Wednesday 5 February 2014

Cerpen : Dia... Mr All Right! 8 (last)

Sorry lambat hapdet. SELAMAT MEMBACA!
Untuk BBWRL, malam sikit eh. no idealah. huhuhu
Sorry tau.



Irine ternampak Iphone 5 milik Izale. Dia menilik handphone itu sambil meniarap di tilam. Terkekek dia ketawa melihat gambar-gambar yang diambil ketika berada di London. Sedang membelek gambar-gambar Izale, Irine terdengar bunyi emel masuk. Clientlah tu. Dia cuba membuka emel itu. Manalah tahu, emel penting.

“ Krish?”

Perasaan yang membuak ingin tahu siapa Krish telah menghasut Irine untuk membuka emel suaminya itu. Irine menelan air liur. Abang, you buat apa ni? Soal Irine di dalam hati.

“ Irine!” jerkah Izale. Irine pantas duduk. Dia memandang pelik wajah suaminya yang tegang itu sedang berdiri di pintu bilik air.

Air liur ditelan kasar. Izale mendekati isterinya dan merampas kembali handphonenya. Irine terdiam. Nak bersuara, dia takut. Terasa beku badannya waktu ini. Badan Izale yang terdedah itu dipandang kosong. Dulu, sebelum kahwin bolehlah dia buat berani. Dah kahwin ni, susah sikit. Izale ada kuasa veto dia. Mana boleh main-main.

“ Lain kali, jangan berani sentuh handphone abang,” Irine mengangguk lambat-lambat mendengar amaran tegas dari suaminya itu.

Mata Irine terasa berkaca. Bibirnya menggeletar menahan rasa. Sejak berkahwin, ini kali pertama Izale menjerkahnya. Even, sebelum kahwin dulu pun suaminya itu tak pernah tinggikan suara.

Sorry. Irine tak sengaja. Irine keluar kejap. Abang restlah dulu,” Terasa kekok pula berhadapan dengan Izale.

Sebaik keluar dari bilik, tangan kanannya yang terketar dibawa ke bibir. Dan, saat itu air mata yang ditahan merembes keluar. Ahli keluarga yang terkejut mendengar jerkahan Izale memanjangkan langkah mereka ke tingkat atas. Namun, langkah mereka terhenti apabila ternampak Irine menangis di hadapan pintu bilik. Semuanya tergamam.

“ Lea yang… yang buat salah,” kata Irine terketar-ketar. Dia melintasi semua yang berada di tangga dan berlalu ke tingkat bawah. Memandangkan Irine sendiri telah menyatakan kesalahannya, mereka terus beredar dari situ.


Hajah Syakirah mundar mandir di ruang tamu. Nak marahkan Izale, puteri bongsunya menjelaskan itu salahnya. Dia juga buntu seperti ahli keluarga yang lain. Satu kelemahan Irine, dia akan menjadi insan yang sangat lemah apabila dijerkah. Dia terus akan mensetkan otaknya, dia yang bersalah dan kesalahan itu tidak akan dimaafkan.

“ Awak pergilah pujuk Lea. Abang takut dia buat benda tak masuk akal. Jenuh kita,” Haji Radhi memandang isterinya.

“ Saya rasa Faris yang kena pujuk Lea. Bukan abang tak tahu perangai Lea tu apabila dijerkah. Dia lebih suka tanggung kesalahan dia seorang diri. Habis lebam mata Lea nanti,” Hati ibu mana yang senang tengok anak menantu jadi begitu.

“ Ma, ammi…Irine mana?” tanya Izale tanpa nada.

“ Entah. Dekat luar kot. Ris pergilah cari sendiri. Pandai sangat buat dia kecil hati,” jawab Tengku Wahida dengan nada tegang. Anak lelakinya yang buat hal, mahunya tak bengang. Sudahlah, besan aka ibu isteri si Izale tu pun mendengar jerkahan tadi. Tebal sungguh mukanya ini.



Izale cuba mencari isteri tersayangnya di sekitar kawasan rumah banglo milik Tengku Albar itu. Dia menarik senyuman apabila ternampak Irine sedang duduk di atas buaian kayu jati di ruang santai. Namun, dia tidak terus menerpa kepada isterinya.

Irine berasa tenang mendengar air terjun mini hasil tangan manusia itu. Nafasnya yang sesak berasa lega tatkala menghidu wangian semula jadi. Dia bukan Irine yang dulu, sangat lemah dek terdengar jerkahan. Setelah menemui psychiatrist beberapa bulan yang lepas, rasa takutnya semakin hilang.

“ Irine…”

Irine mendongakkan kepalanya. Wajah suami yang dihiasi senyuman sedang memandangnya. Indahnya perasaan seorang isteri saat melihat senyuman meniti di bibir suami. Hati yang gelisah turut berasa senang dan bahagia.

I’m sorry. Irine tak sengaja. I though it was… your client,” Izale duduk di atas susunan bata yang direka bagi membentuk kolam ikan mini itu.  Berhadapan dengan isterinya.

It’s okay. Abang yang nak minta maaf sebab jerkah Irine tadi.  Kalau boleh abang tak nak Irine buka emel abang macam tadi. Irine tahu kan abang tak suka. Irine tak percaya abang ke?”

“ Ada Irine cakap ke, Irine tak percaya abang?”

“ Irine…”

“ Betullah. Kalau abang tak benarkan Irine buka emel abang, maknanya abanglah yang tak percayakan Irine,” Irine menghayunkan buaian perlahan. Kuat karang, melambung pula suaminya itu.

“ Abang tak nak Irine buka sebab macam tadilah. Pandai sangat buka kan, emel apa yang Irine buka tu?” Izale mematikan pandangan tepat ke wajah isterinya. Merah terus pipi Irine yang putih itu.

“ Emel apa? Irine tak nampak apa-apa pun,” Matanya tidak berani membalas renungan Izale. Walaupun mereka sudah menjadi suami isteri selama tiga bulan, Irine masih segan lagi untuk berdua dengan Izale lama-lama.

“ Tipu. Habis, kenapa muka Irine berubah?”

Hesy, muka orang berubah sebab kena marah. Tetiba aje orang tu jerkah kita. Macam orang buat salah aje. Buka emel aje pun,” Irine tidak mahu mengalah.

“ Dah tu, emel apa yang Irine buka? Cuba cakap, biar terang…”

“ Emel…” Irine tidak dapat meneruskan ayatnya. Kedua tapak tanganya menekup mukanya. Malu!

“ Irine, please,” Izale cuba menarik tangan Irine yang menekup mukanya itu.

Please drop the issue. Irine nak masuk,” Irine bingkas bangun. Namun, Izale menarik tangan isterinya. Dia mendongak sedikit.

“ Kalau tak ada apa-apa, kenapa takut nak cakap?”

“ Bukan takut, tapi Irine Azalea sangat pemalu orangnya. Tunggulah Irine tak waras, baru abang tanya balik eh. Sekarang, jom masuk. Kesian semua orang risaukan kita. Ya?”

I’ll let you go, this time. But, after this… if you still degil nak buka emel orang, siap you. Bukan setakat jerkah aje, abang takkan layan Irine lagi dah,” Izale memberi amaran.

Irine tersentap sekejap mendengar amaran itu. “ And at that time, you will regret it. Because, your email is more important than me, your wife. Get ready to lost me… forever,” Irine yang selalu tidak bersikap serius itu memandang suaminya tajam. Kali ini, dia betul-betul maksudkan apa yang dikatakan.

“ Irine, listen here…”

I really mean it, abang. You choose, me or your disgusting email?”

Izale terdiam. Irine merentap tangannya dari pegangan Izale. Biar si suami tahu si isteri pun ada baran dia juga.

“ Irine, abang cuma tak nak Irine baca semua disgusting email tu. Please understand that. They’re all my client. And, abang admit… abang pernah layan dulu. Tapi, sekarang abang dah tak layan semua tu,” Irine memandang wajah sayu suaminya.

“ Sumpah?”

Yes, sumpah! Abang memang ingat nak tukar alamat emel abang bila dah balik sini. Tapi, Irine dah buka dulu,” Izale bangun dan mendapatkan isterinya.

“  Okay, I’ll let you go this time. But, after this… abang buat lagi ‘disgusting project’ tu, jangan harap Irine nak layan abang,” Izale menarik hidung mancung Irine. Irine memang selalu mengulang kembali kata-katanya.


