Selamat Malam.
tahu dah lewat malam. saja menggedik nak buat teaser. hehe. let's jom godek-godek teaser kita.
Suamiku Peminat A Pink!
apa ke bendalah cerpen ni. entahlah. CIA punya idea nak buat cerpen ni time tengok RunningMan. ada pulak a pink. terfikirlah nak buat cerpen ni. hehe. itulah sejarahnya. here we are...
“Yana, tolong saya betulkan aerial TV kejap,” suruh Emir tanpa
mengangkat wajahnya dari dada Iphonenya. Senyuman diulas melihat tarian A Pink.
Erk!
Dayana menjeling suaminya. Fail
kerja di tangan dihempas kuat ke meja. Tadi minta dia ambilkan handphone di bilik. Terpaksalah dia
tinggalkan kerja yang melambak dan berlari anak ke tingkat atas. Kini, diminta
pula betulkan aerial! Takkan dia kena
panjat bumbung, betulkan aerial?
Huwaaa! Ya Allah, Kau betulkanlah otak suamiku ini, pinta Dayana.
Air mata mula bertakung di tubir
mata. Tiba-tiba sensitif pula dia malam ini. Dipandang kertas-kertas yang
berterabur di atas meja. Semuanya perlu dihantar esok pagi. Dayana bersandar
malas di kerusi kayu. Matanya cuba memandang si suami yang sedang elok
berbaring di sofa. Televisyen terpasang bukannya dia tonton. Hanya dibiarkan
sahaja. Siaran pula terganggu. Buang karan saja.
“Tutup ajelah TV tu. Bukannya awak
tengok pun. Buat habis duit aje bayar eletrik,” tingkah Dayana.
“Alah, pakai remote aje pun. Bukannya kena panjat atas bumbung tu. Itu pun nak
kena ajar ke?”
“Iya? Then, awaklah yang buat. Banyak lagi kerja yang saya kena buat ni.
Esok pagi dah kena submit. Awak
bukannya buat apa-apa pun,” Emir merenung isterinya dengan pandangan tajam.
Dayana tidak menghiraukan pandangan
itu. Dengan pantasnya dia mengemaskan fail dan kertas-kertas yang berterabur.
“Naik dulu,” Dayana melangkah ke
tingkat atas. Namun, dia tidak ke bilik tidur. Tetapi ke bilik tetamu.
Dikuncinya pintu bilik itu. Biarlah apa nak jadi pun. Biar Emir tahu dia sedang
berjauh hati.
p/s : so, this is for our a pink fan. tsk. taklah. untuk semualah. hope semua suka. :D
Vampire Housemate
kindly made for yana. :D. here goes your vampire. harap maaf, baru siap separuh. menguji minda dan jiwa nak buat cerpen ni since kena ada kajian sikit pasal benda-benda cenggini. so, the entry maybe around the corner. i'll try my best. fighting! the teaser for this is...
“Kiddo, ada orang barulah,” Sepasang
tangan berotot bermain dengan seekor hamster di satu sudut.
Chit!
“Relakslah, Kiddo. She won’t harm
you. I will ‘teach’ her. Don’t worry,” Diusap kepala kecil Kiddo.
Mungkin Kiddo sudah terbiasa dengan
wajah pucat tuannya. Jadi, kelibat tuannya itu sudah tidak diendahkan. Asalkan
dia diberi makan dan dapat bermain, sudah cukup. Cuma, jika tiba waktu malam…
Kiddo tidak akan berani menampakkan diri. Seboleh mungkin dia menyembunyikan
diri.
*****
“Mama!”
Jeritan Aiden terdengar di seluruh
pelusuk rumah. Rasanya, jiran-jiran pun boleh dengar.
“Diam boleh tak?”
“Mama! Help me!” Sekali lagi Aiden
menjerit. “Mam…”
“Aku suruh kau diamkan? So, shut
up!” Mulut Aiden berjaya ditekup oleh seseorang.
“Aw… awak siapa?” soal Aiden sebaik
sahaja mulutnya dilepaskan.
“Ask me again… this night,” Aiden
tercengang. Sungguh pantas pergerakan makhluk Allah itu. Hilang terus dari
pandangan. Pintu bilik sahaja yang dok bergoyang dek makhluk itu meloloskan
diri.
“Mak ai, bullet train,” Pandangan
Aiden jatuh ke sisinya. Darah! Membulat mata gadis itu.
p/s : vampire housemate. entah jadi entak tidak. harap-harap menjadilah. hehe. sabar arh untuk VH. will harm you very soon!
Ahhahah..suka2..lagi2..bravo my friends terharu giteww..hehe
ReplyDeleteyeay. jangan nangis yo. buruk. hahaha
DeleteAik, pendek aja? Tak sambung panjang sikit ke?
ReplyDelete