“Aleesya Qaisara,” tegur satu suara
garau. Aleesya yang sedang mengelamun mendongakkan wajah. Petang sebegini
memang menjadi hobi dia bersantai di halaman rumah sambil menghirup udara
segar.
“Yes?”
“How
are you today?”
“Fine.
You?”
“Great.
Picnic?” Aleesya mengulas senyuman.
Semenjak dua menjak ni, kerap sangat
dia bercuti. Habis satu Malaysia dia teroka. Ini, berkelah pula? Haih, tak puas
bercuti ke encik suami ni?
“Up
to you,” Dibantah pun tiada guna. Pasti bukan dia yang akan memutuskan
segalanya.
“Hmmm, merajuk?”
“No.
Nak merajuk kenapa pulak?” soal Aleesya pelik. Dia jarang nak merajuk sekarang
ini sejak mempunyai dua orang cahaya mata. Buruk pula jika merajuk seperti
kanak-kanak kecil. Padahal, umur dah meningkat.
“Dah tu, kenapa muram? Marah abang
ke?” Zhafran bersoal sambil menekap belakang tangan ke dahi Aleesya. Manalah
tahu jika si isteri demam. “Tak panas pun,” kata Zhafran.
Aleesya tergelak.
“Dah memang Sya tak demam pun. Abang
tu yang demam,” Zhafran tersengih.
“Terbalik pulak kita. Abang yang
demam, Sya yang nampak tak sihat. Atau nak dapat baby baru?” teka Zhafran.
“What?
Better not for now, abang. Aryan dan
Aira kecil lagilah,” balas Aleesya bersahaja. Ada sesuatu yang sedang bermain
di fikirannya sebenarnya.
“Then,
why?”
“Abang ingat Harris lagi tak?”
“Of
courselah abang ingat. Mana boleh lupa. Dia yang tangkap kita dulu. Kenapa?”
Pelik juga Zhafran kerana isterinya mengungkit nama Harris tiba-tiba. Jarang Aleesya
membangkitkan isu lelaki lain selain ahli keluarga mereka.
“Pagi tadi masa Sya pergi pasar
dengan Bah, kami terserempak dengan Harris. Dia ada bagi kad kahwin…” Aleesya
berjeda. “Dia nak kahwin lagi satu. Then,
dia jemput kita. Abang tahu tak dia cakap apa kat Sya?”
“Cakap apa?”
“Sya jujur dengan abang sebab tak
nak abang salah faham tau. So, behave. He asked me, something about… getting divorce,” Terangkat kening
Zhafran. Dicebikkan bibirnya. Ada hati nak mengurat bini aku lagi pak ustaz ni,
omel Zhafran.
“Lepas tu, Sya jawab apa?” Aleesya
mengerling suami kat sebelah dengan hujung mata. Relaks saja. Eheh. Tahap kepelikan
semakin memenuhi bar.
“The
day will come. Saat kita dipanggil oleh Pencipta,” kata Aleesya tenang.
Zhafran memeluk bahu isterinya mesra.
“Jawapan yang bagus. Thanks, sayang. I love you,” Dikucup pipi Aleesya.
“I
love you more. And, I know you can’t to love me more, right?”
Zhafran mengerutkan dahi. Dicuit hidung mancung Aleesya.
“Kenapa pulak? Abang sayang Sya sangat-sangat
tau,” Aleesya senyum nipis. Alangkah bagus jika Zhafran berpegang dengan
kata-katanya. Tetapi, dia harus mengakui satu perkara.
“Your
love have to be divided by two, abang sayang,” Zhafran terpempan. Dia memahami maksud isterinya itu. Ya, dia
terlupa akan hakikat itu. Selama enam bulan ditemani Aleesya membuatkan dia
terkadang alpa.
“Yes.
Tapi, ingat. Sayang abang untuk Sya tak pernah kurang. Sya masih marahkan abang
pasal hal dulu?” Aleesya menggeleng.
“Taklah. Terima kasih kat arwah
Zarra. Sya tak payah susah-susah lahirkan baby
girl untuk abang dah,” Aleesya tersenyum comel. Sempat lagi dia bergurau.
“Apalah sayang ni. Tak romantik
langsung,” Aleesya menjuihkan bibir. Zhafran mengeratkan lagi pelukannya.
Ditarik kepala si isteri agar jatuh ke dadanya. Biar Aleesya tahu, jantungnya
sedang berdegup laju sekarang. Semuanya adalah kerana Aleesya Qaisara.
*****
Zhafran mengusik putera dan
puterinya di ruang khas untuk keduanya bermain. Kebetulan, hari ini dia bercuti.
Lebih baik diluangkan masa bersama anak-anaknya di rumah daripada merewang ke
tempat lain. Aryan semakin aktif sekarang ini. Orang dah dapat kakilah katakan.
Habisnya ditawaf satu rumah. Kesian pembantu rumah mereka, Bah, hendak
mengejar. Nasib baiklah Aira masih belum boleh berjalan. Haru juga jika keduanya
sama-sama buas. Tak menang tangan nak melayan nanti.
“Aryan, meh sini kat papa,” Zhafran
menggamit anak lelakinya.
Pantas sahaja Aryan berlari
mendapatkan papanya. Sekali pandang mereka memang seiras. Berkali-kali pandang
seperti Aleesya pula. Manakala Aira lebih mirip arwah Zarra, umminya. Dapat
jugalah mereka melepaskan rindu kepada Zarra. Zhafranlah yang selalunya
merindui arwah isteri keduanya memandangkan hanya dia yang mengenali arwah Zarra
dengan mendalam.
“Abang, nasi Aryan,” Aleesya
menyerahkan mangkuk berisi nasi lenyek kepada suaminya untuk disuapkan kepada
Aryan.
“Sayang papa, jom makan. Mamam,”
Aryan meloncat-loncat sambil ketawa. Entah apalah yang kelakar.
“Baby
Aira makan dengan mama, ya?”
Aleesya mengangkat tubuh debab Aira
dan diriba bayi itu. Dengan khasiat dari susu ibu yang disusukan oleh Aleesya, Aira
semakin tembam dan bulat. Seperti Aryan juga. Sihat kedua-duanya. Pandai
Aleesya menjaga mereka. Oppss! Zhafran juga.
“Papa mama nak join picnic kita,” Maklum Zhafran sambil menyuap Aryan. Apabila
tiba waktu makan, Aryan akan pastikan dia menghayati makanannya. Dia hanya
terdiam dan menunggu nasi disuap ke mulutnya. Bijak sungguh.
“Daddy
dengan mummy pun nak join juga. Ramai yang ikut, lagi meriah,
kan bang?”
“Ha’ah. Sayang, Harris punya wedding bila? Kita wajib pergi tu,”
Aleesya seperti tidak percaya sahaja Zhafran ingin pergi ke majlis itu.
“Biar betul abang ni…”
“Betullah. Jatuh hukum wajib bila
dia jemput. So, we have to attend, sayang. Kita bawa anak-anak. Biar terbuka mata
dia sikit. Bakal beristeri dua pun. Takkanlah nak kacau isteri orang lagi,”
balas Zhafran tegas.
“Okey. Sya ikut aje. Atau abang nak
bagi tips?”
“Tips? Tips beristeri dua ke? Memang
taklah, sayang. Abang failed bab tu,
okey. Abang tak layak nak nasihatkan dia. Dia lagi berani sebab kahwin lain
dengan izin isteri dia,” Erk. Aleesya tersengih. Salah topik pula.
“Sorry,
abang. Tak sengaja,” Aleesya memegang lengan Zhafran. Terasa bersalah pula.
Harap-harap Zhafran tidak berkecil hati.
Zhafran hanya menghadiahkan senyuman
nipis. Aleesya menggigit bibirnya. Pasti suaminya berkecil hati dengan
keterlanjuran katanya. Setelah itu, hanya suara anak-anak mereka sahaja yang
sibuk mengomel. Mungkin faham dengan situasi itu. Jadi, mereka leka dengan diri
masing-masing.
*****
Aleesya menidurkan Aryan dan Aira di
baby cot. Keduanya masih belum
diasingkan tempat tidur. Susah juga jika tengah malam ada yang menangis menginginkan
susu. Kemudiannya, Aleesya menapak ke meja solek. Dicapai botol toner muka. Dititiskan ke tapak tangan
sebelum disapu ke muka.
Ketika itu, Zhafran masuk ke dalam
bilik. Selalunya, selesai solat isya’ berjemaah dengan Aleesya… dia akan
menyendiri di dalam bilik bacaan. Diawal perkahwinan lagi, mereka menerapkan
waktu peribadi untuk masing-masing. Cuma, Aleesya sahaja telah lama tidak
meluangkan masa untuk menyendiri. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan
anak-anak.
Zhafran berlalu ke bilik air.
Aleesya hanya melihat sahaja perilaku suaminya. Sekejap lagi dia akan meminta
maaf lagi. Berdosa jika suami masih berkecil hati. Sejak mereka berbaik semula
enam bulan lepas, hubungan mereka seakan canggung. Luarannya nampak mesra.
Hakikatnya, masing-masing masih belum menerima diri mereka sepenuh hati.
“Abang,” Aleesya menghampiri
suaminya di katil. Tidak betah melihat suami berdiam diri.
Zhafran diam.
“Sya minta maaf. Tak ada niat pun
nak kecilkan hati abang tadi. Sorry
eh,” Aleesya memeluk lengan Zhafran. Bersikap mesra sedikit agar suaminya tahu
dia ikhlas memohon maaf.
“It’s
okay. Abang tak marah pun. No worries,”
Zhafran berkata senada.
“No.
You are not okay. Emmm…” Aleesya
merenung Zhafran seketika. “You’re so
different, Ammar Zhafran. Pertama kali Sya jumpa that Ammar Zhafran, dia mesra sangat. Even, kita orang kena tangkap basah… dia relaks aje. Like nothing was happen. Terkena kaca
sikit aje, menjerit macam orang kena serang histeria. Suka menulis diari. Tapi,
Sya tak pernah tahu pun pasal tu sebelum ni. Until that day. I read all
his story. His feeling,” kata
Aleesya panjang.
Benar. Barulah dia perasan. Mereka
tidaklah rapat seperti suami isteri sebenar. Hubungan Zhafran dan arwah Zarra
barulah boleh dikategorikan sebagai suami isteri. Mereka berkongsi segalanya.
Luar dan dalam, masing-masing mengetahuinya.
“Drop
the subject, please. Esok abang
kerja. Abang tidur dulu,” Aleesya mengeluh tanpa sengaja. Zhafran sudah
berbaring.
Aleesya menghalakan pandangan ke baby cot Aryan dan Aira.
“Hmmm, apa kata Sya bercerita.
Anggap aje Sya tengah baca bedtime story
untuk abang. Dengar tau,” Aleesya membetulkan duduknya. Dia berbaring di
sebelah Zhafran sambil mengusap lembut rambut lelaki itu.
“Ehem. The story was about this nice girl. Very nice. Her name is Sara. Sara have been married.
She’s a doctor. No, no! Actually, she just
finished her internship when was fated to met her husband. Ibu Sara
sarankan dia tak laporkan diri kat hospital selepas dia berkahwin sebab takut Sara
tak ada masa untuk keluarga. Abang tahu tak? Suami dia tak tahu banyak pun
pasal dia. Her job, her hobby…
boleh dikatakan, semualah pasal Sara ni. Tapi, Sara okey aje. Mungkin, dia
terlalu sayangkan suami dia. So, she just
leave it like wind speed. Bodohkan dia?”
“Who
is Sara? Your friend?”
Eh, eh. Zhafran bersuaralah. Aleesya
senyum senget. Berminatlah tu.
“Tak. Bukan kawan Sya. Tapi, kawan
abang…”
“Hah? I don’t think I have a friend that name, Sara. Just be frank, sayang,” Zhafran membalas tanpa membuka mata.
Telinga sahaja dipasang ‘luas-luas’.
“Betul ke tak ada? Isteri?” Errr?
Terbuka luas mata Zhafran. Isteri? Zarra
Aina? Aleesya Qaisara? Sara?
“Qaisara. Are you that Sara?”
“Bingo.
That’s me. Mummy daddy call me, Qais. Abang papa mama pulak, Sya. My friends, Sara,” Lagilah Zhafran blur. Maksudnya, apa yang diceritakan
Aleesya padanya tadi adalah mengenai dirinya sendiri? Ya Allah!
“So,
the story was about you?”
“Yupp.
Honestly, I want to leave it secret since you doesn’t ask me about my job and
what so ever that relating to me. But, I was curious every single time we are
together. Are we married couple?”
Zhafran terkedu. Kata-kata Aleesya
jelas di pendengarannya.
“Sya,” Zhafran bingkas duduk. Setelah
berkahwin selama dua tahun lebih, rupa-rupanya banyak juga dia tidak tahu
mengenai isterinya itu.
“I’m
okay with that. Just live your life. Don’t mess up with my life. Itulah
yang Sya fikir sepanjang perkahwinan kita. Sya nak kongsi setiap detik hidup Sya
dengan abang. Tapi, angan-angan Sya tak pernah tercapai. Abang lebih selesa
bersendiri di bilik bacaan. Maafkan Sya. Sya terpaksa luahkan apa yang Sya rasa
sekarang. I can’t leave it like this
anymore…”
“Sayang, I’m sorry. Seriously,
abang really really sorry. I thought I’ve give you the best me. Maafkan
abang, sayang,” Zhafran memeluk tubuh Aleesya. Dibiarkan Aleesya menangis di
dalam pelukannya.
Mungkin sudah lama perasaan itu
terbuku di sudut hati Aleesya. Cuma, dia pendamkan. Zhafran gagal menjadi
seorang suami yang baik kepada Aleesya. Dia bersikap tidak adil terhadap isterinya.
Dua perkahwinannya yang terbina dalam situasi yang sama. Namun, berbeza layanan
diberikan. Sungguh, dia berdosa.
“Sya cuba jadi isteri yang terbaik
untuk abang. Sya nak abang selalu ingat Sya setiap kali abang ada masalah. Sya
nak jadi pendengar setia abang,” luah Aleesya dalam tangisan.
“Abang yang salah. Abang buta. Abang
tak pernah nampak usaha Sya untuk pikat hati abang. I’m sorry. Please, forgive me,”
Zhafran mengusap kepala Aleesya lembut.
Aleesya menyapu air matanya kasar. Diangkat
kepalanya. Kemudian, senyuman yang menampakkan sebaris gigi putihnya
dihadiahkan kepada si suami.
“Tiba-tiba Sya rasa geli. Dah lama
tak talk serious macam sekarang ni,” Zhafran
pelik. Ceria pula isteri dia ni. Split
identity sebab stress ke?
Ditekap belakang tangan ke dahi si
isteri.
“Sya okeylah. Cuma, Sya seganlah
menangis depan abang,” Cepuk jugak mak budak ni karang. Boleh lagi dia
main-main. Sedangkan Zhafran sudah menunjukkan riak singa.
“Sya, jangan main-main boleh tak?
Jadi, apa tujuan Sya bagitahu abang?”
“Tak ada apa-apa. Saja nak abang
tahu. Sya tak dapat jadi doktor sebab abang tau,” balas Aleesya. Disandarkan
badan ke tubuh Zhafran yang sedang bersandar di kepala katil.
“Eleh. Siapa suruh tak cakap
awal-awal? Siapa yang salah sebenarnya ni?”
“Abang yang tak ambil tahu. Salahkan
kita pulak…”
“Eh, hello, Mrs Zhafran. Abang dah tahu awal lagi okey. Sayang aje yang
tak tahu,” tukas Zhafran. Dia bukanlah jenis lelaki yang tak pedulikan isteri
sebenarnya. Cuma, dia menunggu si isteri membuka mulut.
“Iyalah tu. Tadi bukan main lagi. I’m sorry. Really really sorry. Maafkan abang,” Aleesya menebak suaminya.
“Alah. Itu semua drama aje lebih. Sya
ingat abang tak pandai berlakon ke? Ammar Zhafran pakar tau bab-bab berdrama
ni,” Aleesya kerling Zhafran dengan hujung mata.
Banyaklah dia berdrama. Pandai
berlakon konon. Burrrr.
“Sejak bila abang tahu?”
“Masa kaki abang terkena kaca tu. Your expressions talk more than your mouth. Abang ternampak name tag dan doc cloth dalam almari baju sayang. Benda paling penting adalah… Sya
punya handbag. Semua handbag Sya mesti ada mini first aid. Dalam kereta pun. Apa
tandanya tu?” Aleesya terkelu. Tsk!
“Obvious
sangat ke?”
“Yes,
my sweet honey. Pasal hobi Sya pulak. Talkative.
Sya suka tenung abang tidur. Yang paling abang perasan, Sya suka menari. I saw you were dance the night before I’m
leaving. Masa tu, abang tunggu aje kat pintu bilik. You’re pregnant. Tapi, masih nak menari. Itu bukan hobi ke?”
Aleesya senyum lebar. Kena tarik
baliklah tuduhan melulu dia sebentar tadi. Bersalah pula kerana bersangka buruk
terhadap Zhafran yang sememangnya prihatin akannya. Tapi, kira instant sungguhlah perkahwinan mereka.
Sehinggakan sudah mendirikan masjid selama dua tahun pun masih belum mengenali
diri masing-masing.
Tidak hairanlah jika masih ada
perkahwinan yang gagal walaupun sudah berumah tangga selama bertahun-tahun. Kesefahaman
suami isteri memerlukan seumur hidup kerana sikap manusia memang selalu
berubah. Hari ini, begini. Hari esok, belum tentu akan sama.
“Sweet
pulak husband Sya ni,” Dicubit lembut
pipi Zhafran.
“Baru tahu ke? Itulah. Lain kali
jangan nak emosi sangat ya. Terus terang dengan abang. Kan senang. Ini tak, nak
jugak membazir air mata. Seingat abanglah, arwah Zarra tak pernah menangis tau.
Belajar bersabar. Lebih-lebih lagi dengan suami,” bebel Zhafran.
“Iyalah. Menangis pun hobi Sya
jugak. Nak buat macam mana?” Hambar sahaja Aleesya berkata. Mana taknya, nak
juga si suami mention nama arwah
Zarra.
“Buatlah selalu. Seronok tengok
abang susah hati. Ikut suka Syalah,” Merajuklah tu.
“Susahlah cakap dengan orang yang
kuat merajuk ni. Aryan pun tak merajuk macam papa dia ni. Hmmmph…”
“Itu Aryan. Bukannya abang. Tak sama.”
“Malaslah layan abang. Sya nak tidur.
Goodnight,” Zhafran memandang
isterinya sekilas. Bukan main sakan lagi Aleesya peluk pinggang dia.
“Lepaskan abanglah. Abang pun nak
tidur jugak…”
“Okey. Abang, sorry for the kidding. Sya gurau-gurau aje tau usik abang. Sweet dream, abang. Assalamualaikum,” Dikucup
tangan Zhafran.
Zhafran tersenyum dengan telatah
isterinya. Manja mengalahkan budak kecil. Tapi, dia senang dengan sikap itu. Aleesya
sangat pandai mengambil hatinya. Selalu isterinya berbuat salah namun cepat
pula dia meminta maaf.
“Waalaikumsalam. Abang maafkan
kesalahan Aleesya Qaisara hari ni,” Dicium ubun-ubun Aleesya penuh kasih.
Saling berpelukan mereka melabuhkan
tirai hari yang penuh dengan kasih sayang mereka. Jujur sangat penting dalam
setiap perhubungan. Insha Allah. Kehidupan rumah tangga akan lebih berkat.
p/s 1 : bosan sangat time tak boleh nak online, terfikir nak buat special edition ILYMIH since ramai yang suka kan. entah best atau tak pun tak tau. CIA suka doktor sebab tulah banyak watak CIA pasal doktor. CIA tak dapat nak jadi doktor. so, cuba applykan kat dalam dunia fantasi ni. harap bestlah special edition ni. hehe. CIA just tulis dalam 10page ja(microsoftword).
p/s 2 : at first, CIA nak create scene ZhafranAleesya gi wedding Harris. tapi, CIA dah blur terus. so, stop ajalah kat situ. pendek ja cerpen ni. malas nak buat banyak watak sangat. serabut pulak. SELAMAT MEMBACA!
smbng lagi sis... sya suka cita ni
ReplyDeletePlease.... Hehehe, nak lagiiiiii... kalau blh perbanyakkan watak tntang baby mreka, Hehehehehe... sweet
baby lagi. doa banyak2 CIA rajin nak buat lagi ya. hehehe. thank you, balqiz zainol. :D
DeleteHuuuhuuuu.. :'( sedihhhhhhh.. smbung la lagi bg happy ending. hati sya x tenteram bca cerpen nie. :D
ReplyDeletehihihi. inshaAllah, dear. :D. jangan sampai tak boleh tido sudah ya. haha
Deletetersusun rapih dan indah di setiap kata yang dipilih... saya suka saya suka
ReplyDeletesuka ...sedih ...semua ade....tapi sya nie memang kuat semangat...
ReplyDeleteBest...
ReplyDeleteSmbunglah lagi cite ni😊
Nk sambungan ..please<3
ReplyDeleteNice Mba! aku terharu :') aku juga iseng2 nulis, tapi belum bisa sebagus ini. Liat aja si di blog saya. hehee
ReplyDeleteLaaa..pendek pulakkk..
ReplyDeleteLaaa..pendek pulakkk..
ReplyDeleteI don't like watak zarra . Takboleh ke zhafran tunjukkan cating dia pada sara . Dia terlalu caring about zarra not sara �� . But your cerpen to nice. Semua cerpen awak best best ����keep it up ��
ReplyDeletebetul betul. Rasa tak puas baca sbb nampak Qaisara macam terluka lagi walaupun luaran dia nampak happy. zhafran nampak terlalu sayangkan zarra lebih dari qaisara. tapi frankly, cerpen² awak memang terbaik semuanya.✨
DeleteBetul👍
ReplyDelete👀
ReplyDelete👀
ReplyDeleteIdk la best cerpen ni tp to be frank. Rasa mcm zaf ni x xde perasaan pon pd sya. Dia sygkn zarra. Dia mcm tepksa idup ngan sya sbb ank2. Suka beza kn sya n zarra especially.
ReplyDelete