.
“
Memang pun. Tak tahu lagi ke?” balas Irine sambil buat muka.
“
Tak tahu pulak. Bekas model, Irine ni, pa. Tapi, Ris tak pernah jumpa pulak kat
mana-mana fashion show,” Irine
menjegilkan matanya kepada Izale.
“
Oh, bekas model. Kenapa Irine berhenti jadi model?” tanya Tengku Wahida.
Nadanya macam kurang suka dengan pekerjaan Irine dahulu. Hajah Syakirah seakan
mengerti nada kurang senang Tengku Wahida.
“
Dah sampai masa untuk saya resign.
Lagipun, jadi model ni perlukan banyak commitment.
Irine dah puas dengan kerja tu,” Irine menjawab soalan Tengku Wahida tenang.
“
Baguslah. Lepas ni bolehlah Irine nasihatkan sikit Arisy ni. Tak larat nak
berleter dah,” Semua di situ ketawa. Cuma, Farisya sahaja dengan muka cemberut.
Tidak puas hati dengan guarauan kasar mamanya.
“
Kenapa, Wahida? Awak tak suka dia jadi model ke?”
“
Memang tak suka, Syakirah. Susah sangat nak lekat kat rumah. Kita ni sebagai
ibu, mestilah risau kan. Entah makan ke tidak, cukup ke tidur. Sampaikan nak
habiskan masa bersama pun tak sempat,” luah Tengku Wahida. Begitu rupanya.
“
Aduh, mama ni. Dah Arisy suka job ni.
Cuba Arisy tak suka, memang taklah nak jadi model segala ni,” celah Farisya.
“
Kalau dah suka ni, memang susah sikitlah nak stopkan dia. Tak apa, Albar, Wahida…lama-lama nanti Farisya dah
bosan, berhentilah tu,” Haji Radhi memberi pandangan.
“
Harapnya begitulah. Setiap kali ada show,
si abang ni yang jadi mangsa kena tolong tengokkan dia. Kita kat rumah ni
tentulah risau,” Tengku Albar mengerling puteri bongsunya.
“
Irine minat ke jadi model ni? Auntie teringinlah
jugak nak tahu…”
“
Hmmm…suka sangat. Maybe masa kecil
dulu Irine selalu ikut ammi pergi fashion
show kot,” Hajah Syakirah
tergelak kecil. Memang dia yang mendedahkan Irine ke dunia modeling kerana ketika itu dia merupakan salah seorang fashion designer.
“
Syakirah pun model jugak ke?” soal Tengku Wahida dalam nada terkejut.
“
Hesy, taklah. Saya dulu, fashion designer.
Tapi sekarang ni dah pencen. Duduk rumah jaga cuculah. Jadi fashion designer untuk cucu-cucu pulak,”
ujar Hajah Syakirah.
“
Patutlah Irine minat dengan modeling
ni. Rupanya ada pendorong. Baguslah sekarang ni dah berhenti. Ada juga ruang
untuk keluarga,” kata Tengku Albar yang tadinya hanya mendengar sahaja.
“
Alhamdulillah, Albar. Kebetulan dia berhenti masa kami berdua balik dari buat
haji, memang bersyukur sangatlah,” Haji Radhi meluahkan rasa gembiranya.
Irine
melebarkan senyuman. Seketika kemudian, seorang lelaki menghampiri meja mereka
sambil menatang dulang berisi makanan. Sengaja Datuk Sulaiman menerapkan majlis
perkahwinan anak perempuannya lebih kepada gotong-royong. Barulah ada perasaan
seperti berada di kampung.
Selesai
sahaja Irine makan, dia meminta diri untuk berjumpa dengan pengantin. Izale dan
Farisya juga turut bangun dan berlalu ke khemah pengantin.
“
Kak Irine, dulu kak Irine under agency
mana?” soal Farisya.
“
Judy’s Agency. Tahu?”
