Cerpen baru lagi... masih fresh...
Yang dah siap...biar berkulat dulu... Tsk...
Cuma cerita biasa dan... bukan luar biasa (the cliche thing)
JUST ENJOY YOUR READING!
Kisah mimpi Qisya…
Abah
berpesan kepada aku agar bermain di sekitar waterfall
sahaja. Namun, aku meminta izin dari abah untuk berjalan-jalan di sekitar
kawasan kampus yang diduduki adikku. Setelah abah memberi keizinan, aku
meminjam sebuah basikal di pondok yang berdekatan dengan waterfall. Nasibku baik kerana pak cik guard itu sudi meminjamkan aku basikal miliknya. Kebetulan dia
tidak menggunakan basikal itu.
Aku
mula mengayuh basikal perlahan. Aku dapat melihat suasana di sekitar kawasan
kampus, Pelajar-pelajar berkeliaran di kawasan kampus. Ada yang sedang bermain.
Dan ada juga hanya mengambil angin. Sedang aku bersiar-siar, aku ternampak dua
orang pelajar yang juga sedang berbasikal seperti aku. Disebabkan aku pernah
menuntut di kampus ini jadi aku kenal dengan dua orang pelajar itu. Mereka
adalah junior kepada sahabat
sekelasku dulu.
Tanpa
aku sedar, aku sudah mengayuh pedal basikal mengekori kedua orang pelajar itu.
Semakin lama mereka mula memasuki kawasan berbangunan. Basikal dihentikan dan
mereka mula mengangkat basikal mereka. Aku turut berbuat demikian. Dari
pemerhatian aku, bangunan di sekitar aku sedang dalam proses pembaikan. Mungkin
ingin direnovate.
Tiba
di satu kawasan, aku jadi teramat pelik. Sebelum ini, aku tidak pernah melihat
kawasan itu sepanjang aku berada di sini. Namun, aku tetap mengekori mereka. Kami
mula melepasi kawasan berumput panjang. Seperti tiada sesiapa yang menjaga.
Bukankah itu juga kawasan kampus? Aku mula bersoal.
“
Kak nak pergi mana?” Salah seorang pelajar itu berpaling ke arah aku. Aku cuba
tersenyum. Iyalah, aku ditegur secara mengejut begitu.
“
Junior Yana kan?” Pelajar itu
mengangguk. Senyuman aku bertukar menjadi senyuman lega.
“
Kak nak ikut kami?”
“
Adik berdua nak pergi mana?”
“
Kami just nak jalan-jalan sekitar
sini ja. Sampai depan sana, kami patah baliklah,” Aku terangguk-angguk.
“
Oh, okay,” Mereka berdua tersenyum dan mula menolak basikal ke tempat yang
dimaksudkan tadi. Sedang mengekori mereka, aku mula gelisah kerana aku
kehilangan jejak mereka.
Kepalaku
mendongak melihat sekeliling. Di mana aku? Aku mula mencari arah untuk
meneruskan langkah. Saat itu telinga aku terdengar bunyi bising. Kakiku mula
bergerak ke arah bunyi itu. Rupa-rupanya bunyi itu datang dari beberapa buah
lori dan bulldozer yang sedang
membaiki jalan.
Basikal
yang dipimpinku diletakkan ke tepi. Aku mendekati sekumpulan kanak-kanak yang
sedang bermain di sekitar situ. Mereka mula beredar sebelum aku sampai. Aku
hanya mampu mengekori langkah mereka. Tanah yang masih merah, aku pijak. Bunyi
yang aku dengar tadi semakin bising. Aku mendaki bukit yang tak berapa tinggi
itu dan terdapat jalan raya rupanya.. Mataku tertancap pada sebuah bulldozer yang sedang melakukan
kerjanya.
Di
sebelah kananku, kanak-kanak yang bermain tadi cuba melintas ke seberang jalan.
Tiada orang dewasa yang membantu mereka. Jadi, aku melangkah mendekati kumpulan
itu untuk membantu mereka menyeberangi jalan memandangkan agak bahaya jika
mereka sendiri.
“
Adik-adik nak melintas ke sana?” Kumpulan kanak-kanak itu mengangguk laju.
Aku
melihat ke kanan dan ke kiri. Lalu lintas agak lengang. Aku memimpin mereka
melintas ke seberang. Entah macam mana, ketika kami sudah sampai di seberang jalan,
terdapat sebuah lori sedang mengundur. Bulldozer
pula sedang berpusing perlahan. Jantungku mula berdegup laju. Mereka tidak
nampakkah kami di sini?
Kesesakan
lalu lintas berlaku kerana sikap penting diri. Masing-masing tidak mahu
mengalah mengalihkan kenderaan berat itu. Aku cuba membawa kanak-kanak itu
keluar dari situ. Mereka mula berpaut padaku. Mungkin ketakutan dengan keadaan
itu. Suara-suara pengguna jalan raya mula kedengaran memarahi pemandu-pemandu
lori di situ.
Semakin
kuat tangan kumpulan kanak-kanak itu mencengkam bajuku. Aku memikirkan cara
untuk keluar dari situ. Hanya satu jalan keluar sahaja yang boleh kami gunakan.
Namun, jalan itu ditutupi dengan sebuah lori tanah. Dengan kekuatan yang aku
ada, aku cuba membawa mereka keluar dari sebalik kenderaan-kenderaan berat itu.
Aku
berpaling ke belakang. Mata aku berair tatkala melihat semua kanak-kanak itu
sudah tercampak di atas jalan. Aku tercengang. Tanganku mula menggeletar. Apa
yang aku dah buat?! Seorang buruh yang bekerja pun tidak endahkan kumpulan
kanak-kanak yang bergelimpangan di situ. Jeritanku langsung tidak berhasil memanggil mereka.
Dengan
tenaga yang ada aku berlari ke sebuah kebun kecil dan terdapat sebuah rumah
kecil yang terbiar. Tanganku mencari telefon bimbit di dalam beg sandang yang
memang tersangkut di bahuku. Tanganku menggeletar. Ketika itu di dalam kepalaku
hanya terfikir untuk menghubungi polis.
Aku
cuba mendail nombor kecemasan namun nombor telefon sebaliknya yang muncul.
Tiba-tiba muncul seorang perempuan yang memakai scarf di kepala menghampiriku dengan kelam kabut. Dipegangnya
tangan aku. Dia meminta maaf dariku. Setelah itu dia masuk ke dalam biliknya
dan menutup pintu. Aku jadi kebingungan. Siapa?
Dan
ketika itu aku tersedar, aku sudah berada di dalam rumah terbiar itu. Mataku
terpandang pula ke sebuah bilik. Beberapa orang remaja perempuan sedang ketawa
dan tangan masing-masing memegang gelas. Badan mereka melenggok seperti sedang
menari.
Aku
menarik nafas panjang. Tanganku cuba mendail lagi. Aku berselindung di sebalik pintu.
Pintu yang terbuka luas membuatkan aku dapat melihat sebuah kebun. Aku
mengintai di sebalik pokok-pokok kecil. Seorang lelaki yang berpakaian jaket
kulit hitam dan berkaca mata sedang berbual. Namun, aku hanya dapat melihat
lelaki itu seorang sahaja.
Aku
mula ketakutan. Di mana aku sekarang ni? Kenapa aku berada di sini?
Pintu
masuk tadi aku hampiri. Aku cuba menolak namun gagal. Rupa-rupanya pintu sudah
terkunci. Aku mengetok pintu perempuan yang memakai scarf tadi namun tiada jawapan. Tanganku pula laju mendail nombor
kecemasan. Namun gagal. Ya Allah, apa yang berlaku kepada aku ini?
Derap
kaki melangkah semakin mencuri pendengaranku. Bibirku beristigfar. Seluruh
badanku mula kesejukan. Mindaku pula mencari jawapan akan apa sedang yang
berlaku. Di luar sedar, seorang lelaki mendekati aku. Dia tersenyum sinis. Kaki
aku mengundur ke belakang. Bibirku tidak henti memohon pertolongan dari Allah.
“
Qisya! Qisya! Qisya!”
Aku
terdengar jeritan yang memanggil namaku. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga aku
melepaskan dari lelaki yang ku sangka orang jahat itu.
“
Skemanya esei kau, Qisya,” Qisya tersentak. Dia berpaling ke belakang. Jeritan
Syira ke tadi tu? Sahlah aku berangan lagi ni.
“
Kau buat apa kat sini, Syira?”
“
Aku datang nak melawat kaulah. Mama kau cakap kau ada kat bilik. So, aku naiklah bilik kau,” balas Syira
sambil melabuhkan punggungnya di katil Qisya.
“
Dah lama ke kau masuk bilik aku?” Qisya memusingkan kerusinya agar menghadap
sahabat baiknya itu.
“
Emmm, aku dah khatam cerita kau tu kot,” Syira tersengih. Bukannya dia
tahu, Qisya tidak suka jika ada orang yang melihatnya sedang menulis. Janggal
katanya.
“
Alah, kenapa kau tak panggil aku. Sengetlah kau ni, Ra,” Qisya buat muka.
“
Sorrylah, dear. Aku dah ketuk pintu bilik kau tadi. Tapi, as usual…no answer. Aku dah agak dah kau
mesti tengah writing. So, aku masuk ajelah. Cerita apa pulak kau tulis tu?”
“
Hmmm…entahlah. Aku pun tak pasti.
Cerita mimpi aku semalam kot,” jawab
Qisya sambil kembali menghadap laptopnya.
“
Mimpi? Merapu jugak eh mimpi kau tu. Sampaikan bulldozer semua keluar,” Syira ketawa kuat. Macam lucu pula cerita
Qisya itu.
Qisya
mencampak teddybear kecilnya ke muka
Syira. Terus terdiam sahabatnya itu.
“
Kau tahu tak…aku mimpi benda ni sampaikan aku bangun pagi tadi, berdebar
jantung aku ni. Gaya atlit pecut kolej kita dulu,” kata Qisya.
“
Mimpi aje kan. Chill lah. Abah dah bagi kau pergi kerja ke?”
Qisya
menggeleng laju. Dia bangkit dari kerusi dan duduk di sebelah Syira.
“
Pagi semalam pergi hospital, doc bagi
MC lagi sebulan. Abah yang minta. Takut kaki aku ni tak sembuh lagi,” balas
Qisya.
“
Macam tu? Apa kata kau ikut aku balik kampung, Qisya. Kau kan selalu berangan
nak pergi rumah tok wan aku tu,” Qisya tersenyum lebar. Wah, boleh release tension. Lagipun, cutinya banyak
lagi. Kalau asyik dok mengadap laptop 24 jam pun muak juga. Manalah tahu dapat
idea baru untuk buat novel.
“
Weh, nak! Nanti aku bagitahu abah dengan mama. Ee, seronoknya,” Syira memeluk
Qisya kuat. Tahu sangat Qisya memang teringin gila nak pergi kampungnya di
utara Malaysia itu.
To Be Continued...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete