Lima tahun yang lalu…
“
Berita terkini. Seorang ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Lutfi mendakwa
dirinya sering diugut oleh individu yang hanya dikenali sebagai Pearl. Setelah
tidah tahan dengan semua ugutan terhadapnya, pemilik Eclipes Holdings itu telah
melaporkan kepada pihak polis mengenai ugutan yang diterimanya. Dan, pihak
polis sedang menjalankan penyiasatan mereka. Ketua polis negara menyarankan sesiapa
yang mengenali Tan Sri Lutfi memberi kerjasama. Kita beralih pula ke berita
luar negara…”
Siaran
televisyen yang sedang terpasang, ditutup.
“
Kau memang cari nahas, Lutfi. Kau memang tak sayangkan keluarga kau kan,” Pearl
menumbuk meja dengan kuat. Sakit yang menular di tangannya tidak dihiraukan.
“
Bos, kita nak buat apa sekarang?” tanya Opie, orang kanan Pearl.
“
Nak buat lagi? Aku nak kau bawa Loni dan John pergi rumah jantan tak guna tu,”
arah Pearl tegas.
“
Tapi, bos…”
“
Apa?!” jerkah Pearl. Bingit juga telinga Opie mendengar suara nyaring Pearl itu.
“
Bos, rumah jantan tu mesti penuh de…dengan polis punya. Bahaya, bos,” balas
Opie, takut-takut.
“
Aku bukan nak kau pergi masuk rumah jantan tu, bodoh. Aku nak korang tengok, apa yang berlaku kat
rumah tu. No more excuses. Go!” Opie terkocoh-kocoh mengeluarkan
telefon bimbitnya.
Pearl
berlalu ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengambil satu tin Coke. Diminumnya
air bergas itu dengan rakus. Hatinya panas kerana perbuatannya telah dibongkar.
Semakin meluap-luap kemarahannya terhadap Tan Sri Lutfi. Tin Coke yang kosong
digenggam kuat. Habis kemek tin air itu.
“
Kau belum kenal aku, Lutfi. Aku akan buat kau merana,” kata Pearl, geram.
*****
Sementara,
di rumah Tan Sri Lutfi dikelilingi oleh polis yang mengawasi kawasan rumah
banglo tiga tingkat itu. Dia sendiri yang meminta agar ada polis yang menjaga
keselamatannya dan keluarga.
“
Papa kenal ke dengan Pearl ni?”
“
Daripada surat ugutan yang papa dapat, papa rasa dia macam kenal sangat dengan
papa. Pearl tu memang bodoh, dia sendiri yang cari penyakit. Dia sendiri
meletakkan gelarannya di setiap surat ugutan yang dia hantar,” ujar Tan Sri
Lutfi.
“
Fariz tak rasa dia bodoh, pa. Pasti ada sebab dia letakkan gelaran tu kat
surat-surat tu semua. Lagipun, hanya gelaran dia saja yang kita tahu. Memang
susah pihak polis nak cari dia,” balas Fariz.
“
Kamu kan polis, Fariz. Takkan tak ada jalan nak cari siapa yang ugut papa kamu
ni?”
“
Memanglah, mama. Tapi, Fariz tak dibenarkan ambil bahagian dalam kes ni sebab
Fariz pun terlibat jugak dalam kes ni secara tak langsung. Dia orang tak nak
nanti ada yang terbocor apa-apa. Mama tahukan setiap maklumat polis adalah
sulit,” Puan Sri Zana hanya mengangguk.
“
Tak apalah. Buat masa ni, papa nak Fariz tinggal aje kat sini. Buat sementara waktu, jangan balik apartment kamu tu…”
“
Baiklah, pa. Ketua Fariz pun suruh Fariz stay
kat sini. Takut kalau Pearl ambil tindakan selanjutnya. Daripada gaya ugutan
dia, nampak macam dia langsung tak takut dengan pihak polis,” Tan Sri Lutfi
mengeluh. Siapalah yang nak porak perandakan hidupnya ini?
Memanglah
dia ada ramai musuh dalam perniagaannya. Tetapi, dia langsung tak sangka sampai
menjadi kes polis. Semakin hari, semakin kasar cara Pearl mengugutnya. Dia
paling risaukan ahli keluarganya. Anak perempuan sulung dan keduanya telah dihantar
ke luar negara. Hanya Fariz sahaja yang berdegil untuk terus di sini.
Opie,
Loni dan John berpura-pura melalui kawasan perumahan Tan Sri Lutfi. Toyota Vios
yang dipandu John bergerak perlahan sebelum berhenti tidak jauh dari banglo
tiga tingkat itu.
“
Orang kaya memang penakut!” bentak Opie. John dan Loni tersentak.
“
Kenapa Opie?” tanya John.
“
Iyalah. Cuba korang tengok. Bos baru gertak sikit aje, keliling rumah penuh dengan polis. Memang dasar pengecut,” tukas
Opie.
“
Alah, bukan kau tak tahu. Dia orang takut rumah yang gah macam tu kena rompak,
habislah harta yang dia orang kumpul tu. Dasar tamak haloba, macam tulah,”
tambah Loni. John mengangguk setuju.
“
Bos pun anak orang kaya jugak dulu kalau korang nak tahu. Bapak dia bukan
sembarangan orang tau…”
“
Eh, Opie. Kau ceritalah sikit pasal bos kita tu. Kita orang pun nak tahu
jugak,” John mula menunjukkan minat untuk mengetahui kisah hidup bos mereka yng
digelar Pearl itu.
“
Bos yang aku kenal memang sangat baik. Lemah lembut aje orangnya. Nak tengok dia marah pun susah. Bapak dia memang
sayang gila kat dia. Semua yang bos nak, mesti dapat punya. Kereta sport, pakaian
berjenama, barang kemas dan banyak lagilah. Tapi, lepas bapak dia mati, semua
kawan-kawan bapak dia dengki. Habis harta bos dia orang kikis. Bos pulak masa
tu, naïf lagi,” cerita Opie.
“
Maksudnya, dia nak balas dendam dekat kawan-kawan bapak dialah ni. Sebab tu,
dia upah kita buat kerja untuk dia?”
“
Of course. Kadang-kadang kan, aku
rindu bos aku yang dulu. Bukan bos yang penuh dengan dendam kesumat macam
sekarang. Aku macam dah tak kenal dia lagi,” keluh Opie.
“
Alah, kau ni. Bajet kau ni rapat sangat dengan bos,” John dan Loni ketawa
serentak.
“
Aku ni bodyguard boslah dulu,”
beritahu Opie. John dan Loni terpempan. Mereka ingat Opie macam mereka juga, diupah
untuk buat kerja ugut mengugut ni.
“
Kau biar betul, Opie…”
“
Betullah, John. Kita tiga orang aje
pekerja upahan bos. Bos tak nak upah ramai-ramai. Tak mahu ambil risiko
katanya,” kata Opie.
Fariz
mundar mandir di balkoni biliknya. Saat itu matanya terpandang kereta Toyota
Vios yang berada tidak jauh dari situ. Kereta siapa pula yang berhenti kat situ
malam-malam ni? Namun, Fariz hanya membiarkan sahaja. Mungkin hanya pasangan
kekasih yang sedang memadu kasih ke. Otak sewel betul si Fariz ni.
*****
Opie
menolak daun pintu apartment Pearl. Dia
mencari kelibat bosnya itu. Pintu kamar Pearl dibuka sedikit. Telinganya
menangkap bunyi air dari dalam bilik air. Pasti bosnya itu sedang mandi. Opie
terus beredar dari bilik Pearl dan menghalakan langkahnya ke ruang tamu.
Tangannya mencapai remote control dan
menekan punat ‘ON’.
“
Macam mana?” Tersentak Opie dibuatnya. Entah bila Pearl selesai membersihkan
diri pun dia tak tahu.
“
Setiap penjuru rumah, ada polis yang mengawal,” maklum Opie ringkas. Dia pasti
Pearl tidak suka mukadimah panjang.
“
Just expecting that. Dasar jantan
pengecut!” bentak Pearl. Tangan mengepal penumbuk. Opie terdiam. Biarlah Pearl
melunaskan kemarahannya dulu.
