Thursday 27 June 2013

cerpen : i love you, my instant husband!!! 1

Muzik rancak memainkan peranan dalam menggamatkan suasana kelab malam yang terletak di ibu kota itu. Lelaki dan perempuan yang langsung tidak mempunyai sebarang ikatan seronok memuaskan hati masing-masing. Di tangan masing-masing elok memegang gelas berisi arak. Makanan mereka sepanjang malam. Sudah tidak kenal yang mana satu haram dan yang mana satu halal. Semua benda sudah tidak dipedulikan. Mereka seperti berada di dalam dunia rekaan mereka sendiri.

Di satu sudut, kelihatan seorang jejaka sedang hanyut di belai oleh seorang gadis. Seronok di belai begitu. Bukannya dia tidak tahu, semua itu adalah haram. Mahu buat bagaimana lagi kalau sudah wujud manusia bertopengkan syaitan sedang menghasut melakukannya dosa. Dirinya dibiarkan mabuk sedangkan itu adalah kali pertama jejaka itu menjejakkan kaki di kelab malam itu.

Di satu sudut lain pula, seorang gadis sedang meninjau kelab malam itu. Seperti sedang mencari seseorang. Sesekali dia memicit kepalanya yang agak pening dengan muzik rancak yang sangat kuat itu. Di tambah lagi dengan bau arak di sekitarnya. Gadis itu membetulkan hud di kepalanya. Mahu sahaja dia keluar dari kelab itu, namun dibatalkan apabila teringat akan hajatnya berada di dalam dunia asing ini.

Sayang, cuba you tengok perempuan tu. Tak sporting langsung. Macam perempuan kampung pun ada. Dia buat apalah kat sini. Nak datang bagi ceramah agaknya," sinis gadis yang membelai jejaka tadi. Jejaka itu memandang ke arah perempuan yang di sebut oleh kekasihnya.

Entahlah. I pun tak tahu. Tak payahlah ambil tahu hal orang," balas jejaka itu. Keadaannya sudah separuh mabuk. Pening kepalanya.

You tak nak balik lagi ke? How about kita pergi rumah you. I teringinlah nak tengok rumah you," gedik sekali suara gadis itu mengajak kekasihnya.

Rumah I? Buat apa?" dingin suara jejaka itu membalas. Gadis itu mencebik.

Ala, you ni. Apa kata malam ni I layan you? Mesti you suka bila ada someone yang belai you, manjakan you and layan you, kan? Jomlah. Tak pun kita pergi rumah I," tanpa malu sekelumit pun sang gadis mengajak. Tangannya mengusap lembut dada bidang milik jejaka itu.

Jejaka itu menepis tangan sang gadis. Dalam keadaan mabuk, dia bangun. Dengan langkah yang terhuyung-hayang itu, dia membawa diri keluar dari kelab malam. Sesampainya di luar premis itu, tangannya meraba-raba poketnya mencari kunci kereta. Tanpa sengaja, badannya terlanggar tubuh seorang gadis.

Adoi!" jerit gadis itu. Badannya elok saja landing di tanah. Tahulah badan aku ni tak berapa nak gagah. Tapi tak payahlah buat-buat tak nampak. Eee, geram aku, rungut Aleesya.

Kau okay, tak? Salah kau juga jalan tak tengok orang," tegas jejaka itu bersuara. Aleesya bingkas bangun.

Okay je. Encik ni yang saya tengok macam tak okay. Mabuk, eh?" becok sekali Aleesya membalas. Jejaka itu merengus. Dia kembali berjalan menghampiri keretanya dalam keadaan terhuyung-hayang itu. Aleesya cepat-cepat memaut lengan lelaki itu apabila lelaki itu hampir-hampir jatuh.

Adoilah. Kesian pulak saya tengok encik ni. Kereta encik dekat mana?" Aleesya masih belum melepaskan peganganya di lengan sasa milik lelaki itu. Kesian pula melihat lelaki itu terkapai-kapai mencari keretanya.

Kat sana," beritahu lelaki itu. Aleesya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Gila kaya pak cik ni, getus Aleesya.

Encik ada driver tak? Takkan nak drive dalam keadaan encik yang mabuk macam ni," kata Aleesya. Dia memapah lelaki itu sehingga ke kereta sport keluaran BMW milik lelaki itu.

Tak ada. Biar je aku kat sini. Aku boleh balik sendirilah," marah lelaki itu.

Gila ke apa nak balik macam ni. Biar saya hantarlah. Encik bagitahu je rumah encik dekat mana," tawar Aleesya. Dia ikhlas ingin membantu lelaki itu. Lupa sebentar dengan tujuan asal dia ke kelab malam itu. Aleesya membetulkan hud di kepalanya.

Apa-apa jelah. Aku penat," jawab lelaki itu. Tanpa fikir panjang, Aleesya mencapai kunci kereta di tangan lelaki itu. Dia memapah lelaki itu ke tempat duduk penumpang di sebelah pemandu.

Encik, rumah encik kat mana ni?" soal Aleesya. Dia memandang lelaki itu. Sudah lima belas minit dia memandu namun lelaki itu masih belum menunjukkan jalan ke rumahnya.

Kau ikut je GPS tu. Aku dah setkan," jawab lelaki itu. Aleesya memandang ke arah GPS itu.

Sebaik tiba di kawasan perumahan mewah, Aleesya memperlahankan kereta. Senang dia ingin mencari rumah lelaki itu. Keadaan yang gelap ketika itu menyukarkan pencariannya. Setelah lima belas minit dia berpusing di kawasan itu, berjaya juga dia sampai di rumah milik lelaki itu.

Encik,dah sampai," Aleesya menepuk perlahan lengan lelaki itu. Lelaki itu tersentak. Dia keluar dari kereta sport itu. Aleesya turut berbuat demikian. Dia membantu lelaki itu yang terkial-kial mahu membuka pintu rumahnya. Eh, bukan. Banglo. Rumah besar macam ni tak ada orang gaji ke, desis Aleesya.

.....................................................................................................................................

Sedang lelaki itu terkial-kial membuka pintu banglonya, muncul beberapa orang yang berkopiah putih. Membulat mata Aleesya memandang manusia-manusia berkopiah di hadapannya itu. Lelaki itu hanya buat muka tak bersalah. Dah mabuk. Nak buat apa lagi. Redha ajelah, getus Aleesya.

Kamu tidak mahu membela diri kamu, Cik Aleesya?" soal salah seorang lelaki berkopiah itu. Aleesya tersenyum sinis.

Tak guna saya nak bela diri saya, encik. Encik semua ni bukan nak dengar pun. Buat habis air liur saya je," tukas Aleesya. Dia malas ingin mengambil pusing. Terkejut lelaki-lelaki yang menangkap Aleesya dan lelaki yang bersamanya tadi dengan penjelasan selamba Aleesya.

Cepatnya Cik Aleesya mengalah. Nampak sangatlah kamu berdua memang ada niat nak buat perkara yang dilarang," sinis Harris berkata. Dia merupakan wakil yang bertugas malam itu. Jadi, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyelesaikan hal ini.

Macam yang saya cakap tadi, i have no excuses. Is there anything you want me to say? Mengaku bersalah atau merayu mengatakan saya tak salah. Macam tu?" Aleesya membalas sinis.

No. At least cik cuba untuk membela diri cik. Manalah tahu cik memang tak bersalah ke," balas Harris. Sebenarnya, dia ingin mencabar gadis itu mengaku tidak bersalah. Sejak dia melihat gadis itu di bawa oleh pihak jabatan agama ke pejabatnya tadi, dia sudah mula meminati gadis itu. Tambahan pula, dia selalu ternampak gadis itu sebelum ini.

Macam nilah, encik. Boleh bagi saya ruang. Saya nak bincang dengan kawan saya sekejap, pinta Aleesya. Mereka mengangguk dan beredar meninggalkan Aleesya dengan jejaka kaya itu.

Awak sedar ke tak ni? soal Aleesya. Sejak tadi dia melihat lelaki itu diam. Tak terkutik sikit pun.
Sedar, jawab jejaka itu tanpa nada.

Im Aleesya Qaisara, Aleesya memperkenalkan dirinya. Jejaka itu memandang Alessya yang duduk di sofa berhadapan dengannya.

Ammar Zhafran. You can call me Ammar or Zhafran, lelaki memperkenalkan dirinya.
Saya rasa saya nak panggil awak, abang, gurau Aleesya. Zhafran tersenyum. Senang dengan sikap selamba gadis di hadapannya itu.

Apa-apalah, balas Zhafran.

Kita nak buat apa sekarang ni? Saya tak sukalah lelaki tadi tu. Paksa saya mengaku tak bersalah. Selalunya dia orang heret je orang yang kena tangkap suruh kahwin. Sekarang ni terbalik pulak, adu Aleesya.

Means that he like you. Eh, betullah. Aku tengok dia macam suka kat kau je, teka Zhafran.

Eee, tak naklah, Aleesya menggelengkan kepalanya.

Aku tengok dia okay aje. Handsome, beriman, baik and yang penting dia bukan orang jahat, puji Zhafran. Aleesya membulatkan matanya.

Ish, awak lagi handsomelah. Saya tengok muka dia macam gatal je, Aleesya menggeliat kegelian. Tapi memang dia tak nafikan bahawa insan yang bernama Ammar Zhafran itu kacak orngnya. Ada karisma yang tersendiri. Berkulit putih, tinggi lampai, badan tegap dan sasa. Siap ada otot lagi. Hidung mancung, bibir merah dan matanya memukau. Ala, ada iras-iras macam muka model dalam iklan Nivea, Lewis Tan. Handsome beb. Aleesya menunduk. Jaga mata Qais, desis Aleesya.

Okay what? Nanti kalau kau kahwin dengan dia, mesti berderet anak kau. Boleh aku ambil satu, gurau Zhafran. Aleesya bangun dan menghampiri Zhafran. Dilukunya kepala Zhafran dan kembali duduk ditempatnya. Zhafran menggosok kepalanya.

Jangan nak membayangkan pun saya ada anak dengan mamat sengal tu, faham, marah Aleesya dengan nada perlahan.

Okay. Sorry. Habis tu, kita nak buat kat sini? Hari pun dah nak pagi, Zhafran bersandar di sofa sambil menguap. Mengantuk.

Awak, kita kahwin jelah, cadang Aleesya. Zhafran menegakkan badannya.

Kau gila ke apa? Kita kenal pun tak sampai dua belas jam, balas Zhafran. Aleesya mengembungkan pipinya.

Ala, kalau saya tak kahwin dengan awak, mamat sengal tu ada canlah nak ngorat saya, kata Aleesya selamba. Dia mengeluh.

Ish, ada pulak macam tu, Zhafran mencapai mug berisi air Nescafe lalu di bawa ke mulutnya.

Hmmm, kalau saya call daddy saya, mesti dia suruh saya kahwin je, kata Aleesya.

Papa aku pun, keluh Zhafran. Zhafran dan Aleesya mengeluh serentak.

Lima belas minit kemudian, Harris bersama dua orang lelaki masuk kembali ke dalam rehat itu. Harris memandang Aleesya dan kemudian dia duduk di sofa yang muat untuk seorang itu. Aleesya bangun lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Zhafran. Dia jadi takut melihat mata Harris yang tajam memandangnya.

Macam mana? soal Harris. Matanya masih tajam memandang Aleesya. Aleesya tidak senang duduk. Zhafran perasan akan kegelisahan gadis di sebelahnya itu.

Kami dah hubungi kedua ibu bapa kami. Sekejap lagi dia orang sampai, beritahu Zhafran. Mereka mengambil keputusan untuk menghubungi keluarga masing-masing.

Jadi, awak mengaku bersalah, Cik Aleesya? Harris memandang Aleesya. Dia tersenyum sinis.

Jawapan saya takkan berubah, jawab Aleesya. Dia membetulkan hud di kepalanya untuk melindungi rambutnya. Aleesya seorang gadis yang bertudung. Disebabkan dia perlu mencari abangnya di kelab malam itu, dia terpaksa mengenakan pakaian yang bersesuaian. Namun, dia lebih selesa mengenakan sweater berhud dan seluar jeans hitam. Dia juga turut memakai anak tudung yang tertutup di bahagian leher untuk menutup rambutnya.

Dari gaya awak saya tahu awak seorang yang bertudung. Dan saya tahu awak dan Encik Zhafran diperangkap, kata Harris. Aleesya mencebik.

Tolong tutup mulut dia boleh tak? Bising aje, bisik Aleesya kepada Zhafran. Zhafran tersenyum. Harris panas hati melihat Aleesya sedang berbisik dengan Zhafran.

Kau kenal Aleesya ke sebelum ni? Aku perasan kau macam dah kenal lama dengan Aleesya, Zhafran memandang Harris.

Itu tak penting. Kamu berdua tak malu ke kena tangkap khalwat? Kalau orang lain, nak senyum pun dah tak mamapu, sindir Harris.

Kami tahu apa yang berlaku. Buat apa kami nak takut. Paling teruk pun kami kena kahwin, balas Zhafran. Harris tersentak. Tak boleh. Aleesya tak boleh kahwin dengan jantan keparat ni, getus Harris. Bukan dia tidak kenal dengan Ammar Zhafran, anak Dato Amran. Lelaki itu terkenal dengan sikapnya yang dikatakan playboy.

Nampaknya Cik Aleesya masih tak kenal Encik Zhafran. Cuba Cik Aleesya selidik dulu siapa sebenarnya Encik Zhafran, Harris memandang Aleesya. Aleesya rimas dengan pandangan Harris.


Apa-apalah. Biarlah dia buruk kat mata orang lain pun. Janji dia baik di mata saya, kata Aleesya senafas. Dia lebih selesa berada dekat dengan Zhafran daripada berada dekat dengan Harris.

Assalamualaikum, Dato Amran memberi salam.

Walaikumsalam, jawab seisi bilik rehat itu serentak. Zhafran bangun dari duduknya dan menerpa ke arah kedua ibu bapanya. Dia bersalam dengan Dato Amran dan Datin Zahira. Aleesya turut bangun apabila Zhafran memanggilnya untuk bersalaman dengan Datin Zahira.

Boleh kami tahu, apa cadangan pihak Encik Harris? soal Dato Amran.

Harris menarik nafasnya dan dilepaskan. Pihak kami memberi dua pilihan. Sama ada berkahwin atau membayar denda, jelas Harris.

Kalau macam tu, kamu pilih yang mana, Zhaf, Aleesya? Dato Amran memandang Zhafran dan Aleesya bersilih ganti. Zhafran dan Aleesya berpandangan. Harris berdebar-debar menunggu jawapan dari mulut mereka berdua.

Kahwin, serentak Zhafran dan Aleesya memberi jawapan. Harris mengeluh. Dato Amran mengangguk. Datin Zahira pula sudah memeluk Aleesya.


Kita tunggu parent Aleesya sampai dulu, cadang Dato Amran.

3 comments: