Hello! My Ex...
Cerpen pendek CIA...tiba-tiba dapat idea nak karang HME ni semalam..
HME ni just relax ja...no conflict!
*****
Hai!
Eh, Assalamualaikum! Aku, EsTee. Tu
nama glamour aku aje. Nama penuh aku, Sara Tihany. Sedap tak nama aku? Kredit
kepada ibu dan abah untuk nama yang sangat meletop ni. Oppss! Disebabkan nama
aku panjang, kawan-kawan masa sekolah aku dulu panggil aku ST je. Tapi, nak sweet sikit aku tulis kat semua tempat yang aku
suka, EsTee. Baru comel gitu. Okay, terlebih
puji.
“
Tihany, turun!” Hah, yang suara kuat macam bom tu ibu aku, Puan Umaira.
Walaupun suara ibu aku macam bom, ibu aku cantik tau. Kalah Che Ta. Hehe…
“
Kejap, ibu. Nak pakai tudung,” laung Tihany menjawab sahutan ibunya dari
biliknya di tingkat atas.
“ Awak
ni. Cuba perlahankan sikit suara tu. At least, kurangkan volume dari enam belas
kepada sepuluh ke,” Tudia! Abah kita dah bersuara di sebalik surat khabar dia.
Hmmp! That’s my father, Encik Akhbar. Abah aku handsome tau. Padanlah dengan
ibu aku yang cantik tu. Dan, sudah pastilah menurun kepada anak gadis mereka
yang seorang ni kan? Perasan sekejap.
“
Kalau Maira perlahankan volume suara ni, tak dengar pulak anak abang kat atas
tu. Kang terlambat pula dia ke tempat kerja. Nanti mengadu pulak kat kita ni
yang dia kena marah dengan bos. Ish, malas nak mendengarnya, bang,” Encik Akhbar
menjeling isterinya dengan ekor mata.
“
Ikut suka awaklah, puan isteri oi,” Melebar sengihan Puan Umaira. Tuan suami
dah malas nak menegakkan benang yang dah tak basahlah tu. Tahu sangat sikap
suka mengalah suaminya itu.
“ Abah,
ibu…Hany balik lambat sikit eh hari ni. Laila ajak singgah mall kejap. Teman
jumpa bakal suami dia,” Tihany melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan
dengan Encik Akhbar.
Tangan
kanan laju mencedok mee goreng kegemaran ke dalam pinggan.
“
Lambat tu pukul berapa?” tanya Encik AKhbar.
“
Emmm, Hany pun tak surelah, abah. Nanti apa-apa hal, Hany call abahlah,” jawab
Tihany lalu menyuap mee goreng ke mulut. Sempat juga dia melihat jam di
pergelangan tangan kirinya. Masih awal lagi.
“ Mall
yang dekat dengan office Hany ke?” soal Puan Umaira pula. Tihany hanya
mengangguk dek kerana mulut penuh dengan mee goreng.
“ Ibu
pun nak pergi mall tu jugak petang nanti. Dengan mama Hasni,” beritahu Puan
Umaira. Dia menuangkan air milo panas ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan
Tihany.
“
Mama Hasni? Buat apa, bu?”
“
Nak cari barang hantaran katanya. Dua minggu lagi ada yang nak datang meminang
Azra,” jelas Puan Umaira.
“
Kak Azra, bu? Bestlah. Dah jumpa calon,” keluh Tihany. Serentak itu, Encik
Akhbar dan Puan Umaira memandang anak gadis mereka. Macam orang berjauh hati
pun ada si Tihany ni.
“
Tak nak cari pengganti ke?” Sengaja Encik Akhbar ingin merisik khabar.
Selepas
Tihany putus tunang dengan Heykal si mamat sewel tu, dia belum mencari
pengganti. Malas katanya. Biar aje jodoh tu datang sendiri. Memang putus
harapan betul Cik Sara Tihany kita ni. Orang dah elok-elok sayangkan encik
tunang, tetiba pulak terputus. Mahunya tak meroyan minah ni.
“ Dah
lambat ni. Hany pergi dululah,” Lagi lama dia disitu, semakin jauh pula ibu dan
abahnya melencong. Pening kepala dibuatnya. Sebelum keluar bekerja, sempat dia
meminta restu kedua ibu bapanya. Tak ada suami lagi kan? Ada suami nanti, minta
restu suamilah.
“
La, future husband kau tu dah sampai ke belum?” soal Tihany kepada Laila yang
tengah sibuk bersms itu.
“
Dah. Tengah cari parking,” Okay, nilah Laila atau Nur Baiti Laila. Dialah
sahabat baik aku dunia akhirat. Ceyy. Iyalah sangat kan. Memang betul pun. Aku
ada dia seorang aje yang sudi jadi kawan setia aku. Yang lain tu ada tapi si
Laila ni paling kebaboomlah. Sebab dia baik…sporting…dan yang paling penting
dialah satu-satunya sahabat susah dan senang. Melambung aku puji kau, Laila.
Tett!
“ Kau
nak aku kacau daun ke aku kena pergi tempat lain?”
“
Amboi, kau. Kalau aku berani jumpa dia seorang, tak payah dah aku ajak kau…”
“
Manalah tahu kalau kau nak berduaan dengan dia kan. Nanti encik bakal suami kau
tu rasa aku mengganggu pulak,” Tihany tersengih sambil mengangkat kedua
keningnya berulang kali.
“
Aku debik kang baru kau tahu. Tak adanya mengganggu. Encik bakal suami aku tu
stok ustaz-ustaz kat masjid tau. Mana boleh berdua-duaan. Lagipun, kau kan tahu
aku lagilah tak suka,” tukas Laila.
“
Iyalah. Aku faham. Tapi nanti kalau kita terserempak dengan ibu, aku nak pergi
menyibuk dengan ibu tau,” maklum Tihany.
“
Suka hati kaulah, Sara Tihany. Janji kau bahagia,” Laila buat muka comel.
“
Assalamualaikum. Sorry lambat,” sapa satu suara. Tihany dan Laila berpaling
serentak ke belakang.
“
Waalaikumsalam. Tak lambat sangat pun. Jemput duduk,” jawab Tihany bagi pihak
Laila yang tiba-tiba terkunci mulut itu.
Tihany
menoleh ke sebelahnya. Memang dia pelik tengok si Laila menggelabah semacam.
Selalunya mulut dia kepoh. Tak macam sekarang ni. Takkan segan dengan bakal
suami sendiri kot. Tihany menyiku pinggang Laila.
“ Dah
order makan ke?” soal Irwan, bakal suami Laila.
“
Belum. Mek ni sibuk nak tunggu abang Irwan dulu,” Laila menjegilkan matanya
kepada Tihany. Tahulah sikap si Tihany tu. Buat slumber dia saja.
“
Lah, ye ke. Jomlah order. Hah, sebelum terlupa. Sepupu abang pun ikut sekali
tau. Kejap lagi dia sampai…”
“
Sepupu?” soal Laila. Tak tahu pula Irwan akan membawa sepupunya. Bertambah
segan dibuatnya nanti.
“
Ha’ah. Sepupu sebelah mama abang. Baiti tak pernah jumpa dia rasanya. Masa
tunang hari tu pun dia tak datang,” jawab Irwan sambil membelek buku menu
ditangannya.
“ Ye
ke? Hmmm, tak apa. Kejap lagi kenallah kan,” kata Laila sambil tersenyum.
“ Tapi
jangan berubah hati pulak tau. Sepupu abang tu berganda kacak dia dari abang
yang tak seberapa ni…”
“ Takkan
punyalah, abang Irwan. Cinta hati dia satu aje,” balas Tihany.
“
Ish, kau ni kan,” Laila ketap bibir. Tihany mengangkat bahunya. Diangkat
sedikit buku menu dan membelek satu persatu helaian. Perutnya nak makan apalah
kat restoran mewah ni. Semua makanan tak menjamin kekenyangan langsung.
