Thursday 27 June 2013

cerpen : i love you, my instant husband!!! 2

sambungan

Lima bulan kemudian

            Sayang, jerit Zhafran kuat dari dapur.

            Ya Allah. Kenapa dengan abang ni? soal Aleesya. Dia membawa Zhafran ke ruang tamu.
            Aduh. Sakitnya, Zhafran memegang kakinya yang terluka. Aleesya berlari ke dapur semula  untuk mengambil peti kecemasan.

            Kaki abang kena apa ni? soal Aleesya. Dia membuka peti kecemasan yang diambil di dapur tadi.

            Kena kaca kat dapur tu. Abang terpecahkan pinggan tadi, jelas Zhafran sambil menahan kesakitan. Darah di kakinya keluar semakin banyak.

            Sini. Sya cuci dulu darah tu, Aleesya mengangkat kaki Zhafran lalu diletakkan di atas pahanya yang telah dilapikkan kain batik.

            Auwww. Perlahan sikit sayang. Sakitlah, adu Zhafran manja. Aleesya tersenyum. Geli hati pula tengok muka suaminya yang cemberut menahan sakit itu.

            Abang ni. Dah macam perempuan Sya tengok. Luka sikit je pun, kata Aleesya. Zhafran menyandarkan badannya ke sisi sofa. Biar isterinya lebih selesa mencuci lukanya.

            Memanglah luka sikit je. Tapi sakit gila sayang tahu tak, manja sahaja suara Zhafran.

            Iyalah, suamiku sayang, Aleesya meniup pada luka di kaki Zhafran.

            Gelilah, sayang, Zhafran menggeliat kegelian.

            Ish, abang ni. Duduklah diam-diam. Orang nak balut luka abang ni, Aleesya mengambil antiseptic dan disapukan ke luka. Dia membalut kaki suaminya dengan berhati-hati. Tak pasal-pasal saja kena tendang pula dengan mamat tak cukup umur ni. Eh, terkutuk pula. Sorry, abang, desis Aleesya.

            Aleesya menurunkan kaki Zhafran dari ribanya. Dia mengemas peti kecemasan kan berlalu ke dapur. Dia mengemaskan kaca yang bersepah di lantai dapur sebelum membancuh air susu panas untuk Zhafran. Menjadi rutin Zhafran untuk minum susu selepas makan malam. Macam kanak-kanak saja gayanya.

            Sakit lagi tak? soal Aleesya. Dia menghulurkan mug berisi air susu panas kepada Zhafran.

            Sakit sikit-sikit, jawab Zhafran. Dia meletakkan mug di meja kopi. Zhafran meletakkan kepalanya di riba Aleesya. Mula nak bermanjalah tu.

            Nanti hilanglah tu. Harap badan je tegap, tapi manja gila, usik Aleesya. Zhafran menarik tangan Aleesya dan di bawa ke kepalanya. Ingin dibelai.

            Alah. Bermanja dengan isteri sendiri. Apa salahnya, balas Zhafran. Dia memalingkan wajahnya ke perut Aleesya.

            Assalamualaikum, baby papa. Sihat? Zhafran mengusap perut Aleesya yang berusia tiga bulan itu. Perut Aleesya masih belum nampak memboyot. Aleesya tersenyum.

            Abang, tadi masa pergi check up dengan mummy, Sya terjumpa dengan Harris, beritahu Aleesya. Zhafran mendongak memandang Aleesya.

            Mesti dia kacau sayang, kan? Dia buat apa kat situ? tanya Zhafran. Cemburu dibuatnya.

            Tak kacaulah. Dia bawa wife dia check up. Dulu bukan main kacau Sya. Alih-alih kahwin juga dengan orang lain, Aleesya mengusap rambut Zhafran.

            Sayang jealous ke? soal Zhafran. Aleesya tersenyum.

            Jealous? Tak kot. Buang masa Sya je nak jealous bagai, jawab Aleesya.

            Manalah tahu. Harris tu kan baik. Tak macam abang. First time jumpa Sya, dah mabuk-mabuk. Siap sayang nampak abang kena belai dengan awek lagi, kata Zhafran selamba.

            Sekarang kan abang dah tak macam tu. Lagipun, hari tu abang baru first time minum air tu. Sya tak kisah pun. Yang penting, abang baik di hati Sya, balas Aleesya sambil mencubit pipi Zhafran. Zhafran tersenyum.

            Terima kasih, sayang. Youre the best wife I have now and forever, ujar Zhafran. Dia mencium lembut perut Aleesya.

            Cakap Sya best wife tapi cium anak. Apa kes, rajuk Aleesya. Zhafran tersengih. Dia bangkit sedikit dan mengucup bibir merah Aleesya. Aleesya membalas kucupan Zhafran.


            Kali ni abang outstation berapa hari? tanya Aleesya sambil menyalami Zhafran. Sudah menjadi kebiasaan dia menyambut suaminya itu balik dari kerja. Zhafran memeluk bahu Aleesya. Mereka beriringan ke ruang tamu.

            Sebulan, sayang. Kali ni jauh sikit. Abu Dhabi, beritahu Zhafran sambil melabuhkan punggungnya ke sofa berangkai dua.

            Lamanya. Tak boleh bagi orang lain ke? Aleesya memandang Zhafran sayu. Zhafran mencium pipi Aleesya.

            Tak bolehlah, sayang. Abang kena pergi juga. Nanti sayang pergi rumah mama atau mummy, eh. Dont you dare nak tidur seorang dekat sini, jawab Zhafran. Siap memberi amaran lagi agar Aleesya tak tinggal di rumah mereka seorang diri. Aleesya mencebik.

            Kalau Sya rindu abang macam mana? Ni first time abang nak tinggal Sya lama-lama, Aleesya memeluk Zhafran.

            Ya Allah. Nanti abang call selalulah. Tak pun kita skype. Hmmm, pujuk Zhafran. Aleesya menggeleng. Air mata sudah meleleh di pipinya. Zhafran kaget.

            Tak nak. Nak abang juga, rengek Aleesya sambil memeluk Zhafran erat. Zhafran membalas pelukan isterinya. Sejak Aleesya mengandung, seringkali isterinya itu bersikap manja. Sensitif lagilah.

            Sebulan tu kejap je, sayang. Pejam celik abang dah balik sini, pujuk Zhafran lagi. Dia juga turut berat hati ingin meninggalkan isterinya itu.

            Tak nak kawan dengan abang dah, rajuk Aleesya. Dia melepaskan pelukan dan berlalu naik ke bilik mereka. Zhafran mengeluh. Dia berlari naik ke tingkat atas untuk memujuk Aleesya.

            Sayang. Tak naklah macam ni. Abang pergi sekejap aje, Zhafran naik ke atas katil. Aleesya berpaling. Tak mahu pandang wajah Zhafran. Zhafran mencapai tangan Aleesya dan mengucup tangan itu.

            Tak baiklah macam ni, sayang. Nanti turun kat baby perangai sayang ni, tangan Zhafran mengusap perut Aleesya yang membuncit itu. Dah masuk enam bulan bayi mereka berada di dalam perut Aleesya.

            Abang tahukan, Sya tak boleh jauh dari abang, kata Aleesya. Dia memandang Zhafran sayu. Berharap agar Zhafran tidak pergi outstation.

            Abang pun tak boleh jauh dengan sayang and dengan baby juga. Tapi, inikan kerja abang, balas Zhafran.  Zhafran menarik Aleesya ke dalam pelukannya. Tugasnya sebagai arkitek di firma milik Dato Amran menjadikan dia seorang yang agak sibuk. Setiap bulan dia pasti akan bertugas di luar kawasan.

            Tapi kali ni je tau. Lepas ni dah tak boleh outstation jauh-jauh, setuju Aleesya. Zhafran tersenyum. Akhirnya, Aleesya benarkan dia ke Abu Dhabi.

Sembilan bulan kemudian

            Aryan, come to mama, gamit Aleesya sambil mendepakan kedua tangannya. Aryan yang berusia enam bulan  itu merangkak menuju ke arah Aleesya. Mengekek Aryan ketawa. Aleesya mendukung Aryan dan di bawa ke katil.

            Anak mama ni dah besarlah. Hari ni kita pergi rumah tok mummy ye, Aleesya mencium dahi Aryan.

            Dah siap, Aleesya? Pak Nan dah tunggu kat bawah, muncul Datin Zahira di pintu bilik.

            Dah, mama. Nak turunlah ni, Aleesya memberikan Aryan kepada Datin Zahira. Dia mencapai begnya dan beg keperluan Aryan lalu turun ke tingkat bawah. Barang-barang yang lain sudah diangkut semalam ke rumah mummy Aleesya, Puan Aziah.

            Cucu tok ma ni jangan nakal-nakal tau. Kesian mama, pesan Datin Zahira kepada anak kecil itu. Aryan menayangkan sengihannya. Pipi tembamnya dicubit Datin Zahira. Wajah Aryan agak mirip dengan anaknya, Zhafran.

            Meh sini dekat mama, Aleesya mengambil Aryan dari dukungan Datin Zahira.

            Kalau Sya ada masa, datanglah sini. Mama harap Sya tak ambil hati dengan sikap Zhafran, kata Datin Zahira. Aleesya tersenyum.

            Insya Allah, mama. Nanti mama kirim salam dekat papa, abang and Zarra ye, pesan Aleesya.

            Yelah. Mama minta maaf sangat-sangat, pohon Datin Zahira. Dia berasa sangat bersalah ketika ini.

            Selepas sebulan Zhafran di Abu Dhabi, Zhafran tidak memunculkan dirinya di airport ketika Aleesya dan ahli keluarga lain datang untuk menjemputnya. Mereka buntu bagaimana ingin mencari Zhafran apabila pihak di Abu Dhabi sendiri telah sahkan Zhafran sudah meninggalkan negara itu.

            Dato Amran juga mengarahkan orang untuk menjejaki anak lelakinya itu, namun sia-sia. Langsung tiada berita. Alih-alih, Zhafran muncul bersama seorang perempuan yang mendakwa dirinya sebagai isteri Zhafran selepas enam bulan menghilang. Pada mulanya mereka tidak percaya tetapi setelah melihat surat pernikahan Zhafran dan perempuan itu, mereka terpaksa percaya.

 Aleesyalah yang paling terkilan apabila Zhafran langsung tidak mengendahkannya. Dia juga tidak mempedulikan anak mereka, Aryan. Beberapa kali juga Aleesya cuba merapatkan Zhafran dengan Aryan tetapi lelaki itu menjauhkan diri.

Aleesya, panggil Zarra. Aleesya berpaling.

Kenapa Zarra? tanya Aleesya kepada madunya itu.

Zarra minta maaf sebab dah hancurkan rumah tangga Aleesya, Zarra menggenggam tangan Aleesya. Aleesya tersenyum. Mereka selesa menggunakan nama masing-masing memandangkan usia mereka sebaya. Dua puluh lima tahun.

Tak hancur lagilah. Kami kan belum bercerai lagi. Zarra janganlah risau. Aleesya okay je, Aleesya menenangkan hati Zarra.

Tak apa. Nanti Zarra pujuk abang. Zarra janji abang akan cari Aleesya and baby Aryan, janji Zarra bersungguh-sungguh.

Ish, Aleesya tak kisahlah. Awak tu yang kena jaga diri. Baby kat dalam perut tu jaga elok-elok. Jangan lupa kasi air susu panas kat abang sebelum dia tidur. Nanti angin satu badan pak cik tu, pesan Aleesya panjang. Tangannya mengusap perut Zarra yang berusia sembilan  bulan itu. Hanya menunggu masa sahaja. Zarra mengangguk.

Aleesya berlalu ke kereta. Dia memandang ke tingkat atas. Zhafran sedang merenung ke arahnya. Aleesya melawan renungan Zhafran tanpa riak. Dia sungguh terkilan. Dia tahu Zhafran ada alasan yang kukuh perihal kehadiran Zarra. Aleesya berpaling dan masuk ke dalam kereta. Dia perlu kuat.


No comments:

Post a Comment