Tuesday 5 August 2014

Novel : Secret That Nobody Knows aka Rahsia Arianna Bab 1 (Edited)

Assalamualaikum... Hye!

Tak tahu nak buat posting apa, CIA buat entry special untuk STNK. Novel Rahsia Arianna BAB 1 yang sudah diedit (tigaharijugaknakedit). mungkin ada lagi kesalahan dalam Bab 1 edisi edited ni. kalau ada lagi yang salah, harap boleh tegur eh. NO HARM. hehe. SELAMAT MEMBACA! :D


BAB 1
“MAMA! Mama! Oh, mama!” Jeritan garau Fariq kedengaran agak kuat. Dia mula mencari-cari di sekitar rumahnya. Berlari anak dia ke hulu ke hilir mencari kelibat mamanya. “Lah, kat sini rupanya. Puas Riq jerit panggil mama,” ujar Fariq sebaik ternampak mama kesayangannya di bawah rumah papan yang masih teguh berdiri itu.
“Kenapa?” soal Datin Katrina sambil mengikat kembali plastik makanan ayam. Dia berlalu ke tangga yang digunakan untuk naik ke rumah kampung milik arwah datuk dan nenek Fariq merangkap bapa dan ibu kepada Datuk Rasyid, papa Fariq. Fariq mengekori Datin Katrina.
“Tadi Riq lalu depan rumah Tok Majid. Riq nampak ada kereta mewah. Siapa, ma? Tak pernah nampak pun sebelum ni,” Fariq memandang Datin Katrina, meninginkan jawapan.
“Kat depan sana tu? Anak cucu Tok Majid agaknya. Mama dengar diorang nak buat kenduri sikit. Cucu kesayangan Tok Majid baru balik dari oversea,” jelas Datin Katrina.
Tangannya sibuk mencedok air di tempayan untuk mencuci kakinya yang kotor lalu naik ke atas rumah. Fariq mengikut tindak tanduk Datin Katrina.
“Oh, patutlah,” balas Fariq sambil menghadiahkan senyuman sungging kepada ibunya. Dia ingat handsome buat muka macm tu? Tapi memang handsome pun anak tunggal dia yang seorang ini.
Wajah anak lelakinya itu mirip suaminya ketika muda-muda dulu. Sekarang ini wajah yang sering menjadi dambaan para gadis di zaman mereka muda mudi dahulu sudah pun dimamah usia. Jika ada yang masih terkejarkan suaminya itu, pasti mereka hanya menginginkan harta sahaja hendaknya.
“Riq pergi panggil papa kat rumah Tok Majid tu. Dah nak maghrib ni,” suruh Datin Katrina. Dia kemudiannya berlalu ke dapur.
“Yalah,” Fariq berlalu menuruni anak tangga lalu berjalan menuju ke rumah Tok Majid. Sempat matanya mencuri pandang ke sawah, mencari kelibat lembu-lembu arwah atuknya yang diberi makan sebentar tadi.

DATUK Rasyid rancak berbual dengan teman lamanya. Sudah lama tidak bertemulah katakan. Banyak perkara yang ingin dikongsikan. Sedang mereka berbual di sebuah pangkin di luar rumah Tok Majid, anak dara Encik Halim muncul sambil menatang dulang minuman. Dia menghidangkan minuman itu kepada bapanya dan Datuk Rasyid.
“Inilah satu-satunya anak dara aku, Syid,” Encik Halim memperkenalkan anak daranya kepada Datuk Rasyid.
“Cantik orangnya. Apa namanya?” Datuk Rasyid melirikkan mata ke arah anak gadis Encik Halim. Manis pula senyuman gadis itu.
“Airis, uncle,” jawab Airis lembut. Datuk Rasyid mengangguk-angguk kepalanya. Airis ingin berlalu namun dia terpandang akan susuk tubuh seorang lelaki yang seakan dikenalinya sedang menghampiri mereka. Kakinya kaku di situ.
“Papa,” Fariq menegur Datuk Rasyid sebaik tiba di rumah Tok Majid.
“Fariq?” Encik Halim menunakkan pandangan kepada Datuk Rasyid dan Fariq bersilih ganti.
“Siapa lagi kalau bukan Fariq, Lim? Dia seorang aje anak yang aku ada,” Penjelasan Datuk Rasyid menghilangkan kegusaran di hati Encik Halim. Dahulu anak teruna sahabatnya ini masih lagi kecil. Kini anak kecil itu membesar dengan jayanya, kacak. Fariq melabuhkan punggungnya disebelah Datuk Rasyid.
“Semakin handsome anak kau ni, Syid. Kalau dia ada awek keliling pinggang pun aku tak heran,” gelak Encik Halim. Airis memakukan kaki di samping bapanya. Tidak terkutik sejak tadi. Masih terkejut agaknya.
Handsome apanya, pak cik. Dah berbau lembu satu badan ni hah,” Malu pula dipuji begitu. Sememangnya dia baru pulang dari kandang lembu milik arwah datuknya.
“Alah, bukannya hari-hari bau lembu. Hari lain, wangi semerbak. Ya tak?” Encik Halim masih galak mengusik. Fariq hanya berdehem sambil tersengih.
“Airis ambil course apa di Cambridge?” soal Datuk Rasyid kepada Airis pula yang sedang berdiri tegak disisi Encik Halim. Seperti orang yang menunggu untuk dihakimi sahaja.
Architecture, uncle,” beritahu Airis sambil tersenyum. Fuhh, nasib baik dia tersedar akan soalan lelaki separuh umur itu. Mahu tiga hari tiga malam Encik Halim mentertawakannya jika mengetahui dia sedang ralit merenung anak teruna orang.
“Lim, bakal pengganti ke ni?” tanya Datuk Rasyid sambil ketawa. Encik Halim turut ketawa.
“Budak bertuah ni nak kerja kat company aku? Huih, jauh panggang daripada api. Tak mahunya,” balas Encik Halim sambil menjeling ke arah anak gadisnya.
“Budak-budak zaman sekarang, Lim. Macam-macam agenda dalam kepala dia orang. Nak buat itulah, nak buat inilah,” Sempat lagi mata Datuk Rasyid melirik ke arah Fariq. Fariq hanya buat endah tak endah sahaja akan perbualan dua rakan baik itu. Kepalanya sedang mendigest sesuatu, cuba mengingati insan disebelah Encik Halim.
“Bukan macam tu, babah, uncle. Sekarang ni cuma rasa nak rest aje. Penat sangat. Asyik tengok pelan aje. Sampai pening kepala Airis ni hah,” Airis cuba mempertahankan dirinya.
“Yalah tu. Minum, Syid, Fariq,” jemput Encik Halim. Beberapa minit kemudian, Datuk Rasyid meminta diri untuk pulang. Sudah lewat petang, nak masuk waktu maghrib pun. Panjang pula leteran Datin Katrina nanti jika mereka masih di situ.

USAI solat isya’ berjemaah bersama papa dan mamanya, Fariq terus masuk ke bilik. Cuba memerah otaknya yang kian berserabut ini dengan imbasan gadis yang dijumpainya petang tadi. Sekejap dia duduk di birai katil. Sekejap dia berjalan ke hulu ke hilir sambil tangannya memegang kepalanya. Namun, semuanya sia-sia sahaja. Dia tidak dapat mengingati wajah gadis itu. Fariq nekad untuk pergi bertemu dengan gadis itu esok.
Sementara, di rumah Tok Majid, Airis menuju ke jendela di dalam biliknya. Dia cuba mengingati lelaki yang bertandang di rumahnya petang tadi. Ligat otaknya memikirkannya. Beberapa minit kemudian, Airis tersenyum sungging sambil memetik jarinya. Ceria sungguh wajah manis itu kini. Kenapalah susah sangat ingin mengingati seseorang yang sangat berjasa kepadanya itu?

Imbas kembali… Artis Royal ZOO, Amsterdam

PENING kepalanya kerana asyik menoleh ke kanan dan ke kiri. Orang yang dicari tidak juga ditemui. Sudahlah dia tidak tahu sangat tempat-tempat di kawasan ini. Haish, inilah padahnya jika terlalu teruja kerana berjaya menjejakkan kaki ke tempat ini. Tiba sahaja di Artis Royal ZOO yang terletak di tengah-tengah Amsterdam yang juga di mana terletaknya Zoo Holand yang tertua itu, dia seperti berada di awang-awangan.
Artis Royal ZOO bukannya zoo semata-mata. Sebaliknya, di kawasan yang luas ini juga terdapat Planetarium, Botanical Garden dan juga Geological dan Zoological Museum. Pada mulanya, Airis bersama beberapa orang rakan sekelasnya melawat ke Geological Museum untuk melihat bagaimanakah perubahan planet empat billion tahun yang lalu. Tetapi, entah bagaimana dia tersesat ketika mereka memasuki kawasan Botanical Garden. Haru sungguhlah jika dia ditinggalkan keseorangan di sini.
“Ibu, Airis nak balik,” sayu sahaja nada suara Airis. Dia duduk di sebuah kerusi yang terletak di bawah pokok rendang yang sudah berusia.
Backpacker yang tiba-tiba melintas di hadapannya, membuatkan Airis terbangun. Air mata yang hampir-hampir menitis disapu kasar. Mungkin lelaki itu boleh dijadikan sandaran. Nafas dihembus perlahan. Go, Airis!
Hey!” laung Airis kuat sambil berlari perlahan menghampiri backpacker itu. Huh, nasib baiklah backpacker itu perasan ada yang memanggilnya.
Yes?”
“Errr…” Gagap pula dah.
I’m waiting, miss,” kata backpacker itu dingin. Siapa yang tidak naik angin jika dibiarkan menunggu lama?
Ac… actually, I’m lost. I just don’t know where my friends are. Coincidentally, you’re passing by. I need your help, sir,” Laju mulut Airis menjelaskan keadaannya yang sebenar.
Are you Malaysian, miss?” soal lelaki itu.
Yes. You too?”
“Ya. Jadi, awak terpisah dengan kawan-kawan awak?” Airis angguk. Terasa lapang kerana orang senegaranya yang ditegur.
“Maafkan saya, encik. Serius. Saya memang tak tahu jalan di sini. Puas saya jelajah kawasan ni, tapi tak jumpa jalan keluar,” Lelaki itu memandang Airis pelik. Lucu pula melihat gadis itu bersungguh-sungguh menerangkan apa yang berlaku kepadanya.
“Okey, cik. Just relax yourself. I’ll help you. I’m Fariq,” Fariq memperkenalkan dirinya. Senyuman diulas agar gadis di hadapannya itu selesa akan dirinya.
I’m Qalisya,” Airis turut tersenyum. Jika berkenalan dengan orang luar dan tentunya dia masih tidak biasa orang itu, dia lebih senang dikenalkan dirinya sebagai Qalisya. Lebih formal.
So, where are you stayed? I mean, where your hotel or maybe apartment is?” soal Fariq. Mudah untuk dia membantu gadis itu jika mengetahui tempat penginapan Airis.
Dia bukanlah tahu sangat kawasan-kawasan di sini, tetapi hampir seminggu dia di bumi Amsterdam ini… rasanya mampu untuk menghantar Airis pulang.
Somewhere around Amsterdam Central Station,” jawab Airis sambil senyum nipis.
Takut pula dia mahu memberitahu kedudukan sebenar hotelnya. Sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan Fariq bukanlah kenalan rapatnya. Tidak salah rasanya kerana dia seorang gadis, Fariq pula lelaki. Buatnya Fariq cuba mengambil kesempatan di dalam kesempitan, tidak ke naya begitu.
“Okey. Kalau macam tu, saya temankan cik sampai station tulah. Cik jangan takut. Rasanya saya boleh bersabar lagi untuk melakukan sesuatu yang jahat…”
Airis melarikan pandangannya. Boleh pula Fariq meneka akan buah fikirannya itu.
Sure. Jomlah.”
Fariq dan Airis beriringan menuju ke jalan keluar Artis ZOO. Rupanya tidaklah payah mana untuk mencari jalan keluar. Airis menyumpah seranah di dalam hatinya. Rasanya, dia juga mampu untuk mencari pintu keluar. Haish. Mungkin kerana terlalu takut dan memikirkan perkara yang bukan-bukan membuatkan dia gabra sendiri. Mujur dia ditemukan dengan orang Malaysia, tidaklah terlalu payah dan menakutkan.

