Saturday 10 September 2022

Cerpen: Affinity

 


“I nak kahwin dengan you. Whatever happen… I tetap nak jadi suami you,” Nah, straight to the point dia bagi. Sekali hembus.

Terlepas sudu dari tangan Una. Biar betul mamat ni. Una cubit pipi, sakit! Okey, bukan mimpi. Dia tarik senyum senget. Oh, Chad dah pandai terus terang.

“Yakin betul you ni. Kalau I tak terima, you nak buat apa?”

Chad telan liur kasar. Niaya! “Tak apa. I tak kahwin sampai bila-bila pun tak apa. It’s okay. Doesn’t matter,” Chad membalas seraya menyedut teh ais dia. Rakus.

Dahaga. Ini kira Una nak tolak lamaran dia ke macam mana? Umi, tolong Chad!

“Chad, setahun I tunggu you propose I tau. Takkanlah I nak reject macam tu aje,” selamba sahaja Una mengenakan Chad. Setahun sejak hubungan mereka mula serius.

Kalau dia tak terima lamaran Chad, baik bunuh sajalah dia. Penat dia setia dengan Chad 7 tahun alih-alih tak jadi apa. Memang Chad makan penumbuk dia ceritanya.

Chad senyum lebar. Finally! Entah kali ke berapa dia baru berani ajak Una kahwin. Iyalah, asal nak cakap dia gagap. Alihnya sampai ke sudah tak berjaya. Bila darah gemuruh dia datang, tak boleh nak buat apalah. Tapi hari ini dia dah nekad.

“Betul ni you terima I?”

Una angguk. “You dah berani ajak I kahwin, mana boleh tolak. Lama betul I tunggu you okey.”

“Manalah tahu, you tak nak I yang tak berapa nak handsome ni ke?” kata Chad dengan buat muka tak semenggah dia. Merendah dirilah konon.

“Cukup you kacak di mata I sudahlah. Karang handsome sangat, payah juga. Iya dak?”

Chad sengih. Pandai bakal isteri dia ambil hati. Hik, bakal isteri ya Chad?

So, nanti I suruh parent I datang rumah you. You informlah parent you, siap-siap apa yang patut. I tak nak tangguh lama-lama tau. Takyah tunang, kahwin terus eh. Buat majlis simple yang wajib aje pun tak apa,” Amboih, tak menyempat.

Mana mungkin nak tunggu lama lagi. Cukup-cukuplah tu. Umur masing-masing pun bukan muda lagi dah. Ha, nasib baik sedar diri.

“You kan, Chad… kalau I simbah air milo ais ni atas kepala you baru padan muka,” tegas betul Una bersuara. Dia tengok muka Chad berubah. “I gurau aje. I, Husna Rahimi bersetuju dengan cadangan you, Irsyad Umar,” Terus bertukar mesra nada suara dia.

Chad tarik muka.

“Haaa… ini yang I tak suka ni. You suka buat macam tu. Rasa nak tercabut jantung I. Tak sempat kahwin lagi dah jadi janda,” marah Chad. Marah olok-olok saja. Mana boleh marah Una betul-betul.

Una gelak.

“Alah, nak gurau pun dah tak boleh ke, bakal suami?” Una memanjakan suaranya seperti kanak-kanak.

“Boleh, bakal isteri. Makan cepat. Nanti lambat pula balik rumah. Kalau lambat balik rumah, jadi apa? Umi I dengan mami you marah,” tutur Chad lembut.

Una tarik senyum lebar sampai nampak sebaris gigi. Dia sambung makan nasi goreng ayam kegemarannya apabila Chad menghulurkan sudu yang baru padanya. Ah, Chad memang suka buat dia  cair. Chad bagi sudu saja pun.

*****

CHAD menuruni anak tangga lalu ke dapur. Dia tersenyum apabila nampak kelibat Una di meja makan. Mak long pun ada. Boleh dengar juga Una gelak. Mungkin mak long tengah buat lawak barangkali. Mak long kan dah boleh masuk level Maharaja Lawak.

“Selamat pagi,” ucap Chad ceria. Mana tak cerianya, pengantin barulah katakan. Chad tarik kerusi sebelah Una, pantas saja dia duduk di situ.

Una tuang air milo panas ke dalam cawan dan dihidang pada Chad. Sempat juga mereka berbalas senyum.

“Selamat pagi, Chad. Orang-orang dekat atas tu tak nak turun lagi ke macam mana?” Mak Long membalas sekaligus bertanya tentang saudara-saudara yang masih belingkar di dalam bilik tingkat atas.

“Entahlah, mak long. Mungkin lena lagi kot. Tidur lewat pula semalam. Penatlah tu,” jawab Chad sebelum menyisip air milo panas.

“Tahu pun penat. Tengah pagi buta mak long dengar riuh lagi dekat luar. Entah apalah yang dibuatnya,” tukas Mak Long.

Bukan apa, sunyi betul pagi ini tanpa suara riuh.

“Biasa, mak long. Dapat kumpul ramai-ramai ni, balas dendamlah. Lepas tu family kita kan dah lama tak ada kenduri kahwin. Reunionlah semua.”

Chad jeling ke kiri, Una sedang cedok mi goreng ke dalam pinggan dan diletak pinggan itu di depan Chad. Una angkat kening apabila perasan Chad tengah curi pandang dia. Chad hanya geleng. Saja cek isteri, diam saja.

“Betul tu, long. Ini kalau Chad tak kahwin, tunggu raya tahun depanlah baru boleh jumpa. Itu pun bukan semua ada,” sampuk  Umi Nurul, umi Chad. Dia turut sertai anak menantu dan kakaknya di meja makan. Tadi dia sibuk berborak dengan jiran di luar rumah.

