Friday, 22 August 2014

Cerpen : Nadeem Ayuna Siri 3



Hujan. Lebat. Guruh berdentum. Petir sambar menyambar. Alhamdulillah, rahmat Allah. Pintu gelongsor yang menghala ke halaman rumah yang terbuka ditolak. Tidak mahu tempias hujan masuk ke dalam rumah. Ayuna senyum nipis. Tiba-tiba dia teringat, salah seorang ahli kumpulan assignmentnya ada berbicara tentang hujan semalam.
Katanya; hujan ibarat plaster yang membalut luka.
Kala sedih, hujan menimpa. Ia seperti turut menangisi kesedihan.
Kala gembira, hujan membasahi. Ianya tanda merai kegembiraan.
“Hujan… plaster. Plaster bukan tandanya sakit? Hmmm…” Ayuna melangkah naik ke bilik. Dia senang mencurahkan idea menulis tika hujan. Curahannya pasti selaju hujan yang lebat.
“Nana, lamanya Nadeem keluar. Dia pergi mana lagi?” tanya Hajah Aliyah ketika terserempak dengan Ayuna di tangga.
“Nadeem singgah rumah Ustaz Ben kejap, umi. Ada hal apa entah nak bincang,” jawab Ayuna.
Mujur Nadeem ada Whatsapp dia tadi mengkhabarkan kelewatannya pulang. Kembang kempis jugalah hidung Ayuna kalau dia tidak tahu di mana Nadeem. Mahunya kena pelangkung dengan Hajah Aliyah. Mulalah umi mertua dia nak buka hikayat.
“Iyalah. Risau jugak umi. Dahlah. Umi turun bawah dulu. Kejap lagi walid dah nak sampai,” Ayuna angguk.
Laju Hajah Aliyah menuruni anak tangga. Ayuna menyambung langkah ke bilik.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Ayuna pantas mendapatkan buku notanya di atas belajar. Pen yang sedia dikepil di hujung buku dia tarik. Dia duduk di kerusi.
“Maaf, Madam Asus. Nana nak tulis dalam buku dulu tau. Malam nanti, kita berchenta ya…” Asus yang tertutup diusap Ayuna lembut.
Takut pula si Madam Asus merajuk. Tsk. Ayuna… Ayuna.
Patutlah Nadeem selalu mengusik puan isteri tak cukup umur. Kalau boleh, semua benda dalam bilik ni… Ayuna nak jadikan kawan. Setiap satu benda diberi nama dan dijadikan teman berbual. Dah macam orang tak betul pun ada.
Madam Note, let’s sharing and loving,” Mata pen mula berlari di helaian nota.
Mode : Hujan
Hujan umpama plaster. Membalut kesedihan kelukaan. Membalut kegembiraan. Bak kata Umira, Hujan mampu bersedih, mampu bergembira. Sekarang… Madam Nana sedang gembira. Hujan, kau selimutlah Madam Nana dengan kesejukan gembira. Sebagai tanda kau turut berkongsi rasa. Terima kasih, Hujan. - via Madam Nana.
*****
Walid pandang umi. Umi pandang walid. Keduanya saling bertukar isyarat. Hendak bersuara, anak menantu ada bersama. Sudahnya, walid mengalah. Entah apalah yang hendak mereka bincangkan dengan Nadeem dan Ayuna. Umi senyum. Tidak perlulah dia mengeluarkan suara.
“Nadeem, walid dengan umi nak bincang sikit…” Beku benar suara Haji Azman. Bukannya apa, dia tidak bersedia sebenarnya.
Nadeem yang kusyuk menonton berita di TV toleh ke belakang.
“Bincang apa, walid?”
Ayuna turut sama pandang walid dan umi.
“Errr… sebenarnya…” Haih, tidak lepas pula Haji Azman mahu berbicara. Seperti ada sesuatu yang menghalang. Kekok.
Hajah Aliyah bersabung pandang dengan Ayuna. Ayuna buat muka blur. Kening dia terangkat sedikit. Hajah Aliyah jongket bahu.
“Aik, sejak bila walid gagap pulak ni? Selalunya elok aje walid bincang,” kata Nadeem, pelik.
“Bukan. Hmmm… sepupu walid, Ehsan. Nadeem ingat tak Uncle Ehsan?” tanya Haji Azman sebagai pembuka perbincangan.
“Kenal rasanya. Uncle Ehsan yang ada bisnes kereta tu kan?” Haji Azman angguk laju.
Ayuna kembali pandang televisyen apabila perkara yang ingin dibincangkan itu seperti tidak berkaitan dengannya.
“Ha’ah. Uncle Ehsan call walid. Kalau boleh, anak Uncle Ehsan nak stay rumah kita. Tapi, Nadeem tahulah kan. Selain keluarga terdekat kita, tak ada yang tahu pasal Nadeem dan Nana. Jadi…” Haji Azman telan liur kasar.
“Jadi?”
“Boleh tak, buat sementara waktu… Nadeem dengan Nana tinggal di bilik berasingan?” Oh, soal itu rupanya.
“Anak Uncle Ehsan tu lelaki ke perempuan, walid?”
“Perempuan,” celah Hajah Aliyah.
Nadeem terangguk-angguk.
Ayuna cuit bahu Nadeem. Encik suami angkat kening.
“Awak, perempuanlah. Dengar tak?” Terus membulat mata Nadeem. Erk.
Haji Azman dan Hajah Aliyah ketawa. Berangan apalah si Nadeem ni. Agaknya sebutan perempuan dibaca mindanya sebagai lelaki kot.
“Lah, Nadeem kan lelaki. Kenapa pulak anak Uncle Ehsan nak stay sini? Kan tak elok, walid, umi,” bantah Nadeem dalam kelembutan.
“Uncle Ehsan percayakan walid dan umi untuk jaga anak dia buat sementara waktu. Kalau dia tahu hubungan Nadeem dengan Nana, okeylah,” ujar Haji Azman.
“Apa susahnya, bagitahu ajelah. Lagipun, Uncle Ehsan tu sepupu walid kan,” Nadeem jadi tidak selesa pula.
“Haish, dah kata nak rahsiakan relationship kamu berdua. Anak Uncle Ehsan tu bakal pelajar di tempat yang sama dengan kamu,” Serentak Nadeem dan Ayuna saling berpandangan.
Terkejut.
Jika begitu, memang lamalah anak Uncle Ehsan di sini.
*****
Masuk sahaja ke dalam bilik, terus Nadeem humban tubuh ke katil. Ayuna? Tenung suami dia dengan muka pelik. Nadeem senyum saja. Penat ke hulu ke hilir hari ni.
“Awak, macam mana kalau saya pindah balik rumah abah ibu aje? Kan senang gitu,” cadang Ayuna.
Dia duduk di birai. Bibir dimuncungkan. Tabiat ketika sedang gelisah.
“Boleh ke?” Erk. Lipat maut Ayuna paling ke belakang. Nasib baik tak tercabut urat leher. Heh.
“Nak ke… duduk asing-asing?” tanya Ayuna kembali. Nadeem tenung syiling. Mata di sebalik cermin mata bingkai hitam itu meliar ke sekeliling syiling.
“Macam mana kalau anony tu pikat saya? Rela ke?” Ayuna ketap bibir. Luku kepala baru ketahuan.
“Hmmm… rasanya kalau… Encik Nadeem Aliff ni tak meroyan menggatal, boleh aje kot tinggal asing-asing,” Ayuna bersuara keras.
Nadeem gelak.
“Percaya saya tak?”
“Gila tak percaya. Habis percayalah ni cadangkan nak tinggal asing-asing,” balas Ayuna sambil mencapai telefon bimbit di atas meja sisi.
“Dari tadi lagi asyik tinggal asing-asing. Sungguh ni nak pindah balik rumah abah?” Ayuna angguk.
Nadeem bingkas duduk. Lama dia tenung Ayuna yang kusyuk melayan Twitter itu.
“Kenapa?” soal Ayuna tanpa berpaling.
“Kalau rindu?”
Ayuna angkat kepala. Dia pandang Nadeem. Mata mereka bersabung.
“Facebook ada. Twitter ada. Nak paling dekat… Whatsapp pun ada. Paling dekat lagi… kita kan satu kelas,” Jawapan paling rasional rasanya yang Ayuna pernah cakap.
Apa lagi, sememehlah raut si Nadeem tu.
Buruk benar tengoknya. Siapa yang jatuh cinta dulu ni? Si Ayuna yang approach Nadeem dulu pun tak adalah nak ambil serius soal tinggal berasingan.
“Eloklah tu bagi jawapan macam tu kat suami?”
“Tak cakap pun elok. Tapi betullah. Takkanlah nak tinggal sekali. Buatnya anony tu satu kuliah pulak dengan kita… tak ke naya. Dah alasan apa pulak nak bagi, saya stay kat sini?” Nadeem kembali berbaring.
Betul juga apa yang dicakapkan oleh Ayuna itu.
“Ish, tak jauh ke rumah abah nak pergi kelas nanti?” Soalan lagi.
Harapan puan isteri tarik balik cadangan tu. Harapan tinggal harapan sajalah apabila…
“Sebelum kahwin boleh pulak ya saya pergi kelas dari rumah abah? Maknanya tak ada masalah tu. I can drive what…” Ayuna letak kembali telefon bimbitnya di meja sisi.
Dia duduk bersila, menghadap Nadeem yang berbaring itu.
“Sesekali nak jugaklah rasa erti rindu…”
“Rindu? Bukan hari-hari ke awak mengadu rindu kat saya?” Ahah, kantoi. Ayuna buat muka selamba.
Cover sikitlah. Malu.
“Iyalah. Rindu bila duduk berasingan ni lainlah, awak. Bolehlah. Haih, awak yang berat hati nak biar saya balik rumah abah kan. Kan kan kan,” Alamak. Nadeem tarik selimut, tutup muka.
Termalu sendiri.
“Mana ada…” Tak mengakulah pula.
“Tak apa. I’ll let you go this time, encik suami. Lain kali kalau tertangkap gini lagi, siaplah awak. Jangan kata saya tak warning eh,” Ayuna turun dari katil.
Dia melangkah ke bilik air. Cuci muka. Gosok gigi. Berwudhuk. Rutin setiap malam sebelum tidur yang kerap kali Nadeem ingatkan. Sekarang ni dah melekat bak gam gajah di kepala Ayuna. Bagus Nadeem trained isteri dia. Thumbs up.


p/s : Habis kisah Nadeem Ayuna malam ni. Skrip dan story hanya santai. Tak pening kepala otak nak create story pasal budak berdua ni. macam yang CIA taipkan(sebab tak cakap) dulu, NADEEM AYUNA ada bila CIA rasa nak buat cerita depa. Hehe. SELAMAT MEMBACA! :D. bolehkah Ayuna tinggal berasingan dengan Nadeem? Entahlah. Peace.

6 comments: