entah kenapa...CIA rasa macam meremang bulu roma bila baca balik cerpen ni...
seriously talk! tapi...harap semua okay-okay ajalah dengan HQ..
fikir apalah CIA ni..??!
“ Qal,
dah pukul dua belas tengah malam ni. Mama nak kamu cari Qis,” arah Tengku
Amina. Risau pula apabila menantu kasayangannya belum pulang lagi.
“ Ha'ah,
Qal. Dah lewat ni. Dia tak bagitahu kamu ke dia nak ke mana?” soal Tengku Adzha
kepada Haiqal yang hanya diam sahaja dari tadi. Kerana dia, Qistina tidak
pulang lagi.
“ Qal
dah cari tadi, mama, papa. Kejap lagi baliklah tu,” kata Haiqal cuba
menyedapkan hati kedua orang tuanya. Menyedapkan hatinya juga.
Belum sempat Tengku Adzha membalas,
kedengaran pintu utama dibuka. Muncul Qistina di muka pintu.
“ Balik
pun kamu. Qis pergi mana, sayang?” tanya Tengku Amina tanpa lengah. Dia
menghampiri menantu kesayangannya itu.
“ Maafkan
Qis. Qis pergi jumpa kawan sekejap. Tak sangka pula sampai lewat macam ni,”
balas Qistina. Dia menyembunyikan nada suaranya yang seakan sebak
“ Sudahlah
tu. Qal, bawa Qis naik atas. Mesti dah penat tu,” suruh Tengku Adzha. Dia
perasan akan kemuraman wajah Qistina. Tidak ceria seperti selalu. Haiqal
menarik tangan Qistina lembut. Nasib baik Qistina tidak menepis. Kalau tidak,
pasti papa dan mamanya tahu akan masalah mereka.
Qistina menarik tangannya daripada
genggaman Haiqal sebaik mereka tiba di bilik. Dia meletakkan handbagnya dan
berlalu ke almari. Qistina mengambil pakaiannya dan mencapai tuala lalu masuk
ke bilik air. Haiqal hanya memandang Qistina dengan perasaan bersalah. Dia
melabuhkan punggungnya di sofa dan memasang televisyen.
“ Maafkan
Qis sebab tak minta izin abang nak keluar tadi,” kata Qistina setelah selesai
membersihkan diri dan menunaikan solat isya'. Dia duduk di sebelah Haiqal.
“ Marah
abang lagi?” soal Haiqal sambil menoleh ke arah Qistina disebelahnya.
“ Sikit.
Abang memang sayangkan Sarah?” soal Qistina lembut.
“ Tipulah kalau abang cakap abang
tak sayangkan Sarah. I’m deadly love her. Sejak dia muncul dalam family abang
lagi,” jawab Haiqal jujur. Qistina memandang Haiqal. Mata Haiqal tak pernah
menipu.
“ Sorry. Tapi
agak-agaklah nak berasmaradana dekat office pun,” balas
Qistina. Dia menarik lengan Haiqal dan melentokkan kepalanya di paha Haiqal.
Terasa ingin bermanja pula. Dipeluknya lengan sasa itu seperti tidak mahu
melepaskannya.
“ Sarah tiba-tiba
datang office. Dia cakap dia dah tak sanggup nak lupakan abang. Dia merayu nak
abang kahwin dengan dia,” jelas Haiqal.
“ Baru ajak nak kahwin. Belum
kahwin lagi, abang. Lepas kahwin nanti, buatlah apa nak buat pun. Dah halal.
Tapi sekarangkan tak halal lagi,” tukas Qistina. Geram pula dia dengan perangai
suaminya ini. Nak kata Haiqal kasanova, Haiqal bukanlah melayan semua
perempuan.
“ Abang pun tak tahu macam mana
boleh terlanjur macam tu,” keluh Haiqal. Dia juga turut menyesal dengan hal di
pejabat tadi. Tidak sepatutnya dia melayan godaan Sarah.
“ Erk?
Abang setuju ke nak kahwin dengan Sarah?” soal Qistina. Dia mendongak ke atas
mencari wajah kacak Haiqal. Haiqal memandang Qistina yang turut memandangnya.
“ Kalau awak izinkan, apa
salahnya,” jawab Haiqal selamba. Matanya kembali dihalakan ke kaca televisyen.
Qistina mencubit perut Haiqal. “ Auchh, sakitlah,” aduh Haiqal. Qistina
menggosok perut Haiqal yang dicubitnya tadi.
“ Gatal. Pergilah kahwin. You kan
deadly in love with her,” balas Qistina hambar. Haiqal tersenyum.
“ Betul ni. Alhamdulillah. Dapat
juga kahwin dengan Sarah. Tolong ambil handphone abang kat atas meja kerja tu
kejap,” ucap Haiqal dan menyuruh Qistina mengambil handphonenya. Qistina
mendengus lalu bangun mengambil handphone Haiqal dan diserahkan kepada Haiqal.
“ Nak call siapa tengah-tengah
malam ni?” soal Qistina sambil kembali melentokkan kepalanya di riba Haiqal.
Haiqal mencari nama Sarah dalam list Contacts.
“ Hello. Assalamualaikum,” Haiqal
memberi salam apabila panggilannya dijawab.
“ Waalaikumsalam. Apehal call aku
tengah-tengah malam ni?” jawab Sarah dingin.
“ Kau dah tidur ke?” soal Haiqal.
Dia tidak menjawab soalan Sarah. Qistina memandang suaminya pelik.
“ Belum. Aku baru nak tidur, kau
call aku,” Sarah menguap kecil.
“ Aku sebenarnya nak minta maaf. Aku
rasa aku tak bolehlah nak terima tawaran kau tu,” ujar Haiqal. Matanya
memandang Qistina yang sedang mengerutkan dahinya.
“ Kenapa? Qistina tak bagi kau
kahwin dengan aku?” tanya Sarah. Nadanya agak tegas.
“ Bukan. Aku yang tak nak…” Sarah
mendengus.
“ Kau dah jatuh hati kat isteri kau
ke?”
“ Yupp. Tapi aku tak pasti lagi. I
think I should try to love her…”
“ Whatever. Tapi aku akan tunggu
kau sampai kau boleh terima aku. Tak kiralah berapa lama,” kata Sarah tegas.
Dia tak sanggup lagi nak berpisah dengan Haiqal.
“ Kita kan bestfriend. Anytime kau
nak berbual dengan aku, kau call je aku…”
“ Apa-apalah. Dahlah, aku nak
tidur,” Sarah memutuskan talian. Haiqal mengeluh.
“ Abang,” panggil Qistina.
“ Apa?” Haiqal menjawab acuh tak
acuh. Dia marah dengan sikap Sarah yang langsung tidak memahaminya. Baginya
sahabat baiknya itu telah berubah. Sahabat yang sentiasa memahaminya sudah
hilang.
“ Ish. Marah kat orang lain, Qis
yang kena. Baik minta maaf cepat. Kalau tak, abang tidur seorang,” gertak
Qistina.
“ Boleh tak awak tolong diam
sekejap. Tension tahu tak,” marah Haiqal tanpa sedar. Terkejut Qistina. Dia
bangun dari riba Haiqal dan bersila di sebelah Haiqal. Dah kenapa aku pulak
yang kena marah, getus Qistina. Qistina mengerling suaminya di sisi. Tak nak
pujuk ke, desis Qistina. Dia mengembungkan pipinya. Dicucuknya pipi dengan
kedua jari telunjuknya. Haiqal mengeluh lagi.
“ Boringlah abang ni. Nak tidur.
Goodnight,” Qistina mencium pipi kanan Haiqal dan berlalu ke katil. Haiqal
menutup televisyen yang terpasang. Dia berbaring di sebelah kanan Qistina. Dia
menarik Qistina ke dalam pelukannya.
“ Sorry,” ucap Haiqal. Qistina
mencebik.
“ Sorry makan kari,” balas Qistina
tanpa nada.
“ Sorrylah. Tadi abang call Sarah
nak tolak ajakan dia nak kahwin dengan abang. Tapi dia tak terima. Dia nak
tunggu abang juga,” jelas Haiqal lembut.
“ So, that’s why abang marah-marah
ni? Relaxlah, abang. Lama-lama nanti dia okaylah tu,” Qistina bermain dengan
rambut Haiqal.
“ I hope so,” tangan Haiqal pula
mengusap pipi Qistina. Mereka bertatapan seketika. Qistina menelan air liur
melihat senyuman menggoda Haiqal.
“ Sayang juga abang kat Qis, eh.
Sanggup tolak lamaran cinta hati abang tu,” kata Qistina ingin menutup
gugupnya.
“ Awak yang buat abang macam ni.
So, abang rasa abang patut denda Qis malam ni,” balas Haiqal dengan nada romantik. Qistina pucat.
“ Denda? Apa?” soal Qistina.
Berpura-pura tidak memahami maksud suaminya. Haiqal tersenyum. Dia mula
mengucup dahi Qistina. Qistina kaget. Bibir Haiqal sudah berada di setiap
pelusuk wajahnya. Dan akhirnya bibir Haiqal memagut bibir Qistina. Tangan
Haiqal pula meliar di leher Qistina. Malam itu Haiqal pasti hatinya sudah
terpaut dengan sikap manja yang sentiasa ditunjukkan oleh Qistina.
“ Thanks. Awak dah dapat pahala
sebab layan abang,” ucap Haiqal. Qistina tersenyum malu. Malu ke? Macam senyum
gatal saja.
“ Dah tanggungjawab Qis. Terima
kasih juga sebab abang dah berubah,” Qistina mencium pipi Haiqal.
“ Abang
berubah sebab Qistina yang abang kenal yang ubah abang. Qis selalu peluk abang,
berani cium pipi abang, cium bibir abang. Walaupun abang marah and tengking
isteri abang ni tapi dia still nak bermanja dengan abang. Kalau perempuan lain,
mesti dah lama abang kena tinggal,” Haiqal mencuit hidung isterinya. Qistina
tersenyum.
“ Umi
yang ajar Qis semua tu,” ujar Qistina.
“ Umi
ajar? Gila sporting…”
“ Abang
tahu tak, Qis tak pernah pun sehari tak call umi. Setiap hari Qis wajib kena
bercakap dengan umi. No matter what,” beritahu Qistina.
“ Kenapa?”
soal Haiqal. Malam ini, dia perlu tahu akan kehidupan isterinya.
“ Sebab
umi keseorangan. Walaupun babah selalu teman umi, Qis tahu umi selalu sedih.
Sejak setahun yang lepas…Qis the only one she had,” cerita Qistina.
“ You
the only one she had? What do you mean by saying sejak setahun lepas?"
“ Umi
and babah cuma ada dua orang anak, me and arwah abang, Asyraf. Setahun yang lepas,
Qis and arwah abang Asyraf kemalangan. Qis seorang aje terselamat. Arwah abang
Asyraf meninggal kat tempat kejadian. So, sejak tu umi cuma ada Qis. Sejak tu
umi dah tak boleh berenggang langsung dengan Qis,” jelas Qistina panjang.
“ Tapi
sekarang Qis dah kahwin. Dah tak boleh teman umi,” Haiqal membelai rambut
Qistina. Memberikan semangat.
“ Nenek
salahkan Qis sebab Qis seorang yang terselamat. Arwah abang cucu kesayangan
nenek so memang susah nenek nak terima arwah abang dah tak ada. Sebab tulah Qis
kena halau and…Qis jumpa papa, mama, abang and Ara.”
“ Boleh
pula salahkan Qis. Tak patut,” kata Haiqal. Qistina tersenyum nipis.
“ Tak
patut, kan. Tak apa. Qis tak salahkan nenek pun. Terima kasih lagi ada…”
“ Kenapa
pulak?” tanya Haiqal.
“ Sebab
nenek halaulah Qis terjumpa dengan karung emas,” jawab Qistina sambil tersenyum
sinis.
“ Karung
emas?” Haiqal memandang Qistina inginkan penjelasan.
“ Ya.
Family abang kan kaya. Gilalah kalau Qis tak suka semua ni,” balas Qistina
dengan bersemangat. Dia cuba menduga Haiqal.
“ So,
Qis suka tinggal kat sini sebab kami semua kaya? Keturunan diraja? Macam tu?”
keras suara Haiqal tika ini.
“ Yupp.
Tapi Qis lebih suka orangnya. Papa and mama baik. Ara pun baik. Abang aje yang
jahat. Asyik kita je yang goda dia. Dia tak tergoda pun. Dugaan betul,” gurau
Qistina. Haiqal tersenyum kembali. Pandai isterinya bergurau. Cuak juga tadi
kalau Qistina hanya menyukai harta keluarganya sahaja.
“ That's
the old me. Sekarang tak nak goda abang ke?" Haiqal mengeratkan pelukannya.
Haiqal mengukir senyuman nakal.
“ Sekarang? Dah masuk waktu
subuhlah,” jawab Qistina sambil menampar perut suaminya.
“ Ish, awal lagi ni,"
usik Haiqal.
