“ Qis,
encik suami dah tunggu tu. Tak nak balik ke?” Salina berdiri di pintu bilik
Qistina. Sedang dia mengemas barang-barangnya, dia ternampak Haiqal sedang
berdiri di depan pintu lift. Tunggu Qistina agaknya.
Qistina mengangkat mukanya. “ Dia
tunggu Qis?” soal Qistina bagaikan tidak percaya. Salina mengangguk. “ Thanks,
kak Ina. Qis nak baliklah ni,” Qistina
mengemas mejanya dan mencapai handbagnya.
“ Untungkan
dapat kerja dengan suami. Datang kerja dan balik sekali. So romantic,” usik
Salina. Qistina tersenyum senget. Itu pun puas pujuk, kak Ina oi.
“ Untunglah
juga, kak Ina. Kak Ina balik dengan siapa ni?” soal Qistina.
“ Haruslah
dengan suami kak Ina,” jawab Salina sambil tersenyum. Qistina juga turut
tersenyum.
“ Kak
Ina pun dah nak balik?” soal Haiqal sebaik Qistina dan Salina sudah tiba ditempatnya
menunggu dan mereka beriringan masuk ke dalam perut lift.
“ Ha'ah,
tengku. Kalau balik lambat bising pula suami akak tu. Kesian pula dia tunggu
akak kat bawah nanti,” jawab Salina jujur.
“ Oh,
balik dengan suami akaklah ni,” Haiqal senyum kepada kak Ina.
Setibanya mereka di tingkat bawah,
mereka beriringan ke tempat parking kereta. Kelihatan suami Salina sedang
bersandar dikeretanya. Salina melambai kepada suaminya.
“ Tengku,
Qis, akak balik dulu ya. Suami akak dah tunggu tu,” Salina meminta diri dan
berlalu menghampiri suaminya dan menyalami tangan suaminya. Suami Salina
tersenyum dan mencium dahi Salina. Macam pasangan bahagia.
Qistina menepuk bahu Haiqal yang
sedang ralit memandang Salina dan suaminya itu. Haiqal mengangkat keningnya.
“ Apehal
tengok kak Ina dengan suami dia tak berkelip mata? Jealous ke apa?” soal
Qistina selamba.
“ Nak
jealous apanya?” soal Haiqal kembali.
“ Eleh,
tak mengaku pulak. Saya tahu awak jealous. Tapi kan, bukan selalunya saya buat
macam tu ke bila awak balik kerja? Cuma pagi tadi je tak salam,” Qistina
mengetuk dagunya dengan jari telunjuknya. Haiqal mendengus.
“ Dahlah,
jom balik. Nanti jalan jammed,” Haiqal menekan alarm kereta Toyota Camry putih
miliknya masuk ke dalam perut kereta. Malas mahu bertikam lidah dengan
isterinya. Qistina turut berbuat demikian.
“ Awak,
kita singgah makan dulu boleh tak? Saya laparlah,” Qistina memandang Haiqal
yang sedang memandu itu sekilas.
“ Dah
nak makan malam pun. Tahanlah kejap. Makan kat rumah,” balas Haiqal. Qistina
mencebik. Sudahlah tengah hari tadi tak makan sebab merajuk dengan Haiqal. Baru
sahaja nak pujuk Haiqal makan dengannya, dia ternampak Sarah terlebih dahulu
sampai di pejabat Haiqal. Sakit hati betul.
“ Yelah,”
Qistina malas bertekak. Nanti lagi lapar dibuatnya.
“ Amboi,
Qis. Seleranya kamu makan,” kata Tengku Adzha. Selalunya Qistina tak makan
banyak macam ni. Pregnant kah?
“ Laparlah,
pa. Tengah hari tadi tak makan,” jawab Qistina selamba. Terkejut Haiqal
mendengar jawapan Qistina. Tak keluar makan?!
“ Tak
makan? Sibuk sangat ke? Qal, kamu tak ajak dia makan ke?” soal Tengku Amina
bertalu-talu. Tersengih Tengku Adzha melihat isterinya yang sudah membulatkan
matanya memandang Haiqal.
“ Eh,
ma. Qis busy sikit tadi. Lupa nak turun makan,” jawab Qistina sambil tersengih.
“ Lain
kali sibuk macam mana pun kena makan. Kalau selalu macam ni, Qis tak payah
kerjalah. Bukan Qal tak mampu nak tanggung kamu. Lebih dari mampu. Qal, kalau
nak pergi makan tu ajaklah Qis sekali,” bebel
Tengku Amina.
“ Tadi
Qal lunch dengan clientlah. Ingat dia pergi makan dengan kak Ina,” bohong Haiqal.
Haiqal menjeling Qistina. Gara-gara isterinya, dia kena marah dengan mama.
Usai makan malam, Qistina membantu
Mak Mah mengemas meja makan. Tengku Adzha dan Tengku Amina sudah berlalu ke
ruang tamu di tingkat dua. Menonton televisyenlah kalau waktu-waktu begini.
Haiqal pula terus naik ke biliknya. Selesai mengemas, Qistina turut naik ke bilik.
Mahu merehatkan badan.
Belum sempat Qistina menutup pintu,
“ Kenapa tak pergi makan tadi? Tak pasal aje kena marah dengan mama,” marah
Haiqal. Qistina mengeluh dan menutup pintu lalu melabuhkan punggungnya di sofa
bersebelahan dengan Haiqal. Dia turut menonton rancangan yang ditonton suaminya
itu.
“ Sorry.
Merajuk dengan awak punya pasallah. Siapa suruh lunch dengan orang lain,”
perlahan Qistina menuturkannya. Namun Haiqal masih dapat mendengarnya.
“ Yang
mengada nak merajuk bagai dah kenapa? Ikut suka akulah nak makan dengan siapa.
Kau tak payah sibuk,” rengus Haiqal. Semakin hari semakin Qistina menunjukkan
perangai yang entah apa-apa. Pening dibuatnya.
“ Whatever.
Kalau tak nak kena marah lagi, awak kena lunch dengan saya setiap hari, okay.
Setiap hari! No excuses,” tegas Qistina. Haiqal merenung tajam ke arah Qistina.
“ Apa
ni? Kau ingat aku nak ikut cakap kau yang tak betul tu. Siapa suami sekarang
ni?” tengking Haiqal.
“ Saya
tak pekak lagilah. Perlahanlah sikit suara tu. Kang tak pasal kena marah dengan
mama lagi,” kata Qistina lembut. “ You're husband and me, your wife. Bukan
Sarah atau orang lain. So, saya tak nak orang lain yang ambil tempat saya di
sisi awak. Faham, encik suami?” kata Qistina lagi. Haiqal terdiam. Mencerna apa
yang dikatakan oleh Qistina.
“ Look,
kita kahwin sebab papa and mama nak aku tolong balas budi kau yang dah tolong
dia orang. So, can we just buat macam biasa. Aku tak suka hidup aku dikongkong
macam ni. Faham,” tegas sekali Haiqal bersuara.
“ Saya
tak kongkong awak. Saya cuma tak suka dengar orang mengata suami saya
macam-macam. Awak ingat saya suka-suka nak awak lunch dengan saya. Sakit tau
telinga saya dengar tu semua. Itu baru dua hari saya kerja kat situ,” balas
Qistina. Dia perlu menjelaskan keadaan sebenar. Haiqal mendengus.
“ Pekakkan
telinga sudahlah. Dia orang penat nanti, berhentilah tu…” Qistina mengeluh
perlahan. Ada sahaja yang suaminya itu nak mengelak. Tahulah dia sayang Sarah
pun. Eee, geramnya. Kenapalah Sarah balik sekarang? Kenapa tak duduk saja kat
sana selamanya? Haiqal berpusing ke sebelah apabila isterinya itu hanya diam
sahaja. Tidak membalas.
Tiba-tiba Qistina berpaling memandang Haiqal
yang sedang merenungnya itu. Gulp! Dah kenapa tengok-tengok aku.
“ Yang
awak tengok saya macam nak telan saya tu kenapa? Tak kenyang ke makan tadi?”
tanya Qistina bersahaja. Berdebar jantungnya melihat Haiqal merenungnya
sebegitu.
“ Saja.
Takkan nak tengok isteri sendiri pun tak boleh,” Haiqal melarikan pandangannya.
Kantoi.
“ Tahupun.
Awak, kalau saya nak panggil awak abang boleh tak? Tak bestlah panggil
awak…awak ni,” pinta Qistina. Dia mengalihkan badannya menghadap Haiqal. Sejak
kebelakangan ini, dia cuba menarik perhatian Haiqal.
“ Ikut
suka kaulah. Bukan mulut aku,” balas Haiqal. Yeay! Sayang Haiqal ketat-ketat.
Qistina tersenyum.
“ Thanks.
Tapi awak pun kenalah bahasakan diri awak abang juga. Bolehlah,” pujuk Qistina.
Tajam mata Haiqal memandang Qistina disebelahnya.
“ Kau
ni dah kenapa? Ikut suka akulah nak bahasakan diri apa,” marah Haiqal.
“ Eee,
tak sukalah awak ni. Hari-hari asyik kena marah je. Tak penat ke? Saya
penatlah. Nak tidur,” balas Qistina sambil menarik lengan sasa Haiqal. Haiqal
menolak tangan Qistina daripada memegang lengannya. Lemas!
“ Pergilah
tidur sana. Aku tak mengantuk lagi,” tolak Haiqal.
“ Selalu
suami yang ajak isteri tidur. Ini terbalik. Apa-apalah. Tidur kat sini pun
boleh,” Qistina menarik kembali lengan Haiqal dan melentokkan kepalanya di bahu
Haiqal. Dipeluknya lengan itu kuat-kuat. Takut Haiqal menolak seperti tadi.
Qistina menguap perlahan.
“ Nak
tidur ni dah solat isya' ke belum?” tegur Haiqal tanpa memandang Qistina.
Qistina menggeleng. Matanya sudah pedih.
“ Belum.
Nanti abang dah nak tidur kejut Qis,” jawab Qistina. Haiqal menunduk sedikit.
Ingin melihat wajah isterinya. Sedap pula apabila mendengar bibir yang merah
semula jadi itu memanggilnya abang.
Walaupun dia selalu marahkan
Qistina, isterinya itu tetap tenang. Kadang-kadang Qistina sering bermanja
dengannya. Namun, disebabkan cintanya masih pada Sarah, dia butakan hatinya
untuk menerima perempuan lain di dalam hidupnya.
“ Hari
ni abang lunch dengan siapa?” tanya Qistina kepada Haiqal sebaik Haiqal
mengangkat panggilannya. Sejak kes Qistina tidak keluar lunch kerana merajuk
dengan Haiqal, Haiqal tidak berani lagi keluar lunch tanpa isterinya.
“ Dengan
siapa lagi abang nak lunch?” Haiqal bersuara perlahan. Disebabkan pujukan
Qistina yang hebat itu, Haiqal tukar juga bahasa panggilan mereka. Baru manis
bila suami isteri menggunakan panggilan manja begitu.
“ Manalah
tahu abang nak lunch dengan client ke? Tadi papa cakap ada wakil dari Syarikat
Hikmah nak ajak abang lunch sekali,” kata Qistina.
“ Tak.
Dia orang ada hal lain,” balas Haiqal seperti tiada mood untuk berbicara.
“ Yelah.
Nanti Qis tunggu abang kat bawah tau…”
“ Hmmm,”
balas Haiqal. Qistina pelik dengan sikap Haiqal yang melayan panggilannya
dengan acuh tak acuh.
“ Abang,”
Qistina menghentikan kerjanya. Dia menyandarkan badannya ke kerusi empuk yang
didudukinya itu.
“ Hmmm,”
balas Haiqal senada.
“ Sarah
ada kat situ ke?” soal Qistina penuh curiga.
“ Hmmm…”
Tetap tanpa nada mesra. Bukankah Haiqal memang begitu.
“ Abang ni. Apa yang hmmm? Qis naik
bilik abang baru tahu,” ugut Qistina.
“ Eh,
tak...tak payah. I'm okay,” jawab Haiqal gugup. Qistina sudah bangun dari
duduknya. Ini sudah pelik. Dia harus ke bilik Haiqal.
“ Okay.
Nanti lunch dengan Qis,” kata Qistina. Dia mematikan panggilan telefon. Qistina
berjalan menuju ke arah lift.
Sepanjang kakinya melangkah ke pejabat suaminya itu, Qistina
berdebar-debar. Staf-staf suaminya juga kelihatan takut apabila melihat kakinya
yang sudah sampai di hadapan bilik Haiqal.
“ Eja,
saya nak jumpa Haiqal. Dia ada kat dalam kan?” tanya Qistina kepada Eja,
setiausaha Haiqal. Eja kelihatan serba salah ingin menjawab pertanyaan Qistina.
“ Ada
puan. Tapi tengku ada tetamu. Puan nak jumpa tengku ke? Saya hubungi tengku
dulu ya?” jawab Eja gugup.
