Friday 7 February 2014

Al Fatihah *Chik Wan*

Assalamualaikum... Hye!

Setiap yang berjiwa pasti akan mati. Al Fatihah untuk arwah Chik Wan. she' s very tough women. even, baru beberapa kali ja bertemu dengannya. she shared a lot about her life. walaupun tak sihat, bergantung pada oxygen yang diusung ke hulu ke hilir. beliau masih mampu berkongsi cerita lama. setiap kali beliau membuka mulut, pasti kerisauan mula bertapak. kenapa?

beliau penat! tapi beliau suka dan bertenaga untuk bercerita. ketawa. kami yang mendengar, tak mampu nak bereaksi. sebab risau beliau terlalu penat. beliau hanya duduk di dalam rumah. susah untuk keluar dengan tong gas yang besar dan berat. macam semalam ja dengar beliau berceloteh. bangun pagi tadi, terima khabar... beliau dah tak ada. :(

alhamdulillah, kerana sempat jumpa beliau. dua hari di rumah beliau, memang best. Chik Wan, orang pertama yang mengucapkan tahniah pada CIA sebab berjaya menamatkan diploma. Insya Allah, segala nasihat yang beliau titipkan... akan dihargai. :)

Al Fatihah



2 comments:

  1. inalillah... al-fatiha utk arwah smg ditempatkn dikalangan org2 yg beriman.. sbr lah sye pon penah lalui...
    setiap yg hidup pasti akn mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.. terima kasih, yas hxn. :)

      Delete