Tihany
menyandarkan badannya ke kerusi setelah mereka selesai memesan makanan.
Tangannya bermain game di Samsung Note 3 miliknya. Malas mahu menyampuk
perbualan merpati sejoli itu. Tambahan pula, Irwan dan Laila sedang
membincangkan hal jemputan tetamu pada hari perkahwinan mereka nanti.
“
Wan,” Irwan mendongak. Sampai pun sepupunya itu. Tihany dan Laila saling
berpandangan.
“
Eh, Ash. Duduklah. Aku ingat tak jadi datang dah tadi,” kata Irwan.
“
Mana boleh tak datang. Dah janji dengan kau kan,” balas Ashfiq sambil mengambil
tempat duduk yang kosong di hadapan Tihany.
“ Ni
aku kenalkan, bakal isteri aku…”
“
Laila,” potong Ashfiq.
“
Korang kenal ke?”
“
Apa pulak tak kenalnya. Dia nilah suami tak jadi minah kat sebelah ni hah,”
kata Laila hambar.
“
Oh, kaulah si Heykal sewel bin mereng tu ya,” tebak Irwan. Tihany tersengih
sinis. Isk, macam manalah boleh terjebak dengan mamat sewel ni. Ibu punya
pasallah ni. Nak sangat bermenantukan anak Tan Sri Bazli tu. Siapa lagi kalau
bukan Ashfiq Heykal kat depan dia ni.
“
Siapa yang pandai-pandai bagi nama aku macam tu?”
“ Entahlah.
Kau tanyalah dua orang budak bertuah depan ni,” Irwan memandang Tihany dan
Laila.
“ Memang
bertuah. Bertambah tuahnya sebab terjumpa dengan Heykal sewel bin mereng ni,”
Ashfiq mengerling Tihany. Bukan dia tak tahu. Pasti itu kerja bekas tunangnya
yang menggelarkan dia begitu.
“
Ibu,” Cekap sekali mata Tihany menangkap susuk tubuh ibunya dan ibu saudaranya
di luar restoran mewah itu.
“ Tee,
ibu kat luarlah. Auntie Hasni ada sekali tu,” Irwan dan Ashfiq turut mengalihkan
pandangan mereka ke luar.
Tihany
mengeluh kecil. Nak pergi ke tak? Takut pula Puan Umaira ternampak Ashfiq. Tak
pasal-pasal si ibu teramah mesra pula dengan menantu tak jadi dia ni. Bukannya
nak marah si Ashfiq yang selamba badak air memutuskan pertunangan mereka yang
baru sahaja berusia dua bulan itu malah semakin peramah. Hailah…
“
Biarlah,” jawab Tihany acuh tak acuh.
“ Alah,
Laila. Dia takutlah tu. Takut auntie Umaira ternampak abang Heykal kat sini…”
“
Hello, buang masa aje nak takut bagai. Macamlah tak boleh jumpa kat rumah,”
Tihany menjeling Ashfiq.
“
Okay, stop. Makanan kita dah sampai. Kita makan dulu. Nak bergaduh ke bertumbuk
ke…lepas makan,” Irwan meleraikan pergaduhan budak berdua yang tak jadi kahwin
tu.
“
Memang nak makan pun,” balas Ashfiq dan Tihany serentak.
“ Korang
ni…orang tua-tua cakap jangan bergaduh sangat. Nanti terjatuh cinta, kan
susah,” ujar Laila.
“
Huishh, La. Impossible! Aku ni bukan macam stewardess
yang selalu berkepit dengan dia tu,” tempelak Tihany. Makan dalam, beb. Tapi,
si Ahsfiq tu cool saja. Tak ada pula nak menempelak balik kata-kata bekas
tunangnya itu.
“ Cakap
pasal stewardess ni. Ash, kau punya
girlfriend tu mana? Dah lama aku tak nampak kau dengan dia? No heart feeling,
kay…”
“ Entah.
Malas ambil tahu. Dok mengurat kapten burung gergasi agaknya,” jawab Ashfiq
malas. Kecewalah tu. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong
berciciran.
Seleranya
langsung tidak terganggu mendengar isu stewardess
yang dipujanya dulu disentuh. Memang salahnya juga yang terkejar-kejar cinta
seorang perempuan yang memang tidak puas dengan seorang lelaki itu. Akhirnya,
dia yang makan hati.
“ Abang
Heykal…EsTee. Cuba korang dengar lagu yang dok terpasang ni…”
“ Hello,
my ex.”
“
Kau tahu lagu ni, Tee?”
“ Abah
tersayang terpasang terlalu kuat…semalam,” Irwan dan Laila sudah tergelak
sakan. Si Laila yang segan dengan Irwan tadi pun dah tak mampu nak jadi
penyegan lagi dah.
“
Pandai abah kau, Tee. Minat juga uncle Akhbar dengar lagu Korea ni,” Tihany
mengeluh. Dah berapa kali mengeluh pun tak tahu.
“ Okie
punya pasallah tu. Habis abah dengan ibu dia suruh tengok kpop,” jelas Tihany.
“
Bagus betul adik kau, Tee. Jangan dia ajar dia orang menari sudah…”
“
Nauzubillah. Rosak,” Tihany menggelengkan kepalanya perlahan.
“ Dah
habis makan. Siapa bayar?” Ashfiq meletakkan sudu dan garfu. Habis satu pinggan
Spaghetti Bolognese ditelannya.
“
Lajunya kau makan, Ash. Nak pergi mana?”
“ Aku
nak balik dululah. Malam ni ada date dengan geng bikers pulak,” jawab Ashfiq.
“ Iyalah.
Kau pergilah balik. Aku belanja hari ni,” Ashfiq tersengih panjang. Jimat duit
dia hari ni.
“ Okay.
Nanti apa-apa hal nak aku tolong, roger aje. Anytime,” pesan Ashfiq kepada Irwan.
Rapat juga hubungan mereka.
“ Iya…”
“ Laila,
kirim salam kat kawan kau yang senget tu eh. And tolong kirim salam sayang juga
dekat bekas tunang aku, Sara,” Laila mengulas senyuman. Dalam hatinya, kau
faham-faham sendirilah Tee.
Ashfiq
berlalu keluar dari restoran. Tihany hanya menghantar dengan hujung mata
sahaja.
Korang,
itulah Ashfiq Heykal. Dia tu bekas tunang aku. Handsome tak? Eh, korang mana
tahu kan. Tak nampak pun. Semua yang tengok dia cakap handsome. So, hansomelah
kot. Badan dia sasa tau plus tinggi. Gara-gara si stewardess tak cukup kain tu, dia putuskan pertunangan kita orang. Sadis!
Jawapan
dia ringkas dan padat apabila semua orang menyoal kenapa dia nak putuskan
pertunangan.
“ Sara
bukan jodoh Ash.”
Beberapa
hari selepas itu…
Tihany
termenung di buaian kayu jati di ruang rehat rumah keluarganya. Kepalanya
serabut memikirkan permintaan ibu dan abahnya. Cukuplah dia kecewa dulu. Memanglah
mulut cakap tak sayang. Tapi, dalam hati lain rasanya.
“ Tan
Sri Bazli jumpa abah tadi. Dia ada hajat,” Encik Akhbar bermukadimah.
“
Hajat apa lagi, abah?”
“ Heykal
minta sambung balik,” Tak terkata apa Tihany yang sedang menonton telemovie di
kaca tv itu.
“ Ibu
pun sokong sangat kalau Hany terima Heykal balik. Dia dah menyesal sebab putuskan
pertunangan kamu berdua dulu…”
“ Kalau
boleh kali ni Heykal nak kamu berdua kahwin terus. Dah tak payah
tangguh-tangguhkan lagi,” sambung Encik Akhbar.
Masih
terngiang di kepalanya perbualan mereka tadi. Tipulah jika dia tak sayangkan
Ashfiq Heykal. Tapi buat masa ini, hatinya susah nak terima bekas tunangnya
kembali. Tambahan pula, dia dan Ashfiq bukannya rapat sangat sebab mereka kenal
pun waktu tunang dulu.
Dalam
tempoh bertunang pun tak sempat nak jumpa selalu. Semuanya kerana si Ashfiq tu
sibuk dengan kerja dia. Bakal menggantikan tempat Tan Sri Bazlilah katakan. Ketika
itu pula, Ashfiq sering berulang alik dari Malaysia ke London menguruskan
projek. Disebabkan itulah kot dia terpikat dengan stewardess kat KLIA tu.
Buntu
Tihany memikirkan penyelesaiannya. Cuma dua jawapan sahaja yang ditunggu
keluarga Ashfiq darinya. Sama ada terima atau tidak. Disebabkan cuma ada dua
pilihan sajalah, dia bingung. Kalau dia terima, umpama dia memberi peluang
kepada Ashfiq untuk kecewakan dia lagi. Jika tidak, maksudnya…aduh. Sakit jiwa!
Keesokannya,
Ashfiq meminta izin dari Encik Akhbar untuk berjumpa dengan Tihany. Mereka
hanya dibenarkan berjumpa di luar rumah sahaja. Itu pun ada Okie, adik Tihany
menemani mereka.
“ Ada
apa awak nak jumpa saya ni?” tanya Tihany terus.
“ Tak
penting sangat pun sebenarnya. Cuma saya nak tahu aje, apa jawapan awak? Saya
tahu, mesti uncle and auntie dah jelaskan pada awak,” Ashfiq bersandar di
kereta Toyota Camry putih miliknya. Tihany pula berdiri tidak jauh darinya.
“ Jawapan?
Apa jawapan yang awak nak?”
“
Sara, please. Answer me first,” mohon Ashfiq.
“ Saya
cuma ada dua jawapan. Sama ada ya atau tidak. Semalaman saya berfikir mana satu
yang saya perlukan. Dan sekarang hanya satu jawapan aje dalam minda saya,”
balas Tihany bersahaja.
“
Sebelum saya dengar jawapan awak, boleh awak kabulkan satu permintaan saya?”
“
What?”
Ashfiq
berlalu ke bonet keretanya. Dia mengambil sesuatu. Membulat mata Tihany tatkala
melihat Ashfiq memegang kayu besbol di tangannya. Kenapa pulak dah dengan mamat
sewel ni?
“
Ambil kayu besbol ni. Pecahkan cermin kereta saya,” pinta Ashfiq sambil
menghulurkan kayu besbol itu kepada Tihany.
“
Atas alasan?”
“
Kecewakan awak dulu,” Tihany ketawa kecil.
“ Saya
akan kabulkan permintaan awak. Tapi bukan pada kereta kesayangan awak ni,”
Ashfiq mengangkat keningnya.
“
Habis…kat mana? Badan saya?” Tihany menggeleng.
“
Motorbike awak…”
“
What?! No way,” suara Ashfiq sedikit tinggi. Gila kau nak hancurkan motorbike
kesayangan dia. Kekasih sejati dia tu. Mana boleh!
“
Then, the answer is NO. Muktamad,” Ashfiq sudah menggelabah. Dia sayangkan
kedua-duanya.
“
Sara, pleaselah. Motorbike tu harta kesayangan saya. Takkan ada pengganti…”
“ Okay.
Suka hati awaklah. Kalau motorbike awak tu tak ada pengganti, maksudnya awak akan
ada pengganti sayalah kan. You have the answer, Ashfiq Heykal. It’s up to you,”
Tihany mula membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah.
Okie
yang terdengar perbualan Tihany dan Ashfiq terkaku. Takkan macam tu saja drama
sebabak ni? Ciss, kurang asam punya Okie. Ingatkan dia ada menyokong salah
seorang dari mereka berdua.
“ Sara,”
panggil Ashfiq. Tihany tidak jadi melangkah. Dia memandang wajah keruh Ashfiq.
“ I’m
waiting,” gumam Tihany apabila Ashfiq mendiamkan diri.
“ Esok
saya bawa motorbike saya ke sini. Awak kerjakanlah dia sesuka hati awak…”
“
Awak tak kisah?” Ashfiq menggeleng perlahan.
“ Abang
Heykal, kak Hany bergurau ajelah,” Ashfiq menghalakan pandangannya ke kanan.
“
Apa maksud Okie?”
“
Kak Hany saja nak kenakan abang Heykal aje. Tadi ibu dah bagitahu parent abang
Heykal jawapan kak Hany,” jelas Okie. Tihany tersenyum.
“ Apa
ni, Sara?”
“ Sorry.
Simpanlah balik kayu besbol awak tu. Saya tak pernah lagi diajar untuk rosakkan
harta benda orang,” balas Tihany. Ashfiq menarik nafas lega. Lega kerana
motorbike berkuasa tinggi kesayangannya tidak jadi untuk dijadikan korban.
“ Kenapa
awak terima saya balik?” soal Ashfiq ingin tahu.
“ Mana
awak tahu saya terima awak? Saya atau Okie tak ada sebut pun pasal jawapan
saya…”
“ Cukuplah
dengan senyuman awak, Sara. Itu pun saya dah tahu jawapan awak,” balas Ashfiq.
“ Okay.
Saya terima awak mungkin sebab kita berjodoh,” Ashfiq tersenyum. Alasan
sebaliknya yang diberikan ketika gadis itu bertanyakan perihal dia ingin
memutuskan pertunangan mereka.
Dua
tahun kemudian…
Vroom!
Vroom! Vroom!
“
Abang, Aulia tengah tidurlah,” Tihany menampar lembut bahu suaminya.
“
Alah, dah tiga jam dia tidur. Abang bunyikanlah alarm dia,” balas Ashfiq
selamba.
“
Pandailah abang ni. Tinggallah kejap motor abang tu. Sara dah siapkan minum
petang,” Tihany berlalu ke gazebo yang dijadikan ruang berehat di rumah banglo
dua tingkat yang dibeli Ashfiq di awal perkahwinan mereka dulu.
Ashfiq
mematikan enjin motorbikenya dan turut berlalu ke gazebo. Setelah dia berkahwin
dengan Tihany, dia nekad untuk tinggalkan dunia motor berkuasa tinggi yang
sudah menjadi minatnya sejak kecil itu. Hanya semata mata kerana Sara Tihany,
isteri tersayang yang dulu pernah ditinggalkannya dek kerana wanita lain.
“ Jom
abang bawa Sara naik motorbike abang tu round taman nak?”
“
Ish, abang tahukan Sara tak suka. Lagi pun bahaya,” tolak Tihany. Dek kerana
terlalu banyak laporan akhbar yang selalu membuat liputan tentang motor
berkuasa tinggi sering terlibat dalam kecelakaan, dia jadi trauma.
“
Sayang, naik kereta , motor kapcai , kapal terbang , kereta api…semuanya
bahaya,” tukas Ashfiq.
“ Tak
kisahlah. Yang Sara tahu Sara tak suka hobby abang tu. Please,” Ada nada sedih
pada suara Tihany. Sebak sebenarnya apabila memikirkan jika si suami yang
terlibat dalam kemalangan ketika membawa motorbike besar itu. Nauzubillah.
“
Okay…okay. Tak payahlah buat muka sebak macam ni. Abang janji, abang tengok aje
motor tu hari-hari. Tak payah menunggang pun tak apalah, sayang,” Ashfiq membawa
Tihany ke dalam pelukannya.
“ Sara
seriuslah,” Dipukulnya dada Ashfiq.
“
Abang seriuslah ni. Nanti abang simpan dalam stor ya. Dua puluh tahun lagi
bolehlah tunjuk dekat anak-anak kita. Nilah harta papa yang mama paling benci,”
Tihany tergelak kecil. Ashfiq melepaskan pelukannya.
