“Assalamualaikum,
ma,” Nur Dini menyalami tangan mamanya sebaik masuk ke dalam perut Toyota Wish.
“Waalaikumsalam.
How was your day?”
“Great,” jawab Nur Dini sambil tersenyum.
Datin Sophia pantas menurunkan brek tangan dan terus bergerak meninggalkan kawasan
kolej.
“This night, we have a guest. So, you need to help me in the kitchen because I don’t know much about Malay food,”
kata Datin Sophia, tenang memandu.
“No probs, mum. Dini kan suka masak. Jadi,
bolehlah Dini ajar mama. Okey?”
“Okay. I’m proud of you, dear,” Datin Sophia menggenggam tangan Nur Dini.
Gadis itu tersenyum lebar.
Sejak
ibunya meninggal dunia lapan tahun lepas, ketika itu umurnya baru masuk tiga
belas tahun… Datin Sophialah banyak menghabiskan masa dengannya. Dia langsung
tidak membantah ketika papanya, Datuk Mubin meminta izin untuk berkahwin dengan
mamanya. Abang dan kakaknya juga begitu. Bagi mereka, mungkin sudah jodoh papa
mereka untuk berkahwin lagi.
Tambahan
pula, Datin Sophia berkahwin dengan Datuk Mubin kerana dia terlalu berminat
dengan Islam. Sebelum Datuk Mubin dan Datin Sophia berkahwin, perempuan itu hanyalah
seorang setiausaha kepada rakan Datuk Mubin. Entah macam mana, Datin Sophia
terpikat dengan sikap ramah dan tenang Datuk Mubin.
Semenjak
itulah, mereka berkawan rapat dan Datin Sophia senang dengan keletah anak-anak
kepada lelaki yang dicintainya itu. Dia mula mempelajari ilmu agama Islam.
Setahun kemudian, barulah Datuk Mubin membuat keputusan untuk memperisterikan
Datin Sophia. Alhamdulillah, mereka dikurniakan sepasang anak yang comel.
*****
Nur
Dini menghampiri Anabella di beranda rumah di tingkat bawah. Kanak-kanak
berusia enam tahun itu leka melukis sesuatu di kertas lukisannya. Tanpa
menyedari langsung kehadiran Nur Dini di situ.
“What are you doing?”
Anabella
mengangkat wajahnya. Terserlah mata birunya yang diturunkan dari keluarga Datin
Sophia.
“Kak
Dini, look. My drawing looks so bored. I
don’t know why,” adu Anabella manja.
“Give me that,” Anabella menghulurkan
kertas lukisannya kepada Nur Dini. Nur Dini bersila di hadapan meja kopi dan
mencapai sebatang pensil kayu milik Anabella.
Dia
menconteng sesuatu di atas kertas lukisan itu. Anabella hanya melihat sahaja
kakaknya menambah sesuatu pada lukisannya. Dia melirik senyuman. Ini yang dia
sayang kakaknya yang satu ini.
“Anak-anak
mama buat apa ni?” Datin Sophia membawa dulang yang berisi seteko cappuccino dan sepinggan tart badam keju
dan diletakkan di meja kayu itu.
Disebabkan
keluarga Datuk Mubin sukakan suasana kampung, banglo dua tingkat itu banyak
menggunakan kayu cengal sebagai wall
cover, pillar cover, frame window, top fencing dan hinges. Boleh dikatakan enam puluh peratus adalah kayu cengal.
Halaman santai juga direka ala-ala kampung. Cuma, bahagian tingkat atas yang
memuatkan empat buah bilik direka dengan batu. Lebih kepada moden style.
“Kak
Dini tolong Bella melukislah, mummy,”
jawab Anabella, sedikit pelat. Dia masih belum fasih sepenuhnya berbahasa
Melayu.
“Oh,
iya? Why? Bella lukis tak cantik?”
“Taklah,
ma. Dini tolong buatkan Bella punya lukisan ni jadi tak bosan aje. Tadi, dia
kata lukisan dia bosan. Jadi, Dini contenglah lukisan dia. Bella, okey tak?”
“Okey
sangat!” jerit Anabella ceria. Setiap kali Nur Dini menconteng di kertas
lukisannya, pasti dia meloncat gembira kerana contengan itu sangat cantik dan
tak nampak bosan. Nur Dini memang berbakat dalam bidang lukisan.
“Tinggalkan
dulu lukisan tu. Kita minum petang. Mama ada buatkan favourite Bella, cheese
almond tart,” Datin Sophia menghulurkan tart itu kepada anak bongsunya.
“Ma, next week… Dini ada camp tau. Anjuran fakulti Dini. Boleh kan Dini nak pergi?”
“Emmm, ask your papa first. Mama okey
saja. Tetapi, kena pandai jaga diri. Dini kan tak biasa sangat dengan camping di sini,” pesan Datin Sophia.
“Alright. Papa mesti bagi punyalah. Dia
kan sayang Dini,” kata Nur Dini ceria.
Datin
Sophia mengulas senyuman. Dia sangat bangga dengan anak-anak suaminya dengan
arwah isteri dulu. Ketiga-tiganya sangat mengikut arahan. Pandai berdikari. Dan,
yang penting… mereka ikhlas menerimanya di dalam keluarga itu. Mereka pandai
berkomunikasi dengannya. Layanan itu tidak pernah membuatkan Datin Sophia
berasa terpinggir.
Buktinya,
setiap perkara yang dilakukan… pasti mereka akan meminta kebenarannya terlebih
dahulu. Nur Dinilah yang paling manja di antara Nur Sabrina dan Ahmad Ikhwan. Anak-anak
kandungnya, Nur Anabella dan Ahmad Mikael juga memang rapat dengan abang dan
kakak-kakak mereka. Dia sering melahirkan rasa syukur kerana Allah telah
memberinya sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni.
*****
Amar
melangkah malas ke meja makan. Setiap kali tiba waktu makan, pasti akan ada
sesuatu yang akan berlaku. Selalunya dialah yang akan buat kecoh. Sebab apa? Daddy, sibuk dengan Ipad dia… setiap
saat nak pastikan saham syarikat tidak jatuh. Mummy, asyik membelek telefon bimbit. Biasalah kehidupan kebanyakan
orang berada ni… dengan persatuanlah, kebajikanlah. Kakak pula, tak habis-habis
berbual dengan teman lelaki. Setiap minggu pasti bertukar teman lelaki.
Dilepaskan
keluhan berat. Dia tersenyum kepada Opah Yam yang sedang mencedokkan nasi ke
pinggannya. Hanya neneknya sahaja yang selalu ada masa untuknya. Nak harapkan
yang lain, hampeh! Opah Yamlah yang banyak mendidiknya tentang solat, kehidupan.
“Makan,
Amar. Tak payah pedulikan orang-orang yang sibuk mengejar duniawi ni. Janji
perut kita kenyang, hati pun tenang,” ujar Opah Yam.
“Baiklah,
opah. Amar nak makanlah ni. Kita makan berdualah ya,” balas Amar sambil
mencedok lauk untuk opahnya.
Walaupun
Opah Yam banyak mengajarnya tentang agama, dia tetap begitu. Hidup sosial tapi
di kolej sahaja. Jika dia keluar pun, hanya ke taman rekreasi… tak pun ke gym. Kadang-kadang, dia selalu mengikut
Opah Yam ke rumah anak-anak yatim.
Aktiviti
bersama ahli keluarga yang lain? Hanyalah apabila banglo tiga tingkat itu
mengadakan majlis-majlis seperti majlis hari lahir atau majlis yang lebih
mendorong kepada party. Kehidupan cliché seorang anak orang kaya yang ibu
bapanya sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.
“Hmmm,
opah. Minggu depan, Amar ada camping.
Tiga hari, dua malam. Nanti Amar bagi surat kebenaran fakulti, opah signkan tau,” Opah Yam mengangguk.
Opah
Yam memandang anak, menantu dan cucu perempuannya. Apa nak jadilah dengan
mereka ni? Sampai bila nak hidup mengejar duniawi ni pun tak tahu. Dah banyak
kali juga dia bertazkirah, tapi langsung tiada yang mendengar. Masuk telinga
kanan, keluar telinga kiri. Nasib baiklah dia masih ada Muhammad Amar yang
masih menemani hari tuanya.
*****
Seminggu
berlalu…
“Semua
dah ada?” tanya ketua yang menguruskan aktiviti, Azman yang mewakili fakulti multimedia
dan senireka.
“Dah
kot, Man…”
“Janganlah
main kot-kot. Aku takut ada yang tertinggal. Susah pula nanti,” kata Azman tegas.
Ketua kan. Mestilah kena tegas kalau nak anak-anak buah ikut arahan.
“Sini,
aku kira. Korang berdiri diam-diam,” Amar mengira seorang demi seorang.
“Cukup
tak, Mar?”
“Cukup,
Man. Cuma, seorang tak ada. Minah saleh celup tu,” Amar menjongket bahu.
“Itu
tak payah risau. Dia dah tunggu kita kat sana,” balas Azman sambil menanda nama
di kertas.
“Man,
apesal Dini tunggu kita kat sana. Supposedly,
kita wajib berkumpul kat sini kan? Tak adillah macam ni. Dia senang lenang naik
kereta, kita pulak naik bas,” kata Lily, tidak berpuas hati. Dua tiga orang
gengnya mengangguk setuju.
“Uih,
kau ni kan Lily. Apa salahnya kita naik bas? Seronok apa naik bas ramai-ramai.
Bila lagi nak berkumpul macam ni? Dini pun naik bas jugak apa pergi sana. Kebetulan,
bapak dia ada hal kat sana. Jadi, dia pergi dengan bapak dialah. Naik bas
rombongan sekali bapak dia,” jelas Azman panjang. Tidak mahu ada yang salah
faham nanti.
“Manalah
aku tahu dia pun pergi naik bas…”
“Itulah
kau Lily. Lain kali, nak tuduh tu… siasat dulu dong,” celah Kaer.
“Dah,
dah. Jom, naik. Korang pilihlah tempat duduk yang korang suka. Sebab, aku pun
nak duduk dengan awek aku,” Azman senyum gatal.
Semua
peserta camping ‘booo’ Azman. Macam dia seorang ada teman wanita. Malu Keyra kerana
di ‘booo’ begitu. Sempat dia
menjeling Azman. Amar pula selesa dengan teman wanita barunya, Geena. Entah
macam manalah dia boleh berkepit dengan model sambilan itu pun tak tahu. Mereka
berlainan kelas. Tetapi, apa ada hal dengan Amar. Janji ada teman.
Memandangkan
aktiviti camping dan lawatan
pendidikan adalah wajib bagi setiap fakulti multimedia dan senireka untuk dua
semester akhir, mereka membahagikan kelas. Dua kelas, mengikuti aktiviti camping. Manakala, dua kelas lagi pergi
lawatan pendidikan.
Disebabkan
dua semester akhir ini adalah semester paling sibuk… mereka pendekkan tempoh camping dan lawatan. Dari seminggu
menjadi tiga hari. Camping pula
diadakan di sebuah kawasan perkampungan yang memiliki kawasan hutan dan air
terjun. Jadi, penduduk-penduduk kampung turut terlibat secara tidak langsung.
p/s : pendek sikit eh. nanti baru ada full version. saja nak buat part by part. hhehe
nak lagi sis, Hehehe... Sya jnis suka cerpen yg ada kaitan ngan Baby, nmpak sweet je kalau tngok Lelaki handsome layan anak, kalau Sis blh uat la.... Hehehehehe, smbng lagi cita ni ♥
ReplyDeletehehe. thanks, balqiz zainol. CIA pun suka lelaki jaga baby. InshaAllah, kalau ada nanti CIA post eh. terima kasih. :) :D
DeleteSambung lg~~~ ohhsem!
ReplyDelete