Hai! Eh,
Assalamualaikum! Aku, EsTee. Tu nama
glamour aku aje. Nama penuh aku, Sara Tihany. Sedap tak nama aku? Kredit kepada
ibu dan abah untuk nama yang sangat meletop ni. Oppss! Disebabkan nama aku
panjang, kawan-kawan masa sekolah aku dulu panggil aku ST je. Tapi, nak sweet sikit aku tulis kat semua tempat yang aku
suka, EsTee. Baru comel gitu. Okey,
terlebih puji.
“Tihany,
turun!” Hah, yang suara kuat macam bom tu ibu aku, Puan Umaira. Walaupun suara
ibu aku macam bom, ibu aku cantik tau. Kalah Che Ta. Hehe.
“Kejap,
ibu. Nak pakai tudung,” laung Tihany menjawab sahutan ibunya dari biliknya di
tingkat atas.
“Awak ni.
Cuba perlahankan sikit suara tu. At least, kurangkan volume dari enam belas kepada
sepuluh ke,” Tudia! Abah kita dah bersuara di sebalik surat khabar dia. Hmmp!
That’s my father, Encik Akhbar. Abah aku handsome tau. Padanlah dengan ibu aku
yang cantik tu. Dan, sudah pastilah menurun kepada anak gadis mereka yang
seorang ni kan? Perasan sekejap.
“Kalau
Maira perlahankan volume suara ni, tak dengar pulak anak abang kat atas tu.
Kang terlambat pula dia ke tempat kerja. Nanti mengadu pulak kat kita ni yang
dia kena marah dengan bos. Ish, malas nak mendengarnya, bang,” Encik Akhbar
menjeling isterinya dengan ekor mata.
“Ikut
suka awaklah, puan isteri oi,” Melebar sengihan Puan Umaira. Tuan suami dah
malas nak menegakkan benang yang dah tak basahlah tu. Tahu sangat sikap suka
mengalah suaminya itu.
“Abah,
ibu… Hany balik lambat sikit eh hari ni. Laila ajak singgah mall kejap. Teman
jumpa bakal suami dia,” Tihany melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan
dengan Encik Akhbar.
Tangan
kanan laju mencedok mee goreng kegemaran ke dalam pinggan.
“Lambat
tu pukul berapa?” tanya Encik AKhbar.
“Emmm, Hany
pun tak surelah, abah. Nanti apa-apa hal, Hany call abahlah,” jawab Tihany lalu
menyuap mee goreng ke mulut. Sempat juga dia melihat jam di pergelangan tangan
kirinya. Masih awal lagi.
“Mall
yang dekat dengan office Hany ke?” soal Puan Umaira pula. Tihany hanya
mengangguk dek kerana mulut penuh dengan mee goreng.
“Ibu pun
nak pergi mall tu jugak petang nanti. Dengan mama Hasni,” beritahu Puan Umaira.
Dia menuangkan air milo panas ke dalam cawan dan diletakkan di hadapan Tihany.
“Mama
Hasni? Buat apa, bu?”
“Nak cari
barang hantaran katanya. Dua minggu lagi ada yang nak datang meminang Azra,”
jelas Puan Umaira.
“Kak
Azra, bu? Bestlah. Dah jumpa calon,” keluh Tihany. Serentak itu, Encik Akhbar
dan Puan Umaira memandang anak gadis mereka. Macam orang berjauh hati pun ada
si Tihany ni.
“Tak nak
cari pengganti ke?” Sengaja Encik Akhbar ingin merisik khabar.
Selepas
Tihany putus tunang dengan Heykal si mamat sewel tu, dia belum mencari
pengganti. Malas katanya. Biar aje jodoh tu datang sendiri. Memang putus harapan
betul Cik Sara Tihany kita ni. Orang dah elok-elok sayangkan encik tunang,
tetiba pulak terputus. Mahunya tak meroyan minah ni.
“Dah
lambat ni. Hany pergi dululah,” Lagi lama dia disitu, semakin jauh pula ibu dan
abahnya melencong. Pening kepala dibuatnya. Sebelum keluar bekerja, sempat dia
meminta restu kedua ibu bapanya. Tak ada suami lagi kan? Ada suami nanti, minta
restu suamilah.
*****
“La,
future husband kau tu dah sampai ke belum?” soal Tihany kepada Laila yang
tengah sibuk bersms itu.
“Dah. Tengah
cari parking,” Okey, inilah Laila atau Nur Baiti Laila. Dialah sahabat baik aku
dunia akhirat. Ceyy. Iyalah sangat kan. Memang betul pun. Aku ada dia seorang
aje yang sudi jadi kawan setia aku. Yang lain tu ada tapi si Laila ni paling
kebaboomlah. Sebab dia baik… sporting… dan yang paling penting dialah
satu-satunya sahabat susah dan senang. Melambung aku puji kau, Laila. Tett!
“Kau nak
aku kacau daun ke aku kena pergi tempat lain?”
“Amboi,
kau. Kalau aku berani jumpa dia seorang, tak payah dah aku ajak kau…”
“Manalah
tahu kalau kau nak berduaan dengan dia kan. Nanti encik bakal suami kau tu rasa
aku mengganggu pulak,” Tihany tersengih sambil mengangkat kedua keningnya
berulang kali.
“Aku
debik kang baru kau tahu. Tak adanya mengganggu. Encik bakal suami aku tu stok
ustaz-ustaz kat masjid tau. Mana boleh berdua-duaan. Lagipun, kau kan tahu aku
lagilah tak suka,” tukas Laila.
“Iyalah.
Aku faham. Tapi nanti kalau kita terserempak dengan ibu, aku nak pergi menyibuk
dengan ibu tau,” maklum Tihany.
“Suka hati
kaulah, Sara Tihany. Janji kau bahagia,” Laila buat muka comel.
*****
“Assalamualaikum.
Sorry lambat,” sapa satu suara. Tihany dan Laila berpaling serentak ke
belakang.
“Waalaikumsalam.
Tak lambat sangat pun. Jemput duduk,” jawab Tihany bagi pihak Laila yang
tiba-tiba terkunci mulut itu.
Tihany
menoleh ke sebelahnya. Memang dia pelik tengok si Laila menggelabah semacam.
Selalunya mulut dia yang dok kepoh. Tak macam sekarang ni. Takkan segan dengan
bakal suami sendiri kot? Tihany menyiku pinggang Laila.
“Dah
order makan ke?” soal Irwan, bakal suami Laila.
“Belum.
Mek ni sibuk nak tunggu abang Irwan dulu,” Laila menjegilkan matanya kepada
Tihany. Tahulah sikap si Tihany tu. Buat slumber dia saja.
“Lah, ye
ke. Jomlah order. Hah, sebelum terlupa. Sepupu abang pun ikut sekali tau. Kejap
lagi dia sampai…”
“Sepupu?”
soal Laila. Tak tahu pula Irwan akan membawa sepupunya. Bertambah segan
dibuatnya nanti.
“Ha’ah.
Sepupu sebelah mama abang. Baiti tak pernah jumpa dia rasanya. Masa tunang hari
tu pun dia tak datang,” jawab Irwan sambil membelek buku menu ditangannya.
“Ye ke?
Hmmm, tak apa. Kejap lagi kenallah kan,” kata Laila sambil tersenyum.
“Tapi
jangan berubah hati pulak tau. Sepupu abang tu berganda kacak dia dari abang
yang tak seberapa ni…”
“Takkan
punyalah, abang Irwan. Cinta hati dia satu aje,” balas Tihany.
“Ish, kau
ni kan,” Laila ketap bibir. Tihany mengangkat bahunya. Diangkat sedikit buku
menu dan membelek satu persatu helaian. Perutnya nak makan apalah kat restoran
mewah ni. Semua makanan tak menjamin kekenyangan langsung.
Tihany
menyandarkan badannya ke kerusi setelah mereka selesai memesan makanan.
Tangannya bermain game di Samsung Note 3 miliknya. Malas mahu menyampuk perbualan
merpati sejoli itu. Tambahan pula, Irwan dan Laila sedang membincangkan hal
jemputan tetamu pada hari perkahwinan mereka nanti.
“Wan,”
Irwan mendongak. Sampai pun sepupunya itu. Tihany dan Laila saling
berpandangan.
“Eh, Ash.
Duduklah. Aku ingat tak jadi datang dah tadi,” kata Irwan.
“Mana
boleh tak datang. Dah janji dengan kau kan,” balas Ashfiq sambil mengambil
tempat duduk yang kosong di hadapan Tihany.
“Ni aku
kenalkan, bakal isteri aku…”
“Laila,”
potong Ashfiq.
“Korang
kenal ke?”
“Apa pulak
tak kenalnya. Dia nilah suami tak jadi minah kat sebelah ni hah,” kata Laila
hambar.
“Oh,
kaulah si Heykal sewel bin mereng tu ya,” tebak Irwan. Tihany tersengih sinis.
Isk, macam manalah boleh terjebak dengan mamat sewel ni. Ibu punya pasallah ni.
Nak sangat bermenantukan anak Tan Sri Bazli tu. Siapa lagi kalau bukan Ashfiq
Heykal kat depan dia ni.
“Siapa
yang pandai-pandai bagi nama aku macam tu?”
“Entahlah.
Kau tanyalah dua orang budak bertuah depan ni,” Irwan menghalakan pandangan
pada Tihany dan Laila.
“Memang
bertuah. Bertambah tuahnya sebab terserempak pulak dengan Heykal sewel bin
mereng ni,” Ashfiq mengerling Tihany. Bukan dia tak tahu. Pasti itu kerja bekas
tunangnya yang menggelarkan dia begitu.
“Ibu,”
Cekap sekali mata Tihany menangkap susuk tubuh ibunya dan ibu saudaranya di
luar restoran mewah itu. Sebalnya hati.
