Friday 4 October 2013

Cerpen : Abracadabra Love 1

Abracadabra is an incantation used as a magic word in stage magic tricks, and historically was believed to have healing powers when inscribed on an amulet. The word is thought to have its origin in the Aramaic language, but numerous conflicting folk etymologies are associated with it. Many consider that the word “Abracadabra” is actually a Hebrew phrase meaning “I create (A’bra) what (ca) I speak (dab’ra).”

“ Just answer me, Ice. What do you want? Love or attraction?”

“ Why must I answer your question, Mr Hud Ammar? I don’t think my answer make sense,” Ice mengangkat keningnya. Tangan sibuk mengupdate status Twitter.

“ Huh? It does make sense. Or…you want to deny your feeling? Then, it’s okay,” Hud berlalu meninggalkan Ice di tengah café yang penuh dengan ragam manusia.



DUA BULAN YANG LALU

“ Ice, could you please…jaga kaunter. Need…toilet now!” Terkocoh Ice berlari ke kaunter.

“ Go…go,” halau Ice. Aleeya tersenyum nipis.

“ Hey, what’s up?”

“ Assalamualaikum,” Ice memberi salam.

“ Waalaikumsalam. Where’s my honey?” Terjenguk-jenguk bak ular tedung saja tengkuk lelaki di hadapan Ice.

“ Do you see anyone other than me…here?” Lelaki itu menggeleng. “ Then?”

“ That’s why I ask you…where is she?” Ice menjeling lelaki itu tajam.

“ Toilet,” jawab Ice sepatah.



“ Hud!” Ice tersenyum sinis dan berlalu dari kaunter. Biarkan dua merpati itu berkasih sayang di situ.

“ Kenapa dengan Ice? Berangin aje I tengok,” Aleeya memandang Ice di satu sudut café.

“ Ibu and ayah dia turunkan perintah…balik Malaysia. So, what do you expect…her expression then?” Hud ketawa kecil.

“ Hmmm? Then, how about you?” Aleeya mengangkat keningnya.

“ Me? I’ve found the new owner for my café. What do you think?” Terus berubah expresi muka Hud.

“ Tak boleh ke biarkan aje Ice balik seorang?”

“ No way! My brother takkan benarkan…”

“ Then, I will stay here…alone? Huh, it doesn’t make sense…okay,” Aleeya buat muka tak kisah.

“ Ikut ajelah kita orang balik Malaysia. Negara kelahiran you jugakkan. Even your parent was here, you can stay with us what…”

Hampir empat tahun, Aleeya dan Ice berhijrah jauh ke bumi  Amsterdam. Dengan keizinan Encik Ghaz dan Puan Ibtisam iaitu ibu bapa Ice, Aleeya dan Ice datang ke Amsterdam. Aleeya yang pada mulanya datang ke sini kerana melanjutkan pelajaran di University of Amsterdam dalam bidang business. Setahun kemudian barulah Ice datang ke sini di atas tujuan yang sama. Tetapi, Ice memilih bidang psychology.

“ Boleh eh? Hmmm, nanti I fikir dulu. Kenalah ask my parent juga,” Hud mengetuk jari telunjuk atas kaunter.

Tidak ramai customer pula hari ini. Mungkin bukan…peak hour lagi. Ice mencatat sesuatu di diarinya. Sudah menjadi rutin dia menulis sesuatu pada diarinya.

‘ I’m in heaven when you kiss me…’

“ Tak habis-habis dengan encik diari tu. Jom…jalan-jalan. Westerparks,” Ice memandang makhluk di depannya kosong dengan bibir dimuncungkan. Habit dia buat mulut itik macam tu. Biar terserlah lip orange favourite dia tu.

“ Tennis?”

“ Sure…”



“ Hey, mind…us join?”

“ Well, double player?”

“ Okay…”

Ice benci balik Malaysia! Satu pukulan kuat dilepaskan dan…of course pesaing tak dapat ambil. Off side! Ice dan Hud mula rancak bermain. Sampai keduanya keletihan.

“ Kenapa tak nak balik Malaysia?” tanya Hud sambil melepaskan lelah. Mereka duduk di sisi court tennis di Westerparks.

“ I hate…the people in Malaysia. I love be here. I’ve got many many many….friend. You know…they even don’t judge me as a bad girl. They accept me as I am,” Ice berkata dalam nada yang marah.

“ Siapa aje yang kata Ice kesayangan Chik Ya ni…bad girl. Tell me. I’ll make them like…this can,” Hud menggenggam tin Coke hingga kemek.

“ Sure? Tak takut Chik Ya marah?”

“ Nak takut buat apa?”

“ Chik Ya kan tak suka…BAD GUY,” Hud tergelak kecil.

“ Alah, untuk niece kesayangan dia kan. Takkan dia nak marah,” Ice tersenyum comel.

“ Betul jugak kan. Hmmm…then I want all that bitch…be like this can. Okay?” Hud mengangguk laju.


Dalam dok protes tak nak balik Malaysia…sampai juga Ice di bumi Malaysia. Sebal dipaksa Encik Ghaz. Namun, Ice masih meletakkan Malaysia…sebagai negara nombor satunya. Fuh, nasib baik.

“ Biar Chik Ya drive eh?” Ice bagaikan tak percaya Aleeya nak drive. Selalunya bukan main payah dia nak drive.

“ Erk? Boleh ke?”

“ Boleh aje. You tak pernah tengok I drive kan, B?” Hud menggeleng laju. Mata birunya memandang Ice dengan perasaan yang takut. Ice hanya menjongket bahu. Tanda tak nak masuk campur.

“ Jomlah cari kita punya kereta. Ayah cakap…Chevrolet merah…”

“ Found you…baby red,” kata Aleeya sambil bertepuk tampar badan Chevrolet merah yang dihantar Encik Ghaz semalam.

“ Cute ya…baby red. Whose car?”

“ Entah. B, angkat barang masuk bonet,” arah Aleeya. Dia selamat masuk ke tempat pemandu. Arrrggghhh, tak sabar rasanya nak drive.

“ Kurang garam punya Chik Ya. Meh Ice tolong eh, Chik Hud…”

“ Chik Hud? Sounds very weird, bad girl,” Ice buat muka tak kisah. Dia yang nak panggil kan.

“ Who cares?” Ice masuk ke tempat duduk belakang. Hud pula di tempat duduk sebelah pemandu.

“ Bismillahirohmanirahim,” Bagus! Inilah pemandu yang berhemah. Dimulakan dengan bacaan basmallah.

“ Let’s go!”


Bacaan Yaasin memenuhi ruang tamu rumah Encik Ghaz. Di satu sudut, seorang gadis berpakaian serba hitam…menahan tangis. Matanya hanya ditumpukan pada seorang gadis yang sedang terbaring dalam pakaian serba putih. Langsung tidak beralih mata itu dari jasad yang terbaring pucat di tengah-tengah ruang tamu.

“ Chik Ya minta…minta maaf. Nan…nanti Chik Ya tak drive…lagi eh,” Ice mengangguk laju. Digenggam tangan Aleeya kuat. Sedaya upaya dia menahan tangis. Dia kuat!

“ Hud…Hud,” Hud menghampiri Aleeya. Dia menggenggam tangan yang sebelah lagi.

“ Ya, honey…”

“ Ja…jaga Ice. Tolong…tolong I,” Ice menekup mukanya. Tak sanggup rasanya dia melihat insan kesayangannya yang dulu ceria, kini sangat lemah.

“ I janji. Dah…you rehat. Nanti kita borak lagi,” Aleeya menggeleng lemah.

“ Tak…masa I dah tak lama…”

“ Mengucap Chik Ya. Doctor kata…Chik Ya okay,” Aleeya cuba mengukirkan senyuman manis buat kedua insan yang dia sayang.

“ Chik Ya!”



“ Hud tinggal kat sini dulu ya,” pujuk Encik Ghaz.

“ Tapi…”

“ Tak ada tapi…tapi. Leeya baru aje pergi. Lagipun, kamu kat sini tak sampai seminggu lagi,” pujuk Puan Ibtisam pula.

“ Okaylah,” setuju Hud akhirnya.

“ Ibu,” panggil Ice. Dia memeluk ibunya manja.

“ Ada apa?”

“ Teman Raisya tidur. I can’t sleep. All I can see only…Chik Ya,” Tersentak ketiga-tiganya. Sampai begitu sekali Ice terbawa-bawa perasaannya.

“ Jom, ibu temankan. Abang, Ib naik dulu,” Encik Ghaz mengangguk.

“ Abang Ghaz tak pastilah sampai bila Raisya nak macam ni. Kak Ib pun susah hati tengok dia…”

“ Hmmm…apa kata abang Ghaz dan kak Ib pindah rumah baru,” cadang Hud. Encik Ghaz berfikir sejenak.

“ Elok jugak tu. Nanti abang Ghaz cuba discuss dengan kak Ib,” kata Encik Ghaz. Hud membelek telefon bimbitnya. Macam baru semalam dia berbual dengan Aleeya. Namun, Allah lebih sayangkan kekasih hatinya itu.



Setelah mencapai kata sepakat, Encik Ghaz membawa keluarganya berpindah ke rumah baru. Sengaja Encik Ghaz dan Puan Ibtisam memilih rumah di kawasan perumahan yang dihuni oleh mereka yang berkeluarga. Biar riuh sedikit. Tidaklah sunyi sangat. Dan…yang pasti Ice lebih selesa di sini.

“ Ice,” panggil Hud. Ice mendongak. Hud melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat di lama.

“ What should I do with…this?” Ice menunjukkan gambar-gambar yang dijumpai di dalam Chevrolet merah yang dinaiki mereka bertiga hari itu.

“ Where do you get this?” Hud membelek beberapa keeping gambar di tangannya serius.

“ Police gave it to me. And…until now I still confuse. Why all this picture in our car? Siapa lelaki yang ada dengan Chik Ya tu?”

“ I don’t know. And I even don’t know what’s going on here…”

“ Hmmm?”

“ Your dad said…dia dah pastikan that baby red in good condition before sent it to the airport,” Ice mengangkat keningnya.

“ Is it something not right here? Chik Ya excited nak drive sedangkan before this tak pernah pun Chik Ya nak drive. Or…semua ni berkaitan dengan  man in that photo?” Hud dan Ice saling berpandangan.

“ Esok kita pergi workshop. Maybe ada petunjuk yang boleh tolong kita dalam kereta tu,” Ice mengangguk setuju.




Seperti yang dijanjikan, Hud dan Ice ke workshop untuk mencari petunjuk di dalam kereta yang dihantar Encik Ghaz. Hud membuka bonet belakang. Manakala Ice cuba mencari di tempat duduk pemandu. Dah macam penyiasat lagak budak berdua tu. Habis diselongkarnya barang-barang dalam Chevrolet itu.

“ Auch!”

“ Sorry…”

“ Chik Hud, what is this?” Ice terjumpa bungkusan kecil di dalam kotak di antara tempat duduk pemandu dan pemumpang di sebelah.

Mereka keluar dari Chevrolet dan duduk di kerusi rehat di workshop itu.

“ Rantai? Cincin? And…the resit,” Hud mengeluarkan satu persatu barang di dalam bungkusan kecil itu.

“ Siapa punya? Siap dengan resit pembelian lagi. Let me try that ring,” Hud menyarungkan cincin itu di jari manis Ice. Padan!

“ It’s suit you…”

“ Jari Ice and Chik Ya sama saizlah. Eh, did you sarungkan kat jari Ice tadi?” Membulat mata Ice memandang Hud. Hud tersengih. Ice tumbuk bahu Hud selamba.

“ Chik Hud! That’s my husband yang punya. Ish,” Ice buat muka. Hud mengusap kepala Ice.

“ Alah, tersarungkan. Sorrylah. Ice yang kata nak try tadi. So, it’s happen…spontaneous,” Ice menjeling Hud tajam.

“ Kesian bakal hubby Ice…”

“ Tak ada maknanya. Dah, jom pergi makan. Lepas tu, Ice bawa CHIK HUD pergi kedai yang tertulis kat resit ni,” Hud bangun dan diekori Ice. Punya marah dengan Chik Hudnya sampai tak nak jalan sebelah. Dia ikut saja belakang Hud.


“ Ice...”

“ Hmmm…”

“ Tak panas ke pakai hooded sweat dalam cuaca panas macam ni?”

“ Kejap lagi hujan,” balas Ice senada. Dia kusyuk makan nasi goreng tom yam.

“ Eceh, apa ingat you tu pengkaji cuaca ke apa. Boleh tahu semua tu,” Ice mengangkat kening sebelah. Habit dialah tu.

“ Instinct. Chik Hud apa tahu,” Eheh, bangga sangatlah tu. Buatnya tak hujan? Mahu tergelak terguling tertiarap si Hud tu.

“ Whatever. Jauh tak kedai tu dari sini?”

“ Depan tu aje. Siapalah punya kerja yang boleh tinggal benda-benda macam ni dalam kereta. Buatnya mekanik kat workshop tu jumpa. Tak ke untung dia,” Hud pandang Ice tanpa perasaan.

“ Bebel,” Ini memang menguji tahap kemarahan Ice.

“ What? Hergghhh, Chik Hud yang ajak kita borak tadi. Cakap kita bebel pulak. Dahlah, makan sorang. Ice chau dulu nah,” Ice bangun dan mencapai topi dan telefon bimbitnya.

Ice memang slumber singa dia saja. Beg sandangnya sengaja biarkan Hud yang bawa. Rimas pula nak galas beg dengan hooded sweatshirt dia ni. Selagi tak malam, topi akan sentiasa melekat di kepalanya. Entah bila nak bertudung pun tak tahu.


Ice menunjukkan resit pembelian rantai dan juga cincin itu kepada pekerja di kedai emas. Pada mulanya mereka menolak untuk memberikan maklumat mengenai pembeli tersebut. Namun, setelah didesak Hud…pihak kedai emas menceritakan raut wajah pembeli tersebut. Hud yang merupakan pelajar jurusan architecture pantas melakar wajah pembeli di dalam diari milik Ice.

“ Terima kasih eh, cik,” ucap Ice sopan.

“ Sama-sama. Tak salah kita berbuat baik,” balas salah seorang pekerja kedai sambil tersenyum.

“ Chik Hud, kejap,” Ice memanggil Hud dengan tangan dilambaikan agar Hud menghampirinya.

“ What?”

“ Can I have this ring?” Hud memandang Ice dengan pandangan tidak percaya.

“ Are you crazy?”

“ Alah, Chik Hud belanjalah. Ice kan jobless. Tak macam Chik Hud…banyak duit,” Ice menayangkan muka seposen.

“ Alasan. You punya share café tu apa?”

“ Kedekutlah, Chik Hud ni. Baru tiga ratus lebih. Bukannya beribu pun,” Ice berjalan keluar dari kedai dengan rajuknya. Hud menggeleng. Perangai siapalah dia ikut. Arwah Aleeya tak macam ni pun. Manja betul.

“ Miss, wrap that ring and bracelet over there. Credit card?” Pekerja itu mengangguk.

“ Encik bukan asal sini?”

“ Hah? Asal sini tapi membesar kat oversea. Kenapa?”

“ Oh. Your eye…blue and that was nice,” Ramah pula pekerja perempuan tinggi lampai itu.

“ Hah, thanks,” ucap Hud. Dah kenapa perempuan ni? Senyum-senyum pulak, desis Hud.


“ Apa yang lama sangat kat dalam tu?” tanya Ice ingin tahu. Penat dia tunggu kat luar.

“ Ngorat that girl. Untung-untung boleh dapat cincin kahwin free,” jawab Hud selamba.

“ Ceh, gaya macam ada hati nak cari yang baru. Chik Hud jangan. Chik Ya baru je meninggal. Jangan buat hal eh. Ice halau Chik Hud balik Ams…”

“ Halau? Who cares?” Kurang asam punya mangkuk. Ice meloncat sedikit. Dia mengepit kepala Hud selamba. Mungkin mereka sudah rapat sejak di Amsterdam lagi. Jadi, Hud dan Ice langsung tidak kekok. Tambahan pula, Hud selalu menemai Ice ketika Aleeya sibuk di café.

“ Hey, main kasar eh,” Hud pula yang mengepit kepala Ice.



“ Ya Allah. Budak berdua ni. Ke mana? Dah malam baru nak balik?” Tudia. Puan Ibtisam punya senjata sudah dikeluarkan. Hud dan Ice tersengih.

“ Raisya bawak Chik Hud pergi jalan-jalan kat KL ni. Dia kan dah lama tak balik sini. Kan, Chik Hud,” Hud mengangguk.

“ Ha’ah, kak Ib. Berubah gila KL sekarang. Dulu, mana ada lagi semua benda tu…”

“ Tu zaman bila, Chik Hud?” usik Ice. Hud menyekeh kepala Ice. Bising aje.

“ Hmmm…macam-macam. Dah, pergi naik mandi. Dua-dua sekali. Kejap lagi…kita makan sama,” Ice menarik tangan Hud.

“ Jangan kasi tahu ibu dengan ayah. Nanti…tak pasal aje dua-dua kena halau balik Ams,” bisik Ice perlahan.

“ Baiklah, ambe menurut perintah,” Hud mengangkat tabik spring.


Dua hari kemudian, Hud dan Ice pergi ke cawangan Celcom untuk mengecam pemilik nombor telefon yang ditinggalkan di resit pembelian tersebut. Pencarian mereka mula menunjukkan kesan positif. Gambar, alamat dan nama si pembeli rantai dan cincin itu juga sudah berada dalam genggaman mereka. Hanya tinggal nak ambil tindakan sahaja.

Ice memandu kereta Myvi milik Puan Ibtisam ke alamat yang ditemui mereka. Agak susah juga kerana dia sendiri sudah lama tak balik ke Malaysia. Kereta itu pula tiada GPS. Nasib baik, orang sekeliling ada yang membantu. Sebaik tiba di rumah itu, Hud dan Ice berpandangan sesame sendiri. Rumah kosong!

“ Betullah alamat ni. Tapi…kenapa macam tak ada penghuni pun,” Ice menjenguk di sekitar rumah itu. Lalang, sampah sarap dan apa lagi? Rasanya merekalah penghuni rumah itu. Bukan manusia.

“ Cuba tanya jiran sebelah,” Hud bergerak ke rumah sebelah. Salam diberikan.

“ Assalamualaikum, mak cik…”

“ Waalaikumsalam,” jawab wanita dalam lingkungan 50-an yang tinggal di rumah sebelah.

“ Maaf ya, mak cik. Kami ganggu mak cik…”

“ Eh, tak mengapa. Ada apa anak berdua ni datang ke sini?”

“ Macam ni, kami datang ni sebab nak cari orang yang duduk kat rumah sebelah ni. Mak cik kenal tak pemilik rumah ni? Tak pun, penyewa ke?”  

“ Hmmm…rasanya dah lama rumah ni kosong. Dulu ada jugaklah penghuni tapi sejak tiga tahun lepas…rumah ni kosong ni aje,” jelas mak cik itu.

“ Mak cik kenal dengan orangnya?” soal Hud.

“ Ish, mak cik pun tak berapa nak ingatlah. Yang mak cik tahu orangnya lelaki,” Ice mengeluarkan glassy paper dan ditunjukkan pada mak cik itu.

“ Orang ni ke, mak cik?”

“ Hah, rasanya inilah orangnya. Mak cik ingat lagi parut kat pipi dia ni. Tapi…dia ni pendiam. Tak pernah ditegurnya penduduk kat sini,” Hud mengukirkan senyuman.

“ Boleh kami tahu siapa lagi yang tinggal dalam rumah tu selain lelaki ni?” Hud memandang Ice pelik. Kenapa soalan ni pula yang di soal?

“ Tak silap mak cik…dia selalu jugak bawa perempuan balik. Siang ajelah. Bila hari dah petang, perempuan tu pergi…”

“ Ini ke perempuan tu?” Ice menunjukkan gambar seseorang kepada mak cik itu. Mak cik itu mengangguk laju. Hud dan Ice terkesima.


“ Chik Hud!” sergah Ice. Hud tersentak kecil.

“ Apa?”

“ Alah, relaxlah. Kita tak tahu…the truth behind this lagi. Be patient,” Macam Hud tak tahu, Ice sendiri pun terkejut.

“ Kat mana nak cari that guy? Buntulah,” Hud menampar meja kuat. Geram pula apabila pencarian mereka menemui jalan buntu.

“ Hmmm, I’ve got an idea. How about we…pecah masuk rumah tu? Maybe ada clue ke?” Hud memetik jarinya.

“ Brilliant. That’s my…bad girl,” Hud mengusap kepala Ice kasar.  Ice tersenyum nipis. Bad girl, huh! Dah penat makan nasi agaknya.


Dengan bantuan dari pembantu mereka, Hud dan Ice dapat juga masuk ke dalam rumah itu. Siapa yang jadi mangsa bantu mereka buat kerja jahat ni? Encik Ghaz dan Puan Ibtisamlah. Dah macam gaya perisik dah orang tua berdua tu. Kalah X-file, Detective Conan segala tu. Dek kerana terpaksa pecah masuk rumah orang, mereka perlukan Encik Ghaz dan juga Puan Ibtisam. Nasib baik rancangan mereka diterima baik.

“ Be carefull,” pesan Hud. Sudahlah tengah malam. Hanya torchlight saja yang bantu mereka. Ice memegang erat sweater Hud. Encik Ghaz dan Puan Ibtisam pula di bahagian dapur.

“ Chik Hud, tengok ni,” kata Ice perlahan. Dia menunjukkan beberapa helai kertas yang berterabur di atas meja kopi di ruang tamu. Hud menyuluh helaian kertas itu.

“ Cerai?”

“ Cuba tengok nama siapa…”

Mohd Johan! Nurul Aleeya! Ice ketawa kecil.

“ Ssshhh, kenapa?”

“ Your blue eye…macam kucing,” Hud meluku kepala Ice. Boleh pula buat lawak waktu ni.

Ice mengusap kepalanya yang sakit diluku itu.

“ Takkan Leeya pernah kahwin? Ice takkan tak tahu?”

“ No. Kalau tahu…mestilah Ice kenal dengan husband dia tu…”

“ Ex-husband,” Ice tersengih. Chik Hud cemburu!

“ Okay, ex-husband…”

Ice menarik kertas yang tersepit di laci cabinet TV. Perjanjian Johan dan Aleeya?

“ Apa tu?” tanya Hud sambil menyimpan helaian kertas tadi ke dalam begnya.

“ Entah. Perjanjian Johan dan Aleeya,” Hud menarik kertas itu. Dia turut memasukkan kertas itu ke dalam begnya. Balik rumah nanti baru siasat.

“Hud, Ice,” Encik Ghaz dan Puan Ibtisam muncul di ruang tamu.

“ Ada jumpa apa-apa tak, ayah, ibu?” soal Ice. Encik Ghaz menggeleng.

“ Semua pekakas dapur tu dah berhabuk. Means, dah lama rumah ni tak ada penghuni. Ibu nak kita berempat jalan sekali. Jangan terpisah,” Hud dan Ice menyembunyikan senyuman mereka. Pandai Puan Ibtisam bagi idea. Macam tak tahu Puan Ibtisam takut.

Mereka berempat mula bergerak ke bilik-bilik yang terdapat di dalam rumah itu.

“ Kita masuk bilik ni dulu,” Hud mengetuai masuk ke dalam itu. Dengan hanya bantuan dari torchlight kecil, mereka cuba mencari maklumat yang mungkin dapat membantu.

“ Oh mak aku…mak kau,” latah Ice sambil memeluk lengan Hud. Mana taknya, tiba-tiba bunyi sesuatu terjatuh. Puan Ibtisam sudah beristighfar. Siap dengan Ayatul Kursi lagi terkumat kamit dibibirnya.

“ Positif,” kata Hud pendek. Ice mengangguk. Namun, lengan Hud masih dipegangnya. Goose pimples!

Beberapa minit kemudian, mereka ke bilik sebelah pula. Dan…memang sangat mengejutkan! Bilik itu penuh dengan gambar-gambar Johan dan Aleeya. Keadaan katil juga berselerak. Hud berlalu ke meja solek dan diikuti Ice. Encik Ghaz dan Puan Ibtisam berlalu ke bilik air.

“ Chik Hud, apa Chik Ya dah buat ni?” Hud hanya menggeleng. Dia sendiri tak percaya perempuan kesayangannya tak seperti yang dibayangkan. Selama ini, Aleeya memang seorang perempuan yang baik baginya.



Hud meletakkan kesemua bahan-bahan siasatan di atas meja makan. Senang sikit kerja mereka. Dah boleh buka pusat detective rasanya.

“ Okay, kita mulakan dengan gambar-gambar ni. Ice tolong susun ikut tarikh kat bawah tu,” Ice menurut arahan Hud.

“ Abang Ghaz…surat-surat ni,” Encik Ghaz mengambil surat-surat yang terdampar di atas meja. Dia menyusun satu persatu surat itu mengikut tarikh penghantaran.

“ Kak Ib siapkan makanan,” kata Puan Ibtisam sebelum berlalu ke dapur. Hud meneliti surat nikah dah juga surat cerai yang dijumpai mereka.

“ Ayah, Chik Hud…Ice peliklah. Kenapa Johan and Chik Ya tinggalkan semua ni kat rumah tu? Chik Ya langsung tak bagitahu kita semua ni. Johan pulak…hilang entah ke mana,” Ice menyatakan pendapatnya.

“ Ayah pun pelik. Kalau Chik Ya nak kahwin…mesti kena bagitahu ayah. Ayahkan wali dia,” Encik Ghaz mengerutkan dahinya.

“ Maybe dia orang kahwin dekat Siam?” Puan Ibtisam muncul dengan sedulang air sirap sejuk.

“ Boleh jadi. Ice kan rapat dengan Chik Ya. Takkan tak perasan apa-apa? Maksud Chik Hud, mana dia pergi…pukul berapa dia balik…dengan siapa dia keluar?”

“ Hmmm, maksudnya empat tahun lepaslah kan? Time tu Ice busy dengan my studylah. Arwah Chik Ya rehat lima bulan before sambung kat Ams. Kalau kita orang keluar pun, just kita dua ajelah. Tak pernah pula arwah bagitahu pasal boyfriend dia ke apa,” jelas Ice.

“ Kak Ib?”

“ Tak ada. Cuma sebelum dia pergi Amsterdam…dia ada kerja kat kedai buku. Itulah yang dia bagitahu kak Ib…”

“ Kedai buku? Kak Ib tahu kedai buku tu kat mana?” Puan Ibtisam mengangguk.

“ Raisya, that bookstore…you selalu pergi situ,” Ice mengangguk laju.


“ Okay, esok kita pergi kedai tu. Mungkin ada yang still kenal dengan arwah lagi…”

bersambung....

No comments:

Post a Comment