Tuesday 4 February 2014

Teaser Isteri Segera

Assalamualaikum... Hye!

Insya Allah. esok petang CIA akan tamatkan BBWRL & DMAR. entry akhir untuk keduanya akan timbul. so, keep it up. sorrylah kalau hasilnya nanti tak seberapa. mood tak berapa nak okey sangat. hehe. maaf! maaf! maaf! maaf! ngeee.

now, let's review teaser for Isteri Segera!



Syamil melipat kaki seluar jeans hingga paras betis. Periuk belanga masih elok bertenggek di pokok pinang berdekatan dengan kolam ikan. Dia sudah biasa melakukan kerja-kerja itu. Selalunya dia yang akan membantu jika ada rumah jiran-jiran di kampung itu mengadakan kenduri kendara.

“ Nak tolong, boleh?” Ilmina tersenyum memandang suaminya yang sudah terbongkok-bongkok menggosok belakang kuali besar.

“ Tak apalah. Duduk aje kat dalam. Sini, lecah. Nanti kotor kaki…”

“ Bosanlah. Duduk kat dalam, kena halau suruh cari abang. Dekat luar ni pun kena halau jugak. Dah tu, nak pergi mana?” Syamil tergelak kecil. Tangannya sibuk menggosok kuali.

“ Tak payah pergi mana. Duduk aje situ,” Ilmina mengerutkan hidungnya. Dia ternampak kolam ikan. Wah, nak tengok ikan.

Ilmina berjalan perlahan ke kolam ikan. Takut jatuh pula. Tanah di situ becak kerana mentara membasuh pinggan mangkuk di situ semalam. Syamil mengangkat mukanya. Tercuit hatinya melihat Ilmina terkial-kial begitu. Seboleh mungkin isterinya itu mengelak becak.

“ Meh sini. Abang tolong,” Syamil menghulurkan tangannya. Ilmina tersengih. Dia memegang lengan sasa Syamil.

“ Terima kasih,” ucap Ilmina ceria. Dia melabuhkan punggung di pinggir kolam.

“ Sama-sama kasih,” balas Syamil. Dia kembali mencuci kuali. Ilmina memandang suaminya. Ada banyak persoalan yang berlegar di kepalanya ketika ini.

Semalam dia langsung tidak berkesempatan berbual panjang dengan suaminya. Elok saja nak buka mulut, si suami dah berdengkur halus. Terpaksalah dia menangguh apa yang sedang bermain di kepalanya.

“ Kenapa tunang abang tinggalkan abang?” Syamil tersentak. Kenapa mesti soalan itu yang keluar dari mulut isterinya?

“ Kenapa tanya? Dan dia dah jadi bekas tunang abang…”

“ Saja nak tahu. Setiap benda yang berlaku kan ada alasannya. Jadi, Aisya naklah tahu,” Ilmina menarik senyuman sambil mengangkat sebelah keningnya.

“ Mungkin tak ada jodoh. Dia hilangkan diri cuma penyebabnya saja,” kata Syamil tenang.

“ Alasan diterima. Abang dengan kak Jiha dah lama couple kan? Abang tak rasa apa-apa ke?”

Berani gila si Ilmina mengungkit cerita lama Syamil. Untuk masa depan fikirnya. Pada mulanya dia langsung tiada niat pun nak tahu, tapi apabila memikirkan mereka sudah berkahwin dan dia berhak untuk tahu. Manalah tahu suatu hari nanti, Najiha nak kembali pada Syamil.

“ Mana tahu?”

“ Hah? Oh, lupa. Kina tak ada bagitahu abang ke?” Syamil menggeleng.

“ Dua tahun setengah, Aisya menuntut kat Uitm dan selama itulah, mulut semua pensyarah fakulti perakaunan asyik puji aje best student dia orang ni,” Terjatuh rahang Syamil. Macam nak suruh saja Ilmina ulang kembali.


“ Kenal abang ke sebelum ni?” Syamil benar-benar terkejut. Periuk yang dipegangnya juga hampir terlepas.

p/s : itu sahaja. hehehe. nak tahu? tunggu jalah. doakan CIA rajin nak menghapdet. hihi. gurau jek. :)

1 comment: