CIA happy sangat ni. tetiba abah gi bayar broadband. yeay! boleh update cerpen. macam nak jerit kuat-kuat. over sangat CIA. banyak sebenarnya benda nak update. tapi, untuk malam ni just preview jalah ya. tak siap sepenuhnya lagi. nanti dah siap, CIA update full version. ni nak you all panaskan enjin dulu. hehehe. rindunya nak buat entry. rindu jugak pembaca CIA. korang rindu CIA tak? (soalan cepumas). hihi. soalan bajet sebenarnya tu. apa pun jom kita review sedikit scene SMDAMW.
“Selamat
pagi,” ucap Irdina ceria sebaik Isqandar muncul di dapur.
“Pagi.
Haih, ceria semacam nampak. Ada apa-apa ke?” Isqandar menarik kerusi di meja island. Bukan main ceria lagi Irdina
menyediakan sarapan mereka pagi itu.
“You guess,” Sengaja Irdina ingin bermain
tarik tali dengan encik pelakon.
Syukur
kerana hubungan suami isteri mereka yang sudah masuk ke minggu yang ketiga masih
bertahan. Setakat ini, tiada lagi percakaran lidah yang berlaku. Mungkin kerana
masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya. Oleh itu, masa bersama akan mereka
hargai.
“I guess? Hmmm, mesti good news kan? Awak naik pangkat?”
Irdina menjuihkan bibir.
Sebenarnya,
Isqandar masih lagi berteka teki tentang kerjaya Irdina. Puas dia memancing si
isteri agar memberitahu. Namun, semuanya hanya sia-sia. Irdina masih lagi mahu
berahsia.
“Good news tu dah betul. Tapi, naik
pangkat tu memang salah. Saya tak suka naik pangkat tau. Okeylah, saya bagi hint…” Isqandar menunggu penuh sabar. “Hmmm,
saya suka quote,” sambung Irdina.
“Quote? Mencabar minda jugak eh. Saya ni,
kalau sebut pasal quote… satu aje
yang ada dalam kepala otak saya ni. Yasmin Mogahed,” Irdina tersentak.
“Seriously?” Isqandar mengangguk sambil
menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. “Awak, I love her too. And, you
guess what? She will be in Malaysia soon. I want to see her,” Irdina
berkata penuh kegembiraan.
“I know. And, I have the ticket too,”
ujar Isqandar bersahaja.
Padahal
di dalam hati bergurindam. Mana tidaknya, isteri meminati orang yang sama
dengannya. Jadi, mereka ada persamaan yang boleh dikongsi.
“Nak
pergi sama?”
“Sure. I’m okay with that,” setuju
Isqandar. Apa salahnya dia keluar dengan isteri sendiri?
“Harap-harap
tak adalah wartawan,” kata Irdina selamba. Dia meletakkan mug berisi milo panas
di hadapan Isqandar.
“I hope so. Hah, since you’re fan of Yasmin Mogahed. Share me the best of her quote
that you like…”
Irdina
mengambil tempat duduk di hadapan Isqandar. Ini yang seronok. Akhirnya, ada
juga yang dapat berkongsi sesuatu yang sudah menjadi minatnya itu.
“Okey.
Emmm, don’t worry if your heart hurts
today. Hearts change everyday. And, He is the turner of hearts,” Isqandar
mengoles senyuman lebar. Sukanya dia!
“Yeah, I love it too. Listen this, the blaze
of dunya still fills our hearts because we don’t really see the strom coming,”
tutur Isqandar perlahan.
Irdina
mengukir senyuman.
“Tak
sabarnya nak pergi nanti. Awak janji eh pergi dengan saya. Kawan-kawan saya
bukannya minat dia,” cebik Irdina.
“Insha
Allah. Saya lagi suka ada orang yang teman,” Isqandar berkata mesra.
Semakin
hari, semakin banyak perkara yang berjaya merapatkan mereka. Hubungan mereka
tidak seperti suami isteri tetapi lebih kepada kawan baik. Isqandar ada untuk
Irdina. Dan, begitulah sebaliknya. Irdina juga sudah tidak pulang lewat. Seboleh
mungkin dia cuba pulang awal untuk memasak.
Kadangkala
jika Isqandar tidak keluar bekerja, dialah yang menjadi tukang masak mereka
pada hari itu. Dan, Irdina memang suka jika Isqandar yang memasak. Sedap!
p/s : sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk MH370. harapan masih ada. percaya pada qada dan qadar Allah. ada hikmah disebaliknya. InshaAllah. takziah.
No comments:
Post a Comment