EPISODE
1
“Morning, Cik Adelin,” ucap setiausaha kepada
pengurus Eclipes Holdings, Adelin
Annisa. Adelin mengalihkan pandangannya dari dada telefon bimbit dan memandang
setiausahanya.
“Morning, Yani. Make me a cup of tea and hand it to my office after fifteen minutes.
And…bawa sekali laporan kewangan yang
saya minta semalam,” arah Adelin tegas.
“Baiklah,
Cik Adelin,” balas Haryani dan terus menuju ke pantry.
Adelin
menolak daun pintu bilik pejabatnya. Beg tangannya diletakkan di bahagian kanan
meja lantas punggungnya dihenyakkan di kerusi empuk. Jari telunjuk menekan
butang di monitor dan imej tulip mula menunjukkan wajah. Pantas jari jemari
Adelin menekan keyboard komputernya.
Mimik mukanya mula serius dan matanya tajam memandang monitor. Seperti ada
sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.
“Hari
ni, Cik Adelin ada perjumpaan dengan board
of directors berkenaan projek baru kita kat Penang, pukul 10 pagi. Then, lunch bersama Tan Sri dan juga ‘sleeping
partner’ company. Sebelah petang pula, Cik Adelin perlu ke Rumah Anak Yatim
Bismi untuk membincangkan proses adoption,”
maklum Haryani mengikut buku aktiviti Adelin.
“Lunch dengan Tan Sri? Ada hal penting
ke, Yani?” soal Adelin sambil memeriksa laporan kewangan yang diminta daripada
Haryani.
“Tentang
itu saya kurang pasti. Tan Sri cuma minta saya aturkan makan tengah hari
sahaja. Dan, berkemungkinan Tan Sri ingin kenalkan ‘sleeping partner’ syarikat kepada Cik Adelin,” jawab Haryani.
“Baiklah.
Terima kasih, Yani,” Adelin tersenyum nipis kepada setiausahanya.
“Kalau
tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu,” Haryani meminta diri.
Adelin
mengeluh kecil. Siapa ‘sleeping partner’ tu?
Sebelum ini, Tan Sri Lutfi tidak pernah menyebut tentang sesiapa yang turut
berkaitan dalam Eclipes Holdings. Jadi, dia langsung tidak tahu menahu mengenai
‘sleeping partner’ syarikat itu.
*****
Tan
Sri Lutfi menempah meja yang agak jauh dari pandangan pelanggan lain di
restoran mewah yang selalu disinggahnya. Dia takut musuh perniagaannya ternampak
perjumpaan rahsianya.
“Sorry, Tan Sri. Lambat sikit sebab cari parking. Tan Sri dah lama sampai?”
“Duduk
dulu, Adelin,” Adelin menarik kerusi berhadapan dengan Tan Sri Lutfi. Dia pelik
sedikit kerana hanya Tan Sri Lutfi sahaja berada di meja itu.
“Yani
bagitahu saya, Tan Sri nak kenalkan ‘sleeping
partner’ syarikat. Dia tak sampai lagi ke?” soal Adelin terus.
“Dia
tak sampai lagi. Kejap lagi sampailah tu. Kita pesan makanan dulu,” Tan Sri
Lutfi memanggil pelayan restoran dan memesan makanan untuk mereka.
“Assalamualaikum,”
Adelin dan Tan Sri Lutfi mendongak serentak.
Seorang
jejaka kacak sedang berdiri di situ sambil tersenyum. Adelin mengerutkan
dahinya. Musuh tradisi depan mata. Pastilah timbul kepelikan di situ. Gadis itu
sudah tidak senang duduk.
“Waalaikumsalam.
Duduk, Fariz,” jawab Tan Sri Lutfi dan menjemput lelaki yang bernama Fariz itu duduk.
Lelaki itu memilih untuk duduk di kerusi bersebelahan Tan Sri Lutfi.
“Ada
apa panggil Fariz lunch sekali?”
tanya Fariz, ingin tahu. Pelik juga kerana tiba-tiba lelaki tua itu
menjemputnya makan tengah hari bersama.
“Saja
nak kenalkan ‘sleeping partner’
Eclipes Holdings kepada Adelin. Selain board
of directors, dia juga perlu tahu,” jelas Tan Sri Lutfi.
“Maksud
Tan Sri, Inspector Fariz ni ‘sleeping
partner’ Eclipes Holdings?”
“Ya.
Dia juga merupakan salah seorang pemegang saham terbesar syarikat. 15% daripada
share company adalah milik Fariz,”
Adelin terkaku.
Tan
Sri Lutfi tidak akan senang-senang memberikan sher syarikat kepada sembarangan
orang. Tambahan pula, Fariz hanya pegawai polis yang langsung tiada kena mengena
dalam Eclipes Holdings.
“Banyak
jugak tu. As I know, dia tak ada kena
mengena dalam company kan,” Adelin
memandang Tan Sri Lutfi, meminta penjelasan lanjut.
“Sekarang
awak perlu tahu, Adelin. Fariz adalah anak lelaki saya. Jika ada apa-apa yang
terjadi pada saya, dia yang akan take
over Eclipes Holdings,” Bertambah terkejut Adelin dibuatnya. Fariz anak
lelaki Tan Sri Lutfi? Oh, gosh!
“Fariz
ingat, papa nak terus rahsiakan hal ni. Kenapa beritahu Cik Adelin pulak?”
“Papa
paling percayakan Adelin dalam Eclipes Holdings. Fariz boleh rujuk pada Adelin
jika ada sesuatu yang berlaku kepada papa kelak,” Fariz mengeluh kecil.
“What’s wrong with you, papa? Since when, your brain think ridiculous
matter and make it nonsense? Fariz tak akan take over company papa. Papa tahu kan Fariz tak suka semua ni,” Tan
Sri Lutfi menggeleng.
“Look, Fariz. Papa ada ramai musuh dalam business ni. Papa cuma nak bersiap sedia
saja. Kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari,” Tan Sri Lutfi
menyandarkan badannya di belakang kerusi. Fariz terdiam.
“Tan
Sri percayakan saya? Saya baru aje
masuk dalam Eclipes Holdings. Kalau saya ni penipu… perompak, habis syarikat Tan
Sri,” Adelin masih belum boleh terima apa yang dikatakan Tan Sri Lutfi.
“I do know you, Adelin. Beberapa hari ni,
saya terima banyak surat ugutan. Please,
look at this,” Tan Sri Lutfi meletakkan beberapa pucuk surat di atas meja.
Adelin
dan Fariz mengambil surat-surat itu dan membaca isi butirannya.
‘Kau
tak akan terlepas, Lutfi. Semua rahsia penipuan kau ada dalam tangan aku. Lebih
baik kau ikut semua arahan aku kalau kau nak keluarga kau selamat. Ha…ha…ha…!’
‘Aku
nak kau masukkan satu juta dalam akaun ni. Kalau aku dapat tahu kau menipu, kau
akan terima balasannya. On the spot!’
‘Kau
ni bodoh juga ya, Lutfi. Dulu tak pernah pun kau nak ikut cakap aku. Sekarang,
senang-senang kau bagi aku satu juta. Aku tahu, semua ni sebab duit-duit kau tu
hasil dari pendapatan haram! Huh, aku tak hadap duit haram kau ni. Tapi, ingat!
Jangan sampai polis tahu pasal ni. Habis keluarga kau aku kerjakan nanti.’
Fariz
mendengus.
“Papa
tahu ke siapa punya kerja ni?”
“Entahlah,
Fariz. Papa ada ramai musuh. Jadi, papa langsung tak dapat bayangkan siapa
punya kerja yang hantar surat-surat ni,” balas Tan Sri Lutfi.
“Saya
tak rasa ni kerja orang dalam. Mungkin, dulu dia pernah bekerja di syarikat. Tapi,
apa motif dia buat semua ni? Tan Sri ada buat sesuatu yang tak baik ke sebelum
ni?”
“Kau
ni, jaga sikit mulut tu. Jangan nanti, gelas ni aku sumbat dalam mulut kau tu,”
Tan Sri Lutfi memegang bahu anak lelakinya. Adelin menjeling Fariz tajam.
“Sabar,
Fariz. Saya tak nafikan dulu saya memang ada jalankan aktiviti haram. Tapi,
semua tu dah berlalu. Saya dah pun terima hukuman. Eclipes Holdings adalah
perniagaan halal yang saya bangunkan,” jelas Tan Sri Lutfi.
“Maybe, dia pernah jadi rakan kongsi Tan
Sri. Sebab dia tahu semua pasal kerja Tan Sri yang dulu,” telah Adelin.
“Uncle Dahlan?”
“Mustahil.
Dahlan dah ada company dia sendiri.
Dia tak akan buat semua ni. Tambahan pula, dia tak akan ambil risiko yang nanti
boleh membahayakan ahli keluarga dia…”
“Tan
Sri ada syak orang lain tak?”
“Buat masa sekarang, saya langsung tak boleh nak appoint sesiapa,” Tan Sri Lutfi meraup
rambutnya yang hampir dipenuhi dengan uban.
“Entah-entah semua ni kerja si Pearl tu, pa?”
“Pearl?”
“Hesy, tak
mungkinlah. Fariz sendiri yang cakap dengan papa, Pearl dah ke luar negara,”
sangkal Tan Sri Lutfi.
“Tak mustahil dia upah orang ikut arahan dia. Lagipun, Pearl
musuh ketat papa kan,” kata Fariz. Bukan dia tak kenal Pearl yang terkenal
dengan perbuatan kasarnya itu.
“Siapa Pearl?” tanya Adelin.
“Kau kerja kat Eclipes Holdings hampir dua tahun pun, kau
tak kenal Pearl. Nampak sangat kau ni pengurus yang sombong,” tempelak Fariz.
Adelin menjegilkan matanya.
“I’m not like someone,
busybody,” bidas Adelin, sakit hati.
“Eh, hello. Cuba
kau buka mata sikit, Cik Adelin. Ni sah-sah asyik dok dengar gosip aje. Benda penting dalam company pun tak pernah nak ambil tahu…”
Tan Sri Lutfi memandang kedua-duanya bersilih ganti. Pantang
berjumpa, pasti asyik bertekak.
“Aku ke kau, yang suka dengar gosip semua tu? Ingat aku tak
kenal kau ke? Inspector police yang playboy. Rosak nama polis negara,” balas
Adelin, tidak mengaku kalah.
Fariz terus bangun dari kerusinya. Hatinya sangat membara
ketika ini.
“Tak kuasa aku nak bergaduh dengan kaulah, perempuan. Papa,
Fariz pergi dulu. Apa-apa hal nanti, just
call me. Kirim salam rindu dekat mama sekali,” Fariz bersalam dengan
papanya dan terus berlalu. Tidak sanggup menatap wajah gadis yang dibencinya
itu lagi. Benci ke?
“Adelin jangan ambil hati sangat dengan Fariz tu. Ikut
perangai saya dulu-dululah tu,” Tan Sri Lutfi cuba menenangkan Adelin. Sempat
lagi dia bergurau.
“Emmm, saya okey aje,” jawab Adelin perlahan.
“Sudahlah tu. Makan bagi habis. Dah nak habis waktu lunch ni,” kata Tan Sri Lutfi sambil
menilik jam tangan jenama Rolex miliknya.
*****
Fariz menghempaskan punggungnya di sofa. Otaknya berserabut
sangat ketika ini. Dia sangat risau memikirkan ugutan yang diterima Tan Sri
Lutfi. Lepas satu, satu masalah lain yang timbul. Ingatkan selepas kes Pearl
lima tahun lepas, dia tak akan risaukan papanya lagi. Timbul pula surat ugutan
lain. Memang memeningkan.
“Awal you balik
hari ni, sayang,” Fariz berpaling ke dapur.
Seorang perempuan tinggi lampai yang hanya mengenakan bathrobe sedang berdiri di kaunter dapur
sambil memegang segelas jus oren.
“You buat apa lagi
kat sini? Kan I dah pesan…”
“Ya, I tahu. Tapi, I terbangun lambatlah. I ingat you balik lambat. Manalah I
nak tahu you balik sebelum I keluar dari rumah you ni,” potong perempuan itu.
Dia menghampiri Fariz di sofa dan melabuhkan punggungnya di
sebelah kekasih gelapnya itu. Fariz mendengus kuat. Sebenarnya dia tak tahan
dengan haruman yang dipakai oleh perempuan itu.
“Sekarang I dah
balik kan, Sofea. So, you boleh keluar dari apartment I ni,” Fariz bersuara tegas.
Dia malas melayan perangai gedik si Sofea itu.
“Alah, relaxlah
sayang. You tak payah takut. Tadi,
pembantu rumah you call. Dia cakap
dia tak datang hari ni,” Sofea menggeselkan kakinya di betis Fariz. Sengaja
ingin menggoda.
“Enough, Sofea. I tahu, you yang tak bagi dia datang kan. Dah, I nak you keluar
sekarang,” Sofea mendengus sambil menjeling Fariz. Semalam bukan main romantic lagi Fariz melayannya. Hari ini,
baran sahaja yang ditunjukkan.
“Okay, I keluar. Tapi, nanti I datang lagi ya, sayang,” Sofea terus
bangun dan masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian.
Fariz bangun dan menghampiri jendela. Matanya dihalakan ke
tasik. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket jeans hitamnya. Fikirannya
melayang entah ke mana. Siapa lagi yang tidak berpuas hati dengan papanya. Dulu,
Pearl. Sekarang, siapa pula? Takkan Pearl dah kembali.
*****
“Yani, masuk kejap,” arah Adelin dan terus menghilang ke
dalam biliknya.
Haryani mengambil note
book tugasan Adelin sebelum masuk ke dalam bilik bosnya.
“Ada apa, Cik Adelin?”
“Duduk, Yani,” suruh Adelin. Haryani serba salah untuk duduk
di kerusi berhadapan dengan Adelin. Belum pernah bosnya itu berlembut
dengannya. Namun, Haryani tetap duduk di kerusi itu. Takut pula Adelin
memarahinya.
“Awak kenal Pearl?” soal Adelin. Dia memandang Haryani
tepat. Semakin menggelabahlah Haryani dibuatnya.
“Pearl? Maksud Cik Adelin, Pearl musuh Tan Sri Lutfi ke?”
“Iya. Saya nak tahu mengenai Pearl dari A sampai Z. Selagi
awak tak ceritakan sepenuhnya tentang Pearl, awak tak akan keluar dari bilik
saya,” tegas Adelin.
“Baiklah, Cik Adelin,” Haryani menarik nafasnya dan dilepaskan
perlahan.
*****
Lima
tahun yang lalu…
“Berita terkini. Seorang ahli perniagaan terkenal, Tan Sri
Lutfi mendakwa dirinya sering diugut oleh individu yang hanya dikenali sebagai
Pearl. Setelah tidah tahan dengan semua ugutan terhadapnya, pemilik Eclipes
Holdings itu telah melaporkan kepada pihak polis mengenai ugutan yang
diterimanya. Dan, pihak polis sedang menjalankan penyiasatan mereka. Ketua
polis negara menyarankan sesiapa yang mengenali Tan Sri Lutfi memberi kerjasama.
Kita beralih pula ke berita luar negara…”
Siaran televisyen yang sedang terpasang, ditutup.
“Kau memang cari nahas, Lutfi. Kau memang tak sayangkan
keluarga kau kan,” Pearl menumbuk meja dengan kuat. Sakit yang menular di
tangannya tidak dihiraukan.
“Bos, kita nak buat apa sekarang?” tanya Opie, orang kanan
Pearl.
“Nak buat lagi? Aku nak kau bawa Loni dan John pergi rumah
jantan tak guna tu,” arah Pearl tegas.
“Tapi, bos…”
“Apa?!” jerkah Pearl. Bingit juga telinga Opie mendengar
suara nyaring Pearl itu.
“Bos, rumah jantan tu mesti penuh de… dengan polis punya. Bahaya,
bos,” balas Opie, takut-takut.
“Aku bukan nak kau pergi masuk rumah jantan tu, bodoh. Aku
nak korang tengok, apa yang berlaku
kat rumah tu. No more excuses. Go!” Opie terkocoh-kocoh mengeluarkan
telefon bimbitnya.
Pearl berlalu ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengambil
satu tin Coke. Diminumnya air bergas itu dengan rakus. Hatinya panas kerana
perbuatannya telah dibongkar. Semakin meluap-luap kemarahannya terhadap Tan Sri
Lutfi. Tin Coke yang kosong digenggam kuat. Habis kemek tin air itu.
“Kau belum kenal aku, Lutfi. Aku akan buat kau merana,” kata
Pearl, geram.
*****
Sementara, di rumah Tan Sri Lutfi dikelilingi oleh polis
yang mengawasi kawasan rumah banglo tiga tingkat itu. Dia sendiri yang meminta
agar ada polis yang menjaga keselamatannya dan keluarga.
“Papa kenal ke dengan Pearl ni?”
“Daripada surat ugutan yang papa dapat, papa rasa dia macam
kenal sangat dengan papa. Pearl tu memang bodoh, dia sendiri yang cari penyakit.
Dia sendiri meletakkan gelarannya di setiap surat ugutan yang dia hantar,” ujar
Tan Sri Lutfi.
“Fariz tak rasa dia bodoh, pa. Pasti ada sebab dia letakkan
gelaran tu kat surat-surat tu semua. Lagipun, hanya gelaran dia saja yang kita
tahu. Memang susah pihak polis nak cari dia,” balas Fariz.
“Kamu kan polis, Fariz. Takkan tak ada jalan nak cari siapa
yang ugut papa kamu ni?”
“Memanglah, mama. Tapi, Fariz tak dibenarkan ambil bahagian
dalam kes ni sebab Fariz pun terlibat jugak dalam kes ni secara tak langsung. Dia
orang tak nak nanti ada yang terbocor apa-apa. Mama tahukan setiap maklumat
polis adalah sulit,” Puan Sri Zana hanya mengangguk.
“Tak apalah. Buat masa ni, papa nak Fariz tinggal aje kat sini. Buat sementara waktu,
jangan balik apartment kamu tu…”
“Baiklah, pa. Ketua Fariz pun suruh Fariz stay kat sini. Takut kalau Pearl ambil
tindakan selanjutnya. Daripada gaya ugutan dia, nampak macam dia langsung tak
takut dengan pihak polis,” Tan Sri Lutfi mengeluh. Siapalah yang nak porak
perandakan hidupnya ini?
Memanglah dia ada ramai musuh dalam perniagaannya. Tetapi,
dia langsung tak sangka sampai menjadi kes polis. Semakin hari, semakin kasar
cara Pearl mengugutnya. Dia paling risaukan ahli keluarganya. Anak perempuan
sulung dan keduanya telah dihantar ke luar negara. Hanya Fariz sahaja yang
berdegil untuk terus di sini.
Opie, Loni dan John berpura-pura melalui kawasan perumahan
Tan Sri Lutfi. Toyota Vios yang dipandu John bergerak perlahan sebelum berhenti
tidak jauh dari banglo tiga tingkat itu.
“Orang kaya memang penakut!” bentak Opie. John dan Loni
tersentak.
“Kenapa Opie?” tanya John.
“Iyalah. Cuba korang tengok. Bos baru gertak sikit aje, keliling rumah penuh dengan polis.
Memang dasar pengecut,” tukas Opie.
“Alah, bukan kau tak tahu. Dia orang takut rumah yang gah
macam tu kena rompak, habislah harta yang dia orang kumpul tu. Dasar tamak
haloba, macam tulah,” tambah Loni. John mengangguk setuju.
“Bos pun anak orang kaya jugak dulu kalau korang nak tahu. Bapak
dia bukan sembarangan orang tau…”
“Eh, Opie. Kau ceritalah sikit pasal bos kita tu. Kita orang
pun nak tahu jugak,” John mula menunjukkan minat untuk mengetahui kisah hidup
bos mereka yng digelar Pearl itu.
“Bos yang aku kenal memang sangat baik. Lemah lembut aje orangnya. Nak tengok dia marah pun
susah. Bapak dia memang sayang gila kat dia. Semua yang bos nak, mesti dapat
punya. Kereta sport, pakaian berjenama, barang kemas dan banyak lagilah. Tapi,
lepas bapak dia mati, semua kawan-kawan bapak dia dengki. Habis harta bos dia orang
kikis. Bos pulak masa tu, naïf lagi,” cerita Opie.
“Maksudnya, dia nak balas dendam dekat kawan-kawan bapak
dialah ni. Sebab tu, dia upah kita buat kerja untuk dia?”
“Of course.
Kadang-kadang kan, aku rindu bos aku yang dulu. Bukan bos yang penuh dengan
dendam kesumat macam sekarang. Aku macam dah tak kenal dia lagi,” keluh Opie.
“Alah, kau ni. Bajet kau ni rapat sangat dengan bos,” John
dan Loni ketawa serentak.
“Aku ni bodyguard
boslah dulu,” beritahu Opie. John dan Loni terpempan. Mereka ingat Opie macam
mereka juga, diupah untuk buat kerja ugut mengugut ni.
“Kau biar betul, Opie…”
“Betullah, John. Kita tiga orang aje pekerja upahan bos. Bos tak nak upah ramai-ramai. Tak mahu
ambil risiko katanya,” kata Opie.
Fariz mundar mandir di balkoni biliknya. Saat itu matanya
terpandang kereta Toyota Vios yang berada tidak jauh dari situ. Kereta siapa
pula yang berhenti kat situ malam-malam ni? Namun, Fariz hanya membiarkan
sahaja. Mungkin hanya pasangan kekasih yang sedang memadu kasih ke. Otak sewel
betul si Fariz ni.
*****
Opie menolak daun pintu apartment
Pearl. Dia mencari kelibat bosnya itu. Pintu kamar Pearl dibuka sedikit.
Telinganya menangkap bunyi air dari dalam bilik air. Pasti bosnya itu sedang
mandi. Opie terus beredar dari bilik Pearl dan menghalakan langkahnya ke ruang
tamu. Tangannya mencapai remote control
dan menekan punat ‘ON’.
“Macam mana?” Tersentak Opie dibuatnya. Entah bila Pearl
selesai membersihkan diri pun dia tak tahu.
“Setiap penjuru rumah, ada polis yang mengawal,” maklum Opie
ringkas. Dia pasti Pearl tidak suka mukadimah panjang.
“Just expecting that.
Dasar jantan pengecut!” bentak Pearl. Tangan mengepal penumbuk. Opie terdiam. Biarlah
Pearl melunaskan kemarahannya dulu.
“Ada orang nampak korang
tak?”
“Ada, bos. Inspector Fariz, anak lelaki jantan tu,” Bukan
dia tak nampak si Fariz tu di balkoni. Dan, dia tahu Fariz perasan kereta
mereka yang terparkir berdekatan dengan rumah orang tuanya itu.
“Bagus. Tapi, aku tahu anak dia tak akan expect yang korang adalah orang-orang aku,” kata Pearl sambil tersenyum sinis.
“Sampai bila kau nak berdendam dengan Tan Sri Lutfi, Pearl?”
“Sampai dia menyesal dengan perbuatan dia, Opie. Aku akan
pastikan hari tu tiba. Dan aku nak dia bersihkan nama papa aku,” balas Pearl.
Dia duduk di sofa.
“Tapi, bukan ini caranya. Aku tahu kau tak akan biarkan orang
yang terlibat dalam pembunuhan papa kau terlepas. Satu aje yang aku tak faham. Kenapa mesti Tan Sri Lutfi aje yang kau berdendam? Sedangkan bekas partner papa kau yang lain bersenang
lenang,” Pearl memandang Opie tajam.
Opie seorang gadis yang berperwatakan seperti lelaki. Dia
sudah biasa dengan keganasan sejak diupah menjadi bodyguard Pearl dulu. Pearl sudah menganggap Opie sebagai kawan
baiknya. Cuma, kadang-kadang Pearl selalu memarahi Opie ikut suka hati dia
saja.
“Kalau kau tak suka terlibat dengan dendam aku ni, kau boleh
belahlah. Aku boleh buat kerja ni seorang,” Pearl bersuara keras.
“Aku sayang kau, beb.
Aku dah janji dengan papa kau nak jaga kau. Macam mana sekalipun sikap kau kat
aku, marah kau kat aku… aku terima. Tapi, tolong. Jangan halau aku,” ujar Opie.
“Tahu pun kau. Aku nak hidup Tan Sri Lutfi hancur. Aku nak
dia rasa macam mana papa aku sengsara sebab nak selamatkan dia. Kalau bukan
sebab jantan tu, papa aku takkan mati!”
“Kau tahukan, orang yang kau ugut tu kawan baik papa kau.
Takkan kau nak musnahkan satu-satunya kawan baik papa kau tu?”
“Huh, kawan
baiklah sangat. Kenapa dia tinggalkan papa aku macam tu aje masa papa aku susah? Papa aku bukan main tolong dia lagi.
Sanggup tidur dalam penjara daripada tengok kawan baik dia tu dituduh
membunuh…”
Opie terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Pearl tu. Kawan
yang baik takkan tinggalkan kawannya yang dalam kesusahan. Tambahan pula,
kesusahan itu kerana ingin melindungi sahabat baiknya.
*****
Beberapa
hari selepas itu…
Tan Sri Lutfi diiringi beberapa orang polis ketika
menghadiri mesyuarat di Eclipes Holdings. Fariz turut menemani papanya. Takut
pula Pearl mengambil tindakan seterusnya ketika Tan Sri Lutfi menghadirkan diri
ke syarikat. Lebih baik mereka berjaga-jaga. Para pekerja Eclipes Holdings juga
disarankan agar bersikap tenang sahaja.
Mereka dinasihatkan supaya tidak mengambil serius mengenai
kes Tan Sri Lutfi. Tambahan pula, Tan Sri Lutfi tidak mahu sesiapapun dari
syarikatnya itu terlibat dalam kesnya. Tak pasal-pasal kecoh pula nanti.
Setelah selesai bermesyuarat, Tan Sri Lutfi mengarahkan
pemandunya agar membawanya ke tanah perkuburan Islam yang berada tidak jauh
dari situ.
“Papa nak pergi ziarah kubur siapa?” tanya Fariz bingung.
“Arwah kawan baik papa,” jawab Tan Sri Lutfi senada. Dia
membuang pandang ke luar tingkap. Dia masih ingat lagi kejadian malam itu.
*****
Lima
belas tahun yang lalu…
“Tolong aku, Fauzi. Konco-konco Bobby dah warning aku tadi. Kalau aku tak serahkan
barang-barang dia orang esok malam, anak bini aku yang jadi mangsa,” Fauzi
mengeluh kuat.
“Itulah kau, Lutfi. Aku dah ingatkan kau dulu. Jangan buat
kerja-kerja haram ni. Bahaya,” bebel Fauzi.
“Aku terpaksa, Fauzi. Kalau aku tak buat semua tu, anak bini
aku nak makan apa? Sekarang ni kerja bukannya senang nak dapat. Kau tahu kan,
aku bukan dari keluarga yang kaya macam kau. Tujuh keturunan pun belum tentu
habis,” balas Lutfi panjang.
“Kau nak aku tolong kau buat apa?”
“Hah, macam nilah kawan. Aku nak kau tolong sediakan van
untuk aku…”
“Van? Kau nak buat apa?”
“Untuk bawa orang-orang akulah. Aku takkan hantar sendiri
semua barang tu. Mati aku kalau terserempak dengan Bobby. Lagipun,
barang-barang tu yang lagi penting,” Fauzi hanya mengangguk.
*****
Seperti permintaan Lutfi, Fauzi menyediakan sebuah van untuk
membawa orang-orang suruhan Lutfi.
“Terima kasih, Fauzi. Aku takkan lupa jasa kau ni,” ucap
Lutfi sambil memeluk sahabat baiknya itu.
“Ini last aku
tolong kau, Lutfi. Lepas ni, aku tak nak dah terjebak dengan kerja-kerja haram
kau ni,” kata Fauzi.
Dia pernah meminta Lutfi bekerja dengannya. Namun,
sahabatnya itu lebih senang mencari rezeki sendiri. Dia tidak mahu bergantung
kepada orang, katanya. Fauzi memang langsung tidak menyokong apa yang dilakukan
oleh Lutfi itu. Menjadi orang tengah sebuah syarikat untuk menghantar
barang-barang yang diseludup.
“Aku tahulah. Kau tolong tengok-tengokkan anak-anak dan
isteri aku ya. Mungkin aku kena bersembunyi beberapa hari…”
“Insya Allah. Tapi jangan lama sangat. Kesian Zana. Asyik dok menunggu laki dia,” Lutfi ketawa
kecil.
“Iyalah. Aku pergi dulu,” Lutfi terus masuk ke dalam van.
Sempat dia melambai sahabat baiknya itu. Fauzi tersenyum.
Bilalah sahabatnya itu ingin berubah? Lebih baik melakukan kerja ala kadar
sahaja daripada buat kerja haram begitu. Fauzi mengeluh. Matanya hanya
menghantar van yang disewa daripada kedai sewa kenalannya itu sehingga hilang
dari pandangan.
*****
“Bang Fauzi, tolong saya. Abang Lutfi tak balik rumah dah
seminggu. Saya tak tahu nak cari kat
mana lagi. Risau saya dibuatnya,” Fauzi menggaru belakang kepalanya. Argh!
Lutfi sengaja cari masalah!
“Sabar, Zana. Nanti dia baliklah tu. Abang Fauzi pun tak
tahu nak cari kat mana. Dia tak ada
bagitahu Zana ke nak pergi mana?”
“Tak,” Zana menggeleng laju. Saat itu matanya terpandang
seorang kanak-kanak dalam lingkungan lapan tahun sedang bersembunyi di belakang
Fauzi.
“Macam nilah. Zana balik dulu. Nanti apa-apa hal, abang
Fauzi call. Jangan risau sangat.
Ingat anak-anak kat rumah,” Fauzi
memandang isteri sahabat baiknya yang kelihatan sugul itu. Pasti sangat risau
kerana Lutfi masih belum pulang.
“Terima kasih, abang Fauzi. Saya tunggu panggilan abang
Fauzi. Kalau abang Lutfi ada hubungi abang Fauzi, tolong bagitahu dia yang Zana
dan anak-anak tunggu kat rumah,” Zana
berpesan kepada Fauzi.
“Baiklah. Pergilah balik…”
Zana yang datang seorang diri itu terus masuk ke perut teksi
yang membawanya ke rumah banglo milik keluarga Fauzi tadi. Hatinya rasa sedikit
lapang setelah berjumpa dengan Fauzi. Harap-harap sahabat suaminya itu akan
membantunya.
Fauzi memandang anak perempuannya yang sedang memeluk
kakinya. Dia tersenyum sendiri. Tangannya mengusap lembut kepala kanak-kanak
itu.
“Jom masuk, sayang,” Budak kecil itu mengangguk. Ditangannya
sedang memegang teddybear sebesar
badannya. Mereka beriringan masuk ke banglo tiga tingkat yang tersergam indah
di belakang.
*****
Sekejap bangun, sekejap duduk. Fauzi kelihatan gelisah di
tepi kolam renang. Telefon bimbit di tangan di tenung. Orang yang dihubungi
tidak mengangkat panggilannya itu. Semakin risau di dibuatnya.
“Papa,” Fauzi menoleh ke pintu. Anak perempuannya sedang
berdiri di tepi pintu.
“Mutia buat apa tak tidur lagi ni, sayang?”
“Mutia tak boleh tidurlah, papa,” adu anak kecil itu. Fauzi
mendukung tubuh kecil anaknya. Punggung
dilabuhkan di kerusi kayu berdekatan pintu.
“Papa dodoikan Mutia ya,” Mutia mengangguk kecil.
Sejak ibunya meninggal dunia dua tahun lepas, Fauzilah
menjadi Mutia untuk berkasih sayang. Dia sangat sayangkan papanya itu. Pernah
juga neneknya memujuk papanya berkahwin lain. Namun, Mutia pasti akan mogok
makan setiap kali neneknya membawa wanita yang akan menggantikan ibunya.
“Ji, buat apa kat
luar ni? Dah nak dekat dua belas malam. Bawak Mutia masuk,” Terjengul wajah tua
ibu kepada Fauzi, Datin Hasmah.
“Iyalah,” Fauzi bangkit dan mendukung anak tunggalnya naik
ke tingkat atas. Datin Hasmah hanya menggeleng melihat anak dan cucunya. Apalah
nasib mereka. Terkeluar keluhan kecil Datin Hasmah.
*****
Lutfi menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan setelah pasti tiada
orang yang melihatnya, dia berjengket keluar dari sarang persembunyiannya. Jika
ada yang nampak, pasti habis hidupnya dikerjakan. Tangannya laju mendail nombor
telefon Fauzi. Lama menunggu, barulah panggilannya diangkat.
“Hello, Fauzi. Aku
ni, Lutfi,” Lutfi berkata perlahan.
“Hah, muncul pun
kau. Mana kau pergi? Zana dah risaukan kau,” balas Fauzi. Dia keluar dari bilik
Mutia perlahan. Takut terjaga pula kanak-kanak yang baru tidur itu.
“Aku masih di pengkalan. Bos minta kami bersembunyi dulu.
Ada rondaan pulak dua tiga hari ni,” beritahu Lutfi bagi membuang kerisauan
Fauzi.
“Lama lagi ke kau kat
sana?” tanya Fauzi.
“Aku pun tak tahu. Tapi, lepas semua selesai… aku baliklah.
Aku pun dah rindu anak-anak dan isteri aku kat
rumah,” Lutfi melilaukan matanya ke sekeliling. Takut polis yang buat rondaan
lalu di kawasan terpencil itu.
“Kalau aku, okey saja. Tapi, anak bini kau yang risaukan kau
tu macam mana? Petang tadi, Zana datang rumah aku tanya pasal kau,” Lutfi
mengeluh kecil. Dia sendiri yang cari masalah.
Pada mulanya, hanya orang-orang bawahannya sahaja yang perlu
menghantar barang-barang yang diseludup. Tapi, entah macam mana pun dia tak
tahu. Bobby memaksa dia untuk mengikut bagi menghantar barang-barang itu. Takut
mereka bawa lari semua barang itu pula.
“Hmmm, kau
bagitahu Zana… dua tiga hari lagi aku balik. Cakap kat dia, aku kerja luar ke kena stay
sebab ada masalah ke. Kau pandai-pandailah,” Fauzi mengurut dahinya. Bab menipu
ini yang dia tak suka.
“Tengoklah macam mana. Apa-apa hal, kau call saja aku,” pesan Fauzi. Dia memang terlalu risaukan
keselamatan sahabatnya itu.
“Okeylah. Aku kena pergi. Kau tolong jaga keluarga aku ya,” Lutfi
menitipkan pesan kepada Fauzi.
Sebelum sempat Fauzi membalas, talian sudah diputuskan oleh
Lutfi. Fauzi hanya mampu mengeluh. Apa yang harus diberitakan kepada Zana
nanti? Lutfi… Lutfi. Suka bikin masalah.
*****
Fariz menoleh ke sebelah kanannya. Tan Sri Lutfi masih
mengelamun. Sampaikan, mereka sudah tiba di tanah perkuburan pun lelaki separuh
umur itu tidak perasan.
“Pa… papa,” Fariz menggoncang bahu papanya. Masih tiada
respons. Digawangkan pula tangan. Tiada juga respons. Kes berat dah ni.
“Papa!” jerit Fariz di telinga Tan Sri Lutfi.
Tan Sri Lutfi seperti baru tersedar. Kelam kabut dia
membetulkan duduk. Dipandangnya wajah sang anak.
“Kenapa?”
“Dah sampai. Papa tak nak turun ke? Tadi nak sangat datang
sini,” kata Fariz sambil mengerutkan dahi.
Mata Tan Sri Lutfi meliar ke luar tingkap. Asyik sangat
mengimbau kisah lama sehinggakan tidak perasan dia sekarang sudah tiba di tanah
perkuburan Islam.
“Jom, masuk. Ikut papa ziarah kubur kawan baik papa tu,” ajak
Tan Sri Lutfi. Pemandu yang sedia berdiri di sisi pintu pantas membuka pintu
untuk Tan Sri Lutfi.
Fariz turut keluar dari kereta Mercedes Benz milik papanya. Kemudian,
mengikut langkah Tan Sri Lutfi masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan. Cermin
mata hitam yang tersangkut di T-shirt Polo diambil dan disangkutkan di batang
hidungnya.
Tan Sri Lutfi berhenti di kubur yang tertulis nama ‘Mohd
Fauzi Bin Hassan’ pada batu nisannya. Dia mencangkung di situ. Pusara itu
sangat bersih. Langsung tiada rumput-rumput yang menjalar. Cuma, bunga-bunga
kemboja sahaja yang kelihatan.
“Fauzi, aku datang. Dah lama aku tak ziarah kau. Pusara kau
bersih sangat, Ji. Aku datang sebab aku rindukan kau. Aku bawak anak aku,
Fariz. Kau ingat tak lagi? Dulu, kau suka main dengan dia... kat rumah aku,” Tan Sri Lutfi berhenti
berbicara. Dia mengelap air mata yang jatuh ke pipi tuanya.
“Maafkan aku, Ji. Aku gagal jejak anak perempuan kau. Lepas
kau meninggal, atuk dengan nenek dia bawa dia ke luar negara. Lepas tu, aku dah
tak dapat cari dia lagi dah. Aku dapat berita Datuk Hassan dan Datin Hasmah
meninggal kat Dubai dan pusara mereka juga di sana,” sambungnya lagi.
Fariz diam. Dia hanya mendengar luahan papanya sahaja.
Sedikit sebanyak, hatinya tersentuh. Begitu rapatkah hubungan Tan Sri Lutfi dan
sahabatnya?
To be continued…
nak lagi Sis.... Wauuu Hero Polis leee ♥
ReplyDeleteHeeehehehehehehe... Best2
hehe. thank you, balqiz zainol. :D
Delete