Dua
tahun enam bulan yang lalu…
Dania
mengeluh perlahan. Sakit matanya melihat kemesraan pasangan di hadapannya. Perempuan itu pun gedik semacam saja. Dipandang
pula si lelaki. Handsome. Fuh, untung kalau dapat suami handsome macam ni. Tapi
buaya tembagalah pulak.
“
Ehem,” Dania mendongak. Dia terkesima melihat jejaka kacak itu di hadapannya
kini.
“
Yes…”
“
Would you mind…if I’m sit here?”
“
Oh, sila-sila. Bukan saya punya pun kerusi ni,” Jejaka itu ketawa kecil.
“
Saya, Taqief. Awak?” Apa pula mamat ni nak?
“
Dania,” jawab Dania sepatah. Dia menilik jam tangannya. Lambat pula ayahnya
jemput hari ini.
“
Dania. Nice name. Maaflah kalau saya ganggu tapi…”
Dania
menunggu penjelasan lanjut dari Taqief.
“
Saya nak minta tolong awak. Harap sangat awak boleh bantu saya,” Dania
mengerutkan dahinya. Tolong apa?
“
Hmmm? Tolong? Apa ya?”
“
Macam ni…can you be my wife?” Dania menjauhkan sedikit diriya dari Taqief. Gila
ke apa mamat ni? Tak pun…sengal.
“
Sengal,” kutuk Dania perlahan. Dia berlalu meninggalkan Taqief.
“
Awak! Dania!” Terhenti langkah Dania. Dia memandang sekeliling. Semua mata
terarah padanya. Dania berpaling pantas. Bibirnya diketap.
Taqief
melutut di hadapan Dania. Mencerlung mata Dania memandang jejaka di hadapannya.
Mana pulak mamat tak cukup umur ni rembat jambangan bunga?
“
Awak, bangunlah. Semua orang tengah tengok tu,” kata Dania perlahan.
“
No. Saya akan melutut kat sini sampai awak setuju nak kahwin dengan saya,”
Dania mendengus. Cari pasallah mamat ni.
“
Whatever. Melututlah kat situ sampai kaki awak patah. Saya tak kisah pun,”
rengus Dania.
“
Nia, kenapa ni?” Dania menghembus nafas lega. Ayahnya tiba juga.
“
Entah, budak sengal ni. Jomlah balik. Perut Nia dah lapar,” Dania menarik
tangan Haji Johan dan terus berlalu meninggalkan Taqief yang termangu. Taqief
mengeluh kecil.
Keesokannya,
Dania ke pejabatnya seperti biasa. Dia akan dihantar oleh ayahnya memandangkan
dia tiada lessen memandu dan dia tidak akan pernah mengambilnya. Anak manja
kan. Tengok accident sikit…mulalah fobia bagai.
“
Taqief?”
Terkejut
Dania kerana jejaka itu masih melutut di situ. Sangkanya lelaki itu sudah
pulang dan tidak mengganggunya lagi.
“
I’m waiting. I’ll kneel here…until you be my wife, Cik Dania,” kata Taqief.
Walaupun sudah penat kerana asyik melutut dari semalam tanpa makan apa-apa, dia
masih mampu tersenyum.
“
Jangan buat kerja bodoh, Encik Taqief. I don’t know you. And don’t want to
know. So, please. Stop disturbing me,” Rimas pula Dania dengan perangai Taqief
yang seakan memaksanya itu.
“
Cik Dania, please. I’m really really really want you to be mine.”
“
Encik Taqief, saya tak akan teragak-agak nak buat report polis. Jadi, lebih
baik awak pergi dari sini,” ugut Dania. Taqief tersenyum sinis.
“
Silakan. Keputusan saya untuk memperisterikan awak tak akan berubah,” Ya Allah,
degilnya mamat ni.
“
Suka hati,” bentak Dania. Dia terus berlalu naik ke pejabatnya. Tak pasal nanti
lambat pula dia punch card.
“
Dania, tak baiklah kau buat dia macam tu. Kalau ya pun tak suka, pura-puralah
suka. Kesian akak tengok dok melutut kat bawah tu. Entahkan lapar ke. Nak pergi
tandas ke,” ujar Laila. Salah seorang senior di pejabat Dania.