“
Eleh, iya-iya aje abang ni. Aulia baru nak masuk tiga bulan…”
“ Iya
jugak kan. Tak apalah. Itu perancangan masa depan. Takkan nak Aulia seorang
aje. Kenalah bagi dia kawan-kawan juga kan,” Ashfiq menayangkan muka gatal.
“ Kawan-kawan
ya abang? Kat taman ni pun ramai rasanya,” Tihany sengaja mengenakan suaminya.
“
Malas layan sayang. Makan donut ni lagi bagus. Kenyang pun kenyang…”
“
Abang, esok jangan lupa tau. Kita pergi rumah abang Irwan. Sara nak jumpa
Laila,” Tak lupa punyalah sahabat sehidup semati dia tu.
“
Iya, ingat. Mana boleh lupa,” balas Ashfiq sambil mengunyah donut hasil tangan
isterinya.
Ashfiq
dan Tihany berkahwin sebulan lebih awal daripada Irwan dan Laila. Semuanya
gara-gara si Ashfiq takut Tihany berubah hati. Dan dia juga takut nanti lebih
banyak dugaan pula yang datang. Manalah tahu jika tiba-tiba stewardess lain pulak yang muncul.
“
Jemput masuk, Ash , EsTee. Laila ada kat dalam,” Irwan menjemput tetamunya
masuk. Tihany terus menerpa ke ruang rehat yang menempatkan Laila.
“ Semakin
sihat kau, Wan. Isteri tengah pantang pun kau bedal semua makanan ke?”
“
Aku tak macam kau, Ash. Tak sanggup aku nak berpantang sekali. Perut aku tak
tahan, bro,” Ashfiq ketawa kecil.
“ Sihat,
La?”
“
Macam nilah, Tee. Asyik duduk and baring aje. Mak aku ada kat atas. Solat,”
jawab Laila.
“ Mak
Teh tak datang jaga kau ke?”
“ Baru
aje balik tadi. Esok dia datang balik. Mana Aulia? Tak bawak sekali ke?”
“
Ada kat papa dia,” jawab Tihany. Jarinya mengusap pipi anak lelaki Irwan dan
Laila.
“
Hah, panjang umur dia,” Ashfiq memberikan Aulia kepada Tihany.
“
Dah ada nama ke?” soal Ashfiq.
“ Tak
ada lagi. Tapi bini aku ni kalau boleh nak namakan baby kami ala-ala nama anak
korang jugak,” Laila mengangguk. Memang itu hajatnya jika dia mempunyai anak
satu hari nanti.
“ Eheh,
nasib baik anak lelaki. Kalau perempuan, memang kau nak namakan dia Aulia
jugaklah kan, La?” Laila tersengih.
“
Nak buat macam mana. Dah memang aku suka sangat ikut kau, Tee. Nama anak kau Hanim
Aulia, kan? Emm, Haniff Alif? Abang?”
“ Macam
best aje. Maksud dia pun elok jugak,” setuju Irwan.
“ Wan,
esok pergi daftar terus,” saran Ashfiq.
“
Memang kena pun. Dah tua-tua ni, takut lupa,” seloroh Irwan. Mana ada tua
sangat. Ashfiq dan Irwan sebaya, baru dua puluh lapan tahun. Tihany dan Laila
pula muda tiga tahun dari mereka, dua puluh lima tahun.
“ Elok
sangatlah tu. Kalaulah aku tak putus tunang dulu, mesti sekarang ni aku dok
fikir nama anak kedua aku kan…”
“ Anak
kedua dengan siapa, abang?”
“ Entahlah.
Dengan siapa ya?”
“ Kau
ni bikin panas betullah, Ash. Nanti jangankan anak kedua, ketiga keempat pun
tak ada,” Irwan dan Ashfiq ketawa serentak. Bergabung tenaga budak berdua tu,
mau tak nangis pula si Aulia dan Alif tu. Nasib koranglah dapat bapak macam ni.
TAMAT
No comments:
Post a Comment