“ Tak
apa. Sarah ada kat dalam kan?” soal Qistina. Sejuk tangannya apabila Eja
mengangguk. Tanpa berlengah, Qistina membuka pintu bilik Haiqal.
Macam nak luruh jantungnya apabila
melihat Haiqal sedang bercumbuan dengan Sarah disofa yang terletak di satu
sudut bilik besar itu. Bulat matanya memandang merpati dua sejoli itu. Qistina
memegang dadanya. Dia mengeluh sebentar. Haiqal dan Sarah masih tidak sedar
dengan kedatangan Qistina kerana terlalu asyik melayan perasaan mereka yang
sedang berasmara itu. Di pejabat pula tu.
“ Abang,”
panggil Qistina lembut. Haiqal berpaling ke arah pintu biliknya. Dek terkejut
dengan kehadiran isterinya, dia melepaskan Sarah dari pelukannya.
“ Qis,”
Haiqal bangun ingin mendekati Qistina. Qistina mengangkat tangannya tanda tidak
mahu Haiqal mendekatinya. Sarah membetulkan butang bajunya yang terbuka.
“ Qis
tahu abang takkan buat macam ni,” lemah suaranya. Air mata bergenang ditubir
mata Qistina. Dia marah dengan sikap Haiqal yang sanggup menipunya.
“ Awak
nak cakap saya goda Haiqal. Macam tu?” tempelak Sarah. Qistina menggeleng.
“ Qis
percayakan abang. Qis juga percayakan kak Sarah. Is there anything that both of you
wanna tell me?” Qistina memandang Haiqal dan Qistina.
“ Balik
nanti abang jelaskan,” kata Haiqal.
“ No.
Tell me now. Qis tak nak tengok muka abang kat rumah,” balas Qistina berang.
Hatinya sakit.
Walaupun hampir empat bulan mereka
bergelar suami isteri, Haiqal tak pernah menyentuh Qistina. Erk? Tak pernah? Pernah
rasanya. Tapi sekali itu saja. Itu pun dua bulan yang lepas, Haiqal tergoda
dengan Qistina yang keluar hanya bertuala ketika itu. Qistina boleh pula
terlupa membawa masuk pakaiannya ke bilik air. Terpaksalah keluar dengan
bertuala sahaja.
“ Sekarang
awak halau Haiqal dari rumah dia sendiri pula, Qistina. Saya terlebih dahulu
kenal Haiqal. Kalau bukan sebab dia kena kahwin dengan awak, mesti sekarang
saya dah jadi isteri Haiqal,” marah Sarah. Haiqal terdiam.
“ Okay.
Maafkan Qis. Qis bukan nak halau abang tapi Qis takut nak berdepan dengan papa
and mama. Qis takut tak dapat nak kawal riak muka Qis,” Qistina mula tenang.
Namun, jantungnya berdetak laju. Hancur hatinya. Dia ingatkan dapat mengubah
Haiqal untuk menyayangi dirinya sahaja.
Qistina memulas tombol pintu bilik
Haiqal. Sebelum membuka pintu, Qistina melepaskan keluhannya dan cuba senyum.
“ Qis,”
panggil Haiqal sebelum Qistina memulas tombol pintu itu. Qistina memandang
Haiqal.
“ Qis
balik sendiri,” ujar Qistina dan berlalu dari bilik itu. Dia cuba mengawal riak
wajahnya agar staf-staf suaminya tidak menghidu apa yang berlaku. Maruah
suaminya harus dijaga. Sebaik tiba dibiliknya, Qistina mencapai handbag dan
memesan beberapa perkara kepada Salina. Setelah itu, Qistina meninggalkan
bangunan itu. Dengan linangan air matanya yang ditahan sejak tadi, Qistina menahan
teksi. Dia harus menenangkan dirinya.
Qistina mengeluarkan telefon
bimbitnya dan mendail nombor seseorang. “ Assalamualaikum, umi.”
bersambung...
p/s : macam geli pun ada baca bab ni...hehehe..xmau edit punya pasal....macam manalah perasaan masa tengah menulis ni...CIA dah mereng kot....hushhh
cepat-cepat smbung yah,,,hehehe
ReplyDeletehihi...tak sempat post semalam..
DeleteEiii nape haiqal tu mcm tu...erkkk
ReplyDeletemacam apa???hihi...
Deletedia memang gitu..
Eiyyy, geramnye dgn haiqal tu..
ReplyDelete