“ Abang ni. Dahlah, Qis
nak mandi,” Qistina menolak lembut badan Haiqal yang sedang memeluknya. Haiqal
mengetatkan lagi pelukannya.
“ Ala, kejaplah. Nanti
kita mandi sama-sama,” kata Haiqal. Qistina mencebik.
Haiqal mencubit pipi Qistina yang agak tembam itu. Entah sejak bila pipi
Qistina menjadi tembam. Sebelum ini, okay saja.
“ Adoi.
Tahulah pipi kita ni dah bambam. Janganlah cubit. Sakit tahu tak,” gumam
Qistina sambil menggosok pipinya.
“ Orang
cubit sikit aje pun. Tak lebam pun pipi awak tu,” balas Haiqal bersahaja.
Tergelak dia dengan gelagat comel isterinya itu.
“ Abang,” panggil Qistina.
“ Hmmm,” Haiqal mengusap rambut
Qistina.
“ Tak nak pergi kerja boleh tak?
Penatlah,” adu Qistina manja. Haiqal mengangkat keningnya.
“ Amboi,
baru layan abang semalam, dah penat? Ask your father in law,” jawab Haiqal
sambil mengusik.
“ Alah,
lecehlah abang ni. Nak minta cuti dekat abang juga. Please,” pujuk Qistina.
Haiqal sengaja memekakkan telinganya. Dia ingin menguji isterinya itu.
“Abang,
bolehlah,” pujuk Qistina lagi dengan
suara yang menggoda. Dia mengucup bibir Haiqal. Haiqal masih tidak melayan
pujukan Qistina. Dikeraskan hatinya.
“ Tengku Adam Haiqal! Tak nak
kawanlah macam ni,” Qistina menampar dada bidang Haiqal. Merajuk. Minta cuti
sehari pun susah. Bukannya minta cuti seminggu ke sebulan ke, desis Qistina.
Geram. Haiqal menjeling isterinya. Dia tersenyum sedikit. Seronok juga
mengenakan Qistina.
“ Tak nak cuti ke?” Haiqal
bertanya. Qistina tidak membalas. Haiqal mencuit sedikit pipi Qistina. Qistina
menepis.
“ Takkan nak usik sikit pun dah
merajuk. Tak bestlah macam ni,” Haiqal cuba memujuk Qistina. Qistina tidak
mengendahkan pujukan Haiqal.
“ Qistina, kenapa monyok ni? Tak
sihat ke?” soal Tengku Amina kepada Qistina.
“ Tak adalah mama. Qis okay,”
Qistina cuba mengukir senyuman walaupun sedikit. Dia turun membantu Mak Mah dan
Tengku Amina menyediakan sarapan pagi selepas solat subuh tadi. Malas
bertembung dengan Haiqal.
“ Morning mama,” sapa Haiqal. Dia
duduk di kerusi meja makan.
“ Morning. Kenapa dengan Qis tu?
Monyok aje mama tengok. Macam orang dah berisi pun ada…”
“ Monyok? Berisi? Means?” soal
Haiqal sambil mengangkat kedua keningnya. Qistina muncul dari dapur dengan
sejug air milo susu. Dia mengambil tempat duduk di sebelah suaminya. Dia menuang
air ke dalam cawan dan diserahkan kepada Haiqal.
“ Qis, mama rasa kamu kena pergi klinik
ni,” cadang Tengku Amina. Soalan Haiqal dibiarkan tidak berjawab.
“ Klinik? Buat apa, ma. Qis
sihatlah,” balas Qistina. Gara-gara merajuk dengan Haiqal awal pagi tadi, dia
monyok macam ni.
“ Ni monyok sebab merajuk dengan
Qallah, mama. Qal tak bagi dia cuti hari ni,” kata Haiqal sambil mengunyah roti
bakar. Qistina menjeling Haiqal sekilas.
“ Lah, yang kamu tak bagi dia cuti
kenapa?” tanya Tengku Amina senada.
“ Saja nak usik aje pun…”
Qistina mencebik. Agak-agaklah nak
mengusik pun, getus Qistina.
“ Bertuah punya anak. Like father
like son. Dulu papa kamu macam ni lah. Mengusik tak kena tempat,” bebel Tengku
Amina. Haiqal tersengih. Dia memandang si isteri di sebelah kirinya. Tengku
Amina sudah berlalu ke taman mini untuk memangil Tengku Adzha bersarapan.
“ Tak payah pergi kerjalah. Abang
bagi cuti. Duduk rumah, eh,” ujar Haiqal. Qistina mengunyah roti. Tidak
menghiraukan kata-kata suaminya.
“ Sayang, dengar tak abang cakap
apa ni?” Qistina memusingkan kepalanya memandang Haiqal. Encik suami panggil
aku sayanglah, getus Qistina. Haiqal tersenyum. Strategi mengenai mangsa.
“ Orang dah siap pun. Malas dah nak
tukar balik,” balas Qistina senada. Dia sebenarnya ingin bermanja dengan Haiqal.
Ingin memeluk insan bergelar suami kepada Qistina Darina itu. Dia pun pelik.
Sejak dua tiga hari ini, dia ingin selalu berada di samping Haiqal. Kalau boleh
dia tak mahu berenggang langsung dengan Haiqal.
“ Alah, sayang ni. Abang gurau aje
tadi. Awak nak cuti selamanya pun abang bagi. Tak ada bantahan. Dahlah tu. Tak
naklah merajuk lama-lama,” pujuk Haiqal.
“ Kali ni Qis lepaskan. Lain kali
buat lagi, Qis lari balik rumah umi,” balas Qistina. Siap ugut Haiqal lagi.
Haiqal tersenyum puas. Senang sahaja rupanya nak memujuk isterinya ini.
“ Okay. I'm promise,” janji Haiqal.
Qistina memegang lengan Haiqal kejap.
“ Abang pun tak payahlah pergi
kerja. Teman Qis,” kata Qistina lembut. Disandarkan kepalanya yang pening itu
di bahu Haiqal. Tiba-tiba sahaja dia ingin bermanja.
“ Dah kenapa pulak ni? Kalau abang
tak kerja, siapa nak buat kerja bertimbun dekat pejabat tu, sayang oi?” Haiqal
mengusap lembut kepalanya isterinya yang terlentok di bahunya itu.
“ You're the boss, abang. Buat apa
ambil pekerja kalau tak buat kerja?” Qistina bermain dengan jari Haiqal. Cantik
jari suaminya itu. Pandai jaga. Sempat lagi dia memuji Haiqal.
“ Amboi, sedapnya cakap. Mana boleh
macam tu. Tak baik tau,” balas Haiqal. Belum sempat Qistina membalas, Tengku
Adzha dan Tengku Amina tiba di meja makan. Qistina membiarkan sahaja kepalanya
di bahu Haiqal.
“ Qal, I think you should take your
wife to clinic. Mama found something not right, here,” saran Tengku Amina.
“ Mama ni. Dari tadi asyik suruh
pergi klinik je. Ada apanya?” soal Haiqal ingin tahu.
“ Mama rasa Qis pregnantlah,” teka
Tengku Amina. Membulat mata Haiqal dan Qistina. Tengku Adzha hanya tersengih.
Dia juga sudah menjangkakan hal itu.
“ Pregnant?” Serentak Haiqal dan
Qistina bersuara. Qistina sudah mengangkat kepalanya dari bahu Haiqal. Gilalah.
Takkan diri sendiri pregnant pun tak tahu, desis Haiqal. Dia memandang
isterinya.
“ Tak kot, ma,” Qistina cuba
menidakkan andaian ibu mertuanya itu.
“ Yelah. Mama tengok dua tiga hari
ni kamu asyik nak berkepit aje dengan Haiqal. Nak bermanja. Dulu masa mama
mengandungkan Haiqal, macam nilah gayanya. Sikit pun tak nak berenggang dengan
papa,” kata Tengku Amina.
“ Memang Qis selalu macam nilah,
mama. Hari-hari nak bermanja aje kerjanya,” balas Haiqal. Qistina mencubit
lengan Haiqal. Malu.
“ No! Mama tetap rasa yang Qis ni
pregnant. Kalau Qal tak nak bawa Qis pergi check, biar mama aje yang bawa,”
tawar Tengku Amina. Dia pula terlebih teruja. Mana tak teruja. Cucu sulunglah
katakan. Di dalam hatinya berdoa agar betul telahan yang dibuatnya.
“ Tak apalah, ma. Qal bawa. Jom,
sayang. Papa, hari ni kami tak masuk kerja tak apa, kan?” Haiqal memandang
papanya.
“ Ish, uruskan dulu hal kamu tu.
Hal kerja nanti papa pesan dekat Halim tolong tengokkan,” balas Tengku Adzha.
“ Ma, pa, kami pergi dulu,” Haiqal
memohon diri.
bersambung...
No comments:
Post a Comment