Wednesday 5 February 2014

Cerpen : Isteri Segera 1

Yeay, Isteri Segera!
sebuah lagi cerpen cliche. CIA memang gini. tapi, harap adalah perbezaan dalam Isteri Segera dengan cerpen-cerpen yang lain. bukan kahwin paksa tapi rela. hehe.

Syamil Alif & Aisya Ilmina... Love
“ Kita nak buat apa ni, bang? Takkan nak batalkan? Hesy, malu keluarga nanti,” kata Hajah Farida sambil berjalan ke hulu ke hilir.

“ Awak ni. Cubalah bawa bertenang. Kalut macam ni, bukan boleh selesai masalah. Kita kena tanya tuan punya badan dulu. Tak jadi pun tak apa, janji anak kita tu okey,” balas Haji Nasir. Dia hanya tenang bersandar di dinding beranda.

“ Saya tak boleh bertenang selagi Syamil tak ada depan mata kita. Entah ke manalah dia pergi,” keluh Hajah Farida. Dia duduk bersila di sebelah Haji Nasir.

“ Minum dulu, mak, ayah,” Irham, anak ketiga mereka meletakkan dulang berisi air teh. Semoga boleh sejukkan sedikit hati Haji Nasir dan Hajah Farida.

“ Kamu dah telefon abang kamu tu, Irham?”

“ Dah, ayah. Abang Mil kata kejap lagi dia sampai,” jawab Irham. Dia turut bersusah hati melihat kedua orang tuanya itu. Irham berdiri sambil bersandar di beranda.

Entah di mana silapnya, tiba-tiba tunang abangnya menghilangkan diri. Ahli keluarga gadis itu juga tidak mengetahui di mana anak perempuan mereka. Majlis akad nikah ada seminggu sahaja lagi. Jemputan sudah dijemput dari awal lagi. Tambahan pula, keluarga Haji Nasir agak terkenal di kampung itu. Mahu bertahun juga mulut orang dok mengata.

“ Kita tunggu Syamil dulu. Irham pergi tengok apa dia orang buat dekat belakang tu. Kenduri doa selamat tetap akan diadakan,” ujar Haji Nasir. Pening kepalanya memikirkan hal ini.

*****

Syamil menutup pintu kereta Toyota Caldina miliknya kuat. Sebelum masuk ke dalam rumah, sempat dia melihat beberapa orang kampung sedang mendirikan khemah untuk majlis doa selamat malam esok. Irham dan ahli keluarga yang lain turut membantu. Ketika ini, memang ramai sanak saudara yang bertandang. Ada juga yang bermalam di situ.

“ Macam mana, Mil?” Tanpa lengah, Hajah Farida terus menyerbu anak lelakinya itu dengan soalan.

“ Macam mana lagi, mak. Keluarga Jiha pulangkan balik cincin pertunangan. Dia orang minta maaf sebab mereka sendiri pun tak tahu mana Jiha pergi,” Wajah Syamil sangat keruh saat ini.

“ Duduk dulu, Mil. Dah tanya kawan-kawan dia? Manalah tahu dia orang tahu,” Syamil menggelengkan kepalanya.

“ Jawapan yang sama jugak, ayah. Mil pun dah buntu kat mana lagi nak cari Jiha,” Haji Nasir menarik nafas panjang. Dia perlu bertenang. Naik pula tekanan darah tingginya nanti.

“ Tak apalah. Yang penting sekarang ni, kenduri malam esok tetap akan berlangsung. Kalau boleh, ayah tak nak ahli keluarga yang lain tahu hal ni,” Syamil hanya mengangguk.

“ Mil pergi masuk bilik… rehat. Biar mak dengan ayah saja fikirkan macam mana nak selesaikan masalah ni. Jangan runsing sangat,” Hajah Farida mengusap belakang Syamil.

Dia tahu, anak lelakinya itu sangat kecewa dengan Najiha. Bukan main sayang lagi Syamil pada tunangnya itu. Biarlah anak lelakinya itu menenangkan fikirannya yang kusut itu. Dia takut jika Syamil tertekan, mengamuk satu rumah nanti. Daripada orang tak tahu, boleh jadi tahu.

“ Mil masuk dulu, ayah, mak,” Syamil meminta diri dan terus menghilang ke biliknya.

Haji Nasir dan Hajah Farida mengeluh serentak. Kedua-duanya bingung. Di dalam hati masing-masing mendoakan agar Allah menunjukkan jalan keluar bagi masalah ini.

*****

Irham kasihan dengan abangnya itu. Sepanjang Syamil dan Najiha berkasih, abangnya itu sangat ceria. Haji Nasir dan Hajah Farida sendiri menyukai Najiha. Tetapi, kenapa Najiha harus menghilangkan di saat ikatan yang sah bakal dipateri? Di mana sebenarnya Najiha?

“ Abang Mil kau mana, Irham?” soal Ikram, anak sulung Haji Nasir dan Hajah Farida.

“ Ada kat bilik dia, abang Ik. Ayah dengan mak suruh rest kejap,” balas Irham.

“ Majlis akad nikah tu kena berlangsung jugak ke?”

“ Maksud abang Ik?”

“ Iyalah. Dah pengantin perempuan hilang. Takkanlah abang Syamil kau tu nak akad nikah seorang. Tak pernah lagi orang buat macam tu,” Ikram duduk di kerusi kayu di tepi kolam ikan yang dibina Haji Nasir.

“ Apa cadangan abang Ik?” tanya Irham. Manalah tahu abang sulungnya itu ada akal.

Why not…kau aje yang kahwin dulu?” Irham terbatuk. Gila ke apa Ikram ni.

Hesy, jangan merepeklah abang Ik. Tak ada ke idea lain? Orang muda lagilah,” bangkang Irham.

“ Alah, kau kan dah bertunang. Orang ni kalau dah bertunang, mesti dah ready nak kahwin. Awalkan sikit aje,” pujuk Ikram. Hanya cara itu sahaja yang dapat difikirkannya untuk menutup masalah mereka.

“ Agak-agaklah, abang Ik. Kesian kat tunang Am tu. Tiba-tiba aje nak kahwin. Family dia mesti bangkang punya nanti. Mengejut kot…”

“ Tak payah paksa dia, abang Ik. Tahulah Mil nak buat apa,” sampuk Syamil. Ikram dan Irham mendongak serentak. Syamil menghampiri abang dan juga adiknya itu.

“ Kau nak buat apa, Mil? Ada ke cara yang lagi bernas dari abang kau ni?”

Emmm, batalkan ajelah. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Mulut orang kita tak boleh jaga. Lama-lama nanti, diamlah dia orang tu,” kata Syamil tanpa nada.

“ Memanglah. Tapi, cuba fikir pasal ayah dengan mak. Mana dia orang nak letak muka,” balas Ikram. Syamil mengeluh kecil.

“ Kamu semua tak payah kecoh-kecoh. Kami dah jumpa jalan penyelesaiannya. Ayah dengan mak nak keluar sekejap,” celah Haji Nasir.

“ Nak pergi mana?”

“ Adalah. Malam nanti kami bagitahu. Tetamu kat dalam tu jangan dibiarkan pulak. Layan dia orang sekejap,” pesan Hajah Farida.

“ Iyalah,” balas Ikram, selaku anak sulung.

“ Kami pergi dulu,” Keduanya terus berlalu.

Ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Ke manalah pasangan suami isteri ingin pergi? Jangan hilangkan diri sudah. Haru biru jadinya nanti.

*****

Ilmina menangis semahu-mahunya sambil menekup muka ke bantal. Geram, sedih, marah…bercampur menjadi satu. Hampir sesak nafas dek terlalu banyak menangis. Seharian juga dia berkurung di dalam bilik. Dikepalanya tergambar seribu persoalan.

Kenapa Khalil sanggup buat dia begini?

Apa salah dia?

Tak kesiankan dia ke?

Kalau nak listkan, patah tangan cheq ni.

Encik Hairi dan Puan Tia sampai buntu untuk memujuk puteri kesayangan mereka itu. Kedua-duanya nekad untuk menunggu sehingga Ilmina keluar dari biliknya. Kerusi kayu panjang di hadapan bilik Ilmina menjadi tempat mereka berteleku. Menanti sang puteri habis meluahkan rasa hatinya.

“ Pak ngah, mak ngah…ada tetamu datang,” maklum Hajar, sepupu Ilmina kepada ibu dan bapa saudaranya.

“ Siapa, Hajar?” soal Encik Hairi. Hatinya berat untuk meninggalkan bilik anak perempuan mereka.

“ Mama kata kawan pak ngah. Hajar pun tak kenal,” jawab Hajar sambil dijongketkan bahunya.

“ Siapa pulak yang datang malam macam ni?” gerutu Encik Hairi.

“ Jomlah, bang. Kita turun tengok. Pentinglah tu agaknya datang malam-malam begini,” Puan Tia sudah bangkit dari duduknya.

“ Iyalah. Hajar tolong tengokkan Mina kejap, boleh?”

“ Boleh, pak ngah. Pak ngah dengan mak ngah pergilah turun…”

Hajar melabuhkan punggung di kerusi panjang itu. Setelah pasti pak ngah dan mak ngahnya sudah hilang dari pandangan, dia bangkit menuju ke pintu bilik Ilmina.

“ Mina,” panggil Hajar sambil mengetuk pintu bilik gadis itu.

Tiada jawapan.

“ Mina, aku tahu kau dengar aku panggil kau. Tolonglah keluar, Mina. Kesian pak ngah dengan mak ngah…risaukan kau. Sampai bila kau nak berkurung? Khalil kau tu takkan datang punyalah,” Bibir Hajar didekatkan ke pintu.

“ Mina, buat apa kau nak meraung bagai sebab si jantan tak reti menepati janji tu? Membazir aje. Aku tak sangka kau selemah ni, Mina. Mana sepupu dan kawan baik aku yang aku respect selama ni? Respect sebab kau mampu hidup sendiri di negara orang, tak cepat mengalah. Tapi, sia-sia semua tu. Sebab Khalil putuskan pertunangan aje, kau dah lembik,” sinis Hajar berkata. Biar sepupunya itu terasa.

Elok sahaja bibir Hajar ingin menyambung provoke si Ilmina, pintu bilik terbuka dari dalam. Hajar tersenyum sungging. Mengena juga teknik yang digunanya itu. Hajar melangkah masuk ke dalam bilik Ilmina.

“ Ya Allah, lebam dah mata kau. Teruk sangat ke kau menangis, Mina?” Ilmina menjeling sepupunya. Dah tahu, lagi mau tanya ka? Urgh! Orang dahlah tengah angin monsun timur barat semua ada ni. Boleh pula mek Hajar ni tanya soalan macam tu.

“ Kau ingat aku ketawa ke sampai lebam mata aku ni?” Hajar menggaru kepalanya.

“ Aku nak bagi nasihat sikit kat kau ni,” Hajar duduk di birai katil.  Matanya dihalakan kepada Ilmina yang sedang duduk bersila sambil memegang teddybearnya.

“ Tak elok kau menangis…meraung untuk orang yang tak pasti. Mesti ada hikmah di sebalik hubungan sekerat jalan kau ni. Tak ada faedahnya, Mina. Dia yang rugi sebab tinggalkan kau,” Tangan Hajar mengusap belakang Ilmina perlahan.

“ Aku…aku bukan menangis sebab dia tinggalkan aku, Jar,” Erk, pulak dah.

“ Dah tu? Sebab apa lagi?”

“ Aku terfikir betapa bodohnya aku sebab terlalu berharap pada Khalil sedangkan aku sendiri tak pasti dia jodoh aku ke tak. Dan, yang paling aku terkilan…dia buat keluarga kita macam ni. Aku tak kisah kalau aku kena tinggal, Jar. Tapi, dah nak sampai tarikh kita orang nak akad nikah baru dia mintak putus. Aku kesiankan ummi dengan abah,” Ilmina kembali tersedu.

“ Oh, gitu. Udah-udah ler tu. Mana tahu jodoh kau nanti lebih baik dari si Khalil tu. Aku pasti mesti time tu, pak ngah dengan mak ngah orang paling happy sebab…puteri kesayangan dia orang yang comel lote ni jatuh kat tangan orang yang lebih elok, handsome, baik,” ujar Hajar sambil mencubit kedua belah pipi Ilmina lembut.

Ilmina tergelak. Pantas dia memeluk Hajar erat. Sepupu aka sahabatnya itu memang handal kalau masuk bab pujuk memujuk ni. Dia yang kuat merajuk ni pun boleh terpujuk.

Ehem,” Ilmina dan Hajar menoleh serentak ke muka pintu bilik. Kelihatan Encik Hairi dan Puan Tia tersenyum-senyum sambil bersandar di sisi pintu. Gaya suami isteri itu juga sama, bersilang tangan di dada.

Ilmina mengerutkan dahinya. Dah kenapa dengan ummi dengan abah aku ni? Aku dok bersedih bagai nak gila, dia orang boleh dok tersenyum-senyum gitu.

“ Nak jugaklah kongsi berita baik dengan korang berdua ni. Penghuni rumah kat bawah dah riuh sakan. Ada yang dah terguling terduduk terbaring…semua adalah,” Puan Tia berjeda.

Ilmina dan Hajar saling berbalas pandang dan saling berjongket bahu. Mata si Ilmina yang dah lebam itu pun dah tak mampu nak terbuka luas lagi dah.

“ Berita baik apa pulak ni, ummi, abah?”

Haaa, ini yang nak bagitahu,” Terangkat bahu Ilmina dan Hajar dek suara Encik Hairi yang tiba-tiba kuat itu. “ Tahu tak siapa yang datang tadi?” Ilmina menggeleng kepala. Ada orang datang ke tadi? Dia manalah tahu.

“ Siapa aje yang datang?”

“ Bakal mertua Minalah,” kata Puan Tia selamba.

“ Oh, bakal mertua. Hmmm, buat apa lagi dia orang datang sini? Takkan tak jadi putus pulak?”

Encik Hairi dan Puan Tia menggeleng serentak.

“ Hah, pak ngah…Hajar tahu. Ada orang datang nak masuk meminang Mina kan? Siapa pak ngah?” Dia ada terdengar mamanya berbisik dengan papanya tentang hajat tetamu yang bertandang ke rumah itu sebelum naik memanggil tuan rumah tadi.

“ Pandai Hajar. Mereka nak pinang Mina untuk anak teruna mereka,” kata Encik Hairi separuh gembira.

Ilmina masih blur. Disebabkan terlalu banyak menangis, otaknya tersangatlah lembab saat ini. Dah tak mampu nak fikir apa lagi dah.

“ Tak faham,” kata  Ilmina perlahan. Hajar tersengih.

“ Tak faham, tak apalah. Mina solat, lepas tu tidur. Esok kita bincang lagi,” Puan Tia sudah mampir ke katil. Diusapnya kepala satu-satunya puterinya itu.

“ Esok ajelah kita berbual panjang. Mina rehat dulu. Mesti dah penat menangis seharian,” ujar Encik Hairi. Ilmina mengangguk perlahan.

“ Jom, Hajar. Kita keluar…”

Hajar mengulas senyuman kepada sepupunya itu. Ilmina turut membalas dengan senyuman nipis. Selamat malam, Ilmina. Tapi, solat dulu tau.

bersambung...

1 comment:

  1. Hey, Saya just nak suggest utk every chapter for cerpen's series awak ni, utk letakkan button ke sambungan seterusnya. sebb bila saya surf using my phone its a little bit harder for me to search it

    ReplyDelete