Camping…
Hari Pertama
Dek
mereka bertolak malam, jadi aktiviti malam itu hanyalah memasang khemah dan
terus tidur. Seawal jam lima pagi, Azman sudah mengejutkan mereka semua. Mereka
akan berkumpul di surau kampung untuk sesi tazkirah pagi. Pensyarah bertugas
sudah sedia menunggu di surau. Dengan liatnya para pelajar itu bangun pagi. Yang
susah bangun pagi, lagilah sengal. Sampaikan Azman perlu membunyikan inhaler dari khemah ke khemah.
Nur
Dini yang tersedar, menenyeh matanya perlahan. Terasa sekejap sahaja dia tidur.
“Keyra,
Pija, bangun. Dia orang dah panggil tu,” kejut Nur Dini lembut. Keyra dan Pija
menggeliat malas.
“Malasnya.
Aku period. Korang pergilah,” kata
Pija malas. Masih mamai lagi agaknya.
“Keyra?”
“Aku on. Jom. Kau duduklah kat sini
sorang-sorang, Ja. Kat luar gelap lagi ni,” Keyra mencapai tudungnya dalam
mamai. Sengaja dia mengusik Pija. Tahu sangat si Pija tu memang liat bab-bab
solat ni.
Nur
Dini menyarungkan selendang. Diambilnya beg telekung dan dia membuka pintu
berzip itu perlahan. Dia menjengulkan kepalanya sedikit. Ah, sejuk. Dia kembali
masuk ke dalam khemah. Macam sejuk sangat saja nak keluar.
“Memang
kampung sejuk macam ni ke?” soal Nur Dini polos. Keyra tergelak kecil.
“Tak
adalah sejuk sangat. Jomlah,” Keyra keluar dari khemah dahulu.
Dia
menghampiri Azman di khemah hujung. Nur Dini memeluk beg telekung erat. Sejuk! Sweater yang tersarung pun tak dapat nak
menghangatkan badannya. Mungkin kerana khemah mereka berhampiran dengan waterfall, jadi memang sejuklah
pagi-pagi begini.
“Morning, sayang,” sapa Azman sambil
tersenyum. Ditilik sebentar wajah tanpa mekap itu. Dengan pipi memerah dek
terkena angin pagi. Macam cute je.
Azman rasa macam nak cubit saja pipi itu.
“Morning. Dah ramai ke yang bangun?”
Keyra menguap kecil.
“Ramai
apanya. You orang first yang keluar
tau bagi pihak perempuan. Student
lelaki dah ramai kat surau. Dua tiga orang aje yang liat lagi,” jawab Azman.
Nur
Dini berjalan perlahan. Hidungnya terasa geli seketika.
Aisyemmm!
Hambik kau!
“Oih,
sopanlah sikit nak bersin pun,” tegur Amar yang baru keluar dari khemah.
Aisyemm!
Perlahan sahaja kali ni. Nur Dini menjegilkan matanya seketika. Amar sedang
berdiri di hadapannya. Dengan kain pelikat menutup kepala. Hilang terus gaya gengster
dia tu. Dah macam budak tadika. Nur Dini gelak di dalam hati. Nak saja
dihamburkan tawa, tapi dia masih sedar di mana mereka. Nanti ada pulak yang
ingat pontianak sedang mengilai pepagi buta ni.
“Sebab
awak tak mandilah ni saya bersin…”
“Macamlah
kau tu mandi,” tukas Amar. Matanya sekejap di celik… sekejap pejam. Dah lama
tak bangun awal macam ni. Selalu dia bangun subuh, dah hujung-hujung waktu.
“Awak
tak bersin pun. Kiranya saya mandilah tu,” balas Nur Dini. Aisyemm! Sekali lagi
dia bersin.
Amar
menjeling gadis di sebelahnya. Nur Dini sibuk menggosok hidungnya dengan tuala
kecil. Comel! Namun, cepat-cepat Amar tergeleng. Terpuji pula.
“Mana
geng kau yang lain, Mar?” tanya Azman sebaik Amar dan Nur Dini tiba di
hadapannya.
“Entah.
Mengulor lagi kot,” jawab Amar sambil menoleh ke belakang.
“Haih,
mana student perempuan yang lain ni?
Takkan semua period kot…”
Aisyem!
Ketiga-tiga mereka memandang Nur Dini serentak.
“Sejuk
kat New York tak macam ni pun,” Nur Dini berkata selamba. Dah masuk kali ketiga
dia bersin.
“Ni
sejuk… first time masuk kampung kot,”
Keyra mengusap belakang Nur Dini perlahan. Memanaskan sedikit badan gadis itu.
“Kampung?
So, no water heater?”
“Hoi,
minah celup. Tak payah nak demand
sangatlah. Orang kampung mana guna water
heater,” tempelak Amar. Dia menarik kain pelikat erat. Sejuk!
“Sesuai
sangatlah kalau honeymoon kat sini
kan? Sayang, macam best aje,” Keyra
terkaku. Ish, dia ni. Bagi pelangkung baru dia tahu. Honeymoon?
Amar
pula tersenyum nakal. Nur Dini mengerutkan dahinya. Baru dua puluh satu tahun,
dah fikir honeymoon. Apada.
Aisyeemmmm!
“Tak
sesuai…” Aisyemm!
Bukan
main sakan lagi Nur Dini bersin. Apalah yang dok kacau hidungnya pun tak tahu?
Dia sendiri pun sudah penat bersin. Setiap kali bersin, pasti dia tidak lupa
mengucapkan… Alhamdulillah. Papanya pernah berpesan begitu kerana setiap kali
kita bersin, jantung kita berhenti berdenyut sesaat.
“Tak
sesuai apanya kau ni. Nampak sangat anak manja. Masuk kampung sikit, dah allergic…”
“Tak
sesuai honeymoon kat sinilah. Tak
malu dengan orang kampung ke?”
“Keyra
pun sependapatlah,” Keyra tersenyum lebar. Tak sangka ada juga yang mempunyai
pemikiran yang sama dengannya. Sama-sama perempuan kan. Pasti pemikiran pun
menjurus ke arah yang sama juga.
“Korang
perempuan, mana tahu,” ujar Azman.
Sebaik
Nur Dini buat gaya mahu bersin, Amar pantas mengepit hidung mancung itu.
Berlapik dengan kain pelikat dialah. Terus gadis itu tak jadi bersin. Tapi,
tiga saat kemudian… aisyemm! Cologne
Amar pula yang menyebabkan dia bersin kali ini.
“Jangan
pegang hidung oranglah. Bukan muhrim…”
“Berlapik
kot…” Aisyemmm! Amar mengangkat kening. Penyakit betul minah ni.
“Kami
masuk surau dululah, demam pulak mek Dini ni,” Keyra sudah menarik lengan Nur
Dini untuk berlalu ke surau yang tidak jauh dari situ.
“Eh,
kejap. Mar, kau pergi teman dia orang. Gelap kot nak sampai surau,” suruh
Azman. Sempat dia membuat isyarat berterima kasih.
“Hmmm…”
Amar mengekori
di belakang Nur Dini dan Keyra sambil membuang pandang ke sekelilingnya yang
masih gelap. Azman kembali membunyikan inhaler
di tangannya. Dia tak naklah tanggung dosa jika ada pelajar yang tidak bangun
solat. Lebih baik dia kejutkan mereka.
*****
Selepas
sahaja selesai solat subuh berjemaah dan tazkirah pendek dari ustaz kolej yang
dijemput khas, pelajar-pelajar bergerak kembali ke khemah. Kemudian, mereka ke tandas
yang disediakan untuk membersihkan diri. Setelah itu, mereka berkumpul di khemah
besar untuk bersarapan. Rata-ratanya, pelajar lelakilah yang paling cepat.
“Dini,
kau bersin lagi tak?” tanya Keyra, prihatin.
“Tak
dah. Lepas solat tadi, terus tak bersin dah. Pagi tadi sebab sejuk sangat kot,”
jawab Nur Dini sambil menyuap bihun goreng ke mulutnya.
“Nasib
baik tak demam. Tak seronoklah kalau demam time
camping macam ni. Nak buat apa pun tak selesa,” kata Keyra ramah.
Keyra
atau Syakira merupakan salah seorang pelajar terbaik fakulti mereka. Tapi,
gadis itu tidak sombong. Dia lebih bersikap terbuka. Nur Dini juga senang
berkawan dengan Keyra. Gadis itu pandai menjaga batasnya. Cuma, dia tak
berkenan dengan kemesraan Keyra dan Azman. Macam melampau saja. Keyra pula
seorang yang bertudung. Lagilah, tak elok dipandang.
“Nak join boleh?” Muncul Azman di belakang
Nur Dini. Keyra tersenyum manis.
“Boleh
aje. Anything for you, honey,” Azman
tersengih dan mengambil tempat duduk di sebelah Keyra.
Nur
Dini senyum nipis. Mulalah nak bermesra bagai tu. Ini yang dia lemah ni, Dulu,
di oversea… dia terpaksa menunduk
ketika berjalan. Tidak mahu terpandang sesuatu yang tak patut. Lebih-lebih
lagi, kehidupan orang putih sangat terbuka. Kadang-kadang, Nur Dini termalu
sendiri.
“Aku
pun nak join,” Dengan selambanya Amar
duduk di kerusi bersebelahan Nur Dini. Gadis itu menjarakkan sedikit kerusinya.
Ini
lagi sorang, mamat celup. Rasa macam nak lempar cakera saja sekarang ni. Pakai
pinggan. Mau putus kepala mamat-mamat ni. Jahatnya fikiran Nur Dini tika ini.
“Kau
memang suka Dini eh, Amar?” Tiba-tiba Keyra melontarkan soalan cepu cemas.
“Hello, aku pun ada taste okey. Aku tunggu awek aku, tak muncul lagi. Aku duduk ajelah
kat sini dulu. Daniel dengan Kaer… hmmm… sibuk dengan awek dia orang,” Nur Dini
membuang pandang ke sekeliling.
Kebanyakannya
duduk berpasangan. Dia terkeluh kecil. Ada yang dok cuit mencuit, bergelak
ketawa, tampar menampar. Kenapa dengan semua orang? Macam inikah gaya hidup
seorang Muslim? Dia sangka, balik ke Malaysia… tak ada lagilah budaya Barat
yang perlu dia lihat. Nampak gayanya sama sahaja.
“Dini,
kau okey ke?” tegur Keyra. Nur Dini tersedar.
“Aku
okey…” Seperti nak tak nak saja dia menjawab.
“Dua
orang kat depan kau ni… dah kahwin,” kata Amar perlahan. Nur Dini tersentap. Hah!
Dah kahwin?!
“Rahsia
tau, Dini. Tak nak yang lain tahu,” Azman mendekatkan jari telunjuknya ke
bibir.
“Awalnya
kahwin,” Nur Dini sengih nakal. Keyra membalas sengihan Nur Dini.
“Pilihan
keluarga, Dini…”
“Oh, congrates. Nak jugaklah kahwin awal,” Amar
mencebik.
“Ada
ke orang yang nak kahwin dengan kau? Sejuk sikit, dah bersin,” ejek Amar.
“Awak
kisah apa. Bukan awak yang nak jadi suami saya pun. Suka hati sayalah,” Azman
dan Keyra tergelak.
“Darling, puas I cari you. Kat sini
rupanya,” Geena memeluk bahu Amar selamba. Nur Dini yang tengok, macam nak
termuntah.
“‘Wifey’ awak dah datang. Pergilah. Shuhhh,” Amar menjeling Nur Dini rapat.
Ada ubi, ada batas. Ada can, aku balas.
Amar
terus berlalu mengikut Geena ke meja lain. Nasib badan dapat awek suka
menggedik. Dia juga yang dok melayan tu siapa suruh.
“Beranikan
kau, Dini. Kalau orang lain, memang tak beranilah cari gaduh dengan Amar tu.
Semuanya nak berbaik dengan dia,” ujar Azman.
“Ha’ah,
kami pun sebelum ni tak berani nak tegur dia. Ni first time aku berani sembang dengan Amar tu berdepan,” sambung
Keyra pula.
“Alah,
tak teruk pun gaduh dengan si Amar tu. Tak adalah dia kacau teruk-teruk lagi. Cuma,
bertikam lidah tu… dah biasa. Tak adalah gengster mana pun,” balas Nur Dini.
Pada
pendapatnya, Amar dan gengnya tak adalah teruk sangat. Mereka cuma nakal
sahaja. Kalau dibandingkan dengan seorang rakan dia yang pernah dibuli dengan senior student di universitinya dulu, Amar
boleh dikategorikan sebagai baik. Masih ada hati perut.
“Sebab
perempuan kot. Kalau lelaki, memang kena teruklah. Tayar motor, kereta wajiblah
dipancitkan atau dipecahkan terus. Kena pukul dah jadi rutin,” jelas Azman.
Terangkat
kening Nur Dini. Jauh bezanya pandangan mereka.
“Tapi,
saya tak buat pun semua yang Amar cakap tu. Tak terlintas langsung nak buat
benda-benda mengarut macam tu,” adu Nur Dini.
“Mungkin
ada orang yang nak kenakan kau kot. Adalah tu orang yang tak puas hati. Kau
jangan risaulah. Walaupun Amar macam tu, dia masih ada hati perut lagi,” Azman
cuba menyedapkan hati Nur Dini.
Nur
Dini hanya terangguk. Sebentar kemudian, dia tersenyum memandang pasangan muda
di hadapannya. Sweetnya! Fikirannya
bagai melayang sahaja. Nak saja dia suruh papa dan mamanya mencari jodoh
untuknya. Dia malaslah nak buang masa bercinta bagai. Mood gatal dia dah datang dah! Peninglah kepala papa mama dia nak
cari calon. Nur Dini ni pun boleh tahan cerewet juga dalam bab-bab mencari
pasangan hidup.
p/s : part 3 punya macam mana? okey tak? heee
okay2.... kira pnjg lagi ek? Hehehehehe
ReplyDeleteBest2... Akak pndai uat ek cerpen? ♥
Hehehehe... syg kak ♥
hehe. tq, dik. panjanglah jugak. pandai sikit2 ja. tak expert pun. syg dik balqiz jugak. :D
Delete