“
Ada orang nampak korang tak?”
“
Ada, bos. Inspector Fariz, anak lelaki jantan tu,” Bukan dia tak nampak si
Fariz tu di balkoni. Dan, dia tahu Fariz perasan kereta mereka yang terparkir
berdekatan dengan rumah orang tuanya itu.
“
Bagus. Tapi, aku tahu anak dia tak akan expect
yang korang adalah orang-orang aku,”
kata Pearl sambil tersenyum sinis.
“
Sampai bila kau nak berdendam dengan Tan Sri Lutfi, Pearl?”
“
Sampai dia menyesal dengan perbuatan dia, Opie. Aku akan pastikan hari tu tiba.
Dan aku nak dia bersihkan nama papa aku,” balas Pearl. Dia duduk di sofa.
“
Tapi, bukan ini caranya. Aku tahu kau tak akan biarkan orang yang terlibat
dalam pembunuhan papa kau terlepas. Satu aje
yang aku tak faham. Kenapa mesti Tan Sri Lutfi aje yang kau berdendam? Sedangkan bekas partner papa kau yang lain bersenang lenang,” Pearl memandang Opie
tajam.
Opie
seorang gadis yang berperwatakan seperti lelaki. Dia sudah biasa dengan
keganasan sejak diupah menjadi bodyguard
Pearl dulu. Pearl sudah menganggap Opie sebagai kawan baiknya. Cuma,
kadang-kadang Pearl selalu memarahi Opie ikut suka hati dia saja.
“
Kalau kau tak suka terlibat dengan dendam aku ni, kau boleh belahlah. Aku boleh
buat kerja ni seorang,” Pearl bersuara keras.
“
Aku sayang kau, beb. Aku dah janji
dengan papa kau nak jaga kau. Macam mana sekalipun sikap kau kat aku, marah kau
kat aku…aku terima. Tapi, tolong. Jangan halau aku,” ujar Opie.
“
Tahu pun kau. Aku nak hidup Tan Sri Lutfi hancur. Aku nak dia rasa macam mana
papa aku sengsara sebab nak selamatkan dia. Kalau bukan sebab jantan tu, papa
aku takkan mati!”
“
Kau tahukan, orang yang kau ugut tu kawan baik papa kau. Takkan kau nak
musnahkan satu-satunya kawan baik papa kau tu?”
“
Huh, kawan baiklah sangat. Kenapa dia
tinggalkan papa aku macam tu aje masa
papa aku susah? Papa aku bukan main tolong dia lagi. Sanggup tidur dalam
penjara daripada tengok kawan baik dia tu dituduh membunuh…”
Opie
terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Pearl tu. Kawan yang baik takkan
tinggalkan kawannya yang dalam kesusahan. Tambahan pula, kesusahan itu kerana
ingin melindungi sahabat baiknya.
*****
Beberapa hari selepas itu…
Tan
Sri Lutfi diiringi beberapa orang polis ketika menghadiri mesyuarat di Eclipes Holdings.
Fariz turut menemani papanya. Takut pula Pearl mengambil tindakan seterusnya
ketika Tan Sri Lutfi menghadirkan diri ke syarikat. Lebih baik mereka
berjaga-jaga. Para pekerja Eclipes Holdings juga disarankan agar bersikap
tenang sahaja.
Mereka
dinasihatkan supaya tidak mengambil serius mengenai kes Tan Sri Lutfi. Tambahan
pula, Tan Sri Lutfi tidak mahu sesiapapun dari syarikatnya itu terlibat dalam
kesnya. Tak pasal-pasal kecoh pula nanti.
Setelah
selesai bermesyuarat, Tan Sri Lutfi mengarahkan pemandunya agar membawanya ke
tanah perkuburan Islam yang berada tidak jauh dari situ.
“
Papa nak pergi ziarah kubur siapa?” tanya Fariz bingung.
“
Arwah kawan baik papa,” jawab Tan Sri Lutfi senada. Dia membuang pandang ke
luar tingkap. Dia masih ingat lagi kejadian malam itu.
To be continued...
No comments:
Post a Comment