Thursday, 7 August 2014

Cerpen : Macaroons Love Story Ramadhan Spesial Full Version

Assalamualaikum... Hye!

CIA nak bagitahu awal-awal. hihi. Ending dia agak senget eh. hahaha. puas godek otak ni, tapi it end up... agak speechless la. huhu. hope bolehlah diterima pakai nah. tak puas hati dengan ending MLS ni, marah ja CIA ni. :). tsk. yang dah dipost part by part sebelum ni langsung tak ada perubahan tau. SELAMAT MEMBACA! :D. (huwaaaaa... tak readynya nak buat comeback). 


IKLAN di televisyen menyentap ulu hati Adra. Sungguh menyentuh perasaan. Isk. Sejak punya anak sendiri ni, selalu sangat jiwa tersentuh melihat anak-anak gelandangan. Mahu sahaja dia membuka sebuah pusat asuhan untuk mereka. Biarpun, sudah banyak pusat-pusat yang ditubuhkan sesetengah pihak, masih juga anak-anak terbiar kelihatan di sekitar kawasan-kawasan bandar. Hmmm.

“Beratnya mengeluh. Fikir apa?” Altaf melabuhkan punggung di sofa, bersebelahan dengan Adra. Peha mereka berlaga, memang rapatlah tu. Sangat rapat.

“Entahlah, abang. Lagi beberapa hari aje lagi kita nak sambut puasa. Adra tengok iklan dekat tv tu, hah. Selalu kan bulan-bulan puasa ada rancangan yang salurkan bantuan untuk anak-anak terbiar kat bandar sana, Adra kesianlah kat dia orang,” adu Adra.