PANDANGAN dililaukan di sekitar Amsterdam Central Station. Fariq kerutkan dahi seketika sebelum matanya jatuh pada wajah ayu milik Airis. Dia senyum nipis, tergeleng kepalanya perlahan. Di fikirannya cuma ada satu benda, Airis takutkan dia. Ya, itu adalah sesuatu yang pasti. Kenapa?
“Cik Qalisya, awak takutkan saya ke?” Airis terkaku.
Tidak jadi dia mahu meminta diri.
“Eh, taklah. Kita kan satu negara, buat apalah saya nak takutkan Encik Fariq,” dalih Airis. Tidak sedap hati pula mahu mengaku, kecil pula hati si Fariq yang sudah membantunya itu.
Orang berbudi, kita berbahasa. Kan?
“Kalau betullah cik tak takut, kenapa tak beritahu aje di mana hotel cik yang sebenarnya? Saya boleh aje nak hantar cik ke sana. Lagipun, menunggu seorang diri di sini bahaya jugaklah.”
Airis tidak terkata apa-apa. Kelu lidahnya untuk terus menjawab.
It’s okay. Cik anggap aje bantuan saya ni untuk rakan senegara. Jomlah saya hantar cik ke hotel terus. Alang-alang kita dah sampai ke sini, rasanya Ibis Hotel dah dekat sangat,” Airis telan air liur kasar.
Jadi, Fariq sudah mengetahui kedudukan hotelnya.
“Errr… tak menyusahkan encik ke?”
“Taklah. Saya memang stay kat situ…”
Hah, ambil kau! Mahu Airis tergolek di situ dek malu yang teramat. Itulah padahnya jika menipu. Allah bayar tunai, Airis Qalisya.
“Emmm… kalau dah macam tu, kita gerak sekalilah ya,” Fariq senyum lebar.
Fikirnya, Airis mungkin sudah berasa sedikit selesa dengannya kot. Tanpa lengah, mereka beriringan menyelusuri jalan yang sesak dengan warga tempatan yang sibuk ke hulu ke hilir. Kebanyakan mereka lebih selesa menggunakan basikal sebagai kenderaan harian untuk bergerak ke sana sini. Kuranglah sedikit kesesakan lalu lintas.
Jika berada di Amsterdam, janganlah berjalan lenggang kangkung. Mahunya dilanggar oleh penunggang-penunggang basikal yang sememangnya mengayuh basikal agak laju. Seperti di Malaysia, bas yang menjadi pengangkutan awam yang paling laris bak goreng pisang. Tetapi di sini, mereka lebih gemar menggunakan tram dan bas untuk ke mana-mana. Sebagai pelancong, masa adalah sesuatu yang penting kerana pengangkutan tram merupakan salah satu pengangkutan awam yang menepati masa. Jika terlambat, nasib badanlah kena menunggu jam yang seterusnya kalau masih mahu menggunakan tramlah.


p/s : if ada sesapa yang pernah ke Amsterdam, boleh share pengalaman jugak eh. boleh CIA tambah apa yang patut. :D. 

9 comments:

  1. Tq Bagi new entry....
    And Selamat Hari Raya sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome, dear. thanks to you too, balqiz. :D. Selamat Hari Raya! <3

      Delete
  2. TQ Cia....ada gak yek wlpn special edited ....nk tau sgt endingnya nnt...;)MLS??? Cia?? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :D. most welcome, mona. hehe. adala jugak ya. MLS on their way. Full Version coming soon. very soon. :)

      Delete
  3. thank you kak ! terubat gak la rindu ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome, hana. :D. waaa, rindu sangat ni. :)

      Delete
  4. Akak kenapa takde new entry lagi ni
    Nak tau ending dia😢
    Apa yg ariana rahsiakan?

    ReplyDelete
  5. Akak kenapa takde new entry lagi ni
    Nak tau ending dia😢
    Apa yg ariana rahsiakan?

    ReplyDelete
  6. Akak kenapa takde new entry lagi ni
    Nak tau ending dia😢
    Apa yg ariana rahsiakan?

    ReplyDelete