Haiqal menuruni anak tangga dengan
langkah yang longlai. Matanya mengantuk sangat. Disebabkan Qistina, tidurnya
tidak lena. Mana taknya kalau dari malam sampailah ke pagi badannya statik
saja. Qistina tidak melepaskan lengannya. Haiqal melabuhkan punggungnya di
kerusi bersebelahan Tengku Adzha yang sedang bersarapan. Tengku Adzha memandang
wajah anak lelaki kesayangannya itu.
“ Kamu
tak cukup tidur ke, Qal? Papa tengok letih semacam aje,” tegur Tengku Adzha.
Qistina dan Tengku Amina muncul dari dapur. Qistina duduk disebelah Haiqal. Dia
menuangkan air milo ke cawan dan dihidangkan kepada Haiqal.
“ Penat
sikitlah, pa,” jawab Haiqal. Dia menarik cawan berisi air milo lalu dibawa ke
mulut.
“ Buat
apa semalam sampai penat macam ni? Sebelum ni tak penat macam ni pun. Papa
tengok Qis cergas aje. Awal-awal pagi dah ceria,” kata Tengku Adzha. Selalunya
kalau Haiqal penat dengan kerjanya, tak adalah sampai macam ini.
Haiqal menjeling Qistina yang
sedang enak menikmati bihun goreng. Qistina mengangkat keningnya. Pelik. Tetiba
saja pak cik ni jeling dia.
“ Tengok
tv sampai pagi memanglah macam ni,” jawab Qistina selamba. Membulat mata
Haiqal. Sesedap rasa saja. Sebab kaulah…perempuan, omel Haiqal di dalam hati.
“ Lah,
cerita apa yang kamu layan sampai ke pagi tu, Qal?” tanya Tengku Amina. Qistina
tersenyum. Seronok dapat mengenakan suaminya.
“ Bola,
ma,” jawab Haiqal perlahan. Malas dia menjawab lebih. Siap kau, Qistina.
“ Bola?
Sejak bila minat bola pula ni. Hairan sungguh,” Tengku Amina bereaksi pelik.
Faham sangat dengan anak sulungnya yang tidak meminati sukan bola sepak.
“ Qis
yang ajar,” jawab Qistina bagi pihak Haiqal.
“ Macam-macam
ajelah kamu berdua ni. Tak ada perancangan nak bagi papa and mama cucu ke?”
soal Tengku Adzha sambil memandang Haiqal yang sedang menghayati bihun
dipinggannya.
“ Papa
tanyalah menantu papa tu. Kalau Qal, bila-bila pun boleh. Sekarang pun boleh,”
jawab Haiqal dengan senyuman sinis. Kali ini giliran dia pula mengenakan
isterinya itu. Qistina tersenyum sumbing. Nak kenakan aku balik la ni, bebel
Qistina.
“ Kenapa Qistina? Kamu jaga badan ke?”
soal Tengku Amina pula. Qistina tersenyum.
“ Eh, tak adalah, mama,” jawab
Qistina perlahan. Apa lagi mahu diperkatakan.
“ Qal,
nanti kalau ada berita baik, jangan lupa kongsi,” Tengku Adzha tersenyum.
“ Ala,
papa ni. Kita duduk satu rumah aje pun. Takkanlah tak bagitahu,” balas Haiqal.
Qistina terdiam. Dia menyambung menyuap bihun ke mulutnya. Rindu pula pada umi
dan babahnya. Bagaimanalah keadaan mereka.
“ Oh
ya. Sebelum papa lupa, papa nak discuss something. Qistina, papa ingat nak ajak
kamu kerja dengan papa. Kamu nak tak?” Tengku Adzha memandang Qistina. Qistina
mengangkat mukanya. Kerja? Syarikat papa? Haiqal terkejut dengan cadangan
Tengku Adzha yang mengejut itu.
“ Papa
tanya anak papalah. Kalau dia bagi, Qis tak kisah,” jawab Qistina.
“ Papa
nak bagi dia kerja bahagian mana?” soal Haiqal kepada Tengku Adzha.
“ Erm,
macam mana kalau Qistina ganti Aisyah di bahagian HR. Dah tak payah buat interview
lagi dah. Senang sikit,” jawab Tengku Adzha. Haiqal mengangguk. HR pun HR lah.
Janji tak kacau dia di pejabat nanti. Haiqal tersenyum sinis. Qistina nampak
senyuman itu, Tengku Adam Haiqal. Tahulah dia nak buat macam mana dengan
suaminya itu.
“ Bilanya
abang nak Qis mula masuk kerja? Boleh bawa Qis pergi shopping baju yang
sesuai,” Tengku Amina memandang Tengku Adzha.
“ Maybe
lusa. Esok Aisyah dah kosongkan tempat dia,” jawab Tengku Adzha.
“ Qal,
nanti mama nak culik isteri kamu kejap. Boleh, kan?” soal Tengku Amina. Dia
merancang untuk membawa menantunya itu bershopping.
“ Boleh
aje,” setuju Haiqal. Kalau tak minta izin pun dia benarkan. Baginya Qistina
hanya dianggap sebagai seorang yang tak penting dalam hidupnya.
“ Perkenalkan
pengurus baru kamu, Qistina, yang akan menggantikan Aisyah.” Tengku Adzha
memperkenalkan Qistina kepada staf-staf di bahagian HR syarikat itu.
“ Assalamualaikum.
Saya, Qistina. Saya harap kalian dapat beri tunjuk ajar sepanjang saya bekerja
di sini,” ucap Qistina sopan.
“ Sebelum
itu, Qistina ni menantu saya, ye. Siapa yang pasang hasrat nak buat bini tu,
simpan-simpanlah, ye,” seloroh Tengku Adzha. Qistina tersenyum. Mesra alam juga
bapa mertuanya ini.
Selepas berkenalan dengan staf-staf
dibahagian HR, Salina, setiausaha Qistina membawanya ke pejabat. Qistina
memasuki pejabat yang sederhana besar yang agak kosong.
“ Puan
bolehlah fikir macam mana nak hias bilik ni. Tak adalah kosong sangat bilik
ni,” pesan Salina. Salina kagum dengan penampilan Muslimah Qistina yang
bersahaja. Terserlah kecantikkan Qistina dengan gaun maxi kembang berbow
berperincian di pinggang yang berwarna oren dibahagian atas dan hitam dari
pinggang hingga kaki. Turut disertakan lilitan tudung yang simple. Mampu
menawan lelaki-lelaki diluar sana.
Qistina mengangguk.” Kak Ina, lepas
ni panggil Qis aje. Macam tua pula bila akak berpuan-puan dengan Qis,” kata Qistina
sambil matanya meliar di segenap bilik.
“ Yelah.
Kak Ina keluar dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Qis tekan aje line number 3.
Kalau number 1, bos besar. Number 2 pula, bos kecil,” ujar Salina.
“ Sorry,
kak Ina. Siapa bos besar? Dan siapa bos kecil?” soal Qistina selamba.
“ Lah,
bos besar tu Tengku Adzha. And bos kecil tu suami Qislah, Tengku Adam Haiqal,”
jawab Salina sambil tersenyum.
“ Owh,
gitu. Tahulah saya. Line number 2 suami saya, eh,” Qistina tersengih sedikit.
“ Ada
apa-apa lagi?” soal Salina.
“ Ada,
kak Ina. Pejabat bos kecil kat mana?” soal Qistina kembali.
“ Kat
tingkat atas. Boleh guna lif kat sebelah,” jawab Salina.
“ Thanks,
kak Ina,” ucap Qistina. Salina mengangguk lalu berlalu keluar dari bilik itu.
Qistina meninjau biliknya. Dia sedang memikirkan bagaimana mahu menceriakan
pejabatnya itu.
Hari ini Qistina datang bekerja
dengan Tengku Adzha memandangkan Haiqal kena melawat site. Belum sempat Qistina
bersiap, Haiqal sudah bertolak ke site. Ada masalah teknikal menurut Tengku
Adzha.
Tengah hari itu, Qistina mengikut
Salina lunch di restoran berdekatan. Hendak makan tengah hari bersama Haiqal,
suaminya itu belum balik ke pejabat.
“ Eh,
Qis. Kalau tak silap akak, itu Haiqal kan?” jari Salina menunjuk ke arah meja
yang berada tidak jauh dari mereka.
“ Mana?
Ha'ah, Haiqallah tu,” Qistina mengiakan.
“Bila
pula Sarah balik Malaysia?” soal Salina perlahan.
“ Akak
kenal Sarah?” tanya Qistina sambil memandang Salina.
“ Mana
tak kenalnya. Dulu, selalu juga Sarah datang pejabat Haiqal. Company tempat
Sarah kerja selang berapa tingkat aje dari company kita. Tapi sekarang Sarah dah
kena hantar kat branch lain,” jelas Salina.
“ Owh, memang selalu ke dia orang
datang makan kat sini?” tanya Qistina bersahaja.
“ Hmmm, selalu juga. Qis tak kisah
ke?” soal Salina kembali.
“ Tak,
kak Ina. Adik ipar Qis ada bagitahu pasal dia orang,” jawab Qistina. Mereka
berhenti berbicara apabila waiter menghantar minuman dan makanan.
“ Macam
yang Qis tahu, macam tu jugalah akak tahu,” kata Salina setelah waiter itu
berlalu.
“ Makanlah,
kak Ina. Tahulah Haiqal nanti. Ini Qistinalah,” ujar Qistina dalam nada
bergurau. Tergelak Salina melihat telatah Qistina yang baginya happy go lucky
itu.
“ Sarah
datang sinilah,” kata Salina sebaik ternampak Sarah yang sedang menghampiri mereka.
“ Hai,
kak Ina, Qistina,” sapa Sarah mesra. Qistina dan Salina menyambut dengan
senyuman.
“ Dah
habis makan ke?” soal Salina.
“ Ha'ah,
kak. Dah nak balik pun,” jawab Sarah. Qistina hanya diam sambil menyedut
minumannya. Tak payahlah nak datang sini. Menyakitkan hati betul, omel Qistina
di dalam hati. Cemburu? Mungkin ya dan mungkin tidak.
“ Datang sorang?” soal Salina lagi.
Sengaja ingin bertanya. Padahal dari awal lagi dah tahu dengan siapa Sarah
lunch.
“ Taklah.
Dengan siapa lagi saya nak keluar makan kalau bukan dengan Haiqal, kak Ina,”
jawab Sarah selamba tanpa memikirkan Qistina yang berada disitu.
“ Jom,”
ajak Haiqal. Bukan dia tak perasan Qistina juga berada disitu. Sengaja buat tak
perasan. Qistina mencebik. Ada juga yang makan kasut tumit tinggi aku kang. Tak
pasal je tidur kat hospital setahun. Erk. Ada ke?
“ Tengku tak balik pejabat?” tanya
Salina sekadar berbahasa.
“ Emmm, tak. Esok baru saya ada kat
pejabat. Kenapa?” jawab Haiqal senada. Dia tengok bukan main berselera sekali
Qistina makan. Macam tak endahkan dia saja. Ah! Buat apa dia nak sibuk. Bukan aku
kisah pun.
“ Tak
ada apa-apa,” balas Salina sambil tersengih.
“ Kita
orang pergi dululah, eh,” Sarah meminta diri. Haiqal dan Sarah berlalu keluar
dari restoran.
Setelah memastikan Haiqal dan Sarah
berlalu, Salina memandang wajah Qistina yang sedang berselera menjamah
makanannya.
“ Kalau
akak jadi Qis, dah lama akak ganyang muka si Sarah tu. Dahlah keluar dengan
suami orang, tapi gaya macam keluar dengan laki dia pula,” tegas Salina bersuara.
Geram pula melihat wajah selamba Qistina. Seperti tiada apa yang berlaku. Tak
sayang laki ke budak seorang ni?
“ Biarlah,
akak. Dia lebih kenal Haiqal dari saya,” balas Qistina.
“ Kalau
macam tu naik lemaklah si Sarah tu,” tukas Salina meluat dengan perangai
selamba Sarah itu.
“ Tak
apalah kak. Jomlah kita. Dah nak habis lunch time ni,” Qistina melihat jam
tangannya.
“ Yelah.
Nanti Qis nasihatlah suami Qis tu. Tak elok kalau staf lain nampak. Apa pula
kata dia orang nanti,” pesan Salina. Mereka berlalu ke kaunter bayaran.
“ Ala,
nanti Qis keluar la pula dengan lelaki lain depan dia. Baru ketahuan. Kan, kak
Ina?” seloroh Qistina sambil ketawa. Siap awak, encik suami. Malam ni saya
ganyang awak cukup-cukup. Macamlah si suami nak endahkan dia.
Malam itu, Qistina menunggu Haiqal
dibilik mereka. Sejak dia pulang dari kerja, batang hidung Haiqal langsung dia
tak nampak. Waktu makan malam tadi pun, Haiqal belum pulang. Pelik bin Hairan
betul. Sebelum ini tak pernah pula Haiqal balik lewat malam. Sedang Qistina
berguling di permaidani di ruang televisyen bilik itu, Haiqal muncul. Qistina
berpura-pura kusyuk menonton rancangan yang entah apa-apa. Merajuklah konon.
Haiqal masuk tanpa menegur Qistina.
Bukan dia memang macam itu kah? Haiqal mengambil tuala lalu berlalu ke bilik
air. Qistina meniarap sambil memandang pintu bilik air yang sudah tertutup itu.
Ish! Memang nak kenalah encik suami ni. Macam mana aku nak tegur dulu ni? Pening. Pening. Sebaik
mendengar pintu bilik air dibuka, pantas Qistina berpaling kembali menghadap
televisyen. Haiqal mengenakan pakaian lalu dia merebahkan badannya di katil.
Letih kerana seharian berada di site.
“ Tengku
Adam Haiqal,” panggil Qistina. Haiqal membuka matanya yang terpejam. Dia
memandang Qistina yang sedang bercekak pinggang itu. Dia mengalihkan badannya
ke kiri. Dia penat. Qistina naik ke katil dan duduk di disebelah Haiqal yang
sedang memandangnya tajam.
“ Kau
ni dah buang tebiat ke apa?” tegas Haiqal bersuara. Orang balik penat-penat,
nak cari gaduh pulak. Bukannya nak bagi air milo ke apa.
“ Nope.
Bangunlah. Saya ada benda nak cakap ni,” Qistina cuba membangunkan Haiqal.
Namun, tidak berdaya. Mana nak larat kalau dah badan suaminya itu berat.
“ Aku
nak tidurlah. Pergi sana. Penat tahu tak,” marah Haiqal perlahan. Dia sangat
penat ketika ini. Qistina mengeluh.
“ Tahu
pula penat. Yang balik tengah-tengah malam tu dah kenapa. Memanglah penat,”
bebel Qistina perlahan. Qistina turun dari katil dan menutup televisyen yang
terpasang. Dia kembali semula ke katil.
“ Janganlah
tidur lagi. Orang tak habis cakap lagi ni,” Qistina menampar lembut lengan
Haiqal. Haiqal bangun dan duduk dengan matanya tajam memandang Qistina. Saya
tak takutlah awak pandang saya macam tu.
“ Kau
ni kalau tak kacau aku sehari tak boleh ke? Kau nak aku temankan kau tidur, aku
temankan. Ni nak apalagi?” tegas Haiqal. Qistina mencebik.
“ Hmmm,
dah. Kalau tak ikhlas nak teman, pergi tidur sana. Esok kalau saya tak pergi
kerja, awak jawab dengan papa,” balas Qistina geram. Dia menarik selimutnya dan
merebahkan badannya ke tilam. Lega rasanya. Sudahlah penat mengemas pejabatnya
tadi. Balik rumah ingat nak rehat tapi encik suami balik lambat pula. Sejak
tiga hari yang lepas, Haiqal akan tidur sebaik sahaja Qistina tidur. Tidak
kiralah awal atau lambat.
“ Nak
cakap apa tadi? Cepatlah,” Haiqal mengalah.
“ Tak
nak cakap dah. Esok ajelah. Cakap penat tadi, pergilah tidur,” balas Qistina
perlahan. Merajuk! Haiqal menghempas kuat badannya ke tilam. Geram dengan
perangai isterinya itu.
Keesokannya, Qistina pergi ke
pejabat dengan encik suami. Sejak bangun tidur sampailah dah nak sampai
pejabat,masing-masing hanya mendiamkan diri.
“ Nanti
lunch dengan saya,” kata Qistina tiba-tiba.
“ Tak
boleh. Aku dah janji nak lunch dengan Sarah,” balas Haiqal dingin. Susah
baginya untuk berlembut dengan Qistina.
“ Hmmm…
Fine. But make sure awak dengan Sarah lunch kat tempat jauh sikit dari sini,”
pesan Qistina. Gila betul Qistina. Boleh pula dia benarkan suaminya lunch
dengan perempuan lain.
“ Ikut suka akulah. Dah sampai,
turun,” Haiqal bersuara tegas. Qistina memandang suaminya tajam.
“ Wait,”
Qistina menahan Haiqal yang sudah mahu turun dari kereta. “ Lunchlah jauh
sikit. Semalam pun saya dengar staf-staf awak mengata awak macam-macam. Apa
saya nak jawab kalau dia orang tanya saya? Hmmm, suami saya tengah bercinta
dengan bakal isteri kedua dia. Macam tu?” marah Qistina perlahan. Dia keluar
dari kereta tanpa menunggu Haiqal.
Memandangkan pejabatnya di tingkat
tiga, Qistina menaiki tangga. Malas mahu menunggu lift. Dia juga tidak
menyalami tangan Haiqal seperti selalu dilakukannya sejak berkahwin dengan
Haiqal.
“ Entah
apa-apa ajelah bini aku ni merepek. Aku buat betul baru dia tahu,” gumam Haiqal
sendiri. Dia mencapai briefcase dan berlalu ke lift untuk naik ke pejabatnya.
Dia sempat memandang sejenak ke arah tangga. Kuat juga kaki minah senget tu.
bersambung...
best!! cepat sambung ya.
ReplyDeletetq...:)
Deleteokay....tggu eh..