SELAMAT MEMBACA!!!
Pearl hanyalah rekaan semata-mata...
Tiada kena mengena dengan mana-mana pihak...
Sila comment ya...:)
Episode 1 - Part 1
“
Morning, Cik Adelin,” ucap setiausaha
kepada pengurus Eclipes Holdings, Adelin
Annisa. Adelin mengalihkan pandangannya dari dada telefon bimbit dan memandang
setiausahanya.
“
Morning, Yani. Make me a cup of tea and hand it to my office after fifteen minutes.
And…bawa sekali laporan kewangan yang
saya minta semalam,” arah Adelin tegas.
“
Baiklah, Cik Adelin,” balas Haryani dan terus menuju ke pantry.
Adelin
menolak daun pintu bilik pejabatnya. Beg tangannya diletakkan di bahagian kanan
meja lantas punggungnya dihenyakkan di kerusi empuk. Jari telunjuk menekan
butang di monitor dan imej tulip mula menunjukkan wajah. Pantas jari jemari
Adelin menekan keyboard komputernya.
Mimik mukanya mula serius dan matanya tajam memandang monitor. Seperti ada
sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.
“
Hari ni, Cik Adelin ada perjumpaan dengan board
of directors berkenaan projek baru kita kat Penang, pukul 10 pagi. Then, lunch bersama Tan Sri dan juga ‘sleeping
partner’ company. Sebelah petang pula, Cik Adelin perlu ke Rumah Anak Yatim
Bismi untuk membincangkan proses adoption,”
maklum Haryani mengikut buku aktiviti Adelin.
“
Lunch dengan Tan Sri? Ada hal penting
ke, Yani?” soal Adelin sambil memeriksa laporan kewangan yang diminta daripada
Haryani.
“
Tentang itu saya kurang pasti. Tan Sri cuma minta saya aturkan makan tengah
hari sahaja. Dan, berkemungkinan Tan Sri ingin kenalkan ‘sleeping partner’ syarikat kepada Cik Adelin,” jawab Haryani.
“
Baiklah. Terima kasih, Yani,” Adelin tersenyum nipis kepada setiausahanya.
“
Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu,” Haryani meminta diri.
Adelin
mengeluh kecil. Siapa ‘sleeping partner’ tu?
Sebelum ini, Tan Sri Lutfi tidak pernah menyebut tentang sesiapa yang turut
berkaitan dalam Eclipes Holdings. Jadi, dia langsung tidak tahu menahu mengenai
‘sleeping partner’ syarikat itu.
Tan
Sri Lutfi menempah meja yang agak jauh dari pandangan pelanggan lain di
restoran mewah yang selalu disinggahnya. Dia takut musuh perniagaannya
ternampak perjumpaan rahsianya.
“
Sorry, Tan Sri. Lambat sikit sebab
cari parking. Tan Sri dah lama
sampai?”
“
Duduk dulu, Adelin,” Adelin menarik kerusi berhadapan dengan Tan Sri Lutfi. Dia
pelik sedikit kerana hanya Tan Sri Lutfi sahaja berada di meja itu.
“
Yani bagitahu saya, Tan Sri nak kenalkan ‘sleeping
partner’ syarikat. Dia tak sampai lagi ke?” soal Adelin terus.
“
Dia tak sampai lagi. Kejap lagi sampailah tu. Kita pesan makanan dulu,” Tan Sri
Lutfi memanggil pelayan restoran dan memesan makanan untuk mereka.
“
Assalamualaikum,” Adelin dan Tan Sri Lutfi mendongak serentak.
Seorang
jejaka kacak sedang berdiri di situ sambil tersenyum. Adelin mengerutkan
dahinya. Musuh tradisi depan mata. Pastilah timbul kepelikan di situ. Gadis itu
sudah tidak senang duduk.
“
Waalaikumsalam. Duduk, Fariz,” jawab Tan Sri Lutfi dan menjemput lelaki yang
bernama Fariz itu duduk. Lelaki itu memilih untuk duduk di kerusi bersebelahan
Tan Sri Lutfi.
“
Ada apa panggil Fariz lunch sekali?”
tanya Fariz, ingin tahu. Pelik juga kerana tiba-tiba lelaki tua itu
menjemputnya makan tengah hari bersama.
“
Saja nak kenalkan ‘sleeping partner’
Eclipes Holdings kepada Adelin. Selain board
of directors, dia juga perlu tahu,” jelas Tan Sri Lutfi.
“
Maksud Tan Sri, Inspector Fariz ni ‘sleeping
partner’ Eclipes Holdings?”
“
Ya. Dia juga merupakan salah seorang pemegang saham terbesar syarikat. 15%
daripada share company adalah milik
Fariz,” Adelin terkaku.
Tan
Sri Lutfi tidak akan senang-senang memberikan sher syarikat kepada sembarangan
orang. Tambahan pula, Fariz hanya pegawai polis yang langsung tiada kena
mengena dalam Eclipes Holdings.
“
Banyak jugak tu. As I know, dia tak
ada kena mengena dalam company kan,”
Adelin memandang Tan Sri Lutfi, meminta penjelasan lanjut.
“
Sekarang awak perlu tahu, Adelin. Fariz adalah anak lelaki saya. Jika ada
apa-apa yang terjadi pada saya, dia yang akan take over Eclipes Holdings,” Bertambah terkejut Adelin dibuatnya. Fariz
anak lelaki Tan Sri Lutfi?
“
Fariz ingat, papa nak terus rahsiakan hal ni. Kenapa beritahu Cik Adelin
pulak?”
“
Papa paling percayakan Adelin dalam Eclipes Holdings. Fariz boleh rujuk pada
Adelin jika ada sesuatu yang berlaku kepada papa kelak,” Fariz mengeluh kecil.
“
What’s wrong with you, papa? Since when, your brain think ridiculous
matter and make it nonsense? Fariz tak akan take over company papa. Papa tahu kan Fariz tak suka semua ni,” Tan
Sri Lutfi menggeleng.
“ Look, Fariz. Papa ada ramai musuh dalam
business ni. Papa cuma nak bersiap
sedia saja. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari,” Tan Sri
Lutfi menyandarkan badannya di belakang kerusi. Fariz terdiam.
“
Tan Sri percayakan saya? Saya baru aje
masuk dalam Eclipes Holdings. Kalau saya ni penipu…perompak, habis syarikat Tan
Sri,” Adelin masih belum boleh terima apa yang dikatakan Tan Sri Lutfi.
“
I do know you, Adelin. Beberapa hari
ni, saya terima banyak surat ugutan. Please,
look at this,” Tan Sri Lutfi meletakkan beberapa pucuk surat di atas meja.
Adelin
dan Fariz mengambil surat-surat itu dan membaca isi butirannya.
‘Kau tak akan terlepas, Lutfi. Semua rahsia penipuan kau ada
dalam tangan aku. Lebih baik kau ikut semua arahan aku kalau kau nak keluarga
kau selamat. Ha…ha…ha…!’
‘Aku nak kau masukkan satu juta dalam akaun ni. Kalau aku
dapat tahu kau menipu, kau akan terima balasannya. On the spot!’
‘Kau ni bodoh juga ya, Lutfi. Dulu tak pernah pun kau nak
ikut cakap aku. Sekarang, senang-senang kau bagi aku satu juta. Aku tahu, semua
ni sebab duit-duit kau tu hasil dari pendapatan haram! Huh, aku tak hadap duit
haram kau ni. Tapi, ingat! Jangan sampai polis tahu pasal ni. Habis keluarga
kau aku kerjakan nanti.’
Fariz
mendengus.
“
Papa tahu ke siapa punya kerja ni?”
“
Entahlah, Fariz. Papa ada ramai musuh. Jadi, papa langsung tak dapat bayangkan
siapa punya kerja yang hantar surat-surat ni,” balas Tan Sri Lutfi.
“
Saya tak rasa ni kerja orang dalam. Mungkin, dulu dia pernah bekerja di
syarikat. Tapi, apa motif dia buat semua ni? Tan Sri ada buat sesuatu yang tak
baik ke sebelum ni?”
“
Kau ni, jaga sikit mulut tu. Jangan nanti, gelas ni aku sumbat dalam mulut kau
tu,” Tan Sri Lutfi memegang bahu anak lelakinya. Adelin menjeling Fariz tajam.
“
Sabar, Fariz. Saya tak nafikan, dulu saya memang ada jalankan aktiviti haram.
Tapi, semua tu dah berlalu. Saya dah pun terima hukuman. Eclipes Holdings
adalah perniagaan halal yang saya bangunkan,” jelas Tan Sri Lutfi.
“
Maybe, dia pernah jadi rakan kongsi
Tan Sri. Sebab dia tahu semua pasal kerja Tan Sri yang dulu,” telah Adelin.
“
Uncle Dahlan?”
“
Mustahil. Dahlan dah ada company dia
sendiri. Dia tak akan buat semua ni. Tambahan pula, dia tak akan ambil risiko
yang nanti boleh membahayakan ahli keluarga dia…”
“
Tan Sri ada syak orang lain tak?”
“
Buat masa sekarang, saya langsung tak boleh nak appoint sesiapa,” Tan Sri Lutfi meraup rambutnya yang hampir
dipenuhi dengan uban.
“
Entah-entah semua ni kerja si Pearl tu, pa?”
“
Pearl?”
“
Hesy, tak mungkinlah. Fariz sendiri
yang cakap dengan papa, Pearl dah ke luar negara,” sangkal Tan Sri Lutfi.
“
Tak mustahil dia upah orang ikut arahan dia. Lagipun, Pearl musuh ketat papa
kan,” kata Fariz. Bukan dia tak kenal Pearl yang terkenal dengan perbuatan
kasarnya itu.
“
Siapa Pearl?” tanya Adelin.
“
Kau kerja kat Eclipes Holdings hampir dua tahun pun, kau tak kenal Pearl.
Nampak sangat kau ni pengurus yang sombong,” tempelak Fariz. Adelin menjegilkan
matanya.
“
I’m not like someone, busybody,”
bidas Adelin, sakit hati.
“
Eh, hello. Cuba kau buka mata sikit,
Cik Adelin. Ni sah-sah asyik dok dengar gosip aje. Benda penting dalam company
pun tak pernah nak ambil tahu…”
Tan
Sri Lutfi memandang kedua-duanya bersilih ganti. Pantang berjumpa, pasti asyik
bertekak.
“
Aku ke kau, yang suka dengar gosip semua tu? Ingat aku tak kenal kau ke? Inspector police yang playboy. Rosak nama polis negara,” balas
Adelin, tidak mengaku kalah.
Fariz
terus bangun dari kerusinya. Hatinya sangat membara ketika ini.
“
Tak kuasa aku nak bergaduh dengan kaulah, perempuan. Papa, Fariz pergi dulu.
Apa-apa hal nanti, just call me.
Kirim salam rindu dekat mama sekali,” Fariz bersalam dengan papanya dan terus
berlalu. Tidak sanggup menatap wajah gadis yang dibencinya itu lagi.
“
Adelin jangan ambil hati sangat dengan Fariz tu. Ikut perangai saya
dulu-dululah tu,” Tan Sri Lutfi cuba menenangkan Adelin. Sempat lagi dia
bergurau.
“
Emmm, saya okey aje,” jawab Adelin perlahan.
“
Sudahlah tu. Makan bagi habis. Dah nak habis waktu lunch ni,” kata Tan Sri Lutfi sambil menilik jam tangan jenama
Rolex miliknya.
Fariz
menghempaskan punggungnya di sofa. Otaknya berserabut sangat ketika ini. Dia
sangat risau memikirkan ugutan yang diterima Tan Sri Lutfi. Lepas satu, satu
masalah lain yang timbul. Ingatkan selepas kes Pearl lima tahun lepas, dia tak
akan risaukan papanya lagi. Timbul pula surat ugutan lain. Memang memeningkan.
“
Awal you balik hari ni, sayang,”
Fariz berpaling ke dapur.
Seorang
perempuan tinggi lampai yang hanya mengenakan bathrobe sedang berdiri di
kaunter dapur sambil memegang segelas jus oren.
“
You buat apa lagi kat sini? Kan I dah pesan…”
“
Ya, I tahu. Tapi, I terbangun lambatlah. I
ingat you balik lambat. Manalah I nak tahu you balik sebelum I
keluar dari rumah you ni,” potong
perempuan itu.
Dia
menghampiri Fariz di sofa dan melabuhkan punggungnya di sebelah kekasih
gelapnya itu. Fariz mendengus kuat. Sebenarnya dia tak tahan dengan haruman
yang dipakai oleh perempuan itu.
“
Sekarang I dah balik kan, Sofea. So, you
boleh keluar dari apartment I ni,” Fariz
bersuara tegas. Dia malas melayan perangai gedik si Sofea itu.
“
Alah, relaxlah sayang. You tak payah takut. Tadi, pembantu
rumah you call. Dia cakap dia tak
datang hari ni,” Sofea menggeselkan kakinya di betis Fariz. Sengaja ingin
menggoda.
“
Enough, Sofea. I tahu, you yang tak
bagi dia datang kan. Dah, I nak you keluar sekarang,” Sofea mendengus
sambil menjeling Fariz. Semalam bukan main romantic
lagi Fariz melayannya. Hari ini, baran sahaja yang ditunjukkan.
“
Okay, I keluar. Tapi, nanti I
datang lagi ya, sayang,” Sofea terus bangun dan masuk ke dalam bilik untuk
menukar pakaian.
Fariz
bangun dan menghampiri jendela. Matanya dihalakan ke tasik. Kedua belah tangan
dimasukkan ke dalam poket jeans hitamnya. Fikirannya melayang entah ke mana. Siapa
lagi yang tidak berpuas hati dengan papanya. Dulu, Pearl. Sekarang, siapa pula?
Takkan Pearl dah kembali.
“
Yani, masuk kejap,” arah Adelin dan terus menghilang ke dalam biliknya.
Haryani
mengambil note book tugasan Adelin
sebelum masuk ke dalam bilik bosnya.
“
Ada apa, Cik Adelin?”
“
Duduk, Yani,” suruh Adelin. Haryani serba salah untuk duduk di kerusi
berhadapan dengan Adelin. Belum pernah bosnya itu berlembut dengannya. Namun, Haryani
tetap duduk di kerusi itu. Takut pula Adelin memarahinya.
“
Awak kenal Pearl?” soal Adelin. Dia memandang Haryani tepat. Semakin
menggelabahlah Haryani dibuatnya.
“
Pearl? Maksud Cik Adelin, Pearl musuh Tan Sri Lutfi ke?”
“
Iya. Saya nak tahu mengenai Pearl dari A sampai Z. Selagi awak tak ceritakan
sepenuhnya tentang Pearl, awak tak akan keluar dari bilik saya,” tegas Adelin.
“
Baiklah, Cik Adelin,” Haryani menarik nafasnya dan dilepaskan perlahan.
Menarik :)
ReplyDeletetq...:)...
Delete