Thursday, 27 June 2013

cerpen : i love you, my instant husband!!! last

sambungan

Tok! Tok! Tok!

Aleesya memandang ke pintu. Terdengar ada suara lelaki memberi salam dari luar. Aleesya kaget.

“ Relax, Aleesya. Cool. Naik atas panggil abang,” kata Aleesya sendiri. Aleesya cuba menenangkan dirinya. Dia takut untuk membuka pintu. Sebelum itu, sempat lagi dia mengambil kedua-dua telefon bimbit miliknya dan Zhafran yang dilempar di atas permaidani tadi dan dipasang kembali bateri.

Aleesya menolak daun pintu bilik dan mencari kelibat Zhafran. Mendengar bunyi pancuran dari bilik air, Aleesya duduk di birai katil menunggu Zhafran selesai mandi. Beberapa minit kemudian, Zhafran keluar dengan hanya bertuala di pinggang. Tangannya mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil.

“ Abang, ada orang datang. Sya tak berani nak buka pintu,” beritahu Aleesya. Semakin sasa badan laki aku ni, getus Aleesya. Dia menelan air liurnya.

“ Siapa?” tanya Zhafran dingin. Aleesya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Zhafran mengambil sehelai t-shirt dan seluar pendek paras lutut dan disarungkan ke badan.

Aleesya cepat-cepat mengekori Zhafran yang telah melangkah keluar dari bilik mereka. Dipegangnya lengan Zhafran. Tidak pula Zhafran menepis. Setibanya di pintu, Zhafran membukanya dan kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan pintu itu.

“ Ada apa, encik?” soal Zhafran. Aleesya di belakang Zhafran tidak berani keluar. Seorang lelaki berkopiah yang membelakangi mereka menoleh. Harris!

“ Ada orang report awak berdua-duaan dengan seorang perempuan. Boleh kami masuk?” jelas seorang lelaki yang agak berumur di antara lelaki-lelaki berkopiah itu. Harris tersenyum sinis. Zhafran mengeluh. Tak habis-habis nak cari pasal jantan ni, desis Zhafran. Dia bengang melihat senyuman sinis Harris.

“ Sayang, come here. Ada orang nak jumpa,” Zhafran menarik tangan Aleesya yang berada di belakangnya. Harris terjegil.

“ Maafkan kami. Apa hubungan kamu berdua?” soal lelaki tadi.

“ Kami suami isteri. Kalau tak percaya, encik boleh tanya Encik Harris. Dia ada masa majlis akad nikah kami tahun lepas,” Zhafran memandang Harris tajam.

“ Betul ke Harris?” Harris mengangguk. “ Maafkan kami. Kami minta diri dulu,” lelaki itu meminta diri. Dan mereka beredar meninggalkan banglo dua tingkat itu. Harris berlalu dengan sebal di hati.

Telefon bimbit Aleesya berdering. “ Assalamualaikum, mummy,” Aleesya menjawab panggilan. Dalam masa yang sama dia menyerahkan telefon bimbit milik Zhafran kepada tuannya. Zhafran menyambut dan terus naik ke bilik.

“ Waalaikumsalam. Qais datang rumah mama tak ni? Aryan merengek nak susu dah ni.” Qais adalah nama panggilan Aleesya dalam keluarganya.

“ Lepas maghrib Qais pergi. Mummy bagi susu tepung dulu. Qais ada letak kat dalam beg,” Aleesya melabuhkan punggungnya di sofa.

“ Qais kat mana ni?” soal Puan Aziah lembut.

“ Kat rumah abang Zhafran, mummy,” jawab Aleesya.

“ Yelah. Cepat tau. Adik Aryan ni pun dah lapar susu juga. Mama Zhafran nak kamu susukan,” kata Puan Aziah.

“ Okay. Kejap lagi Qais sampai,” balas Aleesya dan memutuskan talian.


“ Sya nak ikut abang balik rumah mama. Mummy ada kat sana,” Aleesya menghampiri Zhafran yang sedang berdiri di depan almari. Zhafran mencapai sepasang baju melayu warna ungu gelap. Setelah pasti baju itu tidak berkedut, dia menukar t-shirt dengan seluar pendek dan menyarung sepersalinan baju melayu itu.

“ Aku tunggu kat bawah. Lima belas minit kau tak turun, aku tinggal,” kata Zhafran dingin dan berlalu meninggalkan Aleesya. Aleesya tersenyum. Dia cepat-cepat mencapai tuala serta jubah biru gelap jenis jeans lembut yang berbutang di bahagian atas dan terus berlalu ke bilik air. Senang dia ingin menyusu nanti kalau memakai baju yang berbutang.