“Tee, ibu
kat luarlah. Auntie Hasni ada sekali tu,” Irwan dan Ashfiq turut mengalihkan
pandangan mereka ke luar.
Tihany
mengeluh kecil. Nak pergi ke tak? Takut pula Puan Umaira ternampak Ashfiq. Tak
pasal-pasal si ibu teramah mesra pula dengan menantu tak jadi dia ni. Bukannya
nak marah si Ashfiq yang selamba badak air memutuskan pertunangan mereka yang
baru sahaja berusia dua bulan itu malah semakin peramah pula. Hailah.
“Biarlah,”
jawab Tihany acuh tak acuh.
“Alah,
Laila. Dia takutlah tu. Takut auntie Umaira ternampak abang Heykal kat sini…”
“Hello,
buang masa aje nak takut bagai. Macamlah tak boleh jumpa kat rumah,” Tihany
menjeling Ashfiq.
“Eleh,
padahal memang ada niat pun nak pergi tegur, kan. Ingat tak tahu ke? Anak
emak,” tempelak Ashfiq. Ini sudah menaikkan darah Tihany.
“Eh,
hello. Cakap tu biar elok sikit. Dah tentu-tentulah anak emak. Takkan anak
monyet pulak,” tukas Tihany pula. Dia mana mahu mengalah.
“Eee, kau
ni kan…”
“Okay,
stop. Makanan kita dah sampai. Kita makan dulu. Nak bergaduh ke bertumbuk ke… lepas
makan eh,” Irwan meleraikan pergaduhan budak berdua yang tak jadi kahwin tu.
“Memang
nak makan pun,” balas Ashfiq dan Tihany serentak.
“Korang
ni… orang tua-tua dulu cakap jangan bergaduh sangat. Nanti terjatuh hati, kan
susah,” ujar Laila.
“Huishh,
La. Impossible! Aku ni bukan macam stewardess
yang selalu berkepit dengan dia tu,” sindir Tihany. Makan dalam, beb. Tapi, si
Ashfiq tu cool saja. Tak ada pula nak menempelak balik kata-kata bekas
tunangnya itu.
“Cakap
pasal stewardess ni. Ash, kau punya
girlfriend tu mana? Dah lama aku tak nampak kau dengan dia? And, no heart
feeling, kay…”
“Entah.
Malas ambil tahu. Dok mengurat kapten burung gergasi agaknya,” jawab Ashfiq
malas. Kecewalah tu. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong
berciciran.
Seleranya
langsung tidak terganggu mendengar isu stewardess
yang dipujanya dulu disentuh. Memang salahnya juga yang terkejar-kejar cinta
seorang perempuan yang memang tidak puas dengan seorang lelaki itu. Akhirnya,
dia yang makan hati.
“Abang
Heykal… EsTee. Cuba korang dengar lagu yang dok terpasang ni…”
“Hello,
my ex.”
“Kau tahu
lagu ni, Tee? Alah, baru nak surprisekan korang,” cebik Laila.
“Abah tersayang
terpasang terlalu kuat… semalam. Nasib tak pekak lagi telinga aku ni hah,”
Irwan dan Laila sudah tergelak sakan. Si Laila yang segan dengan Irwan tadi pun
dah tak mampu nak jadi penyegan lagi dah.
“Pandai
abah kau, Tee. Minat juga uncle Akhbar dengar lagu Korea ni,” Tihany mengeluh.
Dah berapa kali mengeluh pun tak tahu.
“Okie
punya pasallah tu. Habis abah dengan ibu dia suruh tengok kpop,” jelas Tihany.
“Bagus
betul adik kau. Jangan dia ajar dia orang menari sudah…”
“Nauzubillah.
Rosak,” Tihany menggelengkan kepalanya perlahan. Laila menahan tawa.
“Dah
habis makan. Siapa bayar?” Ashfiq meletakkan sudu dan garfu. Habis satu pinggan
Spaghetti Bolognese ditelannya.
“Lajunya
kau makan, Ash. Nak pergi mana?”
“Aku nak
balik dululah. Malam ni ada date dengan geng bikers pulak,” jawab Ashfiq.
“Iyalah.
Kau pergilah balik. Aku belanja hari ni,” Ashfiq tersengih panjang. Jimat duit
dia hari ni. Tapi, kalau dia belanja pun okey saja.
“Okey. Nanti
apa-apa hal nak aku tolong, roger aje. Anytime,” pesan Ashfiq kepada Irwan.
Rapat juga hubungan mereka. Mungkin kerana mereka sering bertemu.
“Iya…”
“Laila,
kirim salam kat kawan kau yang senget tu eh. Dan tolong kirim salam sayang jugak
dekat bekas tunang abang Heykal, Sara,” Laila mengulas senyuman. Dalam hatinya,
kau faham-faham sendirilah Tee. Malas dia nak mengulang kembali ayat Ashfiq.
Ashfiq
berlalu keluar dari restoran. Tihany hanya menghantar dengan hujung mata
sahaja. Padahal, berat hati nak tengok Ashfiq berlalu. Orang tu dah ambil hati
dia kan. Huh!
Korang,
itulah Ashfiq Heykal. Dia tu bekas tunang aku. Handsome tak? Eh, korang mana
tahu kan. Tak nampak pun. Semua yang tengok dia cakap handsome. So, hansomelah
kot. Badan dia sasa tau plus tinggi. Gara-gara si stewardess tak cukup kain tu, dia putuskan pertunangan kita orang.
Sadis!
Jawapan
dia ringkas dan padat apabila semua orang menyoal kenapa dia nak putuskan
pertunangan. “Sara bukan jodoh Ash.”
*****
Beberapa hari selepas itu
Tihany
termenung di buaian kayu jati di ruang rehat rumah keluarganya. Kepalanya
serabut memikirkan permintaan ibu dan abahnya. Cukuplah dia kecewa dulu. Memanglah
mulut cakap tak sayang. Tapi, dalam hati lain rasanya. Cuma, payah untuk dia
luahkan sebagai seorang perempuan. Ada batasnya juga.
“Tan Sri
Bazli jumpa abah tadi. Dia ada hajat,” Encik Akhbar bermukadimah.
“Hajat
apa lagi, abah?”
“Heykal
minta sambung balik,” Tak terkata apa Tihany yang sedang menonton telemovie di
kaca tv itu.
“Ibu pun
sokong sangat kalau Hany terima Heykal balik. Dia dah menyesal sebab putuskan
pertunangan kamu berdua dulu. Tak salahkan Hany terima dia?” Aduh, ibu ni. Tak
berputus asa lagi rupanya.
“Kalau
boleh kali ni Heykal nak kamu berdua kahwin terus. Dah tak payah
tangguh-tangguhkan lagi. Abah dan ibu pun sokong cadangan Heykal tu. Lebih elok
begitu,” sambung Encik Akhbar.
Masih
terngiang di kepalanya perbualan mereka tadi. Tipulah jika dia tak sayangkan
Ashfiq Heykal. Tapi buat masa ini, hatinya susah nak terima bekas tunangnya
kembali. Tambahan pula, dia dan Ashfiq bukannya rapat sangat sebab mereka kenal
pun waktu tunang dulu sahaja. Sebelum itu, tak pernah bersua muka pun.
Dalam
tempoh bertunang pun tak sempat nak jumpa selalu. Semuanya kerana si Ashfiq tu
sibuk dengan kerja dia. Bakal menggantikan tempat Tan Sri Bazlilah katakan. Ketika
itu pula, Ashfiq sering berulang alik dari Malaysia ke London menguruskan
projek syarikat. Disebabkan itulah kot dia terpikat dengan stewardess kat KLIA tu.
Buntu
Tihany memikirkan penyelesaiannya. Cuma dua jawapan sahaja yang ditunggu
keluarga Ashfiq darinya. Sama ada terima atau tidak. Disebabkan cuma ada dua
pilihan sajalah, dia bingung. Kalau dia terima, umpama dia memberi peluang
kepada Ashfiq untuk kecewakan dia lagi. Jika tidak, maksudnya… aduh. Sakit
jiwa! Sebeleh hati, meninginkan hubungan sah itu berlaku. Sebelah hati lagi,
takut dikecewakan.
*****
Keesokannya,
Ashfiq meminta izin dari Encik Akhbar untuk bertemu dengan Tihany. Mereka hanya
dibenarkan berjumpa di luar rumah sahaja. Itu pun ada Okie, adik Tihany
menemani mereka. Walaupun mereka berkenan akan Ashfiq, itu masih belum
membenarkan untuk lelaki itu melakukan sewenangnya.
“Ada apa
awak nak jumpa saya ni?” tanya Tihany terus. Tak ada bengkang bengkok lagi dah.
“Tak
penting sangat pun sebenarnya. Cuma saya nak tahu aje, apa jawapan awak? Saya
tahu, mesti uncle dan auntie dah jelaskan pada awak,” Ashfiq bersandar di
kereta Toyota Camry putih miliknya. Tihany pula berdiri tidak jauh darinya.
“Jawapan?
Apa jawapan yang awak nak?”
“Sara,
please. Answer me first,” mohon Ashfiq. Tak sanggup lagi dia ingin menunggu.
Mahunya Tihany menolak, menangis tak berlagu dia.
“Saya
cuma ada dua jawapan. Sama ada ya atau tidak. Semalaman saya berfikir mana satu
yang saya perlukan. Dan sekarang hanya satu jawapan aje dalam minda saya,”
balas Tihany bersahaja. Sengaja nak suspenskan Ashfiq.
“Sebelum
saya dengar jawapan awak, boleh awak kabulkan satu permintaan saya?”
“Hah? What?”
Ashfiq
berlalu ke bonet keretanya. Dia mengambil sesuatu. Membulat mata Tihany tatkala
melihat Ashfiq memegang kayu besbol di tangannya. Kenapa pulak dah dengan mamat
sewel ni? Takkan nak sebat aku kot, desis Tihany.
“Ambil
kayu besbol ni. Pecahkan cermin kereta saya,” pinta Ashfiq sambil menghulurkan
kayu besbol itu kepada Tihany.
“Atas
alasan?”
“Kecewakan
awak dulu,” Tihany ketawa kecil. Kononnya, gentlemanlah tu suruh hukum dia.
Ceh.
“Saya
akan kabulkan permintaan awak. Tapi bukan pada kereta kesayangan awak ni,”
Ashfiq mengangkat keningnya.
“Habis… kat
mana? Badan saya? Silakan,” Tihany menggeleng.
“Motorbike
awak…”
“What?!
No way,” Suara Ashfiq sedikit tinggi. Gila kau nak hancurkan motorbike
kesayangan dia. Kekasih sejati dia tu. Mana boleh!
“Then,
the answer is NO. Muktamad,” Ashfiq sudah menggelabah. Dia sayangkan
kedua-duanya.
“Sara,
pleaselah. Motorbike tu harta kesayangan saya. Takkan ada penggantinya…”
“Okey. Suka
hati awaklah. Kalau motorbike awak tu tak ada pengganti, maksudnya awak akan ada
pengganti sayalah kan. You have the answer, Ashfiq Heykal. It’s up to you,” Tihany
mula membuka langkah untuk masuk ke dalam rumah.
Okie yang
terdengar perbualan Tihany dan Ashfiq terkaku. Takkan macam tu saja drama
sebabak ni? Ciss, kurang asam punya Okie. Ingatkan dia ada menyokong salah
seorang dari mereka berdua. Rupanya, seronok menonton drama sinetron sambil
makan Twiestis. Hampeh!
“Sara,”
panggil Ashfiq. Tihany tidak jadi melangkah. Dia memandang wajah keruh Ashfiq.
“I’m
waiting,” gumam Tihany apabila Ashfiq mendiamkan diri.
“Esok
saya bawa motorbike saya ke sini. Awak kerjakanlah dia sesuka hati awak…”
“Awak tak
kisah?” Ashfiq menggeleng perlahan. Tahap pasrah dahlah tu. Tihany sembunyikan
senyuman nakalnya. Tak adalah ego mana pun si Ashfiq ni.
“Abang
Heykal, kak Hany bergurau ajelah,” Ashfiq menghalakan pandangannya ke kanan.
“Apa
maksud Okie?”
“Kak Hany
saja nak kenakan abang Heykal aje. Tadi ibu dah bagitahu parent abang Heykal
jawapan kak Hany,” jelas Okie. Tihany tersenyum.
“Apa ni,
Sara?”
“Sorry. Simpanlah
balik kayu besbol awak tu. Saya tak pernah lagi diajar untuk rosakkan harta
benda orang,” balas Tihany. Ashfiq menarik nafas lega. Lega kerana motorbike
berkuasa tinggi kesayangannya tidak jadi untuk dijadikan korban. Dia tahu
Tihany takkan sanggup merosakkan hartanya itu.
“Kenapa
awak terima saya balik?” soal Ashfiq ingin tahu.
“Mana
awak tahu saya terima awak? Saya atau Okie tak ada sebut pun pasal jawapan
saya…”
“Cukuplah
dengan senyuman awak, Sara. Itu pun saya dah tahu jawapan awak,” balas Ashfiq.
“Okey.
Saya terima awak mungkin sebab kita berjodoh,” Ashfiq tersenyum nipis. Alasan sebaliknya
yang diberikan ketika gadis itu bertanyakan perihal dia ingin memutuskan
pertunangan mereka. Tak salah dia menyunting gadis itu sekali lagi.
*****
Dua tahun kemudian
Vroom!
Vroom! Vroom!
“Abang,
Aulia tengah tidurlah,” Tihany menampar lembut bahu suaminya. Kalau bercakap
sahaja, mana si suami nak dengar. Enjin motor lebih kuat dari suara halusnya
itu.
“Alah,
dah tiga jam dia tidur. Abang bunyikanlah alarm dia,” balas Ashfiq selamba.
Sengal punya ayah.
“Pandailah
abang ni. Tinggallah kejap motor abang tu. Sara dah siapkan minum petang,” Tihany
berlalu ke gazebo yang dijadikan ruang berehat di rumah banglo dua tingkat yang
dibeli Ashfiq di awal perkahwinan mereka dulu.
Ashfiq
mematikan enjin motorbikenya dan turut berlalu ke gazebo. Setelah dia berkahwin
dengan Tihany, dia nekad untuk tinggalkan dunia motor berkuasa tinggi yang
sudah menjadi minatnya sejak kecil itu. Hanya semata mata kerana Sara Tihany,
isteri tersayang yang dulu pernah ditinggalkannya dek kerana wanita lain.
“Jom
abang bawa Sara naik motorbike abang tu round taman nak?”
“Ish,
abang tahukan Sara tak suka. Lagi pun bahaya,” tolak Tihany. Dek terlalu banyak
laporan akhbar yang selalu membuat liputan tentang motor berkuasa tinggi sering
terlibat dalam kecelakaan, dia jadi trauma.
“Sayang…
naik kereta , motor kapcai , kapal terbang , kereta api… semuanya bahaya. Dah sampai
ajal kita, bukannya boleh tangguh-tangguh lagi,” tukas Ashfiq perlahan.
“Tak
kisahlah. Yang Sara tahu Sara tak suka hobby abang tu. Please,” Ada nada sedih
pada suara Tihany. Sebak sebenarnya apabila memikirkan jika si suami yang
terlibat dalam kemalangan ketika membawa motorbike besar itu. Nauzubillah.
“Okey…
okey. Tak payahlah buat muka sebak macam ni. Abang janji, abang tengok aje
motor tu hari-hari. Tak payah menunggang pun tak apalah, sayang oi,” Ashfiq membawa
Tihany ke dalam pelukannya.
“Sara
seriuslah,” Dipukulnya dada Ashfiq.
“Abang
seriuslah ni. Nanti abang simpan dalam stor ya. Dua puluh tahun lagi bolehlah
tunjuk dekat anak-anak kita. Nilah harta papa yang mama paling benci,” Tihany
tergelak kecil. Ashfiq melepaskan pelukannya.
“Eleh, iya-iya
aje abang ni. Aulia baru nak masuk tiga bulan. Anak-anak konon…”
“Iya
jugak kan. Tak apalah. Itu perancangan masa depan. Takkan nak Aulia seorang
aje? Kenalah bagi dia kawan-kawan juga kan,” Ashfiq menayangkan muka miang.
Tihany ketap bibir.
“Kawan-kawan
ya abang? Kat taman ni pun ramai rasanya,” Tihany sengaja mengenakan suaminya.
“Malas
layan sayang. Makan donut ni lagi bagus. Kenyang pun kenyang,” Penat juga
bertikam lidah dengan isteri kesayangannya itu.
“Abang,
esok jangan lupa tau. Kita pergi rumah abang Irwan. Sara nak jumpa Laila,” Tak
lupa punyalah sahabat sehidup semati dia tu.
“Iya,
ingat. Mana boleh lupa,” balas Ashfiq sambil mengunyah donut hasil tangan
isterinya.
“Nasib
baik ingat. Tangan ni dah gatal sangat nak toreh tayar kekasih abang tu,”
Terhenti kunyahan Ashfiq. Oh, really? No! Terhambur tawa Tihany melihat riak
wajah suaminya. Sengal tahap kritikal.
“Sara,
are you dare to do that?” Dikecilkan mata dan ditajamkan pada Tihany yang
sedang tersenyum itu.
Tihany
memaut leher suaminya. “Tak sangguplah,” Kasihan pula dia. Reaksi Ashfiq tak
payah ceritalah. Terus mekar senyuman dia tu. Bersyukurnya dia memperisterikan
Tihany yang pandai melayan kerenahnya itu.
Ashfiq dan
Tihany berkahwin sebulan lebih awal daripada Irwan dan Laila. Semuanya
gara-gara si Ashfiq takut Tihany berubah hati. Dan dia juga takut nanti lebih
banyak dugaan pula yang datang. Manalah tahu jika tiba-tiba stewardess lain pulak yang muncul. Eheh.
*****
“Jemput
masuk, Ash , EsTee. Laila ada kat dalam. Memang dok tunggu sahabat dunia
akhirat dia pun,” Irwan menjemput tetamunya masuk. Tihany terus menerpa ke
ruang rehat yang menempatkan Laila.
“Semakin
sihat kau, Wan. Isteri tengah pantang pun kau bedal semua makanan ke?”
“Aku tak
macam kau, Ash. Tak sanggup aku nak berpantang sekali. Perut aku tak tahan,
bro,” Ashfiq ketawa kecil. Aulia di dalam dukungannya memeluk leher papanya
erat. Sedap-sedap dia tidur tadi, papa mama dia kejutkan. Mulalah nak
melelapkan mata dia balik.
“Sihat,
La?”
“Macam
nilah, Tee. Asyik duduk dan baring aje. Mak aku ada kat atas. Solat,” jawab
Laila. Pasti Tihany pun pernah merasai kebosanan yang sedang melanda dia kini.
“Mak Teh
tak datang jaga kau ke?”
“Baru aje
balik tadi. Esok dia datang balik. Mana Aulia? Tak bawak sekali ke? Lama dah
tak jumpa si montel debab tu…”
“Ada kat
papa dia,” Jari jemari Tihany mengusap pipi anak lelaki Irwan dan Laila. Kebetulan,
anak-anak mereka dilahirkan di tahun yang sama.
“Hah,
panjang umur dia,” Ashfiq memberikan Aulia kepada Tihany. Si kecil pun sudah
mula merengek. Laila mengusik Aulia diriba Tihany.
“Dah ada
nama ke?” soal Ashfiq kepada Irwan.
“Tak ada
lagi. Tapi bini aku ni kalau boleh nak namakan baby kami ala-ala nama anak
korang jugak,” Laila mengangguk, mengiyakan kata-kata suaminya. Memang itu
hajatnya jika dia mempunyai anak satu hari nanti.
