“ Tak suka ke?” Soal Haiqal kepada
Qistina. Dia memandu tenang. Jalan juga tidak berapa sibuk memandangkan waktu
sekarang adalah waktu pejabat.
“ Hah? Apa yang tak suka?” Soal
Qistina selamba. Dia ralit memikirkan hal lain.
“ Tak suka mengandungkan anak
kitalah. Dari keluar klinik tadi lagi, abang tengok masam aje muka tu. Orang
lain nak dapat anak, happy. Yang awak ni, masam je. Tak sudi ada anak dengan
abang ke?” tegas Haiqal berkata. Qistina memandang Haiqal yang sedang memandu
itu. Bertambah segak suaminya itu. Dia merapatkan badannya ke badan Haiqal
sebelah kiri. Dilentokkan kepalanya di bahu Haiqal.
“ Orang tengah fikir somethinglah.
Sorry sebab buat abang terasa. Apa pulak tak sukanya. Kalau Qis tak suka, dah
lama dah Qis lari tau,” pujuk Qistina lembut. Haiqal mengeluh.
“ Abang ni. Tak baiklah memgeluh.
Senyum sikit. Baru handsome,” Qistina merenung wajah kacak Haiqal. Haiqal hanya
diam memandu kereta.
“ Sayang,
macam mana you boleh pregnant, huh? Abang cuma sentuh sekali je,” kata Haiqal.
Qistina memandang Haiqal tanpa riak.
“ What do
mean by sekali? Baby in my tummy dah dua bulan , tahu tak,” Qistina
memandang Haiqal geram.
“ Sorry. Lupa pulak,” Haiqal
tersengih.
“ Abang, berhenti kat depan pasar
tu. Teringin nak makan buah delimalah. Tolong belikan,” Qistina menepuk bahu
Haiqal. Haiqal hanya menurut. Dia berhentikan kereta di tempat parking kereta
pasar borong.
“ Hah,
dah balik pun budak berdua ni. Ramai ke orang kat klinik tadi?” soal Tengku
Amina. Dia sebenarnya tidak sabar ingin mengetahui keputusan dari check up itu.
Qistina melepaskan lelah. Dia duduk di sebelah Tengku Amina di sofa di ruang
tamu banglo mewah itu. Beberapa saat kemudian, Haiqal muncul di pintu utama
dengan membawa tiga beg plastik yang berisi pelbagai jenis buah.
“ Ma,
kita orang lambat sebab beli buah-buah ni. Your daughter in law nak sangat,”
jawab Haiqal. Dia terdengar soalan mamanya tadi.
“ Lah,
kenapa banyak sangat ni? Biasalah tu. Jadi betullah tekaan mama tadi?” soal
Tengku Amina. Qistina mengangguk sambil menunjukkan peace menandakan sudah dua
bulan. Sebaik sahaja Qistina mengangguk, terus dipeluknya menantu kesayangannya
itu.
“ Nampak
fail warna biru abang tak?” soal Haiqal. Matanya meliar mencari fail biru.
Qistina turun dari katil perlahan.
“ Abang
letak kat mana?”
“ Kalau
tak silap, abang letak kat atas meja tadi…” Qistina menghampiri Haiqal yang
sedang menunduk di meja kerjanya. Mencari fail biru itu. Qistina menarik tangan
Haiqal. Haiqal memandang Qistina pelik. Namun diikut langkah isterinya itu ke
sofa.
“ Here,
your file,” Qistina meletakkan fail biru itu di tangan Haiqal. Haiqal tersengih
senget.
“ Macam
mana boleh ada kat sini? Tadi kan abang letak kat atas meja tu,” Haiqal
memandang Qistina. Mengharap Qistina dapat menjawab soalannya itu.
“ Carelesslah
abang ni. Tadikan papa minta nak tengok fail tu. Then tadi papa bagi balik and
abang letak kat atas sofa ni. Semalam iyalah abang letak kat atas meja tu,”
jelas Qistina lembut.
“ Ye
ke? Abang lupalah, sayang,” balas Haiqal sambil menggaru belakang kepalanya.
Qistina tersenyum.
“ Adoilah.
Nak kata dah tua, anak pun tak ada lagi. Tapi dah jadi pelupa,” usik Qistina.
“ Apa
pulak tak ada anak. Ni apa? Beruang?” kata Haiqal sambil mengusap perut Qistina
yang sudah berusia lima bulan. Membulat sedikit.
“ Hmmm,
tak keluar lagi,” balas Qistina.
“ Lagi
empat bulan keluarlah. Kita tak payah scan, eh? So, biar surprise,” cadang
Haiqal. Tak sabar pula nak tunggu anaknya lahir.
“ Ikut
abanglah. Qis okay aje. Mana-mana pun okay. Bila nak shopping barang baby?”
“ Hmmm,
minggu depan kita shopping. Minggu ni abang busylah. Banyak tender yang nak
masuk,” jawab Haiqal.
“ Okay.
Tapi make sure jangan lupa rehat. Nanti abang sakit pulak,” pesan Qistina.
Qistina memandang ke luar jendela.
Diusap perut yang sudah kempis itu. Hatinya menangis. Kandungan yang di jaga
selama lima bulan hilang begitu sahaja. Siapa yang patut dipersalahkan? Dia
sendiri sudah canggung. Kerana dia terlalu terburu-buru, anaknya mati. Sejak
sebulan yang lepas, Qistina asyik menyalahkan dirinya sendiri kerana telah menyebabkan
dia dan Haiqal kehilangan zuriat mereka.
Qistina tahu Haiqal sangat kecewa.
Masakan tidak, siang malam suaminya itu selalu berbual dengan bayi mereka. Hanya
kerana dia cuai, suaminya kini telah kembali dingin dengannya. Qistina
mengeluh. Matanya tertancap ke muka pintu bilik, terjengul Haiqal yang
kelihatan keletihan. Sejak Qistina keguguran, jarang sekali dapat melihat
senyuman manis Haiqal untuknya. Malah, suaminya itu turut dingin dengan
staf-staf di pejabat.
“ Abang dah makan?” tanya Qistina
lembut. Dia menghampiri Haiqal yang berada di sofa. Belum sempat Qistina
melabuhkan punggungnya di sofa itu, pantas Haiqal bangun dan mencapai tuala.
Dia benci apabila teringatkan Qistina penyebab mereka kehilangan bayi yang di
tunggu-tunggu.
“ Qistina, mama risaulah tengok
Qal. Sejak kamu gugur bulan lepas, dia dah berubah. Qal, anak mama dah hilang,”
rungut Tengku Amina. Qistina memandang ibu mertuanya. Perasaan bersalah
menyelinap di hatinya. Kalaulah dia berhati-hati melintas jalan, pasti sekarang
bayinya masih ada. Qistina mengeluh.
Sepatutnya hari itu, Qistina dan
Haiqal merancang untuk membeli keperluan bayi mereka. Malang tidak berbau
apabila Qistina dirempuh motosikal ketika ingin melintas jalan untuk
mendapatkan Haiqal di seberang jalan. Walaupun Qistina hanya cedera ringan,
namun bayi mereka tidak dapat diselamatkan kerana perut Qistina terhempas kuat
dia atas jalan.
“ Maafkan, Qis. Mungkin abang benci
dengan Qis. Tapi, Qis sendiri tak sangka nak jadi macam ni. Kalau Qis
berhati-hati, mesti cucu mama still ada lagi,” balas Qistina sayu. Terpempan
Tengku Amina dengan kata-kata Qistina. Ya Allah, tak sepatutnya aku mengadu
kepada menantuku ini, desis Tengku Amina. Dipeluknya Qistina erat. Memberikan
kekuatan.
“ Jangan cakap macam tu. Qis dengan
Qal masih muda. Masih banyak masa. Mungkin kamu berdua di beri peluang lagi
untuk ada anak. Banyakkan berdoa, ya sayang,” pujuk Tengku Amina. Qistina
tersedu dibahu Tengku Amina.
“ Abang pun mesti dah jijik nak
sentuh Qis, mama. Qis ni kan pembunuh anak dia,” luah Qistina. Air mata mula
membanjiri wajahnya.
“ Ya Allah, tak baik cakap macam
tu. Nanti kamu bincang elok-elok dengan Qal. Baby tu bukan anak Qal seorang
tapi anak Qis juga. Cuba pujuk Qal. Lama-lama dia okaylah tu,” ujar Tengku
Amina. Diusap lembut kepala Qistina.
Malam itu, Qistina menunggu Haiqal
pulang. Sejak dia keguguran, kerap sangat suaminya itu pulang lambat. Entah apa
yang dibuat Haiqal pun, Qistina tak tahu. Qistina menukar siaran ke siaran yang
lain. Tak ada rancangan yang best pulak malam ni, getus Qistina. Pintu bilik
terkuak dari luar. Haiqal muncul disebalik pintu itu.
“ Abang penat?” Qistina mengambil
beg kerja Haiqal dan diletakkan di sofa.
“ Abang mandi dulu. Qis turun
buatkan air milo panas untuk abang, eh. Kat luat kan hujan. Mesti abang nak
minum air panas,” kata Qistina. Haiqal hanya diam. Terlalu mahal suaranya untuk
Qistina setelah kejadian itu.
Qistina turun ke dapur manakala
Haiqal sudah menghilang ke dalam bilik air. Haiqal memikirkan bagaimana mahu
memberitahu perihal perkahwinannya dengan Sarah. Ya, dia sudah berkahwin dengan
Sarah. Beberapa hari selepas Qistina gugur, Sarah memujuk Haiqal untuk
berkahwin. Tanpa lengah, Haiqal bersetuju. Dia keliru ketika itu.
Sarah
juga yakin Haiqal menginginkan anak selepas anaknya bersama Qistina tidak dapat
diselamatkan. Oleh itu, Sarah mengambil kesempatan agar Haiqal berkahwin
dengannya. Qistina naik ke bilik sambil menatang mug berisi air milo panas
untuk Haiqal. Sementara menunggu Haiqal selesai mandi, dia mengemaskan
barang-barang Haiqal yang berada di sofa.
“ Fail
apa ni?” Qistina bersoal sendiri. Sedang mengangkat beg bimbit suaminya tadi,
fail itu tiba-tiba terjatuh. Qistina membuka fail itu. Dia terus terduduk
apabila melihat isi kandungan fail tersebut. Jantungnya seumpama berhenti
seketika. Namun, dia cepat-cepat mengemaskan kembali fail itu apabila terdengar
Haiqal menutup pili air pancut.
Haiqal hanya keluar dengan tuala di
pinggangnya. Dia melihat Qistina kusyuk menonton televisyen. Otaknya ligat
berfikir. Dia berlalu ke almari dan mengambil pakaiannya.
“ Abang,
Qis nak bincang dengan abang something. Could you please lend me your time for
me tonight?” Qistina bersuara. Haiqal yang sudah lengkap berpakaian melabuhkan
punggungnya di sofa yang sama dengan Qistina. Duduk bersebelahan lagi.
“ Bincang
apa? Cepat sikit. Penat sangat. Nak tidur,” balas Haiqal senada. Malah dia
tidak membahasakan dirinya 'abang' lagi kepada Qistina.
“ Firstly,
Qis nak minta maaf sebab menyebabkan abang kecewa. Salah Qis sebab careless.
Kalau Qis dengar cakap abang hari tu, semua takkan terjadi. My mistake. Tapi,
Qis harap sangat abang jangan buat Qis macam tak wujud. Again, I know that's my
fault,” luah Qistina. Haiqal mendengus. Meluat pula dia mendengar kata-kata
yang keluar dari mulut isterinya itu.
“ Itu
balasannya sebab kau ingkar arahan aku. Kau pandai-pandai pergi lintas jalan
tak tengok kiri kanan kenapa. Aku dah suruh kau tunggu kat situ. Tapi kau tak
dengar. Nak juga lintas. Kau tahukan aku memang tertunggu-tunggu anak aku
lahir. Tapi kau? Kau bunuh dia,” bentak Haiqal. Qistina menunduk. Dia menyapu
air mata yang mengalir di pipinya. Dia bertambah sedih apabila Haiqal
mengatakan bayi mereka sebagai bayinya sahaja.
Qistina mendongak. Dia perlu menyedarkan suaminya. “ Okay. Tak guna
rasanya Qis minta maaf. Abang langsung tak pernah fikirkan perasaan Qis. Anak
tu juga anak Qis. Lima bulan dia membesar dalam perut Qis, abang. Dia selalu
ada bersama Qis. Mungkin lagi better dia pergi. Qis tahu Allah masih tak yakin
untuk bagi kita anak. Lagipun, abangkan bakal ada anak lain,” ujar Qistina.
Membulat mata Haiqal memandang Qistina. Dia dah tahu?
“ Apa
maksud kau Allah tak yakin untuk bagi kita anak? And, aku bakal ada anak?”
Qistina tersenyum sinis.
“ Mungkin
kita masih tak layak untuk ada anak. Ada sebab kenapa baby kita meninggal. Qis
redha. Dan Qis juga redha abang dah madukan Qis,” jawab Qistina tanpa nada.
Haiqal tersentak.
“ Macam...macam
mana kau tahu?”
“ Sorry.
Qis tak sengaja buka fail tu. Tapi kenapa abang tak bagitahu Qis abang dah
kahwin dengan Sarah? Qis dah tak penting ke untuk abang?” Air mata Qistina
kembali mengalir. Namun, disekanya. Dia perlu kuat.
“ Kau
tak ada hak nak halang aku. So, aku rasa tak salah kalau aku tak bagitahu kau,”
jawab Haiqal selamba.
“ Okay.
I think I know who I am to you. Abang buatlah apa yang abang nak buat. Qis dah
tak kisah. Qis cuma nak bagitahu abang, Qis akan bekerja di company babah,”
balas Qistina. Dia berlalu meninggalkan Haiqal keseorangan dan naik ke katil.
Untuk malam yang ke tiga puluh hari, Qistina tidur sendirian. Dan setiap malam
itu juga tidurnya tidak menentu. Ubat tidur juga tidak diambil. Dia cuba
belajar untuk tidur tanpa ditemani sesiapa.
Dia nekad untuk kembali ke rumah
umi dan babahnya esok. Dia sudah tak pedulikan neneknya yang masih membencinya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment