Assalamualaikum…
Hye!
Pearl
Raya ni just santai-santai ja. Mood raya dalam sibuk melayan tetamu. Hehehe. Ada
cerita yang agak tergantung. Tapi… CIA akan buat sambungan. InshaaAllah. Kalau
nak info apa-apa, please lawat twitter CIA tau. Kalau nak taulah. If nak tau
pasal latest cerpen or enovel boleh tengok yang CIA letak hashtag
#thetalkingCIA. Dialog pendek pun ada. :D. lewat malam sikit baru CIA update
cerpen siri, NADEEM AYUNA. Peace. SELAMAT MEMBACA! :D. Tak terlambat lagi.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. hihi
“TIA…” Mutia mendongak.
Senyuman senget terulas di bibirnya. Kenapa? Padanya, si pemanggil seolah-olah
sedang mengejeknya.
“Kau
buat apa datang sini?” soal Mutia, langsung tiada nada mesra pada suaranya.
Masih terkilan akan perbuatan si sahabat.
“Sebab
aku rindukan kau, Tia,” balas Soffi lembut.
Mutia
senyum sinis.
“Buat
apa kau nak rindukan aku? Kau sendiri tahu yang aku ni pembunuh, gila… apa
lagi? Kau tak layak jadi kawan aku, Soffi,” tukas Mutia.
Soffi
ketap bibir.
“Aku
tak pernah fikir macam tu, Tia. Kau kawan aku dunia akhirat. Kenapa aku di
sini? Hanya satu sebab aje, Tia. Kau tu tanggungjawab aku. Aku penjaga kau…”
Mutia gelak nipis.
Sudah
tua sebegini pun masih memerlukan penjaga. Agaknya sampai ke tua kerepotlah dia
perlu menghadap Soffi. Dia bukanlah membenci Soffi, cuma dia gagal mengawal
amarah apabila teringatkan Soffi yang bersekongkol dengan Fariz. Soffi yang
dulunya selalu menyokong segala tindakan, kini sudah berubah.
“Baliklah,
Soffi. Aku bahagia kat sini. Tak payahlah korang semua nak risaukan aku. Tinggalkan
aku sendiri,” Mutia berkata tanpa nada.
“Tapi,
Tia…”
“Sudahlah,
aku penat. Pergilah balik. Kalau boleh, jangan datang sini lagi. Aku benci!”
Soffi hanya mampu memandang Mutia beredar dari bilik tetamu.
Terbit
perasaan kesal di benak hatinya. Dia gagal menjalankan amanah yang diberikan
arwah papa Mutia padanya dulu. Namun, dia pasti suatu hari nanti… Mutia akan
mencarinya juga. Dan… dia akan menunggu saat itu tiba. Hanya Mutia sahabat
dunia akhirat dia.
BMW M3 SPORT yang
dipandu diberhentikan tidak jauh dari pagar sebuah sekolah rendah. Fariz keluar
dari keretanya dan bersandar sambil memeluk tubuh di sisi kereta. Jam tangan di
pergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Sekejap lagi muncullah Chiya
memandangkan waktu persekolahan sudah pun tamat.
“Daddy!”
Chiya
berlari anak mendapatkan Fariz. Kanak-kanak lain turut mendapatkan waris
masing-masing yang sedia menunggu.
“Masuk
dalam dulu, panas ni,” Pintu di tempat duduk penumpang dibuka Fariz. Chiya
pantas meloloskan diri ke dalam kereta.
Fariz
turut masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta sebelum menarik tali
pinggang keledar untuk Chiya.
“How was your day, sayang?” soal Fariz
sambil memasukkan gear dan meninggalkan kawasan sekolah.
“Great, daddy. Tapi, Chiya lapar…” Manja
suara Chiya mengadu. Fariz tergelak.
Hari
ini adalah pengalaman pertama Chiya berpuasa. Sudah tentu anak perempuannya itu
masih belum biasa. Kebiasaannya waktu sebegini, Chiya sedang enak menjamu
selera. Sengaja Fariz dan Adelin mahu mengajar Chiya agar berpuasa supaya anak
itu terbiasa dengan amalan itu.
Fariz
usap kepala Chiya perlahan.
“Dah
separuh harilah. Tahan eh, sayang,” Chiya menjuihkan bibir. Tangannya menekan
perut, tanda dia sememangnya lapar.
Padahal
dia bersahur bersama daddy dan mummynya awal pagi tadi.
“I’ll try, daddy…”
“Good girl,” puji Fariz. Sesekali dia
melirik pandangan ke arah Chiya di sebelah. Comel sahaja wajah kusut itu.
SAMPAI
sahaja di rumah, Chiya terus naik ke biliknya. Mahu merehatkan diri katanya
pada Fariz tadi.
“Amboi,
melulu aje jalan. Kenapa tu?” tanya Adelin pada Fariz yang sedang menutup pintu.
Fariz menghampiri Adelin di ruang tamu, sedang menyuap Rania nasi.
“Nak
rehat, penat puasa,” jawab Fariz bersahaja. Adelin gelak. Sudah diagak akan hal
itu. Sememeh sahaja wajah Chiya ketika masuk ke dalam rumah tadi.
Selalunya,
kanak-kanak itu akan bermain dengan adik-adiknya dahulu sebelum membersihkan
diri setelah penat pulang dari sekolah.
“Supposedly, kita ajar Chiya puasa awal
lagi. Tak adalah teruk macam ni,” kata Adelin.
“Lama-lama
nanti, biasalah tu. Kejap lagi mummy
pergi jenguk Chiya kat atas. Daddy
risau dia collapse pulak kat bilik
tu,” balas Fariz sambil mengusik Rayqal yang sibuk bermain dengan toys dia.
“Apa
pulak collapsenya? Chiya manalah ada gastrik.
Daddy sambung suap Nia, mummy naik atas kejap,” Fariz gelak
nipis.
Adelin
tampar belakang Fariz, tahu suaminya itu sedang mengujinya.
“Apa
ni, pukul suami. Tak baik tahu,” Adelin buat muka.
“Teasing isteri pasal anak boleh pulak,”
Kuat Fariz gelak kali ini. Nampak sangatlah Adelin turut risaukan Chiya.
“Gurau
ajelah, sayang. She will be okay…”
Adelin
pantas sahaja mendaki anak tangga ke bilik Chiya. Suara esakan menarik
perhatian Adelin yang baru tiba di hadapan bilik Chiya. Ditolak daun pintu
bilik perlahan. Chiya sedang menekup muka ke bantal. Bahunya juga
terhenjut-henjut. Terangkat kening Adelin. Kenapa Chiya menangis?
“Chiya…”
Punggung
dilabuhkan di katil bujang Chiya. Pakaian sekolah masih lengkap ditubuh anak
perempuannya itu.
“Sayang
mummy, kenapa ni? Tell me,” Tubuh Chiya ditarik Adelin
perlahan agar menghadapnya. Wajah Chiya kemerahan dek menangis. “Daddy buli Chiya ya?” soal Adelin lagi.
Fariz
bukannya boleh dipercaya sangat. Manalah tahu suaminya ada mengguris hati Chiya
tanpa sedar. Sesekali pernah juga Fariz melayan Chiya seakan sedang menghadapi
penjenayah. Banyak kali jugalah Adelin perlu menegur Fariz akan sikap yang
berlaku tanpa sedar itu.
“Mummy, I’m hungry,” adu Chiya dengan
suara seraknya. Adelin membawa Chiya ke dalam pelukannya. Alahai, kesiannya.
Lapar rupanya si manja dia ini.
“Mummy ingat Chiya dah besar, dah boleh
puasa. Rupanya si kecil manja mummy
lagi ya. Jom… mummy mandikan dulu
manja mummy ni. Lepas tu, baru boleh
makan,” Diusap lembut pipi Chiya yang penuh dengan air mata itu.
Kuat
berdrama juga si Chiya ni pun. Tadi dengan si daddy, tak beraninya nak mengadu manja sebegini.
BERSELERA
benar Chiya makan nasi. Fariz hanya menggelengkan kepala. Ketika dia bertanya
tadi, hendak mencuba. Dia bukannya kejam sangat sampai tidak tahu Chiya tidak
mampu berpuasa seharian.
“Sedap
tak?” tanya Fariz.
“Sedaplah,
daddy. Tapi, daddy tak boleh makan. Daddy kan puasa,” Pandai pun Chiya.
“Iya.
Daddy tak nak makan pun…” Kepala Chiya diusap. Ceria kembali wajah comel itu.
Kalau macam ni, alamatnya Chiya berpuasa setengah hari sajalah. Sebagai
permulaan latihan.
Adelin
menuangkan susu ke dalam gelas dan diletakkan di atas meja. Terus sahaja
disambar Chiya.
“Amboi,
makan tu elok-elok… nanti tercekik pulak, Chiya sayang,” Adelin duduk di kerusi
di sebelah Chiya.
Rania
dan Rayqal dah selamat berdengkur di ruang tamu. Penat bermain. Bagilag peluang
pada si kakak yang penat di sekolah bermanja dengan daddy dan mummy pula.
“Mummy,
sebelum daddy lupa. Minggu depan, office ada buat majlis berbuka puasa tahu. Kosongkan
jadual ya,” Adelin angkat kening.
“Apa
pulak mummy. Daddy tu yang kena kosongkan jadual. Mummy ada aje kat rumah ni,
daddy tu sibuk mengalahkan menteri,” Fariz buat muka.
“Haip.
No arguing, Chiya don’t like…” Fariz dan Adelin ketawa serentak.
Pantang
sungguh puteri sulung mereka ni.
“Okey…
okey. Kita sweet-sweet kan, mummy. Tak gaduh pun,” Chiya senyum comel. Seronok
dapat mengenakan daddy dan mummynya.
“Betul
tu. Mana ada gaduhlah, sayang. Mummy kan sayang daddy,” Lembut Adelin berkata.
Chiya
naikkan ibu jarinya; bagus.
Haih,
macam-macamlah si Chiya ni. Nasib baik Fariz dan Adelin sudah terbiasa akan
perangai Chiya itu.
“Hmmm…
daddy pun sayang mummy jugak,” Dua thumbs up terangkat. Sakan Chiya ketawa,
suka.
Daddy
mummy? Iyakan sajalah. Budak kecil kan. Isk. Adik-adik Chiya tak adalah pula
perangai nakal sebegini.
Rania,
sopan budaknya. Tak pandai nak melawan, diam saja. Rayqal, sesekali inginkan
perhatian biasalah. Dia masih bayi lagi. Namun, Chiya juga boleh diberi
kepercayaan untuk menjaga adik-adiknya. Janganlah sesiapa berani mengusik Rania
dan Rayqal sesuka hati. Kena berhadapan dengan kakak dulu. Chiya… Chiya. Buah
hati pengarang jantung pertama Fariz dan Adelin.
PINTU bilik
unit forensik terbuka luas. Seorang doktor lelaki separuh umur menanggalkan
face masknya. Fariz dan Hadi saling berpandangan.
“Confirm.
From the diagnosis, our second test… he’s died because of over drug,” maklum Dr
Taufiq.
“Macam
mana boleh silap? First test; confirm that he’s died because of sleeping pills overdose,”
Dr Taufiq menggeleng.
“Pihak
kami pun keliru, Ian. Hari yang sama mayat mangsa dihantar, satu hospital kecoh
dengan kes seorang patient hilang kawalan. Jadi, agak kelam kabut keadaan masa
tu. Apa yang pasti, salah seorang staf yang bertugas di bilik mayat malam tu…
hilang,” Hadi mendecit.
Fariz
kepal penumbuk.
“Dah
agak dah. Kau call Luth. Kita meeting esok,” suruh Fariz, bernada tenang. Hadi
mengeluarkan telefon bimbitnya dan pantas menghubungi Lutfil.
“Ian,
kamu pasti ke ni kerja Hafiy?” soal Dr Taufiq.
Fariz
pandang Dr Taufiq. Eh, sudah kenapa Dr Taufiq menyangka dia menuduh Hafiy?
Rasanya, dia mahupun Hadi tak ada pula menyebut nama Hafiy dalam perbincangan
mereka. Pelik.
“Entahlah,
uncle. Malam tu, Hafiy yang handle kes ni. Dia jugak yang bertanggungjawab failkan
kes arwah. Uncle tak rasa pelik ke?” Sekadar mahu memancing Dr Taufiq sahaja.
“Uncle
pun tak pasti. Dia elok aje masa jumpa uncle semalam. Tak ada yang pelik. Cuma…”
Dr Taufiq berjeda.
“Cuma
apa?” sampuk Hadi yang baru selesai berhubung dengan Lutfil.
“Menurut
aunty, Hafiy kerap mengigau semalam. Asyik sebut nama arwah Emelis…” Terbit
keluhan di bibir Dr Taufiq.
“Tak
apalah, uncle. Banyakkan bersabar. Kami akan siasat kes ni. Hafiy dah tak
handle kes ni lagi. Harap uncle call saya atau Hadi kalau ada apa-apa yang
uncle tahu,” pesan Fariz.
Hadi
angguk, setuju dengan Fariz.
“Iyalah.
Kamu pergilah masuk dalam. Uncle minta diri dulu. Kalau perlukan apa-apa, minta
aje pada jururawat kat dalam tu,” kata Dr Taufiq lantas berlalu keluar dari
unit forensik.
Fariz
hela nafas berat.
“Aku
tak yakinlah dengan uncle Taufiq, Ian. Hafiy anak dia, takkanlah dia nak
babitkan satu-satunya anak tunggal dia kan,” luah Hadi.
“Itu
yang aku fikir, Di. Luth macam mana? Dia okey tak?”
“Dia
okey. Tapi, sebelah malamlah. Siang dia sibuk kat office,” jawab Hadi sambil menilik
report kesihatan arwah Emelis.
Emelis,
seorang gadis kecil molek yang disahkan mati dua hari lepas. Atas sebab-sebab
tertentu, mayat masih tidak dibenarkan dibawa pulang oleh ahli keluarga.
“Asalkan
boleh discuss, dah okey. Kita jumpa lepas terawihlah,” putus Fariz.
“Hah,
elok jugak tu. Nanti aku inform Luth balik. Jomlah masuk. Bismillah,” Fariz
ketawa lepas.
Hadi
jeling Fariz sambil tunjuk penumbuk sulung dia tu.
“Apada.
Berzaman handle kes bunuh, tengok mayat pun… penakut lagi,” sakat Fariz.
“Oih,
aku budak marin okey. Bukan macam kau. Tak pasal-pasal, kes kau… aku yang
banyak involves. Terencat punya kawan,” balas Hadi, geram.
Dalam
dok bergurau, kaki mereka tetap melangkah masuk ke dalam bilik di mana mayat
Emelis berada.
ADELIN
meletakkan mug berisi hot chocolate di atas meja kopi. Dia duduk di sebelah Fariz
yang kusyuk menonton televisyen. Anak-anak awal lagi dah tidur.
“Awak
kusyuk layan drama ke awak mengelamun, cik abang?” tegur Adelin.
Fariz
diam.
Adelin
melayangkan tangan di hadapan Fariz. Tiada reaksi. Hmmm, mengelamun rupanya. Fikir
masalah apalah agaknya encik suami ni? Selalunya kalau Inche Inspector ni
mengelamun, satu sebab saja. Kes!
“Oh
abang, awak teringat kat siapa? Ada policewomen yang comel-comel dari saya ke
kat office tu?” Perut Fariz dicuit.
Barulah
Fariz tersedar.
“Hah.
Apa, sayang?” Adelin ketap bibir perlahan.
“Itulah,
mengelamun lagi. Berat sangat ke kes awak tu?” Fariz senyum nipis.
“Taklah.
Kes macam selalulah. Cumanya, kes kali ni libatkan Inspektor Hafiy…” Jelas
Fariz, tidak mahu si isteri berfikir yang bukan-bukan.
“Iya?
Oh, ni mesti kes arwah Emelis kan?” Fariz angguk, lambat-lambat.
“Elok
nak settle, ada lagi yang masuk. Tadi pun mayat kena buat second test. Esok kot
baru ahli keluarga boleh tuntut mayat,” beritahu Fariz.
Adelin
terangguk-angguk.
“Lambatnya
prosedur. Kesianlah kat mayat tu. Tapi, kenapa pulak Inspektor Hafiy terlibat?
Dia ada hubungan dengan arwah Emelis ke?”
“Entahlah,
sayang. Uncle Taufiq bagitahu, Hafiy macam lain sikitlah sejak semalam. Nak
soal siasat Hafiy, takut tersalah pulak. Jatuh hukum fitnah nanti,” balas Fariz
sebelum menyisip hot chocolate.
“Tak
cuba tanya Luth? Luth kan selalu contact Hafiy…”
“Esok
malam, lepas terawih baru meeting. Daddy, Hadi dengan Luth sekali,” Adelin
cebik.
“Iyalah.
Awak bertiga kan tak boleh dipisahkan. Sanggup Hadi tinggal pasukan marin dia
tu sebab nak join awak. Nasib baiklah Luth tak ikut sama, setia dengan company
dia tu,” Fariz tarik hidung Adelin.
Apa
lagi, pipi si Farizlah jadi mangsa pula. Puan isteri ni pun ganas tahu.
“Adalah
tu nak perli kita, kan. Awak kan ada nak tolong papa,” Erk. Eloklah tu. Kasi
menantu yang take over syarikat.
“Eh,
awak tu anak papa. Plus, awak kan anak lelaki tunggal papa. Haih,” Sempat lagi
Adelin mengusik encik suami kesayangan dia ni.
“Adelin
Annisa…”
Hidung
Adelin dilepaskan.
“Okey…
okey. I’ll stop teasing you, abang. Whatever it is, I will help you. Tak
kiralah apa pun. Ingat ya, Inche Inspector,” Lebar senyuman Fariz. Nah, itu
yang dia nak dengar.
“Ya,
ingat. Nasib baiklah ada bini yang sweet ni, dapatlah encik suami fokus kat
kerja dia. Sayang puan isteri overload,” Amboi, sayang dia.
Adelin
gelak.
“Wah,
confession yang julung-julung kali berlaku ni. Nak rakam boleh?” Seloroh
Adelin.
Fariz
berdecit.
“Suka
hati. Hah, nanti tolong abang boleh?”
“Tolong
apa?” Jemari Adelin bermain di dagu Fariz yang sudah muncul bulu-bulu nipis.
Sibuk sangat sampai tak sempat nak bercukur.
“Godam
komputer kat unit forensik. Please,” Membulat mata Adelin dibuatnya. Dah kenapa
dia nak godam?
“Kenapa
pulak?” Ada ke patut suami ajar isteri buat kerja jahat. Haish.
“Sayang
ni, bukannya nak suruh godam sebab nak buat jahat. I need to confirm something.
Tolonglah,” Fariz buat muka comel. Tak comel mana pun sebenarnya. Handsome.
“Tengoklah
macam mana…”
“Apa
pulak tengok? Jomlah,” Adelin kerut dahi. Sekarang? Encik suami dia ni kan.
Workaholic tahap gaban dah ni. Melampau.
“Sekarang?”
Fariz angguk laju.
Mahu
tidak mahu, Adelin menurut saja. Dia bangkit.
“Nak
pergi mana?” tanya Fariz.
“Naik
ataslah. Nak godam pakai apa? Laptop saya ada kat bilik kerja,” Sepantas kilat
Fariz turut bangkit. Dia menutup siaran televisyen.
Mereka
beriringan naik ke bilik kerja.
FARIZ,
Hadi dan Lutfil berdiri tidak jauh dari tempat pengkebumian arwah Emelis. Turut
bersama mereka adalah Hafiy. Sedari mereka tiba di tanah perkuburan itu, Hafiy
langsung tiada reaksi. Disebabkan itulah, tiga sekawan itu semakin pelik. Jika
Hafiy dan arwah Emelis tidak mempunyai apa-apa hubungan, mengapa lelaki itu bersikap
sedemikian.
“Fiy,
kau kenal ke dengan arwah?” tanya Fariz, memecah kesunyian.
Hafiy
yang kusyuk melihat proses pengkebumian menoleh ke sisi kanannya. Ketiga-tiga
sahabat baik itu sedang memandangnya, menanti jawapan.
“Taklah.
Kenapa?”
“Habis
tu, kau emo semacam aje dah kenapa? Macam ada apa-apa aje,” serkap Hadi. Hafiy
beriak biasa. Kosong.
“Kalau
aku bagitahu pun korang takkan percaya. Dahlah, aku balik dulu. Pasal kes tu,
aku dah minta izin Tuan Riz nak involve balik. Apa-apa hal, kasi tahu aku,”
Tanpa nada Hafiy berkata. Setelah itu, dia berlalu meninggalkan kawasan tanah
perkuburan.
“Apa
yang kita takkan percaya?” soal Lutfil.
Fariz
dan Hadi jongket bahu serentak.
Mendalam
jugalah kata-kata Hafiy itu. Entah apalah yang Hafiy rahsiakan. Penjelasan Dr
Taufiq tempoh hari tentang Hafiy pun agak mengelirukan. Kenapa pula Hafiy
sampai boleh mengigau tentang arwah Emelis?
RAMADHAN
semakin ke penghujungnya. Baru kini, Tan Sri Lutfi sempat mengadakan majlis
berbuka puasa di banglonya. Turut hadir, Datuk Dani sekeluarga, juga Hadi dan keluarganya.
Meriah jugalah kerana banyak cerita yang mereka kongsikan. Anak-anak tiga
sekawan itu yang meriuhkan majlis mereka sebenarnya.
Selepas
selesai berterawih, mereka berkumpul di halaman banglo Tan Sri Lutfi. Sekadar
menghabiskan sisa malam.
“Fariz
dengan Adel raya mana tahun ni?” tanya Datuk Dani.
“Insha
Allah, kami balik Kedah. Tahun lepas giliran saya, tahun ni giliran Adelin pulaklah.
Karang merajuk pulak tak dapat beraya dengan keluarga dia,” Adelin cuit bahu
Fariz di sebelahnya.
Bukan
main lagi ya encik suami usik puan isteri.
“Eloklah
tu. Berubah angin. Samalah Fi dengan Ayyana pun. Beraya di kampung jugak tahun
ni…” Sedih saja nada Datin Vee.
“Eh,
mama. Bukan papa dengan mama pun balik sekali beraya kat kampung ke? Atau… nak
cancelkan?” Ayyana bersuara. Keningnya diangkat berulang kali.
“Sajalah
nak usik anak menantu kita ni,” balas Datin Vee sambil ketawa.
“Seronoklah
awak berdua, Vee. Dapat jugak merasa beraya di kampung. Bolehlah berkongsi
meriah beraya,” celah Puan Sri Zana.
“Betul
tu. Kami ni tak bolehlah nak ikut Fariz dengan Adel balik kampung. Anak-anak
yang lain pulak nak beraya di sini. At least, meriahlah jugak,” kata Tan Sri
Lutfi pula.
Sementara
mereka berbual di meja yang sengaja disediakan di halaman, Lutfil dan Hadi pula
terpaksa menjadi pengasuh anak-anak. Maklumlah, buas-buas belaka. Anak lelaki Lutfil
dan Ayyana, Aqeef yang belum pun cecah satu tahun itu pun bukan main seronok
lagi tengok bunga api. Ketawa dia saja sudah kuat. Apatah lagi yang lain.
“Fariz
cuti panjang ke raya ni?”
“Seminggu
aje, uncle. Itupun sehari sebelum raya ada urusan dengan IPD sana. Terpaksalah
settlekan dulu kes nak beraya sakan pun…”
“Adel?”
“Nasib
badan, aunty. Kita suri rumah okey aje. Jangan lupa esok tu raya sudahlah. Tak pasal
aje kena hantar kuih muih pergi office,” Sempat lagi Adelin ni.
Giliran
Fariz pula kasi senyum maut. ‘Backhand nak?’. Puan isteri senyum sinis sekali,
habislah encik suami. ‘Silakan. Balik LA, cari Carl.’ Hek, mengada sungguh
daddy mummy ni.
“Insha
Allah, tak lupa…”
Ayyana
dan Syifa, isteri Hadi hanya senyum. Mereka pun senasib juga. Suami masing-masing
pun adakalanya sibuk semedang.
Ini
hah, kes arwah Emelis masih belum selesai. Ditambah pula, petunjuk baru yang
djumpai oleh tiga sekawan itu. Hmmm, tak senang hatilah para isteri. Nak kata
apa lagi? Sudah itu yang mereka perlu tempuh apabila memilih seorang anggota
polis dan seangkatan dengannya sebagai suami atau isteri. Bersabar sajalah.
“EMELIS!”
Jerit satu suara memanggil seorang gadis kecil molek yang sedang berjalan
lenggok di kaki lima deretan kedai.
Emelis
berpaling. Senyum.
Si
pemanggil mendekat.
“Awak
buat apa kat sini, Lis?” tanya suara garau itu. Emelis senyum lagi. Dia ambil
sehelai kertas, lalu mencoret sesuatu pada kertas itu.
Lalu
diberikan pada insan di hadapannya.
“Awak
tolong saya. Saya sakit. Awak mahu kan tolong saya? Cari pembunuh saya, awak,”
Baca suara itu.
Dia
mendongak. Emelis hilang!
“Emelis!”
Jerit suara itu lagi. Matanya meliar mencari susuk gadis itu. Namun hampa.
Tiada seorang pun yang berada di situ.
Tiba-tiba,
suasana menjadi gelap. Dia dapat mendengar suara bisikan. Ugh! Dia pening.
Kepalanya sakit.
“Hafiy…”
Panggil satu suara lain. Lelaki. “… Hafiy,” Namanya diseru lagi.
Dia
dipanggil lagi. Lagi. Dan… lagi.
“AllahuAkbar…”
Fariz
dan Hadi hela nafas berat. Lega.
“Apalah
yang dia mimpi ni…” kata Lutfil yang berdiri berdekatan dengan white board. Dia
memerhatikan tulisan tangan yang tercoret di papan putih itu.
Pasti
Hafiy yang menulisnya memandangkan mereka bertiga menemui Hafiy sedang elok terbaring
di sofa pejabatnya.
“Korang
buat apa kat sini?” soal Hafiy sambil menggosok matanya yang pedih.
Dia
bangkit duduk.
“Kami
ada hal cari kau. Alih-alih tengok kau elok tidur kat sini. Apa hal?” Hadi
bersandar di sisi meja.
Fariz
pula duduk di sisi Hafiy.
“Hal
apa?”
“Kau
memang ada kaitan dengan arwah Emelis, kan? Baik kau terus terang sebelum kami
sendiri yang siasat,” ugut Lutfil.
Hafiy
mendengus.
“Tak
payah. Biar aku sendiri yang uruskan. Korang tak payah ambil tahu. Lagipun,
Tuan Riz dah arahkan aku untuk settlekan kes ni,” balas Hafiy. Bernada keras.
“Huh,
jangan tipulah. Kau memang perlukan kami, tuan inspektor. Kalau betul kau tak
ada kaitan dengan arwah, kenapa kau meracau sebut nama dia? Jangan harap kami
lepaskan kau selagi kau sembunyikan perkara sebenar,” Jika Hafiy berkeras,
Fariz juga boleh.
Lutfil
dan Hadi terangguk-angguk, menyetujui kata-kata Fariz.
Hafiy
lepaskan keluhan berat.
“Korang
memang tak reti serik, kan? Apa yang korang nak tahu?” Ketiga-tiga mereka
senyum nipis.
“Apa
kaitan arwah Emelis dengan ayah kau, Dr Taufiq? Rasanya kau pun dah tahu kan?
Be frank, we won’t harm you. Otherwise, we will investigate this case with our
way. Kau tahukan macam mana kami bekerja?”
Hafiy
angguk.
Seluruh
unit sudah sedia maklum kecekapan tiga sekawan ini menguruskan kes. Susah mana
pun kes yang mereka uruskan, pasti akan temu jalan penyelesaian. Cuma, lambat
atau cepat sahaja. Dan, kes kali ni… nampaknya sejak awal lagi ketiga-tiganya
sudah mengesyaki Dr Taufiq, ayah Hafiy.
“Arwah
rapat dengan ayah aku masa dia internship kat hospital ayah aku. Tapi, tak lama
lepas tu ayah aku terjatuh hati dengan dia. Dia orang berhubungan sulit. Lepas aje
mummy aku tahu, ayah aku berhenti jumpa arwah. Itu aje yang aku tahu. Selainnya,
korang siasatlah sendiri,” cerita Hafiy. Dan, semestinya…
“Kau
bohong. Seorang pegawai polis macam kau pun ada kan? Mana sifat keadilan kau,
Inspektor Hafiy? Setahu aku, seorang pegawai polis yang baik takkan memutar
belit cerita demi kepentingan diri sendiri. Kau tuduh ayah kau sendiri, Hafiy.
Ayah kau,” bidas Lutfil. Geram pula hati dia ni.
“Sampai
bila kau nak menipu? Yes. Your father… for the first time he lied to us because
he wants to hide your mistakes. Then, he comes to us. Semua maklumat yang dia
berikan untuk kali kedua, salah! Kenapa? Sebab kau ugut ayah kau sendiri kan?”
tegas Hadi bersuara.
“Wake
up, Hafiy. Selamanya kau takkan hidup tenang selagi kau sembunyikan hal yang
sebenar. Kau tak kesian ke pada ahli keluarga arwah Emelis? Takkanlah sebab dia
tak layan kau sekali, kau dah gila macam ni. Come on. Banyak lagi perempuan
yang tergilakan kau…” Angin jugalah si Fariz dibuatnya.
Buat
salah, tak berani mengaku. Rela lagi si ayah yang semakin tua menanggung
kesalahan si anak.
“Korang
tak tahu apa-apa, bolehlah korang back up orang tua tu. Dahlah, keluar,” Hafiy
bangkit dari sofa. Dia melangkah ke pintu bilik pejabatnya. Mahu tiga sekawan
itu beredar.
Namun,
lain yang jadi. Dua orang yang berpangkat koperal sedia menunggu di muka pintu.
“Maafkan
kami, Inspektor Hafiy. Awak ditangkap atas kesalahan membunuh seorang doktor
dan juga kesalahan cubaan merogol,” Fariz menunjukkan sehelai kertas. Waran tangkap.
Bukan
main terkejut lagi riak wajah Hafiy ketika itu. Tidak menyangka semudah tu dia
ditangkap.
Tanpa
banyak soal, dua orang koperal itu membawa Hafiy ke bilik perbicaraan. Tugas Fariz
dan anak-anak buahnya untuk menyoal siasat Hafiy.
Fariz,
Hadi dan Lutfil saling berbalas pandangan. Terbit senyum sinis di bibir mereka.
Lutfil dengan pantas memadam segala hasil siasatan yang tertulis di papan
putih. Sementara itu, Fariz dan Hadi pula menyelongkar meja Hafiy. Keadilan tidak
akan pernah salah. Hafiy hanya sebagai scapegoat mereka sahaja.
SEKEJAP
rasanya masa berlalu. Takbir raya sudah kedengaran di siaran-siaran televisyen
juga di corong-corong radio. Sama ada di bandar atau kampung, sama sahaja
keriuahannya apabila mercun menjadi orang tengahnya. Bising bukan main lagi. Jangan
sampai tercedera sudahlah.
“Abang…”
Adelin mencuit bahu Fariz yang sedang duduk di pangkin. Sambil itu menunggu
lemang yang tersandar di sebatang besi panjang dan dibawahnya adalah arang
berapi. Eheh. Bakar lemah loh.
“Hmmm…
anak-anak mana?”
“Ada
kat dalam. Babah tengah layan dia orang main game. Nak main bunga api awal lagi
ni. Yang awak dok termenung pandang langit tu kenapa?” Sejak akhir-akhirnya ni,
kerap sangat Fariz mengelamun.
“Tak
ada apa-apalah. Cuma, teringatkan Hafiy,” Oh, patutlah.
“Dia
yang sudi nak bantu kan? Janganlah risau sangat. Esok dah nak rayalah. Insha Allah,
semoga uncle Taufiq sedar kesalahan dia. Mana ada seorang bapa yang sanggup
tengok anak dia merana. Awak tu kan daddy, apa perasaan awak kalau anak-anak
awak sakit, terseksa?”
“Ish,
tak sangguplah nak tengok dia orang sakit. Baguslah kalau uncle Taufiq nak
sedar. Setidaknya, berbaloilah Hafiy jadi scapegoat semata-mata nak ayah dia
serah diri,” balas Fariz sambil mengibas bara dengan kipas tangan.
“Tak
sangka, kan… uncle Taufiq sanggup pasang CCTV dengan perakam kat office Hafiy. Betullah
orang kata, untuk menutup seribu kesalahan dia lebih rela memakan darah daging
sendiri,” Fariz cuit hidung Adelin.
“Orang
kata ke awak yang kata, huh?” Adelin sengih.
“Pandailah
daddy ni. Tak silap mummy kahwin dengan daddy, kan. Bertuahnya kita,” Adelin
tayang sengih lagi.
Haih,
macam manalah Fariz tak sayang. Keletah bersahaja dan manja Adelin mampu
mencairkan hati dia.
“Iya,
saya memang sayang awak. Kan dah cakap dulu, sayang overload. Sampai bila-bila
pun sayang…”
“Eleh,
baru sekarang nak kata sayang? Lapuk dah,” cebik Adelin. Bergurau sahaja. Esok minta
maaf. Erk. Iyalah tu.
Adelin
bangkit dari pangkin, mahu berlalu ke dalam rumah. Belum sempat Adelin
melangkah, tangan Fariz menarik lengan isterinya itu. Terus puan isteri
terduduk di riba encik suami. Sweet sangatlah tu.
“Apa?”
“Betullah
abang sayang. Tapi…” Fariz jeda. “… lagi bertambah sayang kalau teman abang kat
sini,” Ceh, itu saja?
“Iyalah.
Teman ni. Haish…”
Sudahnya,
sama-sama bergelak tawa sambil menunggu lemang masak. Lain pual ceritanya di
dalam rumah. Encik Thohier dan Puan Aida hanya mampu tergeleng sahaja melihat anak
menantu dok bergurau senda di pangkin.
Selamat
Hari Raya Aidilfitri, Fariz, Adelin. Jumpa lagi di lain special episode,
semuanya. Hehe… Main-mainlah CIA ni. Lah, sungguh ni. Sambungan di lain episode
Pearl. Erk???
p/s
: harap maaf bagi yang menunggu. CIA tak sempurna. Adakalanya tewas. Maaf ya. Banyak
masalah yang CIA nak settlekan. Salah satunya masalah broadband yang selalu
buat hal. Huhu. Jangan annoying tau. CIA pun annoying jugak dengan diri
sendiri. ;). Tahu diri ni tak sempurna. Sorry.
Waaa...Missss u CIA...xpa ada gak update ....nnt pasni update lelaju ek...kami setia menunggu..;))
ReplyDeletehehe. rindu mona jugak. <3<3. :*. terima kasih. InshaaAllah if tak ada masalah boleh ja update lelaju. :D
Deletekenapa cerita macam tergantung jer...huhuhuhu
ReplyDeletekan. memang tergantung pun. huhu. time busy punya cerita ni. banyak kurang. dah ada sambungan nanti CIA post. Inshaa Allah. :D
DeleteHai sis CIA, pernah hantar dekat penulisan2u dok ?
ReplyDeleteHai, Naressa. :D. pernah tapi tak keluar. hehe. kenapa, dik?
Deleteakak , tkde sambungan lagi ke ?? tergantung la
ReplyDelete