Tugas Izale yang sering bergaul dengan lelaki asing membuatkan dia terikut perangai mereka. Dua tiga orang client syarikat Izale merupakan gay. Gay? Ya. Jadi, secara tidak langsung dia turut terlayan keletah mereka yang agak ‘manja’ itu. Namun, tidaklah keterlaluan. Dia masih berpegang pada agama. Sejak dia mula mendalami agama Islam, dia telah berubah. Bukanlah kerana agamanya terpesong, cuma ingin lebih mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Tambahan pula, kini dia bertanggungjawab untuk membimbing seorang isteri yang pernah terpesong agamanya. Alhamdulillah, Irine sudah mula memakai tudung dan mengenakan pakaian yang sesuai. Perubahan pertama sebelum Izale bertindak melamar Irine. Tidak susah untuk membentuk peribadi isterinya itu kerana Irine sendiri mempunyai ilmu agama di dada. Disebabkan minatnya terhadap pekerjaan sebagai model telah membuatkan dia alpa tentang hukum hakam.

Sebaik bertemu empat mata dengan bekas tunang, Izale pasti dan yakin terhadap perasaannya. Hatinya sudah berubah. Selepas itulah, dia mendapat rezeki untuk mengerjakan umrah. Di sana, dia berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa memberkati setiap perkara yang dia lakukan. Tidak lupa juga soal jodoh. Akhirnya, dia terdetik untuk memperisterikan Irine Azalea. Mungkin kerana hatinya sudah terpaut dengan pekerjanya itu sebelum berangkat ke Mekah. Cuma, dia sahaja yang tidak menyedarinya.

Irine berdehem perlahan. Izale tersedar dari lamunannya.

“ Ada apa?”

“ Tak ada apa-apa. Abang nampak stress. Kenapa?”

Izale mengerling Irine di sebelahnya. Mereka bersantai di balkoni bilik pagi itu.

Nothing. Just reviewing the old memories,” Irine mengecilkan matanya. Macam menarik saja topik ini. Rewind all the old memories!

“ Tentang apa? Cinta lama? Kekasih lama? Or boyfriends lama?” Izale mengetap bibirnya. Mencabar minda sungguh soalan-soalan yang ditujukan Irine kepadanya.

“ Irine perli abang? Tak baik tau.”

“ Mana ada. Tanya aje pun. Irine nak jugak tahu abang fikir apa,” cebik Irine. Izale memeluk pinggang isterinya erat. Tenangnya hati. Wangian rambut Irine menusuk ke rongga hidung. Dulu, haram untuk disentuh dibelai. Kini, segala perkara mengenai Irine sudah menjadi miliknya.

“ Abang tak fikir apa-apa. Cuma, teringat macam mana abang terjumpa dengan Irine. Masa tu abang terfikir, kenapa Irine sanggup tolong abang?”

“ Nak tahu kenapa Irine tolong abang?” Izale mengangguk. “ Ingat abang seorang ada peminat? Irine pun ada tau. Kebetulan, waktu keluar dari kereta… ada someone yang Irine kenal time buat roadshow dulu. Dia macam nak tegur Irine, tapi abang yang panggil Irine dulu. Irine siap dah angkat kain dress, nak pecut masuk lif,” Izale tergelak.

Tidak pula dia tahu.

“ Patutlah Irine macam kalut aje. So, abang ni penyelamat Irinelah kan?”

Something like that. Kita lalui benda yang sama. Abang tolong Irine, Irine tolong abang. What a great combination,” Sekali lagi Izale tergelak. Lucu melihat gaya Irine yang bersahaja itu.

“ Kan? Itulah. Nasib baik Irine tak jual mahal masa abang lamar. Kalau tak, melepas tak dapat suami handsome macam abang ni,” Bangganya dia.

“ Iya. Irine terima abang sebab Irine memang sayang abang. Kalau tak sayang, tak adalah Irine setuju. Thanks, abang. Please, jangan layan Irine macam Farel. Tak sanggup,” ujar Irine sambil menggelengkan kepala.

“ Setiap orang kan berbeza. Farel tu jenis yang berterus terang. Dia tak suka, maknanya tak. Dia tak pandai berpura-pura macam dia suka.”

“ Itu jujur namanya. Dah terlajak jujur. Nak aje Irine cadangkan kak Anis minta cerai. Tapi, Irine tahu kak Anis sayangkan Farel. Lagipun, Allah tak sukakan perceraian…”

“ Kita doakan ajelah. Semoga Farel terbuka hati nak berubah. Anis perempuan terbaik untuk dia. Terima kasih, Irine. Irine banyak mengajar abang jadi seorang yang pandai menghargai seseorang,” Irine tersenyum. Kepala dijatuhkan ke dada bidang Izale.

“ Sama-sama kasih. Abang pun banyak bimbing Irine. Tak terbalas jasa abang pada Irine. Tapi, memandangkan abang dah jadi suami Irine, tak payahlah Irine fikir macam mana nak balas jasa abang kan?”

“ Eh, apa pulak? Irine kena buat sesuatu untuk abang kalau Irine nak balas jasa abang,” Izale mengangkat keningnya sebelah.

“ Apa dia?”

“ Irine tahu kan abang suka budak-budak?”

Irine menyembunyikan senyumannya. Macamlah kita tak tahu apa yang dia fikir.

“ Tahu. Then?”

“ Alah, buat-buat tak faham pulak,” cebik Izale. Irine bangun berdiri. Dia bercekak pinggang di hadapan Izale.

“ Kenapa? Kalau nak jadi model balik, no!” tegas Izale. Tak rela dia membenarkan Irine menayangkan badan walaupun model muslimah.

“ Siapa cakap? Kerja dengan abang pun dah sibuk semedang. Tak naklah Irine nak buat banyak-banyak kerja. Cuba abang tengok Irine betul-betul. Ada perbezaan tak?”

Izale merenung Irine dari atas ke bawah. Apa yang berbeza? Irine sudah seperti model yang sedang memperagakan pakaian untuk pelanggan.

“ Tak ada yang berbeza pun? Sama aje,” Irine menepuk dahinya perlahan. Nasib badan mendapat suami yang tak caring. Iya ke? Izale turut bangun. Didepangkan kedua tangannya. Irine pelik dengan perlakuan suaminya.

“ Tak nak peluk abang ke?” Hah? Lagilah Irine blur. Penyakit apa pula yang dibawa pulang Izale dari London?

Dek lambat sangat Irine bertindak, Izale pantas memeluk isterinya erat.

Thanks for the good news. Abang akan kurangkan kerja-kerja Irine. Kalau boleh, Irine duduk aje kat rumah. Abang pun akan luangkan masa untuk Irine dan… our baby,” Irine terpana. Bila masa pula dia beritahu Izale tentang kehamilannya?

“ Abang tahu?”

“ Abangkan suami. Mestilah tahu.”

“ Iyalah tu,” Mustahil ahli keluarga yang lain yang memaklumkan kepada suaminya. Setahunya, hanya dia sahaja yang mengetahui akan dirinya yang mengandung dua bulan. Dia ingin Izale dahulu yang tahu tentang itu.
“ Pinggang Irine dah tak langsing. Pipi pun semakin naik. Mustahil bekas model tak jaga badan,” bisik Izale. Tangannya mengusap belakang Irine.

Sweetnya suami Irine. Thanks, abang. I love you,” ucap Irine. Dia mengucup pipi Izale lembut. Syukur kerana walau sesibuk mana pun Tengku Faris Izale, dia masih peka terhadap keadaan isterinya.

I love you two, three and forever,” ucap Izale kembali. Pelukan semakin dieratkan.


Kisah mereka biasa sahaja. Namun, hanya mereka sahaja yang merasai luar biasa cerita mereka. Disebabkan hubungan mereka yang terjalin dengan baik dan harmoni, masing-masing dapat merasai keselesaan terhadap sesama sendiri. Irine tidak kekok bersama Izale. Dan, begitu juga Izale yang sentiasa berasa senang berada di samping Irine.

p/s : Maaflah kalau ending dia tak berapa nak kebaboom. hehe. malas sangat nak menaip time ni plus tak banyak idea yang terlintas. iktibarnya, kalau dah mula menulis. dinasihatkan janganlah ditulis sekerat. sebaiknya biar habis terus. baru idea tak lari. peringatan untuk diri sendiri juga. :). Peace

5 comments:

  1. Bestt! Versi bersahaja....cuma x fhm kisah farel n anis....ape masalah dorang sbnrnya...? Hihi....

    ReplyDelete
  2. Buat cerita farel dgn anis tu.... sbb mesti best

    ReplyDelete
  3. buat la cerita farel n anis .. nak sangat tahu kisa diorang ... cik writer please...

    ReplyDelete
  4. Best , semua cerpen da baca , bila nak buat cerpen baru lagi

    ReplyDelete