Altaf senyum. Sementara Anaqi lena ni, bolehlah mereka berbual panjang. Jika tidak, pening kepala mereka dok memujuk Anaqi. Sudah pandai buat perangai. Asyik nak berkepit dengan baba dan ummi dia ni, hah. Patut pun Adra manja kemain ketika mengandungkan Anaqi dulu.
“Adra, masalah ni takkan pernah habis. Selagi dunia tidak kiamat, semua ni masih ada. Cuma, kita sebagai manusia normal… punya didikan, harta yang perlu berbakti pada dia orang. Manusia diberi pilihan, bukannya hidup tanpa tujuan. Jika baik dipilihnya, baiklah jadinya. Dan, sebaliknya. Baru sorang anak, dah matang isteri abang ni,” Tangan Altaf dibawa ke bahu Adra.
Adra sengih. Mother’s instinct, okay.
“Adra matang ni pun sebab Adra ada suami yang ganteng lagi menawan ni. Iya idak?”
Altaf kerut hidung.
“Petang-petang aje tengok cerita indon eh, habis sayang ajar Anaqi cakap indon pulak nanti. Cubit bibir ni baru tahu,” Adra memuncungkan bibirnya.
“Janganlah cubit, kiss kan dapat pahala…”
Altaf ketap bibir. Mahu tidak mahu, dia kucup bibir muncung Adra. Senyum lebar isterinya itu. Haish, gatal.
Good boy. Abang…”
“Hmmm…” Adra sudah selamat menjatuhkan kepala ke dada Altaf. Seperti biasalah ummi comel itu. Anak tidur, dia punya giliran pula mahu bermanja dengan suami terchenta.
“Tahun ni, tahun kedua kita puasa sama. Lain sikitlah sebab ada Anaqi. Tahun lepas, Anaqi dalam perut lagi kita sambut puasa dengan raya. Macam tak sabar pulak nak cari baju raya untuk Anaqi. Mesti comel-comel kan, abang?”
“Ha’ah. Anaqi tu lelaki, tak susahlah nak cari baju. Cumanya, ada ke saiz untuk badan debab dia tu?”
Mata Adra membulat. Betul juga tu.
“Alah, ada tu. Kalau nak tempah baju melayu dah nak dekat puasa ni, orang nak ambil lagi ke? Macam tak aje,” kata Adra, lebih kepada diri sendiri.
“Sayang ni, jangan risaulah. Lambat lagi nak raya tu, nanti fikir lain. Sehari sebelum puasa, kita keluar shopping barang-barang dapur. Perut abang ni demand time puasa tahu, macam-macam benda nak makan. Tapi, hari pertama puasa macam biasalah… Kita berbuka dengan terawih di rumah ibu. Boleh?” Altaf melingkarkan tangannya ke pinggang Adra.
“Boleh. Adra tak kisah. Puasa tahun ni spesial sikit. Kita punya jam loceng dah upgrade, abang. Jam loceng bernyawa,” balas Adra. Altaf ketawa lepas.
Sungguhlah. Anaqi punya kerja, setiap pagi sebelum subuh kedua-duanya sudah celik mata. Tiada isu letih ke apa, dua-dua bangun melayan kerenah Anaqi. Untung sungguh, tak payah set alarm di telefon bimbit lagi dah. Elok sahaja azan subuh, terus Anaqi lena balik sampailah pukul lapan pagi… baru bangun.
“Jam loceng kita paling comel kan, sayang. Besar gedabak hah…”
Baba dan ummi Anaqi ni, kalau sudah masuk bab Anaqi… sampai ke esok belum tentu habis. Anaqi bukanlah besar mana pun, cumanya tembam. Kata Hajah Maryam, Altaf kecil-kecil dulu begitulah. Dah besar panjang, kacak bergaya dengan jayanya. Tinggi kemain.
“Ya. Loceng Adra dan Aqhar,” Adra mendongak.
Dipandang ke anak mata Altaf. Altaf angkat kening. Sudah kenapa dengan puan isteri ni? Lain macam saja renungan tu.
“Sayang…”
Adra senyum.
“Malam ni abang punya handsome lebihlah. Geramlah Adra tengok,” Kedua belah telapak tangan Adra sudah menekap pipi Altaf.
Berani dah Adra sekarang ni. Malu di awal-awal perkahwinan dulu, hilang terus.
“Haih, nak dapat anak kedua ke apa ni, sayang? Perangai ni abang nampak awal-awal sayang mengandungkan Anaqi dulu,” teka Altaf.
Takkanlah betul kot. Uish, Anaqi baru masuk empat bulan. Mustahil.
“Eh, nampak sangat abang ni tak perasan. Masa abang koma dulu, Adra pandang abang macam nilah. Kalau boleh, nak aje Adra minta doktor lepaskan abang balik rumah. Nasib baik, abang sedar cepat. Tak adalah Adra sakit hati, tahan rindu,” ujar Adra.
Altaf menarik Adra ke dalam dakapannya.
“Abang pun rindu. Allah dah alihkan apa yang Adra rasa masa abang koma tu pada abang bila Adra tak sedarkan diri seminggu selepas pembedahan tu. Ibu dan mama bagitahu abang, macam mana abang tunggu Adra macam tu jugaklah Adra tunggu abang. Fair and square. Hmmm, menunggu tu memang satu penyeksaan. Kan, sayang?”
Adra cebik.
“Tahu pun. Abang, jomlah tidur, mengantuk dah ni. Awal pagi esok, Anaqi dah kejutkan kita…” Ditenyeh matanya yang sudah mula rasa kantuk.
Altaf kenyit mata. Nakal.
“Eh, mana boleh tidur terus. Dah seksi hati abang, senang-senang nak lepaskan diri. Oh, tidak,” Punat ‘OFF’ di remote control televisyen dia tekan.
Tubuh Adra melayang di udara dek dicempung Altaf. Hilang terus rasa mengantuk Adra. Dia ketawa. Kelakar sungguh wajah tampan Altaf ketika itu. Dia bagi isyarat sebenarnya tu. Eheh. Gatal juga ummi Anaqi pun, sekaki saja dengan si baba tu.
*****
TROLI ditolak memasuki department makanan basah. Altaf pandang isterinya, mahu Adra memilih lauk untuk sahur mereka nanti.
“Abang nak makan apa? Ayam?” Altaf melihat di sekitar makanan laut. Teringin pula mahu makan udang masak kari. Telan air liur sendiri, gulp.
“Emmm… abang rasa nak makan udanglah. Sayang buat masak kari. Boleh?”
“Boleh aje. Abang nak udang kecil ke besar? Selalu mama masak kari udang yang kecik-kecik campur kacang buncis…”
“Bolehlah. Ambil sekali udang besar pun okey jugak. Boleh goreng,” Adra pantas mencapai plastik dan memasukkan udang-udang segar ke situ.
Mudah sedikit kerja mereka. Anaqi ditinggalkan dengan Puan Najihah, senang mahu bergerak ke sana sini. Anaqi pula jenis yang tidak kisah, asalkan dia tidak mendengar suara baba dan umminya ketika ditinggalkan… semuanya akan baik. Tidak meragam.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam,” Altaf menjawab tanpa memandang gerangan si pemberi salam. Spontan bibirnya membalas salam. “Eh, Hajar. Ingatkan siapa. Datang seorang ke?” Sebaik mendongak, raut Hajar yang sedang senyum mencuri pandangannya.
“Ha’ah. Biasalah. Beli barang-barang untuk sahur. Bos pun seorang aje ke?”
“Eh, taklah. Saya datang dengan isteri. Ada tu.”
Hajar menghalakan pandangan di kaunter penimbang. Bibirnya mengulas senyum. Tahulah dia bosnya itu tidak keseorangan.
“Oh…”
“Sayang, ini Hajar. Staf abang,” Adra senyum manis kepada Hajar.
“Maaflah, Hajar. Tangan saya kotor nak salam,” Hajar hanya tersenyum. Kerjanya tidak habis-habis senyum.
Pelik juga Altaf. Jarang sekali dia melihat Hajar tidak senyum. Tidak kiralah tekanan bagaimanapun yang datang, gadis itu tetap akan memaniskan wajahnya dengan senyuman. Memang patutlah Hajar kelihatan manis dan berseri-seri. Petuanya, senyum.
“Tak apa. Eh, dah lewat ni. Saya minta diri dululah ya. Jumpa lagi,” Altaf dan Adra angguk kecil serentak. Hajar terus sahaja bergerak ke department lain, tidak mahu mengganggu pasangan itu.
“Abang, dia staf abang yang mana? Tak pernah kenal pun,” Mereka beriringan ke bahagian minuman pula.
“Hajar ni staf abang paling komited sekali, sayang. Dia jaranglah nak join majlis staf-staf lain. Abang pun tak tahu kenapa. Tapi, kebanyakan staf-staf lelaki yang masih bujang kat ofis abang tu dok pikat Hajar. Semuanya tak berjaya,” jelas Altaf.
“Oh, dia jual mahal kot. Orang pun comel. Aurat pun terjaga, semuanya labuh-labuh belaka. Tinggal nak kenakan niqab aje. Cukup pakej. Abang tak terpikat pulak,” Adra kerling Altaf yang sedang mengambil yogurt di rak.
“Ish, sayang ni. Adra pun apa kurangnya. Cuma, sayang ni fesyen muslimah moden sikit. Asalkan abang sayang, kan dah cukup,” Pandai Altaf membalas. Soalan maut tu.
“Iyalah tu. Entah-entah, dulu pun abang dok cuba pikat dia jugak. Kan kan kan?” Altaf berdecit.
Instinct seorang isteri memang tepat dan padat ya. Tepat mengena di batang hidung mancung dia ni. Tsk.
“Kalau ya?”
Adra menjeling Altaf.
“Lupakan ajelah. Adra tak suka bermadu,” tegas Adra. Altaf gelak.
Nasib baik mereka di tempat awam. Hendak mengusik pun tidak jadi, malu dek orang nampak nanti.
“Tahu. Itu benda lamalah, sayang. Nak beli apa lagi ni?”
“Kita pergi department baby, abang. Adra nak beli stoking dengan kasut Anaqi. Yang ada tu dah kecik,” Tangannya dilingkarkan ke lengan sasa Altaf.
Orang kata, lelaki ni apabila sudah berkahwin… berat mesti naik punya. Tetapi, lain pula Altaf. Maintain. Tetap menjadi pengunjung gim.
Hajar memerhati Altaf dan Adra dari jauh. Bernanah hatinya melihat kemesraan suami isteri itu. Sudah dia kuatkan hati agar tidak sesekali melayan perasaannya terhadap Altaf. Namun, semakin dia menjauh semakin rasa itu kuat. Setiap malam dia bangkit, beristikharah. Dia mahukan jawapan untuk perasaannya itu. Kerap kali jawapannya menunjukkan Altaf adalah orang yang tepat. Dia mengeluh kecil. Masakan dia mahu merampas suami orang? Huhhh.
*****
8 Ramadhan 1435
FAIL ditangan dihempas ke meja. Dugaan sungguh bulan puasa ini. Satu kerja pun tak menjadi, dia pula yang naik angin. Intercom ditekan dan meminta setiausahanya memanggil pembantu projek untuk kali ini. Raut Altaf yang jarang sekali tegang bertukar tegas dan marah.
Ketukan pintu menyedarkan Altaf. Dia duduk di kerusinya. Beberapa saat kemudian, muncul Hajar bersama sebuah buku diari.
“Duduk, Hajar,” arah Altaf tegas. Hajar menurut. Dia pelik kenapa orang atasannya itu memanggilnya, tiba-tiba. Mulalah hatinya berbunga-bunga.
“Errr… kenapa bos nak jumpa saya?”
“Awak pasti awak tak tahu kenapa saya panggil awak?” Hajar geleng. Manalah dia tahu.
Altaf hela nafas. Fail warna hitam ditolak kepada Hajar.
“Tak tahu pulak saya yang Kareema Holding ni family awak punya. Sepatutnya benda awak perlu beritahu saya, Hajar. Maklumat syarikat sangat confidential. Apa jaminan awak tak bocorkan maklumat kita?”
Hajar tergamam.
“Bos, memanglah Kareema Holding milik keluarga saya… tapi saya takkan bocorkan maklumat syarikat pada sesiapa. I know our companies rules, boss. Bos sendiri tahu saya macam mana kan…” Bengang pula dituduh sebegitu.
Ayahnya langsung tidak pernah bertanyakan perihal syarikat kepadanya. Apabila berada di rumah, hal-hal kerja perlulah diletak ke tepi. Tiada sesiapa akan mengungkit soal kerja melainkan hal itu penting. Masa di rumah hanyalah untuk keluarga, bukannya perkara lain.
“Kalau dah itu kata awak, saya nak awak undur diri dari projek ni. Saya akan letakkan awak di projek yang lain. Jadi, saya harap awak faham,” Suara Altaf kembali tenang. Rautnya juga tidak setegang tadi.
“Terima kasih, bos. I will make sure that I won’t leak our project details to others. So, you don’t have to worry, boss,” Altaf mengangguk perlahan.
“Baiklah. Awak boleh keluar…”
Hajar pandang Altaf. Segak. Uhuk!
“Bos, maaf. Hari ni bos berbuka dengan staf tak?” tanya Hajar, penuh harapan. Altaf senyum dan geleng.
“Saya berbuka dengan keluarga saya, Hajar. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Saya keluar dulu ya,” Hajar pantas menghilangkan diri dari bilik bosnya itu.
Uish, lagi lama dia berada dekat dengan Altaf… mahu tercabut jantung dia. Nauzubillah. Sekali lagi dia menegaskan bahawa Altaf adalah suami orang. Dia tidak akan sesekali merampas kebahagiaan orang lain. Tidak sesuai dengan personalitinya. Mungkin istikharahnya masih belum sempurna.
*****
ADRA menghulurkan mug berisi milo susu panas kepada Altaf yang baru pulang terawih. Mereka berehat di ruang tamu. Anaqi pula sibuk bergolek berkuak lentang di atas permaidani gebu di tengah-tengah ruang tamu. Buas.
“Abang, ibu telefon tadi…” Adra duduk di sisi Anaqi. “… ibu nak buat kenduri doa selamat sikit. Ibu nak abang jemput staf-staf abang tu,” maklum Adra.
“Bila?”
“Lusa ni. Beriya aje ibu, siap ajak Adra pergi beli barang-barang nak masak. Esok ibu datang ambil. Abang izinkan tak?” Adra pandang suaminya di sofa.
“Bolehlah. Tak kasi karang, lebam bahu abang ni ibu tumbuk. Nak ajak Aisar, sibuk memanjang. Lagipun, esok abang ada meeting sampai petang,” balas Altaf sebelum menyisip minumannya itu.
“Abang, Hajar yang kita jumpa hari tu kan, dah berpunya ke?” tanya Adra sambil membaringkan Anaqi di tilamnya.
“Hah? Manalah abang tahu sayang oi. Kenapa tiba-tiba tanya ni?” Pelik juga Altaf, Adra mengungkit soal Hajar.
Bertemu pun cuma sekali, takkan sudah kamcing kot.
“Tak ada apa-apalah, abang. She’s beautiful. Muslimah sejati. Adra suka tengok dia. I thought… boleh buat kawan,” Altaf gelak lepas.
Diletakkan mug di meja di sisi sofa. Dia duduk di sisi Adra. Tangannya sibuk mengusik pipi tembam Anaqi yang sedang bermain itu.
“Tengoklah keluarga dia macam mana, sayang. Alim-alim belaka. Abang respect ayah dia. Jujur dan ikhlas aje buat kerja. Yang tak berkenannya staf syarikat ayah Hajarlah. Buat kerja culas, main-main…”
“Apalah abang ni. Tak habis lagi emo abang tu. Janji abang tahu kan macam mana ayah Hajar tu buat kerja. Positif, abang,” Tangan Adra mengusap bahu Altaf.
“Iyalah.”
“Hah, sahur jap lagi abang nak makan apa?”
“Emmm, Adra masak something yang simple dahlah. Abang makan aje,” Senyuman terukir lebar.
Dek geram, Adra kucup pipi Altaf. Apa lagi, berdekahlah Altaf ketawa. Tergeleng dia dengan sikap selamba Adra. Selalu sangat buat riak who-cares dia tu.
“Abang, simple Adra tu macaroons aje tahu. Tak pasal aje tengah hari abang balik minta lunch kat Adra. Haish, tak naklah bersekongkol dengan orang tak puasa,” seloroh Adra.
“Janganlah macaroons, sayang. Kebulur abang nanti. Sayang…”
“Hmmm…”
“Kenapa suka macaroons?”
“Abang…”
“Ya…”
“Kenapa suka coffee latte?”
Altaf usap kepala Adra lembut. Anaqi pula dengan dunianya sendiri. Malaslah dia mahu mengganggu baba dan umminya.
“Sebab abang suka coffee campur susu tapi tak berapa nak sedap dan kelat. Jadi, abang tukarlah kepada coffee latte. Just nice,” Jawapan Altaf membuatkan Adra terangguk.
Jadi, alasan Altaf semudah itu. Sungguh, inilah kali pertama mereka mengungkit soal kegemaran masing-masing. Hanya soal macaroons dan coffee latte sahaja tidak dibangkitkan sejak berkahwin.
“Adra suka macaroons sebab Adra bayangkan macaroons tu ibarat perkahwinan. Couple. Just like us…” Adra peluk lengan Altaf erat. “… cantuman macaroons tu macam ikatan. They complete each other. Dan, macaroons tu lembut. Abang kan pernah cakap… hubungan suami isteri memerlukan kelembutan dan toleransi. Itulah sebabnya Adra suka macaroons,” jelas Adra.
“Oh. Sayang ni fikir jauh. Bukan setakat kelembutan aje, sayang. Memahami pasangan sangat penting. Abang nak Adra kuat nak tempuh sepuluh tahun pertama perkahwinan kita ni. Bukan mudah nak kekalkan sesebuah hubungan tanpa kefahaman. Banyak dugaan yang menunggu kita. Mungkin sekarang… kita bahagia bertiga. Ke depan kita tak tahu lagi apa akan jadi,” hujah Altaf.
Tidak mahu Adra leka.
“Terima kasih, abang. Adra akan ingat pesanan abang. Abang pun sama eh. Jangan nak menggatal pulak ya,” Dicubit lengan Altaf. Geram!
“Iyalah. Abang sayang Adra aje tahu. Eh, tak. Anaqi sekali. Alolo, tak mengantuk lagi anak baba sorang ni,” Diangkat tubuh debab Anaqi.
Hish, geram sungguh dengan anak lelaki dia seorang ni. Mahu dicubit-cubit isi yang berketul-ketul itu. Adra tergelak tatkala Anaqi ketawa dek dicium bertalu-talu oleh Altaf. Gelilah tu. Haihlah anak. Semoga dia mengikut jejak Altaf yang penuh kelembutan dan ketenangan itu. Senang hatinya.
*****
“ASTAGHFIRULLAHALAZIM…”
Hajar mengusap dadanya yang berombak kuat. Mimpinya seakan-akan benar. Bibir Hajar berzikir. Tidak mahu terbawa-bawa dek perasaan.
“Ya Allah, Kau tunjukkanlah padaku kebenaran-Mu, petunjuk-Mu. Aku tidak mahu tersilap langkah. Kau jauhkanlah aku dari fitnah dunia dan juga fitnah perasaan manusia. Amin,” Kedua belah telapak tangan diraup ke wajah.
*****
11 Ramadhan 1435
HAJAR memerhatikan Altaf dan Adra yang sibuk melayan Anaqi yang meragam. Entah mengapa hatinya bagaikan tertarik untuk terus melihat adegan itu. Adakalanya dia pening dengan hatinya. Kenapa dia begini? Ya Allah, aku buntu. Saat itu mata Hajar bertembung pandang dengan Adra.
Adra senyum manis.
Dibiarkan Altaf yang memujuk Anaqi, Adra melangkah mendekati Hajar.
“Hai, Hajar…” sapa Adra lembut.
“Hai…”
“Kenapa tak join dia orang berbual? Duduk sorang dekat sini seronok eh?” Hajar senyum.
Dia lebih selesa bersendirian di gazebo berdekatan benteng batu rumah Haji Akasyah. Staf-staf yang lain sibuk berbual riuh di beranda setelah pulang dari menunaikan solat terawih di masjid berdekatan. Alang-alang esok adalah cuti khas bagi syarikat mereka sempena ulang tahun syarikat.
“Saya lebih suka sendiri, Adra. Tadi dah berbual sakan dengan dia orang. Kenapa dengan Anaqi tu? Tak sihat eh?” Mata ditala pada Anaqi di dalam dukungan Altaf.
Sudah tidak meragam lagi. Anaqi melentok sakan di bahu Altaf sambil babanya itu mengusap belakangnya. Manja.
“Biasalah, Hajar. Budak-budak. Macam-macam ragam dia. Tengah nak membesar ni kerja nak bermanja ajelah kerjanya. Hajar bila lagi?”
“Hah?”
Terkejut Hajar dengan soalan cepu cemas itu. Dia faham sangat maksud Adra biarpun sekadar kiasan.
“Insha Allah. Sampai jodoh Hajar, kahwinlah. Buat masa ni, malaslah nak fikir lagi. Single makes me comfortable…”
“Tak elok membujang lama-lama sangat tahu. Sekurangnya, bila dah kahwin ni… stabil sikit perasaan tu,” Hajar senyum nipis.
Terbit kepelikan di benaknya.
Adra seperti memaksudkan sesuatu… tetapi apakah?
“Sayang, Anaqi nak susu ni,” Serentak Adra dan Hajar berpaling ke arah suara garau itu.
Adra bangkit.
“Hajar pergilah berborak dengan dia orang. Tak elok duduk seorang, akal mula berfikir yang bukan-bukan. Insha Allah, bersosial benda yang baik mampu hilangkan resah hati Hajar…” Mendalam sungguh kata-kata Adra.
“Ha’ah, Hajar. Pergilah sana. Dia orang ada tanyakan awak tadi,” sampuk Altaf.
Hajar bingkas berdiri. Tuan rumah sudah menegur, masakan mahu membantah. Betul juga kata Adra itu. Lebih baik dia menyibukkan diri daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Altaf dan Adra pula beriringan masuk ke dalam rumah. Haji Akasyah dan Hajah Maryam pula seronok melayan tetamu. Berbual sakan.
*****
Gelak ketawa Anaqi riuh kedengaran di segenap bilik tidur. Bila sudah meragam, mulalah si kecil itu mahu berjaga malam. Haih, anak oh anak. Adra senyum lebar melihat keletah suami dan anak tersayang. Timbul perasaan yang tidak enak tatkala mindanya terbayang renungan Hajar pada Altaf.
“Abang…”
“Iya… sayang,” Meleret suara Altaf.
Adra yang duduk di kerusi meja solek bergerak ke katil.
“Adra tanya abang sesuatu boleh?” Altaf angkat wajahnya. Dipandang wajah comel Adra. Terkedip-kedip mata Adra. Hai, lemah hati dia.
“Tanyalah, sayang. Banyak-banyak pun tak apa,” Adra meniarap. Dia bermain dengan tangan comel Anaqi.
“Abang perasan tak Hajar macam ada sesuatu?”
“Hah? Apanya?”
“Entahlah, abang. Ni Adra punya pendapatlah eh. Adra pun tak tahu betul ke tak…” Adra jeda. “… I feel like she love… you,” Altaf tersedak.
Apa?
“Hey, sayang. Jangan fikir bukan-bukanlah. Tak baik tahu menuduh orang tanpa usul periksa,” Adra mengeluh berat.
Masalahnya itulah apa yang dia rasa.
“Adra pun tak pasti. Tapi, Adra ni perempuan tahu. Takkanlah setiap masa dia pandang abang… tanpa ada rasa apa-apa. Setiap kali Adra tengok Hajar, mesti dia tenung abang. Tak salahkan kalau Adra ada fikir yang bukan-bukan?”
Altaf meletakkan jemarinya ke pipi mulus Adra penuh kelembutan.
“Adra, kadang-kadang kita perlu butakan mata untuk sesuatu yang kita rasa tak perlu untuk dibahaskan. Macam kes Hajar yang sayang cakapkan ni, abang tak dapat nak komen apa-apa. Hati orang, perasaan orang… abang tak ambil tahu. Apa yang abang tahu, perkahwinan sebuah ikatan murni. Jangan cemarkan dengan sifat buruk sangka. Faham?”
Adra senyum lalu mengangguk.
Dia faham sangat.
“Terima kasih, abang. Cuma, Adra nak abang pertimbangkan soal Hajar. Kalau betul dia ada hati kat abang, abang kenalah betulkan pandangan dia. Adra tak nak nanti ada salah faham. Takdir kita di masa hadapan, mana kita tahukan,” Altaf gelak.
Nampak sangat Adra cemburukan Hajar. Cara Adra bercakap memanglah lemah lembut, tetapi Altaf faham sangat. Ada sesuatu yang tidak kenalah tu.
“Insha Allah. Adra doakan yang baik-baik aje. Hati abang ni kecil aje, sayang. Muat-muat aje untuk sayang dan anak-anak. Mana ada space lagi dah untuk orang lain,” seloroh Altaf bersahaja.
Adra mencebik.
“Iyalah abang tu. Ayat tu cliché lah abang. Semua orang boleh cakap. Tapi, sekarang ni memang Adra percayakan abang. Jadinya…”
Adra bingkas bersila.
Altaf pandang Adra pelik.
“Apa sayang ni?”
Anaqi sudah terkebil-kebil memandang baba dan umminya. ‘Jangan bergaduh, baba, ummi.’ Itulah gamaknya Anaqi fikir. Uhuk.
“Cium sikit…” Pipi Altaf menjadi sasaran bibir Adra.
Ummi ni bermanja tak bertempat.
“Abang ingatkan apalah tadi. Sayang ni. Tidurkan Anaqi dulu, nanti nak sahur pulak,” Seketika kemudian, dibalas kembali kucupan hangat di ubun-ubun Adra. Adra senyum manis.
Semoga kebahagian masih milik mereka. Insha Allah.
*****
14 Ramadhan 1435
SALING berpegangan tangan pulang dari masjid, romantiklah sangat. Senyuman manis sahaja yang meniti di bibir Altaf dan Adra. Sengaja mereka berjalan perlahan, mahu mengambil angin malam di bulan Ramadhan ini. Indah rasanya… ditambah pula berada dekat dengan orang kesayangan.
Anaqi ditinggalkan bersama Nayli di rumah Encik Farhan. Hari ini giliran rumah Encik Farhan pula makan besar bersama anak menantu dan cucu-cucu. Riuh jugalah walaupun hanya keluarga kecil. Tinggal Altaf dan Adra sahaja di belakang sedangkan yang lain sudah tiba di rumah agaknya.
“Seronokkan abang dapat solat terawih?”
“Mestilah. Abang pernah terfikir, alangkah indahnya kalau terawih tu sepanjang masa. Tapi, abang sedar sebulan di bulan Ramadhan sudah cukup. Barulah kita tahu menghargai bulan indah ni…”
Adra senyum.
“Alhamdulillah. Di bumi Malaysia kita ni memanglah berpuasa di bulan Ramadhan aje, abang. Bukan di bumi saudara Islam kita di Gaza, Syria sana. Teringin Adra nak ke sana,” Altaf pandang ke sisi.
Langkah mereka terhenti.
“Sayang, senjata orang mukmin adalah doa. Kalaupun kita ke sana, tapi tidak mampu menghilangkan kesengsaraan mereka… useless. Abang tak cakap yang kita tak boleh ke sana, cuma abang ada pendapat abang sendiri,” Adra melangut sedikit.
“Apa pendapat abang tu? Kongsilah dengan Adra…”
“Kita singgah taman,” Altaf menarik tangan Adra ke taman permainan berdekatan.
Mereka duduk di kerusi batu yang terdapat di taman itu.
“Abang, sharelah. Manalah tahu ada baiknya Adra boleh kongsi dengan kawan-kawan,” Altaf gelak.
Aduh, bini aku ni. Innocent sangat. Dicubit lembut hidung Adra. Entahlah kenapa, setiap kali dia pandang wajah comel Adra… kasih sayangnya semakin bertambah. Yang pasti tidak pernah berkurang. Benarlah kata Hajah Maryam, bercinta selepas kahwin sangat indah dan ‘bersih’. Bersih dari dosa dan fitnah dunia. Subhanallah.
“Buat apa kita ke sana sedangkan kita tahu di negara sana sedang berlaku peperangan? Bukanlah maksud abang tak boleh membantu. Abang pun kalau boleh nak syahid di sana. Tapi… bagi abang, abang belum cukup kuat fizikal dan mental. Mulut memanglah sanggup untuk membantu, tapi bukan dengan hati yang murni… kosong. Sebelum ni, abang ada berniat untuk ke Syria atas alasan bantuan kemanusiaan. Saat akhir abang tarik diri,” Dihela nafas berat.
“Kenapa?”
“Sebab abang tahu, abang cuma mampu berdoa. Abang tak layak ke sana. Abang lebih sayangkan keluarga abang di sini. Setiap masa abang minta ampun sebab abang tak mampu nak bela saudara Islam kita di sana. Macam abang cakap tadi, doa tu senjata orang mukmin. Insha Allah, doa kita akan sampai… termakbul. Biarpun tak di sana bersama mereka sekurang-kurangnya kita di sini baik-baik sahaja, berusaha untuk mereka. Adra dapat tak maksud abang?”
“Emmm… apa yang Adra faham. Adra bagi contohlah eh. Contohnya Adra ke sana, tapi sampai sana Adra mati. Tak dapat lagi dah nak berjuang dengan mereka. But, if we’re here… kita masih boleh berdoa, menghulurkan bantuan. Sekurang-kurangnya, kita boleh spreadkan dakwah kita di sini,” Kepala Adra diusap dek Altaf.
Bijak juga otak isteri kesayangan dia ni.
“Ini pendapat abang aje tau. Simpan diam-diam. Abang tak ke sana sebab abang pengecut. Abang penakut,” Adra menggeleng laju.
“Taklah. Abang masih ada tanggungjawab di sini. Macam mana dengan Adra, Anaqi dan yang lain kalau abang tak ada. Setakat ni aje kita mampu membantu mereka. Ajal tu kan ditangan Allah. Selagi nyawa kita ni masih ada, berjuang demi agama kita. Abang sendiri yang pernah cakap dengan Adra. Kan?”
“Eee… lama-lama abang tengok sayang ni, geramlah. Rasa macam nak cubit-cubit aje,” Kedua belah pipi Adra sudah pun dicubit lembut Altaf.
Elok sangatlah tu. Altaf geram tengok Adra, Adra pun sama. Sehati sejiwalah sangat. Kononnya.
“Adoi, abang ni. Public ni, tak pasal kena tangkap basah. Naya aje…”
“Apalah sayang ni. Macamlah kita ni tak kahwin lagi. Keluar seorang pewaris dah pun. Jomlah kita balik. Rindu pulak kat teruna seorang di rumah tu,” Adra gelak perlahan.
“Iyalah, abang. Nak abang kendong boleh? Sakit kakilah…” Tak sah kalau tak buat comel si Adra ni.
“Sayang sendiri yang cakap ni tempat public, nak kendong buat apa?”
Adra peluk lengan Altaf erat.
“Alaaaa… nak abang kendong jugak. Abang asyik kendong Anaqi aje, Adra pun nak jugak. Please…” Dikebilkan mata.
Apa lagi, terus berdekahlah tawa si Altaf.
“Iyalah. Cepat,” Altaf membongkokkan badannya.
Adra senyum melebar. Ah, seronoknya dunia. Sayang abang ketat-ketat.
Untunglah Adra punya suami si abang sado gagah perkasa. Setakat badan kecil dia tu, tak sempat nak penat. Eheh.
Love you, abang…” bisik Adra di telinga Altaf.
Altaf senyum.
Love you too, sayang…” Adra jatuhkan kepala ke bahu suaminya. Suami kita romantik, okey.
*****
15 Ramadhan 1435
LANGKAH diatur penuh berhati-hati. Kelibat tiga orang yang mahu bertemunya sudah kelihatan di gazebo taman rekreasi berdekatan dengan pejabatnya. Mahu bertemu di restoran, sekarang ini adalah bulan Ramadhan.
“Assalamualaikum…”
Tiga pasang mata memandang si gerangan pemberi salam.
“Waalaikumsalam…” Jawab ketiga-tiganya serentak.
Datuk Kareem menghulurkan kepada Altaf. Altaf dapat menangkap Hajar di sebelah isteri Datuk Kareem. Gadis itu menekur ke lantai. Kenapakah?
“Maafkan saya. Terpaksa ajak Aqhar bertemu di sini. Hendak ajak Aqhar ke rumah, tidak manis pula. Jadi, di sinilah kita,” ujar Datuk Kareem.
“Tapi kenapa ya?”
“Duduklah dulu, Aqhar. Kita bincang secara damai,” Altaf duduk bersebelahan dengan Datuk Kareem.
Hajar gigit bibir. Dia tidak mampu mahu mengangkat wajah. Panas mukanya dek menahan malu.
“Aqhar sudah beristeri kan?” Altaf mengangguk. “Pilihan sendiri atau keluarga?” tanya Datin Hashima lagi.
“Kedua-duanya…”
Datuk Kareem memberi isyarat pada isterinya agar tidak meneruskan persoalannya.
“Sebenarnya, kami berasa serba salah mahu menyampaikan hajat kami ni. Tapi… keadaan akan jadi teruk kalau benda ni berlarutan,” Datuk Kareem mula masuk ke tujuan asal mereka bersua.
Altaf kerut dahi.
“Ada apa, Datuk? Saya ada buat benda yang salah ke?” Manalah tahu kalau dia ada tersilap dalam menguruskan projek sebelum ni ke. Ataupun, dia ada mengguriskan hati Hajar?
“Susah untuk kami…”
“Hajar, anak perempuan kami ni dah jatuh hati pada kamu. Kami nak kamu berkahwin…” Potong Datin Hashima.
Tergamam Datuk Kareem, Altaf dan Hajar dibuatnya. Yang paling terkejut, Altaflah. Benda mengarut apa ini yang sedang berlaku?
“Shima, biar abang yang bercakap,” tegas Datuk Kareem berkata pada Datin Hashima. Isterinya itu menjeling geram.
Hajar diam tidak berkutik. Dia malu… tersangat malu.
“Macam ni, Aqhar. Saya harap Aqhar bertenang. Mungkin ada jalan lain lagi yang boleh membantu. Sebenarnya… betullah cakap auntie tu, Hajar sudah jatuh cinta dengan kamu. Hajar sudah beristikharah. Jawapannya memang adalah kamu, Aqhar,” jelas Datuk Kareem dengan nada yang tenang.
Tidak mahu menakutkan Altaf.
Altaf pandang Hajar buat seketika. Kes berat ni.
“Kamu jangan main-main ya, Aqhar. Anak kami ni bukan mainan,” Hajar getus pinggang ibunya. Tidak suka Datin Hashima berkata sebegitu.
“Maaf, Datuk, Datin. Saya pun terkejut dengan perkhabaran ni. Tak pernah saya expect benda ni. Tapi, maafkan saya. Mungkin istikharah Hajar punya kekurangan. Sungguh, saya langsung tak simpan apa-apa perasaan pada Hajar. Saya cuma anggap Hajar sebagai staf saya aje. Lagipun, saya dah ada isteri dan anak. Tak sanggup saya nak menduakan isteri saya,” Panjang Altaf berhujah.
Itulah hakikatnya.
Untuk menduakan isteri tercintanya itu, mustahil. Tidak mungkin akan berlaku.
“Senangnya kamu bercakap ya, Aqhar. Yang teruknya anak kami ni. Siang malam asyik teringatkan kamu. Ini jalan terbaik. Kamu nak Hajar menanggung dosa sebab terlalu sayangkan kamu? Fikirlah Aqhar,” balas Datin Hashima tegas.
“Ibu…” Baru kedengaran suara Hajar.
“Shima, sabar kejap. Benda ni kena berbincang secara aman, bukannya begini cara nak selesaikan masalah. Aqhar tak mahu fikir dulu?”
Altaf mengeluh tanpa sengaja.
“Buat masa ni, susah untuk saya buat keputusan. Saya sayangkan isteri saya dan untuk menduakan dia adalah sangat mustahil,” Tergeleng Altaf dibuatnya.
“Ayah… ibu, sudahlah. Jomlah kita balik,” Belum Hajar berdiri, Datin Hashima menahan.
“Aqhar, rasanya lelaki dibenarkan beristeri empat kan? Jadi, apa salahnya?” Datuk Kareem hanya mampu mengeluh. Kesal dengan kegelojohan si isteri.
Aqhar pandang Datin Hashima sekilas. Disebabkan dia menghormati wanita itu, dia cuba bersabar.
“Datin, perkahwinan saya baru dua tahun lebih. Masih baru lagi. Mungkin bagi Datuk dan Datin… Hajar juga, perkara ni mudah. Tapi, bukan saya yang masih punya jati diri dan punya tanggungjawab pada isteri dan anak saya. Sayang saya pada isteri tak mampu untuk saya khianati dia. Saya harap Datuk dan keluarga faham. Hajar, awak fikirlah sekali lagi. Awak kenal saya dan Adra, mintalah doalah dengan hati yang bersih dan suci. Bukan dengan hati yang alpa. Minta diri dulu. Assalamualaikum…” Tidak mampu lagi dia berada di sini.
Altaf beredar. Tinggalkan Datuk Kareem, Datin Hashima dan Hajar yang terkedu dan terpaku akan kata-kata Altaf.
“Shima, tolonglah jangan bertindak melulu. Aqhar bukan lelaki yang mudah untuk ditundukkan. Hajar, betul Hajar sayangkan Aqhar?”
Hajar angkat wajahnya. Suram.
“Mungkin betul kata Aqhar, ayah. Istikharah Hajar banyak cacat celanya. Ayah dan ibu beri Hajar masa lagi,” jawab Hajar lembut.
Datin Hashima mendengus.
Marah pula dia pada suami dan anak perempuannya itu. Memanglah Altaf sudah punya isteri dan anak, tetapi apa salahnya lelaki itu berkahwin dengan Hajar. Lelaki boleh berkahwin empat apa. Cantik sangatkah… baik sangatkah isteri Altaf itu? Sehinggakan bos Hajar itu tidak mahu menduakan isterinya. Huh!
*****
TALI leher dirungkai kasar. Tubuh dihempas ke sofa. Kepala disandarkan ke belakang sofa, mata menadah ke syiling. Semak fikirannya dek peristiwa tadi. Hatinya memberontak. Siapa yang tidak geram jika diminta berkahwin dengan perempuan yang langsung tidak disukainya.
Lain kisahnya dengan Adra. Pertama kali dia bertemu dengan isterinya itu, sudah wujud perasaan suka. Jika tidak, tiada maknanya dia menerima cadangan ibunya dulu. Innocent girl yang terlanggarnya tanpa sengaja. Dia belum pernah lagi mengungkit soal itu kepada Adra. Manalah tahu jika isterinya itu tidak perasankannya.
“Abang,” panggil Adra. Kerutan jelas di dahi.
Altaf masih memandang ke syiling.
Adra melangut. Kosong sahaja syiling itu. Apa yang dipandang Altaf?
Dek geram sangat panggilannya tidak berjawab, Adra duduk di riba suaminya. Hampir sahaja Altaf menolak tubuh Adra disebabkan terkejut. Adra ketawa lucu.
“Abang fikir apa? Adra panggil banyak kali tak dengar…”
“Iya ke? Sorry. Abang tak perasan. Penat sangat kot,” Adra cebik. “Anaqi mana?” soal Altaf apabila tidak nampak anak lelaki dia yang seorang itu.
“Tidurlah dia. Awal pulak abang balik hari ni. Ada apa-apa ke?” Altaf geleng laju.
Jujur itu perlu tetapi sekarang bukan masanya untuk memberitahu tentang Hajar. Adra sendiri pernah mengusulkan hal yang sama beberapa hari lepas. Kuat juga firasat seorang isteri rupanya.
“Abang tak sihat sikit, itu yang balik awal,” Adra usap dahi Altaf yang berpeluh. Sambil itu dia berdoa, janganlah Altaf disinggahi penyakit.
Altaf kalau sudah sakit, susah nak sembuh.
“Iya ke ni? Tak apalah, abang rehat. Naik mandi dulu ke apa. Adra nak pergi masak,” Belum pun Adra sempat bangun, tangan Altaf cepat menangkap pergelangan tangan isterinya.
Adra tenung suaminya pelik.
“Sayang, abang nak buat pengakuan,” Erk, bertambah peliklah Adra dibuatnya.
Just say it…”
Altaf renung wajah comel Adra dengan pandangan redup. Mata ke mata, hati ke hati. Ehek.
I love you now and forever. No one can replace you. Sayang, percayakan abang sekarang dan selamanya,” kata Altaf bersungguh-sungguh.
“Kenapa abang ni? Adra tahulah. Abang tak cakap pun Adra percayakan abang. Dahlah. Abang pergi naik atas, mandi. Biar segar sikit. Dah macam asam jawa dah Adra tengok,” Ditekap telapak tangan ke pipi Altaf dan digelengkan perlahan.
Terletus tawa Altaf. Comel sangat Qutnina Khadra kepunyaan dia ni.
“Iyalah. Jom, abang hantar pergi dapur…” Erk?
Adra gelak. Haih, encik suami. Sweet sangatlah awak ni. Sayang… sayang… sayang. Sayang sangat. Terbuai Adra dibuatnya sepanjang dicempung Altaf ke dapur. Matanya asyik pandang suami terchenta sahaja. Angau tahap… tak mampu nak huraikan lagi dah. Eheh.
*****
PERGERAKAN Altaf mengganggu lena Adra. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Selalunya, letak sahaja kepala di bantal… Altaf sudah lena. Malam ini, payah pula. Pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran suaminya itu. Adra bingkas duduk. Ditoleh ke sebelah kanannya.
“Abang nak milo atau susu panas? Adra buatkan,” Lembut Adra menyoal. Altaf bangun.
“Tak susahkan Adra ke?”
“Ish, abang ni. Macamlah baru kenal Adra semalam. Abang tunggu sini, Adra turun bawah kejap. Kalau tak boleh sangat, abang solat sunat. Okey?” Altaf angguk kecil.
Betul juga kata Adra. Lebih baik dia bersolat sunat. Menghilangkan sedikit keresahan hati.
Adra pantas melangkah ke dapur.
Altaf pula menapak ke bilik air. Sebelum itu, dia melihat Anaqi yang sedang tidur nyenyak itu. Lena sungguh. Padahal menurut Adra, Anaqi banyak tidur sahaja hari ini. Penat apa pun tidak tahu. Baba dia juga yang tak boleh lena. Gara-gara memikirkan tentang Hajar.
Huh, itu satu hal. Mahu jujur pada Adra atau menyelesaikan sendiri sahaja masalah itu. Ugh! Stress. Air yang mengalir di celahan jemari, menenangkan sedikit hati yang walang.
Takbir diangkat penuh keinsafan.
*****
16 Ramadhan 1435
TELEFON bimbit dipandang sepi. Nafas yang semput dihela perlahan. Panggilan dari seseorang tadi, menyesakkan dada. Patutlah semalam Altaf kelihatan resah dan serba tidak kena. Rupanya ini yang berlaku. Anaqi yang sedang bergolek di totonya menangis kecil.
“Ala, kenapa menangis ni sayang ummi?” Bertambah kuat Anaqi meraung. Haish, macam tahu-tahu pula ummi dia ni tengah menangis. Dalam hati yang paling dalam.
Mahu meraung seperti Anaqi, Altaf sudah berpesan agar mempercayai dirinya. Sudahnya, dicekalkan hati sehingga dia mendapatkan penjelasan dari Altaf sendiri.
Ditepuk-tepuk belakang Anaqi untuk menghentikan tangisan si kecil itu. Ada tiga sebab sahaja Anaqi menangis. Lapar. Pampers. Rindukan baba dia. Lapar dan pampers rasanya tidak. Rindu babalah ni. Ummi pun rindu juga.
Beberapa saat kemudian, telefon bimbit Adra berdering. Abang!
“Assalamualaikum…” sapa Adra terlebih dahulu.
“Waalaikumsalam. Sayang, abang nak buat video call. Kejap,” Adra tergelak kecil. Terus senyap Anaqi yang bising tadi.
“Anaqi sayang baba, buat apa?” Anaqi gelak comel. Tangannya digawang ke dada telefon yang dipegang Adra.
Bayi yang sedang meniarap itu cuba menggapai telefon bimbit umminya. ‘Nanak baba, jerit hati Anaqi.
“Anaqi menangis ke, sayang?”
“Ha’ah. Dengar aje suara abang terus aje senyap. Rindu abanglah tu,” balas Adra.
“Alolo, sayang anak baba ni. Baba dah nak balik ni, Anaqi tunggu tau…”
“Eh, awalnya abang nak balik. Baru tengah hari,” Adra pandang jam dinding. Ataupun… Altaf sudah mengetahui tentang itu? Mungkin juga. Tiba-tiba sahaja hendak pulang awal.
“Ada benda abang nak selesaikan dengan Adra. Setengah jam lagi abang sampai rumah. Babai, Anaqi sayang. Tunggu baba tau. Sayang, jangan fikir bukan-bukan eh,” Sempat lagi dia berpesan.
“Iyalah. Bawa kereta elok-elok. We love you, abang,” kata Adra sebelum talian dimatikan.
Nampak gayanya Altaf memang sudah tahulah tentang panggilan yang diterimanya tadi. Sudah pasti Hajar yang melaporkan pada Altaf. Sabar sajalah sehingga Altaf pulang. Jawapan yang nyata dan jelas akan diperolehnya. Dia bukanlah perempuan yang sempurna. Punya perasaan iri hati, cemburu… tidak senang hati juga.
*****
WAJAH comel Adra dipandang. Adra tetap tenang. Ada masanya Altaf keliru. Benarkah isterinya itu sayangkan dia? Tambahan pula, Adra masih muda. Pasti punya banyak impian. Takkanlah tiada sekelumit rasa cemburu atau marah pun pada dia. Iyalah. Sekarang ini… Adra sudahpun mengetahui perkara sebenar tentang hajat keluarga Hajar.
“Adra, abang tak pernah tanya Adra pasal benda ni. Tapi, hari ni… abang nak Adra jujur dengan abang,” Altaf memulakan terlebih dahulu.
“Tanyalah, abang. Adra akan jawab secara jujur selagi benda tu tak menyakitkan hati Adra,” balas Adra.
Dia memang tenang. Tetapi bukan hatinya. Habis berkeladak sudah. Jika keputusan yang dibuat Altaf mampu memusnahkan rumah tangga mereka, tak mustahil dia akan hamburkan segala kemarahannya yang disimpan sejak mendapat panggilan dari Datin Hashima tadi.
Altaf capai tangan Adra, digenggam erat tangan yang lembut itu.
“Abang tak pernah terfikir nak duakan Adra. Sekalipun tak pernah walaupun perempuan seperti Hajar yang muncul. Cuma, abang keliru dengan Adra. Adra tak pernah tunjuk Adra cemburu. Explain…”
Adra kerut dahi. Tidak pernah?
“Abang, Adra sayangkan abang. Tak cemburu tak semestinya Adra tak sayang abang. Adra cemburukan Hajar, abang. A lot. Cuma, Adra tak nak abang susah hati atau fikir bukan-bukan kalau Adra terlalu cemburukan mana-mana perempuan yang dekat dengan abang. Pertama kali Adra jumpa Hajar, Adra dah sakit hati. Dia pandang abang penuh kasih sayang. Adra pernah bincang dengan abang pasal ni kan. Abang aje yang ingat Adra main-main. Tak serius,” Adra menarik tangannya dari genggamannya dan memeluk tubuh.
Altaf terkedu.
“Ikut suka abanglah nak fikir apa pun. Kalau abang memang nak sangat Hajar jadi isteri kedua abang, Adra terima. Tapi… lepaskan Adra. Fullstop,” Tergamam terus Altaf dibuatnya.
Altaf tarik kedua belah bahu Adra agar menghadapnya.
“Apa Adra cakap ni? Abang tak pernah sayangkan Hajar. Adra dah lupa apa yang Adra janji dengan abang? Adra akan percayakan abang kan walauapapun yang jadi. Takkanlah sebab Hajar, Adra nak abang lepaskan Adra. Nonsense. Cuba berfikir dengan akal bukannya dengan lutut,” marah Altaf. Dadanya berombak.
Adra diam.
Pada awalnya, dia memang sudah boleh bertenang. Tetapi apabila teringat akan kata-kata Datin Hashima, dia gagal mengawal perasaannya.
“Istikharah Hajar tunjukkan abang orangnya. Apa yang kita boleh buat? Mustahil nak pertikaikan petunjuk Allah. Abang sendiri tahukan benda ni?”
“Adra… Enough. Hajar mungkin silap. Pandang abang. Adra…”
Adra masih berkeras. Matanya hanya menekur ke permaidani. Mujur sahaja Anaqi tidur, tidak perlu dia melihat baba dan umminya bergaduh.
“Qutnina Khadra, listen to me. Please. We have to make it this matter clear. Abang langsung tak sayangkan Hajar. Believe me. Adra kenal abangkan. Since the first we met, I’ve fall in love with you. No other women but you… Qutnina Khadra Farhan. Only you,” Altaf kembali bernada perlahan dan lembut.
Adra statik. Tanpa perasaan. Air mata yang tiba-tiba mengalir, disapu kasar.
Altaf mengeluh berat.
“Adra… abang tak tahu apa yang Datin cakapkan pada Adra. Tapi, abang harap Adra fikirlah betul-betul. Dari awal lagi, abang dah tolak permintaan keluarga Hajar untuk satukan kami. Abang ada prinsip abang. Abang takkan sesekali duakan Adra. Not even once…”
Lirih suara Altaf. Adra terkaku apabila belakang tangannya merasakan titisan air. Altaf menangis. Wajah tampan yang menunduk itu dipandang Adra. Sungguhlah Altaf menangis. Hidung lelaki itu merah.
“Abang tak salahkan Adra kalau Adra masih tak percayakan abang. Ikut suka Adralah nak fikir apa, abang rela. Satu aje yang abang mintak, jangan pernah berhenti sayangkan abang. Kali pertama abang pandang Adra… selamanya hanya Adra di hati abang,” Sebak suara Altaf menutur kata.
Adra mati kata.
“Awak Adra kan, isteri Aqhar? Saya Datin Hashima, ibu Hajar. Saya tak nak habiskan masa, terus saja ke agenda utama ya. Selama saya besarkan anak saya, Hajar… belum pernah saya tengok dia terseksa seperti hari ni. Dia sayang dan cintakan suami awak. Saya harap awak pertimbangkan soal bermadu. Mungkin berat bagi awak, tapi tolonglah. Fikirkan demi seorang perempuan yang terseksa kerana terlalu mencintai seorang lelaki. Hajar mungkin mampu untuk membahagiakan Aqhar. Who knows right? Awak fikir-fikirkanlah, nanti saya hubungi awak lagi…”
Kata-kata itu kembali berputar di minda Adra. Semudah itu Datin Hashima meminta dia bermadu dengan Hajar. Seperti memasukkan secubit garam ke dalam kari.
Adra capai jemari Altaf. Dilagakan dahi ke dahi Altaf yang menunduk itu.
“Adra percayakan abang. Cuma, Adra perlukan masa untuk berfikir. Adra buntu bila Datin macam mendesak. Abang langsung tak bagitahu Adra pasal pertemuan dengan keluarga Hajar. Abang… Adra tenang sebab Adra tak nak abang susah hati. Abang hero Adra, takkan senang-senang Adra lepaskan abang untuk orang lain. Adra tak boleh terima Datin serbu Adra macam tu…”
Lembut Adra bersuara.
Pantas Altaf menarik Adra ke dalam pelukannya. Dia lemah. Lemah dalam menegakkan kemahuan hatinya.
“Sudahlah, abang. Tak elok menangis dalam bulan puasa ni. Terbatal pulak puasa nanti. Malam nanti kita bincang lagi pasal ni. Adra minta maaf, abang. Bukan niat Adra nak marahkan abang atau tak percayakan. Maafkan Adra eh,” Altaf usap kepala Adra.
“Abang maafkan. Tapi, lain kali jangan pernah pertikai kesetiaan abang pada sayang. You always in my heart. Abang tak sukakan perubahan. Kita bersemuka dengan Hajar. Only Hajar. Boleh?”
Adra angguk dalam pelukan.
*****
17 Ramadhan 1435
“HAJAR, awak yakin dengan istikharah awak?” tanya Adra terus. Dia malas mahu bengkak bengkokkan lagi keadaan. Biar semuanya selesai sekali gus.
Hajar diam. Menekur ke lantai. Mereka bertiga bertemu janji di sebuah taman rekreasi.
“Awak berdiam macam ni, perkara takkan selesai. Apa yang hati awak nak berkaitan dengan masa depan kita. Awak sanggup biarkan semua ni jadi teka teki? Tanpa jalan keluar?” Altaf pula bersuara.
“Sa… saya sendiri tak tahu macam mana nak cakap. Istikharah saya selama sebulan menunjukkan awak, Aqhar. Maafkan saya, Adra. Tapi, inilah petunjuk yang bagi saya adalah realiti…”
Sesak nafas Adra. Soal istikharah bukannya boleh dibuat main.
Okay, let’s say your istikharah is true. Awak masih nakkan suami saya? Hajar, semua perempuan takkan sanggup bermadu… termasuk saya. Maafkan saya kalau saya berkurang ajar memandangkan awak lebih senior dari saya. Saya terpaksa tegas. Ini perkahwinan saya dan permintaan awak sekeluarga boleh meranapkan rumah tangga kami yang masih baru ni. Masih dalam fasa saling mengenali satu sama lain,” hujah Adra panjang.
Altaf sendiri terkejut dengan ketegasan isterinya itu. Riak comel itu juga serius.
“Tapi, saya sanggup bermadu,” Lancar sahaja Hajar bersuara. Tiada langsung nada perasaan bersalah.
Adra hela nafas lembut. Tangannya erat dalam pegangan Altaf.
“Hajar, awak sanggup bermadu sedangkan awak tahu dan jelas yang saya takkan berlaku adil. Awak tak kisah kalau saya lebihkan Adra berbanding awak? You clear enough about this, Hajar. I love my wife very much. No one can replace her. No one can share my love besides her. Don’t even make any assumption about future. You will regret it. Saya anggap awak hanya sebagai staf sahaja. Tak pernah lebih. Kalau betullah istikharah awak menunjukkan saya adalah orangnya, awak tunggu pula istikharah saya. Saya dah habis cakap. Jom Adra,” tegas sekali Altaf menegakkan keadaannya.
Hajar terpaku.
“Hajar, kosongkan hati ketika beristikharah. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi pada Aqhar. You’ll ruin the answer. Kalau hati awak penuh dengan rasa cinta pada Aqhar, keputusannya juga akan menunjukkan apa yang hati awak nak. Tell yourself to feel other women feeling too. Jangan terlalu meninggi diri, itu ego namanya,” tukas Adra sebelum beredar.
Air mata Hajar mengalir menghantar pemergian Altaf dan Adra.
Benarkah apa yang dikatakan oleh Adra itu? Dia ego. Terlalu memandang tinggi pada kelebihan diri. Ya Allah, apa yang sebenarnya aku mahukan? Kau bantulah hamba-Mu yang lemah dan tidak berdaya ini. Jika aku tersesat, Kau sedarkanlah aku. Ya Robb, aku berserah pada petunjuk-Mu. Amin.
*****
ALTAF memandu tenang membelah jalan raya. Tangan kirinya erat memegang jemari Adra sementara tangan kanan mengawal stereng. Dibiarkan isterinya itu menangis, mungkin hati Adra akan tenang sedikit.
“Abang, tak nak balik rumah ibu dulu. Adra tak kuat nak facing dia orang. Please,” rayu Adra dalam tangis yang masih bersisa.
“Iyalah. Kita balik rumah dulu. Abang call ibu minta jagakan Anaqi dulu untuk malam ni. Okey?”
Adra angguk lemah.
Sebelum pulang, Altaf membeli makanan untuk berbuka puasa dahulu. Sudah tentu Adra tiada mood untuk memasak.
*****
22 Ramadhan 1435
TIGA hari masa diambil Altaf untuk menyelesaikan kekusutan yang melanda. Bukan mudah untuk membuat keputusan. Tetapi, dia mengharapkan keputusan yang diambil ini mampu memberi ketenangan pada ketiga-tiga mereka. Biarlah keluarganya dan keluarga Adra tidak mengetahui tentang Hajar buat sementara waktu. Dia pasti, ini hanyalah dugaan yang harus dia dan Adra harungi.
Anaqi melangut. Dia pandang babanya yang sedari tadi asyik mengelamun. Jemari comelnya menguis betis babanya yang duduk melunjur kaki itu. Anaqi yang sedang meniarap cuba pula naik ke riba Altaf apabila babanya masih tidak sedar dari lamunan. Haish, baba ni. Takkanlah rindukan ummi. Ummi ada di dapur saja pun.
Dek geram Altaf tidak melayannya, Anaqi menangis. Hambik baba, nasib baik tak tertendang si Anaqi comel tu.
“Alolo, sayang baba. Maaf,” Altaf angkat Anaqi. Terus senyap. Macam ini rupanya mahu mengenakan babanya. Fa… ham.
“Kenapa, abang?”
“Errr… abang ralit tengok cerita kat tv tu. Tak perasan Anaqi nak main dengan abang,” Tipu Altaf. Mahunya kena pelangkung dengan sudip jika perihal keputusannya itu yang menyebabkan dia mengelamun… tidak melayan Anaqi.
“Apalah abang ni. Terkejut Adra. Abang bawalah Anaqi keluar, bosan kot tu. Kejap lagi Adra teman. Sikit aje lagi nak siap masak…”
“Iyalah. Abang tunggu kat laman. Jangan kalut sangat sudah, habis hangus makanan berbuka nanti,” Adra gelak nipis.
Sempat lagi Altaf mahu mengenakannya.
Altaf bangkit. Dia mendukung Anaqi ke halaman rumah. Selalunya, di situlah Anaqi akan bermain. Sengaja Altaf dan Adra menghias halaman dengan rumput buatan yang lembut seperti karpet itu. Tidaklah Anaqi tercedera ketika bermain di situ.
*****
“I’VE made my mind, sayang…” Adra menoleh ke kirinya. Riak Altaf serius. Tentunya tentang hal Hajar yang mahu suaminya itu bincangkan.
Berdebar jugalah jantungnya. Buatnya Altaf mahu mengahwini Hajar, bagaimana nasib dirinya? Sanggupkah dia bermadu atau diceraikan? Haih, goose bumps. Hati Adra berdoa agar tiada keburukan dalam keputusan suaminya itu.
Anaqi yang sedar keadaan seakan serius… memandang baba dan umminya. Dia yang sedang merangkak itu pantas meniarap. Muka ditekup ke toto mininya dengan kedua belah tangan menahan dahi. Comel. Altaf yang perasan keletah anak lelakinya itu, tergelak.
“Abang ni kenapa? Tadi serius kemain… ini gelak pulak,” protes Adra. Sudahlah dia sedang berdebar tahap infiniti.
“Sayang tengoklah anak kita tu. Macam mana abang nak serius kalau tengok keletah cute dia tu,” Altaf memuncungkan bibir ke arah Anaqi.
Kemudiannya, Adra turut sama gelak.
Seketika kemudian, Anaqi angkat wajah tembamnya. Matanya berlaga dengan mata baba dan ummi yang sedang memandangnya. Anaqi gelak comel. Kantoi!
Altaf dan Adra saling berpandangan sebelum tawa mereka meletus di segenap ruang tamu.
“Anak baba ni, kenapa comel sangat ni?” Altaf mendapatkan Anaqi di bawah. Anaqi gelak lagi. Hish, geram pula.
“Did he found something funny about us, abang? Asyik gelak aje ni,” Pipi tembam Anaqi dicubit Adra. Anaqi yang dipegang Altaf melompat.
“Mood dia nak main ni. Our meeting just now will be postpone. Kita main dulu!” Anaqi kini melayang ke udara.
Bertambah sukalah Anaqi dilambung ke udara, kemudian disambut kembali. Kan bagus… suasana ceria sebegini.
Dalam diam, Adra terasa lega sedikit. Tiada lagi perasaan negatif di fikirannya. Dia yakin pada Altaf. Sepertimana dia sayangkan keluarga kecil ini, pasti Altaf juga begitu. Biar apa pun keputusan Altaf, dia akan terima dengan hati yang terbuka selagi ia tidak merosakkan keharmonian rumah tangga mereka. Dan, dia sangat yakin… keputusan Altaf pasti mampu membuatkan dia tersenyum senang. Insha Allah.
*****
24 Ramadhan 1435
ADRA pandang Aisar pelik. Kelam kabut semacam sahaja adik ipar dia itu. Sekejap tenung ayam di sinki, sekejap tangan dia mencapai pisau. Alihnya, satu apa pun tidak menjadi. Padahal, Aisar yang beriya mahu memasak untuk juadah berbuka hari ini. Semangat lagi dia, siap ambil cuti lagi.
“Ayam tu nak masak apa, Aisar?”
Aisar alih pandangannya. Matanya kini tepat pada Adra di sebelahnya.
“Aisar tak pastilah, kak. What I’m supposed to do?” Eh, luku juga kepala si Aisar ni nanti. Adra tenung Aisar, tidak percaya akan apa yang didengarinya tadi.
“Kan Aisar yang beriya nak masak, takkanlah tak tahu nak masak apa lagi? Hmmm, Aisar tahu tak apa masakan favourite Hafiz?” Aisar angguk.
“Memanglah Aisar tahu tapi… macam tak yakin pulak nak masak ni. First time ni Aisar nak masak untuk Hafiz. Sudahlah kita orang jarang jumpa, takut pulak nanti apa pandangan dia…”
Adra sembunyikan senyumannya.
“I’ve feeling this kind of nervousness before. Menggeletar tahu badan akak ni masa kali pertama masak untuk abang Aq. But, so far so good. Nothing to worry, Aisar. Kalau kita ikhlas, Insha Allah… keputusannya baik. Positif,” Adra sekadar mahu memberikan sedikit semangat kepada Aisar.
Gadis itu masih belum biasa dengan Hafiz. Tambahan pula, mereka sangat jarang bersua. Sedari sebelum bertunang lagi.
“Haip! Bismillah…”
Pisau ditangan Aisar mula digerakkan. Segala lemak yang terkumpul di ketulan ayam, dibuang. Mindanya mula mencerakin masakan yang akan menjadi juadah berbuka puasa malam ini.
Haji Akasyah dan Hajah Maryam yang merancangkan agar Hafiz, bakal menantu mereka itu meluangkan masa sehari untuk berbuka puasa bersama. Selain itu, boleh juga mengeratkan lagi hubungan mereka. Bukannya mereka tidak tahu, Aisar masih segan dengan Hafiz.

AISAR menuangkan minuman ke dalam cawan. Mereka sekeluarga termasuk Hafiz bersantai di gazebo setelah pulang dari solat terawih. Alang-alang, boleh juga berbincang sedikit tentang hal perkahwinan Hafiz dan Aisar. Tarikh pernikahan yang ditetapkan ketika majlis pertunangan dulu semakin hampir.
Dalam keriuhan perbualan itu, Anaqi bagaikan melekat pada Hafiz. Rapat seperti sudah lama bertemu. Mungkin Anaqi selesa disamping Hafiz yang memang sukakan kanak-kanak itu.
“Tak lama lagi dah nak raya. Cepat pulak masa berlalu. Maknanya majlis nikah Hafiz dengan adik pun dah dekatlah ya,” Haji Akasyah sudah mengubah topik perbualan mereka.
“Itulah. Kita ni satu apa pun tak siapkan lagi. Bakal pengantin ni relaks aje,” Hajah Maryam kerling Aisar di sisi.
Aisar senyum nipis. Sebenarnya, dia tidak tahu bagaimana mahu membalas. Jika mereka sekeluarga sahaja tanpa Hafiz, mungkin mulutnya tak akan berat seperti ini. Haru juga jika keadaan ini berlarutan sehingga mereka bernikah nanti. Hafiz pula dengan perangai selambanya.
“Keluarga saya dah set up dewan dan jemputan,” maklum Hafiz. Aisar kerut dahi. Sempat lagi lelaki itu membalas biarpun sibuk melayan kerenah Anaqi yang semakin banyak mulut itu.
Bercakap bahasa bayi, manalah nak faham.
“Amboi, cepatnya. Nampak sangat dah tak sabar ni,” usik Altaf sambil tangannya menepuk bahu Hafiz.
Hafiz gelak nipis. Dipandang Aisar sekilas.
Sememangnya sudah lama dia bersedia. Cuma, Aisar sahaja sukar dijinakkan. Jika ikutkan hatinya, mahu sahaja dia mempercepatkan tarikh pernikahan mereka. Susah sangat dia nak mengenali Aisar sekarang ini.
“Usia dah nak masuk three-series, bang. Macam-macam benda fikir,” balas Hafiz bersahaja.
Haji Akasyah dan Hajah Maryam senyum penuh makna pada Aisar.
“No… comment,” Aisar sengih. Adra hanya mampu menekup mulutnya, menahan tawa. Malas mahu menyampuk. Faham sangat sikap Aisar yang pemalu jika Hafiz dekat dengannya.
Pasti ada sebabnya mengapa dia terlalu malu dengan tunangnya itu.
*****
Imbas kembali… Lima tahun yang lalu
BUKU tebal yang terletak elok di rak, dicapai. Bukan main susah lagi dia mencari buku ini untuk keperluan assignmentnya. Puas jugalah dia menanti pelajar lain memulangkan buku tebal itu. Syukur kerana buku itu berada di tangannya kini.
Setelah membelek buku tebal itu, Aisar melangkah ke kaunter untuk proses pinjaman.
“Malaysian?”
“Hah? Oh, ya…”
Terpaku sekejap pada raut kacak di hadapannya itu. Mak ai, kalau dia bawa balik Malaysia mamat ni, tunjuk pada ahli keluarga dia… mahu terkejut semuanya. Tsk. Wake up, Aisar.
“Huh, lega. Akhirnya…”
Aisar kerutkan dahinya, pelik. Apa yang akhirnya?
“Kenapa ya?” soal Aisar, ingin tahu.
“Penat sebab all the time kena speaking. Terima kasih ya. Akhirnya, dapat jugak saya gunakan bahasa ibunda,” jelas lelaki itu dengan senyuman kelegaan di bibir.
Semakin berdentum dentamlah jantung Aisar dibuatnya.
“Erk. Rasanya ramai aje budak-budak Malaysia kat sini. Takkanlah tak ada yang datang pinjam buku kat library ni,” balas Aisar. Matanya diarahkan pada buku ditangan lelaki itu.
Mujur sahaja tiada pelajar lain di belakangnya, beratur untuk meminjam buku. Mahu kena hambur kerana terlalu lama bertenggek di kaunter.
“If yang datang tu free hair, muka pun tak macam rakyat Malaysia… kenalah speaking. Malu jugak kalau salah penilaian…”
“Jadinya, muka saya ni memang muka orang Malaysialah ya?”
Lelaki itu mengangguk.
“Tambah pulak dengan tudung awak tu, haruslah saya boleh teka,” Aisar senyum nipis. Tidak tahu bagaimana lagi mahu menjawab.
“Dah siap ke buku saya tu?”
Pantas sahaja lelaki itu menghulurkan buku tebal itu kembali pada Aisar.
“Student psycho rupanya. Lain kali, datanglah pinjam sini lagi ya,” Senyuman manis diberikan pada Aisar.
Aisar tergelak perlahan.
“Psychologist is the best word, sir,” Terletus tawa lelaki itu. Dia jongket bahu.
“Sorry. Dah biasa,” Aisar sekadar menggeleng sebelum beredar dari perpustakaan awam itu.
Tidak sangka pula keputusannya untuk mencari buku di sini membawa ke pertemuannya dengan lelaki kacak dari Malaysia itu.
“Cik!”
Aisar langsung tidak berpaling biarpun tahu lelaki itu sedang memanggilnya. Malaslah dia mahu melayan. Tidak berminat.
“Cik, wait!” Kuat suara lelaki di kaunter tadi melaung.
Mahu tidak mahu, Aisar memberhentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Membulat mata Aisar tatkala matanya menangkap buku tebal di tangan lelaki itu. Terus merah pipi Aisar apabila terperasan… dia tersilap ambil buku. Aduh, Aisar. Kenapa cuai sangat ni? Tu kan, sudah dapat malu. Mak oi, serius. Dia malu mahu kembali ke kaunter. Sudah tentu lelaki kacak itu sedang mentertawakannya.
*****
Kini
“BETUL ke… no comment?” tanya Hafiz. Aisar yang mendukung Anaqi, tersentak akan soalan itu. Tidak menyangka Hafiz akan menyoalnya akan komennya tadi.
Air liur ditelan kasar. Anaqi di dalam dukungan sibuk bermain dengan tudungnya. Bukan main susah lagi Anaqi mahu berpisah dengan Hafiz. Sudahnya, Altaf memintanya menemani Hafiz ke kereta. Sempat jugalah abangnya itu mengusik mereka berdua tadi; Pe’el Anaqi nak rapatkan maksu dengan paksu kot.
“Errr…” Kelu lidah Aisar mahu menjawab soalan itu.
Peristiwa yang menyebabkan dia malu mahu bertembung dengan Hafiz masih berlegar di ingatannya. Betapa dia malu ketika itu. Hafiz yang sebenarnya bermain helah dengannya waktu itu apabila Hafiz sengaja menghulurkan buku yang salah. Padahal, niat Hafiz mahu meninggalkan nota untuk tatapan Aisar. Psycho jugalah dia ketika itu dipermainkan oleh Hafiz.
“Takkanlah dah lima tahun still malu lagi? Saya dah minta maaf, kan?”
“Whatever. Awak yang buat saya macam ni, kan?”
Teleng kepala Anaqi dek memandang maksu dan bakal paksunya silih berganti. Seakan menghidu pegaduhan bakal berlaku. Hadoi, di rumah baba dan umminya selalu berbual secara serius. Sekarang ni? Hmmmm.
“Dahlah. Benda dah jadi. Pergilah masuk. Berembun pulak Anaqi nanti. Anaqi, uncle balik dulu, nanti kita jumpa lagi eh. Bye,” Pipi tembam Anaqi dikucup.
Lebar sengihan Anaqi.
Dari jauh, Altaf dan Adra memerhati pasangan itu. Masing-masing tergeleng melihat hubungan dingin di antara Aisar dan Hafiz. Harapnya, raya nanti hubungan itu mula menunjukkan kesan positif.
*****
26 Ramadhan 1435
Suasana riuh di sebuah restoran langsung tidak memberi kesan pada Altaf, Adra dan Hajar. Mereka hanya menjamu selera tanpa ditemani perbualan. Sengaja Altaf mengajak Adra dan Hajar bertemu sambil meluangkan masa berbuka puasa bersama. Sekadar berbuka dengan segelas air serta kurma, mereka bersolat Maghrib terlebih dahulu sebelum berbuka dengan makanan berat.
Selesa sedikit mahu berbual tentang tujuan asal mereka bertemu hari ini.
“Rasanya kita dah boleh berbincang, kan?” Hajar meletakkan sudu dan garfunya. Seleranya seakan mati melihat kemesraan Altaf dan Adra.
Serentak pasangan suami isteri itu pandang Hajar.
“Sure. I’ll just straight to the point…”
Hajar cuba beriak tenang sedangkan hatinya seakan dilanda badai. Sesungguhnya dia mengharapkan jawapan positif dari Altaf.
Adra pula dengan riak bersahaja biarpun hatinya turut gelisah. Suaminya itu langsung tidak memberitahu tentang keputusan yang dibuatnya. Keadaan tidak memberi ruang untuk mereka berbincang soal itu. Mungkin, sekaranglah masa yang tepat.
“Saya mengharapkan sesuatu yang positif,” kata Hajar tanpa riak.
Geram pula hati Adra melihat Hajar. Such a thick-skinned women. Huh!
“Sudah pasti jawapannya adalah positif, Hajar. Keputusan ni adalah yang terbaik untuk kita bertiga. Saya harap tak ada isu tentang kita lagi selepas ni. Tolong dengar baik-baik…”
Adra dan Hajar memasang telinga.
“I have no interest to shake the kadi’s hand anymore, Hajar. One is more than enough. Inilah jawapan dari istikharah saya. I’m truly sorry. Mimpi saya, petunjuk Allah… hanya menunjukkan Qutnina Khadra sebagai isteri saya. Tiada perempuan lain yang muncul di antara kami. Once again… maafkan saya, Hajar. Lepaskan saya dalam minda awak, saya mohon,” Penuh ketenangan, Altaf menjelaskan keputusan dari istikharahnya.
Hajar terpaku. Tergamam. Air mata mula mengalir ke pipinya.
“Abang?”
Altaf mengangguk.
“This is the real result. Hajar, cuba kosongkan minda awak buat seketika. Cari balik diri awak yang hilang. Saya mohon, awak padamkan nama saya dalam fikiran awak. Ada lelaki lain yang lebih layak untuk awak,” Hajar hanya terdiam.
Tiada kata-kata yang mampu dia luahkan ketika ini. Ah, payahnya hati mahu menerima kenyataan ini. Tiada langsung kehadiran dirinya dalam kehidupan Altaf.
“Sa… saya…” Kepala ditunduk ke bawah. Lemahnya hati tatkala mahu meluahkan kata. Hatinya pedih. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan.
Adra gigit bibir. Otaknya mula berputar laju. Lidahnya seperti mahu berhujah tetapi masih teragak-agak. Namun, dia harus juga keluarkan demi kebahagiaan mereka.
“Hajar, maafkan saya. Boleh awak jauhkan diri awak dari suami saya? Saya tak boleh nak minta abang Aq berundur memandangkan awak lebih tahu position dia di syarikat tu, kan. Mungkin dengan cara ni, fikiran awak lebih terbuka. Find yourself back,” ujar Adra tegas.
“Maafkan saya. Saya pergi dulu,” Hajar bangun. Dia tidak kuat lagi mahu berhadapan dengan Altaf dan Adra. Dia termalu sendiri.
Hajar beredar tanpa berpaling lagi. Altaf menghela nafas lega. Sangat lega. Syukur… Allah permudahkan urusannya malam ini. Semoga tiada lagi isu seperti ini di masa hadapan. Terseksa hatinya kerana tidak mengendahkan Adra selama beberapa hari. Tidak mahu istikharahnya terganggu dan tidak adil.
“Abang okey?”
“Okey. Lega rasanya. Abang harap Hajar buka mata dan hati untuk terima kenyataan ni. Penatlah kalau dia masih mengharapkan abang. Tak nak lagi dah abang hadap benda-benda ni…”
Adra ketawa lepas. Baru sedikit ujian yang datang, Altaf sudah serik.
“Apalah abang ni. Kalau nak ikutkan Adra, ramai aje kawan-kawan lelaki yang ajak Adra keluarlah datinglah. Tapi… disebabkan abang tersayang Adra ni, tepis dengan parang aje,” Tajam mata Altaf memandang Adra di sisi.
Apa? Ohoi, puan isteri. Silap besarlah awak maklumkan pada suami awak ni. Tak boleh jadi ni. Omel Altaf sendiri. Meninggi suhu cemburunya kini. Adra hanya tayang sengih.
*****
29 Ramadhan 1435
KUAT tangisan Anaqi kedengaran. Kelam kabut Altaf dan Adra mendapatkan anak kesayangan mereka di baby cot. Sakan Anaqi menangis dek ditinggalkan keseorangan di ruang tamu rumah Encik Farhan. Baba dan ummi dia sibuk menyiapkan juadah hari raya. Pengumuman raya sudah menetapkan esok adalah hari raya.
“Alolo, baba ada ni. Ummi pun ada. Chak!”
Anaqi kini dalam dukungan Altaf. Tersedu sedan Anaqi dibuatnya. Merah sudah muka, over sangat menangisnya.
“Ala, kesiannya sayang ummi. Jom… jom kita tengok bunga api,” Mereka beriringan ke halaman rumah.
Zaid dan Nayli sedang melayan anak mereka bermain bunga api. Seronok bukan main lagi. Baru setahun lebih sudah pandai pegang bunga api bagai.
“Anaqi, tengok sini,” gamit Nayli.
Terus terdiam Anaqi melihat percikan bunga api.
Encik Farhan dan Puan Najihah ketawa melihat riak Anaqi yang kaku melihat bunga api ditangan Nayli.
Tiba-tiba, Anaqi gelak. Tangannya dibuka tutup, mahukan bunga api itu.
“Meh sini,” Adra ambil beberapa batang bunga api.
Erat Altaf memeluk Anaqi yang semakin buas itu. Mata bulat Anaqi sudah menangkap pelbagai warna cahaya di sekitar halaman rumah atuk dia. Ada pelita di sekeliling pagar, lampu liplap pun ada juga.
“Abang, Anaqi was dazed,” Saat itu barulah Altaf perasan riak ‘Whoa’ si Anaqi. Sukalah tu. Eish, geramnya.
Beberapa minit kemudian, Anaqi mula merengek mahu turun ke bawah. Heh, berangan kaki dia boleh berjalan agaknya. Teruja sangat dah tu. Baba… ummi, layankan saja kehendak Anaqi.
“Raya tahun depan habislah baba kena berkawad dengan Anaqi…”
Ketawa sakan keluarga itu, faham akan maksud kata-kata Altaf itu. Raya tahun depan pastinya Anaqi sudah boleh berjalan. Bukan setakat berjalan… berlari pun mampu.
Selamat Hari Raya… Altaf, Adra, Anaqi.

~TAMAT~


p/s : disebabkan MLS ni untuk ramadhan, makanya setakat bulan Ramadhan sajalah ya. hehe. CIA sabar menahan kepala untuk diketuk. ngeeeee. PEARL RAYA? emmmmmmmmmmm...

13 comments:

  1. Hahahahaha.... ♥
    Tq2 akak....
    Nak Pearl please

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. ur welcome. Pearl? ehehe. noted.

      Delete
  2. TQ..CiA ..akhirnya MLS...tp mcm xpuas je...hehe...nnt jgn lupa yer cia update yg dh km tertinggal...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ur welcome, dear. tu la, tak puas kan. hahhaha. inshaAllah. :D

      Delete
  3. Wah..nerves nk bc mula2 tu..hehe
    alhmdulillah..altaf plh adra =) suka sgt.. Thanks cik writer syg..trjwb sdh..hr2 sy check blog.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik writer ni pun nebes tggu komen semua. huhu. ur welcome, azreen syg. :D. thank you sudi jenguk ke sini. hihi <3

      Delete
  4. lahai nape la anaqi comel sangat ???? Akak tq sbb bubuh part anaqi banyak best pulak tu !
    love you kak :* hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. sesama, hana. atas permintaan kan part anaqi tu. hihi. love you too, dik. :D. :*

      Delete
  5. salam...tq "TAMAT"dah MLS ni yer...ilang dah neves utk story ni...tp neves n rindu utk story len lom ilang lg...sooo...CIA cpt2 la update yer...

    ReplyDelete
  6. Yeay!!! Padan muka Hajar! Heeheheheh.... Sweet pula Hafiz dengan Aisar. Tak nak panjangkan cerita diorang ke? Hehe.. just asking.. no pressure. :D Waktu Altaf tetiba cakap dia dah buat keputusan tu, suspen betul! Nasib baik happy ending! :D

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sis ... allaaa ending untk aisar dan hafiz x de ke ??? nak jugak tau kisah diaorang .. huhuuu

    ReplyDelete
  8. Fuhhh... Lega dengar jwpn altaf. Best CIA

    ReplyDelete