“ Dah siap. Jom,” Aleesya menepuk bahu Zhafran perlahan.

“ Kau dah solat ke belum?” tanya Zhafran.

“ Dah, kat atas tadi,” jawab Aleesya. “ Abang tak solat lagi ke?” Aleesya pula bertanya kepada Zhafran.

“ Dah. Jomlah. Nanti lambat pula,” Zhafran mencapai kunci kereta, telefon bimbit dan dompetnya. Aleesya turut mengambil handbagnya dan mengekori Zhafran. Mereka perlu sampai sebelum kenduri arwah bermula.


“ Sampai pun budak berdua ni,” Datin Zahira menunggu di pintu.

“ Dah start ke, ma?” soal Zhafran kepada Datin Zahira yang menyambut mereka di pintu masuk banglo tiga tingkat milik Dato’ Amran itu.

“ Belum lagi. Orang masjid pun tak sampai lagi,” jawab Datin Zahira. “ Sya, naik atas ye. Mummy ada kat atas. Aryan dengan Aira dah merengek,” Datin Zahira memandang Aleesya. Aleesya mengangguk.

“ Sya naik dulu,” Aleesya bergegas naik ke bilik yang didudukinya ketika dia tinggal di sini. Bilik Zhafran.

“ Zhaf dah berbaik dengan Aleesya?” tanya Datin Zahira. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

“ Entahlah, ma. Zhaf keliru. Zhaf tak tahu apa perasaan Zhaf pada Aleesya,” jawab Zhafran jujur.

“ Sabarlah, Zhaf. Berdoa banyak-banyak. Semoga Allah berikan petunjuk. Kalau dah tak ada langsung rasa sayang Zhaf pada Aleesya, mama minta Zhaf lepaskan Aleesya dengan cara baik. Mama tak nak tengok Aleesya macam kena gantung tak bertali. Tak adil untuk dia,” Datin Zahira mengusap belakang Zhafran. Memberikan kekuatan kepada anak tunggalnya itu. Zhafran terdiam.

“ Mama,” Aleesya menghampiri Puan Aziah yang sedang memujuk cucunya itu. Aleesya naik ke katil dan mengambil Aryan dari dukungan Puan Aziah.

“ Lepas susukan Aryan, Qais susukan Aira pula ye,” pinta Puan Aziah. Aleesya mengangguk dan memandang Aira yang masih merah di sebelahnya. Puan Aziah menepuk Aira lembut apabila bayi itu bergerak. Kesian bayi itu. Sejak dia lahir awal pagi tadi, belum sempat disusukan dengan susu badan. Asyik minum susu tepung saja.

Aleesya membuka tudungnya. Dia memangku Aryan dalam keadaan bersila dan membuka butang jubahnya.

“ Anak mama lapar ye. Meh, minum susu,” Aleesya mengusap pipi Aryan. Terserlah keibuannya.

“ Laparnya cucu tok mummy ni. Dia dah buat dah kaki silang dia,” tersenyum Puan Aziah dengan aksi cucunya itu.

“ Dahlah bambam, mummy. Buat kaki macam tu. Nampak macam big boss dah,” kata Aleesya. Puan Aziah ketawa perlahan.

Kedengaran pintu di buka dari luar. Zhafran menghampiri Puan Aziah dan menyalami ibu mertuanya itu.

“ Mama bagitahu mummy, Zhafran dengan Zarra namakan anak kamu Aira. Betul ke?” Puan Aziah memandang Zhafran yang sedang mengusap kepala bayi perempuannya.

“ A’ah. Zarra yang pilih,” jawab Zhafran.

“ Mummy, Aryan dah boleh makan nasi kan?” tanya Aleesya dengan dahi berkerut. Aryan menggigitnya.

“ Boleh. Dah enam bulan pun. Esok kamu buatkan bubur. Lepas tu lenyek bubur tu. Campur dengan ubi pun boleh. Jangan terus bagi sebelum lenyek bubur tu. Tercekik Aryan nanti. Yang muka Qais berkerut tu kenapa?” jelas Puan Aziah. Sempat lagi dia bertanya Aleesya.

“ Nanti Qais cuba. Cucu mummy ni aktif sangatlah. Asyik gigit je. Tangan dia pun tak reti duduk diam,” balas Aleesya. Tangannya masih mengusap pipi Aryan. Zhafran hanya mendengar perbualan Puan Aziah dan Aleesya. Segan juga nak pandang Aleesya yang sedang menyusukan Aryan. Dah lama dia tak melihat aurat isterinya itu.

“ Ala, gatal gusi tu. Nak tumbuh gigi dah cucu bambam tok mummy ni,” Puan Aziah mencubit paha Aryan yang tembam itu. Dah macam paha ayam saja. Geram.

“ Dah tidur pun, mummy,” Aleesya meletakkan Aryan di atas tilam. Lena sungguh Aryan tidur.

“ Tidurlah kalau dah kenyang sangat. Susukan Aira. Sebelah kiri pula,” Zhafran menyerahkan Aira kepada Aleesya. Berhati-hati Aleesya mengambil bayi yang masih merah itu. Tengkuk pun lembik lagi.

“ Dah habis menyusu ke?” muncul Datin Zahira pula. Dia duduk di birai katil. Di sebelah Zhafran.

“ Aryan dah. Aira baru je menyusu,” jawab Puan Aziah.

“ Nyenyaknya Aryan tidur. Macam Zhaf kecil-kecil dulu. Macam nilah gayanya,” beritahu Datin Zahira. Zhafran menjegilkan matanya.

“ Dah nama pun anak dia, Ira. Takkan perangai macam bangla buat rumah tu pulak,” gurau Puan Aziah.

“ Mummy, agak-agaklah nak cakap bangla. Ada patut anak Qais yang comel ni perangai macam bangla,” cebik Aleesya. Datin Zahira dan Puan Aziah tersengih. Zhafran pula hanya buat muka dingin dia.

“ Mummy gurau ajelah. Besar nanti mesti handsome macam papa dia juga. Tak gitu, Ira?” Puan Aziah memandang besannya.

“ A’ah. Kusyuk Aira menyusu. Menyusu badan macam ni bagus. Tengok macam Aryan ni ha. Tembam mengalahkan tong drum. Comel je,” kata Datin Zahira. Puan Aziah mengangguk.

“ Eh, Ira. Jomlah kita turun. Kesian tetamu kat bawah tu,” Puan Aziah baru teringat mereka sedang mengadakan kenduri arwah.

“ Tu lah. Lupa pulak ye,” Datin Zahira dan Puan Aziah berlalu keluar meninggalkan Zhafran dan Aleesya bersama anak-anak mereka.


“ Abang dah daftar nama Aira ke?” soal Aleesya. Sejak tadi mereka hanya melayan perasaa sendiri. Zhafran menggeleng. Tangannya ingin menyentuh Aryan. Tapi dia tidak berdaya. Matanya leka memandang Aryan. Aleesya perasan akan riak muka suaminya.

“ Aryan anak abang juga. Tak salah pun abang nak pegang dia.” Tangan kanan Aleesya diletakkan di atas paha Zhafran yang berada di sebelahnya. Zhafran diam.

“ Abang tolong Sya. Tolong ambilkan raga tu kejap,” Aleesya menunjukkan raga berisi barang-barang Aira di atas meja kerja. Zhafran turun dari katil dan mengambil raga itu.

Aleesya meletakkan Aira di atas tilam bayi yang di lapik kain batik. Dia membiarkan butang bajunya terbuka. Zhafran yang perasan mengalihkan matanya. Segan.

“ Boleh tutup tak aurat kau tu?” Zhafran bersuara dingin. Aleesya mengangkat wajahnya dan memandang Zhafran yang membelakanginya. Dia tersenyum.

“ Dengan suami Sya aje pun. Bukan suami orang lain,” kata Aleesya selamba.

“ Kalau iya pun, tutuplah. Tak malu ke?” marah Zhafran. Aleesya mengangkat keningnya.

“ Tak. Suami Sya aje yang tengok,” balas Aleesya. Tangannya sibuk menukar lampin Aira. Zhafran mendengus dan berlalu ke balkoni. Balkoni yang dipisahkan oleh sliding door itu agak luas.

Beberapa minit kemudian, Puan Aziah muncul dengan membawa dulang berisi nasi dan air susu.

“ Zhafran mana?” soal Puan Aziah sambil meletakkan dulang itu di atas meja di sisi katil.

“ Entah. Tadi abang keluar,” jawab Aleesya. Dia menepuk perlahan badan Aira. Aryan pula semakin nyenyak tidur.

Zhafran memegang tombol pintu. Belum sempat dia membuka pintu, dia ternampak Puan Aziah di atas katil bersama Aleesya. Dia tidak jadi masuk. Namun, tidak pula dia beredar.

“ Makan nasi tu. Qais tak boleh makan lauk yang lain lagi. Mama ada masakkan sup lobak putih. Elok kamu makan,” ujar Puan Aziah. Aleesya mengambil pinggan yang berisi nasi dan lauk itu. Kemudian dia mengambil sudu.

“ Elok untuk apa, mummy?” soal Aleesya. Dia menyuap nasi ke mulutnya.

“ Elok untuk tambahkan susu badan kamu tu. Sekarang ni kamu kena menyusu untuk dua orang. Aryan pun boleh tahan kuat juga minum susu. Aira pula bayi baru nak besar. Kena banyak minum susu ibu,” jelas Puan Aziah. Aleesya mengangguk.

Zhafran mendengar perbualan Aleesya dan Puan Aziah di sebalik pintu bilik.

“ Mummy nak tanya something. Tapi Qais jangan marah ye,” Puan Aziah memandang tepat ke arah Aleesya.

“ Apa dia, mummy?” soal Aleesya.

“ Qais yakin tak nak minta cerai?” Aleesya terkedu. Zhafran tersentak.

“ Hmmm, yakin sangat mummy. Kenapa mummy tanya?” Aleesya memandang mummynya.

“ Qais tak kisah hidup macam ni? Mummy tak nampak pun Zhafran sayangkan Qais,” Puan Aziah menggenggam tangan anaknya. Aleesya meletakkan pinggan di atas meja.


“ Qais tahu mummy risau. Tapi, Qais tak nak orang lain. Qais nak abang je jadi suami Qais. Please, mummy. Doakan Qais,” rintih Aleesya. Zhafran meraup mukanya.

“ Kalau itu yang Qais nak, insya Allah mummy doakan yang terbaik untuk Qais dengan Zhafran,” balas Puan Aziah sambil memeluk Aleesya.

“ Terima kasih, mummy. Qais sayang mummy,” ucap Aleesya lembut.

“ Mummy pun sayang Qais juga. Cukuplah sekali Qais hampir-hampir tinggalkan mummy dan daddy,” Puan Aziah melepaskan pelukannya.

“ Ish, mummy ni. Sekarang kan Qais kat depan mummy. Sihat lagi ha,” kata Aleesya sambil tersenyum.

“ Iyalah. Lepas ni kalau ada niat nak tambah anak lagi, make sure Qais bersalin secara normal,” pesan Puan Aziah.

“ Apalah mummy ni. Ke situ pula. Qais kena bedah tu pun sebab Aryan ni besar sangat. Tak boleh keluar ikut pintu. Keluar ikut tingkap pun jadilah,” Aleesya dan Puan Aziah ketawa perlahan. Takut terjaga pula Aryan dan Aira. Zhafran tergamam. Apa maksud kena bedah? Keluar ikut tingkap? Tanpa sedar Zhafran sudah menolak pintu bilik itu. Serentak Aleesya dan Puan Aziah berpaling.

“ Apa maksud Aleesya kena bedah? Mummy?” Zhafran memandang Puan Aziah meminta penjelasan. Aleesya terpaku. Puan Aziah menelan air liur. Puan Aziah menarik nafasnya dan di lepaskan perlahan.

“ Badan Aryan terlalu besar untuk bersalin secara normal. Jadi, doctor sarankan Qais dibedah,” jelas Puan Aziah. “ Nasib baik Qais dapat bertahan. Kalau tidak, mungkin Qais dah…,” Puan Aziah menunduk. Dia mengelap air matanya yang jatuh di pipinya.

“ Mummy, Qais kat sinilah. Mummy turun dulu ye. Biar Qais yang cerita kat abang,” Aleesya memeluk erat Puan Aziah. Puan Aziah mengangguk dan berlalu meninggalkan pasangan itu.
“ Kenapa tak bagitahu?” Zhafran menghempas kuat punggungnya di kerusi yang berada di hadapan katil. Matanya tajam memandang Aleesya.

“ Ada ke peluang Sya nak bagitahu abang? Abang asyik berkepit dengan arwah Zarra. Sikit pun abang tak benarkan Sya dekat dengan abang,” Aleesya melawan pandangan suaminya itu.

“ Dan kenapa mama and papa tak pernah cerita pun? Kau yang tak bagi dia orang bagitahu aku?” tukas Zhafran kasar.

Aleesya turun dari katil dan menghampiri Zhafran. Dia duduk di atas riba Zhafran. Zhafran kaget. Jantungnya berdetak laju. Aleesya bermain dengan rambut tebal Zhafran selamba.

“ Apa abang akan buat kalau abang tahu? Abang terima Sya balik? Atau abang just minta maaf sebab tak balik temankan Sya?” Aleesya mencium dahi Zhafran. Dia terlalu rindukan suaminya yang dulu.

“ Aku rimaslah,” marah Zhafran. Namun, Aleesya masih di situ. Di atas riba Zhafran.

“ Abang rimas atau abang suka?” duga Aleesya.

“ Aku akan suka kalau Zarra yang buat,” kata Zhafran dingin. Aleesya memandang Zhafran kosong. Dia dapat mendengar nafas Zhafran seakan tidak menentu.

“ Tapi Zarra dah tak ada, abang. Yang ada cuma kenangan abang dengan arwah Zarra,” balas Aleesya lembut. Dia perlu bijak memujuk Zhafran.

“ Kau memang suka kan, kalau Zarra mati,” tengking Zhafran. Aleesya menekup mulut Zhafran.

“ Anak-anak abang tengah tidur tu,” Aleesya melihat Aryan dan Aira. Nasib baik tak terjaga budak-budak tu.

“ Sya tahu abang selalu ingatkan Sya. Rindukan Sya. Macam apa yang Sya rasa bila abang tak ada. Tapi abang ego. Sya boleh terima Zarra kalau abang bawa dia balik sini dulu. Sya terkilan sangat abang tak ada masa Sya lahirkan Aryan. Sya teringin nak abang azankan Aryan. Tapi, semua tu cuma dalam mimpi. Abang tak muncul,” sayu Aleesya berkata.

“ Abang, Sya sayang abang sangat-sangat. Sya rindukan abang. Sya nak suami Sya balik. Please, pulangkan suami Sya,” rintih Aleesya sambil memeluk leher Zhafran erat. Air matanya laju merembes di pipi. Zhafran terkaku. Dia tersentuh mendengar rintihan Aleesya.

Tanpa Zhafran sedar, dia memeluk Aleesya erat. Membiarkan Aleesya menangis sepuasnya.

“ Abang tak pernah bencikan Sya. Abang cuma malu dengan Sya sebab abang dah duakan Sya,” Zhafran mengusap kepala Aleesya. Aleesya tersedu sedan menahan tangis. Dia ingin mendengar luahan suaminya. “ Abang juga tak pernah berhenti sayangkan Sya, rindukan Sya. Allah saja yang tahu macam mana seksanya abang. Sebab tu abang ikut nasihat arwah Zarra untuk abang balik sini. Tapi abang tak kuat. Abang tak sedar bila abang mula sayangkan arwah Zarra. Abang tak boleh nak berpisah dengan dia. Dan abang tahu itu bukan sebab abang berasa bersalah. Tapi sebab abang dah mula cintakan arwah Zarra. Abang minta maaf. Abang terlupa abang ada Sya,” luah Zhafran. Aleesya mengeratkan pelukannya.

Tanpa mereka sedar, Datin Zahira dan Puan Aziah berdiri di hadapan pintu bilik mereka. Menangis mereka di situ. Sedih mendengar luahan Zhafran.

“ Abang jangan risaulah. Sya okay je. Tapi, Sya tak sukalah abang panggil nama Sya. Sya nak abang panggil Sya, sayang. Tak romantiklah abang ni,” Zhafran tersenyum. Sempat lagi Aleesya bergurau dengannya.

“ Iyalah sayang,” balas Zhafran. Zhafran mengucup lembut bibir Aleesya lama dan Aleesya membalasnya. Mereka terbuai seketika. Perasaan rindu di hati masing-masing dapat dilunaskan juga.

Zhafran melepaskan Aleesya. “ Abang rasa biar mama yang jaga Aryan dan Airalah malam ni. Abang rindu sangat dengan sayang,” cadang Zhafran selamba. Membulat mata Aleesya.

“ Gatallah abang ni. Tak naklah. Kesian budak berdua tu. Biarlah dia orang tidur dengan kita,” Aleesya mengecilkan matanya memandang Zhafran.

“ Kalau sayang nak dia orang dengar sayang screaming, abang okay je,” balas Zhafran. Aleesya menampar lembut bahu Zhafran.

“ Ikut suka abanglah. Sya nak tukar baju. Rimas,” Aleesya sudah bangun dari Zhafran.
“ Abang tahu sayang pun nakkan. Dekat setahun sayang tak bermanja dengan abang,” kata Zhafran. Hampir pengsan Datin Zahira dan Puan Aziah di luar.

“ Eee, abang ni. Tak senonoh,” balas Aleesya dan berlalu ke bilik air bersama baju bersih.

“ Suami sayang juga,” jerit Zhafran. Aleesya tersenyum di dalam bilik air. Air mata yang mengalir di pipi disekanya. Air mata gembira. " I love you, my instant husband. Always love you," bisik Aleesya.

Kadangkala sesuatu keadaa tidak memerlukan penjelasan. Jika masih diberi peluang, kejar perkara ke hadapan. Bukan mengundur. Biarlah perkara yang lau jadi iktibar. Dan kejujuran sangat penting dalam kehidupan.

p/s : first cerpen panjang yang ayu post. actually ni bukan karya first tapi karya ni dulu yang ayu siapkan dulu. takut kalau panjang lagi jadi novel pulak.hihii..maaf kalau ada salah silap.


30 comments:

  1. baru jumpe blog nie... btw best citer nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)...tq...nasib baik jumpa kan..hihi...

      Delete
  2. nangis bca cerpen nie..haha nice one... seriously suka... !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo...janganlah nangis...
      abis basah blog CIA...hihihi...
      thanks...:)

      Delete
  3. Suka sgt dgn cerpen2 awak... sweet ..

    ReplyDelete
  4. ayuuu...awat sedih sgt citer ni..sob3...congrate sbb dpt wat cerpen yg best...teruskn usaha nnt wat novel blh jual pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xsangka ayu minat wat cerpen..cik na baru baca yg 1st ni nnt ade ms cik na bc yg lain2..

      Delete
    2. hehe. malu pulak kita. biasa ja. budak baru nak belajar. thank you, cik na. hahaha. bacalah banyak2 lagi. kikiki. nama ammar banyak ni dalam ni. :D. untung ammar jadi hero kak ayu.

      Delete
  5. Hahahaha tiba-Tiba je saya menangis lepas baca cerpen ni hihihi

    ReplyDelete
  6. Rasanya susah kot nk jmpa ppuan cam sya skrg....klu ade pun 1 dlm sejuta...sabarnya sya...

    ReplyDelete
  7. Cerita ni memang best tapi saya tak puas hati dengan watak Sya tu. Kalau saya jadi Sya dah lama saya tinggalkan Zhafran. Mungkin sebab saya lelaki kot sebab tu saya berfikiran macam tu. Perempuan macam Sya ni kalau tak wujud pun tak apa. Tak guna ada suami yang dah kahwin lain lepas tu tinggalkan isteri pertama macam tu sahaja. Nak berpoligami tu tak kisah tapi jangan abaikan isteri pertama. Geram betul tengok perengai Zhafran tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE BETUL.. GERAM TENGOK PERANGAI ZHAFRAN, SESUKA AJE NAK KETEPIKAN SYA TU SAMPAI ANAK SENDIRI PUN X MO TENGOK DAN PEGANG.. KALAU NGAN AKAK LAH MMG LAMA DAH KENA NGAN AKAK .. HAHAHHA SORI AYU .. EMO SKET BACA CERPEN NI..

      Delete
  8. kak! air mata turun macam pili air bomba terbukak ja.. haha
    sad but best!! happy ending!

    ReplyDelete
  9. sedih tapi best ...
    keluar air mata ....
    sad ...

    ReplyDelete
  10. Saya x suka zhafran... kalau Saya jadi Sya dah lama Saya tinggalkan Dia..

    ReplyDelete
  11. best jalan cerita ni..kalau jadikan novel pon bagus..suke sgtt..btw,sori,baru jmpe blog nie..hihihi

    ReplyDelete
  12. Nasib wife dia setia.nyampah juga ngan laki dia ni.terbaik

    ReplyDelete
  13. Omg nak bunuh zhafran boleh tak🔪🔪 geram gilaaaaa

    ReplyDelete
  14. Nilah lelaki kalau dah ada yang baru tak nk dah kat yng lama😤.Kan lebih baik Aleesya kahwin dgn Harris tak lah sengsara.👍

    ReplyDelete