Assalamualaikum... Hye!
Awal-awal CIA nak say sorry. hehe. cerpen ni memang cliche'. dah lama siap tapi baru terasa nak post. sorry kalau tak best ke apa ke. sorry sangat-sangat. cerita biasa ja. harap semua sukalah eh. kalau ada tersilap kat mana-mana, sorrylah. CIA tak edit and tak baca balik pun. takut CIA malu balik. hehehe. poyo sangat. SELAMAT MEMBACA!
“Ramai
orang kat masjid tadi, bang?” Puan Sri Zainah bersoal kepada suaminya, Tan Sri Amin
yang baru sahaja pulang dari masjid berdekatan dengan banglo tiga tingkat
mereka.
“Ramailah
jugak. Macam biasalah,” Tan Sri Amin melabuhkan punggung di sofa ruang tamu,
bersebelahan dengan isterinya.
Malam
itu, keluarga Tan Sri Amin berkumpul di ruang tamu. Giliran ahli keluarga
paling dekat pula meraikan menantu baru mereka. Putera bongsu Tan Sri Amin dan
Puan Sri Zainah baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya yang telah bermula
sejak dua hari lepas. Kini, barulah banglo itu lengang dengan sanak saudara
yang lain. Kalau tak, memang hingar bingarlah. Sekarang ini pun sudah hingar
dengan suara cucu-cucu mereka.
“Amboi,
Ra. Teruk sangat manja kau ni,” kata Azim kepada adik perempuannya, Zeera yang
sedang elok bersandar di bahu suaminya.
“Biarlah
kat orang. Abang Jim tak payah nak jealous bagai. Sekali kak Diana datang,
kerja nak menempel aje,” balas Zeera sambil merapatkan lagi tubuhnya ke tubuh
suaminya, Azhar.
Azim
mencebik.
“Sayang
buat apa ni?”
“Mana
ada buat apa pun. Tolong bawa kuih-muih ni aje,” Diana meletakkan dua pinggan
beraneka jenis kuih-muih melayu di atas yang terletak di tengah-tengah susunan
sofa.
Azim
memang pantang jika isterinya melakukan kerja-kerja berat ketika sedang hamil. Bukannya
Diana sedang mengandung anak sulung. Dah anak ketiga pun. Tapi, risau dia
mengalahkan mengandung sulung. Nasib baiklah si Azim tu masih benarkan dia
bekerja.
Muncul
Irin menatang dulang berisi minuman dan diletakkan di atas meja kopi itu. Haa,
inilah menantu bongsu Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainah. Irin Amani namanya. Gadis
itu masih segan silu berada di kelompok keluarga suaminya. Dia manalah biasa
bertandang ke rumah orang lain lama-lama. Kekok. Tapi, sekarang ini dah lain.
Dia berada di rumah ibu bapa suaminya sendiri.
Irin
menuangkan minuman ke dalam cawan ketika Raqib masuk ke dalam rumah. Dilabuhkan
punggungnya di sebelah Azhar.
“Bersembang
apa lama sangat dengan tok imam? Papa sampai dulu pulak,” tegur Puan Sri
Zainah.
“Mana
ada bersembang dengan imam, mama. Qib pergi kunci kereta tadi. Lupa nak kunci
masa balik tadi,” jawab Raqib sambil menayangkan kunci kereta BMW 520inya.
Irin
bersimpuh di sebelah Diana di atas carpet tebal. Malas pula nak bangun, duduk
di sofa.
“Irin,
okey tak tinggal sini?”
“Okey.
Kenapa, pa?”
“Papa
tengok diam aje dari tadi. Macam tak suka pun ada,” Tan Sri Amin dan Puan Sri
Zainah berpandangan. Itulah yang berada di benak mereka tatkala melihat menantu
mereka yang satu itu hanya diam sejak tiba di sini petang tadi.
“Eh,
Irin okey. Cuma, tak biasa lagi aje,” Irin memberi jawapan yang sopan. Tidak
mahu mertuanya salah sangka.
Dia
sebenarnya canggung. Gila tak kekok. Sudahlah kahwin pun bukan atas kerelaan
hati. Saat-saat akhir kakak sepupunya tidak hadir ke majlis pernikahan.
Apalagi, kecohlah. Sudahnya, Datin Husna, uminya meminta dia menggantikan
tempat kakak sepupunya itu. Gila tak gila, Dengan slumber blank dia tu… terus
mengangguk setuju. Meloncatlah keluarga pengantin lelaki. Tak payah fikir
maruah yang hampir tercalar. Senang-senang sahaja si Irin itu bersetuju.
“Nanti
dah lama-lama biasalah tu. Kak Diana dengan abang Azhar dulu pun macam Irinlah.
Tapi, sekarang ni… kamcing aje,” sampuk Puan Sri Zainah.
Irin
senyum nipis. Arh, kalaulah semua tahu apa yang tersirat di dalam hatinya kini.
Si suami pula selamba sahaja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bersandar
santai dengan baju melayu-kain pelikat sambil mata ralit menonton cerita apa
entah kat TV tu. Irin, bab-bab lelaki… dia memang tak terror. Boleh dikatakan
zerolah pasal lelaki ni. Ramai juga kawan-kawan lelaki di kampus cuba cucuk
jarum. Tapi, semuanya tak dilayan. Bukanlah dia tiada perasaan, tetapi lebih
kepada malas nak ambil tahu.
*****
Irin
resah di katil. Sesekali dia menoleh ke pintu bilik. Takut Raqib masuk! Dua
hari mereka bernikah, dua hari jugalah mereka tidak bermalam bersama. Inilah
malam pertama dia akan bermalam dengan lelaki yang sudah sah sebagai suaminya.
Agak-agak kalau Irin buat muka blank dia tu… okey tak? Kalau boleh, tak nak
langsunglah fikir pasal hubungan suami isteri itu. Erk! Dia memang tengah
berfikir pun.
“Assalamualaikum,”
Irin menelan air liur kasar. Ninoninonino! Dah macam siren ambulans dah hah.
“Waalaikumsalam,”
jawab sajalah, orang dah bagi salam. Dapat juga pahalanya.
“Abang
ingatkan Irin dah tidur,” Raqib bergerak ke almari. Dia menukar pakaian yang
lebih santai. Hanya seluar pendek! Itulah gaya santai dia untuk tidur. Irin
punya reaction, tak payah cakaplah. Bibir dia terkunci terus.
“Err…
awak nak tidur macam ni ke?” Raqib memandang dirinya. Apa yang pelik?
“Yupp.
As usual,” Pantas dia memanjat katil. Tubuh dia dah selamat pun mencium tilam. Irin
yang masih berpakaian litup sudah tak tentu arah. Pakaian litup? Yes, jubah
hitam jenis chiffon dengan tudung Syrianya.
“Emmm,
awak nak… nak…”
“Nak
apa?” tanya Raqib lembut. Mata ditala ke syiling. Sesekali matanya melirik Irin
yang kaku di birai katil.
“Nothing.
Just…” Urgh! Sekali lagi dia gagap. Sejak bila Irin gagap ni, diri sendiri pun
dah tak perasan. Cuak malam pengantin kot. Ehek!
“Just
sleep. I’m not going to do anything to you. So, have fun for tonight. Malam-malam
seterusnya, abang tak janji,” Irin
bagaikan ingin senyum lebar. Janji malam ini, dia sudah terlepas!
“Thank
you. Awak tidurlah dulu,” Irin pantas mengambil pakaian bersih dan melangkah ke
bilik air.
Raqib
memandang pintu bilik air yang sudah tertutup. Dia kesiankan Irin yang terpaksa
mengganti pengantin perempuannya tempoh hari. Hampir gila dia ketika itu. Tinggal
lagi dua jam sahaja lagi, majlis akad nikah akan dimulakan… pengantin perempuan
dah lari. Salah dia juga sebab tak pernah ambil tentang hal perkahwinannya itu.
Tan
Sri Amin dan Puan Sri Zainah yang beria-ria nak dia berkahwin dengan si bekas
tunang kerana gadis itu disangkakan mempunyai peribadi yang baik. Inilah
akibatnya jika biarkan orang tuanya sahaja yang berkenalan dengan gadis itu. Akhirnya,
mereka pula yang tertipu. Barangkali, gadis itu sudah berpunya.
*****
Dengkuran
halus Raqib membuatkan Irin tersenyum nipis. Hatinya tercuit. Sebelum ini, hanya
bunyi cicak yang suka menyibuk pagi-pagi buta di dinding yang menemaninya.
Kini, dengkuran itu yang menemani halwa telinganya. Mungkin ini sifat semula
jadi seorang isteri, dengkuran suami pun dah rasa bahagia.
Irin
tergeleng. Niatnya ingin mengejutkan suaminya. Sudah pukul enam suku pagi. Raqib
sempat berpesan sebelum tidur agar mengejutkan lelaki itu. Dia nak mereka solat
subuh berjemaah. Memang sudah menjadi rutin Irin akan terjaga tepat pukul lima
empat puluh lima pagi. Jika uzur sahaja, dia bangun lambat sikit.
“Awak,
Raqib… bangun,” Jemari runcing Irin menggoncang lembut bahu Raqib yang sedang
nyenyak tidur mengiring itu.
Tiada
respons!
“Ahmad
Raqib! Tak nak bangun subuh ke?” Raqib bergerak sedikit.
“Pukul
berapa dah?” tanya Raqib dengan suara serak baru bangun tidurnya. Irin senyum. Seksinya
suara. Nak lagi!
“Enam
suku. Bangunlah. Kata nak solat jemaah,” Irin turun dari katil dan duduk di
kerusi meja solek. Dicapainya sikat di atas meja solek. Disikatnya rambut hitam
yang sudah hampir kering itu.
“Good
morning,” ucap Raqib sambil meregangkan sedikit ototnya. Irin memandang Raqib
dari cermin meja solek.
“Morning,”
jawab Irin bersahaja. Mimpi apa entah inche suami dia ni. Awal-awal pagi dah
senyum sampai ke telinga. Erk! Dia pun senyum tadi. Tapi tak adalah selebar
Raqib.
Raqib
meloncat turun dari katil. Dia menarik tuala di penyidai. Sebelum berlalu ke
bilik air, kakinya melangkah menghampiri isterinya.
“Jangan
lupa ambil wudhuk lain. Tadi, Irin pegang bahu abang,” Irin hanya mengangguk. “
And, terima kasih lagi… sebab tak menolak,” Raqib senyum lebar. Dia terus
berlalu ke bilik air.
Irin
melihat mukanya di cermin.
“Tak
pakai blusher pun,” kata Irin perlahan. Tahu sangat yang pipinya sudah merah
menahan malu. Acap kali Raqib menuturkan ucapan terima kasihnya kerana Irin sanggup
melayan kehendaknya.
Pada
mulanya, Raqib memang tak berniat langsung nak menyentuh Irin. Tetapi, haruman
badan Irin yang ketika itu baru sahaja lepas mandi… telah menggodanya. Nasib
baiklah Irin langsung tidak menolak permintaannya. Irin sendiri tidak menyangka
hubungan mereka akan sampai ke tahap ini. Dia bukannya kenal dengan Raqib pun.
*****
Irin
tampil dengan baju kurung kedah yang direka moden. Dia tampak cantik sekali
dalam persalinan itu. Selepas solat subuh tadi, Raqib meminta agar Irin bersiap
kerana dia akan membawa isterinya melihat rumah baru mereka. Selain itu, boleh
juga dia mengenali Irin dengan lebih dalam lagi.
“Besarnya,”
Raqib senyum. Dia bersandar di keretanya sambil kedua tangan dimasukkan ke
poket jeans hitamnya. Irin merenung banglo dua tingkat yang masih dalam proses
renovation.
“Tak
adalah besar sangat. Dah hampir siap. Maybe, dua bulan lagi… kita pindah masuk
sini,” balas Raqib. Irin angkat kening. Raqib tak nampak reaksi wajah Irin
kerana wanita itu berdiri membelakanginya.
“Kita
berdua aje?”
“Iyalah.
Irin nak bawak siapa lagi?” Irin sengih.
“Tak
ada nak bawak sesiapa. Just asking. Rumah awak ni besar kot. Takkan tinggal
berdua aje,” Raqib tergelak.
“Pembetulan,
Puan Irin Amani. Ini rumah kita. Bukan rumah abang seorang,” Irin menoleh ke
belakang. Mata mereka bertembung. Namun, hanya seketika. Irin melarikan
pandangannya. Dia mana berani nak melawan pandangan suaminya. Takut jantung dia
meletup pula nanti. Sebabnya, cair dengan wajah kacak Raqib yang bersih itu.
“Iya,
rumah kita…”
“Jomlah.
Abang nak singgah park kejap. Lambat nanti, panas pulak,” Mereka kembali masuk ke
dalam perut kereta. Raqib memandu ke Putrajaya . Sengaja ingin mengambil angin.
Selebihnya, dia ingin mengetahui isi hati isterinya terhadap perkahwinan
mereka.
*****
Raqib
dan Irin beriringan berjalan di sekitar taman. Mereka menghentikan langkah. Masing-masing
terdiam sambil menghayati pemandangan tasik yang terbentang di hadapan mata
mereka. Sesekali Irin menoleh ke sebelah kirinya. Raqib segak dengan T-shirt
berkolar rona biru berbelang hitam dan
seluar jeans hitam. Kaca mata jenama Rayban terletak di batang hidung suaminya.
Sejak kali pertama dia terpandang wajah bersih seperti penuh dengan nur itu, hatinya
mula terpaut.
“Kenapa
Irin setuju nak gantikan Nurin?” soal Raqib tanpa memandang isterinya.
“Boleh
Irin berterus terang?” soal Irin kembali.
“Silakan…”
“Jangan
gelak eh. Terasa pun tak boleh,” pesan Irin. Dia menghela nafas perlahan. “First
time Irin pandang awak kat homestay, Irin terpuji awak. Lepas tu, umi minta
Irin ganti tempat kak Nurin. Irin terangguk. Irin tak sengaja tau. Umi terus
aje bagitahu keluarga awak. Itulah kisah sebenarnya,” Raqib mengerutkan
dahinya.
“Jadi,
Irin terima abang sebab Irin tak sengaja angguk setuju?”
“Irin
blanklah masa tu. Jujur Irin cakap, Irin terima awak sebab awak handsome aje,” Irin
menutup mulutnya. Bukan itu yang dia nak cakap. Argh!
Raqib
mengerling Irin. Isterinya buat muka innocent. Masih keras lidah itu untuk memanggilnya, abang.
“Sebab
abang handsome? Masalahnya, abang handsome ke?” Raqib sekadar mengusik.
“Iyalah
kot. Dah itu kata Irin tadi,” Irin senyum nipis. Dia dah termalu sendiri kerana
memuji suaminya secara terang terangan tadi. Boleh pula bibirnya berkata jujur.
“Dahlah.
Jom kita balik. Petang nanti Najah nak datang rumah,” Raqib memulakan langkah.
Irin termangu. Najah? Siapa pula tu?
Malas
nak fikir panjang, dia hanya mengekori langkah suaminya. Tiba-tiba…
“Awak!”
Raqib
sudah terbaring di kawasan berumput. Irin pantas mendapatkan suaminya. Dia
menampar perlahan pipi Raqib. Irin mula risau. Tadi Raqib elok sahaja.
“Awak…
Raqib. Janganlah main-main. Bangunlah,” Air mata sudah membasahi pipi Irin. Dia
memangku kepala Raqib.
“Puan,
kenapa ni?”
“Encik,
tolong saya. Suami saya tiba-tiba pengsan. Tolong saya,” mohon Irin. Hatinya
sudah tidak keruan. Dia mengharapkan Raqib hanya mengenakannya saja. Tetapi, saat
memangku kepala suaminya… terasa macam ada beban. Memang sah! Raqib pengsan!
*****
“Irin
pergi makan dulu. Isi perut tu,” Irin menggeleng. Selagi Raqib tidak sedar, dia
akan terus berada di sini. Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainah saling
berpandangan.
“Insya
Allah, nanti Raqib dah sedar… papa bagitahu,” pujuk Tan Sri Amin pula. Irin
tetap juga berkeras di situ. Di sisi suaminya.
“Kalau
dah itu kata Irin, tak apalah. Papa dengan mama nak balik dulu. Dah nak maghrib
ni. Esok kami datang lagi. Nanti mama bawa pakaian bersih untuk Irin,” Puan Sri
Zainah mengusap lembut bahu menantu bongsunya.
Selepas
Irin menghubunginya tengah hari tadi untuk memaklumkan tentang Raqib, dia dan
suaminya bergegas ke hospital. Bukan main risau lagi. Sempat juga mindanya
berfikir yang bukan-bukan. Hatinya lega sedikit apabila doktor memberitahu, Raqib
hanya penat dan stres sahaja. Mungkin kerana hal perkahwinannya yang hampir
musnah itu.
“Terima
kasih, ma. Maaf sebab susahkan mama,” kata Irin lembut.
“Hisy,
tak adalah. Irin tu jangan risau sangat. Raqib cuma tertekan aje. Nanti, jangan
lupa call kami kalau Raqib dah sedar,” Irin mengangguk. Dia bersalam dengan
mertuanya.
Azim,
Diana, Azhar dan Zeera sudah pulang ke rumah lepas asar tadi lagi. Memandangkan
Raqib masih belum sedar, biarlah mereka pulang dahulu. Esok mereka akan datang
melawat lagi. Tambahan pula, saudara jauh mereka akan bertandang ke rumah. Haru
pula jika mereka tiba, tiada orang di rumah.
“Kami
balik dulu. Jaga diri,” Tan Sri Amin menitipkan pesan sebelum berlalu keluar.
Sebaik
ibu dan bapa mertuanya keluar, keluhan berat meniti di bibirnya. Namun,
cepat-cepat dia beristighfar. Tidak elok mengeluh. Dia membetulkan selimut di
badan Raqib. Dia tengok lelaki itu tenang sahaja. Wajah itu mendamaikan hatinya
yang kerisauan. Tidak menyangka wajah tenang itu tersembunyi seribu satu beban.
Dia sendiri tak perasan yang suaminya sedang mengalami tekanan.
*****
Raqib
membuka matanya perlahan. Terasa pedih sedikit. Orang pertama yang menyapa
matanya, Najah! Gadis itu buat apa kat sini? Dia kat mana ni?
“Abang
Qib dah sedar? Alhamdulillah,” Najah melahirkan rasa syukur. Raqib membetulkan
pembaringannya.
“Abang
kat mana ni? Macam mana Najah boleh ada kat sini?” Najah tersenyum manis.
“Papa
dengan mama bagitahu, abang pengsan. Lepas maghrib tadi, Najah ajak ibu datang
sini,” Lembut sahaja tutur bicara Najah. Sesuai dengan peribadinya yang
bertudung labuh.
Irin
dan Hajah Nailah masuk beriringan ke dalam wad Raqib. Hajah Nailah mengajak Irin
solat isya’ di surau hospital. Irin, pada mulanya berat hati juga ingin
meninggalkan Raqib. Tetapi, setelah dipujuk oleh Hajah Nailah dan Najah… dia
mengikut juga. Najah uzur, jadi dia tak boleh bersolat.
“Raqib
dah sedar?”
Irin
menahan rasa. Nampaknya, bukan wajahnya yang Raqib lihat ketika dia sedar. Namun,
dilemparkan juga senyuman agar dapat sembunyikan perasaan tidak enak yang mula
menular.
“Baru
aje sedar, bu,” Najah menjawab bagi pihak Raqib. Dia tahu lelaki itu masih
lemah. Raqib menyalami tangan Hajah Nailah.
“Iya?
Raqib rasa macam mana? Nak ibu panggilkan doktor?”
“Raqib
okey, bu. Ibu janganlah risau,” balas Raqib perlahan. Irin hanya berdiri
bagaikan patung berhampiran jendela. Mulutnya yang teringin bersoal tentang
keadaan suaminya, terkunci. Soalannya sudah terjawab.
Dia
tertanya-tanya, apakah hubungan Raqib dan Najah? Namun, tak termampu dia nak
luahkan persoalan itu. Mereka kelihatan mesra. Mungkin inilah Najah yang
disebut Raqib sebelum dia jatuh pengsan tadi.
“Ibu
ada bawakan bubur untuk Raqib. Raqib makan eh? Dah nak masuk sepuluh jam Raqib
tak sedarkan diri. Mesti dah lapar,” Hajah Nailah mengeluarkan bekas bubur yang
dimasak sendiri di rumah Tan Sri Amin tadi.
“Biar
Najah suapkan,” Hajah Nailah tersenyum. Dia menghulurkan bekas bubur kepada
anak perempuannya.
Raqib
hanya membiarkan sahaja Najah menyuapnya. Sesungguhnya, perut dia sangat lapar
sekarang ni. Irin menggaru keningnya. Mula berfikir, dia buat apa berdiri macam
patung kat sini? Seronok ke tengok kemesraan yang tersaji di depan matanya ini?
“Err…
Irin keluar sekejap,” kata Irin sebelum menghilang di sebalik pintu.
Ketiga-tiga mereka hanya bereaksi biasa. Masih dengan dunia gelak tawa mereka.
*****
Irin
melabuhkan punggung di sofa yang disediakan khas untuk pelawat di aras sama
dengan bilik Raqib. Hatinya terguris. Siapa mereka? Sekali lagi mindanya kaku
tanpa jawapan. Ingin bertanya, dia takut untuk mendengar jawapannya. Mungkinkah
Najah adalah isteri pertama Raqib? Tanpa
sedar, keluhan terbit juga di bibir merah itu.
“Irin,
buat apa kat sini?”
Irin
mendongak. Kak Diana?
“Kak
Diana pula buat apa kat sini?” Diana duduk di sebelah birasnya. Kita tanya dia,
dia pula yang bertanya kita.
“Akak
kan kerja kat sini. Irin pulak. Kenapa tak masuk dalam?” Lupa pula Diana
merupakan doktor di hospital ini.
“Malaslah,
kak. Ada Hajah Nailah dengan Najah. Kekok pula Irin kat situ,” Irin berkata
jujur. Sudah itu yang dirasanya kini.
“Irin
janganlah ambil hati. Raqib dah bagitahu Irin pasal Najah?”
“Pasal
apa pulak, kak?”
Diana
menghela nafas panjang. Dia tak beranilah nak campur tangan dalam hal Raqib dan
Najah. Tapi dia terkilan. Kenapa mereka sanggup bersikap mesra di hadapan Irin?
Dia ternampak adegan mesra itu ketika ingin memasuki wad Raqib. Sekadar ingin
melihat adik iparnya itu. Suaminya berpesan agar memberitahu perkembangan Raqib.
Sudah selalu sangat keluarga mereka berpesan pada Raqib agar menjelaskan
hubungannya dengan Najah. Takut Irin salah faham.
“Irin
tanyalah Raqib sendiri. Akak tak berani nak masuk campur. Nanti, akak pulak
yang dipersalahkan,” Bertambah hairanlah Irin dibuatnya.
“Irin
memang nak tahu pun, kak. Tapi, nantilah. Ingat Irin tunggul ke nak tengok
semua tu,” luah Irin. Dia bukannya jenis suka pendam. Tapi, bila dia pendam…
memang akan dipendamnya bersungguh-sungguh. Sehinggakan orang lain tidak dapat
menduga tindakannya.
Diana
senyum nipis. Dia faham perasaan Irin. Kalau dia ditempat Irin, sudah kena
sembur agaknya mereka itu.
“Irin
sabar eh. Ini baru dugaan kecil. Akak pergi dulu. Akak nak prepare untuk
operation dua jam lagi…”
“Terima
kasih, kak,” ucap Irin ikhlas. Tenang sikit hatinya kini.
*****
“Pergi
mana?”
Raqib
terus bersoal tanpa sempat Irin menutup pintu. Hajah Nailah dan Najah sudah
pulang. Raqib bersandar tenang di kepala katil.
“Ambil
angin kat luar,” jawab Irin malas. Dia menghampiri Raqib di katil.
“Kenapa
tak bagitahu? Handphone pun tak bawa. Puas Najah cari Irin tadi,” Najah lagi!
Irin beriak biasa. Dia senyum senget.
“Seronok
sangat makan bersuap kot. Irin bagitahu nak keluar pun, dah tak dengar,” perli
Irin selamba.
“Irin
cemburu?”
“Boleh
ke Irin cemburu? Siapalah Irin ni nak cemburu bagai,” Raqib mendengus. Ada
sahaja bibir comel itu ingin menyindirnya. Dek lapar sangat, dia tak sedar
kelibat Irin dah tak ada dalam bilik itu.
“She’s
my wife. No, bakal jadi bekas isteri,” Irin hanya berlagak biasa. Dia dah
mengagak semua tu. Mustahil gadis muslimah seperti Najah akan menyentuh lelaki
sesuka hati. Melainkan lelaki itu adalah mahramnya.
“Irin,
dengar tak?”
“Dengar.
Tak pekak lagi,” Raqib pantas menangkap tangan isterinya. Irin terduduk di
birai katil. Matanya menekur ke lantai.
“Pandang
abang, Irin,” pinta Raqib. Namun, Irin hanya buat biasa. Dia baru sedar, mereka
bukannya kenal rapat pun. Dia langsung tidak mengetahui tentang Raqib. Dan, dia
pasti lelaki itu juga tidak banyak mengetahui tentang latar belakangnya.
“Irin,
please,” Lambat-lambat Irin mengangkat wajahnya. Matanya dipaku pada anak mata suaminya.
Terus berdebar jantungnya.
Argh!
Wajah bersinar itu sentiasa membuatkan hatinya lembut. Perasaan marah boleh
hilang. Nak merajuk, langsung tak jadi merajuk. Wajah putih bersih itu mampu
memberikan ketenangan untuknya. Dia kalah lagi bermain dengan perasaan.
“Abang
bergurau aje. Najah tu adik susuan abang. Hajah Nailah pernah susukan abang
masa mama pergi kerja dulu. Sejak tu, abang rapat dengan keluarga Najah. Irin
janganlah salah sangka,” Irin terdiam. Berdosanya kerana sudah tersalah faham.
Baru
kahwin empat hari, dah dilanda ombak Tsunami. Haish!
“Manalah
Irin tahu. Awak bukannya nak bagitahu pun,” balas Irin acuh tak acuh. Raqib
mengusap kepala Irin yang berlapik tudung itu.
“Sorrylah.
Mesti Irin dah fikir bukan-bukan. Itu yang cemburu, kan?” Raqib masih belum
puas hati jika Irin masih berkeras.
Dia
sudah menelefon Puan Sri Zainah tadi.
Mamanya menceritakan bagaimana dia boleh terlantar di sini. Yang paling dia
terkejut apabila mamanya memberitahu Irin sanggup tak makan sebab nak jaga dia
sampai sedar. Alih-alih bukan Irin yang dia nampak sebaik sedar. Puan Sri
Zainah juga berkata, pasti Irin kecewa. Hampir seharian dia berteleku di sisi
suaminya.
“Mana
ada Irin cemburu. Pandai-pandai aje awak ni,” bantah Irin. Suaranya sudah
mengendur. Sejuk sikit hatinya melihat Raqib sudah kembali seperti biasa.
“Betullah.
Kalau tak, takkanlah muka Irin ni mencuka macam asam jawa,” Erk, asam jawa dia
kata aku, getus Irin.
“Lepaslah.
Irin rimas,” Irin merujuk kepada tangannya yang digenggam Raqib erat. Langsung
tiada tanda-tanda akan dilepaskan.
“Abang
yang pegang. Bukannya lelaki lain. Kenapa nak rimas? Sudahlah bibir ni susah
sangat nak panggil abang, abang,” Tangan Raqib menjalar pula di bibir Irin.
Irin mendengus.
Raqib
merenung wajah Irin. Sungguh bersih wajah itu tanpa jerawat. Muka hanya dihiasi
solekan semula jadi. Masudnya, tiada mekaplah. Bedak pun tak ada. Raut putih
melepak itu berjaya mengetuk pintu hati Raqib. Entah sejak bila, dia tak
perasan. Yang pasti, dia akan sentiasa berdebar jika berada bersama Irin. Berdua
begini, lagilah laju jantungnya mengepam. Agaknya, boleh pekak telinga doktor yang
memeriksa dadanya dengan stethoscope. Over!
“I’ve
fallen in love with you, Irin. Can you give me a chance?”
Irin
terkedu. Raqib jatuh cinta dengannya? Mustahil! Dia inginkan kepastian, tetapi
berat mulutnya ingin bertanya. Mungkin, dia masih kecewa tentang hal tadi.
“Apa
jaminannya?” Irin tidak berani memandang wajah suami yang sudah mendapat tempat
di hatinya itu.
“Abang
tak boleh bagi jaminan. Tapi, abang akan cuba sayangkan Irin selayaknya. Abang nak
Irin jadi teman abang seumur hidup abang. Even, abang tahu… ajal maut boleh
datang bila-bila masa,” Irin terkaku. Dia tidak suka bicara begitu.
Raqib
kaget apabila pipi Irin sudah dibasahi dengan air mata. Dia ada tersilap
cakapkah? Harulah macam ni. Kes merajuk tadi pun tak settle. Kini, dia tahu.
Bukan senang ingin memujuk isterinya. Pengalaman pertama yang dia belajar
tentang Irin.
“Sayang,
what’s wrong?” Bertambah lebat pula air mata Irin jatuh. Tersedu sedan wanita
itu menahan tangis yang semakin menggila. Raqib semakin pening dengan kerenah
Irin.
Akhirnya,
Raqib membawa Irin ke dalam pelukannya. Habis basah baju hospital yang
dipakainya di bahagian dadanya. Kuat menangis juga Irin ni. Macam manalah dia
nak tinggalkan Irin nanti. Mahunya meraung isterinya itu. Satu keluhan keluar
dari bibir Raqib. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Sehinggalah kedua-duanya
terlelap di situ.
*****
“Kat
dalam wad pun boleh romantic. Tak sedar pulak tu,” Diana sengih mendengar
bebelan Azim.
“Abang
ni, biarlah. Raqib sibuk pujuk Irin kot. Irin merajuk gila semalam sebab Raqib
tak layan dia. Bukan main mesra lagi dengan Najah. Apa lagi, salah fahamlah
seorang ni,” Azim terangguk faham.
Dia
singgah di wad adik bongsunya. Alang-alang, dia ingin mengambil Diana yang
terpaksa on call semalam. Alih-alih, adegan berpelukan suami isteri yang
ditunjukkan. Irin bergerak kecil. Matanya membulat melihat abang ipar dan kakak
iparnya sedang berdiri di hujung katil Raqib. Raqib?
“Maaf,
Irin tak perasan,” ucap Irin sambil membetulkan duduknya. Tangan Raqib yang
erat dipinggangnya membuatkan dia tidak boleh bergerak.
“It’s
okay. Cik abang Irin tu dah sihatlah tu. Bukan main sakan lagi dia berdengkur,”
kata Azim. Irin senyum nipis. Malunya! Tertangkap sedang tidur berpelukan
dengan suami terchenta. Nak saja dia tendang Raqib jatuh katil. Jahatnya Irin!
Tadi
lepas subuh, Raqib meminta agar menemaninya tidur kembali. Tak sangka sekali
dia tertidur.
“Biarlah
dia tidur. Dua tiga hari ni, dia penat sangat. Nak tidur pun tak senang,” Azim
berkata lagi.
“Jomlah,
bang. Kita balik dulu. Doktor Syukur bagitahu tadi, tengah hari ni Raqib dah
boleh balik. Irin tunggu papa dengan mama ya. Kejap lagi, dia orang sampai,” Irin
mengangguk. Dia pun dah rimas kerana tak sempat nak bersihkan diri. Baju kurung
kedah moden semalam pun masih tersarung di tubuhnya.
“Terima
kasih, abang Jim, kak Diana,” Keduanya hanya mengangguk sebelum beredar dari
bilik wad Raqib.
Irin
merenung Raqib. Setenang bayi suaminya tidur. Seraut wajah itu sedang senyum.
Senyum?
“Awak,
Irin tahu awak dah bangun. Matahari dah meninggi pun nak tidur lagi ke?”
“Abang
kan pesakit. Suka hatilah nak tidur ke nak bangun,” Irin mencebik.
Mentang-mentanglah, dia dah maafkan Raqib. Boleh pula buat perangai balik.
“Exactly,
awak pesakit. But, I’m not. So, please. Lepaskan Irin…” Raqib terbangun duduk. Hampir-hampir
sahaja Irin terjatuh, namun tangan Raqib pantas menarik tubuh isterinya.
Sudahlah katil ni kecil. Katil bujang saja pun.
“Lepaskan
awak? No!” Suara Raqib sudah naik seoktaf. Irin tergelak. “Sampai bila-bila pun
saya takkan lepas awak. Faham?!”
“Derrr,
Irin tahulah. Irin pun tak nak jadi jandalah. Irin suruh awak lepaskan tangan
awak tu kat pinggang Irin. Irin nak pergi toilet. Sensitif betullah awak ni,” Dicuitnya
hidung mancung Raqib lembut.
“Kenapa
tak cakap awal-awal?” Suara yang tadinya tegang mulai kendur. Termalu sendiri.
“Baru
Irin nak cakap, Irin punya pinggang… awak dah melenting. Nak sangat ke lepaskan
Irin?” Sengaja cari pasal betul.
“No.
Not even once. Mulai hari ni, abang nak Irin bagi abang morning kiss setiap
pagi. Tapi, nak kiss selalu pun boleh,” Irin mengetap bibirnya. Tak tahu pula
Raqib ni ada symptom lelaki miang.
“Apa
kaitan lepaskan Irin dengan morning kiss pulak?”
“Tak
berkaitan. Tapi… bila Irin kiss abang aje, abang takkan lepaskan Irin sampai
bila-bila,” Raqib memeluk tubuh Irin. Dia berharap agar jodoh mereka panjang. Dia
ingin mencipta seribu satu memori bersama isteri yang mulai disayanginya
sepenuh hati.
Irin
senyum manis.
“Insya
Allah. Janji abang takkan lepaskan Irin?” Semakin melebar senyuman Raqib
mendengar suara lembut itu memanggilnya, abang. Boleh bina taman dah di dalam
hatinya kini. Banyak sangat bunga. Semua bunga kepunyaan Irin Amani.
“Insya
Allah,” Dikucupnya dahi Irin lama.
*****
Irin
termenung di kerusi santai yang sengaja diletakkan di bawah pokok rendang,
tidak jauh dari kawasan pantai. Diseka air mata yang mula menggila. Diusap
perutnya yang semakin memboyot. Lima bulan sudah usia kandungannya. Perkahwinannya
pula sudah menginjak ke setahun. Lima bulan berkahwin, barulah dia dan Raqib mendapat
rezeki untuk mempunyai anak.
Tetapi,
sejak Irin mengandung… dia hanya keseorangan menanti kelahiran hasil cinta
mereka. Tanpa kehadiran seorang bergelar suami. Maksudnya tanpa Raqib! Sebalnya
hati memikirkan. Dia teringin benar menatap wajah Raqib. Sejak mengandung,
hanya wajah Raqib yang diidamkannya. Soal loya, muntah ditolak ke tepi. Apa
yang penting, dia nak Raqib berada di sisinya.
Siang
malam, air mata yang menemani. Ahli keluarganya dan Raqib sudah acap kali
berpesan agar jangan terlalu mengenangkan Raqib. Takut nanti cengeng pula anak
yang dilahirkan.
“Irin
Amani,” panggil satu suara. Irin berpaling. Disapu air matanya kasar. Dia
berjalan laju meninggalkan si pemanggil itu.
“Irin!
Wait!”
Irin
mematikan langkahnya mengejut. Hampir sahaja badannya dirempuh.
“Kenapa
datang sini? Pergilah balik. Irin tak nak jumpa sesiapa. Even, you!” Lantang
suara Irin memberikan amaran.
“Hey,
what’s wrong? I’m just miss you. And… our baby,” Apalagi, semakin teresak Irin
dibuatnya. Raqib mencempung Irin. Dibawanya ke chalet mereka yang berdekatan.
Raqib
membaringkan tubuh Irin yang semakin bulat itu di atas katil. Irin menutup
mukanya dengan bantal. Dia tak nak melihat Raqib.
“Sayang,
tak suka ke abang datang? Janganlah menangis banyak sangat. Cengeng anak kita
nanti,” pujuk Raqib. Dia berbaring mengiring sambil menongkat sikunya. Tangan
kanannya memeluk pinggang Irin. Sesekali diusap perut Irin.
“Tak
suka!” Irin menjerit di sebalik bantal. Raqib mengeluh.
Inilah
yang dia takutkan. Meninggalkan isteri dan anak memang satu keputusan yang
salah. Dia ingat Irin boleh hidup tanpanya. Tapi, urusan kerja itu sudah diatur
sebelum mereka berkahwin. Dia perlu bertugas di sebuah syarikat di London
selama setahun. Kerjanya sebagai senior arkitek di syarikat Tan Sri Amin memang
sentiasa akan bekerja di luar. Dia perlu melatih arkitek-arkitek baru dan
sekaligus meneroka pasaran baru.
“Irin,
please. I miss you so much. Ingat abang suka ke tinggalkan Irin sorang-sorang
dengan anak kita? Abang dah siapkan kerja yang sepatutnya ambil masa setahun ke
lima bulan. Irin janganlah merajuk lagi. Please,” Irin bingkas duduk.
Dicabutnya
tudung Syria di kepala. Hidungnya mula tersumbat dek terlalu banyak menangis.
Siapa tak sedih jika ditinggalkan suami selama lima bulan tanpa dihubungi? Ternyata
hanya Raqib yang mampu mengubati sedihnya. Rindunya sudah tak tertahan. Itulah sebabnya
dia membuat keputusan untuk bercuti jauh di Langkawi. Dia mahu keluar dari udara
yang membawa nafas Raqib.
“Sayang,
maafkan abang eh,” Irin mendengus. Dia langsung tidak memandang suaminya. Hatinya
memang teringin memeluk erat tubuh tegap itu. Tapi, mindanya melarang.
Dengan
selambanya, Raqib menjatuhkan kepalanya di riba Irin. Ditalakan wajah ke perut
Irin yang sudah membulat itu. Diusapnya perut itu lembut bagaikan mengusap
kepala anaknya.
“Anak
baba kat dalam perut ibu jangan nakal-nakal tau. Kesian kat ibu. Baba janji
baba tak tinggalkan ibu dengan baby lagi. Kali ni, baba betul-betul janji…”
Akhirnya
Irin memandang Raqib diribanya. Dia benar-benar rindukan suaminya itu. Matanya
yang sudah merah itu terbuntang. Raqib menangis! Irin tersentap. Kenapa
suaminya menangis? Takkan sebab dia kot.
“Abang,”
panggil Irin lembut. Melayang segala rajuknya. Kini, tangisan suami yang menjadi
tanda tanya.
Raqib
tidak terus jawab. Dia belum puas menatap dan berbual dengan buah hatinya di
dalam perut Irin. Betapa gembiranya tiga bulan lepas tatkala Tan Sri Amin
memaklumkan dia bakal menjadi bapa. Disebabkan takut dia lemah, dia langsung
tidak menghubungi isterinya. Hanya pada Allah diluahkan rasa rindunya pada isteri
dan anaknya yang bakal lahir.
Irin
membiarkan suaminya bercakap dengan anak mereka. Dia mengusap lembut ubun-ubun
Raqib. Senyuman mula meniti di bibirnya. Kali ni, dia nekad. Dia tak akan
menitiskan air mata lagi. Seraut wajah suami yang dirindunya membawa sejuta
rahmat. Raut tenang tetapi tersembunyi pelbagai rasa.
“Irin
rindukan abang. Abang tinggalkan Irin macam tu aje. Tak ada sepatah kata. Tapi,
terima kasih sebab abang balik sini sebagaimana abang pergi lima bulan lepas.
Irin minta maaf sebab dah tuduh abang macam-macam,” Raqib hanya diam. Tangannya
masih mengusap perut Irin. Hanya esakan tangis yang didengari.
Bibir
Raqib bagai terkunci. Perasaannya tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Dadanya
terasa senak. Raqib bingkas bangun. Dia bersandar di kepala katil. Nafas
ditarik dan dilepaskan perlahan. Tisu di atas meja sisi, dicapai. Irin hanya
melihat keletah suaminya. Dia tersenyum nipis.
“Sini,”
Gamit Raqib agar Irin rapat dengannya.
Irin
duduk di sebelah suaminya yang sudah merah wajahnya dek menangis. Raqib memeluk
isterinya erat.
“Abang
tak nak Irin lari lagi. Abang pun rindu Irin sangat-sangat. Nasib baik papa aturkan
kerja abang diganti dengan senior arkitek lain. Lega hati abang dapat jumpa
Irin dengan baby,” ujar Raqib perlahan.
“Irin
ingat abang nak balik lepas Irin bersalin. Lagi kuatlah Irin meraung nanti,”
Raqib tergelak.
Dia
langsung tak dapat bayangkan cerita papanya mengenai Irin. Masa isterinya
mengandung tiga bulan, memang selalu juga muntah dan pening. Satu kerja pun tak
boleh buat. Asyik menangis sahaja sebab rindukannya. Sampai satu tahap, Irin
terpaksa tidur sambil memeluk frame gambarnya dan juga baju terakhir yang
dipakainya sebelum ke London. Tak ada benda lain yang Irin mengidam. Cuma,
mengidam ingin berjumpa Raqib.
“Abang
tahu. Papa dah cerita kat abang. Sampai macam tu sekali sayang abang ni
rindukan abang. Abang tak boleh nak undurkan masa, jadi abang nak Irin sentiasa
di sisi abang sampai bila-bila. Abang nak tengokkan Irin mengandungkan lagi
anak-anak untuk abang,” Raqib mengenyitkan matanya. Irin mengerutkan hidung.
“Tengoklah
macam mana. Ikut prestasi abanglah. Tapi, kenalah bagi baby ni lahir dulu… nak
tambah lain pun. Iya, abang?”
“Iya.
Abang love you soooo much,” Raqib mencium pipi Irin seketika. Irin terkaku.
Buat pertama kalinya, Raqib menyatakan cinta padanya. Belum pernah perkataan
keramat itu disaji ke telinganya sebelum ini.
“Irin
love you too… forever,” Tangan Irin erat memeluk pinggang suaminya. Semoga
bahagia masih milik mereka.
p/s : dah baca, boleh komen ya. suka ke tidak? hehe.
suka~
ReplyDeletesuka
ReplyDeleteBest tapi macam pelik la kenapa Raqin tak hubungi Irin atas alasan tak kuat. Dia anak orang kaya kot. tapi citer ni mmg best gila
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest jln cerita ok..tp bab tak berhubung sekama 5 bln mcm xlogik zaman it canggih ni..
ReplyDeleteThis is the best ever cerpen
ReplyDeleteBest ����
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest sangat <3 <3 <3
DeleteLayan
ReplyDeletesuka sangat sangat bestnya
ReplyDeletewish you all the best writer:)
suka sangat sangat bestnya
ReplyDeletewish you all the best writer:)
Best..rasa ingin tahu lg ni..
ReplyDeleteBest..rasa ingin tahu lg ni..
ReplyDeleteBest... tp bab xmghbngi tu yg prlukn pnjlsn knpa erk??? Zmn da cnggi kot. Sosial chat ade.fon cll. Skype dn mcm2 lg... tp besty crta ni...
ReplyDeleteBest I like it,good job writer.
ReplyDeletewaaaaaa... best sesangat.. nk suami mcm raqib jugak, hehe.. suka suka suka >.<
ReplyDeletewaaaaaa... best sesangat.. nk suami mcm raqib jugak, hehe.. suka suka suka >.<
ReplyDeletemm..knp raqib xbwk irin skali? kn raqib uruskan cmpany ayh die sndri..plus die kn kaya..xkn xmampu nk support wife sndri ikot die stay sne..
ReplyDeleteSweet couple...gmbiranya..
ReplyDeleteSweet couple...gmbiranya..
ReplyDeleteokay lah.. haha..tapi ye lah kann..maybe ni tahun 90 an ek?
ReplyDeleteSalam. Menaarik. Tahniah dan syabas. usahakan lagi ya. Tahniah sekali lagi. Salam :)
ReplyDeleteBest sangat2, cerita nie patut ada sambungan
ReplyDelete