amardini kembali beraksi di hujung minggu(bagiyangcutihariahad). kat kedah, dah start kerja and sekolah. :)
source : google |
Sepanjang
hari pertama bercamping,
pelajar-pelajar diberi tugasan mudah. Aktiviti berkumpulan. Mereka diarahkan
untuk mencari klu-klu tersembunyi dan menyelesaikan masalah yang diberikan. Game dimainkan ala-ala Running Man.
Sekarang kan rancangan Korea itu menjadi fenomena di kebanyakan negara.
Termasuklah Malaysia.
Bukan
main semangat lagi mereka memainkan peranan di dalam game tersebut. Mereka dibahagi kepada enam kumpulan. Setiap
kumpulan diberikan tugasan berlainan. Ada yang terkena game yang menggelikan. Dan ada juga yang perlu melepasi beberapa
cabaran untuk mendapatkan klu-klu.
*****
Camping…
Hari Kedua
Setelah
berpenat lelah semalam, aktiviti hari ni hanyalah pertandingan mewarna untuk
anak-anak penduduk kampung. Dan, di sebelah petang pula… para peserta camping dibenarkan mandi air terjun.
Memang riuhlah kerana semua memang menantikan peluang itu.
Pertandingan
mewarna bermula pada pukul sepuluh pagi dan akan berakhir satu jam kemudian. Peluang
itu diambil oleh para pelajar untuk beramah mesra dengan penduduk-penduduk
kampung yang hadir untuk memberikan sokongan. Memang terbaik dari ladanglah sambutan
dari pihak penduduk kampung. Sambutan yang memberangsangkan.
“Adik-adik,
masa dah tamat. Semua boleh berhenti mewarna. Letakkan pensil warna adik-adik,”
Syafiq, ketua untuk sesi ini bersuara lembut. Bersuara keras nanti, menangis
pula budak-budak tu semua.
“Yang
mana dah siap, letak kertas kat tepi. Nanti ada abang-abang, kakak-kakak yang
kutip. Adik-adik dah boleh kemas barang. Lepas makan tengah hari nanti, kita
umum pemenangnya okey?”
“Okey…”
Sahut semua kanak-kanak itu serentak. Sangat mendengar kata. Mudah sahaja nak handle. Tak adalah pening kepala.
Gotong-royong
bagi menyediakan makan tengah hari riuh dengan suara penduduk kampung dan juga
para peserta. Kira kamcinglah tu jika sudah boleh bertepuk tampar dan bergurau
senda. Semua diberi tugas dalam penyediaan makanan. Tiada yang terkecuali.
Ada
juga dua tiga orang pelajar yang membuat hal tak nak membantu. Setelah di ‘washing machine’kan oleh Azman dan
pensyarah bertugas, barulah mereka bercampur dengan penduduk kampung. Itu pun
terkial-kial. Nampak sangat kejanggalannya.
*****
“Sejuknya!”
jerit Daniel kuat. Walaupun hanya mencelup hujung kaki, satu badan boleh
merasai kesejukan air terjun itu.
Memandangkan
ketua kampung di situ mengatakan air terjun di kampung itu tak berbahaya,
memang bersemangatlah semua pelajar. Lagipun, air terjun itu tak adalah dalam
sangat. Masih boleh cecah kaki lagi. Yang paling teruja pastilah pelajar lelaki.
Bab terjun menerjun dari tempat tinggi memang handallah.
Pelajar
perempuan pula hanya menunggu di tepi. Tapi, selepas melihat pelajar lelaki
bukan main seronok lagi main air, mereka pun teruja. Takut-takut juga untuk
masuk ke dalam air sejuk itu. Apabila dah masuk, tak nak keluar pulak.
“Amar
mana, Kaer?” tanya Daniel sambil duduk di bawah terjunan air.
“Ada
kat sana tu. Budak yang dia handle
tadi suruh dia melukis apa entah,” jawab Kaer. Dia menghampiri Daniel.
“Pulak
dah. Suka pula dia dengan budak-budak…”
“Hoih,
kau. Jangan tak tahu, dia kan suka ikut Opah Yam pergi rumah anak-anak yatim. Takkanlah
dia tak suka budak-budak,” balas Kaer sambil mencuak air pada aweknya di atas
batu. Daniel hanya teranggu-angguk.
******
Nur
Dini memeluk tubuhnya. Dia terpandang kemesraan suami isteri muda yang sedang
leka bermain air di satu sudut kawasan air terjun. Terukir senyumannya. Dia
cemburukan mereka. Alangkah indahnya jika dia turut begitu. Dah ada yang halal
untuk bermesra… bermanja.
“Hoi,
budak kolot,” sapa Geena kasar.
Nur
Dini menoleh ke kirinya. Kelihatan Geena sedang elok berdiri di sebelahnya.
“Siapa
ya, budak kolot tu?”
“Eh,
kaulah. Siapa lagi yang ada kat sini?” Geena merengus kasar.
Rupa
sahaja cantik, tapi perangai? Zero!
“Ada
apa awak tegur saya?” tanya Nur Dini tanpa memandang Geena.
“Kau
tanya aku? Dah kau tanyakan, aku nak pesanlah sikit ni. Boleh tak kau jauhkan
diri kau tu dari Amar? Kau bukan taste
dia pun,” Geena menjeling penampilan Nur Dini. Gadis itu hanya mengenakan
t-shirt lengan panjang dan seluar track
suit. So kolot!
“Hah?
Sejak bila pulak saya dekatkan diri saya dengan dia? I don’t think I have any relation with your boyfriend. You should tell him, not me. He was the one who always disturbed me…
anyway,” bangkang Nur Dini lembut. Bukan cara dia untuk berkasar.
Geena
mencebik. Diketap bibirnya kuat. Sungguh panas hatinya mendengar bicara selamba
Nur Dini. Dek terlalu benci dan geram, dia menolak tubuh Nur Dini kuat. Nur
Dini yang tidak dapat mengimbangkan badannya, terus terjatuh ke dalam sungai yang
agak dalam bagi seorang gadis yang berketinggian 158cm sepertinya.
Tenggelam
timbul Nur Dini di dalam air. Malangnya, tiada siapa yang menyedari dia sedang
lemas di situ. Kebanyakan pelajar mandi di bahagian cetek di sebelah atas.
Tambahan pula, kawasan itu terlindung oleh batu-batu besar.
Ya
Allah, Kau selamatkanlah hamba-Mu ini. Aku masih mahu hidup di atas muka
bumi-Mu ini. Ya Allah, aku mohon Kau lindungilah aku, doa Nur Dini. Dia semakin
lemah untuk meminta tolong.
Amar
yang ternampak teman wanitanya menolak Nur Dini, pantas menghampiri kawasan
itu. Ketika itu, Geena dengan selambanya berlalu. Tanpa sekelumit belas kasihan
pun. Amar menjengul sedikit. Kelihatan Nur Dini sedang terkapai-kapai di
permukaan air.
Tanpa
berlengah, dia terus terjun ke dalam sungai. Dengan pantasnya dia menarik
tangan Nur Dini. Gadis itu semakin lemah. Nafasnya yang tercungap-cungap mula
perlahan-lahan berhenti. Amar meletakkan lengannya di bahagian bawah dagu Nur
Dini dan menariknya ke kawasan batu-batu kecil berdekatan.
Dibaringkan
Nur Dini di situ. Dia melihat sekeliling. Tiada seorang pun datang menghulurkan
bantuan. Mereka tidak sedarkah? Amar buntu melihat tubuh kaku Nur Dini. Dia tak
tahu nak buat apa. Dengan tenaga yang masih ada, dia menggosok tapak kaki Nur
Dini kuat.
Nur
Dini masih tiada respons. Amar mengigit bibirnya. Dia harus buat apa ni? CPR…
CPR… CPR! Tanpa memikirkan apa-apa, terus sahaja dia melakukan CPR iaitu
bantuan pernafasan dari mulut ke mulut. Langsung tidak terlintas di fikirannya
tentang halal dan haram. Apa dah Amar buat?
Apa
yang Amar tahu, dia harus menyelamatkan Nur Dini. Dua kali dia memberi bantuan,
Nur Dini mula terbatuk-batuk. Air mula keluar dari mulut gadis itu. Nur Dini
membuka matanya perlahan. Terbeliak biji matanya melihat wajah Amar yang sangat
dekat dengannya. Dia menolak sedikit tubuh lelaki itu walaupun dalam keadaannya
yang lemah.
“Hoi,
kenapa ni? Amar?”
Amar
menoleh ke belakang. Dia melemparkan senyuman lega.
“Di…
Dini… lemas…”
Hanya
itu yang mampu dia cakap sebelum dia sendiri rebah ke tanah. Azman yang curiga
mula melompat dari batu besar dan menghampiri Amar dan Nur Dini. Nur Dini yang
sudah mula sedar, dia bangun sedikit. Dia masih batuk-batuk kecil. Cuba mencari
nafas.
“Dini?”
“Azman,
saya le… lemas tadi. Amar tolong selamatkan saya,” beritahu Nur Dini jujur.
Tapi, yang selebihnya… biarlah rahsia.
“Ya
Allah, Amar!”
Azman
menampar kedua pipi Amar perlahan. Dia mula melakukan bantuan pernafasan.
Ditekannya dada Amar berkali-kali. Azman melihat pernafasan Amar kembali
teratur. Dia melepaskan keluhan lega. Amar hanya pengsan.
“Kenapa
ni, Man?” Muncul Daniel dan Kaer serta pelajar-pelajar lain. Mereka mula cemas
melihat keadaan Amar yang tidak sedarkan diri.
Keyra
mendapatkan Nur Dini yang masih lemah. Tuala dibahunya terus dibalutkan ke
badan gadis itu. Bibir Nur Dini terketar-ketar dek kesejukan.
“Amar
cuma pengsan aje. Korang angkat dia naik atas. Keyra, you tolong bawak Dini
balik khemah,” Keyra mengangguk. Dia memimpin tubuh lemah Nur Dini naik ke khemah
mereka. Pija turut membantu tentmatenya
itu.
Manakala,
Daniel, Kaer dan lain-lain mengangkat tubuh berat Amar ke khemah lelaki itu. Geena
yang berdiri tegak di batu itu tercengang. Macam mana pula kekasihnya itu boleh
selamatkan Nur Dini? Bukankah Amar tak sukakan Nur Dini? Gara-gara perbuatan
tak matangnya, dia sendiri yang makan hati.
*****
“Dini,
bangun. Makan ubat,” Keyra menepuk perlahan kaki Nur Dini. Gadis itu sedikit
menggeletar walaupun sudah diselimutkan.
“Keyra,
ni air,” Pija menghulurkan segelas air kepada Keyra yang sedang bersila di
samping Nur Dini.
“Kenapa
boleh jadi macam ni? Kalau teruk sangat ni, kena bawak pergi klinik,” ujar
Keyra, risau.
“Entahlah,
Keyra. Aku pun tertanya-tanya. Takkanlah Dini nak terjun sendiri. Dia sendiri
yang cakap kat kita, dia tak reti berenang. Tak pun ada yang tolak Dini,” Pija
dan Keyra saling berpandangan.
Uhuk!
Uhuk! Nur Dini batuk kecil. Walaupun masih lemah, dia masih dapat mendengar
perbualan dua sahabat barunya itu. Tidak mahu lebih banyak telahan yang muncul,
lebih baik dia bangun.
“Dini,
kau bangun kejap eh. Kau kena makan sikit, lepas tu makan ubat,” Keyra berkata
lembut.
Nur
Dini bangun perlahan. Matanya tersangatlah berat untuk dibuka. Namun,
digagahkan juga. Tidak mahu tentmatesnya
itu risau. Pija tersenyum melihat Nur Dini sudah bangun duduk. Hoodie di kepala ditarik Nur Dini agar
menutup kepalanya.
“Amar
macam mana?” Soalan pertama yang terkeluar dari bibirnya.
Keyra
senyum nipis.
“Dia
okey. Tapi, Azman kata… mungkin dia demam sikit. Air sungai tu sejuk kot,” jawab
Keyra.
“Kau
janganlah risaukan dia, Dini. Dia yang risikokan diri dia nak selamatkan kau.
Kenalah terima side effectnya,” kata
Pija. Nur Dini mengangguk.
Dia tergelak
kecil. Tiba-tiba sahaja dia ada ibu-ibu mithali pula di sini. Keyra sedang elok
menyuakan sudu berisi bubur ke mulutnya. Belum pernah rakannya berbuat demikian
selain Husna. Pija pula dok sibuk check
suhu badannya. Manalah tahu, keadaan gadis itu semakin teruk.
Mereka
masih perlu berada di sini lagi sehari. Esoknya masih ada aktiviti
gotong-royong bersama penduduk kampung. Gotong-royong untuk membantu salah
seorang penduduk yang mengadakan kenduri kahwin anak perempuannya. Apa salahnya
mereka mengambil peluang itu untuk membantu.
Camping kali ini sangat berbeza
dengan camping yang dilakukan oleh
senior-senior mereka dulu. Camping
sebelum ini banyak aktiviti dilakukan di dalam hutan. Tapi, berbeza dengan kali
ini. Mereka hanya berkhemah dan melakukan aktiviti bersama para penduduk
kampung di tempat yang mereka kunjungi.
p/s : di sinilah bermulanya cerita. hehe. cuba teka apa yang berlaku sebenarnya. :)
Best....tak sabar cerita seterusnya...��
ReplyDeletetq, leonella chibbie. :D
Delete