Wednesday, 19 November 2014

Cerpen : Cinta Pokok Kaktus (Sekilas Secoet)

Assalamualaikum... Hye!

Lagi. Hanya sekilas. Memang tak menepati janji sungguhla CIA ni. Tahu. Layankan sajalah dulu sekilas secoet ni. Huhu. Line internet sangat susah nak dapat kat sini. Plus, sibuk dengan exam & assignment. Tak boleh janji bebanyak, kang dicapati pulak. Ada masa, ada line, adalah CIA lelepak kat sini tau. :). Jangan marah naaaaaaa. Bawa bersabar. Hehe. SELAMAT MEMBACA! :D. (SEKILAS) - Betul-betul secoet ni tau.



Al tarik pintu 7Eleven. Langkah terus menghala ke peti minuman sejuk, dua botol jus orange dia ambil. Setelah itu, dia bergerak ke kaunter. Tekak yang terlalu dahaga membawa dia ke sini. Kalau tidak, jangan harap dia mahu ke tempat minah merenyam yang selalu mengganggu hidupnya itu. Uih, tegak bulu roma.

“Lama tak nampak, bro?”

Al angkat kening sebelah. Dihulurkan not sepuluh ringgit kepada mamat cashier berambut perang yang sedang senyum manis itu.

“Agak lama jugak la. Kau kenapa kat sini lagi? Supposedly, kau patut balik kolej dah kan?” Mamat cashier yang sedang mengira baki wang itu terbatuk kecil.

“Kena buang kolej dah. Aku malas la fikir, buat sakit kepala…”

Amboi, senangnya. Al senyum senget.

“Sakit kepala tu sebab kau sendiri yang cari. Aku belah dulu. Jangan pulak kau pandai-pandai kasi tahu kat minah gedik tu, aku datang sini,” Al memberi amaran. Serius.

“Insha Allah. Itu pun kalau aku baik sikit,” Ngek. Sempat lagi mengusik Al. Dia sudah biasa dengan lelaki yang tua setahun darinya itu.

Dulu, kerap jugaklah Al singgah di sini. Tetapi, sejak Al sudah pindah ke tempat lain, lelaki itu sudah jarang ke mari.

Al melangkah ke kereta Satria Neo hitamnya. Cepat-cepat dia memboloskan diri ke dalam kereta apabila dia terperasan susuk tubuh si minah gedik yang paling dia anti.

“Kenapa?” soal si penumpang.

“Itu hah, minah gedik…” Bibir terjuih ke arah seorang gadis tinggi lampai yang sedang menarik pintu 7Eleven.

“Minah gedik? Siapa?” Al toleh ke sebelah. Bibir mendecit.

Haih, kantoi pulak dah. Sengih ajelah dulu.

“Abang, siapa minah gedik tu?” Lengan Al dicubit oleh si penumpang. Sebelum ini, mana pernah dia mendengar perihal tentang gadis tinggi lampai itu.

“Tak ada sesiapalah. Dah, jom. Ni hah, jus orange,” Dihulurkan beg plastik kepada penemannya hari ini.

“Ada la tu nak kelentongkan kita. Hari ni, Ari diamkan. Lain kali, siaplah abang,” Al senyum nipis. Sumpah, takkan dia sebut lagi pasal minah tu. No… no.

“Iyalah. Kita dah boleh gerak kan, sayangku Areena?” Areena sengih comel.

“Boleh, abang,” Al usap kepala Areena sebelum memasukkan gear dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.


Areena bukanlah cemburu mana pun. Sengaja dia mahu mengusik Al. Iyalah, selalunya dia yang sering diusik. Tapi, Al macam ambil seriuslah pula. Ah, biarkan saja. Setidaknya, lelaki itu tak berani lagi mengungkit perihal perempuan lain di hadapannya.



p/s : Kalau rajin, teka la apa kaitan Al & Areena. Peace. :)

Monday, 3 November 2014

Cerpen : Cinta Pokok Kaktus (Sekilas)

Assalamualaikum... Hye!

Come back home! Eheh. Kebetulan, ada masa sikit. Ada wifi sikit. Di sinilah CIA bertandang. Tak banyak, tapi sikit. Petang ni meroyan hanya seketika. Melalut ja yang lebih. Sorry lama tak hapdet. Sungguh, minda angan-angan tepu buat sementara waktu. Sekarang ni dah busy dengan study, assignmenta segala benda. Dah lama sangat tak jenguk. Apa-apa pun, SELAMAT MEMBACA! :D. Hanya suku cerita saja ya. In Shaa Allah. Akan diupdate cerita penuh dalam masa terdekat. (Tak main-main, betul ni. :))





Di sebalik senyuman, belum tentu punya kemanisan. Di sebalik ketenangan, belum pasti terselit sejuta kegembiraan. Namun, di setiap keikhlasan hati terzahirnya ketinggian budi. Tiada insan yang sempurna tanpa kecacatan. Tetapi, bagaimana dia berusaha mencapai kesempurnaan itu.
“Asyik mengadap Olin aje hari-hari. Tak bosan ke?”
Olin. Si pokok kaktus.
“Taklah, bu. Setiap masa tilik pun takkkan bosan,” Jemari membelek pasu bunga kecil pokok kaktus. Masih bayi lagi memandangkan pokok berduri itu baru sahaja dibeli beberapa hari yang lepas.
“Tahu tak, kaktus ni berduri. Terkena kulit, kan sakit,” Puan Faezah angkat kening. Tangan mengusap bahu anak perempuan bongsunya.
“Yang berduri itulah kehidupan, ibu. Tak semua benda dalam hidup kita ni berlaku smoothly kan. Arwah ayah pernah cakap, biarlah kita hidup dalam kehidupan yang penuh liku. Baru kita tahu perasaan berada dalam kesusahan, tahu menghargai apa yang ada…”
Senyuman nipis diulas. Ah, sungguh dia rindu.
Rindu pada yang sudah tiada. Insan yang bergelar ayah.
“Apa yang kita miliki, tak selamanya di sisi. Sabar itu kunci. Jangan hilangkan ya…”
“In Shaa Allah. Ibu, esok Ari nak pergi rumah abang kejap. Ari tertinggal buku notalah,” maklum Areena pada Puan Faezah.
“Iyalah. Dah, jom masuk. Kejap lagi papa balik, kita makan sama,” Areena angguk. Disusun kembali pokok-pokok kaktus kecil molek di bekas khasnya.
Puan Faezah mendahului masuk ke dalam rumah.
Areena berpaling ke belakang. Keluhan terbit dari bibir tanpa sengaja. Seketika kemudian, dia beristighfar. Lambat-lambat langkah dibawa ke dalam rumah.
*****
“Arin, kau nampak Al tak?” Areena kerut dahi.
Belum sempat dia duduk, sudah disapa begitu. Tiada salam, tiada ‘hye’ juga. Sengal.
“Kot iya pun excited nak tahu, biar aku ambil nafas dulu. Boleh?” Lembut dan sinis tutur Areena. Zaskia sengih.
“Sorry,” Zaskia duduk di kerusi sebelah Areena.
Botol air mineral di atas meja dicapai Areena, diteguk rakus. Dahaga. Penat berjalan dari parking ke kelas.
“Hah, kenapa dengan Al?” tanya Areena setelah hilang kepenatannya.
Zaskia buat muka malu-malu kucing.
“Arin, sebenarnya kan…” Jeda. “Aku…”
Areena pandang Zaskia, penuh penasaran. Tiba-tiba pula sahabat baik dia ni, sengal-sengal ubi semacam. Mengalahkan ‘maknyah’ sudah gayanya.
“Apa?”
“Aku suka dia,” Erk. Areena gelak. “Weh, aku serius. Kau tolonglah aku. Kau rapat dengan dia kan. Please,” pujuk Zaskia.
Selama hampir dua tahun mereka sekelas, ini merupakan kali pertama Zaskia meminta bantuannya. Dan, ianya berkaitan dengan seorang lelaki. Daniyal Alfiq. Heh. Kenapa dalam berjuta lelaki dalam dunia ni, Zaskia mahukan si lelaki itu?
“Sejak bila kau suka dia? Aku tak pernah tahu pun,” Kening sebelah kiri diangkat. Muka direlakskan sehabis mungkin.
Mana boleh gabra. Tak boleh.
“Errr… dua hari lepas,” Jatuh rahang Areena dibuatnya.
Dua hari lepas? Mak oi. Liur ditelan kasar.
Maksudnya, hari yang sama dia dan Al berselisih faham. Sudah. Bila masa pula Al dan Zaskia bertemu?
“Cuba cerita dengan aku, apa yang jadi sebenarnya?” Jika tadi, dia langsung tidak berminat. Kini, sepenuh perhatian diberikan.
Mana boleh dia biarkan. Hal ini berkaitan dengan Al, okey. Daniyal Alfiq. Tidak boleh tidak, dia harus tahu.
Zaskia garu hidung. Kelu. Bagaimana dia harus memulakan cerita?
“Kau tahu kan, dua hari lepas aku ada consultation dengan Prof Aniza,” Areena angguk laju. “On the way aku nak balik tu, entah macam mana aku terserempak dengan malaun-malaun mana aku pun tak tahu. Kebetulan, Al ternampak aku kena kacau. Masa tulah, dia tolong aku. Dan, masa tu jugaklah hati aku jatuh tergolek. Hmmmm,” Semangat Zaskia bercerita.
Areena terdiam. Mimik muka masih tenang.
Dalam hati, hancur lebur remuk redam sudah hatinya.
“Okey. Jadinya, kau nak aku tolong kaulah ni. Bagitau si Alfiq tu, kau suka dia?” Laju Zaskia mengangguk. Senyuman paling manis dihadiahkan.
“Tolong la. Please. I’ll treat you… hmmmm. Hah, pokok kaktus. Nak?”
Areena mengeluh.
Bukan pokok kaktus yang dia inginkan sekarang ini. Tetapi, bagaimana dia hendak menjelaskan isi hati si Zaskia ni pada Al. Mahunya kena pelangkung nanti. Paling kejam pun, Al merajuk sebulan. Eheh.
Keliru.
“Tengoklah macam mana. Itupun kalau Al nak dengar,” Mata dikerdip comel.
Zaskia menjuihkan bibir. Takkanlah si Al tak mahu mendengar bicara Areena. Sedari awal masuk ke universiti lagi, Zaskia sudah mengetahui keakraban Areena dan Al. Ke hulu ke hilir, bersama. Jaranglah dia nampak Al dan Areena bergerak berasingan.
*****




p/s : Sesaja nak bagi suspens & surprise. :D. Sorry naik lorry kan. >_<