Thursday, 27 June 2013

cerpen : You're still the one 1

cuba dengar lagu ni dulu...enjoy..:)


Tengku Zariff Aryan. Nama yang berjaya membuat hati seorang gadis bergetar. Tanpa perlu melihat wajah lelaki itu, hati gadis itu sudah memahat nama Tengku Zariff Aryan di dalam hati. Bukan kerana harta, pangkat dan darjat. Tetapi kerana lelaki itu berjaya meruntuhkan bata-bata yang kuat di dalam hati gadis itu.

Dan gadis itu adalah Nur Balqish Arianna. Seorang doktor psikologi di klinik milik bapanya, Dr  Ehsanuddin. Seorang gadis yang periang, ramah dan juga baik hati. Senyuman sentiasa meniti di bibir gadis berusia 25 tahun itu. Sikapnya yang manja mampu menceriakan hari-hari keluarganya. Dia merupakan satu-satunya anak perempuan Dr Ehsanuddin.

“ Awal abang balik hari ni?” Arianna menjemput Zariff di pintu. Zariff hanya diam. Tidak membalas pertanyaan Arianna. Arianna mencebik.

“ Abang naik mandi dulu. Nanti kita makan sama-sama,” tanpa suruhan Arianna pun Zariff tetap akan naik mandi. Buktinya, laju saja kaki Zariff melangkah naik ke bilik di tingkat atas. Arianna mengangkat bahunya. Faham sangat dengan sikap dingin suaminya itu.

“ Ish, aku ni ada laki ke tak ada? Macam tak ada. Tapi laki kat atas tu siapa? Bunian? Tak pun, batu. Eee, geramnya,” bebel Arianna seorang. Tangannya sibuk menghidangkan makan malam di meja makan.

Dua puluh minit Arianna menunggu, Zariff turun dengan hanya t-shirt tanpa lengan dan seluar pendek. Terdedah lengannya yang berotot itu. Argghh, sengaja nak buat aku tergoda, desis Arianna. Zariff melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Arianna mencedok nasi ke pinggan suaminya. Makan malam mereka hanya ditemani bunyi sudu berlaga sahaja.

Setelah selesai makan malam, Zariff ke ruang rehat di tingkat atas. Dia menonton rancangan kegemarannya, National Geographic. Arianna turut ke ruang rehat setelah mengemas meja makan dan dapur. Pintu pagar dan pintu rumah sudah di kunci Zariff sebelum naik ke atas tadi.

“ Abang, Rianna tanya sikit boleh?” soal Arianna sambil melabuhkan punggungnya di sofa. Mukanya dikerutkan. Zariff yang senang berbaring di atas carpet  memandang Arianna sekilas.

“ Apa dia?” tudia, keluar sudah suara garau Zariff. Arianna menyembunyikan senyumannya.

“ Macam ni. Tadi kat klinik ada seorang pak cik ni. Dia cakap dia selalu rasa sakit dada tapi bila buat check up, nothing. Dia tak sakit apa-apa. So, Rianna syak pak cik tu ada panic disorder. Tapi Rianna confius nak bagi ubat antixiety or ubat antidepressant. Rianna nak tahu pendapat abang,” terang Arianna. Tangannya mengambil bantal kecil dan memeluknya.

Zariff menarik nafasnya dan dilepaskan lembut. “ If you give him ubat antixiety, dia akan ketagih ubat tu. Ubat tu cuma untuk sementara. Kalau ubat antidepressant, Insya Allah okay. Sebab ubat tu tak menyebabkan pesakit ketagih dan boleh guna untuk jangka masa panjang. Better you give him antidepressant kalau pesakit seorang yang cepat ketagih,” jelas Zariff. Matanya masih menonton rancangan kegemarannya itu.

“ Owh, okay. Thanks. Tapi Rianna tak surelah kalau pak cik tu betul-betul alami panic disorder. Sebab dia cuma buat check up biasa. No X-ray or stress test,” ujar Arianna.

“ What about ECG test?” tanya Zariff senada.

“ Erm, kalau ikut laporan yang pak cik tu bagi kat Rianna semuanya normal termasuk ujian darah,” jawab Arianna.

“ Then, your psychology test should be the best way to treat him. Behavioral therapy or CBT could help your patient,” Arianna tersengih. Suaminya itu hanya doctor bedah dan perubatan tapi lebih pakar dalam psikologi.

“ Thanks again. Rianna ikut cadangan abang,” kata Arianna. Dia sebenarnya segan apabila berdua begini. Takut pun ada juga. Takut kerana suaminya yang serius. Tapi bila dengan Dr Annisa boleh pula mesra bagai. Siap ketawa lagi. Sabar jelah hati, getus Arianna.



“ Eh, pak cik Bakar. Buat apa kat sini? Pak cik dah habis treatment kan?” Arianna menegur seorang pak cik yang sedang duduk di ruang menunggu klinik. Pelik juga dengan kedatangan pak cik Bakar petang itu.

“ Memang dah habis. Tapi, pak cik nak jumpa doctor. Nak bagi ni,” pak cik Bakar menyerahkan plastic bag yang berisi selimut yang dijahit khas untuk Arianna.

“ Apa ni, pak cik?” tanya Arianna. Dia duduk di sebelah pak cik Bakar.

“ Isteri pak cik yang suruh hantar. Tanda terima kasih kami kepada doctor sebabkan tolong pak cik. Kalau tak mesti sekarang pak cik masih rasa sakit dada,” jelas pak cik Bakar.

“ Ya Allah. Pak cik dah sihat ni pun saya bersyukur. Tapi terima kasih sebab pak cik sudi datang jauh-jauh sebab nak hantar ni,” balas Arianna sambil tersenyum.

“ Cuma jahitan selimut mak cik sahaja. Pak cik ni orang kampung. Tak banyak duit nak bagi hadiah yang mahal,” kata pak cik Bakar. Arianna tersenyum. Belum sempat Arianna membalas, Zariff muncul di hadapan mereka. Arianna memandang suaminya.

“ Abang, nilah pak cik yang Rianna cakap tu. Yang alami panic disorder tu,” Arianna memperkenalkan pak cik Bakar kepada Zariff. Zariff menyalami pak cik Bakar.

“ Handsome suami doctor. Sama cantik sama padan,” puji pak cik Bakar. Zariff tersenyum nipis.

“ Terima kasih, pak cik,” ucap Arianna sambil tersengih.

“ Dah lama sangat ni pak cik kat sini. Pak cik balik dululah. Nanti bising pulak mak cik kat rumah tu. Risaukan pak cik. Tak pasal kena dengar dia membebel sampai malam,” ujar pak cik Bakar ramah.

“ Yelah. Hati-hati ya, pak cik,” balas Arianna. Dia menghantar pak cik Bakar sehingga ke pintu klinik. Setelah pasti pak cik Bakar pulang, dia menghampiri Zariff di kerusi menunggu. Dua orang jururawat di kaunter pula asyik memuji ketampanan Zariff. Dengan mengenakan kemeja lengan dilipat hingga ke siku berwarna biru laut dan seluar slack hitam, terpancar karisma seorang doctor di wajah kacak itu.

“ Abang datang sini kenapa?” Arianna melabuhkan punggungnya di sebelah Zariff. Zariff mendengus.
“ Mama ajak makan malam sekali. So, better you siap-siap. Kita balik rumah mama sekarang,” kata Zariff dingin. Arianna mengangkat keningnya.

“ Pergi dengan abang ke?” soal Arianna. Dia membawa kereta ke klinik hari ini.

“ Dah tu? Pergi dengan siapa lagi?” Arianna menjeling Zariff. Cakap baik-baik tak boleh ke? Sikit-sikit nak marah. Nasib baik handsome. Kalau tak, dah lama aku tumbuk muka tu, getus Arianna geram.

“ Apa lagi dok termenung tu? Cepatlah. Nanti lambat pulak,” marah Zariff perlahan. Dia masih sedar akan dua orang jururawat yang berada di kaunter.

“ Yelah,” Arianna berjalan laju ke biliknya. Sempat juga dia meninggalkan pesan kepada pembantunya. “ Pak cik singa tu dah naik taring. Saya balik dulu. Nanti tolong tutup klinik ni, ye,” ujar Arianna kepada Sally.

“ Baiklah, doctor. Elok jugaklah doctor cepat. Nanti hilang ketampanan suami doctor tu,” seloroh Sally. Arianna tersenyum manis. Dia menanggalkan coat putihnya dan mengambil handbag serta telefon bimbitnya. Setelah pasti semua barangnya ada, dia berjalan pantas mengekori Zariff yang sudah keluar dari klinik.


“ Abang, kejap. Rianna nak ambil barang,” Arianna menghampiri kereta Suzuki Swift biru miliknya. Dia mengambil bantal kecil di tempat duduk belakang. Kemudiannya, dia meloloskan diri ke dalam kereta Honda Accord Euro Type S  ATS putih milik Zariff.
“ Yang bawa bantal tu kenapa?” tanya Zariff pelik. Arianna tersengih.

“ Saja. Tak selesa kalau duduk dalam kereta tak peluk bantal. Rasa pelik,” jawab Arianna. Zariff diam. Dia hanya tenang memandu. Kalau bukan mamanya ajak makan malam, jangan harap dia ingin menjemput isterinya itu.

Sepanjang perjalanan ke rumah mama Zariff, mereka hanya ditemani suara-suara yang keluar di corong radio sahaja. Arianna lebih senang memeluk bantal kecilnya sambil matanya memandang ke luar. Namun, hatinya terusik apabila lagu Sebulatnya nyanyian The Fabulous Cat kedengaran di corong radio.
Tiada tangisan aku titiskan keringnya air mataku
Mana kesilapan ku nyatakan satu persatu ingin ku tahu
Bukannya aku salah tafsiri ( tak pernah aku mengkhianati )
Mengapa kamu buat begini ( tak pernah aku hilangkan diri )
Apakah makna engkau mendua( tiada punca hancur segala )
Korus :
Aku yang bodoh, aku yang buta, Percayakanmu sebulatnya
Lihat mereka terpedaya, Percayakanmu sebulatnya

Arianna mengimbas kembali kata-kata sahabat baiknya, Amani kepadanya. “ Aku bodoh sebab aku still percayakan Hafiz. Kalau aku dengar nasihat kau, aku takkan tertipu buat kali kedua. Aku menyesal sangat, Aqish. Aku tak mampu nak kawal hati aku bila Hafiz datang pujuk aku kembali. Aku benarkan dia hancurkan hati aku.”

“ Nanti kalau aku dah tak ada, kau selalu ingat aku tau. Aku dah tak kuat. Semakin hari sakit aku makin teruk. Tapi, tiap-tiap hari tau aku dengar lagu yang kau bagi kat aku tu. Lagu tu macam sama dengan kisah aku. Terima kasih.”

Arianna tersedar dari kenangan silamnya dengan arwah Amani. Sampai sekarang dia masih tidak dapat menerima perbuatan Hafiz kepada arwah Amani. Dia memandang Zariff yang tenang memandu itu. Masih wujudkah lelaki yang baik hati? Yang mampu memberi kasih sayang yang ikhlas tanpa diminta. Yang mampu menyayangi tanpa disuruh. Dan yang mampu menyintai tanpa dipinta.

“ Handsome sangat ke suami awak ni sampai macam tu sekali awak pandang,” tempelak Zariff. Dia pelik dengan renungan Arianna.

“ Sorry. Just throwing out my bad feeling,” Arianna membetulkan duduknya. Dia cuba tersenyum namun gagal. Bibirnya seperti mengeras seketika.

“ Huh. Throwing out your bad feeling? To me?” keras suara Zariff. Ditekankan perkataan ‘bad’.

“ No. Abang kan hubby Rianna. Mana boleh bad feeling. Tapi, sekarang ni Rianna tak ada moodlah nak fall in love dengan abang,” balas Arianna kasar. Zariff sentap. Namun disabarkan hatinya. Apa maksud Arianna? Arianna yang tersedar akan kesilapannya apabila suaminya itu hanya diam.

“ No…I mean. Hmmm, tadi Rianna dengar lagu favourite arwah Amani. Tiba-tiba Rianna geram dekat Hafiz. Just…,” Arianna mengeluh. Dia kusut. Zariff mematikan radio. Arianna memeluk lengan sasa Zariff.

“ Abang, sorry. Rianna tak bermaksud nak kecilkan hati abang,” Zariff mendengus. Dia menolak keras pelukan Arianna di lengannya.

5 comments: