Syamil
dan Ilmina beiringan melangkah masuk ke Sunway Pyramid. Setelah sebulan
berpisah, Syamil datang ke rumah Encik Hairi di Shah Alam. Niat hati ingin
bertemu kekasih halalnya yang semakin dirindui. Iyalah, Ilmina sibuk dengan
perniagaannya. Syamil pula dengan kerjanya. Terpaksalah, perkahwinan jarak
jauh.
“
Aisya nak beli apa?”
“
Perfume. Yang lama dah habis,” Tangannya
erat di lengan Syamil. Mereka menuju ke butik perfume yang selalu Ilmina kunjung.
“
You punya perfume sudah habis ka?
Cepat pula kali ni,” tegur bos kedai itu. Ilmina sudah menjadi pelanggan
tetapnya.
“
Selalu nak wangi aje lepas kahwin ni, auntie.
Ail ingat nak tukar perfumelah,” Auntie
Penny tersenyum melihat keceriaan Ilmina.
“
Yang mana satu, you pilih aje. Ini you punya suami ka?”
“
Ha’ah, auntie. Syamil Aliff,” Syamil
mengukir senyuman kepada wanita dalam lingkungan 40-an itu.
“
Oh, kalau nak tahu ah… you punya isteri ni selalu datang kedai auntie. Auntie banyak untung ma. Dia sedih, beli perfume. Dia happy, beli perfume. Auntie memang suka orang macam Ail ni,” Syamil memandang isterinya
yang sedang memilih wangian yang di susun bertingkat itu. Tidak pernah pula di
tahu tentang itu.
“
Auntie, Ail nak yang ni. Lepas tu nak
yang ni jugak,” Ilmina memilih haruman Hugo Boss untuk Syamil dan Gucci Guilty
Black untuknya.
Auntie
Penny pantas membungkus haruman pilihan Ilmina.
“
Abang bayar…”
“
Ala, biarlah Aisya bayar. Hadiah untuk abang,” Ilmina menarik lengan Syamil
manja.
“
Macam ni. Aisya bayar untuk abang. Abang bayar untuk Aisya. Okey?”
“
Okey,” Ilmina tersenyum ceria. Mereka bergerak ke kaunter untuk membayar.
“
Your perfume and… hadiah perkahwinan
untuk Ail dan suami,” Auntie Penny menyerahkan dua beg plastik.
“
Susah-susah aje auntie ni…”
“
Mana ada. Ni kira macam angpau ma. Cuma angpau auntie, perfume. Ini
boleh sembur dalam bilik tidur. Baru romantik ma,” Auntie Penny mencuit perut
Ilmina.
“ Okay. Thanks,
auntie. Kami pergi dulu…”
*****
“
Aisya, kita main ice skating nak?”
“
Hah? Alah, Aisya takutlah. Dulu Aisya pernah jatuh. Then, dah serik,” Syamil tersenyum.
“
Tak apa. Abangkan ada. I will protect you
forever and ever,” kata Syamil sambil memeluk bahu Ilmina. Ilmina tersenyum
malu. Gila tak malu kena peluk depan public.
Tapi dia suka sebenarnya.
*****
Ilmina
menggigit bibirnya. Kakinya bagai tergam di situ. Syamil bergerak laju
mendekati isterinya di penjuru ice
skating field.
“
Jom, abang pegang. Tak jatuhlah,” pujuk Syamil. Dia menggenggam tangan Ilmina
yang sudah sejuk itu.
“
Aisya takutlah…”
“
Abang janji, abang pegang Aisya,” Syamil mengangkat tangannya.
“
Janji?” Si suami hanya mengangguk.
Akhirnya
Ilmina melangkah juga mengikut Syamil. Nasib baik ketika ini orang tidak ramai.
Mungkin sebab sekarang bukan musim cuti sekolah. Kalau tak memang penuh
gelanggang ice skating di Sunway
Pyramid ini.
“
Slow-slow, sayang,” Macam nak
terguling tergolek saja kat situ. Cik abang panggil sayang woi. Ilmina
menyembunyikan senyumannya. Tidak mahu Syamil perasan dia suka sikap mesra
lelaki itu.
Syamil
dan Ilmina bergerak ke tengah gelanggang. Mereka saling berhadapan. Syamil
tersenyum melihat gelagat isterinya yang penakut itu.
“
Aisya ni manja sangatlah,” komen Syamil bersahaja. Ilmina mengangkat wajahnya
yang asyik memandang kakinya saja sejak dari tadi.
“
Kenapa cakap macam tu?”
“
Dah jatuh sikit, terus mengalah. Kita hidup ni jangan selalu putus asa. Kalau
kita jatuh, cepat-cepat bangun balik. Mungkin, selepas itu kita tak jatuh lagi
dah,” nasihat Syamil.
“
It’s not because of I’m scared,
abang. It just I don’t want to remember or
throwback anything about him. Ice skating was the favourite thing that we
always do together,” Syamil terkedu. Ilmina menolak tangan Syamil yang
memegang tangannya.
Dia
bergerak laju berpusing mengelilingi Syamil. Tergaris bulatan yang digesel
Ilmina. Syamil terus terpaku melihat aksi Ilmina. Ilmina berhenti betul-betul
di hadapan suaminya.
“
Kenapa tak bagitahu?” tanya Syamil dalam nada keras.
“
Aisya tak nak ungkit kisah lama. Dan, tak mahu abang kecil hati,” Ilmina
mencapai kedua tangan suaminya.
“
Abang pun sama. Pernah juga selalu datang sini dengan dia,” akui Syamil. Lebih
elok jika mereka saling bersikap jujur.
“
Iya ke? Tak pernah pulak terserempak kan,” Syamil tersenyum lebar. Dia memeluk
pinggang Ilmina mesra.
“
Sekarang kan kita dah terserempak. I want
to create our scene here. And, I just want to remember our love story only. No
others,” Mereka beriringan meluncur di sekeliling gelanggang.
Alahai,
pasangan baru bercinta ni. Mereka tidak tahu ada mata yang bernanah melihat
kemesraan itu.
*****
“
Hai,” tegur satu suara. Syamil dan Ilmina yang sedang menukar kasut setelah
letih bermain mendongak melihat gerangan yang menegur.
Mata
mereka terpaku pada dua insan di hadapan mereka kini.
“
Happy to see you blooming, Aliff,” ujar
Najiha tanpa senyuman di bibir. Syamil tersentap. Gadis yang pernah dia cintai
berada di depannya.
“
Love to see your shining eye, Mina,” kata
Khalil pula. Ilmina terkedu dan terpaku.
Apa
yang sedang berlaku sebenarnya?
Kenapa
mereka mesti muncul di kala Syamil dan Ilmina baru sahaja belajar berkasih?
Syamil
dan Ilmina bangun serentak.
“
Weh, chilllah. Tak payah sentap
bagai,” Khalil dan Najiha melirik senyuman manis.
Pasangan
suami isteri itu masih bingung. Apa ni?
Khalil
menarik tangan Najiha dan diangkat. Dia menunjukkan cincin rasmi mereka.
“
Maafkan kami, Aliff, Mina…”
“
Apa maksud korang ni?” soal Syamil.
“
Sebenarnya… kami dah kahwin sebelum majlis korang. Kami minta maaf. Disebabkan
kebodohan kami, kami sanggup lukakan hati korang berdua…”
“
Kami terpaksa. Dan secara kebetulan, awak dan Mina disatukan. Kenapa kami
berkahwin, biarlah ia menjadi rahsia kami. Sekali lagi, saya minta maaf,
Aliff,” Najiha betul-betul ikhlas meminta maaf.
“
Saya pun sama, Mina. Tak terniat langsung di hati nak hancurkan hidup awak. Tapi,
mungkin ini bukan jodoh kita. Dan, sekarang… awak dah dapat suami yang jauh
lebih baik dari saya…”
“
Abang,” Berkaca mata Ilmina ketika itu. Sungguh, dia berasa tidak selesa.
Syamil
menggenggam erat tangan Ilmina yang semakin sejuk. Mungkin sedang menahan
marah.
“
Boleh aku pukul kau?” Khalil tercengang. Tanpa menunggu lama, sebuah tumbukan tepat
mengenai perut Khalil.
“
Aliff!” jerit Najiha. Dia mendapatkan suaminya yang sudah jatuh ke lantai.
“
Ini sebab kau buat mata isteri aku lebam,” Ilmina hanya membiarkan sahaja
suaminya melepaskan geram.
Rasanya
Syamil geram pada Najiha. Tapi, dia mana boleh pukul perempuan. Jadi, laju
sahaja tangannya menumbuk perut Khalil.
“
Dan… sebab kau jugak Jiha. Mesti kau sakit hati kan tengok suami kena tumbuk,” Syamil
tersenyum sinis.
Najiha
membantu suaminya bangun.
“
Dah puas hati kau dapat tumbuk aku? Aku masih kuat lagi untuk yang kedua…”
“
No. Kalau perkahwinan korang berdua
adalah untuk menutup aib, aku berterima kasih pada kau. Kau masih lelaki sejati
yang sanggup bertanggungjawab. Aku yang lemah sebab tak mampu jaga Najiha
sebaiknya,” Najiha tertunduk.
“
Aisya pun nak cakap benda yang sama sebenarnya…”
“
Iya ke? Tak apa. Abang dah tolong cakapkan,” Syamil mencuit hidung mancung
isterinya. Sempat lagi budak berdua ni.
Khalil
dan Najiha lega melihat kemesraan dan kebahagian dua insan yang pernah hadir di
dalam hidup mereka. Pada mulanya, niat mereka adalah untuk merampas pasangan
masing-masing. Namun, setelah melihat senyuman bahagia yang terukir di bibir
keduanya… hasrat hati mereka terkubur.
“
Terima kasih jugak pada korang sebab sedarkan kita orang,” ucap Khalil. Najiha
mengangguk.
“
Ini sudah ketentuan kita. Kita sepatutnya redha dengan aturan hidup yang baru
ni. Mungkin ini jalan kebahagiaan kita,” ujar Syamil.
“
Tak ada dendam kan?”
Khalil
dan Najiha senyum serentak.
“
Insha Allah, kami redha,” Lega hati Syamil dan Ilmina.
Alangkah
indah jika masih ada yang berfikiran sebegitu. Dendam bukanlah satu batu
loncatan untuk capai kehendak kita. Tetapi, penghalang kepada kebahagiaan kita.
*****
Dua
tahun kemudian…
Ilmina
meregangkan ototnya sambil menggosok kedua belah matanya. Penatnya mata dek
asyik menghadap laptop. Akhirnya siap juga kerja yang bertimbun ini.
“
Sayang, your drink,” Mug berisi milo
panas kini terletak di atas meja kerja.
“
Terima kasih, abang,” ucap Ilmina sambil menghadiahkan senyuman manis. Syamil bersandar
di sisi meja.
“
No worries. Dah siap ke?”
“
Sudah. Akhirnya, boleh jugak rest,”
Syamil senyum. Jari jemarinya dilarikan ke bahu Ilmina.
“
Alhamdulillah. We need our women too,”
Ilmina ketawa kecil.
Entah
apalah suaminya ini.
“
Apalah abang ni? Hari-hari Aisya ada depan mata abang kan,” Syamil sengih.
“
Ala, nak manja sikit aje. Minum dulu air ni. Abang buat special tau. No sugar,” Disuakan
mug ke mulut si isteri. Tak habis-habis
dia memanjakan Ilmina. Untunglah Ilmina dapat suami seperti Syamil.
“
Jomlah. Aisya pulak yang layan abang ye,” Syamil tergelak melihat Ilmina sudah
bersiap sedia untuk keluar dari bilik kerja.
“
Okey. Abang nak makan laksa kedah eh,” Demand pula suami Aisya Ilmina ni.
“
Apa pun boleh. Nabil dah bangun ke, bang?”
“
Belum. Bertuahlah anak awak nak bangun sebelum tengah hari,” Nabil, anak lelaki
sulung mereka. Sudah masuk enam bulan usia anak kecil itu.
“
Ikut perangai siapalah tu?”
Ilmina
mengerling Syamil. Mereka beriringan ke dapur. Kebiasaannya, hujung minggu
Ilmina akan masakkan makanan yang Syamil inginkan. Tak kisahlah apa pun. Pernah
sekali, Ilmina terpaksa mengambil masa untuk belajar dari ibu mertuanya. Syamil
punya demand, melangit.
“
Abang rasa dia ikut perangai ayah kot. Kalau sayang nak tahu, ayah muda-muda
dulu gitulah. Lepas balik menoreh pukul sepuluh lebih, terus berdengkur. Mak
panggil makan tengah hari, barulah ayah bangun,” cerita Syamil.
“
Lah, ye ke. Tak turun kat anak, straight
ke cucu. Tak apalah ikut perangai tok ayah dia. Hari-hari pergi masjid,” Syamil
mencuit hidung isterinya.
“
Ikut perangai abang, tak pergi masjid ke, sayang?”
“
Ops, abang kan anak Haji Nasir dan Hajah Farida. Mestilah sama pe’el. Kan?”
Ilmina mengeluarkan bahan masakan dari peti ais. Syamil pula sibuk mengeluarkan
periuk belanga. Hari minggu beginilah dia ingin membantu isterinya.
“
Pandailah sayang ni. Nanti anak perempuan, abang nak dia ikut pe’el umi dialah.
Manja plus plus. Untung suami dia
nanti,” Mulalah Syamil nak berangan beria.
“
Uish, fikir panjang nampak. Jangan dia dok buat perangai intip anak teruna
orang time study sudah,” Meletus terus ketawa Syamil.
Tahu
sangat Ilmina maksudkan dirinya. Setahun selepas berkahwin, barulah Ilmina
berani memberitahu Syamil tentang hobinya di kampus dulu. Selalu sangat intip
Syamil. Seminggu juga dia menahan malu terhadap Syamil. Syamil pun apa lagi, mengusik
macam tak hengat dunia.
Huwaa!
“
Anak teruna abang dah panggil. Anak dara lain tahun ya,” Ilmina pantas ke baby cot di ruang tamu.
Nabil
bukannya boleh ditinggal lama. Mulalah dia melalak minta ditemani. Ilmina mendukung
puteranya itu. Sebijik muka Syamil. Anak abilah ni. Dibawa puteranya itu ke
dapur. Tersenyum Ilmina melihat Syamil sedang mencuci ayam di sinki.
Alhamdulillah.
Dia bersyukur mendapat suami yang ringan tulang seperti Syamil. Tidak perlu dia
terkejar ke sana sini. Tambahan pula, sekarang ini Syamil sudah berhenti di
Melaka dan kini mereka menetap di Shah Alam. Mereka juga sedang membangunkan
syarikat kecil milik bersama. Masing-masing mempunyai kelayakan yang sama.
“
Anak abi dah bangun?”
Syamil
mengucup pipi tembam Nabil yang sudah kemerahan dek menangis.
“
Abang tinggallah kerja tu. Kejap lagi Aisya buat…”
“
Alah, sikit aje ni. Aisya suapkan Nabil makan dulu. Dah lapat kot,” Ilmina
sengih senget.
“
Instinct abi kot kan. Tahu aje anak
lapar. Bini lapar ada instinct tak?”
seloroh Ilmina. Syamil tergelak.
“
Ada. Nak masaklah ni. Mem sabar ye…”
“
Abang suapkan Nabillah. Biar Aisya masak. Sekejap aje,” Syamil menurut kata
isterinya.
Diambil
Nabil dari dukungan isterinya.
“
Abang pergi depan dulu,” Ilmina mengangguk. Dia mengambil bekas makanan Nabil. Laju
sahaja tangannya menyiapkan makanan untuk Nabil. Tidak mahu anak lelakinya
menahan lapar.
*****
Syamil
mengagah bayinya. Terkekek Nabil ketawa. Terserlah lesung pipitnya di pipi
kanan. Tangan pula sibuk ingin menarik kakinya. Untunglah badan bayi ni. Masih lembut
lagi.
“
Amboi, sukanya dia,” Ilmina menghulurkan tuala kepada Syamil.
“
Sukalah. Main dengan abi kan,” Dicium perut si kecil. Apa lagi, semakin kuatlah
Nabil ketawa. Sakan dua beranak ini bermesra.
“
Esok abang ada meeting pukul berapa?”
“
Pukul sebelas. Kenapa?”
“
Abah dengan ummi nak singgah kejap. Rindu dekat Nabil katanya. Aisya ingat nak masak
sikit. Nak ajak abang pergi pasar. Boleh?”
Ilmina
melabuhkan punggung di birai katil.
“
Boleh. Bawa Nabil pergi pasar tak apa ke?”
“
Apanya tak boleh. Sesekali masuk pasar, apa salahnya…”
“
Sayang abi nak pergi pasak tak?”
“
Erkkkkk,” Syamil dan Ilmina saling berpandangan. Erkkkkk? Apa itu?
“
Sayang, anak kita tak sukalah,” kata Syamil selamba.
“
Tak suka? Tak apalah. Baby tak payah
ikut umilah. Baby tinggal sorang ye
kat rumah?”
Huwaaa!
Sudah. Faham pula Nabil akan bicara Ilmina. Syamil pantas mengangkat tubuh
kecil Nabil. Hendak ketawa pun ada. Kelakar pula melihat wajah terkejut Ilmina.
“
Okey… okey. Kita tak pergi ye. Kita pergi jalan-jalan nak?”
Senyap
terus si Nabil tu. Haish, inilah padahnya jika sejak lahir lagi si kecil dibawa
ke pusat membeli belah yang serba mewah.
“
Sayang, dia ikut perangai youlah. Ingat tak ummi pernah cerita, sayang tak suka
ikut ummi pergi pasar?”
Ilmina
mengangguk laju.
“
Aduh, dah nama pun anak kita kan, bang? Perangai kitalah dia ikut,” Pasrah
sudah ayat Ilmina.
“
Tahu tak apa. Tak kisahlah, sayang. Janji dia taat pada kita, pada Allah. Insha
Allah,” Diusap kepala Nabil lembut.
“
Dengar cakap abi tu ye, sayang,” Ilmina mengucup kedua belah pipi Nabil di
dalam dukungan suaminya.
Syamil
memeluk kedua orang tersayangnya. Inilah nyawanya ketika ini. Doanya agar Allah
masih memberi rezeki anak kepada mereka. Impiannya untuk membimbing putera dan
puterinya ke jalan yang diredhai Allah. Ilmina juga mempunyai impian yang sama
dengan suaminya. Semoga dimakbulkan doa mereka itu.
~THE END~
p/s : Sorry lambat hapdet IS last. CIA terlupa. thanks to those yang tolong ingatkan. hehe. :D
♥
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeleteDouble best
ReplyDeleteterima kasih, balqiz, baby mio dan salma. :D
ReplyDeleteTerbaik!
ReplyDeleteSuper duper best..hehe
ReplyDeleteperghhh bestnya ,unungnya dapat suami yg ringan tulang mcm tu .Anyway congrats writer this is the best
ReplyDeleteSweet... stiap yg brlku ade hkmanya... ♥♥♥♥♥♥
ReplyDelete