Wednesday 12 February 2014

Cerpen : Isteri Segera 3


“ Assalamualaikum,” Suara seorang gadis memberi salam. Semua menoleh ke arah suara itu.

“ Waalaikumsalam, Kina. Meh naik,” Sakina menapak naik tangga batu di hujung beranda. Rahang Ilmina jatuh. Ada tangga batu rupanya. Buat penat saja dia panjat tangga kayu tu tadi.

“ Mana yang lain?” soal Sakina. Dia duduk bersimpuh di sebelah Irham. Liyana sudah berlalu masuk apabila terdengar suara anak-anaknya menangis.

“ Ada kat dapur. Bila sampai?” soal Hajah Farida.

“ Baru aje sampai. Lepas solat tadi, ibu suruh datang sini terus,” jawab Sakina sopan.

“ Ni anak saudara kami, Sakina. Anak adik hajah. Rumah dia sebelah tu saja. Kina, ni…”

Ilmina menggaru dahinya. Dalam hati dia mengira detik…

“ Aisya Ilmina!” Kan, dah terjawab. Ilmina mengukirkan sengihan.

“ Kami kenal dengan Sakina ni, haji, hajah. Dulu satu universiti dengan Mina ni. Selalu juga singgah rumah kami sebelum balik Melaka,” jelas Encik Hairi. Patutlah.

“ Jangan cakap minah ni ganti kak Jiha, mak lang, pak lang?” Haji Nasir hanya mengangguk.

“ Kau ni kecohlah, Kina. Kau sampai aje terus bising,” bidas Irham. Mana taknya, si Sakina tu boleh jerit kat telinga dia ni.

Sorrylah. Excited tahu tak, dapat jumpa kawan lama. Dahlah tiga tahun tak jumpa. Dah terjumpa kat sini, maunya tak excited…”

“ Panjang lagi masa kau nak beramah mesra. Nanti jadi sepupu kau jugak,” tukas Irham.

Sakina menghadiahkan jelingan maut kepada Irham. Irham pula menjelirkan lidahnya kepada Sakina dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Pantang jumpa dua orang ni, pasti bergaduh. Nasib baik si Irham tu dah bertunang. Kalau tak, Haji Nasir dah suruh kahwin agaknya budak berdua tu.

“ Kina kerja kat mana sekarang?” tanya Puan Tia, ingin tahu. Ilmina berbual perlahan dengan Hajah Farida. Entah apa yang dibualkan pun tak tahu.

“ Kat Muar, auntie. Dekat aje. Tapi, Kina dok rumah sewa,” beritahu Sakina ramah.  Puan Tia terangguk-angguk. Dia lihat Sakina semakin manis sekarang ni. Sikap peramah dia pun masih ada.

“ Syamil oh Syamil,” Syamil menjenguk sedikit di sebalik beranda. Siapa pula yang memanggilnya itu. Dia bangkit berdiri.

“ Erul, kenapa?”

“ Ni hah. Lampu kat bawah ni tak cukup terang. Ada lampu spare tak?”

“ Lampu spare? Abang Ik, lampu semalam tu letak kat mana?”

“ Nak pasang sekarang ke, Rul?” tanya Ikram kuat.

“ Ha’ah, bang Ik. Orang surau nak datang dah. Boleh siap-siaplah kot,” Erul bersuara dari bawah. Ikram berlalu ke dalam rumah untuk mengambil lampu spare yang diletakkan di dapur.

“ Lah, dah habis solat isya’ ke? Cepat pulak masa berlalu…”

“ Buat kat khemah tu ke, haji?” tanya Encik Hairi.

“ Ha’ah. Orang lelaki makan kat bawah,” Haji Nasir bangkit dari duduknya. Encik Hairi turut berbuat demikian. Segan pula jika duduk sahaja tanpa membantu apa yang patut.

“ Abah, nak kunci kereta,” Ilmina melangut memandang abahnya yang sudah berdiri itu.

Encik Hairi mengeluarkan kunci Totoya Harrier dan diberikan kepada Ilmina. Dia kemudiannya mengikut langkah Haji Nasir ke bawah khemah.

“ Nak pergi mana ni?”

“ Nak ambil handphone kejap, ummi. Nak ambil nombor telefon mak,” balas Ilmina perlahan. Hajah Farida tersenyum mendengar suara lembut itu memanggilnya mak.

“ Iyalah. Hati-hati. Gelap tu,” pesan Puan Tia. Ketika Ilmina bangun berdiri, matanya tanpa sengaja bertaut dengan mata Syamil yang sedang menghulurkan wayar lampu kepada Ikram di bawah.

Ilmina mengukir senyum nipis. Syamil turut membalasnya. Kemudian, meneruskan kembali kerjanya. Puan Tia mengikut Hajah Farida ke dapur. Bakal besannya itu ingin mengenalkannya dengan saudara yang lain.

“ Oi, mek,” panggil Sakina.

“ Iya. Cheq kat sini. Awatnya?”

“ Nak pergi mana?” tanya Sakina.

“ Nak ambil handphone aku kejap kat dalam kereta. Eh, jomlah teman aku,” Sakina menggeleng. Dia menjuihkan bibirnya ke arah Syamil. Ilmina mengerutkan hidungnya. Kemudian, menggeleng kepala.

“ Kau nak turun ikut tangga maut ni ke?”

“ Kasut aku ada kat situlah mek,” Ilmina juga teragak-agak nak turun ikut tangga kayu itu.

“ Dah, tak payah. Banyak kasut kat tangga sana tu. Turun aje ikut situ,” Sakina menarik tangan Ilmina.

Syamil melihat telatah dua sahabat itu dengan hujung mata. Dia terkejut sebenarnya melihat mata Ilmina yang dah bengkak sedikit itu. Walaupun mata itu terlindung sedikit dengan kaca mata yang dipakai gadis itu, itu tidak mampu menutup kesedihan Ilmina. Pasti teruk juga gadis itu menangis.

Nasib mereka berdua serupa kini. Keduanya ditinggalkan di saat majlis penyatuan masing-masing akan berlangsung. Mungkin ini dah takdir mereka.

*****

Sebelum Ilmina ke kereta, Sakina menarik Ilmina ke bawah rumah. Pelik juga dengan Sakina yang nampak gabra itu. Setelah pasti tiada sesiapa yang akan terdengar perbualan mereka, Sakina memulakan bicara.

“ Kau kenal tak siapa bakal laki kau tu?” Ilmina menggeleng. Manalah dia kenal. Hari ni baru kali pertama mereka bertemu kan.

“ Kenapa dengan kau ni? Gelabah semacam…”

“ Takkan kau tak kenal langsung?”

“ Tak. T.A.K,” balas Ilmina keras.

“ Bakal laki kau tu senior kita dulu. Ingat tak abang Alip? Alah, yang famous sebab dia best student degree in accountancy batch 2009 tu. Ingat?”

Alamak! Gila tak ingat abang Alip. Dia pernah kot minat dengan si Alip tu. Handsome. Dah tu pulak, ketua pasukan bola keranjang universiti. Tapi masa tu Alip dah last semester. Ilmina pula baru terkedek-kedek nak belajar mengira balik. Tambahan pula, Alip dah ada teman wanita waktu tu.

“ Mangkuk betullah. Alip tu abang sepupu kau ke?”

Yes. Aku saja tak nak bagitahu dulu,” Sakina tersengih. Ilmina tak terkata apa. Nak kata apa lagi dah.

“ Min, kau pergi soranglah. Aku seganlah nak lalu depan si Erul tu,” Ilmina mengangkat keningnya.

“ Eleh, sejak bila kau jadi pemalu ni. Selalu main terjah aje,” tembak Ilmina.

“ Itu dulu. Sekarang ni aku dah reti segan kot,” kata Sakina.

“ Iyalah. Aku pergi kejap aje,” Ilmina terus membuka langkah meninggalkan Sakina yang dok terhendap-hendap itu. Mahu tapi malu.

Syamil sempat mencuri pandang susuk tubuh Ilmina yang lalu di bawah khemah untuk ke kereta. Sopan sahaja Ilmina melangkah. Namun, dia perasan gadis itu agak kekok. Mungkin sebab dia berada di rumah bakal mertua kot. Bibir Syamil mengukir senyuman melihat telatah Ilmina yang sempat mengusik abahnya itu.

*****

Diam tak diam. Sedar tak sedar. Selesai sudah majlis kenduri di rumah kedua-dua mempelai. Kini, Ilmina ditinggalkan keluarganya di rumah Haji Nasir. Mahu tak kekok si Ilmina tu. Dia belum pernah hidup di kampung memandangkan kedua belah atuk dan neneknya tinggal di kawasan taman perumahan. Seperti rumahnya juga.

Ilmina duduk di birai katil. Samsung Galaxy Note 3 dibeleknya. Kebanyakan mesej yang masuk sejak pagi adalah daripada rakan-rakan yang tak henti-henti mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya. Ada juga yang pelik kerana kad perkahwinan yang dipost melalui Instagram menunjukkan nama pengantin yang berbeza dengan kad yang dikirim melalui pos laju.

“ Aisya, pergilah mandi. Dah tak ada orang kat bilik air,” Ilmina berpaling ke pintu bilik. Syamil yang sudah lengkap berpakaian berdiri di muka pintu. Tuala biru tua tersangkut di bahunya.

“ Iyalah…”

Diletakkan handphone di atas katil. Dia membuka veil dikepala. Segala barang kemas di badan dibuka dan diletakkan di atas meja solek.

“ Nah, tuala,” Syamil memberikan tuala bersih kepada isterinya. Sikat di atas meja solek dicapai.

“ Terima kasih,” ucap Ilmina perlahan. Tanpa berlengah, jubah cotton dikeluarkan dari almari baju. Dia terus melangkah keluar dari bilik dan ke bilik air yang berdekatan dengan dapur.

Kini, Syamil pula yang duduk di birai katil. Dia mengambil Iphone 5 di atas meja sisi. 10 missed call. 3 message. Terjongket kening Syamil. Siapa pula yang menelefonnya?

‘Nur Najiha’! Berlapis dahi Syamil melihat nama yang tertera di dada telefon bimbitnya. Semua missed call adalah dari bekas tunangnya itu. Peti mesej dibuka.

‘Aliff, tolonglah angkat call Jiha. Penting sangat!’

‘Sayang, please. I really really need you. Tunggu Jiha.’

‘Sampai hati Aliff buat Jiha macam ni. tak boleh ke tunggu Jiha? Jiha cuma perlukan masa. Aliff dah buktikan pada Jiha…cinta kita selama 7 tahun ni, nothing. Terima kasih sebab buat Jiha macam ni.’


Syamil tersentap membaca mesej terakhir. Apakah Najiha masih sayangkan dia? Tapi, kenapa Najiha hilangkan diri dan hari ni baru gadis itu muncul? Kenapa? 

bersambung...

2 comments: