Hujan.
Lebat. Guruh berdentum. Petir sambar menyambar. Alhamdulillah, rahmat Allah. Pintu
gelongsor yang menghala ke halaman rumah yang terbuka ditolak. Tidak mahu
tempias hujan masuk ke dalam rumah. Ayuna senyum nipis. Tiba-tiba dia teringat,
salah seorang ahli kumpulan assignmentnya
ada berbicara tentang hujan semalam.
Katanya;
hujan ibarat plaster yang membalut
luka.
Kala
sedih, hujan menimpa. Ia seperti turut menangisi kesedihan.
Kala
gembira, hujan membasahi. Ianya tanda merai kegembiraan.
“Hujan…
plaster. Plaster bukan tandanya sakit? Hmmm…” Ayuna melangkah naik ke bilik.
Dia senang mencurahkan idea menulis tika hujan. Curahannya pasti selaju hujan
yang lebat.
“Nana,
lamanya Nadeem keluar. Dia pergi mana lagi?” tanya Hajah Aliyah ketika terserempak
dengan Ayuna di tangga.
“Nadeem
singgah rumah Ustaz Ben kejap, umi. Ada hal apa entah nak bincang,” jawab
Ayuna.
Mujur
Nadeem ada Whatsapp dia tadi mengkhabarkan kelewatannya pulang. Kembang kempis
jugalah hidung Ayuna kalau dia tidak tahu di mana Nadeem. Mahunya kena
pelangkung dengan Hajah Aliyah. Mulalah umi mertua dia nak buka hikayat.
“Iyalah.
Risau jugak umi. Dahlah. Umi turun bawah dulu. Kejap lagi walid dah nak
sampai,” Ayuna angguk.
Laju
Hajah Aliyah menuruni anak tangga. Ayuna menyambung langkah ke bilik.
Masuk
sahaja ke dalam bilik, Ayuna pantas mendapatkan buku notanya di atas belajar.
Pen yang sedia dikepil di hujung buku dia tarik. Dia duduk di kerusi.
“Maaf,
Madam Asus. Nana nak tulis dalam buku dulu tau. Malam nanti, kita berchenta ya…” Asus yang tertutup diusap
Ayuna lembut.
Takut
pula si Madam Asus merajuk. Tsk. Ayuna… Ayuna.
Patutlah
Nadeem selalu mengusik puan isteri tak cukup umur. Kalau boleh, semua benda
dalam bilik ni… Ayuna nak jadikan kawan. Setiap satu benda diberi nama dan
dijadikan teman berbual. Dah macam orang tak betul pun ada.
“Madam Note, let’s sharing and loving,”
Mata pen mula berlari di helaian nota.
Mode : Hujan
Hujan umpama
plaster. Membalut kesedihan kelukaan. Membalut kegembiraan. Bak kata Umira, Hujan
mampu bersedih, mampu bergembira. Sekarang… Madam Nana sedang gembira. Hujan,
kau selimutlah Madam Nana dengan kesejukan gembira. Sebagai tanda kau turut berkongsi
rasa. Terima kasih, Hujan. - via Madam Nana.
*****
Walid
pandang umi. Umi pandang walid. Keduanya saling bertukar isyarat. Hendak
bersuara, anak menantu ada bersama. Sudahnya, walid mengalah. Entah apalah yang
hendak mereka bincangkan dengan Nadeem dan Ayuna. Umi senyum. Tidak perlulah
dia mengeluarkan suara.
“Nadeem,
walid dengan umi nak bincang sikit…” Beku benar suara Haji Azman. Bukannya apa,
dia tidak bersedia sebenarnya.
Nadeem
yang kusyuk menonton berita di TV toleh ke belakang.
“Bincang
apa, walid?”
Ayuna
turut sama pandang walid dan umi.
“Errr…
sebenarnya…” Haih, tidak lepas pula Haji Azman mahu berbicara. Seperti ada
sesuatu yang menghalang. Kekok.
Hajah
Aliyah bersabung pandang dengan Ayuna. Ayuna buat muka blur. Kening dia
terangkat sedikit. Hajah Aliyah jongket bahu.
“Aik,
sejak bila walid gagap pulak ni? Selalunya elok aje walid bincang,” kata
Nadeem, pelik.
“Bukan.
Hmmm… sepupu walid, Ehsan. Nadeem ingat tak Uncle Ehsan?” tanya Haji Azman
sebagai pembuka perbincangan.
“Kenal
rasanya. Uncle Ehsan yang ada bisnes kereta tu kan?” Haji Azman angguk laju.
Ayuna
kembali pandang televisyen apabila perkara yang ingin dibincangkan itu seperti
tidak berkaitan dengannya.
“Ha’ah.
Uncle Ehsan call walid. Kalau boleh, anak Uncle Ehsan nak stay rumah kita.
Tapi, Nadeem tahulah kan. Selain keluarga terdekat kita, tak ada yang tahu
pasal Nadeem dan Nana. Jadi…” Haji Azman telan liur kasar.
“Jadi?”
“Boleh
tak, buat sementara waktu… Nadeem dengan Nana tinggal di bilik berasingan?” Oh,
soal itu rupanya.
“Anak
Uncle Ehsan tu lelaki ke perempuan, walid?”
“Perempuan,”
celah Hajah Aliyah.
Nadeem
terangguk-angguk.
Ayuna
cuit bahu Nadeem. Encik suami angkat kening.
“Awak,
perempuanlah. Dengar tak?” Terus membulat mata Nadeem. Erk.
Haji
Azman dan Hajah Aliyah ketawa. Berangan apalah si Nadeem ni. Agaknya sebutan perempuan
dibaca mindanya sebagai lelaki kot.
“Lah,
Nadeem kan lelaki. Kenapa pulak anak Uncle Ehsan nak stay sini? Kan tak elok,
walid, umi,” bantah Nadeem dalam kelembutan.
“Uncle
Ehsan percayakan walid dan umi untuk jaga anak dia buat sementara waktu. Kalau
dia tahu hubungan Nadeem dengan Nana, okeylah,” ujar Haji Azman.
“Apa
susahnya, bagitahu ajelah. Lagipun, Uncle Ehsan tu sepupu walid kan,” Nadeem
jadi tidak selesa pula.
“Haish,
dah kata nak rahsiakan relationship kamu berdua. Anak Uncle Ehsan tu bakal pelajar
di tempat yang sama dengan kamu,” Serentak Nadeem dan Ayuna saling
berpandangan.
Terkejut.
Jika
begitu, memang lamalah anak Uncle Ehsan di sini.
*****
Masuk
sahaja ke dalam bilik, terus Nadeem humban tubuh ke katil. Ayuna? Tenung suami
dia dengan muka pelik. Nadeem senyum saja. Penat ke hulu ke hilir hari ni.
“Awak,
macam mana kalau saya pindah balik rumah abah ibu aje? Kan senang gitu,” cadang
Ayuna.
Dia
duduk di birai. Bibir dimuncungkan. Tabiat ketika sedang gelisah.
“Boleh
ke?” Erk. Lipat maut Ayuna paling ke belakang. Nasib baik tak tercabut urat
leher. Heh.
“Nak
ke… duduk asing-asing?” tanya Ayuna kembali. Nadeem tenung syiling. Mata di
sebalik cermin mata bingkai hitam itu meliar ke sekeliling syiling.
“Macam
mana kalau anony tu pikat saya? Rela ke?” Ayuna ketap bibir. Luku kepala baru
ketahuan.
“Hmmm…
rasanya kalau… Encik Nadeem Aliff ni tak meroyan menggatal, boleh aje kot tinggal
asing-asing,” Ayuna bersuara keras.
Nadeem
gelak.
“Percaya
saya tak?”
“Gila
tak percaya. Habis percayalah ni cadangkan nak tinggal asing-asing,” balas
Ayuna sambil mencapai telefon bimbit di atas meja sisi.
“Dari
tadi lagi asyik tinggal asing-asing. Sungguh ni nak pindah balik rumah abah?”
Ayuna angguk.
Nadeem
bingkas duduk. Lama dia tenung Ayuna yang kusyuk melayan Twitter itu.
“Kenapa?”
soal Ayuna tanpa berpaling.
“Kalau
rindu?”
Ayuna
angkat kepala. Dia pandang Nadeem. Mata mereka bersabung.
“Facebook
ada. Twitter ada. Nak paling dekat… Whatsapp pun ada. Paling dekat lagi… kita
kan satu kelas,” Jawapan paling rasional rasanya yang Ayuna pernah cakap.
Apa
lagi, sememehlah raut si Nadeem tu.
Buruk
benar tengoknya. Siapa yang jatuh cinta dulu ni? Si Ayuna yang approach Nadeem
dulu pun tak adalah nak ambil serius soal tinggal berasingan.
“Eloklah
tu bagi jawapan macam tu kat suami?”
“Tak
cakap pun elok. Tapi betullah. Takkanlah nak tinggal sekali. Buatnya anony tu
satu kuliah pulak dengan kita… tak ke naya. Dah alasan apa pulak nak bagi, saya
stay kat sini?” Nadeem kembali berbaring.
Betul
juga apa yang dicakapkan oleh Ayuna itu.
“Ish,
tak jauh ke rumah abah nak pergi kelas nanti?” Soalan lagi.
Harapan
puan isteri tarik balik cadangan tu. Harapan tinggal harapan sajalah apabila…
“Sebelum
kahwin boleh pulak ya saya pergi kelas dari rumah abah? Maknanya tak ada
masalah tu. I can drive what…” Ayuna letak kembali telefon bimbitnya di meja
sisi.
Dia
duduk bersila, menghadap Nadeem yang berbaring itu.
“Sesekali
nak jugaklah rasa erti rindu…”
“Rindu?
Bukan hari-hari ke awak mengadu rindu kat saya?” Ahah, kantoi. Ayuna buat muka
selamba.
Cover
sikitlah. Malu.
“Iyalah.
Rindu bila duduk berasingan ni lainlah, awak. Bolehlah. Haih, awak yang berat
hati nak biar saya balik rumah abah kan. Kan kan kan,” Alamak. Nadeem tarik
selimut, tutup muka.
Termalu
sendiri.
“Mana
ada…” Tak mengakulah pula.
“Tak
apa. I’ll let you go this time, encik suami. Lain kali kalau tertangkap gini
lagi, siaplah awak. Jangan kata saya tak warning eh,” Ayuna turun dari katil.
Dia
melangkah ke bilik air. Cuci muka. Gosok gigi. Berwudhuk. Rutin setiap malam
sebelum tidur yang kerap kali Nadeem ingatkan. Sekarang ni dah melekat bak gam
gajah di kepala Ayuna. Bagus Nadeem trained isteri dia. Thumbs up.
p/s
: Habis kisah Nadeem Ayuna malam ni. Skrip dan story hanya santai. Tak pening
kepala otak nak create story pasal budak berdua ni. macam yang CIA taipkan(sebab
tak cakap) dulu, NADEEM AYUNA ada bila CIA rasa nak buat cerita depa. Hehe.
SELAMAT MEMBACA! :D. bolehkah Ayuna tinggal berasingan dengan Nadeem? Entahlah.
Peace.
Sambung la lg CIA....hehe...;))
ReplyDelete:D. Inshaa Allah, mona. ;)
DeleteAlahai sweetnya... hehe... MZ tahu CIA pernah kata cerita ni muncul bila-bila masa ikut suka hati akak.. tapi boleh tak sambung lagi? Serious sweet!
ReplyDeletehaha. sweet ka? Inshaa Allah. tak janji. mood depa ni kadang2 ja muncul. hiiihihi. peace.
Deletesambung laa. rndu nk baca .. hehe
ReplyDelete