Monday, 21 October 2013

Cerpen : Extra Ordinary Girl Love

New cerpen! 
Idea tiba-tiba....heeeee
Dengan laptop tak ada (pinjam kawan punya)---> berhijrah sebentar ke dunia barulah katakan
Main tulis ja apa yang terlintas...tanpa fikir panjang
SO...just enjoy it!
Cheirumunayu tak tau macam mana dah bentuk cerpen ni. just so-so ja kot.
SELAMAT MEMBACA!



" Karsh!" Jeritan Puan Jesnita sudah nyaring memanggil anak lelakinya. Mahunya tak nyaring, kalau dah si anak tak menyahut panggilannya yang lembut tadi.

Dengan malasnya Karsh ke ruang tamu. Dihempas tubuh ke sofa sambil mata ralit dengan Iphone 5 miliknya. Tersenyum-senyum aje.

" Mum, did you call me...just to keep your mouth shut?"

" Ingatkan dah pekak telinga tu. Dah tak dengar mama panggil," sindir Puan Jesnita. Angin satu badan dengan kerenah anak tunggal dia ni. Masa kecil dulu tak adalah perangai mengalahkan panda ni. Pemalas!

" Aduh, ma. I'm wearing my headphone...so didn't heard your screaming," Karsh sudah mula bosan. Ingatkan dia cuti, bolehlah rehatkan otak yang dah tepu dengan semua pelan-pelan yang sudah bersepah di atas meja kerja.

" Mama rasa macam dah ada kat New York...tak pun London. Kita ni orang melayu, Karsh. Kan elok gunakan bahasa kebangsaan kita," bebel Puan Jesnita. Karsh mengerling si mama yang sibuk melipat kain. Sentap beb. Kena perli dengan ibu sendiri. 

" Chilllah, ma. Karsh tersasul aje. Kat office Karsh banyak handle business dengan orang luar. So, terbiasa," balas Karsh. Kini dia menumpukan sepenuh perhatian pada mamanya. Takut dibebel lagi.

" Boleh pun cakap melayu. Ingatkan masih kat London lagi. Ni...mama nak bagitahu Karsh, malam ni kita ada dinner dengan kawan baik papa kat The Regency. Kawan papa tu baru balik dari England," jelas Puan Jesnita.

" England, ma? Kawan papa yang mana satu?" 

" Ingat tak uncle Ferhad?"

" Uncle Ferhad? Oh...yang anak dia tu suka menunduk aje tu ke, ma?" Karsh mula menempel di sebelah Puan Jesnita. Moodnya berubah dek terfikir gadis berusia lima belas tahun yang pernah ditemui ketika ke rumah Uncle Ferhad. Siapa yang tak pelik apabila melihat gadis itu sentiasa menunduk dengan hooded sweatshirt di badannya. Dah macam takut dengan orang saja lagaknya.

" Ingat pun. Yang tulah. Entah macam manalah anak perempuan dia kan? Mama sendiri tak pernah tengok rupa dia. Berahsia sangat," Karsh tersenyum nipis. Mamanya juga curious dengan gadis pelik itu. Mungkin sekarang gadis itu dah masuk dua puluh lima tahun tak usianya? 


Seperti yang dirancang, Encik Hairi bapa si Karsh tu membawa Puan Jesnita dan Karsh ke The Regency. Awal-awal lagi Uncle Ferhad sudah tercongok di restoran mewah di The Regency. Namun, mata Karsh masih belum dapat menangkap seorang gadis berhooded swaet. 

" Duduk, Ri. Dah lama tak jumpa...makin berisi badan kau," usik Uncle Ferhad. Encik Hairi ketawa kecil.

" Kau pun apa kurangnya. Meet my wife and my only son. Rasanya dah sepuluh tahun kita tak jumpa kan?"

Mereka menagambil tempat masing-masing di meja yang boleh memuatkan dua belas orang itu. 

" Makin handsome Karsh sekarang ni. Uncle pun hampir tak kenal," Karsh bersalaman dengan Uncle Ferhad.

" Biasa aje, uncle," Mahu blushing Karsh di puji begitu. Terserlah lesung pipit di pipi kirinya senyum. Cover perasan handsome. Tsk.

" Eh, Fer. Mana isteri dengan anak kau? Tak nampak pun," Pelik juga Encik Hairi apabila tidak nampak kelibat ahli keluarga Uncle Ferhad.

" Ada. Kejap lagi dia orang turun. Bukan kau tak tahu anak aku tu. Mana suka nak keluar tempat public macam ni," balas Uncle Ferhad. 

" Masih macam dulu jugak ke, Fer?" soal Puan Jesnita ingin tahu.

" Macam tulah, Jes. Tak berubah langsung. Tak ada kawan. Asyik terperuk dalam rumah...tak bercampur dengan dunia luar. Nasib baik nak belajar. Itu pun pergi kelas...balik kelas sharp. Dah tak melencong tempat lain. Kelas pukul lima habis, pukul limalah dia nak kita ambil kat kolej," jelas Uncle Ferhad tentang perangai anaknya yang agak pendiam itu.

Auntie Karina iaitu isteri Uncle Ferhad muncul dengan senyuman manis dibibir. Dibelakangnya tersembunyi seorang gadis yang berhooded. Siapa lagi kalau bukan Elliana, anak mereka. Ditundukkan wajah ke bawah. Entah apalah yang nak disoroknya.

" Apa khabar, Jes?" 

" Baik aje, Karina..."

" Semua dah ada...makanan pun dah terhidang. Apa lagi jomlah kita...makan," Ingatkan apalah Uncle Ferhad ni nak buat pengumuman.


Elliana sendirian di tepi pantai. Hujung minggu itu Uncle Ferhad dan Auntie Karina ada majlis perasmian cawangan baru mereka di Malaysia yang diadakan di Desaru Damai Beach Resort, Johor . Elliana yang memang anti dengan dunia luar itu sahlah tidak akan menyertai ibu bapanya. Dia lebih suka bersendirian di tepi pantai ini.

" Hai, pasir. I'm Elliana. My parent call me...Syifa. But...I doesn't like it. Do you know why? Sebab Elliana Asy Syifaa suka orang panggil dia...Elliana. Tapi tak apa sebab Elliana tahu...mummy dan daddy suka nama tu," Elliana berbicara sendiri. Dia tersenyum.

" Elliana Asy Syifaa," Elliana tersentak dek terkejut dengan satu suara garau seorang lelaki. Dia menunduk. Lebih senang menatap pasir daripada melihat gerangan suara itu.

" Hey, jangan takut. Saya, Karsh Dya Danish. Anak kawan daddy awak. Remember?"

" Yes," jawab Elliana perlahan. Entah Karsh dengar atau tak dia tak pasti.

" Kenapa awak duduk kat sini?" Karsh duduk di atas pasir. Elliana meinginjak sedikit. Tidak suka dirinya didekati orang.

" If I'm not mistaken...you're not mute or deaf right? So, why don't you just answer me?" Elliana mendengus geram.

" Saya tak suka bercakap dengan orang asing," kata Elliana tanpa nada. Tangannya bermain dengan pasir pantai. Ingin melarikan diri, dia terkaku.

" You JUST talk to me, Elliana. Boleh saya tahu kenapa awak selalu sembunyikan wajah awak? Atau muka awak buruk?" Laser juga mulut si Karsh ni.

" You can judge me...whatever you want. I don't care and...I don't really care," Elliana pantas bangun. Namun wajahnya masih ditundukkan.

" Hey. Elliana!" Karsh cuba menghalang Elliana dari terus pergi namun gagal. Gadis itu tetap melangkah. Hatinya semakin kuat untuk mendekati Elliana.


" Kahwin, pa?" Encik Hairi mengangguk. 

" Karsh bukannya muda lagi. Dah nak masuk tiga puluh tahun pun. Nak tunggu siapa lagi? Kali ni aje kami mintak Karsh kabulkan permintaan kami," sayu sekali suara Puan Jesnita.

" Dengan siapa? Karsh mana ada calon, pa, ma..."

" Kami ada calon," Serentak Encik Hairi dan Puan Jesnita bersuara.

Hah? Musykil Karsh dengan senyuman nakal papa dan mamanya. Apa lagi helah kedua orang tuanya itu pun dia tak tahu.

" Siapa?" tanya Karsh tanpa perasaan. Kena paksa kahwin time tengah tak ada mood nak kahwin kan. Mahunya tak berangin.

" Syifa..."


Sehingga sekarang 'Syifa' masih berdengung di kepala Karsh. Pensel yang digunakan untuk melukis pelan dilepaskan dari tangan. Badannya bersandar di kerusi empuk. 

" Syifa? Elliana? Elliana Asy Syifaa?" 

Masih terngiang di kepalanya gadis berhooded itu menyebut namanya. Masih jelas. Dia langsung tidak nampak apa keistimewaan gadis itu di matanya. Entah apa yang ibu bapanya fikir ketika ingin berbesan dengan Uncle Ferhad pun dia tak tahu. Karsh melepaskan keluhan berat. Memang berat jika asyik terfikir gadis yang baginya itu...extra ordinary.




Elliana berkali-kali menatap wajahnya di cermin. Betulkah esok merupakan hari 'pembukaannya'? Belum pernah sesiapapun yang melihat wajahnya selain daddy dan mummynya. Argh! Ini yang dia lemah. Dijegilkan matanya. Tak ada kerja lain agaknya si Elliana ni. Esok dia akan menikah...namun bilik yang sudah siap dihias itu dipandang kosong. 

" Syifa, are you there?" 

" Yes, mummy..."

" So...how, bakal pengantin baru? Nervous tak? Esok dah nak jadi isteri orang. Dah tak boleh nak sembunyi-sembunyi lagi," Elliana memeluk Auntie Karina erat. Macam nak jerit saja...biar satu dunia tahu dia tak nak kahwin!

" Macam nilah, mummy. Mummy tak marah kan... Syifa just tunggu aje dalam bilik esok?"

" Ish, taklah. Memang kalau mengikut adat pun...selalunya penganti perempuan tunggu aje dalam bilik. Jangan risaulah. Mummy yakin...Karsh akan jaga anak kesayangan mummy dengan baik..." 

Diciumnya ubun-ubun Elliana penuh kasih. Auntie Karina dan Uncle Ferhad berharap sangat sikap Elliana yang suka menyendiri itu dapat diubah. Mungkin Karsh ada cara untuk mengubah Elliana agar anak mereka tidak perlu malu-malu lagi bergaul dengan manusia lain di muka bumi ini. Hah, ambik kau!


Karsh teragak-agak untuk melangkah masuk ke dalam bilik Elliana. Buat pertama kalinya dia akan menatap wajah Elliana. Entah si Elliana tu tempah baju penganti berhooded jugak...tak ke haru. 

" Hah, tunggu apa lagi pengatin lelaki. Masuklah sarungkan cincin," panggil si mak andam. Terliuk lentok dah menengoknya.

" Assamualaikum," Dengan salam Karsh masuk ke kamar yang dihias itu. Serentak degupan jantung Elliana mulai laju. Dia hanya menunduk sahaja. Tanpa hooded di kepala. Hanya baju penganti berona putih direka sendiri oleh mummynya. Kepalanya dilitupi oleh veil nipis dengan perincian ringkas. Wajahnya putih melepak itu terserlah. 

" Waalaikumsalam," jawab si mak andam. 



Karsh melabuhkan punggungnya di sebelah Elliana yang sedang duduk di birai katil itu. Mak andam menghulurkan tangan kiri Elliana kepada Karsh. Dengan penuh sopan tangan kiri Elliana disambut Karsh. Lembut. Karsh menyarungkan cincin ke jari manis Elliana perlahan bagi menuruti permintaan jurugambar. Setelah itu, giliran Elliana pula ingin menyarungkan cincin di jari manis suaminya. Bukan sejuk lagi tangannya.

" Assalamualaikum, Elliana Asy Syifaa," Karsh memberi salam tatkala bibirnya menyentuh dahi Elliana. Dan kini matanya tertancap ke wajah Elliana. Pandangannya dimatikan pada wajah yang hanya ditutupi mekap nipis. Indah sekali ciptaan-Nya di pandangan Karsh. 

" Waalaikumsalam, Karsh Dya Danish," jawab Elliana perlahan. Namun Karsh masih mampu mendengar suara lembut itu.

Elliana yang selama ini hanya dikenali dengan imej berhooded kini sudah mendapat carta di dalam hati Karsh. Dia berharap wajah yang disembunyikan dulu akan menjadi mimpi indahnya sepanjang hidup.


" Kenapa nak sembunyikan your beautiful face?" soal Karsh ingin tahu. Elliana yang sedang menyidai telekung dan sejadah di penyidai terhenti pergerakannya. 

" Pernah dengar...kecantikan seorang gadis lebih baik ditontonkan untuk suaminya sahaja? Itu apa yang saya lakukan..."

" Kenapa tak bertudung...berniqab? Kalau itulah yang awak maksudkan," tukas Karsh lembut. Dia membaringkan badannya yang letih ke tilam.

" Mungkin saya masih belum terbuka untuk itu. Menutup aurat itu wajib tapi caranya....tak semestinya memakai tudung," balas Elliana lembut. Dia perlu menghormati Karsh memandangkan lelaki itu sudah sah menjadi miliknya. Ceh...

" Then...awak menunduk sebab...?

" Jaga pandangan. Di tempat saya...banyak perkara yang perlu saya hindarkan dari pandangan mata saya," jawab Elliana. Dia masih berdiri di sisi penyidai.

" Maksud awak...make love in public?" Mak oi. Merah terus pipi si Elliana ni. Straight to the point betullah si suami ni. Haisshhh...

" Something like that..."

" Come here. Your place was here after I've shake...kadi hand," Karsh menepuk lembut tilam. Elliana melangkah ke katil lambat-lambat. Perasaan malu pada Karsh masih menebal. Dia bersimpuh sambil menunduk. Karsh menggaru keningnya. Hailah, bini oi. Dengan suami sendiri pun nak malu.

Karsh menarik bahu Elliana lembut agar menghadapnya. Diangkat dagu si isteri agar memandangnya. Pandangan mata Elliana yang tajam itu menatap wajah Karsh buat pertama kalinya. Baby face? Or not?

" Elliana, I'm your husband now. So, please. No more malu-malu macam ni. It's quite weirdo. Just act like...when you with daddy and mummy. Until now, I'm still guessing...what the character you are," Elliana tersenyum. Karsh terpaku.

" I'm a bit...nakal. But sometime...genial. And I'm very sure...awak akan penat melayan saya yang banyak mulut ni," Kali ini, Karsh membulatkan matanya. Mahunya tak terkejut dengan perubahan yang sangat ketara di hadapannya.

Gadis yang dulunya dianggapnya hodoh...kini cantik dipandangannya. Yang dulunya pendiam....kini pandai berkata-kata. Dan yang mebuatkan dia terpikat...senyuman si isteri. Tanpa sedar, Karsh mengucup bibir Elliana. Si isteri yang terkejut dek tindakan mengejut itu terbeliak matanya. First time weh kena cium dengan lelaki. Eh...kecil-kecil adalah kena kiss dengan daddynya.


" Sayang...please be careful," Elliana terhenti di pintu rumah. Dia berpaling.

" Abang, Elliana baru aje nak jejak kaki masuk dalam...tak payahlah menjerit," Karsh tersengih. Terlebih sudah.

" Okay, sorry. Jom masuk. Sengaja nak sayang berhenti sebenarnya. Nak jalan sekali," Elliana buat muka. Itu saja?!

" Abang......" Meleret saja sebutannya. " Boleh aje abang cakap...nak jalan dengan Elliana, kan?" Elliana menampar bahu Karsh kuat. Sengaja nak buat dia terkejut saja.

" Sorrylah. Ni mesti baby boy sebab mama dia bukan main angin lagi," kata Karsh sambil mengangkat keningnya. 

" Kalau berangin aje...memang baby boy ye, abang?"

" Agaknyalah. Garang semacam aje..."

Karsh memimpin isterinya ke sofa. Mesti dah letih. Sakan bershopping barang-barang bayi hampir seharian. Elliana kini sudah bertudung labuh mengikut fesyen terkini. Dan dengan bantuan si suami...Elliana kini sudah boleh meninggalkan kehidupan lamanya yang seumpama hidup dalam dunia gelap itu. Sekarang ni bukan main banyak mulut lagi si Elliana tu berbual dengan jirang sebelah petang-petang. 

" Abang, nak air. Hauslah," minta Elliana manja. Karsh mengangkat keningnya sebelah. Semakin manja pula sejak mengandung ni.

" Iyalah. Duduk aje kat sini...abang ambilkan," Karsh berlalu ke dapur. 

Elliana menyelongkar beg-beg barangan bayinya. Dia mencari sesuatu yang telah dibelikan untuk suami tercinta. Keadaannya yang sedang mengandung tujuh bulan itu menyukarkan pencarian. Dah tak boleh nak menunduk macam dulu lagi dah. Baby bump kacau!

" Sayang cari apa tu?" tanya Karsh apabila melihat Elliana menyelongkar beg-beg itu.

" Cari ni!" Karsh tersentak. Elliana tersenyum manis. Dia menepuk sofa agar si suami duduk di sebelahnya. Karsh meletakkan gelas berisi susu di atas meja kopi. Dia duduk di sebelah Elliana.

" Apa ni?"

" This is for you..."

Karsh mengambil sebuah album gambar yang penuh dengan gambar-gambar mereka sepanjang setahun menjadi suami isteri. Diselak satu persatu. Setiap gambar mempunyai catatannya yang tersendiri. Dalam setahun...pelbagai kenangan manis yang telah mereka cipta. 

" I love you, Elliana Asy Syifaa," Karsh mencium dahi Elliana sebelum memeluk isterinya erat.

" I love you too...abang. Terima kasih sebab dah serikan hidup Elliana yang dulunya gelap. Terima kasih jugak sebab abang dah inspirasikan agar Elliana sembunyikan wajah Elliana dari tontonan ramai," Karsh tersenyum lebar.

Disebabkan Karshlah, Elliana terfikir untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan wajahnya. Dia berharap agar semua itu hanya dihadiahkan untuk suaminya sahaja. Ketika mereka berjumpa beberapa tahun yang lalu, Elliana tidak pernah terfikir untuk berhooded. Namun dia terdengar...Karsh yang ketika itu berusia dua puluh tahun mengatakan dia lebih suka jika bakal isterinya menjaga setiap pergaulan dan tingkah lakunya.

Sejak itulah Elliana terfikir untuk terus berhooded. Dengan itu...dia dapat memenuhi permintaan Karsh. Walaupun bukan Karsh yang menjadi suaminya, dia tetap akan berbuat demikian. Alhamdulillah... Dia ditakdirkan untuk menjadi isteri kepada penyebab dia terus berhooded.

" I'll always love my extraodinary girl. And really hope it will remain until Jannah..."

" Me too..."


TAMAT

6 comments: