Friday 7 February 2014

Cerpen : Isteri Segera 2



 Ilmina gelisah di dalam kereta. Dia hanya memandang pemandangan di luar tingkap kosong. Entah kenapa, ringan sahaja bibirnya menyatakan setuju akan peminangan secara tiba-tiba dari sahabat abah itu. Mungkin, hanya itu yang dapat bahagiakan kedua ibu bapanya barangkali.

Encik Hairi memandang Ilmina di tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang. Gadis itu kelihatan tenang sahaja. Namun, dia pasti dalam hati anak perempuannya itu tergambar perasaan gelisah, takut dan macam-macam lagi.

“ Mina okey?” tanya Puan Tia.

“ Okey, ummi. Lama lagi ke kita nak sampai, abah?”

“ Dah nak dekat pun. Mina relax ya. Haji Nasir dengan Hajah Farida tak makan orang,” gurau Encik Hairi.

Ilmina tersenyum nipis. Ada-ada sajalah abahnya ni.

“ Manalah tahu. Kot terlampau berkenan sampai nak makan Mina ni,” Ilmina turut membalas gurauan Encik Hairi.

Uish, tak adanya. Tak sampai hati nak makan sebab anak ummi ni comel sangat,” Ilmina tergelak kecil. Hilang sedikit segala perasaan gelisah, takut, gementar…semua tu.

“ Pandai aje ummi ni. Haji dengan Hajah tu dah tengok Mina ke?” Teringin juga dia mengetahui jika ahli keluarga bakal suami sudah melihat gambarnya atau tidak.

“ Belum lagi. Ummi ada jugak suarakan nak tunjuk gambar Mina semalam, tapi dia orang tolak. Kata mereka, biar surprise. Tengok real lagi afdal. Itulah sebabnya dia orang jemput kita ke kenduri doa selamat malam ni,” jelas Puan Tia.

Ilmina mengangguk faham. Perjalanan dari Shah Alam ke Melaka dirasakan sekejap sahaja. Mungkin dia terlalu fikirkan mengenai bakal suaminya kot. Ceh, kau. Berangan saja lebih. Jumpa si bakal suami pun belum. Ilmina tersenyum sendiri.

*****

Syamil termenung di tepi kolam ikan sendirian. Bekas makanan ikan di tangan dipegangnya sahaja tanpa memberi ikan-ikan di dalam kolam itu makan. Entah apa yang dimenungkannya pun tak tahu. Dah sampai Jepun agaknya lelaki itu.

Hoi!” sergah Ikram. Syamil hampir terjatuh ke dalam kolam dek kerana terkejut dengan sergahan abangnya itu.

“ Cuba bagi salam. Kan ke lebih baik,” kata Syamil. Tangan terus diseluk ke dalam bekas plastik itu dan dicampak ke dalam kolam ikan.

“ Nampak sangat kau dok termenung, Mil. Teringatkan buah hati tak jadi ke?” Syamil menjeling abangnya tajam. Aku sumbat jugak makanan ikan ni kang, getus Syamil.

“ Buah hati tak jadi jangan sebut, bang. Kang tak pasal, kat dalam bendang kontang tu Mil tendang kau masuk bang,” Amboi, garangnya cik abang kita ni.

Ikram tersengih sambil digelengkan kepalanya itu.

“ Cuba waras sikit, Mil oi. Takkan abang kau yang sikit punya cute ni kau sampai hati nak tendang kot,” Ikram menampar bahu Syamil perlahan.

“ Sebab tak sampai hatilah Mil geram ni,” Ikram ketawa kuat.

Chilllah, dik. Bunga bukan sekuntum. Satu taman kau nak petik pun, abang Ik tak kisah. Tapi, harap kau bersabarlah. Kouta ada empat aje,” Syamil buat muka sengal.

Hampeh punya abang. Sekali aku lesing, menangis pulak bini dia kat dalam rumah tu.

“ Anak siapa yang ayah dengan mak pergi pinang tu, bang?” tanya Syamil. Ikram mencebik. Ingat tak nak tahu dah.

“ Anak kepada kawan kepada kawan ayah. Abang Ik pun tak tahu nak terang kat kau macam mana, Mil. Tanyalah ayah kau sendiri…”

Syamil dah malas melayan si abang yang sengal itu. Dia menampar bahu abangnya dek kerana geram.

“ Pergilah masuk mandi. Kejap lagi bakal mertua kau tu nak datang. Kang dari dia orang terima, terus tolak sebab bakal menantu tak senonoh,” Sempat lagi Ikram menyambung usikannya itu.

Walaupun Ikram adalah anak yang sulung, wajah lelaki itu langsung tak nampak macam anak sulung. Bak kata orang, baby face. Dah jadi bapa kepada dua orang putera pun masih nampak comel lagi.

Berbeza dengan Syamil yang berwajah manly. Iyalah kot manly. Tapi memang pun sebab badan Syamil, tough. Rajin pergi gym tu. Irham pula mewarisi kedua-duanya, comel pun ada, handsome pun ada. Tsk

*****

Tiga buah khemah untuk majlis kenduri sambut menantu sudah berdiri teguh di halaman rumah Haji Nasir. Sengaja dipasang awal memandangkan malam itu, Haji Nasir sudah berniat untuk mengadakan kenduri doa selamat. Nasib baiklah majlis sambut menantu minggu depan tetap akan berlangsung. Kalau tidak, membazir segala barang-barang yang sudah siap dibeli.

Azan Maghrib sudah lama berkumandang. Hari itu, Haji Nasir hanya bersolat jemaah bersama ahli keluarganya sahaja. Tidak ke surau seperti selalu. Dia sebenarnya menunggu kedatangan keluarga Encik Hairi. Hanya dia dan isterinya sahaja yang pernah bertemu dengan pasangan Encik Hairi dan Puan Tia.

Haji Nasir dan Hajah Farida langsung tidak menyangka perbualan mereka dengan seorang rakan telah membawa mereka untuk terus masuk meminang puteri Encik Hairi. Pada mulanya, rakan Haji Nasir hanya terlepas cakap mengatakan majlis perkahwinan seorang kawannya mungkin akan dibatalkan sebab terputus di tengah jalan.

Kebetulan majlis itu akan berlangsung dua hari sebelum kenduri di rumah Haji Nasir. Maknanya lagi tiga hari majlis akad nikah dijadualkan di rumah Ilmina. Kerana itulah, timbul idea itu di kepala Haji Nasir dan Hajah Farida.

*****

“ Irham, cuba tengok kereta siapa kat sana tu,” suruh Haji Nasir. Irham meninggalkan kerjanya yang sedang mengelap pinggan itu. Dia berlalu ke kereta yang diparkir tidak jauh dari khemah.

“ Assalamualaikum,” Encik Hairi memberi salam apabila ternampak seorang lelaki sedang menuju ke arahnya.

“ Waalaikumsalam,” jawab Irham sambil tersenyum.

“ Ni, rumah Haji Nasir ke?”

“ Hah, betullah tu. Jemputlah masuk. Ayah ada depan sana,” Irham menjemput tetamu ayahnya itu sopan.

Puan Tia dan Ilmina mengekori langkah Encik Hairi. Berdebar-debar jantung Ilmina. Macam nak meletup pun ada. Hiperbola sangat ayat.

“ Lah, Hairi ke? Maaflah, ingatkan siapa tadi,” kata Haji Nasir sambil bersalam dengan bakal besannya.

“ Nasib baik tak salah rumah, haji. Itu yang sampai jugak kami kat sini,” seloroh Encik Hairi.

“ Alhamdulillah. Jomlah naik rumah dulu. Kenduri mula lepas isya’,” jemput Haji Nasir.

“ Kenapa tak ajak tetamu naik atas tu, bang. Boleh borak panjang kat atas ni hah,” Terjengul Hajah Farida di beranda.

“ Nak naiklah ni…”

Ilmina mengangkat sedikit kain baju kurungnya. Kakinya berhati-hati melangkah naik ke tangga kayu yang disusun agak renggang itu. Dia tidak biasa dengan rumah papan separuh batu begini. Rumah kedua-dua atuknya diperbuat dari batu. Tak ada papan langsung.

“ Elok-elok, anak oi. Tersalah langkah, jatuh pulak nanti,” Ilmina hanya tersenyum mendengar pesanan Hajah Farida.

Mereka duduk di sisi kanan beranda. Bersila. Bertambah kekoklah si Ilmina itu. Bukanlah dia tidak suka, cuma belum biasa lagi. Nanti sudah biasa, okeylah.

“ Inilah anaknya ya. Cantik orangnya. Tak sia-sialah kita tak tengok gambar dia semalam, Ida,” Hajah Farida mengangguk setuju.

“ Biasa aje, haji. Cantik ke hodoh ke, ni ajelah anak yang kami ada,” kata Encik Hairi.

Ketika itu, muncul Liyana iaitu isteri Ikram membawa sedulang air teh dan dihidangkan kepada tetamu. Sebentar kemudian, muncul pula Syamil membawa sepinggan kuih. Rajin sungguh anak teruna seorang ni. Ikram dan Irham turut menjengah ke beranda.

“ Pakat-pakat duduk, anak-anak oi. Ni ayah nak kenalkan dengan keluarga kecil pak cik Hairi,” Encik Hairi tersenyum. Betapa beruntungnya Haji Nasir mempunyai ramai anak.

“ Ramai jugak anak haji dengan hajah ya,” kata Puan Tia yang diam sahaja tadi.

“ Alhamdulillah. Rezeki dari Allah,” balas Hajah Farida mensyukuri kurnian dari-Nya.

“ Inilah sebahagian angkatan tentera kami. Ikram, anak sulung kami. Sebelah tu menantu saya, Liyana. Isteri Ikram. Yang ni pulak, Irham. Anak ketiga. Bukan yang bongsu ya. Dan, sebelah Hairi tu, Syamil. Inilah yang nak kahwin tu,” Syamil bersalaman dengan Encik Hairi. Bakal mertua kan. Kena tunjuk sopan.

“ Ini baru tiga lelaki. Ada lagi dua orang anak perempuan, kembar. Lusa baru sampai kampung. Belajar sekolah menengah lagi dua orang tu, tingkatan lima,” beritahu Haji Nasir.

“ Ramai tu. Cemburu saya, haji,” Mereka yang berada di situ ketawa dengan nada Encik Hairi yang dirasakan kelakar.

“ Jangan sembang aje, jemput minum,” Hajah Farida menolak cawan berisi air teh kepada tetamu-tetamu mereka.

Ilmina bermain dengan jemarinya. Selalunya, gadis yang bertandang ke rumah bakal mertua akan malu-malu. Dia tidak. Dipandang juga satu persatu bakal ahli keluarganya itu. Sempat dia mencuri pandang jejaka bernama Syamil itu. Segak dengan sepersalinan baju Melayu cekak musang berona ungu.

“ Anak kami dah kami kenalkan. Giliran Hairi pulalah kenalkan puteri yang seorang tu,” Haji Nasir memandang Ilmina yang diapit oleh Puan Tia dan isterinya.

“ Budak ni? Biar dia sendiri yang kenalkan diri dia,” Encik Hairi buat isyarat pada Puan Tia. Puan Tia tersenyum sungging.

Ilmina tersengih dulu.

“ Errr…tak retilah pulak nak mention nama sendiri,” Encik Hairi dan Puan Tia membeliakkan mata. Ilmina meminta simpati kedua orang tuanya. Keluarga Haji Nasir sudah tersenyum-senyum melihat gelagat Ilmina.

“ Nama bakal isteri Syamil ni siapa?” tanya Ikram selamba. Syamil sudah membulatkan mata memandang si abang sengal dia tu. Slumber badak dia saja.

“ Terpijak daun semalu kot tadi. Tu yang malu nak kenalkan diri. Selalunya tak payah kita suruh, laju aje dia,” usik Puan Tia. Ilmina mencebik.

“ Iyalah. Ehem, abah bagi nama, Aisya. Ummi pulak, Ilmina. Jadilah Aisya Ilmina. Semua sedara panggil, Mina. Pilihlah nak panggil apa. Aisya Ilmina tak kisah,” Eceh, comel aje dia kenalkan diri. Menggelegak dah jantung si Syamil tu.

“ Kawan-kawan panggil Aisya Ilmina apa?” Haji Nasir sekadar bertanya.

Emmm, banyak kalau nak bagitahu. Tapi, selalunya, dia orang panggi Ail,” jawab Ilmina jujur.

“ Ail? Nasib baik tak air,” gurau Ikram. Liyan turut tersenyum dengan gurauan suaminya.

“ Biasalah budak-budak muda sekarang. Kita orang tua bagi nama anak elok-elok, dipanggilnya begitu,” Ilmina sembunyikan sengihannya. Puan Tia tersenyum sedikit. Mana taknya, dulu dia pernah panggil suaminya itu, Riri. Ehek.

“  Haji dengan hajah dah ada cucu?”

“ Baru dua orang, Hairi. Harapnya, akan bertambahlah nanti…”

“ Amin. Harapnya begitulah. Kami ni cucu saudara adalah. Cucu sendiri tak tahu lagilah bila,” Encik Hairi mengerling anak perempuannya itu.

Syamil yang tough tu pun dah tersipu-sipu. Cuma, Ilmina saja yang berlagak biasa. Cermin mata yang tersangkut di batang hidungnya dibetulkan. Buang tabiat sungguh dia mengenakan cermin mata hari ni. Mana taknya kalau dah habis lebam mata dia tu.

“ Kak Aisya selalu stay up ke?” tanya Irham tiba-tiba. Sedari tadi, dia hanya mendengar sahaja.

“ Hah? Taklah. Kak Aisya ni pantang nampak bantal. Kenapa?”

“ Am perasan mata kak Aisya sembab. Macam tak cukup tidur,” Ilmina menelan air liur kasar. Encik Hairi dan Puan Tia pula menunggu jawapan dari Ilmina. Nak juga dia orang tahu apa alasan yang nak diberi.

“ Sembab ni? Ni sebab…emosi sangat. Empangan penuh, kenalah buang,” Terus terhambur ketawa seisi beranda. Lucu dengan alasan Ilmina. Syamil pula senyum saja. Sebab, dia pun lebih kurang sama saja dengan Ilmina. Cuma, tak adalah sampai kena buang air dalam empangan tu.

bersambung...

7 comments:

  1. Replies
    1. okay, yana... hehe..
      thanks, si gigi besi.. :)

      Delete
  2. Cerpen ? The appropriate words ialah novel . By the way ,Bestt . Nak baca cerpen ni sbb ada gambar nazim othman . Goodluck writer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa novel?? hehehe...
      good2... thanks, azura hassan..

      Delete
  3. jln crita best...suka ngan watak Ail tu hehe nasib baik bukan kail..novel ni tamat kat blog ke ?...

    ReplyDelete