“
Assalamualaikum, ammi,” Irine memberi salam.
“
Waalaikumsalam. Dah makan?”
“
Dah. Ammi dengan abah bertolak pukul berapa ni?”
“
Lepas maghrib. Tapi nak kena pergi dah ni. Balik kampung naik flight. Abah malas nak drive,” Irine hanya menganggukkan
kepalanya.
“
Where is Danish? I take him…”
“
Ada kat atas. Baru aje tidur. Lea pergi pasang baby sit dulu. Nanti ammi ambil Danish,” suruh Hajah Syakirah.
Irine pantas mengambil baby sit di
tepi pintu. Semua kelengkapan Danish sudah siap di pintu.
“
Kalau Danish buat perangai, Lea call
abah. Tak pun abang Qi,” pesan Haji Radhi.
“
Iya, abah. Abah dengan ammi take care
kat sana. Kirim salam dekat tok aki eh…”
“
Iyalah. Meh abah tolong,” Haji Radhi mengangkat raga berisi makanan Danish dan juga
beg baju bayi berusia sebelas bulan itu.
“
Dah siap pasang?” Muncul Hajah Syakirah yang sedang mendukung Danish di muka
pintu.
“
Dah. Kat sit depan…”
Hajah
Syakirah meletakkan cucunya ke dalam baby
sit dengan penuh berhati-hati. Takut bayi itu terjaga. Susah pula Irine nak
memandu nanti.
“
Jaga diri. Insya Allah, lusa nanti abah dan ammi balik. Jaga Danish elok-elok,”
Irine memeluk amminya.
“
Alright, ammi. You take care too. I love you,”
Hajah Syakirah mencium pipi anak perempuannya. Kemudian Irine memeluk Haji
Radhi pula.
“
Hati-hati bawa kereta tu…”
“
Okay, abah. Lea pergi dulu,” Irine
melambai kedua ibu bapanya sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Keesokannya,
Irine membawa Danish ke shopping mall.
Alang-alang Danish ada bersama, bolehlah dia berbelanja untuk anak saudara
kesayangannya itu. Selalunya dia membeli barang mainan sahaja. Nak belikan
baju, dia kurang pasti saiz Danish. Baju yang dia beli bulan lepas sahaja dah
tak boleh pakai. Danish membesar cepat sangat. Setiap bulan kena beli baju
baru. Memang patut orang kata perbelanjaan bila dah ada anak sangat banyak.
Harga susu dan pampers sahaja dah
tinggi.
Irine
menolak stroller ke dalam kedai
barang kelengkapan bayi. Teruja pula tengok barang-barang bayi yang comel itu.
Sekali, Danish yang teruja. Barang-barang dia kan. Irine membelek beberapa
helai baju untuk Danish. Si kecil juga sudah pandai demand. Semua baju yang disua Irine ditolaknya. Irine mendukung
Danish dan menyuruh si kecil itu memilih sendiri baju kesukaannya.
“
Ah, cute,” Irine mengangkat wajahnya
dan orang pertama yang dia nampak, si mamat annoying!
“
Anak ke ni?” soal perempuan di sebelah Izale. Wife dia ke ni? Irine tertanya-tanya sendirian.
“
Lebih kurang anak jugaklah. My nephew,
Danish,” Danish melambaikan tangannya. Mulutnya becok bersuara. Tapi satu apa
pun tak faham.
“
Oh, comel. Tembamnya,” Perempuan itu mencubit pipi Danish. Irine hanya
tersenyum.
“
Cik Lea, dah pilih?” tanya pekerja perempuan di kedai itu.
“
Dah. He just did it, Sofea.”
“
Eh, Danish dah pandai pilih sendiri. Mummy
Lea tak pandai pilih eh…”
“
Sofea, stop it,” Irine buat muka
kasihan. Dia malu kerana Izale asyik memandangnya sahaja dari tadi.
“
Okay, mem,” Sofea berlalu dari situ.
Rupanya Sofea yang merangkap bestfriend
Irine itu merupakan pemilik kedai kelengkapan bayi ini.
“
I wish I will have a baby one day,”
kata perempuan itu sayu.
“
Amin…”
“
Eh, lupa pulak nak kenal diri. I,
Anis. And ini my bestfriend, Faris,” Irine hanya menganggukkan kepala. Ceh,
buat-buat tak kenal pula. Den hengat
Anis ni wife si encik annoying tadi.
“
She’s my staff, Anis,” Irine
mencebik. Orang baru nak main rahsia-rahsia.
“
Lah, ye ke? Awak?”
“ I’m, Irine…”
“
I’m sorry. But I heard that girl called
you…Lea,” Anis mengutarakan kepelikannya. Anis ni memang lurus sikit.
“
Oh, Irine Azalea. My family and close
friend used to called me, Lea,” jelas Irine lembut. Dia berasa tenang
berbual dengan Anis. Wajah itu nampak lembut sekali. Tak lekang dengan
senyuman. Peramah pula tu.
“
Ris, kalaulah Anis ada anak…mesti best
kan?”
“
Anis, stop mention about that please.
Kata nak cari hadiah untuk ipar you,”
Anis mencebik. Geram dengan angin si Izale ni. Nak harapkan suami yang teman
jangan mimpilah. Awal-awal lagi dia dah pesan suruh ajak Izale saja. Dia tak
ada masa.
“
Lea, nak apa-apa lagi tak?” tanya Sofea.
“
Erm, baby nak apa lagi? Tunjuk aje.
Kita suruh auntie Sofea belanja ya,”
Sofea mencekakkan pinggangnya.
“
Amboi kau. Aku bagi free bila kau ada
anak aje nanti,” balas Sofea.
“
Whatever. Cakap sayang Danish, takkan
tak boleh belanja. Kan, baby,” Danish
menyahut. Namun hanya mampu ‘aaaaa’
sajalah. Baru nak masuk setahun memang tak pandai cakap lagi kan. Irine
menghulurkan kad kreditnya kepada Sofea.
“
Irine,”
“
Yes?”
“
How about lunch sekali dengan kita
orang?”
“
Lunch? Boss tak takut ke orang
mengata boss,” balas Irine
perlahan.
“
Kata apa pulak?”
“
Eh, dia tu keluar lunch dengan dua
orang binilah. What a great phenomenon?”
Izale ketawa perlahan. Pandai si ex model
ni buat cerita panas.
“
So…you’re my ‘wife’lah sekarang kan. That was sooo cute to have a baby before
married,” Irine menampar lengan Izale kuat.
“
Shuhhh, you dared said that in front of
my baby…”
“
What’s wrong? He love that what. See,”
Memang seronok pun. Asyik meloncat saja si Danish tu dalam dukungan Irine.
“
Ris, I’ve found the present,” Anis
menghampiri Izale. Dia sebenarnya cemburu melihat Izale seakan mesra sahaja
dengan Irine. Itu bukan mesra Puan Anis oi. Tapi tengah cari pasal. Tunggu lagi
dua minit meletus terus perang.
“
You’re so adorable, darling,” puji
Izale. Pandai Anis memilih set kelengkapan bayi dan juga beberapa pasang
stoking bayi.
“
Of courselah. Anis Juliana kan,” Anis
tersenyum manis.
“
Okaylah, boss. Saya pergi dulu,” Irine meminta diri setelah selesai membayar.
Dia meletakkan Danish ke dalam stroller.
Macam nak menangis pun ada apabila diletakkan dalam stroller.
“
Babe, nanti singgah lagi,” kata
Sofea.
“
Insya Allah. For my own baby pulaklah
eh,” balas Irine. Mereka ketawa kecil. Setakat cakap bolehlah. Entah bila si
Irine ni nak kahwin pun tak tahu.
“
Irine, you’re so lovable in that dress,”
Izale memuji perlahan. Irine tersentak. Dikecilkan mata memandang Izale. Ni
puji ikhlas ke perli. Malas nak ambil tahu. Dia hanya mengenakan petty chiffon casual short sleeve dress
bercorak dan cardigan hitam. Biasa
sahaja. Apa yang lovablenya? Tsk.
“
Thank you, boss,” ucap Irine sebelum
berlalu. Anis yang perasan itu berasa geram. Ingat kau tu bini dia ke apa nak
marah-marah. Huh!
Azyan
merenung Irine dari atas ke bawah. Bagaikan tidak percaya Irine di hadapannya
adalah Irine yang sama yang dia kenali. Mantan model yang berhenti kerana
menghormati title ibu bapanya sebagai
haji dan hajah. Dan kini merupakan
seorang eksekutif kewangan di TFI Holdings. Dengan penampilan Irine yang
berpakaian lebih sopan. Walaupun tidak bertudung, dia kini sudah menutup
bahagian yang pernah ditontonkan sebelum ini. Azyan gembira kerana Irine
mencuba untuk berubah.
“
Macam mana, kak Yan? Okay tak?” tanya
Irine ceria.
“
Okay sangat. You look so beautiful, dear. Orang dah cantik kan,” Irine memeluk
Azyan erat. Tenang rasanya apabila perubahannya diterima baik.
“
Ehem,” Azyan dan Irine tegak berdiri. Dipandang makhluk di hadapan mereka.
“
Ni kenapa? Nak nyanyi lagu Negaraku ke?” sindir Izale. Namun dalam nada
bergurau.
“
Hampir-hampir. Awalnya boss datang,”
kata Irine sambil mengemaskan mejanya. Azyan masih tercongok di situ.
Ditenungnya Izale. Wah, cair dibuatnya.
“
Kak Yan, apa yang tengok boss sampai
macam tu sekali?” Irine menggawangkan tangannya di hadapan mata Azyan. Kalau
dibiarkan, dipeluknya si Izale tu nanti. Tak ke naya.
“
Hah, sorry. Saja nak hayati ciptaan
Allah,” Azyan tersengih. Izale tersenyum. Selalu juga staff perempuannya begitu. Cuma, Irine sahaja yang biasa-biasa. Tak
lut dengan wajah dia yang tampan ni.
“
Azyan, saya nak awak siapkan laporan yang berkaitan dengan pembekal dari Jepun
tu. Saya nak esok dah ada atas meja saya. Dan Irine…ikut aku jumpa client,” Izale bersuara tegas. Tak tegas
nanti, staff pijak kepala.
“
Baik, boss,” Azyan mencapai fail di
rak belakang dan terus melakukan kerjanya. Irine pula bersiap untuk keluar
berjumpa pelanggan. Entah kenapalah eksekutif kewangan perlu keluar jumpa
pelanggan. Hairan juga dia.
Setelah
tiba di rumah pelanggan untuk melihat keadaan, Izale meminta agar Irine
mencatat segala kekurangan yang dia nampak. Senang nak diubahsuai nanti. Izale
menekan loceng rumah banglo tingkat itu. Irine masih lagi dengan kepelikannya.
Bukankah boss dia ni memerlukan
setiausaha? Bukannya dia. Haish, dah ada secretary
pun masih nak susahkan orang.
Pintu
pagar elektrik rumah banglo itu terbuka perlahan. Irine mula meneliti sekitar
kawasan yang boleh dilihat dari sudut dia berdiri. Semuanya okay. Kemas. Dia langsung tidak dapat
melihat kelemahan pada setiap sudut di hadapannya. Beberapa minit kemudian,
muncul seorang wanita dalam lingkungan 30-an menghampiri mereka.
“
Sampai pun you, Izale. I ingat you tak datang,” Hampir nak termuntah Irine mendengar suara manja client itu. Apa kes dok menggoda depan
dia ni?
“
So, which part…do you want us to renovate?”
Izale malas berlama di sini. Rimas rasanya. Kalau ikutkan dia, memang tak nak
dia terima semasa Linda, janda anak tiga ini memintanya untuk mengubahsuai
rumah wanita itu.
“
Relaxlah, Izale. We have the whole time for
us. So, this is your secretary?”
“
Meet my…future wife,” Gulp. Hampir
nak tumbang Irine dibuatnya. Apa? Future
wife? Huh, elok sangatlah menipu.
“ I’m, Irine,” Irine menghulurkan salam.
Namun tidak disambut Linda. Cemburulah tu jejaka pujaan dia dah ‘diambil’
orang.
“
Your future wife? I thought you said
before you will marry in thirty something. I’m shocked,” kata Linda tidak
percaya.
“
Nothing to shocked, Cik Puan Linda. Sooner or later…I’m still be marry right.
So, get back on our work. Which part do you wish to renovate?”
“
Swimming pool. Anak-anak I selalu mengadu tak sesuai decoration kat situ,” balas Linda.
Mereka bertiga bergerak ke kolam renang yang tidak berapa jauh dari situ.
“
It quite slippery too, Linda. I suggest you letak rumput palsu kat
sekeliling pool ni. Takut anak-anak you terlicin ke apa ke?” Linda
tersenyum. Izale masih ambil berat tentangnya lagi. Itu bukan ambil berat tapi
dah memang kerja dia ya, Cik Puan Linda.
“
Can I ask you something?” Irine
memandang Linda dengan wajah keliru. Linda hanya mengangkat keningnya sahaja.
“
Do you need a designer to renovate your
house or…a husband?”
“
Irine,” tegas suara Izale ketika itu. Tidak suka cara Irine bertanya sesuatu
yang kurang sopan itu.
“
What do you mean, Cik Irine?” tanya
Linda ingin tahu.
“
Saya dengar Izale sebut anak-anak. Means
that anak you lebih dari seorang.
Tapi kenapa system keselamatan kat
rumah ni kurang? Slippery swimming pool,
lutsinar sliding door tanpa langsir
dan ruang rehat yang sangat dekat dengan pagar. Setiap sudut perlukan
pengawasan. It was so okay if only you in
this house,” Ternganga mulut Linda. Tidak sangka gadis itu perasan akan
keadaan rumahnya yang kelibut itu.
Memanglah
jika dipandang dari pintu pagar, rumahnya kelihatan sempurna. Tetapi jika
diberi perhatian di seluruh kawasan, pasti banyak kekurangan.
“
So…do you think my children will be safe
if I’m married?”
“
Part of it. But, still…a single mother mampu buat semua ni jika dia fikirkan
keselamatan anak-anak. Lagipun, ruang rehat yang terlalu dekat dengan pagar
agak bahaya. Kanak-kanak tak tahu semua tu bahaya,” ujar Irine. Izale kagum dengan
ketajaman mata Irine yang mampu melihat dari sudut yang berbeza. Dia yang sudah
lama berada dalam bidang ini pun tak perasan akan tahap keselamatan rumah besar
ini.
“
Maksud you, I tak layak jaga anak-anak I?
You tak pernah rasa apa yang I lalui. Ingat senang ke jadi ibu
tunggal ni,” balas Linda tegang. Dia merenung Irine tajam.
“
I setuju dengan Irine, Linda. Rumah you sekarang tak sesuai untuk anak-anak you. Dulu mungkinlah okay tapi sejak you bercerai dan anak-anak tinggal dengan you, I rasa tak cukup
baik keselamatan kat sini. Anak-anak you
pun semakin membesar. Boleh jadi aggressive
kalau tak pantau,” kata Izale dengan nada meyakinkan.
“
Memang terbaiklah cara you buat
kerja. Pandai buat duit. Okaylah, I akan tinggalkan rumah ni untuk
senangkan kerja-kerja renovation. You buatlah apa yang patut. Kalau ada
apa-apa masalah, you call aje I,” Linda tersenyum. Irine tersenyum
nipis. Cakap Izale nak pula dia dengar.
Izale
melabuhkan punggungnya di kerusi kayu jati di luar rumahnya. Ditangannya
terselit sebuah Ipad. Dia mendongak memandang langit seketika sebelum melarikan
jarinya di dada Ipad jenama Apple itu.
“
Irine Radhi?”
Tangan
Izale laju menekan link blog yang
tertulis ‘Irine Radhi’ itu. Bibirnya menarik senyuman saat matanya terpandang
gambar Irine yang menjadi header
blog. Dan matanya tertarik dengan salah satu gambar yang di post oleh Irine. Gambar Irine mendukung
Danish sambil ketawa. Nampak sweet
sangat. Dan yang paling menjadi tumpuan Izale apabila melihat Irine manis
berbaju kurung moden.
Hye, selamat hari raya
aidiladha. hari ni Irine beraya di kampung Irine di Penang. guess what? all my
cousins, uncles and aunties balik beraya rumah tok aki. tok aki dah plan
awal-awal nak buat korban. so, memang semua gather sekalilah. yang dah lama
Irine tak jumpa tu pun dapat jumpa tahun ni. tak macam hari raya aidilfitri
hari tu. Irine beraya kat KL aje. sebab tu seronok sangat bila dapat berkumpul
ramai-ramai macam ni. it was so sweet bila ada cousins Irine yang balik dengan
family dia orang. owwwwhhhh, me? so jealous you alls. everyone keep asking
me…’bila nak kahwin, Lea?’ ‘tak rasa nak makan beradab ke?’ ‘tak sabar nak
tengok anak Lea. macam manalah rupa dia?’ … and I was a little dazed. why???
because I’ve never have any special boyfriend. Irine tak tipu eh. It was the
truth! i was so jealous when cousin perempuan Irine siapkan husband and their
little cute baby. i want that too! nampak tak tahap terdesak Irine? Irine rasa
macam dah jadi andartu even baru dua puluh enam tahun. tu kira dah tua okay.
someone…please make me as your wife! so desperate Irine Azalea ni ya. huh! i
stop here, guys. my brotha keep calling me. nak suruh mengasuh Danishlah tu.
tak boleh tengok orang senang. enjoy my pic. my big family gathering at sawah
kontang. that lembu was scared being korban… I think.
Izale
tersenyum sendiri. Dia melihat gambar-gambar sepanjang majlis korban di kampung
Irine. Comel sahaja apabila matanya terpandang salah satu gambar yang
menunjukkan Irine sibuk melayan kerenah anak-anak buahnya yang lain. Suka
kanak-kanak rupanya si Irine ni. Izale masih ingin menyelongkar blog milik
Irine. Entry seterusnya dia dijamu
dengan foto Irine yang sedang elok berdiri di atas pentas dengan gaun paras
lutut berona turqoise. Rambutnya yang
panjang menutup bahagian bahu yang terdedah.
throwback my old job.
modeling! kawan-kawan selalu tanya Irine. tak rindu ke nak buat modeling balik.
tu kan favourite job Irine? but no thank. Irine rasa dah cukup empat tahun buat
modeling bagai. Irine dah penat travel pergi sana sini. nak habiskan masa
dengan abah and ammi pulak. rindu nak gather balik. seriously speaking, Irine
enjoy sangat dengan job Irine masa tu. sampailah Irine realize something. bila
abah and ammi pergi buat haji. Irine thought mesti dia orang akan dapat title
haji dan hajah. and apa yang orang akan kata bila anak dia orang seorang model.
kalau model muslimah tak apalah jugak. ini model yang terdedah sana sini. so,
Irine bagitahu manager nak stop buat modeling. manager Irine ada jugak pujuk
jangan berhenti tapi Irine ni keras kepala. lagipun, abah dengan ammi selalu
pesan…’jangan bazirkan degree yang Lea ada. appreciate hasil penat lelah time
Lea study dulu. bila lagi nak practice?’…dan after one month I’m quit from
modeling, Irine apply kerja kat company yang buat kerja-kerja decoration rumah.
tapi Irine tak apply interior design or any kind of that. Irine apply eksekutif
kewangan. sesuai dengan degree yang Irine ada. perakaunan. dan bermulalah kerja
Irine di syarikat yang selalu ambil project besar tu. Irine enjoy sangat kerja
kat situ. even ada jugak yang dengki dengan Irine. but, i’m okay with that.
biasala tu. lumrahlah kan. dah dua tahun pun Irine kerja kat situ.
alhamdulillah. okaylah, i’ve got to go. nak balik kampung sambut aidiladha.
hoyeay!
“
So…this was the other side of you,
Irine Azalea. Quite interesting,”
Wah, advance kau Izale. Bukan main
suka lagi kau stalk Irine kan. Tapi
bila berjumpa ada saja yang kau cari pasal.
awesome! sambung2. hehehe
ReplyDelete