Thursday, 3 October 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 10


“ You!” jerit Trisha sambil memeluk leher Azaril.

“ Amboi…tadi tak adanya nak peluk ibu macam tu,” rajuk Puan Sri Kamalia.

“ Ha’ah. Trish tak pernah peluk baba macam tu pun. Ini tak adil,” Tan Sri Amzan juga bersekongkol dengan isterinya.

“ Alolo…meh sini,” Trisha melepaskan pelukan di leher Azaril. Dia memeluk kedua orang tuanya dengan erat sekali. Siap diciumnya sekali. Azaril tersenyum lebar.

“ Dah…dah. Pergi tidur. Esok Aril nak kerja. And…suami kesayangan Trish dah makan kat bawah tadi,” Trisha menoleh ke belakang. Azaril tersengih.

“ Okay. Goodnight,” ucap Trisha kepada ibu dan babanya.

“ Selamat malam, ibu, baba,” ucap Azaril pula.

“ Selamat malam…”

Azaril menarik Trisha masuk ke dalam bilik dan dikunci pintu bilik.

“ You datang sini kenapa?”

“ Kejap lagi you tanya, eh. I nak mandi dulu,” Azaril mengambil tuala yang digunakan Trisha tadi dan terus berlalu ke bilik air.

Trisha termangu sendiri. Dia membelek Wilbear kesayangannya.

“ Do he love me, Wilbear? Why did he came here? Just to see me?” Apa sahaja Wilbear yang tak bernyawa itu tahu? Trisha memandang pintu bilik air dengan penuh tanda tanya. Tak tercapai dek akalnya kenapa sang suami datang ke sini.

Trisha turun dari katil dan duduk di lantai berlapikkan karpet berbulu gebu. Dia mendudukkan Wilbear di sebelahnya. Perasaan apakah yang dia rasa ketika ini? Chill, Trisha. Jantungnya berdebar. Kenapa ni? Sebelum ni tak ada pun nak berdebar bagai. Ini yang musykil. Trisha bangkit dan mengambil buku kesukaannya di rak buku. Dia membaca kembali muka surat yang ditandanya dulu.

“ Act like a lady…think like a man?”

“ Hmmm…”

“ What are you trying to know, Trisha?” Azaril duduk di sebelah Wilbear.

“ Nothing. Just throw back what I’ve read before,” jawab Trisha. Dia meletakkan buku itu di lantai. Semakin laju jantungnya berdetak.

“ Who’s the writer?” soal Azaril.

“ Steve Harvey…”

“ Trisha,” Trisha berpaling ke sebelah.

“ Why are you here?” Azaril mengeluh kecil. Trisha menunggu jawapan dari Azaril dengan sabar. Banyak persoalan di dalam mindanya sekarang.

“ My soul was gone…with my beloved wife. So…I was here to get back my missing soul,” jawab Azaril tenang.

“ Your soul? With me?” Azaril mengangguk. Dia mengalihkan Wilbear dan diletakkan di atas katil. Dia merapatkan dirinya dengan Trisha dan membawa isterinya ke dalam pelukannya.

“ Yes…with you. Do you remember the song that I love to sang before?”

“ Ahah, way back into love,” jawab Trisha. Mestilah dia ingat.

“ Why not…we sing it? But this time…I want we spread all our heart into the song. Get the feeling. Get it?” Trisha mengangguk perlahan.

Azaril mencapai Iphonenya di birai katil dan memainkan muzik Way Back Into Love nyanyian duet Hugh Grant dan Drew Barrymore.

Trisha menarik nafasnya dan dihembuskan perlahan.

I've been living with a shadow overhead,
I've been sleeping with a cloud above my bed,
I've been lonely for so long,
Trapped in the past,
I just can't seem to move on!

Giliran Azaril pula meluahkan perasaannya.

I've been hiding all my hopes and dreams away,
Just in case I ever need 'em again someday,
I've been setting aside time,
To clear a little space in the corners of my mind!

Azaril dan Trisha saling berpandangan.

All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
Ooo hooow

Trisha memeluk suaminya dengan lebih erat lagi. Azaril mendengar setiap bait lagu yang dinyanyikan isterinya. Sudah lama dia ingin berduet lagu kegemarannya itu bersama Trisha. Namun, setiap kali dia ingin menyuarakan hasratnya pasti hatinya melarang.

I've been watching but the stars refuse to shine,
I've been searching but I just don't see the signs,
I know that it's out there,
There's gotta be something for my soul somewhere!

Trisha turut menghayati setiap bait umpama mendengar luahan suaminya. Kemudian dia tersenyum manis.

I've been looking for someone to she'd some light,
Not somebody just to get me through the night,
I could use some direction,
And I'm open to your suggestions.

Azaril menarik tangan Trisha untuk bangun. Mereka menari sambil menyanyikan lagu kegemaran Azaril. Trisha memaut lembut leher Azaril dan Azaril meletakkan tangannya di pinggang Trisha.

All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
And if I open my heart again,
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end!


Mereka saling berpandangan.

“ This is my…word to you,” bisik Trisha.

There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation

Dan sekali lagi mereka menyanyikan bahagian korus dengan penuh perasaan. Mata masing-masing sudah bercahaya. Cahaya apakah? Yang pasti mereka mempunyai perasaan yang sama saat ini.


All I wanna do is find a way back into love,
I can't make it through without a way back into love,
And if I open my heart to you,
I'm hoping you'll show me what to do,
And if you help me to start again,
You know that I'll be there for you in the end!

Hey,” Azaril mencium dahi Trisha lembut.

“ Malasnya nak bangun. Dahlah hujan…”

“ No. You kerja kan. Get up,” Trisha ingin bangun namun tangan Azaril pantas menarik isterinya ke dalam pelukan.

“ Alah, kerja tu bila-bila boleh masuk,” Azaril mengangkat keningnya.

“ Tak nak pergi kerja eh. Okay… Then, I tak payah balik rumah kitalah kan?”

“ No! No! No! Okay, I mandi dulu,” Trisha tersenyum menang. Dia kembali berbaring.

Dia langsung tidak menyangka perpisahan selama beberapa jam itu mampu meresahkan mereka. Dan yang paling mengejutkan Azaril turut menyayanginya. Dulu, bukan main suaminya itu mengatakan susah untuk menyayanginya. Akhirnya, Azaril sendiri yang mencari Trisha kembali. Lelaki dengan egonya takkan terpisah.

“ Dah lama buat kerja ni?” Azaril tersenyum.

“ Dah lama dah. Since…I ada isteri lagi…”

“ Oh ya? Kenapa tak mandi lagi?”

“ I kalau bolehlah kan…naklah mandi dengan wife I. Macam tak seronok pulak mandi sorang-sorang. Sejuk ni,” Trisha menampar belakang badan Azaril yang sedang meniarap itu.

“ Mengadanya. Pergi ajelah mandi,” Azaril menggeleng.

“ No!”

Hish, sabar sajalah!


“ Okay. Jom,” Azaril tersenyum nakal. Dah macam budak-budak biarpun dah masuk tiga puluh tahun.
note : Cheirumunayu memang suka buat scene nyanyi pun kan...=.=".....i love songs..hehe

5 comments: