Thursday 27 June 2013

cerpen : i love you, my instant husband!!! 3

sambungan

Assalamualaikum. Aleesya, datang ke hospital sekarang. Zarra dah nak bersalin, kalut Dato Amran bersuara. Dia memutuskan talian dan mendekati isterinya.

Abang dah call Aleesya? soal Datin Zahira.

Dah. Lima belas minit lagi dia sampai, beritahu Dato Amran.

Lama lagi ke Zarra kat dalam tu, bang? Risau saya, Datin Zahira memandang pintu bilik kecemasan itu. Zhafran berada di dalam. Menemani Zarra bersalin.

Kejap lagi keluarlah tu, jawab Dato Amran.

Dua puluh minit kemudian, Aleesya muncul. Dia menghampiri ibu dan bapa mertuanya.
Dah lama ke Zarra kat dalam, papa? soal Aleesya. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Datin Zahira.

Hampir satu jam setengah dah Zarra masuk, jawab Dato Amran. Aleesya melihat jam tangannya. Dia berdoa agar Zarra dan bayinya selamat.

Zarra ada komplikasi ke? soal Aleesya lagi.

Bayi dalam perut dia songsang, beritahu Datin Zahira. Aleesya terkedu. Dia cuba membayangkan bagaimana keadaan Zarra ketika itu. Ketika lahirkan Aryan dulu pun dia bertarung nyawa hampir dua jam.

Zarra beruntung kerana Zhafran menemaninya di bilik bersalin. Sebaliknya Aleesya hanya keseorangan melahirkan Aryan. Terselit juga sedikit perasaan cemburu apabila melihat kemesraan Zhafran dan Zarra. Zarra juga memenuhi ciri-ciri isteri idaman Zhafran iaitu bertudung labuh. Siap berniqab lagi. Aleesya juga bertudung tetapi tidaklah selabuh tudung Zarra.

Abang, bagitahulah Sya ciri-ciri isteri idaman abang, Aleesya memandang Zhafran. Ketika itu mereka baru sahaja berkahwin.

Sayang nak abang bagitahu jujur ke tipu-tipu? soal Zhafran.

Jujurlah, jawab Aleesya. Zhafran tersenyum.

Sejujurnya, abang nak seorang isteri yang bertudung labuh. Yang pandai jaga maruah diri dan juga maruah suami. Yang paling penting, dia mestilah pandai melayan kerenah abang, jelas Zhafran. Aleesya mencebik.

Sya sorry. Im not your type, sayu Aleesya bersuara.

Tapi abang bersyukur sebab Sya dah penuhi dua daripada ciri-ciri tu, kata Zhafran sambil tersenyum.

Hmmm? Apadia? tanya Aleesya ingin tahu. Dia bersemangat kembali.

Sayang pandai layan kerenah abang yang manja ni. Dan, Sya pandai jaga maruah diri dan juga maruah abang, jawab Zhafran. Aleesya memeluk Zhafran. Terharu.

Yelah tu. Tapi yang tudung labuh tu, Sya minta maaf ye. Sya tak nak jadi hipokrit, Zhafran tersenyum.

Abang tak kisah pun. Tapi, sayangkan pakai tudung. Tak kiralah labuh ke tidak. Janji tutup aurat, balas Zhafran.

Terima kasih, abang. I love you so much, Aleesya mengetatkan lagi pelukannya.


Aleesya tersentak. Hilang kenangannya bersama Zhafran dulu. Dia melihat Datin Zahira sudah menerpa Zhafran sebaik lelaki itu keluar daripada bilik kecemasan. Aleesya memandang ke arah suaminya yang kelihatan kusut itu. Dia tidak berani mendekati Zhafran.

Macam mana, Zhaf? Everything okay? tanya Dato Amran. Zhafran menunduk. Air mata yang sedari bergenang di tubir matanya jatuh. Dia memeluk Datin Zahira.

Zarra dah tak ada, mama, papa, Zhafran sudah teresak. Dato Amran dan Datin Zahira terpempan. Datin Zahira mengusap belakang anak lelakinya.

Banyakkan bersabar, Zhaf. Allah lebih sayangkan Zarra, Dato Amran cuba menenangkan hati Zhafran. Aleesya mendekati mereka bertiga. Dia turut terkejut dengan khabar itu.

Abang, lembut Aleesya memanggil. Zhafran mengangkat wajahnya. Tanpa sedar dia sudah menghampiri Aleesya dan memeluk Aleesya. Dato Amran dan Datin Zahira berpandangan. Mereka terkejut melihat Zhafran memeluk menantu mereka itu.

Aleesya mengusap belakang Zhafran. Cuba memberikan sedikit kekuatan kepada suaminya itu. Basah tudung dan baju Aleesya dengan air mata Zhafran. Kalau Sya ditempat Zarra, abang macam ni tak? Mesti tak, kan? Abangkan dah tak suka Sya, desis Aleesya.


Abang, jom kita balik. Dah nak malam ni, ajak Aleesya. Zhafran masih mengeraskan dirinya di hadapan kubur arwah Zarra. Aleesya duduk bersimpuh di sebelah Zhafran yang sedang bersila di atas tikar itu.

Zarra, your husband ni keras kepalalah. Dulu tak macam ni pun. Could you please give him a lesson? Aleesya mengusap tanah yang masih merah itu. Zhafran terdiam.

Jom, balik, Zhafran sudah bangun berdiri. Aleesya turut berdiri dan mengambil tikar dan dilipatnya. Aleesya mengikut di belakang Zhafran menuju ke kereta. Sesekali Zhafran berpaling ke belakang. Melihat kubur arwah Zarra.

Aleesya sebak. Sebut sahaja nama Zarra, lelaki itu terus akur dengan ajakannya. Abang dah tak sayang Sya, desis Aleesya sayu. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Zhafran dan Aleesya hanya diam. Tidak ada topik yang ingin dibualkan. Aleesya memandang sejenak ke arah Zhafran yang serius memandu itu. Pilu hatinya.

Zhafran memasang radio. Alunan lagu Arden Cho, Im the one to blame berkumandang. Aleesya tersentak. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Lagu itu menjadi lagu kegemarannya sejak dia kehilangan Zhafran. Dia dah hilang suaminya.

And I know it’s too late for me to say this to you,
But I hate myself more for pushing you out of that door,
Wish I would to say all this things when I had you in my life,
But you moved on with another, did not know,
I’m the one to blame.

Aleesya menggenggam kedua belah tangannya kuat. Dia menahan air matanya dari menitis. Tangannya diangkat ingin menukar frekuensi. Belum sempat dia menukar, tangannya ditepis oleh Zhafran.

“ Jangan. Aku nak dengar lagu ni. Zarra suka lagu ni,” marah Zhafran. Aleesya terkedu. Dia memandang Zhafran yang sedang menahan marah itu. Air mata yang di tahan mengalir juga.

“ Abang, tolong berhenti kat depan tu,” pinta Aleesya.

“ Nak buat apa?” dengus Zhafran.

“ Berhenti je,” arah Aleesya. Zhafran memberhentikan keretanya. Aleesya memandang Zhafran seketika.

“ Thanks. Sya balik sendiri. That song make me hate you. Anggaplah Sya tak pernah muncul dalam hidup abang. Terima kasih sebab pernah sayangkan Sya. Terima kasih juga sebab hadiahkan Aryan untuk Sya,” ucap Aleesya dan bingkas turun dari kereta Zhafran. Kebetulan ada teksi yang lalu dan Aleesya menaiki teksi itu dengan linangan air mata. Dia terlalu kecewa.

Zhafran terpempan. Dia memandang kosong ke arah teksi yang sedang berlalu. Dia meraup mukanya. Dia sedar akan kesilapannya. Tapi dia tidak dapat menahan perasaan bersalahnya terhadap arwah Zarra.


Aleesya buntu ingin ke mana. Kalau balik ke rumah Encik Lutfi, daddy Aleesya pasti akan disoal macam-macam. Mana Zhafran? Kenapa tak balik dengan Zhafran? Kenapa tak pergi rumah mertua? Dia penat begitu. Tanpa sedar, Aleesya menyuruh pemandu teksi menghantarnya ke rumah yang mempunyai banyak kenangan bersama Zhafran. Ya, banglo milik Zhafran.

“ Terima kasih, pak cik,” ucap Aleesya kepada pemandu teksi itu. Pemandu teksi itu mengangguk dan berlalu dari kawasan banglo itu.

Aleesya mencari kunci dan membuka pintu utama banglo itu. Dia berjalan perlahan di sekitar ruang tamu, dapur dan ruang rehat di tingkat bawah. Kakinya sudah melangkah naik ke tingkat atas. Satu persatu kenangannya bersama Zhafran terlayar di mindanya.

“ Inilah rumah aku. Jom masuk,” jemput Zhafran ramah. Aleesya mengekori Zhafran.

“ Cantik. Pandai awak decorate rumah ni,” puji Aleesya. Zhafran tersenyum. Dia mengurut pelipisnya.

“ Biasa je. Tapi sekarang lagi berseri sebab dah ada puteri yang bakal menyerikan teratak sederhana Ammar Zhafran,” kata Zhafran. Aleesya ketawa. Zhafran mengangkat keningnya sambil memandang Aleesya.

“ Jiwang. Tapi comel,” kata Aleesya sambil tersengih. Zhafran mencubit pipi putih mulus milik Aleesya. Aleesya membalas dengan mencubit pipi Zhafran kembali. Berlakulah adegan kejar-mengejar di dalam banglo itu.

Aleesya tersenyum mengingati kenangan-kenangan romantik yang menjadikan mereka lebih rapat walaupun mereka baru sahaja kenal. Aleesya  menolak pintu bilik utama. Biliknya bersama Zhafran. Dia memandang foto perkahwinan mereka yang tergantung di dinding. Keadaan bilik itu masih sama. Masih teratur seperti dia tinggalkan rumah itu hampir setahun yang lepas.

Aleesya berlalu ke meja kerja Zhafran. Matanya tertancap pada sebuah diari yang berwarna ungu gelap. Dia mengambil diari itu dan dibuka. Aleesya tersentak. Ada foto dia dan Zhafran sedang bercuti di Cameron Highlands. Ketika itu Aleesya sedang mengandungkan Aryan empat bulan. Aleesya membuka halaman pertama.

5/1/2012
Hari ni aku kahwin. Best gila. Kahwin segeralah katakan. Nama isteri aku Aleesya Qaisara. Sedapnya nama dia. Diari lama aku dah bakar. Takut bini aku jumpa kang. Tak pasal je dia mintak cerai. Yelah. Diari lama aku kan pasal perempuan-perempuan yang aku dok bawa ke hulu ke hilir. Aku nak berubah. Jadi, aku tak naklah ingat kisah lama. Yang penting, aku nak happy-happy je dengan isteri aku tu. Aku teringin nak panggil dia sayang tapi aku segan. Yelah. Aku just bahasakan aku kau je dengan dia. Nanti kalau aku tukar dia gelakkan aku pulak. Ish, tak nak aku. For my last word, I will love you forever, my dear Aleesya Qaisara. ( gediknya aku ). Ngeeee…..

Aleesya tersenyum.

10/1/2012
Hari ke enam aku kahwin. Hmmm, hari ni sayang aku nampak cute sangat. Aku tahu dia nak goda aku. Ada ke patut dia pakai legging dengan kemeja putih yang jarang. Weh, aku tergoda beb. Dia cantik sangat malam ni. Tak cukup nafas aku ni bertahan. At last aku dapat hak aku jugak. Tak malu kan aku cerita kat dalam ni? Tapi tak apa. Nanti cukup tahun aku bakarlah diari ni. Bukan ada orang boleh baca pun, kan. Aku suruh dia pakai seksi bila aku ada kat rumah. Gila tak aku? Biarlah. Dia isteri aku. Kepunyaan aku. Tak sabarnya nak tunggu sayang aku tu pregnant. Esok aku sambung lagi eyh. Sayang aku dah panggil tu. Auummm…

Aleesya termalu sendiri. Apa abang tulis ni, getus Aleesya. Dia menyelak helaian seterusnya.

11/1/2012
Sayang aku tanya pasal ciri-ciri isteri idaman aku tiba-tiba. Aku sebenarnya terkejut. Tapi aku buat relax je. Aku jawab ajelah jujur pasal ciri-ciri isteri idaman aku.
1.       Pakai tudung labuh.
2.       Pandai layan kerenah aku yang agak manja ni
3.       Boleh jaga maruah diri dan maruah suami
4.       Memahami
5.       Boleh terima baik buruk aku
6.       Tak cerewet sebab aku benci perempuan yang cerewet
7.       Bekerjaya (sebab aku takut kalau aku dah tak ada, dia mampu jaga diri)
Aku cuma bagitahu sayang aku tiga yang teratas je. Dia ada ciri-ciri yang aku nak. Kecuali yang first and yang last tu dia tak ada. Sayang aku memang pakai tudung tapi tak labuh sangat. Cuma tutup dada aje. Tapi aku suka bila dia pakai jubah. Cantik sangat.

15/2/2012
So sad today. Sayang aku marahkan aku. Mungkin sebab aku selalu tinggal dia kot. Patutkah aku lupakan ciri-ciri isteri idaman aku yang keempat tu? Dia tak memahami aku . Sayang aku selalu membebel kalau aku balik lambat. Ya Allah, sabar jelah. Disebabkan dia marah aku, dia tak masak hari ni. Aku memang lapar gila. Balik-balik je tak ada makanan. Sayang aku dah berani cabar aku. Tersilapkah aku pilih dia sebagai isteri aku. Arrrggghhh, aku kusut. Aku, kan arkitek. Selalu kena outstation. Kena jugak tengok-tengokkan site. Aku biar je dia merajuk. Malas aku nak pujuk. Lantaklah.

Abang kutuk Sya? Sampai hati abang. Sya bukan marah sebab abang selalu tinggalkan Syalah. Sya marah sebab abang tak ingat hari lahir Sya, desis Aleesya. Dia mengelap air mata yang jatuh ke pipinya dengan tangan.

16/3/2012
Dah sebulan aku tak tulis kan? Sebab aku tak ada apa nak bagitahu. Sepanjang sebulan ni aku tak bercakap langsung dengan sayang aku. Dia pun sama. Memang benar-benar menguji aku. Tapi aku puji dia sebab dia masih melayan keinginan aku even kita orang bergaduh. Dia langsung tak tolak, okay. Aku tabiklah. Tu yang aku suka. Eyh!!! Bukan maksud aku ni buat dia pemuas nafsu aku. Bukan. Aku kan lelaki. Mana nak tahan. Lagipun dia pakai seksi sangat. Goyah aku. Hehehe… Aku dah
nekad hari ni aku nak mula cakap dengan dia. Aku sayang dia beb. Dialah nyawa aku.

30/4/2012
WORLD!!! I’m very happy. Sebab? Sayang aku pregnant!!! Gila aku tak happy. Aku sayang dia sangat-sangat. Tapi kesian kat dia. Asyik muntah je. Aku pun tak tahu macam mana nak tolong dia. Pagi-pagi mesti dia uweeekkk.  Aku kat tempat kerja pun tak senang. Nasib baik dia pandai pujuk aku. Dia selalu tenangkan aku. Dia tak merungut lagi dah. Comel je aku tengok dia. Maybe sebab dia pregnant kot.

7/5/2012
Kaki aku kena kaca. Sakit gila okay. Tapi sakit kejap je. Lepas sayang aku tiup kat tempat luka tu terus rasa lega. Pandai sayang aku ubatkan aku. Aku tengok gaya dia ubatkan aku macam orang professional. Muka dia serius sikit. Lepas tu, time dia ubatkan aku tu dia cuba bercakap dengan aku. Terus hilang rasa pedih kat kaki aku. Sayang comellah bila serius macam tu. Ni yang buat abang nak sakit lagi. Tambah pula time macam nilah aku nak bermanja dengan dia. Sweet, kan.

            “ Sweet sangat, abang. Sya rindu abang,” Aleesya mencium gambar Zhafran yang sengaja ditangkap ketika sedang mencium perutnya. Dia rindukan Zhafran yang sentiasa menjaga hatinya. Tak pernah marahkannya.

28/6/2012
Gambar kat atas tu gambar baby aku and sayang aku. Kecil lagi. Tak sabar pula aku nak tunggu baby kami lahir. Mesti muka dia macam muka kita orang. Muka aku and sayang aku kan nak sama. Orang cakap kalau muka nak sama jodoh panjang. Entahlah. Aku nak bagi nama apa ye kat anak kami tu? Aku sukalah nama Aryan. Aku harap sangat sayang aku suka nama tu. Aku simpan nama belakang baby kami. Biar sayang aku yang bagi pulak. Panjang sikit nama anak kami tu. Macam nama papa and mama dia juga.

4/7/2012
Aku busylah sekarang ni. Banyak project masuk. Tak sempat nak report aktiviti aku kat sini. So, aku tulis bila ada masa jelah. Jangan marah cik diari. Even aku busy gila, aku tipu sayang aku. Aku cakap aku tak busy. Aku tak nak dia terlalu fikirkan pasal aku. Kesian kat sayang aku dengan Aryan. Berangan je aku ni nak dapat baby boy. Kalau yang keluar tu baby girl, mahu tomboy anak kita orang tu. Ish, tak sanggup. Ganas semacam je nanti.

            “ Abang ni kelakarlah. Nasib keluar baby boy. Nama anak kita Muhammad Aryan Mikhail,” Aleesya tersenyum. Dia membuka helaian demi helaian. Dan matanya terpaku pada helaian bulan September. Bulan yang sepatutnya Zhafran balik Malaysia.

           


26/9/2012
It’s like I was dreaming. Hari ni aku berkahwin buat kali kedua. Sayang, maafkan abang. Abang bersalah pada sayang. Aku menyesal sangat sebab ikut Irfan and Syakir pergi kelab. Aku ingat dia orang nak bawa aku pergi mana. Rupanya kelab malam. Aku dah tolak. Tapi, dia orang ni pandai pancing aku. Masukkan ubat kat dalam minuman aku. Ubat apa entah. Bila aku sedar aku dengar ada suara perempuan menangis. Aku ingat aku dah sampai kat rumah aku. Aku rindu gila dengan sayang aku. Perempuan tu cakap aku rogol dia. Weh, gila tak gila. Aku tak percaya semua tu. Tapi perempuan tu baik. Dia pakai tudung labuh. Dia pun terperangkap. Kakak dia jual dia kat ketua kelab ni. Kawan aku yang ‘bagus’ sangat tu dah hadiahkan aku bala. Disebabkan aku kesiankan perempuan ni, aku buat keputusan yang memang akan buat sayang aku benci aku. Apa lagi, bertanggungjawablah. Dia pun setuju kahwin dengan aku. Aku dah bagitahu dia yang aku dah kahwin. Dia boleh terima. Aku pun takut kalau perempuan tu mengandung. Haru aku. Perempuan tu nama dia Zarra Aina.

5/11/2012
Betul cakap aku. Zarra pregnant!!! Aku kusut sekarang ni. Bulan depan sayang aku nak bersalin. Tapi aku tak berani nak balik rumah. Aku bawa Zarra jauh dari kawasan rumah aku, rumah parent aku and rumah mertua aku. Aku sekarang ni dekat Sungai Petani, Kedah. Aku menyewa dekat sini dengan Zarra. Zarra baik sangat. Terlalu baik. Dia jaga makan minum aku. Dia selalu tenangkan aku. Pendek kata, dia ada semua ciri-ciri isteri idaman aku. Nak  tahu tak? Zarra seorang pensyarah dekat UIA. Aku rasa aku dah mula sayangkan dia. Dia pandai layan aku. Sikit pun dia tak mengadu. Duit simpanan aku memang cukup nak tampung hidup kami kat sini. Cukup untuk setahun dua. Tapi aku tak bercadang nak terus tinggal kat sini. Zarra selalu pesan kat aku suruh balik rumah. Jumpa sayang aku. Jumpa family. Tapi aku takut dia orang tak boleh terima aku.

31/12/2012
Pengakhiran tahun 2012. Aku rindu sayang aku. Apa khabar dia? Apa khabar papa and mama? Apa khabar daddy and mummy? Ya Allah. Kuatkanlah hati aku. Setiap malam aku bangun bertahajjud. Mendoakan sayang aku. Doakan Zarra. Dan juga doakan family aku. Semoga tahun depan ada sinar baru dalam hidup aku. Maybe sayang aku dah bersalin. Baby boy or baby girl? Aku pun tak tahu. Zarra pujuk aku. Dia suruh aku balik temankan sayang aku. Tapi aku tak sanggup tinggalkan Zarra. Dia juga perlukan aku. Allah titipkan perasaan kasih dan cinta aku untuk Zarra. Dia anugerah terindah yang hadir dalam hidup aku. Aku rasa sangat tenang ketika bersama Zarra. Aku janji aku akan jaga dia dengan sebaiknya.



Aleesya menutup diari milik Zhafran. Air matanya menitis lagi. Dia tahu suaminya terseksa. Aleesya mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor seseorang. Belum sempat dia menelefon orang itu, dia mendengar bunyi deruman kereta memasuki porch banglo itu. Mungkin Zhafran yang pulang. Aleesya berlari keluar dari bilik itu dan memasuki bilik tetamu di tingkat yang sama.

Zhafran duduk di sofa. Dia melepaskan keluhan kasar. Dia buntu. Dalam hatinya masih menyayangi Aleesya. Tetapi bila terfikirkan arwah Zarra, hatinya sakit. Arwah Zarra terlalu baik. Walaupun isteri keduanya itu sudah tiada, dia tidak sanggup mengkhianati cintanya pada isterinya itu.

Zhafran berlalu ke dapur. Tiba-tiba tekaknya terasa dahaga. Secara tak sengaja Zhafran terpecahkan kaca. Aleesya yang terdengar bunyi kaca pecah tersentak. Dia nekad untuk bersemuka dengan Zhafran. Aleesya menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dia turut memegang diari ungu milik Zhafran.

“ Kali ni abang pecahkan apa pulak?” Zhafran tersentak. Dia mengangkat wajahnya yang tadinya memandang ke arah serpihan kaca yang terpecah itu. Aleesya menunduk. Dia mengutip satu persatu kaca yang bersepah. Dalam masa tiga minit, dapur itu sudah bersih dari kaca.

“ Kau buat apa kat sini?” tanya Zhafran keras.

“ Abang dah lupa ye? Ni pun rumah Sya juga. Barang-barang Sya pun still kat sini lagi,” Aleesya tersenyum. Dia cuba bertenang.

“ Apa kau nak buat dengan diari aku ni? Siapa suruh kau ambil?” tengking Zhafran. Bahu Aleesya terangkat. Terkejut dengan tengkingan Zhafran.

“ Sya…Sya terjumpa kat dalam bilik. Sorry sebab Sya dah baca diari abang,” takut-takut Aleesya menjawab. Zhafran menjegilkan matanya. Tanpa sedar, dia menampar kuat pipi Aleesya.

“ Siapa suruh kau baca? Aku tak suka orang sentuh barang aku. Terutamanya kau,” tengking Zhafran lagi. Aleesya mengusap pipinya yang terasa sakit. Abang tampar Sya, rintih Aleesya. Air matanya bagaikan habis. Langsung tidak menitis langsung.

“ Sorry. Sya nak abang tahu. Sya bukan marah abang sebab abang selalu tinggal Sya. Tapi sebab abang tak ingat birthday Sya. Sya suruh abang balik awal tapi abang still balik lambat. Sya tak kisah pun kalau abang nak kerja sampai seminggu tak balik rumah. Tapi abang lupa tarikh penting untuk Sya. Sya dah ingatkan abang tapi abang langsung tak ingat,” Aleesya menarik nafasnya dan dilepaskan. Zhafran mendengus.

“ Sya terkilan abang tak ada masa Sya lahirkan Aryan. Dua jam Sya kat dalam labour room, abang. Sya dah tak kisah kalau Sya meninggal time tu. Tapi Sya kena kuat. Macam mana dengan Aryan kalau Sya tak ada. Dia satu-satunya harta yang abang tinggalkan untuk Sya,” luah Aleesya.

“ Get out from this house. Aku tak nak dengar apa-apa pun,” halau Zhafran. Dia menekup kedua belah telinganya.

“ No, abang. You have to listen what I want to say,” Aleesya menarik tangan Zhafran yang sedang menekup telinganya.

“ Abang berkahwin dengan Sya and Zarra dalam tahun yang sama. Sya tak sempurna untuk abang. Dan Zarra sangat sempurna untuk abang. Apa yang abang nampak dalam diri Sya, itulah Aleesya Qaisara bagi abang.  Abang tak pernah ambil tahu pasal Sya. Abang tak pernah tanya apa kerja Sya. Pasal family Sya. Abang tak tahu banyak tentang Sya. Tapi, abang tahu semua pasal Zarra. You deadly love her, abang. Abang lupa tanggungjawab abang pada Sya,” kata Aleesya sayu. Dia menatap wajah Zhafran. Zhafran kelihatan sangat kusut dan serabut.

Aleesya menggenggam kedua tangan Zhafran. “ Abang, look at me. Abang tahu tak Sya terseksa sebab Sya tak dapat nak penuhi semua ciri-ciri isteri idaman abang. Sya cuba tapi semuanya gagal. Sya tinggalkan dunia Sya dan masuk dalam dunia abang,” Aleesya menarik tangan Zhafran ke ruang tamu. Baru sahaja Aleesya ingin membuka mulut, telefon bimbit Zhafran dan telefon bimbitnya berbunit serentak.

Aleesya merampas telefon bimbit Zhafran dan membuka bateri telefon bimbit itu. Begitu juga dengan telefon bimbitnya.

“ Hey! Kau buat apa ni? Entah dia orang call sebab nak bagitahu anak aku menangis ke apa ke,” tempik Zhafran. Aleesya membiarkan. Dia melempar telefon bimbit mereka ke atas permaidani.

“ Abang dengar apa Sya nak cakap. Abang adalah orang pertama yang Sya jumpa sebaik sampai di KL. Sya tak kenal sesiapa di sini selain daddy, mummy and abang Aiman. Daddy suruh Sya cari abang Aiman dekat kelab malam yang Sya jumpa abang tu. Masa tu Sya baru je sampai dari kampung. Sya cuba cari abang Aiman tapi tak jumpa. So, Sya ingat nak balik rumah je. Then, Sya terserempak dengan abang. Remember? Abang terlanggar Sya sebab mabuk,” Aleesya memandang Zhafran yang sedang menunduk itu. Dia tidak mengendahkan cerita Aleesya. Sekejap dia bermain dengan jari jemarinya. Sekejap dia mengurut pahanya. Aleesya mengetap bibirnya.

“ Abang dah tak sayang Sya?” tanya Aleesya tiba-tiba. Dia menunduk. Zhafran mendengus. Tanpa menghiraukan pertanyaan Aleesya, dia bangun dan berlalu ke tingkat atas. Aleesya mengeluh kasar.


1 comment:

  1. smbng lagiiii... tapi kesian dekat Aleesya..
    zhafran x patut uat mcm 2

    ReplyDelete