CIA is back...hehehe
dah lama sangat tak melawat blog ni...
so, hari ni CIA post Haiqal Qistina eh...
CIA tak edit HQ tau sebab ni first cerpen....hehehe
memang banyak kekurangan...sorry kalau tak capai expectations semua...
CIA tak edit HQ tau sebab ni first cerpen....hehehe
memang banyak kekurangan...sorry kalau tak capai expectations semua...
Qistina memandang kosong taman
rekreasi mini di dalam kawasan banglo tiga tingkat milik usahawan terkenal di
ibu negara. Cuba mengingati setiap detik yang telah membawanya ke dunia penuh
kemewahan ini. Tidak pernah terlintas dia dapat menjejakkan kaki ke rumah banglo besar ini yang terletak agak jauh
daripada hiruk pikuk bandar yang penuh dengan manusia-manusia yang mengejar
kejayaan. Kawasan persendirian milik salah seorang kerabat diraja yang
digeruni. Siapa lagi kalau bukan pasangan Tengku Adzha dan Tengku Amina.
Suara deheman di belakang Qistina
menyedarkannya ke dunia nyata. Qistina berpaling untuk melihat gerangan yang
berada dibelakangnya. Dia tersenyum sebaik ternampak wajah makhluk Allah
dibelakangnya.
“ Kakak
buat apa kat sini. Rindu abang, eh?” sapa pemilik wajah itu.
“ Ish,
tak ada la. Akak cuma terfikir macam mana akak boleh sampai ke sini,” jelas
Qistina. Dia melabuhkan punggung di kerusi santai yang sengaja diletakkan
berhampiran kolam renang sederhana besar di sebelah kiri banglo itu.
“ Oh,
ingatkan apa lah. Takdir yang bawa akak kat sini. Sejak akak jadi penghuni
rasmi rumah ni, Ara tengok papa and mama happy aje. Ye la menantu sulung dia
orang kan,” balas Qaisara, puteri tunggal Tengku Adzha dan Tengku Amina
merangkap adik ipar Qistina. Dia turut duduk di kerusi santai disebelah kerusi
santai Qistina.
“ Mungkin juga. Akak tak pernah
bayangkan pun dapat masuk banglo yang mewah macam ni,” ujar Qistina. Dia
mengeluh. Apalah nasib dia. Namun dia bertuah kerana terdampar di lembah yang
penuh dengan kasih sayang. Tiba-tiba dia rindukan umi dan babahnya. Hmmm.
Kalaulah nenek tidak menghalaunya, mungkin sekarang dia sedang melepak di
gazebo dirumahnya sambil melihat bintang.
“ Ala,
akak. Ni semua rezeki Allah. Kita cuma menumpang aje. Belum tentu semua ni
kekal,” bicara Qaisara. Walaupun usianya baru mencecah dua puluh satu tahun,
bicaranya seperti orang-orang yang sudah matang. Gayanya juga agak matang.
Kalau pertama kali berjumpa pasti mereka menyangka Qaisara berumur dua puluh
lima ke atas.
“ Akak
setuju. Bila Ara balik kolej?” soal Qistina.
“ Erm,
esok kot. Kenapa, kak?” soal Qaisara kembali.
“ Saja
aje tanya. Balik sendiri ke?” soal Qistina lagi. Dia tak pernah pula nampak
Qaisara memandu.
“ Taklah.
Selalunya abang hantar. Kalau abang sibuk baru Pak Ajis hantar,” beritahu
Qaisara. Qistina mengangguk.
“ Abang,
jom main tennis. Dah lama tak main. Esok nak balik kolej dah,” pujuk Qaisara.
Siapa suruh abangnya balik kerja awal. Memang kenalah dia dengan adik
kesayangannya itu. Haiqal, anak sulung Tengku Adzha dan Tengku Amina.
Semestinya dia adalah suami Qistina. Ketika itu Haiqal sedang melepak dikerusi
santai sebaik sampai rumah. Baju kemeja biru lembut masih dibadannya. Tali
leher sudah ditanggalkan dan lengannya disinting hingga ke lengan.
“ Abang
penatlah, Ara. Nanti-nantilah,” tolak Haiqal. Dia malas. Namun itu hanya
seketika kerana hatinya lembut macam gula kapas apabila melihat muncung adik
kesayangannya itu.
“ Akak,
jom main tennis. Kalau tak nak main pun teman and tengok pun jadilah,” ajak Qaisara
apabila ternampak kelibat Qistina yang sedang menghampiri mereka dengan membawa
satu mug yang berisi milo panas untuk Haiqal.
“ Tennis?
Kat mana?” tanya Qistina sambil menghulurkan mug itu kepada Haiqal. Haiqal
menyambutnya tanpa sebarang riak. Macam batu. Serius saja memanjang. Tapi
dengan orang lain boleh pula senyum. Kalau dengan isteri sendiri, susah yang
amat.
“ Kat
taman mini tu ada court tennis. Papa saja buat sebab tahu Ara dengan abang suka
main tennis. Dah tak payah nak keluar main jauh-jauh,” terang Qaisara.
“ Owh.
Boleh ke?” terkeluar soalan yang tidak berapa cerdik itu daripada mulut
Qistina.
Qaisara ketawa. “ Apanya yang tak
boleh. Jom tukar baju,” Qaisara bangun lalu menghilang kebiliknya.
“ Awak
pandai main tennis?” soal Qistina kepada Haiqal. Qistina hanya berdiri
membelakangi Haiqal.
“ Hmmm,”
balas Haiqal. Dia bangun lalu meninggalkan Qistina. Haiqal menuju ke dapur
untuk mencuci mug sebelum naik ke bilik. Qistina mengangkat bahunya. Faham
sangat dengan perangai kayu suaminya itu. Orang baru tanya sikit, dah lari.
Bukannya aku ni hantu, getus hati kecil Qistina.
“ Abang
ni. Mainlah betul-betul,” geram Qaisara kerana Haiqal memainkannya. Sengaja
ingin mengusik adik kesayangannya itu. Haiqal menunduk untuk mengambil bola
tennis sebelum matanya tertancap susuk tubuh seseorang yang dikenalinya. Sarah?
Qaisara turut memandang ke arah yang sama. Matanya membulat.
“ Hai,
guys. Lamanya tak jumpa you all. Rindu gila,” kata Sarah. Dia mencium pipi
Haiqal sebelum melangkah ke arah Qaisara dan turut menghadiahkan ciuman di pipi
Qaisara. Haiqal dan Qaisara masih terkejut dengan kehadiran Sarah yang bagi
mereka secara tiba-tiba.
Qistina yang baru sahaja sampai di
court itu turut terkejut dengan perbuatan selamba Sarah yang mencium pipi
suaminya. Siapa perempuan itu? Dia cuba ingat. Manalah tahu perempuan itu ada
ketika majlis persandingan dia dan Haiqal. Malangnya dia langsung tak pernah
tengok perempuan itu.
“ Kak
Sarah buat apa kat sini? Bukan kak Sarah pergi UK lima tahun ke?” soal Qaisara.
“ Pergi kejap ajelah, Ara. Dua
tahun aje,” jawab Sarah. Haiqal memandang Sarah tajam. Mukanya sudah tidak
beriak.
“ Tapi
kenapa ibu cakap akak pergi lima tahun?” soal Qaisara.
“ Ibu
tersilap agaknya. Tak apalah. Now, I'm back,” jawab Sarah. Ibunya silap dengar
agaknya apabila dia memberitahu ibunya tentang kerjanya yang memerlukannya
berada di UK selama dua tahun.
“ Owh,
kita orang tengah main tennis. Jomlah join,” ajak Qaisara sambil tersenyum.
Haiqal masih tegak berdiri ditempatnya. Dia keliru. Adakah dia bermimpi
sekarang? Sarah melangkah ke arah Haiqal yang membatu itu. Dia mencubit pipi
Haiqal.
Haiqal menepis perlahan. “
Sakitlah!” jerit Haiqal sambil menggosok pipinya.
“ Ini
baru Haiqal aku kenal. Apehal kau? Aku tengok dah macam tugu negara dah. Tegak
aje,” gurau Sarah. Dia menghadiahkan senyuman paling manis untuk lelaki iu.
“ Kau
tu yang tiba-tiba aje datang sini kenapa? Jadi tugu la kejap,” balas sambil
mencubit pipi Sarah.
“ Hoi,
balas dendam nampak. Ini memang tak adil. Ara, pinjam riket kejap,” pinta Sarah.
Qaisara menghulurkan riketnya.
Qistina melangkah perlahan
menghampiri mereka. Dia duduk di kerusi berdekatan. Qaisara menghampiri kakak
iparnya yang tersenyum kepadanya.
“ Siapa
tu, Ara?” soal Qistina. Dia memandang Haiqal dan Sarah bermain. Kedua-duanya
nampak sangat cekap bermain.
“ Kak
Sarah, anak angkat papa and mama. Kita orang memang rapat pun. Dah macam satu
family,” jelas Qaisara. Dia turut menghalakan pandangannya ke arah court
tennis.
“ Tak
pernah nampak pun sebelum ni,” kata Qistina.
“ Dia
pergi UK dua tahun. Itu yang akak tak pernah nampak,” jawab Qaisara. Qistina
hanya mengangguk. “ Akak, kalau Ara bagitahu something, akak jangan marah, eh?”
Qaisara memandang Qistina. Qistina mengangkat keningnya.
“ Macam
serius aje bunyinya. Bagitahu apa?” soal Qistina sambil tersenyum. Qaisara
menarik nafasnya dalam-dalam.
“ Sebenarnya,
dulu kak Sarah and abang couple. Sebelum kak Sarah terima tawaran kerja dekat
UK, abang pernah lamar kak Sarah. Tapi kak Sarah tolak. Ara pun tak tahu kenapa
kak Sarah tolak. Sejak tu, abang dah tak ceria macam dulu. Yang abang tahu…
kerja, kerja and kerja,” jelas Qaisara. Qistina tenang mendengarnya. Patutlah
dia nampak Haiqal terkejut semacam saja.
“ Now,
she's back. Better Ara tanyalah kak Sarah kenapa dia tolak lamaran abang Ara,”
cadang Qistina. Kedengaran suara gelak ketawa Haiqal dan Sarah. Pertama kali,
Qistina melihat suaminya itu ketawa sebegitu. Dia tersenyum. Memang sah!
Suaminya bukan kayu, batu atau tugu.
“ Your
wife, eh?” soal Sarah sambil jalan beriringan menuju ke arah Qistina dan
Qaisara. Haiqal hanya mengangguk. Dia malas menjawab. Dia faham perasaan Sarah.
Mereka pernah berkasih.
“ Kejapnya
main,” kata Qaisara.
“ Penatlah,
Ara. Dah lama tak exercise,” balas Sarah sambil menghulurkan riket kepada
Qaisara. Sarah memandang Qistina. Cantik! Padanlah dengan Haiqal yang handsome
itu. Sakit hatinya apabila memikirkan Haiqal sudah berkahwin dengan perempuan
lain. Salah dia juga sebab menolak lamaran Haiqal dulu.
“ Eleh,
dah pencen ke?” usik Qaisara. Dia mencuit perut Haiqal dengan riket.
“ Penatlah,
Ara. Bukan pencen,” balas Haiqal.
“ Ye
la tu. Akak, jom main,” Qaisara mengajak Qistina. Qistina memandang Qaisara
tanpa riak.
“ Ha'ah,
teringin juga nak tengok wife Haiqal main. Hebat macam Haiqal tak,” Sarah tersenyum
nipis. Ada nada sindir sedikit. Qistina mengeluh sedikit.
“ Nah,
guna riket abang,” hulur Qaisara. Qistina menyambut huluran Qaisara. Mereka
berlalu ke court tennis. Haiqal dan Sarah melabuhkan punggung mereka di kerusi
yang diduduki Qistina dan Qaisara tadi.
Qaisara memulakan permainan.
Qistina hanya berdiri selamba. Macam tidak takut dengan bola tennis yang bakal
dipukul oleh Qaisara.
“ Kau
tengoklah cara wife kau berdiri. Macam tak reti aje,” kata Sarah. Matanya
memandang Qistina.
“ Entahlah.
Aku pun tak tahu dia pandai main ke tak,” balas Haiqal. Qaisara mula memukul
bola tennis. Bola itu meluncur laju ke arah Qistina. Pantas Qistina memukul
kembali. Malangnya Qaisara tidak dapat memukul kembali bola. Bola tersasar
mengenai net. Qistina tersenyum. Kali ini giliran Qistina pula memulakan game.
Dari gayanya memukul bola itu, macam professional player lagaknya.
“ First
time Ara kalah dengan perempuan,” ujar Ara tercungap. Letih. Sarah agak
terkejut dengan kemenangan Qistina. Dia menyangka Qistina tidak pandai bermain
tennis. Haiqal menghulurkan air kepada Qaisara. Qaisara menghulurkan air itu
kepada Qistina. Qistina menggeleng.
“ Pandainya
awak main, Qistina,” puji Sarah. Entahkan ikhlas atau tidak. Qistina memandang
Sarah yang tersenyum memandangnya.
“ Biasa
aje,” balas Qistina pendek. Qistina meregang-regangkan ototnya. Nanti sakit
badan pula kalau tidak berbuat demikian.
“ You
look like a professional player aje,” teka Sarah. Haiqal membantu Qaisara
meregang-regangkan ototnya. Tak pasal nanti malam adiknya mengadu sakit badan. Haru
pula kena kacau dengan Qaisara nanti.
Qistina tersenyum. “ Dah nama pun
bekas coach tennis,” balas Qistina tanpa sedar. Semua mata memandang Qistina
serentak. Qistina mengangkat keningnya.
“ What?
Tennis coach? Wow,” Qaisara menghampiri kakak iparnya.
“ Did
I said that?" soal Qistina. Sarah mengangguk. Bulat mata Qistina. Macam
mana boleh terlepas ni? Qistina berlalu pergi dari court tennis tanpa
menghiraukan mata yang memandangnya. Laju dia melangkah kembali ke banglo.
Sejak kejadian Qistina terlepas
cakap sebulan yang lalu, Haiqal mula
memikirkan siapa Qistina yang sebenarnya. Qistina hadir dalam hidup keluarganya
tanpa dipinta. Gadis itu muncul secara tiba-tiba. Gadis yang telah membantu
Tengku Adzha dan Tengku Amina dalam kemalangan lima bulan yang lalu. Kalau
bukan kerana Qistina, pasti sampai sekarang suami isteri itu tidak dapat
mencari jalan keluar.
Kereta yang dipandu pemandu Tengku
Adzha terbabas lalu masuk ke dalam semak. Tengku Adzha dan Tengku Amina tidak
sedarkan diri sejurus itu. Sebaik tersedar, mereka terpinga-pinga. Mereka cuba
mencari jalan keluar. Pemandu Tengku Adzha pula hilang entah ke mana. Nasib
mereka baik kerana terserempak dengan seorang gadis ketika sedang menyusuri
jalan raya yang agak sunyi tanpa kereta yang lalu lalang dan gadis itu adalah
Qistina. Qistina cuba meminta bantuan dengan menggunakan telefon bimbitnya.
“ Jauhnya
termenung,” tegur Tengku Amina. Dia ternampak Qistina sedang mengelamun di tepi
kolam.
“ Mama.
Tak adalah,” balas Qistina. Tengku Amina duduk dikerusi santai.
“ Habis
tu, kenapa tengok air kolam tu macam nak tembus?” soal Tengku Amina dalam nada
bergurau.
“ Tak
tembus lagilah. Qis cuma teringat macam mana Qis jumpa dengan mama and papa.
Macam mimpi,” jawab Qistina. Dia merendamkan kakinya ke dalam air kolam. Sejuk
sedikit kerana sudah malam. Tengku Amina tersenyum. Dia sudah menganggap
Qistina seperti anaknya sendiri.
Disebabkan ingin membalas budi
Qistina di atas pertolongan yang diberikan, Tengku Adzha dan Tengku Amina
meminta jasa baik Haiqal untuk mengahwini Qistina. Mereka mahu membela nasib
gadis itu yang telah dihalau oleh neneknya sendiri. Kasihan. Namun, mereka
sekeluarga masih tercari-cari latar belakang Qistina. Qistina pula hanya
mendiamkan diri apabila mereka bertanya perihal keluarganya.
“ Takdir
yang bawa Qistina ke mari. Haiqal dah balik tu. Pergi sambut,” suruh Tengku
Amina. Qistina bangun lalu meninggalkan kolam renang itu dan menuju ke arah
Haiqal. Tengku Amina turut berlalu.
Qistina berpusing ke kiri dan ke kanan.
Sudah tiga puluh minit dia berbaring tapi masih belum boleh tidur. Haiqal yang
berada di sofa sedang menonton rancangan kesukaannya tidak menghiraukan
Qistina. Sudah tiga bulan mereka bergelar suami isteri, namun masing-masing
membawa haluan yang berbeza. Haiqal pula menjadi bisu apabila bersama Qistina.
Tak boleh jadi ni. Aku
kena buat something. Tunggu cik abang sayang. Awak belum kenal lagi wife awak
ni, omel Qistina. Qistina sudah merangkakan sesuatu. Qistina bingkas bangun
dari pembaringannya. Dia turun dari katil dan duduk disebelah Haiqal yang
sedang ralit menonton rancangan kegemarannya itu. Qistina mencapai remote
control dan menekan punat 'off'. Haiqal yang terkejut merenung Qistina tajam.
“ Teman
saya tidur,” kata Qistina selamba. Bukan dia tidak perasan Haiqal yang sedang
merenungnya tajam dengan amarah yang ditahan. Handsome pula awak buat muka serius macam tu.
Tapi saya tak takutlah. Sempat lagi Qistina bermonolog sendiri.
“ Saya
tak boleh tidurlah. Temanlah kejap. Tak sakit badan ke asyik tidur atas sofa
ni?” ajak Qistina lagi dengan nada yang lembut.
Dia memegang lengan sasa Haiqal namun Haiqal
menepisnya kasar. Haiqal berdiri. Lagi lama dia tengok perempuan ini, makin
muak dibuatnya. Gedik! Qistina turut berdiri dan menarik lengan sasa Haiqal
daripada berlalu. Sudah berbulan dia tidur tidak berteman. Memang sudah menjadi
tabiatnya untuk tidur berteman. Tapi sejak dia datang ke banglo ini ditahan
perasaan takutnya. Hampir setiap malam Qistina terpaksa menelan pil tidur.
Disebabkan trauma yang dialaminya,
dia tidak boleh tidur kalau tanpa berteman. Sebelum ini, ada juga uminya yang
menemani tidurnya. Tapi sekarang, siapa lagi nak diharapkan kalau bukan
suaminya sendiri.
“ Teman saya kejap. Please. Lepas
saya tidur, awak pergilah mana awak nak pergi,” rayu Qistina. Dia sudah tidah
tahan dengan gangguan masa lalunya.
“ Selama
ni boleh pula kau tidur tak berteman,” rengus Haiqal. Baginya Qistina seorang
yang mengada-ngada.
“ Malam ni and seterusnya tak boleh
tidur tak teman. Please. Saya takut,” rayu Qistina lagi. Semakin kuat dia
mencengkam lengan Haiqal.
“ Kau
ni dah kenapa? Gila,” kasar Haiqal berkata. Dia cuba menarik lengannya, namun
gagal kerana cengkaman Qistina terlalu kuat.
“ Please…”
Qistina bersuara separuh menangis. Dia menunduk. Air mata sudah mula
menampakkan manik-maniknya.
“ Menyusahkan
oranglah kau ni. Jomlah tidur. Mengada,” bentak Haiqal. Akhirnya dia mengalah.
Qistina menyapu air matanya. Dia menarik lengan Haiqal. Haiqal mengikut langkah
Qistina dengan hati membengkak. Semakin bertambah bencinya kepada Qistina.
Qistina naik ke katil dan diikuti Haiqal. Lengan Haiqal masih di dalam pegangan
Qistina. Pertama kalinya, Qistina berasa sangat tenang. Tidurnya ditemani
Haiqal.
bersambung....
No comments:
Post a Comment