Wednesday, 23 October 2013

Cerpen : My Husband, Amnesia?! 1

Dania Qaisara merenung lautan di hadapannya. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung halamannya. Terasa tenang pula di sini. Jauh sekali dia mengelamun. Macam-macam perkara yang memenuhi mindanya sekarang ini.

“ Hah!” sergah satu suara. Dania berpaling. Dia mengukir senyuman melihat kakak kesayangannya yang menyapa.

“ Nia tak terkejutlah, kak,” Rania melabuhkan punggungnya di sebelah Dania. Sudah lama rasanya tidak berbual dengan Dania sejak adiknya itu berpindah ke Kuala Lumpur mengikut suaminya.

“ Eleh, bukan main lipat maut lagi Nia menoleh. Tak terkejut lagi macam tu,” Dania tersengih.

“ Memanglah, kak. Orang buat gimmick aje tu. Kenapa akak datang sini? Tak menangis pula si manja akak tu. Kena tinggal,” Mata Dania kembali memandang laut di hadapan mata. Tenang rasanya.

“ Saja. Nak tengok adik akak ni buat apa kat sini. Kenapa tak bawa Aqief jalan-jalan kat sini? Entah-entah boleh pulih sedikit ingatan dia tu,” Dania mengeluh kecil.

“ Memang taklah mamat tu nak ikut cik kak oi. Orang nak cuit tangan dia sikit pun…dah tarik muka. Ni nak ajak jalan-jalan kat sini. Huissshhh, cabaran besar tu,” Dania buat muka tak puas hati.

Teringat lagi muka cemberut Taqief ketika mereka pergi ke pasar malam di pekan semalam. Baru terpegang sikit lengan si suami kerana ingin mengelak lopak…dah tarik muka empat belas.

“ Alah, kan dia tak ingat isteri dia ni dah. Lama-lama nanti dia ingatlah tu. Nia kenalah bersabar. Insya Allah, kebaikan menunggu,” Dania tergelak kecil mendengar hujah Rania.

“ Iyalah, kak. Tapi yang menjadi masalah sekarang ni…he does NOT recognize me anymore. Pada dia, I’m not more than maid in his house, kak. Gilalah macam ni…”

“ Iya…iya. Dah, jom balik. Aqief tengah mengurut dengan ummi tu. Mesti berkerut seribu encik hubby aka boss Dania Qaisara tu,” Mereka berdua bangun serentak.


“ Assalamualaikum,” Rania dan Dania memberi salam serentak.

“ Waalaikumsalam,” jawab Haji Johan perlahan. Tangannya sibuk menggulung rokok daun atau tembakau.

“ Nia, tolong ambilkan tuala bersih dengan air separa panas,” suruh Hajah Hanim. Dania berlalu ke biliknya untuk mengambil tuala sebelum ke dapur untuk mengambil air panas. Sempat dia menatap wajah berkerut Taqief.

“ Nah, ummi. Lama lagi ke tu?”

“ Kejap aje lagi ni. Aqief tahan sikit ya. Nak cepat sembuh…kena sabar,” Taqief mengangguk perlahan.

“ Eh, Haziq dah bangun?” Dania mendekati Rania yang sedang mendukung bayinya yang berusia enam bulan itu.

“ Hah, pergi kat mak usu awak,” Haziq merengek kecil namun masih mahu didukung mak usunya. Dania mendukung Haziq ke tepi beranda.

“ Ayah tengok orang tu macam tak sabar aje nak ada anak,” Haji Johan mengerling anak bongsunya. Dania tersengih.

“ Siapa aje yang tak nak anak? Tapi…Nia kan tak ada ‘suami’. Nak ada anak macam mana?”

Mereka ketawa tetapi hanya Taqief sahaja bersikap biasa. Taqief sahaja yang tak faham perkara sebenar. Dania memandang Taqief sebentar. Ada suami…tapi sayang suami sendiri dah lupa akan dirinya. Bukan setakat dia seorang sahaja Taqief lupa malah semua ahli keluarga dan kenalannya turut hilang dari ingatannya.

 “ Nanti dah ada ‘suami’…jangan tunggu-tunggu lagi dah. Terus aje buat anak…”

Dania menjegilkan matanya. Kurang asam betullah ahli keluarga dia ni. Adeh! Payah juga dapat ahli keluarga yang sangat sporting begini.

“ Dah siap. Nia, meh cuci kaki Aqief ni,” Dania menyerahkan Haziq kepada ibunya kembali.

“ Eh, tak apalah. Biar saya buat sendiri,” tolak Taqief. Dania mengerling kakaknya dengan keningnya sengaja diangkat. Rania membuat isyarat agar Dania buat saja. Biarkan reaksi si Taqief tu.

“ Muhammad Taqief Adrian, jangan degil ya,” Taqief terkebil-kebil memandang Dania yang sudah bersimpuh di hadapannya.

Dania mencapai tuala kecil dan dicelup ke dalam air yang separa panas itu. Kemudiannya dia mengelap kaki Taqief yang penuh minyak lembut. Dia meregang-regangkan sedikit pergelangan kaki Taqief.



Dania mengemaskan barang-barangnya. Tiba-tiba matanya terpaku pada frame gambar yang tersimpan elok di dalam laci meja soleknya. Bibirnya mengulas senyuman melihat gambar pasangan pengantin yang kelihatan bahagia itu. Entahkan ikhlas atau tidak, dia pun tak pasti. Gambar perkahwinannya dan Taqief dipandang sayu.

“ Ehem,” Taqief berdehem di muka pintu. Dania meletakkan kembali frame itu ke dalam laci. Taqief terpaku melihat Dania tanpa tudung. Dia terus berpaling ke belakang. Dania mengerutkan dahinya. Dah kenapa pulak mamat ni?

“ Did you just call me? Wanna say something?”

“ Yes. Can you please put on your tudung. Saya tak nak tanggung dosa tengok aurat awak,” Dania mengetap bibirnya geram. Namun, dia mencapai tuala di birai katil.

“ Dah. Kenapa?” Taqief menoleh ke hadapan.

“ Saya cuma nak tahu. Awak ikut saya balik KL?”

“ Yes. Kenapa? Tak suka? Saya kan maid awak. So, kenalah ikut awak balik KL,” balas Dania sambil menutup zip beg pakaiannya yang kecil itu. Kebanyakan pakaiannya berada di rumah Taqief.

“ Tak ikut tak boleh ke? Biar saya balik seorang,” Dania memandang Taqief tanpa perasaan.

“ Encik Taqief, saya dibayar oleh daddy dan mummy awak untuk…jadi maid awak. So, saya kenalah buat kerja saya. Ada lagi yang Encik Taqief tak berpuas hati,” Taqief mendengus. Dia berlalu.

Dania merentap tuala di kepalanya geram. Maid? Dibayar? Aku jaga kau sebab kau tu husband akulah! Jerit hati Dania.



Lewat malam baru Taqief dan Dania tiba di rumah keluarga Taqief. Mereka disambut Tan Sri Khalid dan Puan Sri Bahiyah.

“ Dah makan?” soal Puan Sri Bahiyah.

“ Dah. Dekat RnR tadi,” beritahu Taqief. “ Daddy, mummy…Qief naik dulu. Penatlah,” Tanpa berlengah Taqief terus menapak ke tingkat atas.

“ Ayah dengan ummi sihat, Nia?” Tan Sri Khalid bertanya.

“ Sihat, daddy. Ni hah, dia orang kirimkan banyak ikan masin favourite daddy dan mummy. Nanti bolehlah suruh Mak Yam gorengkan,” Lebar Puan Sri Bahiyah tersenyum.

“ Terima kasihlah. Tiba-tiba tekak ni nak makan ikan terubuk masin pulak,” Dania tersenyum.

“ Ish, abang ni. Esok-esoklah makannya. Dah lewat malam ni. Nia pergi naik atas rehat,” Puan Sri Bahiyah menyentuh lengan Dania seketika.

Dania naik ke biliknya yang terletak satu tingkat dengan Taqief. Sengaja ibu mertuanya berbuat begitu. Senang jika Taqief inginkan apa-apa. Lagipun sepatutnya Dania boleh sahaja tinggal sebilik dengan Taqief. Tapi…mengamuk pula si Taqief itu nanti. Sudahlah si isteri yang selalu menjaga nya dianggap orang gaji. Memang tak patut.


Taqief bergaya santai sahaja pagi itu. Berseluar pendek dan t-shirt round neck berona biru. Dania memandang Taqief yang sedang menghampiri meja makan sekilas. Terpaku pula dengan gaya santai si suami. Namun, cepat-cepat dia tersedar. Tak pasal tertangkap dengan Taqief pula dek terlalu mengusha lelaki itu.

“ Ummi!”

“ Sorry…sorry. Ingatkan awak perasan saya kat sini…”

“ Bagi salam boleh tak?” Dania mengusap dadanya. Jantungnya sudah berdegup laju dek terkejut dengan Taqief di belakangnya. Apa lagi…macam kena sampuk hantulah dia.

“ Bukan tadi awak dah nampak saya ke tadi?” tanya Taqief bersahaja. Dia berlalu ke peti sejuk dan dicapai sebotol jus orange.

“ Derrrr, saya ingat awak nak terus duduk kat meja makan. Mana nak tahu…awak nak masuk dapur,” balas Dania. Sempat dia menjeling suaminya. Eh, ‘boss’.

“ Nia, susu untuk Aqief dah siap,” beritahu Mak Yam.

“ Mak Yam minumlah susu tu. Orang tu dah habiskan sebotol orange juice pun,” Taqief tersedak. Mak Yam tersenyum melihat telatah suami isteri itu.

“ Kenapa Mak Yam yang buatkan. Not you?” Hailah, encik suami. Kalaulah awak tak hilang ingatan…pasti awak takkan pernah suruh saya sediakan air susu panas untuk awak, keluh Dania di dalam hati.

“ Nia tak suka bau susu, Aqief. Itu yang Mak Yam yang buatkan. Dah macam orang mengandung pula Nia ni,” Dania mengangkat keningnya. Mengandung? Dalam mimpi aje!

“ Tak ada maknanya, Mak Yam. Nia memang tak suka dari kecillah. Busuk!”

“ Iyalah. Dah, pergi duduk sana. Nanti Mak Yam hidangkan mee goreng…”

Taqief dan Dania berlalu ke meja makan. Sempat lagi mereka berbalas pandang. Gaya macam orang nak bergaduh sahaja.

Dania merebahkan badannya yang penat ke katil. Lega rasanya dapat berbaring sebentar. Dari pagi sampailah ke malam, dia sibuk melayan kerenah Taqief. Semakin mengada pula pak cik tua itu. Namun, dia senang kerana lelaki itu seperti sudah boleh menerimanya. Kalaulah kemalangan enam bulan lalu tidak berlaku, pasti sekarang dia tengah bahagia dengan Taqief.

Mungkin ada hikmah daripada kemalangan itu. Masih terbayang suara ceria Taqief saat mengajaknya ke hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Beria-ria. Mereka pergi ke hotel berasingan kerana Taqief ingin memberikan kejutan. Namun, Dania tidak menyangka Taqief akan kecelakaan ketika dalam perjalanan ke hotel.

Dania mengeluh kecil. Perkara itu sudah berlalu. Cuma sekarang dia perlu berusaha untuk memulihkan ingatan Taqief. Kaki Taqief juga sudah beransur sembuh dengan bantuan Hajah Hanim yang mengurutnya.


“ Dania!”

Dania menjeling ke pintu. Apa lagilah mamat ni nak? Lambat-lambat Dania membuka pintu biliknya.

“ Nak apa lagi?”

“ Tolong saya gosokkan baju ni. Esok nak pergi office,” Dania menyambut huluran Taqief. Kini, kemeja lengan panjang berona ungu dan seluar slack hitam bertukar tangan.

“ Iyalah. Kejap lagi saya gosokkan,” Dania menutup pintu biliknya kembali. Taqief mengangkat keningnya lalu dia ke tingkat bawah. Haus pula tekaknya. Hendak menyuruh Dania buatkan air, takut pula apabila melihat muka masam gadis itu.



“ Tak tidur lagi, Aqief?” tanya Mak Yam yang kebetulan ke dapur.

“ Belum, Mak Yam. Haus pula,” jawab Taqief. Dia berlalu ke sinki dan mencuci mug yang digunakan.

“ Dania dah tidur?”

“ Belum kot. Kenapa, Mak Yam?”

“ Ini, hah. Tadi dia ada suruh Mak Yam ambilkan baju kelawar dia kat luar. Taqief tolong bagi kat Nia ya. Sakit lutut Mak Yam ni nak naik tangga tu,” Taqief mengambil baju tidur Dania.

“ Terima kasih,” ucap Mak Yam. Dia kemudiannya berlalu ke bilik.

Taqief berfikir seketika. Namun, digagahkan juga kakinya melangkah ke bilik Dania. Bukan jauh mana pun. Sebelah bilik dia saja pun. Taqief mengetuk pintu bilik Dania. Tiga kali ketuk masih tiada jawapan. Dia memulas tombol pintu, tak berkunci. Patutlah tak ada sahutan, Dania tiada dalam bilik rupanya. Taqief masuk ke dalam bilik Dania. Dia meletakkan baju kelawar pink itu di atas katil.

Pintu bilik air terbuka dari dalam tiba-tiba. Mata Taqief terhala ke bilik air. Membulat matanya melihat Dania hanya bertuala sahaja dengan rambut yang panjang itu disanggul tinggi. Dania terpaku melihat Taqief di dalam biliknya. Namun, tidak pula dia lari. Taqief menghampiri Dania yang tercegat di hadapan pintu bilik air itu. Sesak nafasnya melihat kulit putih mulus itu.

“ A…awak nak buat apa ni?”

Taqief hanya membiarkan soalan Dania. Entah kenapa dia rasa sangat bernafsu melihat Dania begitu. Nafsu lelakinya mula bergelora. Sudah ditahan namun dia masih gagal melawan. Ditariknya badan Dania agar rapat dengannya. Taqief membenamkan bibirnya ke leher jinjang Dania.

“ Aw…awak. Taqief…behave,” Taqief memagut bibir Dania pula. Membuatkan Dania terdiam.

“ I want you,” bisik Taqief romantik. Dania menelan air liur kasar.

Dia tidak kisah jika Taqief menginginkannya. Sebab dia tahu Taqief merupakan suaminya tetapi tidak Taqief. Bagi Taqief…dia hanya orang gaji sahaja. Asal Dania terlupa memakai tudung sahaja pasti ditegur oleh Taqief.  Tersentuh pun lelaki itu sudah tarik muka. Ini bukan main lagi Taqief nakkan dia.

“ Taqief. I’m on…only…your…maid,” kata Dania bersusah payah. Taqief asyik benar mencium lehernya. Dania menggeliat kecil dek kegelian.

Taqief mencempung tubuh kecil Dania dan dibawa ke katil. Sempat dia menutup lampu bilik dengan menggunakan remote control. Hanya lampu bilik air sahaja yang menerangi bilik itu. Itu pun hanya samar-samar. Dania cuba menolak tubuh sasa Taqief namun gagal. Taqief merentap tuala yang menutup tubuh badan Dania.

Malam itu, Dania menjadi milik Taqief sepenuhnya. Dia tergoda dengan sentuhan lembut Taqief. Taqief langsung tidak berkasar dengannya malah tubuhnya dibelai lembut. Dan, Dania sangat menyukainya. Kesucian yang dijaga untuk suaminya akhirnya benar-benar menjadi milik Taqief. Walaupun sudah hampir tiga tahun mereka berumah tangga, tetapi Taqief belum pernah menyentuhnya.

Dania langsung tidak menyangka Taqief akan bersama dengannya juga. Tetapi, dalam keadaan berbeza. Dia disentuh ketika lelaki itu langsung tidak mengingatinya sebagai isteri. Dania terjaga. Dia melihat jam di dinding. Baru pukul empat pagi. Dia menoleh ke sebelahnya. Taqief tidur dengan lena sekali.

Dia melihat tubuhnya yang tanpa seurat benang itu. Nasib baik ada selimut yang menutup aib mereka itu. Buatnya ada orang yang masuk ke biliknya waktu ini, mahu demam seminggu. Taqief bergerak kecil.

“ Saya akan bertanggungjawab kalau awak mengandung,” ujar Taqief dengan suara yang serak. Taqief memeluk pinggang Dania. Dania hanya membiarkan.

“ Maksudnya?”

“ Kita kahwin,” Dania menyembunyikan senyumannya. Kita dah kahwin pun, Muhammad Taqief Adrian.

“ Awak yang cakap macam tu ya. Jangan nanti lari pulak,” Sengaja Dania berkata begitu.

“ Tapi dengan syarat…”

“ Syarat?” Taqief mengangguk perlahan sambil mendekatkan kepalanya ke dada Dania. Dania mengusap rambut Taqief yang berserabut itu.

“ Awak kena layan saya bila saya inginkan. Awak tak boleh menolak,” Dania termangu. Layan dia?

“ Jaminan?”

“ I like the way you…treat me last night. I want it…again,” Dania termalu sendiri.

“ Macam mana kalau Tan Sri dan Puan Sri tahu? Awak tak takut?”

“ Dia orang takkan tahu. Bilik kita kat tingkat atas kan. Lagipun, tak ada siapa yang akan naik ke sini selain kita berdua,” balas Taqief selamba. Dania masih ingin menduga.

“ Since when…awak sanggup buat dosa, berzina macam ni? Awak tahukan berzina itu sangat berdosa,” Taqief mengeluh perlahan.

“ I can’t take off my eye from you, Dania. Then, let’s just get married. I’ll tell daddy and mummy. Awak pun bagitahulah ayah dan ummi awak,” Dania tersenyum kecil.

“ Buat masa sekarang saya tak bersedia nak kahwin,” Dania bersuara tegas.

“ Then, I can’t let you go. Biar aje kita berzina,” kata Taqief. Dia mencium lengan Dania yang terdedah. Ah! Nafsunya bergelora kembali. Dania mula gelabah apabila Taqief sudah menindih tubuhnya. Tsk, again?!


Sejak itu, Taqief sering mendatangi Dania. Hampir empat bulan sudah hubungan itu berlangsung. Walaupun Taqief sudah kembali bekerja, namun itu langsung tidak membuatnya berhenti untuk bersama dengan Dania. Dia sendiri melihat Dania tidak kisah akan itu. Mestilah tak kisah, dah mereka sah sebagai suami isteri pun. Siapa Dania untuk menolak kehendak suaminya. Cuma Taqief sahaja yang tidak tahu.

“ Qief, breakfast dulu,” panggil Puan Sri Bahiyah. Taqief menghampiri meja makan dengan wajah lesu.

Dania menghidangkan nasi goreng yang digoreng Mak Yam ke pinggan.

“ Awak, saya nak roti bakar,” pinta Taqief selamba. Tiada selera pula hendak makan nasi goreng.

“ Okay. Kaya or jem?”

“ Kaya,” Dania menyapu roti dengan kaya dan diletakkan roti itu ke dalam pinggan Taqief. Taqief memandang roti itu kosong. Kemudiannya dia menarik tangan Dania. Dania terduduk di kerusi sebelah Taqief.

“ Nak suap,” kata Taqief manja. Dania memandang Puan Sri Bahiyah. Ibu mertuanya itu mengangguk. Dilayankan sahaja permintaan Taqief itu.

Dania menyuap roti bakar yang telah disapu kaya ke mulut Taqief. Ingatkan cuma sekeping, tetapi lima keeping dimakannya. Naik angin Dania dibuatnya. Disua air orange kegemarannya tak nak. Nak jugak Dania bancuhkan Nescafe panas. Puan Sri Bahiyah mula pelik dengan perangai anak tunggalnya.



Rupanya perangai manja Taqief berlarutan sehingga seminggu. Pening kepala Dania melayan. Dah macam melayan budak-budak. Langsung tak ingin orang lain, dia hanya nak Dania sahaja yang memasak, menyuap dan menjaganya. Melampau!

“ Awak demam ni. Kita pergi klinik eh,” Taqief menggeleng. Dipeluknya Dania erat. Dania mengusap kepala Taqief diribaannya lembut.

“ Awak jaga saya pun…” Taqief pantas ke bilik air. Dia memuntahkan segalanya. Dania pantas mendapatkan suaminya. Dia mengurut belakang leher Taqief. Sakit apa Taqief ni?

“ Awak nak pergi mana?” soal Taqief apabila Dania ingin berlalu keluar. Dia berbaring di atas katil. Lemah rasanya kaki ingin melangkah saat itu.

“ Turun bawahlah…”

“ Tak payah. Temankan saya,” Dania mengerutkan dahinya. Namun, dia masih menghampiri Taqief di katil. Taqief pantas menarik tangan Dania agar rapat dengannya. Mata Taqief terperasankan sesuatu. Huk! Dia terpaku.

“ Hey, kenapa ni?”

Tangan Taqief mendarat di perut Dania. Memang agak terbonjol perut Dania saat itu. Apatah lagi Dania hanya mengenakan singlet ungu yang mengikut bentuk badan dan kemeja longgar tanpa mengenakan butang.

“ I think…you’re pregnant, Dania…”

“ What do you said?”

“ You’re pregnant,” Dania terlopong. Tangannya mengusap perutnya. Memang benar perutnya agak membuncit.

“ Pregnant?!” Puan Sri Bahiyah menyerbu masuk ke dalam bilik Taqief. Taqief bingkas duduk. Dania hanya berlagak selamba.

“ Mummy, Qief janji…Qief akan kahwin dengan Dania. Semua salah Qief, mummy. Qief yang mulakan dulu. Qief yang paksa Dania layan Qief,” Dania menyembunyikan senyumannya. Terasa lucu pula mendengar penjelasan suaminya tanpa dipinta.

“ Tapi anak tu tetap…bukan anak yang sah jugakkan?” Taqief menunduk. Tidak sanggup rasanya melawan panahan mata mummynya itu.

Dania dan Puan Sri Bahiyah saling berpandangan. Puan Sri Bahiyah mengenyitkan mata kepada menantu kesayangannya itu.

“ Mummy, please…”

“ Mummy tak sangka satu-satunya anak mummy sanggup buat mummy dan daddy begini. Kenapa tak fikir dulu sebelum bertindak? Tengok sekarang ni. Apa kita nak jawab pada ibu bapa Dania?”

“ Qief tak tahu. Setiap kali Qief tengok Dania, Qief tak boleh kawal hati dan nafsu Qief. I want her to be my girl,” Dania memandang Taqief di sebelahnya. Mahu terkeluar biji matanya melihat suaminya menangis. Puan Sri Bahiyah turut terkejut.

“ Mummy, dahlah tu. Dah nangis buah hati Nia,” Dania memeluk leher Taqief. Taqief tersendu di dada Dania. Semakin manja pula si Taqief ni. Harap muka saja handsome, badan sasa tapi manja.

“ Okay…okay. Mummy surrender,” Puan Sri Bahiyah naik ke katil. Dia menggenggam tangan Taqief.

“ Qief, dengar cakap mummy ni…”

Taqief mengangkat wajahnya. Puan Sri Bahiyah mengusap wajah kacak anak tunggalnya yang penuh dengan air mata itu lembut.

“ Dah nak jadi papa pun…manja lagi. Kesian Dania nanti. Mana nak layan anak…papa dia lagi. Qief baik kan,” Taqief mengangguk perlahan. Dania tersenyum.

“ Qief dah tak payah kahwin dengan Dania…”

“ Mummy…”

“ Dengar dulu. Masa Qief sedar dulu, siapa yang Qief nampak dulu?”

Mata Taqief melirik ke Dania di sebelahnya.

“ Qief ingat saja-saja Nia nak tunggu Qief? For your information, Qief dan Dania dah lama kahwin. Nak masuk tiga tahun pun,” Taqief menegakkan badannya. Dia memegang kepalanya kuat. Rasa sakit sangat.

Dania dan Puan Sri Bahiyah tersentak.

“ Tak apa, mummy. Biar Nia yang jelaskan,” Puan Sri Bahiyah mengangguk.

“ Mummy turun dulu. Ada apa-apa nanti, panggil mummy,” ujar Puan Sri Bahiyah sebelum menghilang ke tingkat bawah. Dalam hati mengucapkan syukur jika benar menantunya itu mengandung.

“ Awak, pandang saya,” Dania kini berhadapan dengan suaminya. Taqief memandang Dania sayu.

“ Betul apa yang mummy cakap. I’m your wife. So, kita tak pernah melakukan zina. Awak ingat saya nak bagi ke awak sentuh saya…if kita tak ada apa-apa? Saya bukan sejahat tu. Saya masih tahu lagi dosa pahala.”

“ Kenapa tak beritahu saya awal-awal?”

“ Awak yang terus panggil saya maid. Daddy dah bagitahu kan masa kat hospital. Tapi awak tak percaya. Nak sangat anggap diri tu single,” Taqief tersenyum kecil. Dipeluknya Dania erat.

“ Sorry. I didn’t know…that you was my wife. Saya yang tak nak percaya dulu…takkan saya ada wife sebaik awak,” Dania mengerutkan dahinya.

“ Means?”

“ Awak tahu kan saya…playboy. Dah berapa banyak perempuan yang tidur dengan saya…”

“ Mana awak tahu? Awak hilang ingatan kan?”

“ Yupp. You know what? Sepanjang empat bulan ni…kerap sangat saya terima kunjungan macam-macam jenis perempuan yang datang office. They tell me that I’ve sleep with them. Saya terkejut sangat. Macam tu sekali…perangai saya dulu,” Dania tersenyum. Dia memegang tangan Taqief.

“ That’s the old you. Awak dah berubah selepas berkahwin. Awak juga dah berguru dengan seorang ustaz tanpa pengetahuan saya. Malam awak accident…sepatutnya awak ada date dengan saya. Tapi…”

“ Jadi…saya dah berubah?” Dania mengangguk.

“ Yes. Mummy yang bagitahu.  Kalau tak…saya pun tak tahu awak dah berubah.”

“ Macam mana kita boleh kenal? Boleh kahwin?” Dania menarik nafas panjang. Panjang cerita ni. Hehehe…


“ Hmmm…awak yang ajak saya kahwin. Masa tu…”

2 comments:

  1. ingin mencari pendapatan lebih? ini bukan satu penipuan, ramai yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya mengikuti laman web ini, dengan hanya mendaftar secara percuma anda dapat menjana pendapatan lebih. Just click this website:http://www.theweeklypay.com/index.php?share=359926

    ReplyDelete