“
Kisah apa Nia. Nia bukan kenal dia pun. Jauh sekali nak terima lamaran yang tak
munasabah dia tu,” Dania masih terus berdegil.
“
Akak cuma ingatkan Nia. Nanti menyesal tak sudah. Ish, kalau akak tak kahwin
lagi…dah lama akak rembat mamat handsome tu tau. Mujur dah kahwin. Bukan senang
nak jumpa lelaki yang gentlemen macam tu,” Dania buat muka tak kisah.
“
Biarlah, kak. Nanti dia penat…pandai-pandailah dia berhenti. Bukan Nia tak tahu
perangai dia tu. Playboy. Depan mata Nia sendiri, Nia nampak dia dok bercumbuan
dengan perempuan mana entah. Lelaki macam tu akak nak Nia pilih. Minta simpang,
kak,” Laila terdiam. Patutlah Dania bersungguh-sungguh menolak.
“
Ikut suka Nialah. Akak tak nak masuk campur,” kata Laila sambil tersenyum. Dania
membalas senyuman itu.
“
Nia…Nia,” Kelam kabut Arash menghampiri Dania dan Laila.
“
Ya Allah, kau ni. Cuba bagi salam. Ini tak…main serbu aje,” marah Dania
perlahan. Arash melepaskan lelah.
“
Nia, pakwe yang melamar kau tu…masuk hospital,” Tercungap-cungap Arash
menyampaikan berita.
“
Cuba cakap slow-slow.”
“
Ada staf jumpa lelaki yang melutut sambil pegang bunga tu…yang nak lamar Nia
tu…pengsan kat bawah. Sekarang ni…dia ada kat hospital,” maklum Arash. Dania
hanya berlagak biasa. Bagai tiada perasaan saat berita itu sampai ke
telinganya. Mungkin dia langsung tidak mengenali lelaki itu agaknya.
“
Ya Allah. Sampai macam tu sekali? Habis tu siapa yang hantar dia pergi
hospital?” soal Laila ingin tahu.
“
Pak cik guard call ambulance,” jawab Arash. Laila mencubit lengan Dania yang
kelihatan selamba itu.
“
Apa akak ni?”
“
Apanya? Sebab Nia dia jadi macam tu tau. Tak salah pun terima lamaran dia.
Terima aje dulu. Yang lain tu belakang kira. Takkan tak ada langsung perasaan
belas kasihan dalam diri Nia. Akak tak fahamlah dengan Nia ni. Malas dah akak
nak ambil tahu,” Laila bernada tinggi. Dania dan Arash termangu di situ.
“
Yelah, Nia. Tak patut buat dia macam tu. Bersungguh-sungguh dia melamar Nia. Kalau
Rash pun…tak sanggup nak melutut macam tu. Buang karen aje. Bukannya orang tu
nak kat kita pun,” Dania berasa tersindir. Keluhan meletus dari bibirnya.
Dania
berjalan perlahan masuk ke perkarangan hospital. Nasib baik ayahnya tidak
banyak soal malah mengikut permintaannya. Matanya melilau mencari wad yang
diberitahu jururawat di kaunter sebentar tadi.
“
Ayah teman Nia ya,” pinta Dania.
“
Iyalah. Jom masuk,” balas Haji Johan. Tidak salah dia menemani anak bongsunya
itu. Lagipun, dia risau jika Dania masuk ke dalam seorang diri.
Dania
menolak daun pintu. Kelihatan seorang doctor perempuan sedang menyuap lelaki
itu bubur. Wajah lelaki itu pucat sekali.
“
Assalamualaikum,” Dania memberi salam.
“
Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak. Taqief membetulkan duduknya.
“
Jemput masuk,” Doktor yang cantik itu tersenyum manis.
“
Dania…”
“
Doktor Arina…”
Mereka
bersalaman. Haji Johan bersalam dengan Taqief.
“
Ayah saya, Haji Johan,” Perkenal Dania. Taqief dan Doktor Arina mengangguk.
“
Saya Taqief, pak cik,” Taqief memperkenalkan dirinya sendiri.