“
Gilalah. Famous kot agency tu. Arisy pun kalau boleh
teringin sangat nak masuk agency tu,”
Izale membesarkan matanya.
“
Jangan nak merepek. Tak larat abang nak ikut kau pergi semua show tu, dik,” Izale menggelengkan
kepalanya tanda tidak sanggup. Farisya mencebik.
“
Apa kata Arisy try ElCee’s Top Model?”
“
Tak pernah dengar pun sebelum ni, kak,” Farisya buat muka blur.
“
Mestilah tak pernah dengar. ElCee’s Top
Model ni untuk model yang lebih suka dengan gaya muslimah. Salah seorang model
dia orang, pengantin kita hari nilah,” Irine menalakan tangan kanannya kepada
pengantin perempuan. Mahu tak terperanjat si pengantin kerana tiba-tiba jadi
topik bualan si Irine ni.
“
Apanya ni, Cik Irine?”
“
Ni hah. Aku famouskan butik kau,
Elia,” jawab Irine sambil tersenyum.
“
Ye ke? You pun ada, Izale? Farisya
pun. You all datang sekali ke?” soal
Elia. Wajahnya berseri-seri. Seri pengantinlah katakan. Tambahan pula, Elia
juga merupakan model di butik miliknya sendiri.
“
Taklah. Family aku datang dulu.
Barulah family cik ni,” Izale
menjawab terlebih dahulu.
“
Oh, gitu. Dah makan?” Ketiga-tiga mereka mengangguk serentak.
“
Husband you mana? Tak nampak pun,”
Izale melilaukan matanya mencari pengantin lelaki.
“
Ada kat depan sana. Kawan-kawan dia baru sampai,” beritahu Elia.
“
Arisy tak tahu pun kak Elia ada butik? Baru buka ke?”
“
Taklah. Dah dua tahun lebih. Arisy sibuk sangat ni sampai tak sempat nak usha
mana-mana butik. Masa perasmian butik tu, kak Elia tak kenal Arisy lagi kot.”
“
Tengku Izale pun ada?” Irine tergelak apabila melihat Izale hanya berdiri
statik di tempatnya. Mungkin terkejut dengan sapaan itu. Hanya staf TFI
Holdings sahaja yang memanggilnya, Tengku Izale.
“
Kau pun ada, Rinrin. Sibuk aje,” Kecil besar aje aku tengok kau, gumam Irine di
dalam hati.
“
Korang kenal ke?” soal Elia pelik.
Dia memang tahu sepupunya, Diana bekerja dengan syarikat Tengku Albar. Tapi,
tidak pula dia tahu Izale dan Irine turut mengenali Diana.
“
Uishh, apa tak kenalnya minah kepoh
ni. Paling bising kat office,
dialah,” balas Irine selamba.
“
Eleh, kau jealous sebab aku famous kat office tu kan. Ni aku pelik. Macam manalah kau boleh datang dengan
Tengku Izale ni,” Nak bergosiplah tu. Tengoklah esok, pasti riuh satu office pasal Izale dan Irine pergi
majlis perkahwinan sepupunya sekali.
“
Famous dengan mulut kau yang tempayan
tu buat apa. Buang masa aje,” Irine masih belum mengalah. Sudah lama dia geram
dengan Diana ni. Dasar mulut laser.
“
Haih, sudah-sudahlah bergaduh tu. Tak puas lagi bergaduh kat office. Kat majlis macam ni pun korang nak bising jugak,” Izale pantas
cuba meleraikan pergaduhan di antara Irine dan Diana. Kalau dibiarkan nanti,
habis musnah majlis si Elia ni.
“
Entah dia ni. Tengku janganlah marah. Biasalah, kita orang ni bergaduh manja
aje. Kan, Rinrin?”
“
Tak ada masa nak gaduh manja dengan kaulah,” Hilang terus mood Irine melihat wajah Diana yang suka mengada-ngada tu.
“
Irine, kau free tak bulan depan?”
“
Bulan depan? Tak surelah. Kenapa?”
“
Bulan depan aku nak rasmikan cawangan ElCee’s
Top Model kat Melaka. Tapi, aku tak jumpa lagi model yang sesuai untuk gaun
special aku tu. Dah alang-alang jumpa
kau kat sini, boleh aku tempah kau awal-awal,” Mahu terbeliak mata Diana.
Sepupunya tidak tahukah? Dia juga layaklah!
“
Eheh, apa kata kau ambil aje Arisy. Lebih kurang sama aje kita orang ni,” Irine
cuba menolak cara baik. Dia belum berminat lagi untuk berkecimpung kembali
dalam dunia modeling.
“
Kenapa kau tak bagi aku aje, Elia?”
“
Kau tak sesuailah, Diana. Kalau kau kurus sikit lagi, aku bagi kau jadi model
butik aku…”
“
Menyampahlah kau. Panas pulak, lama-lama kat sini. Aku masuk dululah. Jumpa
esok ya, Tengku,” Izale hanya tersenyum.
“
Kau dengan Diana memang selalu bergaduh ke kat office?”
“
Selalu sangat, Elia. Ada sekali tu, dia sabotaj aku punya paperwork. Mahu tak angin satu badan aku ni. Tak habis-habis nak
cari pasal,” Elia hampir tergelak kuat. Tapi dia masih ingat di mana dia
berada. Nanti apalah kata tetamu, melihat pengantin perempuan ketawa macam mak lampir.
“
Dia dengki kat kak Irinelah tu. Entah-entah nanti jadi bestfriend forever. Mana tahu,” sampuk Farisya.
“
Lebih baik macam tu daripada dok
dengar suara dua orang ni bergaduh. Sakit telinga. Kalau suara tu perlahan tak
apa, ini satu office dengar. Nasib
baik department lain tak boleh dengar
suara yang tak berapa nak merdu tu. Malu Tengku Faris Izale ni sebagai boss,” tempelak Izale perlahan.
“
Amboi, boss. Mengadu nampak. Tuan
punya badan ada kat depan boss ni,”
Irine mengerdipkan matanya.
“
Eh, maaf. Terlupa pulak,” Farisya dan Elia tergelak kecil. Comel pula tengok
Izale dan Irine bergaduh kecil.
“
Dahlah, malas nak layan. Aku balik dululah, Elia. Abah dengan ammi aku dah
tunggu tu. Malam ni nak pergi rumah abang aku pulak,” Irine menarik tangan
Elia.
“
Iyalah. Nanti kalau si Tengku Faris aka
boss kau ni bagi cuti, datanglah butik aku. Boleh sembang lama,” pesan
Elia.
“
Tahun ni tak ada cuti. Harap maklum,” Izale menjeling Irine.
“
Tak nak bagi cuti pun tak apa, boss.
Cuti tahun kita banyak lagi,” Farisya ketawa lepas.
“
Bukan kak Diana aje yang suka cari gaduh. Abang Ris pun sama rupanya,” Izale
meluku kepala Farisya perlahan.
“
Tahu tak apa. Balik dulu,” Irine memeluk Elia dan turut bersalam dengan Farisya
sebelum beransur pulang.
Izale
menghempas punggungnya ke kerusi kuat. Mahu naik tekanan darahnya kalau
hari-hari begini. Masuk saja office,
semua stafnya asyik bergosip pasal dia dan Irine. Tak guna punya si mulut
tempayan ni. Izale melonggarkan sedikit tali lehernya supaya udara boleh masuk.
“ Boss,” panggil Irine dalam nada
berhati-hati. Takut dia pula kena sembur dengan Izale.
“
Ada apa?”
“
Maaf. Tadi saya ketuk pintu boss
banyak kali, tapi boss tak jawab.
Sebab tu, saya masuk terus. Cik Puan Linda minta boss jumpa dia lunch nanti,”
Izale melepaskan keluhan berat.
“
Sejak bila pulak kau jadi secretary
aku ni?” soal Izale dalam nada tegas.
“
Since boss ajak saya pergi jumpa that annoying women last week. Dia call boss, tak berangkat. So, dia hubungi saya,” jelas Irine.
“
Okay. Kejap lagi aku call dia balik. Anything else?”
“
No. Tapi, boss okay ke?” tanya Irine
perlahan.
“
Okay aje,” jawab Izale malas. Matanya
ralit memandang gambar keluarganya di atas meja.
“
Erm, okay. Saya keluar dulu. Make sure boss call Cik Puan Linda tu
ya,” Sebelum keluar. Irine mengingatkan Izale sekali lagi.
“
Macam mana? Tengku marah tak?” tanya Azyan sebaik Irine kembali ke mejanya.
“
Macam okay. Tapi, muka dia nampak
tegang. Cik mulut tempayan tu dah pergi mana? Irine tak nampak pun dia,” Irine
menarik helaian kertas dari dalam laci mejanya.
“
Pergi mana lagi. Pantrylah. Siapa
suruh mengata boss lagi? Bila kena
marah teruk, reti pulak menangis bagai. Itulah namanya, bergosip tak hengat dunia,” balas Azyan. Walaupun
mulutnya berbual dengan Irine, tumpuannya masih pada kerja. Meja mereka hanya
bersebelahan sahaja.
“
Kesian jugak Irine tengok dia kena marah teruk tadi. Maybe boss pun tak ada mood
kot pagi ni. Dengar pulak gosip pasal dia, mahu tak bengang. Kalau Irine
pun bengang jugak, tapi Irine ni kan cool.
So, tak adalah sampai nak touché si Diana tu,” kata Irine panjang.
“
Kalau Irine yang touché dia, memang
dia berani balas balik. Kak Yan sure
sangat. Memang Irine dengan tengku pergi kenduri tu sekali ke?”
“
Taklah, kak Yan. Irine pergi dengan family
Irine. Boss pulak pergi dengan family dia. Kita orang terserempak kat
meja makan. Itu pun boss yang tegur
dulu. Lepas tu baru family kami
kenal-kenal. Kebetulan pulak, parents
kita orang pergi buat haji sekali. Masa Diana ternampak kami tu, kami tengah
berbual dengan sepupu dia,” jelas Irine dengan jelasnya. Takut timbul salah
faham pula nanti.
“
Patutlah. Itulah orang kata, nak bergosip apa pun pastikan gosip yang
disampaikan tu benar. Boleh timbul fitnah kalau cerita yang disampaikan tu tak
betul,” hujah Azyan pendek.
“
Betul tu, kak Yan,” sokong Irine.
“
Irine,” Irine mendongak. Terkejut melihat jejaka kacak di depannya kini.
“
Boss? Ada apa?”
“
Nanti teman aku jumpa Linda. Tunggu aku kat bawah pukul dua belas setengah. Aku
keluar jumpa client dulu. Make sure jangan lambat,” Irine hanya
mengangguk. Hendak menolak takut si Izale ni berangin lagi. Tak sanggup lagi
nak tengok muka singa Izale lagi.
Izale
terus berlalu keluar dari office setelah
meninggalkan pesan kepada Irine.
“
Kenapa Tengku tak ajak Kamalia aje? Irine bukan secretary Tengku pun,” Azyan bingung seketika.
“
Memanglah bukan, kak Yan. Boss tak
suka client kita yang ni. Irine
perasan client ni suka dok menggoda boss,” Kau pula yang bergosip ya, Irine.
“
Patutlah. Tengku kan alergik sikit dengan perempuan yang suka menggoda ni…”
“
Iya ke, kak Yan? Wah, isu best ni,”
Irine ketawa kecil. Seronok apabila mengetahui kelemahan Izale. Patutlah Izale
meminta bantuan Irine ketika menghadiri fashion
show minggu lepas.
nak lagi best xD
ReplyDelete