Mak long terangguk. Setuju dengan kata-kata adiknya. “Una, diam aje. Tadi bukan main borak dengan mak long. Chad turun terus senyap dia. Takkan malu kot dengan Chad kot,” tebak Mak Long. Perhatian dia kini pada Una pula.

Terus tak jadi Una nak telan mi goreng masakan ibu mertua dia tu. Chad dan Umi Nurul juga turut pandang Una. Ish, Mak Long ni.

“Eh, mana ada. Pandai aje mak long ni. Tak ada benda Una nak menyampuk. Una diam ajelah,” Lembut sahaja suara Una membalas usikan Mak Long.

Ingat dia nak reti malu kena usik macam tu. Ini bukan tipikal pengantin baru terus jadi pemalu lepas kahwin tahu. Lagipun bukan baru semalam Chad dan Una akad nikah. Dah seminggu pun. Dan sememangnya mereka okey saja selepas sah jadi suami isteri. Boleh saja selamba badak layan usikan sanak saudara mereka. Takda hal.

“Long, dia orang ni dah kenal tujuh tahun. Nak  malu apanya,” Umi Nurul back up anak menantunya.

Mak Long ketawa lepas. “Tujuh tahun ya. Kuat betul jodoh Chad dengan Una ni. Semoga si Sapik bujang terlajak tu terkenanlah dengan aura pengantin baru Chad ni. Nak juga long dapat menantu, chik. Jealous aku tengok kamu dapat menantu baru.”

Keempat-empat mereka ketawa serentak.

“Insya-Allah, long. Mudah-mudahan Sapik bawa balik menantu untuk long ya,” Umi Nurul mengaminkan doanya. Dia dulu pun sama dengan kakak dia tu.

Teringin betul nak ada menantu perempuan. Anak dia dua orang saja, Chad dan Eija. Eija, lima tahun lepas dah kahwin. Anak dah masuk dua orang. Chad sahaja, umur tiga puluh tahun baru fikir nak kahwin. Mujur nak juga dia kahwin. Dan mujur juga Una tu nak terima anak lelaki dia.

Mereka sambung berborak dari satu topik ke satu topik. Mak  Long pula memang peramah. Ada saja topik perbualan dia. Chad dan Una melayan sahaja. Bukan selalu dapat jumpa Mak Long. Apalah salahnya meraikan keramahan Mak Long itu.

*****

GOOD MORNING, baby,” sapa Chad. Dia cium ubun-ubun Una kemudian mengambil tempat di kerusi meja makan. Breakfast time!

Good morning, sayang.  You nak makan sandwich ke nasi goreng?”

Chad hirup air kopi panas bancuhan Una yang baginya sangat padu itu. Una memang pandai buat air kopi pun.

7 tahun kenal, dua bulan kahwin. Jadi baru dua bulan perut Chad merasa masakan Una. Sebelum ini, ada sahaja alasan Una tak mahu masak untuk dia. Kejutan kononnya.

“Nasi goreng, please. Sandwich tu I tapau bawa pergi ofis.”

“Boleh, sayang,” laju tangan Una mencedok nasi goreng ke pinggan Chad. “Hari ni I keluar dengan Rania tau. Ada hal sikit nak discuss,” maklum Una.

Dia dah dilantik sebagai copywriter rasmi untuk Denis Resort. Jadi dia perlukan beberapa butiran tentang resort milik Rania itu untuk penulisan dia nanti.

Sure. Nanti tolong peluk cium Ian untuk I okey. Lama tak gomol dia,” pesan Chad. Rindu pula dia pada Ian, anak bongsu Adrean dan Rania.

“Kan. Last jumpa masa wedding kita hari tu. Itu pun tak boleh lepak lama. Tak apa. Nanti I ajak Rania datang rumah. Suruh dia angkut sekali Dr Dre dengan anak-anak dia.”

Una dan Chad gelak serentak. Lucu apabila teringatkan Dr Dre atau Adrean.

“I tak bolehlah, baby. You pun. Sebut ajelah Dre ke Adrean. Tak payahlah sebut sekali title dia. Penat tau gelak,” kata Chad bersama tawa yang masih bersisa.

“Sama. I boleh bayang lagi tau reaction Rania bila cerita apa jadi dalam labour room tu,” Una menggeleng kepalanya perlahan. Cuba nyahkan ingatan itu.

Walaupun dah lama tetapi masih segar di ingatannya cerita lucu yang berlaku pada Adrean di dewan bersalin. Boleh pula dia lupa dia sebenarnya doktor dek terlalu cemas ketika Rania nak melahirkan anak sulung mereka, Aydin. Oh, kandungan kedua.

“Kelakar kan. I harap I tak gelabah macam Dre,” Mata Chad melirik pada sang isteri.

Una jongket kening. “I hope so,” balas Una sambil buat muka comel dia.

Chad juga angkat kening. Tiru Una.

Semoga Allah beri rezeki anak awal untuk mereka. Usia masing-masing bukanlah muda lagi. Harapan Una agar Allah izin dia beranak sebelum usia dia masuk tiga puluh tahun. Setahun lagi dia nak join Chad masuk three-series. Dulu muda-muda tak nak fikir. Sekarang dah tua, baru sibuk nak kalut.

Hujung minggu itu,  Adrean dan Rania bersama dua orang anak mereka memeriahkan suasana rumah Chad dan Una. Chad siap sewa set permainan air untuk Aydin dan Ian bermain. Laman rumah besar bolehlah buat macam tu. Bukan setakat Aydin dan Ian saja sakan main, golongan dewasa berempat itu juga join sekaki. Alang-alang katanya. Dari pagi hingga ke malam penuh aktiviti mereka.

*****

UNA meluru ke ruang lobi hospital. Berita yang dia terima tadi seakan merentap jantungnya. Sedang dia sibuk menyiapkan kerjanya di rumah, dia terima panggilan menyatakan Chad kemalangan di site. Apalagi pantas sahaja dia memandu ke hospital yang dimaklumkan oleh jururawat yang menghubunginya itu.

Dia terus meluru ke wad kecemasan. Di situ dia ternampak Rania di kerusi menunggu. Dia berlari mendapatkan Rania.

“Nia,” Una terus memeluk Rania. Dia menangis semahunya di bahu wanita itu. Dia dah lembik tatkala nampak susuk tubuh Rania.

Fikirannya tadi hanya fokus pada Chad ketika dalam perjalanan ke hospital. Nak cepat sampai hopsital saja.

“Shhh. Jangan putus doa untuk Chad ya, Una,” Rania cuba menenangkan Una. Dia usap lembut belakang Una. Semoga dia boleh mengalirkan kekuatan kepada rakan baiknya itu. Kalau dia ditempat Una juga, pasti teruk lagi keadaan dia.

Ini kira Una boleh tenang lagi.

“Aku takut, Nia,” luah Una dalam esakan tangisnya. Dia masih memeluk erat tubuh Rania. Terasa longlai lutut dia.

Baru tiga bulan dia hidup bersama Chad. Belum puas lagi dia bermanja dengan suami dia. Dia nak hidup dengan Chad sehingga tua. Sama-sama membesarkan anak-anak mereka. Banyak lagi plan mereka yang belum tertunai. Ah, Una tak mampu nak bayangkan hidup dia tanpa Chad.

“Jom duduk. Kita tunggu Dre keluar. Dia masuk OT tadi. Kau tenang dulu okey. Aku tahu Chad kuat,” pujuk Rania sambil meleraikan pelukannya.

Dia mendudukkan Una di kerusi menunggu. Mata dia melirik pada pintu bilik bedah. Tadi dia datang hospital untuk hantar makanan kepada Adrean, rutin dia saban hari. Ketika dia dan Adrean menjamu selera, Dr Syafiq maklumkan pada Adrean perihal Chad. Terus sahaja mereka berdua menapak ke wad kecemasan.

Rania cuba hubungi Una, mahu memaklumkan hal itu tetapi Una tak menjawab panggilannya. Nampak saja Una tiba di situ tadi, dia lega. Pasti ada jururawat dah menghubungi sahabatnya itu terlebih dahulu.

Una bermain dengan jemarinya. Tersedu sedan dia menangis. Pagi tadi elok sahaja Chad berbual dengannya. Usik dia. Masih terbayang gelak tawa Chad. Tiba-tiba kini Chad sedang dirawat. Cedera parah. Ah, kerisauan dia akhirnya menjadi nyata. Sedari dulu dia seorang yang suka overthinking. Pernah dia suarakan pada Chad yang dia risau setiap kali Chad kena melawat tapak pembinaan sebelum mereka bernikah dulu. Tapi Chad, dia memang sentiasa positif.

Atau kerisauan Una itu adalah satu doa. Nauzubillah. Una kembali sedar ke dunia nyata. Dia berdoa di dalam agar Allah menjaga dan menyelematkan Chad. Dia masih mahukan Chad di sisi.

“Kau dah bagitahu parent Chad ke?”

Una geleng lemah. “Aku tak sampai hati, Nia. Dengar suara umi nanti, aku tak boleh cakap.” Serak dah suara Una. Banyak sangat menangis.

Rania hela nafas.

“Tak apa. Biar aku call walid Chad. Kau tunggu sini okey. Nanti aku datang balik. Kau istighfar banyak-banyak,” pesan Rania sebelum menghilangkan diri ke lobi hospital.

Una bersandar ke dinding. Jantung dia laju mengepam. Ini masa yang kritikal untuk dia. Dia istighfar di dalam hati. Cuba tenangkan diri. Dia cuba positifkan fikirannya. Tak henti-henti dia berdoa untuk Chad.

*****

BERULANG kali Una mencium tangan kanan Chad. Suaminya itu masih belum sedar. Kata doktor, Chad sudah melepasi tahap kritikal cuma badan Chad masih terkesan dek ubat bius. Dia pandang dahi Chad yang berbalut. Bahagian perut Chad juga. Semoga cepat suami dia boleh dipindahkan ke wad biasa.

Menurut saksi kejadian, Chad terjatuh dari tingkat satu bangunan dua puluh tingkat yang masih dalam proses pembinaan itu. Kepala dia terhantuk atas susunan bata manakala perut Chad terkena serpihan kaca.

Ngilu Una mendengar cerita itu. Kasihan Chad. Mesti sakit sangat.

“Una, Una pergi solat Maghrib dulu ya. Biar walid dan umi tengokkan Chad,” suruh Umi Nurul sambil telapak tangan kirinya mengusap lembut belakang Una.

Una angkat kepala.

“Okey, umi. Nanti apa-apa umi call aje ya,” Una bangkit. Dia capai beg tangannya di meja sisi.

“Una terus pergi makan sekali selepas solat. Jangan risau pasal Chad. Walid dan umi ada,” sampuk Haji Umar, walid Chad.

“Baik, walid,” jawab Una. Tak lupa dia hulurkan senyuman walaupun kelat.

Hanya itu sahaja dia boleh buat agar walid dan umi mertuanya tak risau akan keadaan dia. Cukuplah walid dan umi memikirkan keadaan Chad saja. Dia dah boleh tersenyum selepas melihat keadaan Chad. Dah boleh bernafas lega. Jadi seboleh mungkin dia sembunyikan perasaan dia ketika ini.

*****

PINTU wad persendirian itu dia tolak. Mata dia menangkap wajah kesayangannya yang turut memandangnya. Laju Una melangkah menghampiri Chad di katil. Tanpa lengah dia terus peluk tubuh suami dia. Rindunya. Chad pejam mata, tahan sakit. Namun sekejapan tangan kiri dia naik ke belakang Una. Membalas pelukan si isteri.

Jururawat perempuan yang baru selesai check up keadaan Chad itu sedikit terkejut. Tiba-tiba sahaja Una serbu Chad. “Saya keluar dulu,” Jururawat itu meminta diri. “Oh ya, puan. Kita baru lepas cuci luka Encik Irsyad. Jangan peluk kuat sangat ye,” Sempat lagi jururawat mudah itu memesan sebelum menghilang dari bilik Chad.

Una melepaskan pelukannya. Mata dia pada balutan di tubuh Chad yang terdedah itu. Dia jeling Chad tajam.

Chad gelak nipis melihat reaksi Una itu. Haih, comel. Faham sangat kenapa Una jeling dia. Bab Una, dia memang sudah arif. Tanpa bicara apa pun, dia boleh memahami apa yang Una cuba sampaikan. Begitu juga Una.

“Baby, dia nurselah. Berapa banyak badan lelaki dah dia tengok,” ujar Chad sambil capai tangan kanan Una.

Una duduk di birai katil. Wad kelas pertama, katil besar. Insurans syarikat tanggung segala kos perubatan Chad. Setiausaha Chad yang tolong settlekan semua urusan. Jadi Una tak perlu risau.

“Memanglah. Tapi sesuka hati aje tak bagi I peluk you,” tukas Una geram. Muka dia mencemik. Moody terus.

“Dia bagi peluklah, yang. Cuma jangan kuat-kuat aje.”

Una mencebik. “Sama je,” Elok dia bersemangat jumpa suami dia, dah kena tegur. Ish, sakit hati!

Chad gelak kecil. Karang gelak besar, bentan pula. Luka di perut dia masih pedih. Selepas habis kesan anestesia, terus terasa sakit pada luka di bahagian perutnya. Luka di situ lebih teruk berbanding di kepalanya. Kata umi dia koma sehari selepas pembedahan. Pada Chad, dia seakan hanya tidur sekejap sahaja.

“Dah, tak mau muncung macam tu. Cuba senyum sikit. Barulah sedap mata I pandang,” tegur Chad sambil menggoyangkan tangan Una lembut.

Una tarik senyum lebar. Sampai naik tulang pipi dia. “Nanti biar I aje yang cuci luka you. Okey, baby?” Tak habis lagi rajuk dia.

“Ya, sayang. Nanti you belajar dengan nurse tu macam mana nak cuci luka I,” Tenang sahaja Chad menutur kata.

Una hanya angguk. Dia tunduk. Jemari dia bermain dengan jemari Chad. Dia tengah sebak sebenarnya. Ini sikit lagi memang jatuh air mata dia.

Dia teringatkan kejadian beberapa hari lepas ketika menanti Chad di wad kecemasan. Dia melihat sendiri jururawat menolak jasad seorang lelaki keluar dari operation theater. Jasad itu ditutup dengan selimut putih dari kepala hingga hujung kaki. Di pintu utama wad kecemasan dia dapat melihat dengan jelas, seorang wanita jatuh terjelopok. Suami wanita itu telah meninggal dunia kerana cedera parah.

Sama situasi tetapi syukur kepada Allah kerana masih beri izin Chad bernafas. Masih beri peluang untuk dia hidup bersama Chad.

“Hey, kenapa ni?” soal Chad. Dia yang sandar di kepala katil bingkas duduk dalam kepayahan.

Apalah sangat kesakitan dia. Dia kan lelaki, kena kuat.

I thought… I will lose you, Chad,” tutur Una sebak. Akhirnya jatuh juga air mata dia yang ditahan sedari tadi. Betapa leganya dia nampak Chad dah boleh bangun macam ni walaupun masih lemah.

Chad hela nafas perlahan. Dia peluk tubuh sang isteri. Diusap belakang Una lembut. Jika dia di tempat Una juga pasti turut punya perasaan yang sama.

Poor you. I’m sorry, baby. Lepas ni I janji I akan hati-hati dekat site. You janganlah nangis dah. I okey dah ni,” pujuk Chad. Sayang betul Una dekat dia sampai menangis teruk macam ni.

Una kesat air mata di pipi. Dia tolak perlahan tubuh Chad. “Okey. I tak sedih dah. You rehat eh. Nurse dah bagi makan ubat ke?” Cepat betul emosi Una berubah.

Chad hanya mampu menggeleng kepala sahaja melihat telatah Una itu.

“Belum lagi. Kejap lagi lepas breakfast baru makan,” jawab Chad. “You tidur tak malam tadi? Sembab aje mata you tu.”

“Tidur sekejap. Terjaga je tadi dah subuh. Lepas mandi solat semua I dapat call. Nurse bagitahu you dah sedar. I teruslah datang hospital balik.”

Manalah dia lena kalau dalam kepala dia terlalu fikirkan keadaan Chad sahaja. Suami dia kot. Selagi Chad tak sedar, selagi  itu dia tak senang duduk. Mujur rumah dadi dan mami dekat dengan hospital. Senang nak ulang alik jenguk Chad.

“Sini tidur sebelah I. Ada lagi setengah jam nurse hantar breakfast dengan ubat. Bolehlah kita lelap kejap,” Chad tepuk tilam perlahan.

Una geleng.

“I tak mengantuk dah. Nampak you terus segar mata I,” Una membalas bersama sengihan lebar. “You nak tidur, tidurlah. Nanti I kejutkan.”

Dia turun dari birai katil dan beralih duduk di kerusi sebelah katil Chad.

“I pun tak mengantuk. Penat dah tidur,” Chad membetulkan duduknya agar lebih selesa. Bahagian kepala katil telah ditinggikan oleh jururawat tadi. Dia dah lenguh asyik terbaring sahaja. Lemau.

Mereka diam seketika. Una kembali bermain dengan jemari Chad. Silence seems too loud, huh.

“Sayang, macam mana you boleh jatuh?” Terkeluar juga soalan itu dari Una. Sebenarnya dia mahu tanya selepas Chad dah sihat sikit. Takut pula Chad trauma.

Chad berdehem kecil.

“I pun tak tahu, sayang. Last yang I ingat… I pening macam nak pitam. I rasa I dah pegang tiang yang ada dekat situ. Tapi I tak tahu mungkin sebab pening, I tak boleh nak imbang badan I. Masa jatuh tu I sedar lagi. Dalam kepala I dah mengucap semua dah. Tawakal aje. Lepas tu I dah tak ingat apa. I sedar aje tadi, I dah terbaring. Penuh dengan wayar dekat badan. Doktor dengan nurse masuk aje terus check I. Lepas tu baru I macam terfikir pasal I jatuh tu. Nurse tadi yang cerita dekat I apa yang jadi dekat I sampai kena major operation,” cerita Chad panjang. Dia dengan Una mana ada rahsia. Semua benda kalau boleh nak kongsi.

“Oh... lepas tu nurse tu cerita apa lagi?”

Chad menyorot pandangan pada Una. Haih, lain macam saja bunyi soalan itu. Sekejapan dia tarik senyum. “Sayang, I cerita panjang A to Z... part nurse tu jugak you nak tanya ya?”

Una membalas renungan Chad, bersahaja. “Tanya aje. Iyalah, lama betul dia duduk sini dengan you. Nak cerita semua tu,” Ah, sejak bila dia jadi complicated sebegini.

Sebelum ini, relaks saja jika Chad punya kawan perempuan ataupun bertemu kaum sepertinya ketika bekerja. Hari ini tiba-tiba dia rasa sebu melihat jururawat itu.

“Iyalah. Dia kan cuci luka I. Sambil-sambil cuci dia ceritalah apa jadi dekat I.”

Una mencebik. Mereka terdiam apabila jururawat tadi masuk untuk hantar makanan dan juga ubat Chad. Baru sebut dah muncul.

“Ini breakfast. Lepas dah selesai, Encik Irsyad makan ubat ni semua ya. Dan nanti sebelum lunch, doktor akan round untuk check,” maklum Kamila. “Oh, by the way… saya Kamila. Jururawat yang bertanggungjawab untuk pantau Encik Irsyad. Patient dekat sini panggil saya Misi Mila,” sambungnya.

Chad hanya senyum nipis. Terlebih tarik senyum karang, puan isteri bagi jelingan maut pula. Bukan hari ini saja dia mahu hidup dengan wanita itu. Jauh lagi perjalanan.

“Terima kasih, Misi Mila. Tapi nanti boleh ke tolong ajar saya cucikan luka suami saya ni? Senang… misi tak payah susah-susah datang semata nak cuci luka tu aje,” Una yang masih di kerusi langut memandang Kamila di hujung katil. Lembut sahaja dia meluah keinginan mahu menguruskan suami dia sendiri.

“Eh, tak apa. Ini memang kerja saya. Lagipun renyah sikit nak cuci. Patient lain pun saya yang tolong bagi pihak keluarga. Puan jangan risau, saya cuma cuci sahaja,” balas Kamila. Riak dia selamba. Sengaja dia berkata begitu.

“Misi Mila, saya tengah cakap baik-baik ni. Kalau awak tak nak ajar, tak apa. Saya minta tolong nurse lain aje. Tak susah pun kan?” tempelak Una.

Dia ingat Husna Rahimi senang-senang nak izinkan suami dia disentuh perempuan lain kalau dia sendiri mampu buat.

“Tak apa, Misi Mila. Awak ajar aje isteri saya cuci. Nanti dia gantikan balutan semua. Senang kalau saya dah boleh balik rumah. Tak perlu datang hari-hari untuk cuci luka aje,” sampuk Chad. Risau pula dia jika dibiarkan, Una mengamuk.

Pelik juga dia dengan telatah Una. Sepanjang perkenalan, jarang Una naik angin sebegitu. Tambahan pula, Una seorang yang tenang. Segala perbuatan atau perlakuan dia agak rasional.

Kamila senyum kelat.

“Baiklah. Selepas lunch nanti, saya ajarkan,” akur Kamila. Mujur Chad yang meminta. Jika tidak, memang tidaklah dia mahu mengajar.

“Lagi satu, saya tak nampak pun baju. Takkan suami saya kena terdedah macam ni? Wayar semua dah cabut kan,” Una masih tidak berpuas hati.

Kamila hela nafas. Banyak pula kerenah isteri pesakit seorang ni. Nasiblah. Pesakit dah kacak, ada isteri pula.

“Nanti saya minta staf lain bawakan baju untuk Encik Irsyad. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Terus breakfast dan makan ubat ya, Encik Irsyad. Risau nanti lewat untuk next ubat pula,” ujar Kamila lalu meninggalkan Chad dan Una. Membengkak hati dia keluar dari wad itu.

*****

UNA membantu Chad menyarung baju hospital ke badan Chad. Hampir tengah hari baru ada jururawat datang hantar pakaian baru. Dia bukannya apa. Luka dah berbalut tetapi badan terdedah. Sejuk aircond pula tu. Badan Chad tu memanglah berotot sikit tapi mana tahan sejuk.

“You marah I ke?” tanya Una sambil kembali duduk di kerusi sisi katil Chad. Baru sedap mata dia tengok badan Chad berbaju.

“Taklah. I faham. You nak jaga hak you je. Kan?”

Una angkat siku ke katil. Dia menopang dagu. Mata dibiarkan mati pada anak mata Chad. Rindu nak peluk kuat-kuat. Rindu nak cubit-cubit pipi Chad. Dia kalau bab Chad, memang fokus habis.

“Nasib baik bagi jawapan bijak. I’m sorry. I cuma tak suka aje cara dia pandang you. Lain macam.”

Chad ketawa nipis. “Tak ada apalah. You relaks aje okey. Sebab I pandang you seorang je. I nampak you je, sayang. Sekarang ni pun I rasa macam nak terkam you tahu tak,” Selamba Chad membalas.

Una senyum sipu.

“Haa… jangan nak berangan, Irsyad. Nak lasak-lasak tunggu sembuh sikit,” sampuk satu suara wanita di pintu.

Serentak mata Chad dan Una menghala ke pintu wad. Dadi! Mami! Una larikan pandangan. Segan. Irsyad Umar ni memang.

“Assalamualaikum,” ucap Dr Rahimi sambil melangkah masuk. Puan Ratna juga melangkah seiring dengan suaminya.

“Waalaikumsalam,” jawab Chad dan Una serentak.

Dr Rahimi bersalam dengan anak dan menantunya sebelum berlalu ke sofa. Baru hari ini dia sempat menziarah menantu dia. Ketika berita sampai, Dr Rahimi dan Puan Ratna ada seminar di Johor Bahru.

Puan Ratna merapati Una di sisi katil menantunya. Dia cium ubun-ubun Una yang bersalut tudung sarung itu. Chad menyalami tangan Puan Ratna dan ibu mertuanya itu mengusap lembut kepalanya. Puan Ratna usap sedikit bahagian dahi yang berbalut. Pasti sakit.

“Chad tengah sakit ni, Una nakal tak?” tanya Puan Ratna selamba sambil menampar lembut bahu anak perempuan dia sebelum berlalu mengambil tempat di sofa. Sebelah Dr Rahimi.

“Mami ni, Una behave je. Kan you?”

Chad hanya angguk dan senyum nipis. Sekadar mengusik. Satu yang dia belajar, iyakan sahaja apa yang isteri kata. Selagi tak terpesong ke arah lain.

“Iya ke behave? Itu kenapa dadi dengar nurses dekat luar tu bergosip pasal Una?” Dr Rahimi pula melontarkan soalan.

“Dia orang gosip apa, dadi?” Una menyoal kembali. Wah, sesuka hati nak gosip pasal dia.

Chad turut fokus pada bapa mertuanya.

“Ada seorang nurse tu cakap wife Encik Irsyad kita tak bagi cuci luka. Siap cakap lagi Una kedekut suami. Baik Una rawat Chad dekat rumah aje. Tak payah datang hospital,” cerita Dr Rahimi. Ulang tayang. Jelas dan padat.

Termangu sekejap anak menantu dia. Seperti salah besar pula isteri nak menguruskan suami sendiri.

“Una ni, dadi. Dari Chad sedar pagi tadi sampailah sekarang, tak tahulah kenapa. Asyik nak cemburu aje. Nurse tu datang aje mesti nak naik angin,” adu Chad.

Apalagi, memang mendapat cubitan halus si isteri di lengan. Una buat muka. Benci! Orang dok usyar suami kita kot. Chad mengaduh kesakitan. Tetapi masih tak boleh lawan sakit di bahagian perut dia.

Dr Rahimi dan Puan Ratna ketawa. Digelengkan kepala mereka. Heh, anak sendiri kedekut suami ya. Sungguh pun kena kedekut. Dah nama pun suami.

“Cemburu bersebab, Chad. Hormon dia tengah tak betul. Chad sabar ajelah ya. Nanti musim hormon tu dah betul, hilanglah cemburu tu,” ujar Puan Ratna.

“Hormon tak betul? You period ke, sayang? Tapi seingat I period you dah lepas. Berapa kali nak hormon tak betul,” Selamba Chad mengutarakan soalan.

“Nak period apa. Takda nak period lagi dah,” tukas Una. Dia menekur ke tilam. Ah, berita itu dia belum sampaikan pada Chad.

Serba salah.

Dr Rahimi dan Puan Ratna dah senyum-senyum di sofa. Ini mesti kes Una belum beritahu sang suami. Buat perangai anak mereka ni.

Chad pula penuh kerutan di dahi. Masih blur. “Husna…”

“Isteri kamu tu mengandung, Irsyad. Itu yang asyik nak marah tak tentu pasal. Sentuh sikit, nak mengamuk,” beritahu Dr Rahimi. Terus. Lambat sangat nak tunggu Una buka mulut.

“Hah?” Kepala Chad tunduk sedikit. Tangan kanan dia menarik tangan kiri Una. “You pregnant ke, yang?”

Una angkat wajah. Gulp! Mami, help! Ini yang dia lemah ni kalau Chad tenung dia. Rasa nak tergolek dia dari kerusi ni.

“Iya. Betullah tu,” senada Una menjawab. Tak boleh manja-manja. Malu dengan dadi mami. Tsk.

Chad tarik kembali tangan dia. “Haaa… ini yang I nak merajuk ni. Dari pagi you teman I, tak bagitahu pun,” rajuk Chad.

Berdekah Dr Rahimi. Perangai. Anak dengan menantu, sama naik. Puan Ratna pula tersengih.

“Dadi… mami… tutup mata, please,” rayu Una manja kepada kedua orang tuanya. Siap rapat kedua belah tapak tangan.

“Emm… bertuah punya budak. Dadi dengan mami keluar dululah. Kami pergi melawat kawan dadi dulu. Karang kami datang balik,” Dr Rahimi sudah bangkit, dituruti Puan Ratna.

Both of you… I tell ya. Jangan lebih-lebih. Seorang tu luka teruk sangat lagi. Yang seorang lagi ni, mengandung pun tak matang lagi,” pesan Puan Ratna sambil mencubit lembut pipi si anak.

“Mami… ni kan hospital. Tahulah Una,” Sempat lagi Una menjawab sebelum dadi mami dia menghilang.

Renungan dia kini kepada sang suami. Amboih, bukan main Chad. Peluk tubuh sendiri, pandang arah lain. “Baby... you tak sayang I ke?” Dah, dia pula buat reverse psikologi.

Chad jeling. Tak jalan.

Una senyum. Dia melabuhkan punggung di sisi katil, menghadap Chad. Dia tarik tangan kanan Chad yang masih memeluk tubuh lalu dikucup belakang tangan itu. Lembut. Nak pujuk suami kan.

I love you, Irsyad,” ucap Una tanpa teragak-agak. “Before, now and forever,” tambahnya lagi. Bersungguh.

Chad paling. Mata dia tunak pada wajah ayu si isteri. Senyuman manis itu yang buat dia terpikat pada Una, 7 tahun lalu. Kini juga masih sama. Mana boleh merajuk lama-lama. Una kalau bab pujuk memujuk, dia handal. A class.

I love you too, Husna. Dulu, kini dan selamanya,” Chad membalas ucapan Una, masih mempunyai maksud yang sama.

Una tayang senyum. Lebih manis. Lebih lebar. Sampai hilang mata dia. “I know. I minta maaf ya, sayang. Sebenarnya I terlupa I ni pregnant. Mami sebut tadi baru teringat,” luah Una.

Membulat mata Chad mendengar pengakuan itu. Ya Allah. Husna Rahimi. Dia boleh lupa!

“You lupa pasal anak kita, yang? Sampai hati you.”

Una garu dahi. “Bukan sengaja kan, baby. I… haish… I tengok you, habis lupa semua,” Dikepit pipi Chad dengan kedua belah tapak tangan. Serentak itu dia cium bibir Chad. Dua saat.

Terletus tawa halus Chad. “Hm… apalah I nak buat dengan you ni, sayang? Baik you turun sebelum dua-dua derhaka,” pinta Chad. Dia serius. Degup jantung dia ni dah tak selari dah ni.

Una ketawa. Lucu. Dia kembali duduk di kerusi. Risau pula dia mendengar amaran itu. Chad bukan boleh kira.

“Jangan merajuk dah okey. Sama seri. Better nanti you redeem balik berapa hari you tinggal I seorang.”

“Aih, berkira. Tak apa. I redeem untuk forever okey,” Chad usap kepala Una lembut. Sayang sangat.

Una sengih.

*****

“CAREFUL, sayang,” kata Chad sambil melabuhkan punggung ke sofa. Dia melilaukan pandangan ke sekitar rumah. Akhirnya… dia pulang juga. Salah seorang staf syarikat yang jemput dia di hospital tadi.

Una? Sudah dia pesan agar si isteri tunggu di rumah sahaja. Asyik mengadu penat. Risau pula mahu menyusahkan Una untuk menjemput dia.

“Saya pergi dapur aje, bang. Bukan marathon,” Una membalas sambil menuangkan air kosong ke dalam gelas. Dia kembali ke ruang tamu dan menghulurkan gelas berisi air kosong itu kepada Chad.

Chad menyambut huluran itu. Tangan dia menarik lengan Una agar duduk di sebelahnya. “Apa khabar baby hari ni?” tanya Chad.

“Em… baby mana?”

Hampir tersedak Chad yang sedang meneguk air itu. Dia letakkan gelas ke meja kopi. Dia jatuhkan tangan kanan ke bahu Una. “Dua-dua baby papa,” jawab Chad. Jawapan selamat.

Una senyum. “Dua-dua okey. Don’t worry,” Kepala dia dibiarkan selesa di dada Chad. Sebulan Chad di hospital, sebulan juga dia menahan rasa. “Akhirnya… boleh manja-manja dengan abang,” sambungnya selamba.

“Itulah. Abang nak discharge awal, sayang tak bagi. Kan dah terlebih rindu,” Chad membalas seraya mencium kepala Una.

Una cebik.

“Risaulah, abang. Karang jadi apa-apa, siapa nak menjawab. Abang tu bukan boleh duduk diam. Bosanlah… apalah. At least dekat hospital abang boleh rehat dengan tenang.”

Chad gelak. “Iyalah, sayang. You’re right. Ingatkan memang Una sengaja nak biar abang jumpa nurse tu lama-lama.”

“Haaa… ini melampau. Abang, tak lawak ya,” tukas Una sambil menarik lengan Chad di bahu dan di peluk lengan itu erat.

Bertambah galak Chad ketawa. Una… una. Ada lagi cemburu itu. Ingatkan dah hilang dah. Baby papa sengaja nak uji papa ke macam mana?

“Yang, you comellah,” Chad picit hidung mancung Una lembut. Dia hela nafas perlahan. “Terima kasih ya, sayang. Sudi jaga abang. Dahlah bawa perut lagi. Mesti penat,” ujar Chad lagi sambil tangan kirinya jatuh ke perut Una. Belum membuncit. Nak sorok-sorok lagi baby pun.

Una tak jadi marah. Dia tarik senyum. “Una terima kasih abang tu. Perut pun belum nampak. Nak penat apanya. Penat tidur adalah.”

“Betullah tu. Katil hospital abang tu memang untuk sayang tidur aje,” usik Chad. Sengaja.

Una bingkas duduk sila. Dia tajamkan mata pandang Chad. Dia terfikirkan sesuatu.

“Abang… ada kemungkinan ke abang nak pitam dekat site tu sebab Una pregnant? Sebelum ni, elok aje abang pergi site. Kalau nak kata sebab penat, abang okey je kan pagi tu.”

Chad sandar relaks ke sofa. “Taklah. Badan abang dah give up agaknya. Nak suruh rehat,” bantah Chad. Dia tidak mahu Una berfikiran negatif.

“Iya-iya je abang. Mana kita tahu. Lagipun…”

Una pejam mata. Satu saat. Bola mata terhala ke atas sebelum jatuh ke wajah suami. Tajam. Tenang sungguh muka Chad. Dia gigit bibir.

“Bebel lagi. Kan dah mendapat. Sayang bebel lagi, abang cium lagi,” usik Chad bersama ketawa kecil. “Tak, Husna. Abang jatuh sebab itu takdir abang. Allah saja nak ajar kita erti syukur,” sambungnya lagi. Nada dia sedikit serius.

“Setuju,” kata Una. Dia terus memeluk tubuh Chad. Dah boleh peluk kuat-kuat dah. Dia suka!

Chad berada di hadapan dia sekarang ini pun dia dah bersyukur sangat. Otaknya tak boleh fikir keadaan dia jika Chad tiada. Sedang mengandung pula.

Baby, jangan kacau mama lebih-lebih tau. Kesian dekat papa. Lama lagi ni baby nak keluar,” Selamba Chad berpesan. Pelukan dieratkan.

“Abang…”

Chad ketawa lepas. Sedari dulu dia memang suka mengusik Una. Sengaja. Biarpun mereka masih baru berumahtangga, semoga rasa berkasih sayang itu ada hingga ke akhir hayat.

“Sayang tahu tak? Masa abang jatuh tu, abang terfikir pasal sayang. Macam mana kalau jadi apa-apa dekat abang? Sayang boleh ke terima? Abang…”

Una rungkaikan pelukan mereka. Dia duduk. Mata dia menangkap Chad sedang menangis. Wah, ini kali pertama Chad menangis depan dia. Jemarinya laju menyapu air mata Chad di pipi. Serupa air paip. Laju betul.

“Lama ya abang tahan?”

Si suami masih galak menghamburkan tangis. Pasti perit. Iyalah, mereka baru sahaja berkahwin. Dah jadi macam ni. Una sabar menunggu sehingga Chad bertenang. Dia sangka Chad kuat. Rupanya… suami dia sedang menahan. Mungkin tidak mahu dia risau.

“Abang minta maaf sebab tak jaga diri abang baik-baik,” ucap Chad setelah penat menangis. Dia genggam kedua belah tangan Una. Erat.

Dahi Una dia cium lembut.

“Tadi kan abang kata. Ini takdir abang. Takdir kita. Awal tu memang Una tak boleh terima. Banyak benda lagi Una nak buat dengan abang. Tapi satu pesan Rania buat Una boleh bertenang,” Ibu jari Una usap belakang tangan Chad. “Rania cakap… Allah uji kita bersebab. Semua benda yang jadi ada alasan. Andai kata nyawa abang tak panjang, mungkin Allah nak Una belajar redha. Redha dengan takdir. Tapi andai kata abang selamat, mungkin Allah nak kita lebih menghargai. Allah dah bagi peluang kedua. Dan… I love you,” jelas Una panjang sebelum selamba dia mengucap sayang.

Chad senyum. Dia kembali memeluk Una. “Terima kasih. I love you more. Dan… mungkin kita tak tahu yang sayang mengandung.”

Una angguk.

“Betullah tu.”

“Yang, kira kita ni bunting pelamin ke apa?”

Una melepaskan pelukan. Terkebil-kebil dia pandang Chad. “Em… tak tahu,” Dia bingkas berdiri.

Chad pelik. “Nak pergi mana pula ni, sayang?” soal Chad bingung.

“Una nak masak. Abang jangan kacau. Rehat dekat situ diam-diam,” Una berkata sambil berlalu ke dapur.

Terus Chad ketawa besar. Dia menjatuhkan kepala ke sofa. Una… entah sejak bila reti segan dengan dia pun tak tahulah. Sejak berbadan dua ni, pelik-pelik perangai si isteri. Namun itulah penghibur hati dia.

Husna Rahimi. Nama itu sahaja yang berada di hati dia sejak 7 tahun yang lalu. Tiada yang lain.

Di dapur, Una memandang Chad di sofa. Dia lirik senyum. Sabar betul Chad melayan dia. Lelaki itu tak pernah tinggikan suara. Kalau menegur salah dia pun lembut sahaja. Dan memang cara itu mampu menenangkan dia.

Irsyad Umar. Bermula sebagai sahabat lalu bertukar menjadi kekasih dan seterusnya sebagai suami. Dia sayang kesemuanya.

Affinity.

- A feeling of closeness and understanding that someone has for another person because of their similar qualities, ideas, or interest.


Note: Hanya sebuah cerita simple tentang Irsyad dan Husna. 18 muka surat, 6083 patah perkataan.

No comments:

Post a Comment