“
Taqief sihat, doctor?” tanya Haji Johan prihatin.
“
Sihat. Cuma…itulah. Penat sangat. Pergi buat perangai melutut depan pejabat
orang semalaman siapa suruh,” Doktor Arina menjeling Taqief. Taqief dan Doktor
Arina pernah bercinta sebelum ini. Jadi, Doktor Arina faham sangat perangai
lelaki itu.
“
Alhamdulillah,” ucap Haji Johan.
Taqief
mengerling Dania yang hanya diam itu.
“
Dania, are you okay? Pucat aje muka awak,” tegur Doktor Arina. Dania tersentak.
“
Hah? I’m okay,” balas Dania. Padahal dia langsung tak okey.
“
Mahunya tak pucat, doctor. Anak saya ni lemah sikit kalau masuk hospital. Mulalah
pening kepala,” jelas Haji Johan. Patutlah pucat sahaja wajah Dania.
“
Lah, yang datang tu kenapa?” Baru kini Taqief bersuara. Dania menjeling lelaki
itu.
“
Kalau bukan sebab…semua staf kat office saya tu tarik muka dengan saya, tak
adanyalah saya nak datang sini,” Haji Johan memegang lengan Dania. Dia tahu
saat ini anaknya itu dalam keadaan marah.
“
Taqief betul-betul nak jadikan Dania isteri?” tanya Haji Johan lembut. Dania
memandang ayahnya dengan penuh kerutan.
“
Betul, pak cik. Pertama kali saya nampak dia…saya dah terpikat. Tapi, taklah
sampai jatuh hati lagi. Dia tertengok saya…saya…”
“
Berasmaradana dengan awek dia, ayah…”
“
Dania, tak baik mengata orang,” tegur Haji Johan.
“
Betul apa yang Dania cakap tu, pak cik. Masa tu saya malu sangat sebab perempuan
bertudung macam dia ternampak perbuatan tak bermoral saya tu. Dan kalau
boleh…saya nak berkahwin dengan Dania. Tapi, nikah gantung. Saya cuma nak ikat
dia saja. Saya minta tempoh untuk berubah…”
“
Ikat Dania? Kenapa tak bertunang aje dulu?” tanya Doktor Arina. Dia tidak mahu
bekas kekasihnya terburu-buru. Yang dia nak ikat tu anak orang…bukan anak
kambing.
“
Kalau bertunang, Dania masih ada peluang untuk terima lelaki lain, Arina. Kahwinkan
senang. Dia dah jadi hak saya. Jadi, tak ada siapa yang boleh kacau,” jelas
Taqief. Haji Johan mengangguk perlahan.
“
Macam inilah. Apa kata Taqief hantar keluarga masuk meminang. Kalau Dania
setuju…terus buat majlis nikah terus,” cadang Haji Johan.
“
Apa ayah cakap ni?”
“
Nia, kalau Nia ada suami ni senang. Ayah pun dah tua. Sampai bila Nia nak duduk
bawah ketiak ayah dan ummi. Kak Sara pun dah kahwin. Mungkin jika Nia kahwin,
kuranglah sikit mulut orang mengata anak yang cantik ni tak laku,” Membulat
mata Dania memandang ayahnya.
“
Apa pulak tak laku. Orang baru aje masuk dua puluh lima tahun. Biasalah tu
kalau tak kahwin lagi,” cebik Dania. Taqief tergelak kecil. Manja juga Dania
dengan ayahnya.
“
Iyalah. Sekarang ni kita balik…ummi mesti dah tunggu tu. Ini alamat rumah pak
cik. Kalau Taqief betul-betul inginkan Dania…hantar ibu bapa Taqief,” Haji
Johan menulis alamat rumahnya di atas kertas. Bekerja sebagai peniaga memang membuatkan
Haji Johan bersedia dengan pen dan kertas.
“
Terima kasih, pak cik. Dua tiga hari lagi, ibu bapa saya datang…”
“
Ayah keluar dulu. Cakaplah apa yang Nia nak cakap dulu. Ayah tunggu kat luar,” Haji
Johan berlalu keluar dari bilik itu setelah bersalam dengan Taqief.
“
Ehem... Encik Taqief, saya nak minta maaf sebab buat awak masuk hospital. Even,
saya rasa saya tak salah pun. Baik awak kahwin aje dengan Doktor Arina. Kalau
sakit kan senang,” Doktor Arina terbatuk mendengar namanya disebut.
“
Saya nak awak aje. Doctor Arina ni dah kahwin pun. So, tak payah nak kaitkan
dengan dia,” tegas Taqief. Dania mula rimas.
“
Apa-apalah. Saya balik dulu…”
Dania
merenung dirinya yang masih berpakaian pengantin. Simple sahaja. Hanya baju kurung
moden berona kelabu gelap dengan sedikit taburan batuan Swarovski. Namun,
kecantikannya terserlah dengan penggayaan shawl AKSHA rona kelabu-merah
jambu-krim. Dia tersenyum sebentar.
Kini,
dia sudah selamat menjadi seorang isteri kepada Muhammad Taqief Adrian dengan
hanya sekali lafaz. Lelaki berusia dua puluh Sembilan tahun itu mempunyai wajah
yang tenang kerana ketika majlis akad nikah berlangsung, dia lihat Taqief
tenang sahaja. Berseri-seri wajah itu melafazkan akad. Taqief telah memaklumkan
untuk mereka nikah gantung selama setahun. Dan jika mereka masih belum boleh
berkomunikasi dengan baik, tempoh akan dilanjutkan.
“
Ehem,” Dania menoleh ke pintu.
“
Mengelamun apa?” Berdebar jantung Dania saat Taqief melangkah masuk ke
biliknya.
“
Tak mengelamun apa pun. Saya nak tanya something,” Taqief melabuhkan
punggungnya di birai katil. Dania yang duduk di kerusi meja solek berpaling
menghadap Taqief.
“
What?”
“
Since kita nikah gantung…saya ada peluang nak further studylah kan?”
“
Hmmm?”
“
Saya dapat tawaran sambung masters. London,” beritahu Dania terus. Taqief
mengangkat keningnya.
“
Masters? London? Saya benarkan. Tapi dengan syarat,” Taqief menanggalkan sampingnya.
“
Syarat?”
“
Yes. Syaratnya…awak perlu keep in touch dengan saya,” So simple. Ingatkan
syarat apalah.
“
No problem. Anything else?”
“
Emmm, awak kena ingat status awak sekarang. Saya tahu saya langsung tak layak
nak bertegas dengan awak tapi cukuplah awak hargai saya sebagai suami awak,” Dania
terkedu. Hanya itu?
“
Baiklah. Terima kasih. Nak minum? Saya buatkan,” Taqief tersenyum nipis.
“
Sure. Susu panas,” Berkerut dahi Dania.
“
O…okay.”
“
Dania…”
“
Ya?”
“
Kenapa? Muka awak lain bila saya sebut susu,” Dania melilaukan matanya.
“
It’s just…hidung saya tak ngam dengan susu,” maklum Dania jujur. Buat apa nak
berahsia.
“
Oh, then milo is better,” Dania mengangguk. Dia menghilangkan diri ke dapur.
“
Amboi, pengantin baru. Tak tukar baju lagi?” Dania tersentak. Haih, lembaga
mana pula yang tak reti bagi salam ni.
“
Akak ni. Tak reti-reti nak bagi salam. Nia nak buat milo untuk Taqief. Kejap
lagi Nia mandilah,” balas Dania sambil mencapai bekas yang berisi serbuk milo dan
tin susu.
“
Nasib baik dia tak minta susu. Mahu ada orang tu…morning sickness petang-petang
gini,” usik Rania.
“
Choylah, akak ni…”
“
Memang Qief minta pun tadi, kak,” sampuk Taqief yang baru turun ke dapur. Dibahunya
tersidai tuala dan baju t-shirt putih tanpa kolar. Dia duduk di kerusi santai
di dapur.
“
Iya ke? Dah tu…kenapa milo yang dibancuhnya?”
“
Nia bagitahu dia tak suka bau susu,” balas Taqief sambil matanya memandang Dania
membancuh air milo.
“
Oh, untunglah Nia dapat husband yang faham macam ni. Tak macam akak ni. Haih…”
“
Akak tak payah buat drama kat sini eh. Kang abang Hafiz dengar…baru tahu,”
Rania tersengih.
“
Kureng punya adik. Dah tengok baby?”
“
Baby apa? Eh, no. Baby siapa?”
“
Anak si Suhaila tulah. Tadi, beria dia nak Nia tengok baby dia. Ingatkan dia
dah bawa jumpa Nia…”
“
Tak ada pun. Dah kenapa nak tunjuk kat orang?” Dania memberikan berisi air milo
panas kepada Taqief.
“
Saya letak air sejuk sikit. So, tak panas sangat,” Taqief mengangguk.
“
Dia nak Nia tahulah yang dia tu dah kahwin…ada anak,” Dania mencebik. Dia
melabuhkan punggung di sebelah Rania di kerusi meja makan. Sanak saudara pula
yang lain masih di ruang tamu.
“
Panjang umur kau, Su,” Taqief dan Dania menoleh ke pintu dapur.
“
Alhamdulillah. Korang dok kutuk Sulah tu,” teka Suhaila. Dia mendukung bayinya dan
turut duduk di salah sebuah kerusi meja makan.
“
Tak adanya. Akak ingatkan Su dah bawak anak Su jumpa Nia. Itu yang akak tanya
Nia,” jelas Rania. Dania tersengih. Pandai kakaknya itu cover.
“
Weh, Nia. Nilah anak aku. Adam namanya,” Dania tersenyum. Nampak lesung pipit
di kedua pipinya.
“
Ye ke? Meh sini, nak dukung,” Dania menghampiri Suhaila. Dia mengambil Adam
dari dukungan Suhaila dengan penuh berhati-hati. Baru empat bulan. Lembik lagi
hah.
“
Ringannya anak kau, Su. Macam kapas,” Suhaila menampar lengan Dania. Ada patut
cakap anak dia macam kapas.
“
Anak aku tu manusialah. Bukan kapas,” Dania tersenyum dan kemudian berlagak
biasa.
“
Cek taulah. Awak nak pegang? Tengok macam nak telan aje budak ni,” Taqief
tersedak. Itulah ralit sangat tengok bayi itu.
“
Hah? Taklah. Tengok aje,” balas Taqief sambil tersenyum.
“
Lah, semua ada kat dapur ke?” tegur Mak Teh Kiah. Jiran sebelah rumah.
“
Mak Teh nak pergi mana?” tanya Rania.
“
Nak baliklah. Lama sangat dah kat sini,” jawab Mak Teh Kiah.
“
Awal lagi ni, Mak Teh,” kata Suhaila.
“
Nak senja dah ni. Amboi, Nia. Ambil part time jadi pengasuh lagi ke? Bila nak
pegang nak sendiri pulak?”
“
Dukung aje, Mak Teh. Practice,” jawab Dania selamba. Adam merengek tiba-tiba.
“
Su, ambillah. Dia nangis kang aku tak tahu,” Gelabah terus apabila Adam sudah
merengek. Suhaila mengambil kembali bayinya.
“
Loh, bekas pengasuh budak-budak tak pandai pujuk ke?” Amboi, semakin beria Mak
Teh Kiah mengusik. Tahulah encik suami ada kat sini.
“
Kita pengasuh budak-budak atas setahun, Mak Teh. Baby kecil macam ni mana nak tahu…”
“
Dalam proses nak practice tu Mak Teh. Biarlah dia,” sampuk Rania.
“
Iyalah. Mak Teh balik dulu,” Mak Teh Kiah terus berlalu.
Rania
melepaskan hembusan lega. Dania melihat telatah Rania yang mengurut dadanya.
“
Hah!” sergah Dania.
“
Dania!” jerit Rania dek terkejut. Terus Adam menangis. Mereka berpandangan
sebelum ketawa. Taqief hanya menggeleng kepala. Perempuan kalau
berkumpul…cengginilah.
“
Ssyyy… Apa akak ni? Terjerit-jerit,” Rania mengerling adiknya geram.
“
Nia nikan…saja aje.”
“
Habis, Nia tengok akak lega semacam aje kenapa?” Rania tersengih.
“
Legalah. Mak cik sebelah tu tak mengusik akak,” Patutlah. Dia pun baru
berkahwin tahun ini juga. Tapi belum berisi lagi.
“
Ya tak ya jugakkan. Kak Sara pun baru kahwin jugak,” Suhaila turut tersedar.
“
Tahu tak apa,” Sengal punya kakak.
“
Nia naik dululah. Awak tak nak mandi ke? Kang lambat, sejuk. Kat rumah ni tak
ada water heater…”
“
Hah?”
Dania
merenung Taqief macam nak telan. Dia tak dengar ke apa aku cakap?
“
Dah habis minum?” Taqief mengangguk. Dania mengambil mug dari tangan Taqief.
Dia menarik tangan suaminya agar berdiri.
“
Sekarang, sila masuk mandi. Kejap lagi saya nak mandi pulak,” Taqief tersengih
nakal.
Suhaila
dan Rania tersenyum melihat pasangan yang baru diijab kabul itu. Nampak serasi
sangat.
“
Tak payah nak buat sengih macam tu. Go,” Dania menolak tubuh sasa Taqief itu
masuk ke dalam bilik air.
Keluarga
kecil Haji Johan dan Hajah Hanim bersantai di beranda. Terasa nak berkelah di
beranda pula malam itu.
“
Hafiz, tambah lagi,” kata Haji Johan.
“
Dua pinggan dah, ayah. Tak boleh masuk dah,” jawab Hafiz.
“
Dah tak payah, ayah. Kang boroi menantu ayah ni,” Haji Johan tergelak. Tahu
sangat perangai anak sulungnya itu yang tidak suka lelaki perut boroi.
“
Awak, nak nasi lagi?” tanya Dania kepada Taqief. Suaminya menggeleng perlahan.
“
Haih, orang baru kahwin…selalunya berselera. Ini, tak ada selera,” ujar Hajah
Hanim.
“
Kenyang lagi, ummi. Petang tadi makan banyak sangat,” balas Taqief sopan.
“
Sunyi rumah kita ni. Ada budak-budak…riuh sikit. Meriah aje. Macam rumah Kak
Teh tu,” Haji Johan tersenyum mendengar luahan isterinya itu.
“
Tak lama lagi dah, Hanim oi,” Haji Johan menjeling anak menantu sulungnya.
“
Apa ayah tengok kita orang pulak? Cuba pandang pengantin baru tu,” Rania tersenyum
nakal memandang adiknya. Cari pasal kau, kak.
“
Dia orang ni nikah gantung. Mana ada orang nikah gantung ada anak. Itu bukan
namanya nikah gantung lagi dah,” Dania dan Taqief hanya tersenyum.
Dua
minggu selepas pernikahan, Dania perlu bertolak ke London. Taqief sendiri yang
menghantar isterinya di airport. Saudara yang lain hanya menghantar dari rumah
sahaja. Urusan berhenti kerja sudah diselesaikan Dania awal-awal lagi.
“
Awak, kat sana jaga diri. Ingat pesan ummi, ayah, daddy and mummy. Ada apa-apa
masalah call saya,” Dania tersenyum. Macam mak nenek saja pak cik ni. Nasib
suami.
“
Baiklah, sedia menurut perintah…”
Pengumuman
penerbangan ke Kota London sudah berkumandang. Berat pula rasa hati ingin
melepaskan Dania pergi ke London seorang diri. Kalau tidak kerana kerjanya di
sini banyak…sudah tentu Taqief sendiri yang menghantar Dania ke sana.
“
Awak macam tak bagi saya pergi aje…”
“
Hah?”
Dania
mengangkat tangan kanannya yang digenggam erat oleh Taqief. Taqief mengeluh
kecil.
“
Just for one year and half. Awak kan banyak duit. So, boleh aje terbang ke sana
suka hati,” Dania cuba menyedapkan hati si suami. Dulu masa Taqief
melamar…bukan main jual mahal lagi. Tapi sekarang…boleh berbaik pula. Dah nama
pun si Taqief tu dah jadi suami dia. Mestilah kena patuh cakap suami…kena
sayang suami.
“
Iya. Memang kerja saya kat sini tak banyak pun kan?” Dania mencebik. Suka hati.
“
Okaylah. I’ve got to go. Macam yang dijanjikan saya akan maklumkan aktiviti
saya setiap hari. Jangan jemu pulak nanti,” Mata Taqief berair. Mak ai,
manjanya.
“
Kelakarlah awak ni. Jangan buat malulah. Bekas kasanova menangis sebab kena
berpisah dengan isteri,” Dania menyapu air mata yang sudah mula menitis.
Tanpa
sengaja Taqief memeluk Dania. Dia paling lemah apabila berpisah dengan orang
tersayang. Dania mengusap belakang suaminya lembut.
“
Jangan buat perangai eh kat sini. Berubah untuk saya…untuk family awak,” pesan
Dania. Taqief hanya mengangguk lemah.
Kini…
“
Lah, tertidur dah dia,” Dania tersenyum. Inilah suami yang dia sangat cintai. Tidak
dapat dibayangkan jika Taqief terkorban dalam kemalangan itu. Nauzubillah…
“
Mummy…”
“
Mana Qief?”
“
Tidur, mummy. Asyik sangat dengar cerita dia melamar Nia dulu,” Puan Sri
Bahiyah tersenyum.
“
Kenangan terindah tu. Cerita kat cucu-cucu mummy pulak nanti…”
“
Iya, mummy. Melamar sampai masuk hospital. Buruk benar. Badan aje sasa…tegap.
Tapi hati lembut,” Dania dan Puan Sri Bahiyah ketawa.
“
Itulah satu-satunya pengarang jantung yang mummy ada. Nia jangan jadi macam
mummy. Kalau boleh lahirkan ramai zuriat. Meriah rumah kita ni…”
Puan
Sri Bahiyah sudah berangan mempunyai ramai cucu.
“
Mummy nak berapa ramai? Sepuluh?” Taqief memeluk Dania dari belakang. Entah bila dia bangun pun tidak tahu.
“
Amboi, rajin awak kan…”
“
Eh, tak tahu lagi ke?”
“
Cukuplah tiga atau empat. Itu pun susah. Mummy dulu…sampai cuba berubat
kampung. Tapi, itulah. Hanya Qief aje yang lekat,” Dania mengusap lengan ibu
mertuanya.
“
Nia kan ada,” kata Dania.
“
Iya. Both of you…mummy sayang,” Tangan Puan Sri Bahiyah berada di pipi anak
menantunya.
“
Eh, lupa pulak. Qief turun ni nak ajak Dania pergi klinik. Pergi naik bersiap
cepat…”
“
Macam ni aje tak boleh?”
“
No!” Dania mencebik memandang Puan Sri Bahiyah.
“
Ceh, mummy nak tahu tak? Anak mummy ni bukan main lagi suruh kita pakai tudung
depan dia…nak pegang sikit marah. Bukan muhrimlah katakan. Tapi…hmmm. TERwujud
pulak baby bump ni,” Pipi Taqief yang putih itu sudah merah. Malu!
“
Alah, kenapa orang berbaby bump ni tak tolak. Kalau tolak tak adalah TERwujud
baby bump ni,” Puan Sri Bahiyah hanya mampu tergeleng. Bahagia dia melihat kemesraan
anak menantu yang merupakan suatu anugerah buatnya dan Tan Sri Khalid.
“
Sudah tu. Dua-dua gatal,” Taqief dan Dania tersengih. Kan…dah kena sebjik.
Taqief
merenung ke langit yang gelap. Bintang-bintang bertaburan. Begitulah juga
ingatannya. Dia tidak mampu mengingati kisah lalu. Alangkah indah jika dia diberi
peluang untuk mengingati saat perkenalannya dengan Dania.
“
Buat apa kat luar ni?”
Taqief
memeluk Dania dari sisi. Dah ada baby bump kan…tak boleh peluk sesuka hati.
Kesian baby. Lagi sebulan…dah nak keluar.
“
Saja. Tengok bintang,” jawab Taqief.
“
Awak nak tahu?”
“
Apa?”
“
Awak bersungguh-sungguh nak kahwin dengan saya. Tapi…masa tu awak langsung tak
cakap apa yang awak rasa pada saya. I don’t know whether you love me or not. Cuma…awak
selalu tunjuk…that you always care about me. Awak tak pernah tunjuk caring awak depan
orang. Kaku. Saya ingat lagi raya tahun lepas, ramai saudara tanya bila nak ada
baby. Tapi awak cool aje…”
Taqief
kusyuk mendengar.
“
Malam kemalangan tu, saya teringin sangat nak tahu kenapa awak ajak saya
dinner. Apa tujuan awak? Dalam minda saya…asyik terbayang aje. Maybe awak nak
ajak kita tinggal sekali ke…nak tamatkan tempoh nikah gantung kita. Saya tak
tahu. Masa awak sedar…awak langsung tak ingat. Sesiapapun. Saya rasa macam nak
meraung time tu. You’ve call me…maid,” sambung Dania. Dia menyapu air mata yang
jatuh ke pipi.
Taqief
terkedu. Kenapa dia tidak ingat? Ya Allah.
“
I’m sorry. I don’t remember anything. And now…I want you to know that I really
love you. First time…saya tersedar saya nampak wajah awak. At the same time…jantung
saya berdebar sangat tengok senyuman awak. Tapi bibir saya gatal sangat nak
panggil awak maid. Sorry,” Dania tersenyum.
“
Tak apa. Janji ada orang sayang kita. Itu dah cukup. Jom masuk. Sejuklah kat
luar ni,” Mereka beriringan masuk ke dalam bilik.
Taqief
menutup surah Yaasin yang dibaca dengan doa pendek. Air mata yang ditahan menitis
tanpa henti. Tangannya mengusap lembut tanah yang masih merah di hadapannya. Dia
mendongak tatkala terdengar rengekan seorang bayi. Cepat-cepat dia menyapu air
mata di pipinya.
‘
Ada masa nanti…saya datang lagi.’
Taqief
mengambil bayi perempuan yang sedang menangis itu dari dukungan pengasuh. Diciumnya
bayi itu penuh kasih. Sebelum berlalu, Taqief sempat menoleh ke kubur arwah
Dania seketika. Jodoh antara mereka hanya setakat itu. Perempuan kesayangannya
sudah tinggalkannya dan anak mereka.
Taqief
mengeluh kecil. Dia redha dengan pemergian arwah isterinya. Sudah tertulis isterinya
akan pergi ketika melahirrkan zuriat mereka. Siapa dia untuk menyoal kematian
arwah Dania?
Note : Maaflah ya kalau macam laju ja cerpen ni....tak berapa nak ada idea time ni...just suka-suka ja...ending pun tak berapa nak sedih...sebab macam nothing...tetiba ja si Dania tu meninggal. Insya Allah akan disambung ke cerpen yang lain....
Apesal pulak dia mati? :(
ReplyDeletehehehe..kenapa dia mati??ajal..tggu next next entry smbgn cita ni kat tajuk lain eh...tq sbb sudi baca cerpen CIA ni..:)
DeleteSmua citer awk sy suka sgttttt.... feeling sgt bacanya..... tp yg ni nape last matiii??? Sedih...
ReplyDelete:)... thank you, rosey lurve..
Deleteyang lain bahagia..so kasi sad endinglah pulak... hehe
Amazing .. great pada cerpen yng pertama. Yang kedua pun great.. tp damia meninggal.aloh... knpa tak happy ending..
ReplyDeleteSad ending pulak.hubuhuhu
Mule bce best..bile akhir,tetanye WHY MUST DIE???? but it's okay.slalu bce cite happy ending tpi kli ni lain skit.saya CIA.teruskan berkarya ya
ReplyDeletealah mati plak..
ReplyDeletennti ada smbungan lg,, mst ada atak prmpuan lain..
kalo jnis sy ni.. watak heroin/hero yg 1st mncul tu yg sy akan suka..
kalo ada watak bru tuk hero/heroin susah nk dkt yg bru.. ibarat susah nk move on g2 lah..
Nape kena mati dania tu? Sedihnye
ReplyDelete