Tuesday 1 October 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 8


Azaril membuka lampu ruang tamu. Dia menghempaskan badannya ke sofa. Dia memandang kosong sekitar ruang tamu dan dapur sebelum melepaskan keluhan berat. Sepatutnya mereka sedang berehat bersama ketika ini. Trisha pasti akan meyediakan air Nescafe panas untuknya.

“ Arggghhh!” jerit Azaril lantang.

Salahnya juga. Siapa yang cadangkan semua ni? Sendiri yang cari pasal. Elok-elok ada isteri…nak berpisah pula. Stress kerja pun bila tenung wajah isteri…hilang tekanan kerja itu. Ini? Stress…nak pandang apa? Dinding? Nasib kaulah Azaril Raffiqi Wilson!

Azaril melangkah malas naik ke bilik di tingkat atas. Sebaik melangkah masuk ke bilik, hidungnya terhidu wangian Trisha. Sentap lagi! Tekanan ini lebih berat dari tekanan kerja. Azaril berlalu ke almari dan mengambil beberapa helai baju dan seluar kerjanya. Dia kemudiannya masuk ke bilik sebelah. Bilik itu selalu digunakannya jika terlalu stress dengan kerja. Lebih nyaman rasanya dibilik itu.

“All I wanna do is find a way back into love. I can't make it through without a way back into love. Iphone 5 milik Azaril berdering lantang.

 “ Hello, ma…”

“ Dah sampai Malaysia?” soal Datin Seri Laila. Azaril menanggalkan jaket kulitnya dan dilemparkan ke katil.

“ Dah sampai rumah pun,” jawab Azaril malas.

“ Ibu bagitahu mama…Fiqqi dan Trish tinggal asing-asing. Kenapa?” Dah agak dah. Soalan itu pasti ditanya.

“ Yes. I’ve made my mind. Cara ni aje boleh buat kita orang tahu…wether we love each other or not,” balas Azaril sambil merenung bulan di jendela.

“ It’s up to you. Even, sekarang pun mama rasa Fiqqi…feel missing right. Your another cup of tea…is not with you…”

“ Maksud mama?”

“ Mama tak halang keputusan Fiqqi tapi…Fiqqi tahu tak? Maybe ibu dan baba sokong decision Fiqqi dan Trish but not me. Bukan mama dan ayah. Selama Fiqqi berkahwin dengan Trish…kamu berdua get along very fast. And…we don’t ever expect that. That’s mean…Fiqqi dan Trish memang boleh bersama. Both of you had fall in love…since Fiqqi shake hand with the kadi lagi. Cuma…masing-masing selalu fikir yang kamu berdua ni just kawan aje,” ujar Datin Seri Laila panjang. Azaril terdiam.

“ Tapi…”

“ Dengar apa yang mama nak cakap,” potong Datin Seri Laila. “ Fiqqi pernah tanya apa perasaan Trish pada Fiqqi?” soal Datin Seri Laila pula.

“ Tak. Tapi dia mengaku yang dia sayangkan Fiqqi…concern about me,” balas Azaril jujur. Sememangnya Trisha ada mengatakan itu ketika di Los Angeles.

“ Then…that’s the answer. Seorang isteri pasti akan menyayangi suaminya. Tidak kiralah suka atau tidak. Fiqqi pernah fikir apa perasaan Trish bila kamu berdua buat keputusan nak berpisah macam ni? Even mama tak ada kat situ tapi mama tahu Trish tak sanggup. Be matured, Azaril Raffiqi Wilson. You’re thirty already,” Azaril mengeluh kecil. Sepatutnya dia perlu berbincang perkara ini dengan orang yang lebih dulu makan garam. Bukannya membabi buta buat keputusan macam ini.

“ What should I do now, mama?”

“ Nak buat apa lagi? Tunggu ajelah. Ibu takkan benarkan Fiqqi bawa Trish balik pun kalau Fiqqi nak ambil Trish. Buatlah apa yang Fiqqi suka. Asalkan dapat puaskan hati Fiqqi,” kata Datin Seri Laila lalu memutuskan panggilan. Mungkin dia sangat marah barangkali.

Iphone 5 tertiarap di atas katil apabila tuan punya badan membalingnya dengan perasaan marah. Namun, Azaril cepat-cepat beristighfar panjang. Dia kemudiannya berlalu ke bilik air dan mengambil wudhuk. Dengan cara itu, dia akan berasa lebih tenang. Amalan yang sering ditinggalkannya itu ternyata mampu memberinya ketenangan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

Azaril bertafakkur lama di tikar sejadah. Mungkin mencari sedikit kekuatan dan mencari kewarasan akal agar dia dapat berfikir dengan lebih rasional. Diraup wajahnya perlahan. Dia buntu buat seketika. Azaril bangun dan menghampiri meja belajar yang sudah lama tidak dijengahnya. Tangannya laju mengambil sebuah buku yang bertajuk ‘ Kujemput Jodohku’ hasil nukilan Fadhlan Al-Ikhwani.

Buku itu dibelinya setahun yang lalu. Pada mulanya, dia ingin menghadiahkan buku itu kepada kakaknya, Farisha. Tetapi tidak kesampaian apabila Farisha sudah jumpa pengganti bekas teman lelakinya. Azaril menyelak helaian demi helaian dan matanya terpaku pada satu muka surat.

“ Ibnu Al-Jauzy berkata…Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikamh itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?” baca Azaril perlahan.

Ya! Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan sementara di antaranya dan Trisha. Cuma cepat atau lambat sahaja hikmah itu muncul. Azaril meneruskan pembacaannya. Dek kerana terlalu ralit membaca…dia terlupa akan dirinya yang belum makan sejak bersarapan dengan Trisha tadi.

Mungkin kerana perubahan masa. Waktu pagi di Los Angeles adalah malam di Malaysia. Azaril tersedar apabila telefon bimbitnya berdering. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus mengangkat panggilan. Mata dan fikiran masih tertumpu pada pembacaannya.

“ Assalamualaikum…”

“ Waalaikumsalam,” jawab Azaril pantas.

“ Buat apa?”

“ Baca buku…”

“ Hah? You baca buku? Tak rehat ke?” Azaril menjegilkan matanya sambil melihat nama si pemanggil. My sweetheart!

“ Tengah rehatlah ni. Kenapa call?” Nada Azaril berubah menjadi dingin.

“ Saja. Miss you. And I know…you don’t miss me,” kata Trisha dalam nada bersahaja. Dia perlu bijak menangani suami yang macam Azaril. Egois!

“ Whatever…”

“ Ceh. You ingat…you buat dingin dengan I, I kisah? I tak kisahlah! I kisah apa you tak suka ke apa ke. Janji…I puas,” balas Trisha. Azaril mengerutkan dahinya.

“ Kalau setakat you call…nak cari pasal dengan I, baik tak payah,” marah Azaril. Trisha tersentap. Kena marah lagi! Pujuk diri sendirilah macam ni, desis Trisha.

“ Hmmm…just nak tanya aje. You dah makan ke? Tadi you makan sandwich aje,” Trisha berkata lembut.

“ Belum,” balas Azaril pendek.

“ Okay. Jangan lupa makan tau. I tak naklah nanti I terjumpa you…kurus kering aje. Nanti orang cakap…apalah Trisha ni tak pandai jaga suami…”

“ Nanti I makanlah…”

“ Makan, eh. Sebelum I letak phone…I nak say something,” Trisha berjeda seketika. “ Mama call I…and she gave me a lecture about us. And…I tahu mama pun call you. I just nak you tahu, hidup kita berdua tak ada siapa yang boleh bantu. Melainkan kita sendiri. Yakin dengan apa yang you buat untuk hubungan kita. I yakin dengan you, okay. You pun kena yakin dengan diri you. Grow up. I know…you can,” ujar Trisha perlahan.

“ Sayang…”

“ Janji dengan I, you’ll never leave me,” pinta Trisha lembut. Azaril terkedu.

“ I’m promise,” janji Azaril tenang.

“ Thanks, baby boo. You always be my baby boo, okay. Dahlah, esok you nak kerja kan. Jangan lupa makan. Tidur awal,” pesan Trisha. Azaril tersenyum. Hatinya berasa sangat tenang kini. Trisha memang pandai menenangkannya.

“ Thanks, sweetheart. You always make me calm. You lupa pesan…iron baju dulu sebelum tidur. Baju yang you ironkan dah habis I pakai,” balas Azaril dengan perasaan yang susah hendak digambarkan.

“ Ye ke? Alolo. Kesiannya hubby I. Hmmm…tak apalah. Dulu pun you buat semua tu sendiri. Boleh aje kan. Jangan fikir sangat hal ni. Nanti terganggu pulak kerja you. Tak naklah nanti ada patient yang saman you,” Sempat Trisha bergurau.

“ Iya. Even you tak kerja…tidur awal jugak,” pesan Azaril pula.

“ Baiklah, suamiku yang handsome. Esok you keluar pergi kerja pukul berapa?”

“ Emmm…dalam pukul sembilan macam tulah. Kenapa?”

“ Just asking. Okaylah. Next time…kita chit chat lagi, eh. I’ll always miss you. And…miss the tango too…”

“ Me too. Assalamualaikum…”

“ Waalaikumsalam,” jawab Trisha dan terus dimatikan panggilan telefon.

Azaril tersenyum nipis sambil memandang wallpaper Iphonenya. Gambar Trisha yang diambil semasa sesi fotogafi gambar perkahwinan mereka dulu. Wajah Trisha sangat ceria ketika itu walaupun dipaksa kahwin.

“ Miss the tango? Or the romantic me?” Azaril bermonolog sendiri.








note :
word by ---> Chuck Palahniuk, Choke

"After you find out all the things that can go wrong, your life becomes less about and more about waiting."

No comments:

Post a Comment