Thursday, 21 August 2014

Cerpen : Pearl Raya

Assalamualaikum… Hye!

Pearl Raya ni just santai-santai ja. Mood raya dalam sibuk melayan tetamu. Hehehe. Ada cerita yang agak tergantung. Tapi… CIA akan buat sambungan. InshaaAllah. Kalau nak info apa-apa, please lawat twitter CIA tau. Kalau nak taulah. If nak tau pasal latest cerpen or enovel boleh tengok yang CIA letak hashtag #thetalkingCIA. Dialog pendek pun ada. :D. lewat malam sikit baru CIA update cerpen siri, NADEEM AYUNA. Peace. SELAMAT MEMBACA! :D. Tak terlambat lagi. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. hihi


“TIA…” Mutia mendongak. Senyuman senget terulas di bibirnya. Kenapa? Padanya, si pemanggil seolah-olah sedang mengejeknya.
“Kau buat apa datang sini?” soal Mutia, langsung tiada nada mesra pada suaranya. Masih terkilan akan perbuatan si sahabat.
“Sebab aku rindukan kau, Tia,” balas Soffi lembut.
Mutia senyum sinis.
“Buat apa kau nak rindukan aku? Kau sendiri tahu yang aku ni pembunuh, gila… apa lagi? Kau tak layak jadi kawan aku, Soffi,” tukas Mutia.
Soffi ketap bibir.
“Aku tak pernah fikir macam tu, Tia. Kau kawan aku dunia akhirat. Kenapa aku di sini? Hanya satu sebab aje, Tia. Kau tu tanggungjawab aku. Aku penjaga kau…” Mutia gelak nipis.
Sudah tua sebegini pun masih memerlukan penjaga. Agaknya sampai ke tua kerepotlah dia perlu menghadap Soffi. Dia bukanlah membenci Soffi, cuma dia gagal mengawal amarah apabila teringatkan Soffi yang bersekongkol dengan Fariz. Soffi yang dulunya selalu menyokong segala tindakan, kini sudah berubah.
“Baliklah, Soffi. Aku bahagia kat sini. Tak payahlah korang semua nak risaukan aku. Tinggalkan aku sendiri,” Mutia berkata tanpa nada.
“Tapi, Tia…”
“Sudahlah, aku penat. Pergilah balik. Kalau boleh, jangan datang sini lagi. Aku benci!” Soffi hanya mampu memandang Mutia beredar dari bilik tetamu.
Terbit perasaan kesal di benak hatinya. Dia gagal menjalankan amanah yang diberikan arwah papa Mutia padanya dulu. Namun, dia pasti suatu hari nanti… Mutia akan mencarinya juga. Dan… dia akan menunggu saat itu tiba. Hanya Mutia sahabat dunia akhirat dia.

BMW M3 SPORT yang dipandu diberhentikan tidak jauh dari pagar sebuah sekolah rendah. Fariz keluar dari keretanya dan bersandar sambil memeluk tubuh di sisi kereta. Jam tangan di pergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Sekejap lagi muncullah Chiya memandangkan waktu persekolahan sudah pun tamat.
Daddy!”
Chiya berlari anak mendapatkan Fariz. Kanak-kanak lain turut mendapatkan waris masing-masing yang sedia menunggu.
“Masuk dalam dulu, panas ni,” Pintu di tempat duduk penumpang dibuka Fariz. Chiya pantas meloloskan diri ke dalam kereta.
Fariz turut masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta sebelum menarik tali pinggang keledar untuk Chiya.
How was your day, sayang?” soal Fariz sambil memasukkan gear dan meninggalkan kawasan sekolah.
Great, daddy. Tapi, Chiya lapar…” Manja suara Chiya mengadu. Fariz tergelak.
Hari ini adalah pengalaman pertama Chiya berpuasa. Sudah tentu anak perempuannya itu masih belum biasa. Kebiasaannya waktu sebegini, Chiya sedang enak menjamu selera. Sengaja Fariz dan Adelin mahu mengajar Chiya agar berpuasa supaya anak itu terbiasa dengan amalan itu.
Fariz usap kepala Chiya perlahan.
“Dah separuh harilah. Tahan eh, sayang,” Chiya menjuihkan bibir. Tangannya menekan perut, tanda dia sememangnya lapar.
Padahal dia bersahur bersama daddy dan mummynya awal pagi tadi.
I’ll try, daddy…”
Good girl,” puji Fariz. Sesekali dia melirik pandangan ke arah Chiya di sebelah. Comel sahaja wajah kusut itu.

SAMPAI sahaja di rumah, Chiya terus naik ke biliknya. Mahu merehatkan diri katanya pada Fariz tadi.
“Amboi, melulu aje jalan. Kenapa tu?” tanya Adelin pada Fariz yang sedang menutup pintu. Fariz menghampiri Adelin di ruang tamu, sedang menyuap Rania nasi.
“Nak rehat, penat puasa,” jawab Fariz bersahaja. Adelin gelak. Sudah diagak akan hal itu. Sememeh sahaja wajah Chiya ketika masuk ke dalam rumah tadi.
Selalunya, kanak-kanak itu akan bermain dengan adik-adiknya dahulu sebelum membersihkan diri setelah penat pulang dari sekolah.
Supposedly, kita ajar Chiya puasa awal lagi. Tak adalah teruk macam ni,” kata Adelin.
“Lama-lama nanti, biasalah tu. Kejap lagi mummy pergi jenguk Chiya kat atas. Daddy risau dia collapse pulak kat bilik tu,” balas Fariz sambil mengusik Rayqal yang sibuk bermain dengan toys dia.
“Apa pulak collapsenya? Chiya manalah ada gastrik. Daddy sambung suap Nia, mummy naik atas kejap,” Fariz gelak nipis.
Adelin tampar belakang Fariz, tahu suaminya itu sedang mengujinya.
“Apa ni, pukul suami. Tak baik tahu,” Adelin buat muka.
Teasing isteri pasal anak boleh pulak,” Kuat Fariz gelak kali ini. Nampak sangatlah Adelin turut risaukan Chiya.
“Gurau ajelah, sayang. She will be okay…”
Adelin pantas sahaja mendaki anak tangga ke bilik Chiya. Suara esakan menarik perhatian Adelin yang baru tiba di hadapan bilik Chiya. Ditolak daun pintu bilik perlahan. Chiya sedang menekup muka ke bantal. Bahunya juga terhenjut-henjut. Terangkat kening Adelin. Kenapa Chiya menangis?
“Chiya…”
Punggung dilabuhkan di katil bujang Chiya. Pakaian sekolah masih lengkap ditubuh anak perempuannya itu.
“Sayang mummy, kenapa ni? Tell me,” Tubuh Chiya ditarik Adelin perlahan agar menghadapnya. Wajah Chiya kemerahan dek menangis. “Daddy buli Chiya ya?” soal Adelin lagi.
Fariz bukannya boleh dipercaya sangat. Manalah tahu suaminya ada mengguris hati Chiya tanpa sedar. Sesekali pernah juga Fariz melayan Chiya seakan sedang menghadapi penjenayah. Banyak kali jugalah Adelin perlu menegur Fariz akan sikap yang berlaku tanpa sedar itu.
Mummy, I’m hungry,” adu Chiya dengan suara seraknya. Adelin membawa Chiya ke dalam pelukannya. Alahai, kesiannya. Lapar rupanya si manja dia ini.
Mummy ingat Chiya dah besar, dah boleh puasa. Rupanya si kecil manja mummy lagi ya. Jom… mummy mandikan dulu manja mummy ni. Lepas tu, baru boleh makan,” Diusap lembut pipi Chiya yang penuh dengan air mata itu.
Kuat berdrama juga si Chiya ni pun. Tadi dengan si daddy, tak beraninya nak mengadu manja sebegini.

BERSELERA benar Chiya makan nasi. Fariz hanya menggelengkan kepala. Ketika dia bertanya tadi, hendak mencuba. Dia bukannya kejam sangat sampai tidak tahu Chiya tidak mampu berpuasa seharian.
“Sedap tak?” tanya Fariz.
“Sedaplah, daddy. Tapi, daddy tak boleh makan. Daddy kan puasa,” Pandai pun Chiya.
“Iya. Daddy tak nak makan pun…” Kepala Chiya diusap. Ceria kembali wajah comel itu. Kalau macam ni, alamatnya Chiya berpuasa setengah hari sajalah. Sebagai permulaan latihan.
Adelin menuangkan susu ke dalam gelas dan diletakkan di atas meja. Terus sahaja disambar Chiya.
“Amboi, makan tu elok-elok… nanti tercekik pulak, Chiya sayang,” Adelin duduk di kerusi di sebelah Chiya.
Rania dan Rayqal dah selamat berdengkur di ruang tamu. Penat bermain. Bagilag peluang pada si kakak yang penat di sekolah bermanja dengan daddy dan mummy pula.
“Mummy, sebelum daddy lupa. Minggu depan, office ada buat majlis berbuka puasa tahu. Kosongkan jadual ya,” Adelin angkat kening.
“Apa pulak mummy. Daddy tu yang kena kosongkan jadual. Mummy ada aje kat rumah ni, daddy tu sibuk mengalahkan menteri,” Fariz buat muka.
“Haip. No arguing, Chiya don’t like…” Fariz dan Adelin ketawa serentak.
Pantang sungguh puteri sulung mereka ni.
“Okey… okey. Kita sweet-sweet kan, mummy. Tak gaduh pun,” Chiya senyum comel. Seronok dapat mengenakan daddy dan mummynya.
“Betul tu. Mana ada gaduhlah, sayang. Mummy kan sayang daddy,” Lembut Adelin berkata.
Chiya naikkan ibu jarinya; bagus.
Haih, macam-macamlah si Chiya ni. Nasib baik Fariz dan Adelin sudah terbiasa akan perangai Chiya itu.
“Hmmm… daddy pun sayang mummy jugak,” Dua thumbs up terangkat. Sakan Chiya ketawa, suka.
Daddy mummy? Iyakan sajalah. Budak kecil kan. Isk. Adik-adik Chiya tak adalah pula perangai nakal sebegini.
Rania, sopan budaknya. Tak pandai nak melawan, diam saja. Rayqal, sesekali inginkan perhatian biasalah. Dia masih bayi lagi. Namun, Chiya juga boleh diberi kepercayaan untuk menjaga adik-adiknya. Janganlah sesiapa berani mengusik Rania dan Rayqal sesuka hati. Kena berhadapan dengan kakak dulu. Chiya… Chiya. Buah hati pengarang jantung pertama Fariz dan Adelin.

PINTU bilik unit forensik terbuka luas. Seorang doktor lelaki separuh umur menanggalkan face masknya. Fariz dan Hadi saling berpandangan.
“Confirm. From the diagnosis, our second test… he’s died because of over drug,” maklum Dr Taufiq.
“Macam mana boleh silap? First test; confirm that he’s died because of sleeping pills overdose,” Dr Taufiq menggeleng.
“Pihak kami pun keliru, Ian. Hari yang sama mayat mangsa dihantar, satu hospital kecoh dengan kes seorang patient hilang kawalan. Jadi, agak kelam kabut keadaan masa tu. Apa yang pasti, salah seorang staf yang bertugas di bilik mayat malam tu… hilang,” Hadi mendecit.
Fariz kepal penumbuk.
“Dah agak dah. Kau call Luth. Kita meeting esok,” suruh Fariz, bernada tenang. Hadi mengeluarkan telefon bimbitnya dan pantas menghubungi Lutfil.
“Ian, kamu pasti ke ni kerja Hafiy?” soal Dr Taufiq.
Fariz pandang Dr Taufiq. Eh, sudah kenapa Dr Taufiq menyangka dia menuduh Hafiy? Rasanya, dia mahupun Hadi tak ada pula menyebut nama Hafiy dalam perbincangan mereka. Pelik.
“Entahlah, uncle. Malam tu, Hafiy yang handle kes ni. Dia jugak yang bertanggungjawab failkan kes arwah. Uncle tak rasa pelik ke?” Sekadar mahu memancing Dr Taufiq sahaja.
“Uncle pun tak pasti. Dia elok aje masa jumpa uncle semalam. Tak ada yang pelik. Cuma…” Dr Taufiq berjeda.
“Cuma apa?” sampuk Hadi yang baru selesai berhubung dengan Lutfil.
“Menurut aunty, Hafiy kerap mengigau semalam. Asyik sebut nama arwah Emelis…” Terbit keluhan di bibir Dr Taufiq.
“Tak apalah, uncle. Banyakkan bersabar. Kami akan siasat kes ni. Hafiy dah tak handle kes ni lagi. Harap uncle call saya atau Hadi kalau ada apa-apa yang uncle tahu,” pesan Fariz.
Hadi angguk, setuju dengan Fariz.
“Iyalah. Kamu pergilah masuk dalam. Uncle minta diri dulu. Kalau perlukan apa-apa, minta aje pada jururawat kat dalam tu,” kata Dr Taufiq lantas berlalu keluar dari unit forensik.
Fariz hela nafas berat.
“Aku tak yakinlah dengan uncle Taufiq, Ian. Hafiy anak dia, takkanlah dia nak babitkan satu-satunya anak tunggal dia kan,” luah Hadi.
“Itu yang aku fikir, Di. Luth macam mana? Dia okey tak?”
“Dia okey. Tapi, sebelah malamlah. Siang dia sibuk kat office,” jawab Hadi sambil menilik report kesihatan arwah Emelis.
Emelis, seorang gadis kecil molek yang disahkan mati dua hari lepas. Atas sebab-sebab tertentu, mayat masih tidak dibenarkan dibawa pulang oleh ahli keluarga.
“Asalkan boleh discuss, dah okey. Kita jumpa lepas terawihlah,” putus Fariz.
“Hah, elok jugak tu. Nanti aku inform Luth balik. Jomlah masuk. Bismillah,” Fariz ketawa lepas.
Hadi jeling Fariz sambil tunjuk penumbuk sulung dia tu.
“Apada. Berzaman handle kes bunuh, tengok mayat pun… penakut lagi,” sakat Fariz.
“Oih, aku budak marin okey. Bukan macam kau. Tak pasal-pasal, kes kau… aku yang banyak involves. Terencat punya kawan,” balas Hadi, geram.
Dalam dok bergurau, kaki mereka tetap melangkah masuk ke dalam bilik di mana mayat Emelis berada.

ADELIN meletakkan mug berisi hot chocolate di atas meja kopi. Dia duduk di sebelah Fariz yang kusyuk menonton televisyen. Anak-anak awal lagi dah tidur.
“Awak kusyuk layan drama ke awak mengelamun, cik abang?” tegur Adelin.
Fariz diam.
Adelin melayangkan tangan di hadapan Fariz. Tiada reaksi. Hmmm, mengelamun rupanya. Fikir masalah apalah agaknya encik suami ni? Selalunya kalau Inche Inspector ni mengelamun, satu sebab saja. Kes!
“Oh abang, awak teringat kat siapa? Ada policewomen yang comel-comel dari saya ke kat office tu?” Perut Fariz dicuit.
Barulah Fariz tersedar.
“Hah. Apa, sayang?” Adelin ketap bibir perlahan.
“Itulah, mengelamun lagi. Berat sangat ke kes awak tu?” Fariz senyum nipis.
“Taklah. Kes macam selalulah. Cumanya, kes kali ni libatkan Inspektor Hafiy…” Jelas Fariz, tidak mahu si isteri berfikir yang bukan-bukan.
“Iya? Oh, ni mesti kes arwah Emelis kan?” Fariz angguk, lambat-lambat.
“Elok nak settle, ada lagi yang masuk. Tadi pun mayat kena buat second test. Esok kot baru ahli keluarga boleh tuntut mayat,” beritahu Fariz.
Adelin terangguk-angguk.
“Lambatnya prosedur. Kesianlah kat mayat tu. Tapi, kenapa pulak Inspektor Hafiy terlibat? Dia ada hubungan dengan arwah Emelis ke?”
“Entahlah, sayang. Uncle Taufiq bagitahu, Hafiy macam lain sikitlah sejak semalam. Nak soal siasat Hafiy, takut tersalah pulak. Jatuh hukum fitnah nanti,” balas Fariz sebelum menyisip hot chocolate.
“Tak cuba tanya Luth? Luth kan selalu contact Hafiy…”
“Esok malam, lepas terawih baru meeting. Daddy, Hadi dengan Luth sekali,” Adelin cebik.
“Iyalah. Awak bertiga kan tak boleh dipisahkan. Sanggup Hadi tinggal pasukan marin dia tu sebab nak join awak. Nasib baiklah Luth tak ikut sama, setia dengan company dia tu,” Fariz tarik hidung Adelin.
Apa lagi, pipi si Farizlah jadi mangsa pula. Puan isteri ni pun ganas tahu.
“Adalah tu nak perli kita, kan. Awak kan ada nak tolong papa,” Erk. Eloklah tu. Kasi menantu yang take over syarikat.
“Eh, awak tu anak papa. Plus, awak kan anak lelaki tunggal papa. Haih,” Sempat lagi Adelin mengusik encik suami kesayangan dia ni.
“Adelin Annisa…”
Hidung Adelin dilepaskan.
“Okey… okey. I’ll stop teasing you, abang. Whatever it is, I will help you. Tak kiralah apa pun. Ingat ya, Inche Inspector,” Lebar senyuman Fariz. Nah, itu yang dia nak dengar.
“Ya, ingat. Nasib baiklah ada bini yang sweet ni, dapatlah encik suami fokus kat kerja dia. Sayang puan isteri overload,” Amboi, sayang dia.
Adelin gelak.
“Wah, confession yang julung-julung kali berlaku ni. Nak rakam boleh?” Seloroh Adelin.
Fariz berdecit.
“Suka hati. Hah, nanti tolong abang boleh?”
“Tolong apa?” Jemari Adelin bermain di dagu Fariz yang sudah muncul bulu-bulu nipis. Sibuk sangat sampai tak sempat nak bercukur.
“Godam komputer kat unit forensik. Please,” Membulat mata Adelin dibuatnya. Dah kenapa dia nak godam?
“Kenapa pulak?” Ada ke patut suami ajar isteri buat kerja jahat. Haish.
“Sayang ni, bukannya nak suruh godam sebab nak buat jahat. I need to confirm something. Tolonglah,” Fariz buat muka comel. Tak comel mana pun sebenarnya. Handsome.
“Tengoklah macam mana…”
“Apa pulak tengok? Jomlah,” Adelin kerut dahi. Sekarang? Encik suami dia ni kan. Workaholic tahap gaban dah ni. Melampau.
“Sekarang?” Fariz angguk laju.
Mahu tidak mahu, Adelin menurut saja. Dia bangkit.
“Nak pergi mana?” tanya Fariz.
“Naik ataslah. Nak godam pakai apa? Laptop saya ada kat bilik kerja,” Sepantas kilat Fariz turut bangkit. Dia menutup siaran televisyen.
Mereka beriringan naik ke bilik kerja.

FARIZ, Hadi dan Lutfil berdiri tidak jauh dari tempat pengkebumian arwah Emelis. Turut bersama mereka adalah Hafiy. Sedari mereka tiba di tanah perkuburan itu, Hafiy langsung tiada reaksi. Disebabkan itulah, tiga sekawan itu semakin pelik. Jika Hafiy dan arwah Emelis tidak mempunyai apa-apa hubungan, mengapa lelaki itu bersikap sedemikian.
“Fiy, kau kenal ke dengan arwah?” tanya Fariz, memecah kesunyian.
Hafiy yang kusyuk melihat proses pengkebumian menoleh ke sisi kanannya. Ketiga-tiga sahabat baik itu sedang memandangnya, menanti jawapan.
“Taklah. Kenapa?”
“Habis tu, kau emo semacam aje dah kenapa? Macam ada apa-apa aje,” serkap Hadi. Hafiy beriak biasa. Kosong.
“Kalau aku bagitahu pun korang takkan percaya. Dahlah, aku balik dulu. Pasal kes tu, aku dah minta izin Tuan Riz nak involve balik. Apa-apa hal, kasi tahu aku,” Tanpa nada Hafiy berkata. Setelah itu, dia berlalu meninggalkan kawasan tanah perkuburan.
“Apa yang kita takkan percaya?” soal Lutfil.
Fariz dan Hadi jongket bahu serentak.
Mendalam jugalah kata-kata Hafiy itu. Entah apalah yang Hafiy rahsiakan. Penjelasan Dr Taufiq tempoh hari tentang Hafiy pun agak mengelirukan. Kenapa pula Hafiy sampai boleh mengigau tentang arwah Emelis?

RAMADHAN semakin ke penghujungnya. Baru kini, Tan Sri Lutfi sempat mengadakan majlis berbuka puasa di banglonya. Turut hadir, Datuk Dani sekeluarga, juga Hadi dan keluarganya. Meriah jugalah kerana banyak cerita yang mereka kongsikan. Anak-anak tiga sekawan itu yang meriuhkan majlis mereka sebenarnya.
Selepas selesai berterawih, mereka berkumpul di halaman banglo Tan Sri Lutfi. Sekadar menghabiskan sisa malam.
“Fariz dengan Adel raya mana tahun ni?” tanya Datuk Dani.
“Insha Allah, kami balik Kedah. Tahun lepas giliran saya, tahun ni giliran Adelin pulaklah. Karang merajuk pulak tak dapat beraya dengan keluarga dia,” Adelin cuit bahu Fariz di sebelahnya.
Bukan main lagi ya encik suami usik puan isteri.
“Eloklah tu. Berubah angin. Samalah Fi dengan Ayyana pun. Beraya di kampung jugak tahun ni…” Sedih saja nada Datin Vee.
“Eh, mama. Bukan papa dengan mama pun balik sekali beraya kat kampung ke? Atau… nak cancelkan?” Ayyana bersuara. Keningnya diangkat berulang kali.
“Sajalah nak usik anak menantu kita ni,” balas Datin Vee sambil ketawa.
“Seronoklah awak berdua, Vee. Dapat jugak merasa beraya di kampung. Bolehlah berkongsi meriah beraya,” celah Puan Sri Zana.
“Betul tu. Kami ni tak bolehlah nak ikut Fariz dengan Adel balik kampung. Anak-anak yang lain pulak nak beraya di sini. At least, meriahlah jugak,” kata Tan Sri Lutfi pula.
Sementara mereka berbual di meja yang sengaja disediakan di halaman, Lutfil dan Hadi pula terpaksa menjadi pengasuh anak-anak. Maklumlah, buas-buas belaka. Anak lelaki Lutfil dan Ayyana, Aqeef yang belum pun cecah satu tahun itu pun bukan main seronok lagi tengok bunga api. Ketawa dia saja sudah kuat. Apatah lagi yang lain.
“Fariz cuti panjang ke raya ni?”
“Seminggu aje, uncle. Itupun sehari sebelum raya ada urusan dengan IPD sana. Terpaksalah settlekan dulu kes nak beraya sakan pun…”
“Adel?”
“Nasib badan, aunty. Kita suri rumah okey aje. Jangan lupa esok tu raya sudahlah. Tak pasal aje kena hantar kuih muih pergi office,” Sempat lagi Adelin ni.
Giliran Fariz pula kasi senyum maut. ‘Backhand nak?’. Puan isteri senyum sinis sekali, habislah encik suami. ‘Silakan. Balik LA, cari Carl.’ Hek, mengada sungguh daddy mummy ni.
“Insha Allah, tak lupa…”
Ayyana dan Syifa, isteri Hadi hanya senyum. Mereka pun senasib juga. Suami masing-masing pun adakalanya sibuk semedang.
Ini hah, kes arwah Emelis masih belum selesai. Ditambah pula, petunjuk baru yang djumpai oleh tiga sekawan itu. Hmmm, tak senang hatilah para isteri. Nak kata apa lagi? Sudah itu yang mereka perlu tempuh apabila memilih seorang anggota polis dan seangkatan dengannya sebagai suami atau isteri. Bersabar sajalah.

“EMELIS!” Jerit satu suara memanggil seorang gadis kecil molek yang sedang berjalan lenggok di kaki lima deretan kedai.
Emelis berpaling. Senyum.
Si pemanggil mendekat.
“Awak buat apa kat sini, Lis?” tanya suara garau itu. Emelis senyum lagi. Dia ambil sehelai kertas, lalu mencoret sesuatu pada kertas itu.
Lalu diberikan pada insan di hadapannya.
“Awak tolong saya. Saya sakit. Awak mahu kan tolong saya? Cari pembunuh saya, awak,” Baca suara itu.
Dia mendongak. Emelis hilang!
“Emelis!” Jerit suara itu lagi. Matanya meliar mencari susuk gadis itu. Namun hampa. Tiada seorang pun yang berada di situ.
Tiba-tiba, suasana menjadi gelap. Dia dapat mendengar suara bisikan. Ugh! Dia pening. Kepalanya sakit.
“Hafiy…” Panggil satu suara lain. Lelaki. “… Hafiy,” Namanya diseru lagi.
Dia dipanggil lagi. Lagi. Dan… lagi.
“AllahuAkbar…”
Fariz dan Hadi hela nafas berat. Lega.
“Apalah yang dia mimpi ni…” kata Lutfil yang berdiri berdekatan dengan white board. Dia memerhatikan tulisan tangan yang tercoret di papan putih itu.
Pasti Hafiy yang menulisnya memandangkan mereka bertiga menemui Hafiy sedang elok terbaring di sofa pejabatnya.
“Korang buat apa kat sini?” soal Hafiy sambil menggosok matanya yang pedih.
Dia bangkit duduk.
“Kami ada hal cari kau. Alih-alih tengok kau elok tidur kat sini. Apa hal?” Hadi bersandar di sisi meja.
Fariz pula duduk di sisi Hafiy.
“Hal apa?”
“Kau memang ada kaitan dengan arwah Emelis, kan? Baik kau terus terang sebelum kami sendiri yang siasat,” ugut Lutfil.
Hafiy mendengus.
“Tak payah. Biar aku sendiri yang uruskan. Korang tak payah ambil tahu. Lagipun, Tuan Riz dah arahkan aku untuk settlekan kes ni,” balas Hafiy. Bernada keras.
“Huh, jangan tipulah. Kau memang perlukan kami, tuan inspektor. Kalau betul kau tak ada kaitan dengan arwah, kenapa kau meracau sebut nama dia? Jangan harap kami lepaskan kau selagi kau sembunyikan perkara sebenar,” Jika Hafiy berkeras, Fariz juga boleh.
Lutfil dan Hadi terangguk-angguk, menyetujui kata-kata Fariz.
Hafiy lepaskan keluhan berat.
“Korang memang tak reti serik, kan? Apa yang korang nak tahu?” Ketiga-tiga mereka senyum nipis.
“Apa kaitan arwah Emelis dengan ayah kau, Dr Taufiq? Rasanya kau pun dah tahu kan? Be frank, we won’t harm you. Otherwise, we will investigate this case with our way. Kau tahukan macam mana kami bekerja?”
Hafiy angguk.
Seluruh unit sudah sedia maklum kecekapan tiga sekawan ini menguruskan kes. Susah mana pun kes yang mereka uruskan, pasti akan temu jalan penyelesaian. Cuma, lambat atau cepat sahaja. Dan, kes kali ni… nampaknya sejak awal lagi ketiga-tiganya sudah mengesyaki Dr Taufiq, ayah Hafiy.
“Arwah rapat dengan ayah aku masa dia internship kat hospital ayah aku. Tapi, tak lama lepas tu ayah aku terjatuh hati dengan dia. Dia orang berhubungan sulit. Lepas aje mummy aku tahu, ayah aku berhenti jumpa arwah. Itu aje yang aku tahu. Selainnya, korang siasatlah sendiri,” cerita Hafiy. Dan, semestinya…
“Kau bohong. Seorang pegawai polis macam kau pun ada kan? Mana sifat keadilan kau, Inspektor Hafiy? Setahu aku, seorang pegawai polis yang baik takkan memutar belit cerita demi kepentingan diri sendiri. Kau tuduh ayah kau sendiri, Hafiy. Ayah kau,” bidas Lutfil. Geram pula hati dia ni.
“Sampai bila kau nak menipu? Yes. Your father… for the first time he lied to us because he wants to hide your mistakes. Then, he comes to us. Semua maklumat yang dia berikan untuk kali kedua, salah! Kenapa? Sebab kau ugut ayah kau sendiri kan?” tegas Hadi bersuara.
“Wake up, Hafiy. Selamanya kau takkan hidup tenang selagi kau sembunyikan hal yang sebenar. Kau tak kesian ke pada ahli keluarga arwah Emelis? Takkanlah sebab dia tak layan kau sekali, kau dah gila macam ni. Come on. Banyak lagi perempuan yang tergilakan kau…” Angin jugalah si Fariz dibuatnya.
Buat salah, tak berani mengaku. Rela lagi si ayah yang semakin tua menanggung kesalahan si anak.
“Korang tak tahu apa-apa, bolehlah korang back up orang tua tu. Dahlah, keluar,” Hafiy bangkit dari sofa. Dia melangkah ke pintu bilik pejabatnya. Mahu tiga sekawan itu beredar.
Namun, lain yang jadi. Dua orang yang berpangkat koperal sedia menunggu di muka pintu.
“Maafkan kami, Inspektor Hafiy. Awak ditangkap atas kesalahan membunuh seorang doktor dan juga kesalahan cubaan merogol,” Fariz menunjukkan sehelai kertas. Waran tangkap.
Bukan main terkejut lagi riak wajah Hafiy ketika itu. Tidak menyangka semudah tu dia ditangkap.
Tanpa banyak soal, dua orang koperal itu membawa Hafiy ke bilik perbicaraan. Tugas Fariz dan anak-anak buahnya untuk menyoal siasat Hafiy.
Fariz, Hadi dan Lutfil saling berbalas pandangan. Terbit senyum sinis di bibir mereka. Lutfil dengan pantas memadam segala hasil siasatan yang tertulis di papan putih. Sementara itu, Fariz dan Hadi pula menyelongkar meja Hafiy. Keadilan tidak akan pernah salah. Hafiy hanya sebagai scapegoat mereka sahaja.

SEKEJAP rasanya masa berlalu. Takbir raya sudah kedengaran di siaran-siaran televisyen juga di corong-corong radio. Sama ada di bandar atau kampung, sama sahaja keriuahannya apabila mercun menjadi orang tengahnya. Bising bukan main lagi. Jangan sampai tercedera sudahlah.
“Abang…” Adelin mencuit bahu Fariz yang sedang duduk di pangkin. Sambil itu menunggu lemang yang tersandar di sebatang besi panjang dan dibawahnya adalah arang berapi. Eheh. Bakar lemah loh.
“Hmmm… anak-anak mana?”
“Ada kat dalam. Babah tengah layan dia orang main game. Nak main bunga api awal lagi ni. Yang awak dok termenung pandang langit tu kenapa?” Sejak akhir-akhirnya ni, kerap sangat Fariz mengelamun.
“Tak ada apa-apalah. Cuma, teringatkan Hafiy,” Oh, patutlah.
“Dia yang sudi nak bantu kan? Janganlah risau sangat. Esok dah nak rayalah. Insha Allah, semoga uncle Taufiq sedar kesalahan dia. Mana ada seorang bapa yang sanggup tengok anak dia merana. Awak tu kan daddy, apa perasaan awak kalau anak-anak awak sakit, terseksa?”
“Ish, tak sangguplah nak tengok dia orang sakit. Baguslah kalau uncle Taufiq nak sedar. Setidaknya, berbaloilah Hafiy jadi scapegoat semata-mata nak ayah dia serah diri,” balas Fariz sambil mengibas bara dengan kipas tangan.
“Tak sangka, kan… uncle Taufiq sanggup pasang CCTV dengan perakam kat office Hafiy. Betullah orang kata, untuk menutup seribu kesalahan dia lebih rela memakan darah daging sendiri,” Fariz cuit hidung Adelin.
“Orang kata ke awak yang kata, huh?” Adelin sengih.
“Pandailah daddy ni. Tak silap mummy kahwin dengan daddy, kan. Bertuahnya kita,” Adelin tayang sengih lagi.
Haih, macam manalah Fariz tak sayang. Keletah bersahaja dan manja Adelin mampu mencairkan hati dia.
“Iya, saya memang sayang awak. Kan dah cakap dulu, sayang overload. Sampai bila-bila pun sayang…”
“Eleh, baru sekarang nak kata sayang? Lapuk dah,” cebik Adelin. Bergurau sahaja. Esok minta maaf. Erk. Iyalah tu.
Adelin bangkit dari pangkin, mahu berlalu ke dalam rumah. Belum sempat Adelin melangkah, tangan Fariz menarik lengan isterinya itu. Terus puan isteri terduduk di riba encik suami. Sweet sangatlah tu.
“Apa?”
“Betullah abang sayang. Tapi…” Fariz jeda. “… lagi bertambah sayang kalau teman abang kat sini,” Ceh, itu saja?
“Iyalah. Teman ni. Haish…”
Sudahnya, sama-sama bergelak tawa sambil menunggu lemang masak. Lain pual ceritanya di dalam rumah. Encik Thohier dan Puan Aida hanya mampu tergeleng sahaja melihat anak menantu dok bergurau senda di pangkin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Fariz, Adelin. Jumpa lagi di lain special episode, semuanya. Hehe… Main-mainlah CIA ni. Lah, sungguh ni. Sambungan di lain episode Pearl. Erk???

p/s : harap maaf bagi yang menunggu. CIA tak sempurna. Adakalanya tewas. Maaf ya. Banyak masalah yang CIA nak settlekan. Salah satunya masalah broadband yang selalu buat hal. Huhu. Jangan annoying tau. CIA pun annoying jugak dengan diri sendiri. ;). Tahu diri ni tak sempurna. Sorry.

7 comments:

  1. Waaa...Missss u CIA...xpa ada gak update ....nnt pasni update lelaju ek...kami setia menunggu..;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. rindu mona jugak. <3<3. :*. terima kasih. InshaaAllah if tak ada masalah boleh ja update lelaju. :D

      Delete
  2. kenapa cerita macam tergantung jer...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. memang tergantung pun. huhu. time busy punya cerita ni. banyak kurang. dah ada sambungan nanti CIA post. Inshaa Allah. :D

      Delete
  3. Hai sis CIA, pernah hantar dekat penulisan2u dok ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Naressa. :D. pernah tapi tak keluar. hehe. kenapa, dik?

      Delete