“Eheh, nasib
baik anak korang lelaki. Kalau perempuan, memang kau nak namakan dia Aulia
jugaklah kan, La?” Laila tersengih.
“Nak buat
macam mana? Dah memang aku suka sangat ikut kau, Tee. Nama anak kau Hanim Aulia,
kan? Emm, Haniff Alif? Okey tak, bang?”
“Macam
best aje. Maksud dia pun elok jugak,” setuju Irwan. Haniff Alif bin Ahmad
Irwan. Good combination. Laila is the best.
“Wan,
esok pergi daftar terus,” saran Ashfiq. Elok mendaftar nama anak awal-awal.
Aulia dulu pun, dia daftar sebelum mencukur rambut iaitu tujuh hari selepas
dilahirkan.
“Memang
kena pun. Dah tua-tua ni, takut lupa,” seloroh Irwan. Mana ada tua sangat. Ashfiq
dan Irwan sebaya, baru dua puluh lapan tahun. Tihany dan Laila pula muda tiga
tahun dari mereka, dua puluh lima tahun. Serasi seia sekatalah dua pasangan
ini.
“Elok
sangatlah tu. Kalaulah aku tak putus tunang dulu, mesti sekarang ni aku dok
fikir nama anak kedua aku kan…”
“Anak
kedua dengan siapa, abang?” Mood nak mengusik encik suami sudah datang.
“Entahlah.
Dengan siapa ya?”
“Kau ni
bikin panas betullah, Ash. Nanti jangankan anak kedua, ketiga keempat pun tak
ada,” Irwan dan Ashfiq ketawa serentak. Bergabung tenaga budak berdua tu, mau
tak menangis si Aulia dan Alif tu. Nasib koranglah dapat bapak macam ni.
*****
Riuh
rendah rumah Irwan dan Laila. Sebulan selepas itu, mereka mengadakan kenduri
doa selamat. Ramai sanak saudara yang turut hadir. Alang-alang, Ashfiq dan
Tihany turut tumpang sekaki. Kenduri sebelah keluarga Ashfiq belum diadakan
lagi. Itupun, Irwan yang cadangkan. Keluarga Irwan pun keluarga Ashfiq.
“Aulia
mana, Sara?”
“Ada dekat
papa kot. Kenapa, ma?”
“Mak lang
baru sampai. Nak tengok Aulialah,” beritahu ibu mertua Tihany, Puan Sri Saidah.
“Oh. Tadi
papa bawak dia keluar rasanya,” Puan Sri Saidah memanjangkan tengkuknya.
“Ada apa
ni?” Muncul Ashfiq di ruang tamu.
“Mak lang
nak jumpa Aulia…”
“Aulia
dengan papa kat luar. Mama pergilah ambil,” Puan Sri Saidah menampar lengan
anak lelakinya. Ingatkan boleh harapkan Ashfiq tolong ambilkan.
“Iyalah,”
Puan Sri Saidah menghilangkan ke luar.
Tihany
mengerling suaminya. Dah macam patung hidup pun ada. Macam ada yang tak kena
saja.
“Abang,
okey ke tak ni?”
Ashfiq
tidak menjawab pertanyaan isterinya. Matanya terpaku ke pintu utama.
“Hello,
abang. Kena sampuk kot,” Tihany mencuit pinggang Ashfiq.
“Hah? Apa
dia?”
Ini yang
buat Tihany hairan. Dijengulkan sedikit kepala. Seorang gadis bertudung dan
berjubah coklat sedang berdiri di pintu utama sambil berborak dengan salah
seorang ahli keluarga Ashfiq. Pandangan Ashfiq juga terpaku ke situ. Tihany
buat muka geram.
“Cantik
kan perempuan tu?”
“Ha’ah. Lamanya
tak jumpa dia. Dah berubah. Semakin cantik,” Oh my… husband.
Gadis itu
membalas pandangan Ashfiq. Diukir senyuman kepada Ashfiq. Agak lama juga mereka
tidak bertemu. Tihany menyabarkan hati. Dia tidak boleh cepat melatah. Mungkin
gadis itu sepupu Ashfiq.
“Hai,
abang Ash. Lamanya tak jumpa,” Entah bila, gadis sudah berada di hadapan
mereka.
“Itulah,
lama jugak. Fin dah lama ke balik Malaysia?” Ramah pula Ashfiq ni melayan gadis
berjubah itu.
“Baru
aje. Daddylah ni. Nak sangat Fin balik. Dah lama sangat kat London. Takut orang
sini dah lupakan Fin,” Afina membalas mesra.
“Oh.
Memang patut pun. Seronok sangat ke duduk di negara orang tu?”
Afina tersenyum
manis.
“Seronok
lagi dekat Malaysia,” Ashfiq dan Afina bersatu tawa.
“Sara, susukan
Aulia ni. Dah lapar agaknya,” Tihany tersenyum. Diambil Aulia yang sedang
menangis itu dari dukungan Puan Sri Saidah. Senyap terus.
“Abang,
Sara susukan Aulia dulu eh. Berbuallah dulu,” Ashfiq menelan air liur perlahan.
Sara terasakah? Mampus dia nak memujuk.
Tihany
berlalu meninggalkan Ashfiq dan Afina di ruang tamu. Lebih baik dia melayan
anak perempuannya itu daripada melihat babak jejak kasih itu. Boleh buat sakit
hati dia saja jika berlama di situ.
*****
Usai
majlis itu berakhir, Ashfiq dan Tihany meminta diri untuk pulang. Aulia bukan
main merengek lagi. Si kecil tak biasa berada lama di rumah orang. Tidak
selesa. Tambahan pula, dia rimas dengan sanak saudara Ashfiq yang asyik bermain
dengannya. Penat juga Ashfiq dan Tihany memujuk anak kecil mereka itu.
Sudahnya, Aulia terlena dek penat seharian bertemu dengan orang yang tidak
dikenalinya.
Tihany menukar
baju dan mengelap badan Aulia di bilik. Takut tidak selesa pula Aulia nak tidur
nanti. Ashfiq pula masih di bawah. Entah apalah yang dia buat pun tidak tahu. Tihany
pun layan suaminya seperti biasa. Lagilah Ashfiq risau. Takkan isterinya itu
tidak cemburu dia berbual mesra dengan Afina?
“Ehem,” Tihany
mengerutkan dahinya.
“Kenapa
dengan abang ni? Sakit tekak ke?”
Ashfiq
menghumbankan tubuhnya ke tilam. Diusik Aulia yang sudah terjaga itu.
“Sayang
okey ke?”
“Okey
aje. Apa yang tak okeynya?” Ashfiq beriak tidak percaya.
“Sayang
memang tak sayang abang kan? Tak apalah. Abang faham,” kata Ashfiq dalam nada
berjauh hati.
“Lah,
kenapa dengan abang ni? Bila pulak Sara tak sayang abang? Tiba-tiba tanya
bukan-bukan dah kenapa?” balas Tihany pelik dengan perangai suaminya.
“Iyalah. Sayang
tak kisah pun abang berbual dengan Fin tadi. Dia tu bekas kekasih pertama abang
tahu tak? Takkan tak cemburu?” Lah, sebab itukah?
“Macam
budak-budaklah abang ni. Memanglah dia kekasih pertama abang. Tapi, itukan
dulu. Takkan sekarang nak berbaik balik kot?” Ashfiq senyum senget. Sporting
pula isteri kita.
“Sayang
ni. Abang saja aje nak test. Manalah tahu, ada orang tengah makan hati berulam
jantung ke,” telah Ashfiq.
Tihany siap
memakaikan baju tidur untuk Aulia. Biar papa dia pula yang tidurkan malam ni.
Aulia lebih rapat dengan Ashfiq. Anak bapaklah kononnya. Dia sendiri pun sudah
mengantuk. Seharian melayan tetamu yang hadir.
“Baik
makan nasi. Kenyang jugak. Sara tak kisahlah dengan siapa abang nak bersembang
ke. Dah kahwin, tak elok prasangka buruk selalu sangat. Tak naklah Sara
bergaduh dengan abang sebab perempuan lain. Buang karen,” ujar Tihany.
Ashfiq
angkat kening. Rasanya, jika Tihany berbual dengan lelaki lain… makan penumbuk
dia jugaklah lelaki itu. Dia tahu puan isteri sedang mengujinya. Seperti ibu-ibu
yang marahkan anak mereka yang nakal. Mereka takkan menghalang tetapi
menggalakkan lagi kerana mereka tahu pasti anak-anak akan serik. Lagi dihalang,
lagilah menjadi.
“Eyh? Bolehlah
selalu abang jumpa dengan Fin? Dah lama sangat tak hang out together-gether,”
Amboi, bagi betis nak peha.
“Suka
hati. Jangan tanya kenapa kalau motorbike abang relai Sara buat,” Ashfiq
tergelak.
“I love
you,” ucap Ashfiq tak semena-mena. Tihany mengerutkan hidungnya. Dengan suami
tak boleh nak marah lama-lama.
“Tsk. Love
you too. Abang tidurkan Aulia dulu. Sara nak mandi,” Ashfiq mengenyitkan mata
kanannya. “Hmmm, maaf. Sara cuti,” Tihany menahan tawanya.
Walaupun
pertunangan mereka gagal, namun harapan masing-masing inginkan perkahwinan ini
kekal selamanya. Dugaan berumah tangga lebih teruk jika dibandingkan ketika
bertunang. Pertunangan boleh putus lagi. Tetapi, perkahwinan? Kena fikir
berkali-kali untuk menyatakan perpisahan.
~THE END~
♥
ReplyDeleteSuke kisah kehidupan sara sebelum kahwin .. hehehehe
ReplyDeletesebelum kahwin? kenapa? hehehe.
Deletebestttt...
ReplyDelete