Assalamualaikum... Hye!
CIA nak bagitahu awal-awal. hihi. Ending dia agak senget eh. hahaha. puas godek otak ni, tapi it end up... agak speechless la. huhu. hope bolehlah diterima pakai nah. tak puas hati dengan ending MLS ni, marah ja CIA ni. :). tsk. yang dah dipost part by part sebelum ni langsung tak ada perubahan tau. SELAMAT MEMBACA! :D. (huwaaaaa... tak readynya nak buat comeback).
IKLAN
di televisyen menyentap ulu hati Adra. Sungguh menyentuh perasaan. Isk. Sejak
punya anak sendiri ni, selalu sangat jiwa tersentuh melihat anak-anak
gelandangan. Mahu sahaja dia membuka sebuah pusat asuhan untuk mereka. Biarpun,
sudah banyak pusat-pusat yang ditubuhkan sesetengah pihak, masih juga anak-anak
terbiar kelihatan di sekitar kawasan-kawasan bandar. Hmmm.
“Beratnya
mengeluh. Fikir apa?” Altaf melabuhkan punggung di sofa, bersebelahan dengan
Adra. Peha mereka berlaga, memang rapatlah tu. Sangat rapat.
“Entahlah,
abang. Lagi beberapa hari aje lagi kita nak sambut puasa. Adra tengok iklan
dekat tv tu, hah. Selalu kan bulan-bulan puasa ada rancangan yang salurkan
bantuan untuk anak-anak terbiar kat bandar sana, Adra kesianlah kat dia orang,”
adu Adra.
Altaf
senyum. Sementara Anaqi lena ni, bolehlah mereka berbual panjang. Jika tidak, pening
kepala mereka dok memujuk Anaqi. Sudah pandai buat perangai. Asyik nak berkepit
dengan baba dan ummi dia ni, hah. Patut pun Adra manja kemain ketika
mengandungkan Anaqi dulu.
“Adra,
masalah ni takkan pernah habis. Selagi dunia tidak kiamat, semua ni masih ada.
Cuma, kita sebagai manusia normal… punya didikan, harta yang perlu berbakti
pada dia orang. Manusia diberi pilihan, bukannya hidup tanpa tujuan. Jika baik
dipilihnya, baiklah jadinya. Dan, sebaliknya. Baru sorang anak, dah matang
isteri abang ni,” Tangan Altaf dibawa ke bahu Adra.
Adra
sengih. Mother’s instinct, okay.
“Adra
matang ni pun sebab Adra ada suami yang ganteng lagi menawan ni. Iya idak?”
Altaf
kerut hidung.
“Petang-petang
aje tengok cerita indon eh, habis sayang ajar Anaqi cakap indon pulak nanti.
Cubit bibir ni baru tahu,” Adra memuncungkan bibirnya.
“Janganlah
cubit, kiss kan dapat pahala…”
Altaf
ketap bibir. Mahu tidak mahu, dia kucup bibir muncung Adra. Senyum lebar
isterinya itu. Haish, gatal.
“Good boy. Abang…”
“Hmmm…”
Adra sudah selamat menjatuhkan kepala ke dada Altaf. Seperti biasalah ummi
comel itu. Anak tidur, dia punya giliran pula mahu bermanja dengan suami
terchenta.
“Tahun
ni, tahun kedua kita puasa sama. Lain sikitlah sebab ada Anaqi. Tahun lepas,
Anaqi dalam perut lagi kita sambut puasa dengan raya. Macam tak sabar pulak nak
cari baju raya untuk Anaqi. Mesti comel-comel kan, abang?”
“Ha’ah.
Anaqi tu lelaki, tak susahlah nak cari baju. Cumanya, ada ke saiz untuk badan
debab dia tu?”
Mata
Adra membulat. Betul juga tu.
“Alah,
ada tu. Kalau nak tempah baju melayu dah nak dekat puasa ni, orang nak ambil
lagi ke? Macam tak aje,” kata Adra, lebih kepada diri sendiri.
“Sayang
ni, jangan risaulah. Lambat lagi nak raya tu, nanti fikir lain. Sehari sebelum
puasa, kita keluar shopping
barang-barang dapur. Perut abang ni demand
time puasa tahu, macam-macam benda nak makan. Tapi, hari pertama puasa
macam biasalah… Kita berbuka dengan terawih di rumah ibu. Boleh?” Altaf
melingkarkan tangannya ke pinggang Adra.
“Boleh.
Adra tak kisah. Puasa tahun ni spesial sikit. Kita punya jam loceng dah upgrade, abang. Jam loceng bernyawa,” balas
Adra. Altaf ketawa lepas.
Sungguhlah.
Anaqi punya kerja, setiap pagi sebelum subuh kedua-duanya sudah celik mata. Tiada
isu letih ke apa, dua-dua bangun melayan kerenah Anaqi. Untung sungguh, tak
payah set alarm di telefon bimbit
lagi dah. Elok sahaja azan subuh, terus Anaqi lena balik sampailah pukul lapan
pagi… baru bangun.
“Jam
loceng kita paling comel kan, sayang. Besar gedabak hah…”
Baba
dan ummi Anaqi ni, kalau sudah masuk bab Anaqi… sampai ke esok belum tentu
habis. Anaqi bukanlah besar mana pun, cumanya tembam. Kata Hajah Maryam, Altaf
kecil-kecil dulu begitulah. Dah besar panjang, kacak bergaya dengan jayanya.
Tinggi kemain.
“Ya.
Loceng Adra dan Aqhar,” Adra mendongak.
Dipandang
ke anak mata Altaf. Altaf angkat kening. Sudah kenapa dengan puan isteri ni?
Lain macam saja renungan tu.
“Sayang…”
Adra
senyum.
“Malam
ni abang punya handsome lebihlah.
Geramlah Adra tengok,” Kedua belah telapak tangan Adra sudah menekap pipi
Altaf.
Berani
dah Adra sekarang ni. Malu di awal-awal perkahwinan dulu, hilang terus.
“Haih,
nak dapat anak kedua ke apa ni, sayang? Perangai ni abang nampak awal-awal
sayang mengandungkan Anaqi dulu,” teka Altaf.
Takkanlah
betul kot. Uish, Anaqi baru masuk empat bulan. Mustahil.
“Eh,
nampak sangat abang ni tak perasan. Masa abang koma dulu, Adra pandang abang
macam nilah. Kalau boleh, nak aje Adra minta doktor lepaskan abang balik rumah.
Nasib baik, abang sedar cepat. Tak adalah Adra sakit hati, tahan rindu,” ujar
Adra.
Altaf
menarik Adra ke dalam dakapannya.
“Abang
pun rindu. Allah dah alihkan apa yang Adra rasa masa abang koma tu pada abang
bila Adra tak sedarkan diri seminggu selepas pembedahan tu. Ibu dan mama bagitahu
abang, macam mana abang tunggu Adra macam tu jugaklah Adra tunggu abang. Fair and square. Hmmm, menunggu tu
memang satu penyeksaan. Kan, sayang?”
Adra
cebik.
“Tahu
pun. Abang, jomlah tidur, mengantuk dah ni. Awal pagi esok, Anaqi dah kejutkan
kita…” Ditenyeh matanya yang sudah mula rasa kantuk.
Altaf
kenyit mata. Nakal.
“Eh,
mana boleh tidur terus. Dah seksi hati abang, senang-senang nak lepaskan diri.
Oh, tidak,” Punat ‘OFF’ di remote control televisyen dia tekan.
Tubuh
Adra melayang di udara dek dicempung Altaf. Hilang terus rasa mengantuk Adra.
Dia ketawa. Kelakar sungguh wajah tampan Altaf ketika itu. Dia bagi isyarat
sebenarnya tu. Eheh. Gatal juga ummi Anaqi pun, sekaki saja dengan si baba tu.
*****
TROLI
ditolak memasuki department makanan basah. Altaf pandang isterinya, mahu Adra
memilih lauk untuk sahur mereka nanti.
“Abang
nak makan apa? Ayam?” Altaf melihat di sekitar makanan laut. Teringin pula mahu
makan udang masak kari. Telan air liur sendiri, gulp.
“Emmm…
abang rasa nak makan udanglah. Sayang buat masak kari. Boleh?”
“Boleh
aje. Abang nak udang kecil ke besar? Selalu mama masak kari udang yang
kecik-kecik campur kacang buncis…”
“Bolehlah.
Ambil sekali udang besar pun okey jugak. Boleh goreng,” Adra pantas mencapai
plastik dan memasukkan udang-udang segar ke situ.
Mudah
sedikit kerja mereka. Anaqi ditinggalkan dengan Puan Najihah, senang mahu
bergerak ke sana sini. Anaqi pula jenis yang tidak kisah, asalkan dia tidak
mendengar suara baba dan umminya ketika ditinggalkan… semuanya akan baik. Tidak
meragam.
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam,”
Altaf menjawab tanpa memandang gerangan si pemberi salam. Spontan bibirnya membalas
salam. “Eh, Hajar. Ingatkan siapa. Datang seorang ke?” Sebaik mendongak, raut
Hajar yang sedang senyum mencuri pandangannya.
“Ha’ah.
Biasalah. Beli barang-barang untuk sahur. Bos pun seorang aje ke?”
“Eh,
taklah. Saya datang dengan isteri. Ada tu.”
Hajar
menghalakan pandangan di kaunter penimbang. Bibirnya mengulas senyum. Tahulah
dia bosnya itu tidak keseorangan.
“Oh…”
“Sayang,
ini Hajar. Staf abang,” Adra senyum manis kepada Hajar.
“Maaflah,
Hajar. Tangan saya kotor nak salam,” Hajar hanya tersenyum. Kerjanya tidak
habis-habis senyum.
Pelik
juga Altaf. Jarang sekali dia melihat Hajar tidak senyum. Tidak kiralah tekanan
bagaimanapun yang datang, gadis itu tetap akan memaniskan wajahnya dengan
senyuman. Memang patutlah Hajar kelihatan manis dan berseri-seri. Petuanya,
senyum.
“Tak
apa. Eh, dah lewat ni. Saya minta diri dululah ya. Jumpa lagi,” Altaf dan Adra
angguk kecil serentak. Hajar terus sahaja bergerak ke department lain, tidak
mahu mengganggu pasangan itu.
“Abang,
dia staf abang yang mana? Tak pernah kenal pun,” Mereka beriringan ke bahagian minuman
pula.
“Hajar
ni staf abang paling komited sekali, sayang. Dia jaranglah nak join majlis
staf-staf lain. Abang pun tak tahu kenapa. Tapi, kebanyakan staf-staf lelaki
yang masih bujang kat ofis abang tu dok pikat Hajar. Semuanya tak berjaya,” jelas
Altaf.
“Oh,
dia jual mahal kot. Orang pun comel. Aurat pun terjaga, semuanya labuh-labuh
belaka. Tinggal nak kenakan niqab aje. Cukup pakej. Abang tak terpikat pulak,”
Adra kerling Altaf yang sedang mengambil yogurt di rak.
“Ish,
sayang ni. Adra pun apa kurangnya. Cuma, sayang ni fesyen muslimah moden sikit.
Asalkan abang sayang, kan dah cukup,” Pandai Altaf membalas. Soalan maut tu.
“Iyalah
tu. Entah-entah, dulu pun abang dok cuba pikat dia jugak. Kan kan kan?” Altaf
berdecit.
Instinct
seorang isteri memang tepat dan padat ya. Tepat mengena di batang hidung
mancung dia ni. Tsk.
“Kalau
ya?”
Adra
menjeling Altaf.
“Lupakan
ajelah. Adra tak suka bermadu,” tegas Adra. Altaf gelak.
Nasib
baik mereka di tempat awam. Hendak mengusik pun tidak jadi, malu dek orang
nampak nanti.
“Tahu.
Itu benda lamalah, sayang. Nak beli apa lagi ni?”
“Kita
pergi department baby, abang. Adra
nak beli stoking dengan kasut Anaqi. Yang ada tu dah kecik,” Tangannya
dilingkarkan ke lengan sasa Altaf.
Orang
kata, lelaki ni apabila sudah berkahwin… berat mesti naik punya. Tetapi, lain
pula Altaf. Maintain. Tetap menjadi pengunjung gim.
Hajar
memerhati Altaf dan Adra dari jauh. Bernanah hatinya melihat kemesraan suami
isteri itu. Sudah dia kuatkan hati agar tidak sesekali melayan perasaannya
terhadap Altaf. Namun, semakin dia menjauh semakin rasa itu kuat. Setiap malam
dia bangkit, beristikharah. Dia mahukan jawapan untuk perasaannya itu. Kerap
kali jawapannya menunjukkan Altaf adalah orang yang tepat. Dia mengeluh kecil.
Masakan dia mahu merampas suami orang? Huhhh.
*****
8 Ramadhan 1435
FAIL
ditangan dihempas ke meja. Dugaan sungguh bulan puasa ini. Satu kerja pun tak
menjadi, dia pula yang naik angin. Intercom ditekan dan meminta setiausahanya
memanggil pembantu projek untuk kali ini. Raut Altaf yang jarang sekali tegang
bertukar tegas dan marah.
Ketukan
pintu menyedarkan Altaf. Dia duduk di kerusinya. Beberapa saat kemudian, muncul
Hajar bersama sebuah buku diari.
“Duduk,
Hajar,” arah Altaf tegas. Hajar menurut. Dia pelik kenapa orang atasannya itu
memanggilnya, tiba-tiba. Mulalah hatinya berbunga-bunga.
“Errr…
kenapa bos nak jumpa saya?”
“Awak
pasti awak tak tahu kenapa saya panggil awak?” Hajar geleng. Manalah dia tahu.
Altaf
hela nafas. Fail warna hitam ditolak kepada Hajar.
“Tak
tahu pulak saya yang Kareema Holding ni family
awak punya. Sepatutnya benda awak perlu beritahu saya, Hajar. Maklumat syarikat
sangat confidential. Apa jaminan awak
tak bocorkan maklumat kita?”
Hajar
tergamam.
“Bos,
memanglah Kareema Holding milik keluarga saya… tapi saya takkan bocorkan
maklumat syarikat pada sesiapa. I know
our companies rules, boss. Bos sendiri tahu saya macam mana kan…” Bengang pula
dituduh sebegitu.
Ayahnya
langsung tidak pernah bertanyakan perihal syarikat kepadanya. Apabila berada di
rumah, hal-hal kerja perlulah diletak ke tepi. Tiada sesiapa akan mengungkit
soal kerja melainkan hal itu penting. Masa di rumah hanyalah untuk keluarga,
bukannya perkara lain.
“Kalau
dah itu kata awak, saya nak awak undur diri dari projek ni. Saya akan letakkan
awak di projek yang lain. Jadi, saya harap awak faham,” Suara Altaf kembali
tenang. Rautnya juga tidak setegang tadi.
“Terima
kasih, bos. I will make sure that I won’t
leak our project details to others. So, you don’t have to worry, boss,”
Altaf mengangguk perlahan.
“Baiklah.
Awak boleh keluar…”
Hajar
pandang Altaf. Segak. Uhuk!
“Bos,
maaf. Hari ni bos berbuka dengan staf tak?” tanya Hajar, penuh harapan. Altaf
senyum dan geleng.
“Saya
berbuka dengan keluarga saya, Hajar. Kenapa?”
“Tak
ada apa-apa. Saya keluar dulu ya,” Hajar pantas menghilangkan diri dari bilik
bosnya itu.
Uish,
lagi lama dia berada dekat dengan Altaf… mahu tercabut jantung dia.
Nauzubillah. Sekali lagi dia menegaskan bahawa Altaf adalah suami orang. Dia
tidak akan sesekali merampas kebahagiaan orang lain. Tidak sesuai dengan personalitinya.
Mungkin istikharahnya masih belum sempurna.
*****
ADRA
menghulurkan mug berisi milo susu panas kepada Altaf yang baru pulang terawih.
Mereka berehat di ruang tamu. Anaqi pula sibuk bergolek berkuak lentang di atas
permaidani gebu di tengah-tengah ruang tamu. Buas.
“Abang,
ibu telefon tadi…” Adra duduk di sisi Anaqi. “… ibu nak buat kenduri doa
selamat sikit. Ibu nak abang jemput staf-staf abang tu,” maklum Adra.
“Bila?”
“Lusa
ni. Beriya aje ibu, siap ajak Adra pergi beli barang-barang nak masak. Esok ibu
datang ambil. Abang izinkan tak?” Adra pandang suaminya di sofa.
“Bolehlah.
Tak kasi karang, lebam bahu abang ni ibu tumbuk. Nak ajak Aisar, sibuk
memanjang. Lagipun, esok abang ada meeting
sampai petang,” balas Altaf sebelum menyisip minumannya itu.
“Abang,
Hajar yang kita jumpa hari tu kan, dah berpunya ke?” tanya Adra sambil
membaringkan Anaqi di tilamnya.
“Hah?
Manalah abang tahu sayang oi. Kenapa tiba-tiba tanya ni?” Pelik juga Altaf,
Adra mengungkit soal Hajar.
Bertemu
pun cuma sekali, takkan sudah kamcing kot.
“Tak
ada apa-apalah, abang. She’s beautiful.
Muslimah sejati. Adra suka tengok dia. I
thought… boleh buat kawan,” Altaf gelak lepas.
Diletakkan
mug di meja di sisi sofa. Dia duduk di sisi Adra. Tangannya sibuk mengusik pipi
tembam Anaqi yang sedang bermain itu.
“Tengoklah
keluarga dia macam mana, sayang. Alim-alim belaka. Abang respect ayah dia. Jujur dan ikhlas aje buat kerja. Yang tak
berkenannya staf syarikat ayah Hajarlah. Buat kerja culas, main-main…”
“Apalah
abang ni. Tak habis lagi emo abang tu. Janji abang tahu kan macam mana ayah
Hajar tu buat kerja. Positif, abang,” Tangan Adra mengusap bahu Altaf.
“Iyalah.”
“Hah,
sahur jap lagi abang nak makan apa?”
“Emmm,
Adra masak something yang simple dahlah. Abang makan aje,”
Senyuman terukir lebar.
Dek
geram, Adra kucup pipi Altaf. Apa lagi, berdekahlah Altaf ketawa. Tergeleng dia
dengan sikap selamba Adra. Selalu sangat buat riak who-cares dia tu.
“Abang,
simple Adra tu macaroons aje tahu. Tak pasal aje tengah hari abang balik minta lunch kat Adra. Haish, tak naklah
bersekongkol dengan orang tak puasa,” seloroh Adra.
“Janganlah
macaroons, sayang. Kebulur abang
nanti. Sayang…”
“Hmmm…”
“Kenapa
suka macaroons?”
“Abang…”
“Ya…”
“Kenapa
suka coffee latte?”
Altaf
usap kepala Adra lembut. Anaqi pula dengan dunianya sendiri. Malaslah dia mahu
mengganggu baba dan umminya.
“Sebab
abang suka coffee campur susu tapi tak
berapa nak sedap dan kelat. Jadi, abang tukarlah kepada coffee latte. Just nice,”
Jawapan Altaf membuatkan Adra terangguk.
Jadi,
alasan Altaf semudah itu. Sungguh, inilah kali pertama mereka mengungkit soal
kegemaran masing-masing. Hanya soal macaroons
dan coffee latte sahaja tidak
dibangkitkan sejak berkahwin.
“Adra
suka macaroons sebab Adra bayangkan macaroons tu ibarat perkahwinan. Couple. Just like us…” Adra peluk lengan Altaf erat. “… cantuman macaroons tu macam ikatan. They complete each other. Dan, macaroons tu lembut. Abang kan pernah
cakap… hubungan suami isteri memerlukan kelembutan dan toleransi. Itulah sebabnya
Adra suka macaroons,” jelas Adra.
“Oh.
Sayang ni fikir jauh. Bukan setakat kelembutan aje, sayang. Memahami pasangan
sangat penting. Abang nak Adra kuat nak tempuh sepuluh tahun pertama
perkahwinan kita ni. Bukan mudah nak kekalkan sesebuah hubungan tanpa
kefahaman. Banyak dugaan yang menunggu kita. Mungkin sekarang… kita bahagia
bertiga. Ke depan kita tak tahu lagi apa akan jadi,” hujah Altaf.
Tidak
mahu Adra leka.
“Terima
kasih, abang. Adra akan ingat pesanan abang. Abang pun sama eh. Jangan nak
menggatal pulak ya,” Dicubit lengan Altaf. Geram!
“Iyalah.
Abang sayang Adra aje tahu. Eh, tak. Anaqi sekali. Alolo, tak mengantuk lagi
anak baba sorang ni,” Diangkat tubuh debab Anaqi.
Hish,
geram sungguh dengan anak lelaki dia seorang ni. Mahu dicubit-cubit isi yang
berketul-ketul itu. Adra tergelak tatkala Anaqi ketawa dek dicium bertalu-talu
oleh Altaf. Gelilah tu. Haihlah anak. Semoga dia mengikut jejak Altaf yang
penuh kelembutan dan ketenangan itu. Senang hatinya.
*****
“ASTAGHFIRULLAHALAZIM…”
Hajar
mengusap dadanya yang berombak kuat. Mimpinya seakan-akan benar. Bibir Hajar berzikir.
Tidak mahu terbawa-bawa dek perasaan.
“Ya
Allah, Kau tunjukkanlah padaku kebenaran-Mu, petunjuk-Mu. Aku tidak mahu
tersilap langkah. Kau jauhkanlah aku dari fitnah dunia dan juga fitnah perasaan
manusia. Amin,” Kedua belah telapak tangan diraup ke wajah.
*****
11 Ramadhan 1435
HAJAR
memerhatikan Altaf dan Adra yang sibuk melayan Anaqi yang meragam. Entah
mengapa hatinya bagaikan tertarik untuk terus melihat adegan itu. Adakalanya
dia pening dengan hatinya. Kenapa dia begini? Ya Allah, aku buntu. Saat itu
mata Hajar bertembung pandang dengan Adra.
Adra
senyum manis.
Dibiarkan
Altaf yang memujuk Anaqi, Adra melangkah mendekati Hajar.
“Hai,
Hajar…” sapa Adra lembut.
“Hai…”
“Kenapa
tak join dia orang berbual? Duduk
sorang dekat sini seronok eh?” Hajar senyum.
Dia
lebih selesa bersendirian di gazebo berdekatan benteng batu rumah Haji Akasyah.
Staf-staf yang lain sibuk berbual riuh di beranda setelah pulang dari
menunaikan solat terawih di masjid berdekatan. Alang-alang esok adalah cuti
khas bagi syarikat mereka sempena ulang tahun syarikat.
“Saya
lebih suka sendiri, Adra. Tadi dah berbual sakan dengan dia orang. Kenapa
dengan Anaqi tu? Tak sihat eh?” Mata ditala pada Anaqi di dalam dukungan Altaf.
Sudah
tidak meragam lagi. Anaqi melentok sakan di bahu Altaf sambil babanya itu
mengusap belakangnya. Manja.
“Biasalah,
Hajar. Budak-budak. Macam-macam ragam dia. Tengah nak membesar ni kerja nak
bermanja ajelah kerjanya. Hajar bila lagi?”
“Hah?”
Terkejut
Hajar dengan soalan cepu cemas itu. Dia faham sangat maksud Adra biarpun
sekadar kiasan.
“Insha
Allah. Sampai jodoh Hajar, kahwinlah. Buat masa ni, malaslah nak fikir lagi. Single makes me comfortable…”
“Tak
elok membujang lama-lama sangat tahu. Sekurangnya, bila dah kahwin ni… stabil
sikit perasaan tu,” Hajar senyum nipis.
Terbit
kepelikan di benaknya.
Adra
seperti memaksudkan sesuatu… tetapi apakah?
“Sayang,
Anaqi nak susu ni,” Serentak Adra dan Hajar berpaling ke arah suara garau itu.
Adra
bangkit.
“Hajar
pergilah berborak dengan dia orang. Tak elok duduk seorang, akal mula berfikir
yang bukan-bukan. Insha Allah, bersosial benda yang baik mampu hilangkan resah
hati Hajar…” Mendalam sungguh kata-kata Adra.
“Ha’ah,
Hajar. Pergilah sana. Dia orang ada tanyakan awak tadi,” sampuk Altaf.
Hajar
bingkas berdiri. Tuan rumah sudah menegur, masakan mahu membantah. Betul juga
kata Adra itu. Lebih baik dia menyibukkan diri daripada memikirkan perkara yang
bukan-bukan.
Altaf
dan Adra pula beriringan masuk ke dalam rumah. Haji Akasyah dan Hajah Maryam pula
seronok melayan tetamu. Berbual sakan.
*****
Gelak
ketawa Anaqi riuh kedengaran di segenap bilik tidur. Bila sudah meragam,
mulalah si kecil itu mahu berjaga malam. Haih, anak oh anak. Adra senyum lebar
melihat keletah suami dan anak tersayang. Timbul perasaan yang tidak enak
tatkala mindanya terbayang renungan Hajar pada Altaf.
“Abang…”
“Iya…
sayang,” Meleret suara Altaf.
Adra
yang duduk di kerusi meja solek bergerak ke katil.
“Adra
tanya abang sesuatu boleh?” Altaf angkat wajahnya. Dipandang wajah comel Adra.
Terkedip-kedip mata Adra. Hai, lemah hati dia.
“Tanyalah,
sayang. Banyak-banyak pun tak apa,” Adra meniarap. Dia bermain dengan tangan
comel Anaqi.
“Abang
perasan tak Hajar macam ada sesuatu?”
“Hah?
Apanya?”
“Entahlah,
abang. Ni Adra punya pendapatlah eh. Adra pun tak tahu betul ke tak…” Adra
jeda. “… I feel like she love… you,” Altaf
tersedak.
Apa?
“Hey,
sayang. Jangan fikir bukan-bukanlah. Tak baik tahu menuduh orang tanpa usul
periksa,” Adra mengeluh berat.
Masalahnya
itulah apa yang dia rasa.
“Adra
pun tak pasti. Tapi, Adra ni perempuan tahu. Takkanlah setiap masa dia pandang
abang… tanpa ada rasa apa-apa. Setiap kali Adra tengok Hajar, mesti dia tenung
abang. Tak salahkan kalau Adra ada fikir yang bukan-bukan?”
Altaf
meletakkan jemarinya ke pipi mulus Adra penuh kelembutan.
“Adra,
kadang-kadang kita perlu butakan mata untuk sesuatu yang kita rasa tak perlu
untuk dibahaskan. Macam kes Hajar yang sayang cakapkan ni, abang tak dapat nak
komen apa-apa. Hati orang, perasaan orang… abang tak ambil tahu. Apa yang abang
tahu, perkahwinan sebuah ikatan murni. Jangan cemarkan dengan sifat buruk
sangka. Faham?”
Adra
senyum lalu mengangguk.
Dia
faham sangat.
“Terima
kasih, abang. Cuma, Adra nak abang pertimbangkan soal Hajar. Kalau betul dia
ada hati kat abang, abang kenalah betulkan pandangan dia. Adra tak nak nanti
ada salah faham. Takdir kita di masa hadapan, mana kita tahukan,” Altaf gelak.
Nampak
sangat Adra cemburukan Hajar. Cara Adra bercakap memanglah lemah lembut, tetapi
Altaf faham sangat. Ada sesuatu yang tidak kenalah tu.
“Insha
Allah. Adra doakan yang baik-baik aje. Hati abang ni kecil aje, sayang.
Muat-muat aje untuk sayang dan anak-anak. Mana ada space lagi dah untuk orang lain,” seloroh Altaf bersahaja.
Adra
mencebik.
“Iyalah
abang tu. Ayat tu cliché lah abang.
Semua orang boleh cakap. Tapi, sekarang ni memang Adra percayakan abang.
Jadinya…”
Adra
bingkas bersila.
Altaf
pandang Adra pelik.
“Apa
sayang ni?”
Anaqi
sudah terkebil-kebil memandang baba dan umminya. ‘Jangan bergaduh, baba, ummi.’
Itulah gamaknya Anaqi fikir. Uhuk.
“Cium
sikit…” Pipi Altaf menjadi sasaran bibir Adra.
Ummi
ni bermanja tak bertempat.
“Abang
ingatkan apalah tadi. Sayang ni. Tidurkan Anaqi dulu, nanti nak sahur pulak,”
Seketika kemudian, dibalas kembali kucupan hangat di ubun-ubun Adra. Adra
senyum manis.
Semoga
kebahagian masih milik mereka. Insha Allah.
*****
14 Ramadhan 1435
SALING
berpegangan tangan pulang dari masjid, romantiklah sangat. Senyuman manis
sahaja yang meniti di bibir Altaf dan Adra. Sengaja mereka berjalan perlahan,
mahu mengambil angin malam di bulan Ramadhan ini. Indah rasanya… ditambah pula
berada dekat dengan orang kesayangan.
Anaqi
ditinggalkan bersama Nayli di rumah Encik Farhan. Hari ini giliran rumah Encik
Farhan pula makan besar bersama anak menantu dan cucu-cucu. Riuh jugalah
walaupun hanya keluarga kecil. Tinggal Altaf dan Adra sahaja di belakang
sedangkan yang lain sudah tiba di rumah agaknya.
“Seronokkan
abang dapat solat terawih?”
“Mestilah.
Abang pernah terfikir, alangkah indahnya kalau terawih tu sepanjang masa. Tapi,
abang sedar sebulan di bulan Ramadhan sudah cukup. Barulah kita tahu menghargai
bulan indah ni…”
Adra
senyum.
“Alhamdulillah.
Di bumi Malaysia kita ni memanglah berpuasa di bulan Ramadhan aje, abang. Bukan
di bumi saudara Islam kita di Gaza, Syria sana. Teringin Adra nak ke sana,”
Altaf pandang ke sisi.
Langkah
mereka terhenti.
“Sayang,
senjata orang mukmin adalah doa. Kalaupun kita ke sana, tapi tidak mampu menghilangkan
kesengsaraan mereka… useless. Abang
tak cakap yang kita tak boleh ke sana, cuma abang ada pendapat abang sendiri,”
Adra melangut sedikit.
“Apa
pendapat abang tu? Kongsilah dengan Adra…”
“Kita
singgah taman,” Altaf menarik tangan Adra ke taman permainan berdekatan.
Mereka
duduk di kerusi batu yang terdapat di taman itu.
“Abang,
sharelah. Manalah tahu ada baiknya
Adra boleh kongsi dengan kawan-kawan,” Altaf gelak.
Aduh,
bini aku ni. Innocent sangat. Dicubit
lembut hidung Adra. Entahlah kenapa, setiap kali dia pandang wajah comel Adra…
kasih sayangnya semakin bertambah. Yang pasti tidak pernah berkurang. Benarlah
kata Hajah Maryam, bercinta selepas kahwin sangat indah dan ‘bersih’. Bersih
dari dosa dan fitnah dunia. Subhanallah.
“Buat
apa kita ke sana sedangkan kita tahu di negara sana sedang berlaku peperangan?
Bukanlah maksud abang tak boleh membantu. Abang pun kalau boleh nak syahid di
sana. Tapi… bagi abang, abang belum cukup kuat fizikal dan mental. Mulut
memanglah sanggup untuk membantu, tapi bukan dengan hati yang murni… kosong. Sebelum
ni, abang ada berniat untuk ke Syria atas alasan bantuan kemanusiaan. Saat
akhir abang tarik diri,” Dihela nafas berat.
“Kenapa?”
“Sebab
abang tahu, abang cuma mampu berdoa. Abang tak layak ke sana. Abang lebih sayangkan
keluarga abang di sini. Setiap masa abang minta ampun sebab abang tak mampu nak
bela saudara Islam kita di sana. Macam abang cakap tadi, doa tu senjata orang
mukmin. Insha Allah, doa kita akan sampai… termakbul. Biarpun tak di sana
bersama mereka sekurang-kurangnya kita di sini baik-baik sahaja, berusaha untuk
mereka. Adra dapat tak maksud abang?”
“Emmm…
apa yang Adra faham. Adra bagi contohlah eh. Contohnya Adra ke sana, tapi sampai
sana Adra mati. Tak dapat lagi dah nak berjuang dengan mereka. But, if we’re here… kita masih boleh
berdoa, menghulurkan bantuan. Sekurang-kurangnya, kita boleh spreadkan dakwah kita di sini,” Kepala
Adra diusap dek Altaf.
Bijak
juga otak isteri kesayangan dia ni.
“Ini
pendapat abang aje tau. Simpan diam-diam. Abang tak ke sana sebab abang
pengecut. Abang penakut,” Adra menggeleng laju.
“Taklah.
Abang masih ada tanggungjawab di sini. Macam mana dengan Adra, Anaqi dan yang
lain kalau abang tak ada. Setakat ni aje kita mampu membantu mereka. Ajal tu
kan ditangan Allah. Selagi nyawa kita ni masih ada, berjuang demi agama kita.
Abang sendiri yang pernah cakap dengan Adra. Kan?”
“Eee…
lama-lama abang tengok sayang ni, geramlah. Rasa macam nak cubit-cubit aje,”
Kedua belah pipi Adra sudah pun dicubit lembut Altaf.
Elok
sangatlah tu. Altaf geram tengok Adra, Adra pun sama. Sehati sejiwalah sangat.
Kononnya.
“Adoi,
abang ni. Public ni, tak pasal kena
tangkap basah. Naya aje…”
“Apalah
sayang ni. Macamlah kita ni tak kahwin lagi. Keluar seorang pewaris dah pun.
Jomlah kita balik. Rindu pulak kat teruna seorang di rumah tu,” Adra gelak
perlahan.
“Iyalah,
abang. Nak abang kendong boleh? Sakit kakilah…” Tak sah kalau tak buat comel si
Adra ni.
“Sayang
sendiri yang cakap ni tempat public, nak kendong buat apa?”
Adra
peluk lengan Altaf erat.
“Alaaaa…
nak abang kendong jugak. Abang asyik kendong Anaqi aje, Adra pun nak jugak.
Please…” Dikebilkan mata.
Apa
lagi, terus berdekahlah tawa si Altaf.
“Iyalah.
Cepat,” Altaf membongkokkan badannya.
Adra
senyum melebar. Ah, seronoknya dunia. Sayang abang ketat-ketat.
Untunglah
Adra punya suami si abang sado gagah perkasa. Setakat badan kecil dia tu, tak
sempat nak penat. Eheh.
“Love you, abang…” bisik Adra di telinga
Altaf.
Altaf
senyum.
“Love you too, sayang…” Adra jatuhkan
kepala ke bahu suaminya. Suami kita romantik, okey.
*****
15 Ramadhan 1435
LANGKAH
diatur penuh berhati-hati. Kelibat tiga orang yang mahu bertemunya sudah
kelihatan di gazebo taman rekreasi berdekatan dengan pejabatnya. Mahu bertemu
di restoran, sekarang ini adalah bulan Ramadhan.
“Assalamualaikum…”
Tiga
pasang mata memandang si gerangan pemberi salam.
“Waalaikumsalam…”
Jawab ketiga-tiganya serentak.
Datuk
Kareem menghulurkan kepada Altaf. Altaf dapat menangkap Hajar di sebelah isteri
Datuk Kareem. Gadis itu menekur ke lantai. Kenapakah?
“Maafkan
saya. Terpaksa ajak Aqhar bertemu di sini. Hendak ajak Aqhar ke rumah, tidak
manis pula. Jadi, di sinilah kita,” ujar Datuk Kareem.
“Tapi
kenapa ya?”
“Duduklah
dulu, Aqhar. Kita bincang secara damai,” Altaf duduk bersebelahan dengan Datuk
Kareem.
Hajar
gigit bibir. Dia tidak mampu mahu mengangkat wajah. Panas mukanya dek menahan
malu.
“Aqhar
sudah beristeri kan?” Altaf mengangguk. “Pilihan sendiri atau keluarga?” tanya
Datin Hashima lagi.
“Kedua-duanya…”
Datuk
Kareem memberi isyarat pada isterinya agar tidak meneruskan persoalannya.
“Sebenarnya,
kami berasa serba salah mahu menyampaikan hajat kami ni. Tapi… keadaan akan
jadi teruk kalau benda ni berlarutan,” Datuk Kareem mula masuk ke tujuan asal
mereka bersua.
Altaf
kerut dahi.
“Ada
apa, Datuk? Saya ada buat benda yang salah ke?” Manalah tahu kalau dia ada
tersilap dalam menguruskan projek sebelum ni ke. Ataupun, dia ada mengguriskan
hati Hajar?
“Susah
untuk kami…”
“Hajar,
anak perempuan kami ni dah jatuh hati pada kamu. Kami nak kamu berkahwin…”
Potong Datin Hashima.
Tergamam
Datuk Kareem, Altaf dan Hajar dibuatnya. Yang paling terkejut, Altaflah. Benda
mengarut apa ini yang sedang berlaku?
“Shima,
biar abang yang bercakap,” tegas Datuk Kareem berkata pada Datin Hashima.
Isterinya itu menjeling geram.
Hajar
diam tidak berkutik. Dia malu… tersangat malu.
“Macam
ni, Aqhar. Saya harap Aqhar bertenang. Mungkin ada jalan lain lagi yang boleh
membantu. Sebenarnya… betullah cakap auntie
tu, Hajar sudah jatuh cinta dengan kamu. Hajar sudah beristikharah. Jawapannya
memang adalah kamu, Aqhar,” jelas Datuk Kareem dengan nada yang tenang.
Tidak
mahu menakutkan Altaf.
Altaf
pandang Hajar buat seketika. Kes berat ni.
“Kamu
jangan main-main ya, Aqhar. Anak kami ni bukan mainan,” Hajar getus pinggang
ibunya. Tidak suka Datin Hashima berkata sebegitu.
“Maaf,
Datuk, Datin. Saya pun terkejut dengan perkhabaran ni. Tak pernah saya expect benda ni. Tapi, maafkan saya.
Mungkin istikharah Hajar punya kekurangan. Sungguh, saya langsung tak simpan
apa-apa perasaan pada Hajar. Saya cuma anggap Hajar sebagai staf saya aje.
Lagipun, saya dah ada isteri dan anak. Tak sanggup saya nak menduakan isteri
saya,” Panjang Altaf berhujah.
Itulah
hakikatnya.
Untuk
menduakan isteri tercintanya itu, mustahil. Tidak mungkin akan berlaku.
“Senangnya
kamu bercakap ya, Aqhar. Yang teruknya anak kami ni. Siang malam asyik
teringatkan kamu. Ini jalan terbaik. Kamu nak Hajar menanggung dosa sebab terlalu
sayangkan kamu? Fikirlah Aqhar,” balas Datin Hashima tegas.
“Ibu…”
Baru kedengaran suara Hajar.
“Shima,
sabar kejap. Benda ni kena berbincang secara aman, bukannya begini cara nak
selesaikan masalah. Aqhar tak mahu fikir dulu?”
Altaf
mengeluh tanpa sengaja.
“Buat
masa ni, susah untuk saya buat keputusan. Saya sayangkan isteri saya dan untuk menduakan
dia adalah sangat mustahil,” Tergeleng Altaf dibuatnya.
“Ayah…
ibu, sudahlah. Jomlah kita balik,” Belum Hajar berdiri, Datin Hashima menahan.
“Aqhar,
rasanya lelaki dibenarkan beristeri empat kan? Jadi, apa salahnya?” Datuk
Kareem hanya mampu mengeluh. Kesal dengan kegelojohan si isteri.
Aqhar
pandang Datin Hashima sekilas. Disebabkan dia menghormati wanita itu, dia cuba
bersabar.
“Datin,
perkahwinan saya baru dua tahun lebih. Masih baru lagi. Mungkin bagi Datuk dan
Datin… Hajar juga, perkara ni mudah. Tapi, bukan saya yang masih punya jati
diri dan punya tanggungjawab pada isteri dan anak saya. Sayang saya pada isteri
tak mampu untuk saya khianati dia. Saya harap Datuk dan keluarga faham. Hajar, awak
fikirlah sekali lagi. Awak kenal saya dan Adra, mintalah doalah dengan hati
yang bersih dan suci. Bukan dengan hati yang alpa. Minta diri dulu.
Assalamualaikum…” Tidak mampu lagi dia berada di sini.
Altaf
beredar. Tinggalkan Datuk Kareem, Datin Hashima dan Hajar yang terkedu dan
terpaku akan kata-kata Altaf.
“Shima,
tolonglah jangan bertindak melulu. Aqhar bukan lelaki yang mudah untuk
ditundukkan. Hajar, betul Hajar sayangkan Aqhar?”
Hajar
angkat wajahnya. Suram.
“Mungkin
betul kata Aqhar, ayah. Istikharah Hajar banyak cacat celanya. Ayah dan ibu
beri Hajar masa lagi,” jawab Hajar lembut.
Datin
Hashima mendengus.
Marah
pula dia pada suami dan anak perempuannya itu. Memanglah Altaf sudah punya
isteri dan anak, tetapi apa salahnya lelaki itu berkahwin dengan Hajar. Lelaki
boleh berkahwin empat apa. Cantik sangatkah… baik sangatkah isteri Altaf itu?
Sehinggakan bos Hajar itu tidak mahu menduakan isterinya. Huh!
*****
TALI
leher dirungkai kasar. Tubuh dihempas ke sofa. Kepala disandarkan ke belakang
sofa, mata menadah ke syiling. Semak fikirannya dek peristiwa tadi. Hatinya
memberontak. Siapa yang tidak geram jika diminta berkahwin dengan perempuan
yang langsung tidak disukainya.
Lain
kisahnya dengan Adra. Pertama kali dia bertemu dengan isterinya itu, sudah
wujud perasaan suka. Jika tidak, tiada maknanya dia menerima cadangan ibunya
dulu. Innocent girl yang
terlanggarnya tanpa sengaja. Dia belum pernah lagi mengungkit soal itu kepada
Adra. Manalah tahu jika isterinya itu tidak perasankannya.
“Abang,”
panggil Adra. Kerutan jelas di dahi.
Altaf
masih memandang ke syiling.
Adra
melangut. Kosong sahaja syiling itu. Apa yang dipandang Altaf?
Dek
geram sangat panggilannya tidak berjawab, Adra duduk di riba suaminya. Hampir
sahaja Altaf menolak tubuh Adra disebabkan terkejut. Adra ketawa lucu.
“Abang
fikir apa? Adra panggil banyak kali tak dengar…”
“Iya
ke? Sorry. Abang tak perasan. Penat
sangat kot,” Adra cebik. “Anaqi mana?” soal Altaf apabila tidak nampak anak
lelaki dia yang seorang itu.
“Tidurlah
dia. Awal pulak abang balik hari ni. Ada apa-apa ke?” Altaf geleng laju.
Jujur
itu perlu tetapi sekarang bukan masanya untuk memberitahu tentang Hajar. Adra
sendiri pernah mengusulkan hal yang sama beberapa hari lepas. Kuat juga firasat
seorang isteri rupanya.
“Abang
tak sihat sikit, itu yang balik awal,” Adra usap dahi Altaf yang berpeluh. Sambil
itu dia berdoa, janganlah Altaf disinggahi penyakit.
Altaf
kalau sudah sakit, susah nak sembuh.
“Iya
ke ni? Tak apalah, abang rehat. Naik mandi dulu ke apa. Adra nak pergi masak,”
Belum pun Adra sempat bangun, tangan Altaf cepat menangkap pergelangan tangan
isterinya.
Adra
tenung suaminya pelik.
“Sayang,
abang nak buat pengakuan,” Erk, bertambah peliklah Adra dibuatnya.
“Just say it…”
Altaf
renung wajah comel Adra dengan pandangan redup. Mata ke mata, hati ke hati.
Ehek.
“I love you now and forever. No one can
replace you. Sayang, percayakan abang sekarang dan selamanya,” kata Altaf
bersungguh-sungguh.
“Kenapa
abang ni? Adra tahulah. Abang tak cakap pun Adra percayakan abang. Dahlah.
Abang pergi naik atas, mandi. Biar segar sikit. Dah macam asam jawa dah Adra
tengok,” Ditekap telapak tangan ke pipi Altaf dan digelengkan perlahan.
Terletus
tawa Altaf. Comel sangat Qutnina Khadra kepunyaan dia ni.
“Iyalah.
Jom, abang hantar pergi dapur…” Erk?
Adra
gelak. Haih, encik suami. Sweet
sangatlah awak ni. Sayang… sayang… sayang. Sayang sangat. Terbuai Adra
dibuatnya sepanjang dicempung Altaf ke dapur. Matanya asyik pandang suami terchenta sahaja. Angau tahap… tak mampu
nak huraikan lagi dah. Eheh.
*****
PERGERAKAN
Altaf mengganggu lena Adra. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Selalunya, letak
sahaja kepala di bantal… Altaf sudah lena. Malam ini, payah pula. Pasti ada
sesuatu yang mengganggu fikiran suaminya itu. Adra bingkas duduk. Ditoleh ke
sebelah kanannya.
“Abang
nak milo atau susu panas? Adra buatkan,” Lembut Adra menyoal. Altaf bangun.
“Tak
susahkan Adra ke?”
“Ish,
abang ni. Macamlah baru kenal Adra semalam. Abang tunggu sini, Adra turun bawah
kejap. Kalau tak boleh sangat, abang solat sunat. Okey?” Altaf angguk kecil.
Betul
juga kata Adra. Lebih baik dia bersolat sunat. Menghilangkan sedikit keresahan
hati.
Adra
pantas melangkah ke dapur.
Altaf
pula menapak ke bilik air. Sebelum itu, dia melihat Anaqi yang sedang tidur
nyenyak itu. Lena sungguh. Padahal menurut Adra, Anaqi banyak tidur sahaja hari
ini. Penat apa pun tidak tahu. Baba dia juga yang tak boleh lena. Gara-gara
memikirkan tentang Hajar.
Huh,
itu satu hal. Mahu jujur pada Adra atau menyelesaikan sendiri sahaja masalah
itu. Ugh! Stress. Air yang mengalir
di celahan jemari, menenangkan sedikit hati yang walang.
Takbir
diangkat penuh keinsafan.
*****
16 Ramadhan 1435
TELEFON
bimbit dipandang sepi. Nafas yang semput dihela perlahan. Panggilan dari
seseorang tadi, menyesakkan dada. Patutlah semalam Altaf kelihatan resah dan
serba tidak kena. Rupanya ini yang berlaku. Anaqi yang sedang bergolek di
totonya menangis kecil.
“Ala,
kenapa menangis ni sayang ummi?” Bertambah kuat Anaqi meraung. Haish, macam
tahu-tahu pula ummi dia ni tengah menangis. Dalam hati yang paling dalam.
Mahu
meraung seperti Anaqi, Altaf sudah berpesan agar mempercayai dirinya. Sudahnya,
dicekalkan hati sehingga dia mendapatkan penjelasan dari Altaf sendiri.
Ditepuk-tepuk
belakang Anaqi untuk menghentikan tangisan si kecil itu. Ada tiga sebab sahaja
Anaqi menangis. Lapar. Pampers. Rindukan baba dia. Lapar dan pampers rasanya
tidak. Rindu babalah ni. Ummi pun rindu juga.
Beberapa
saat kemudian, telefon bimbit Adra berdering. Abang!
“Assalamualaikum…”
sapa Adra terlebih dahulu.
“Waalaikumsalam.
Sayang, abang nak buat video call.
Kejap,” Adra tergelak kecil. Terus senyap Anaqi yang bising tadi.
“Anaqi
sayang baba, buat apa?” Anaqi gelak comel. Tangannya digawang ke dada telefon
yang dipegang Adra.
Bayi
yang sedang meniarap itu cuba menggapai telefon bimbit umminya. ‘Nanak baba,
jerit hati Anaqi.
“Anaqi
menangis ke, sayang?”
“Ha’ah.
Dengar aje suara abang terus aje senyap. Rindu abanglah tu,” balas Adra.
“Alolo,
sayang anak baba ni. Baba dah nak balik ni, Anaqi tunggu tau…”
“Eh,
awalnya abang nak balik. Baru tengah hari,” Adra pandang jam dinding. Ataupun…
Altaf sudah mengetahui tentang itu? Mungkin juga. Tiba-tiba sahaja hendak
pulang awal.
“Ada
benda abang nak selesaikan dengan Adra. Setengah jam lagi abang sampai rumah. Babai, Anaqi sayang. Tunggu baba tau. Sayang,
jangan fikir bukan-bukan eh,” Sempat lagi dia berpesan.
“Iyalah.
Bawa kereta elok-elok. We love you,
abang,” kata Adra sebelum talian dimatikan.
Nampak
gayanya Altaf memang sudah tahulah tentang panggilan yang diterimanya tadi.
Sudah pasti Hajar yang melaporkan pada Altaf. Sabar sajalah sehingga Altaf
pulang. Jawapan yang nyata dan jelas akan diperolehnya. Dia bukanlah perempuan
yang sempurna. Punya perasaan iri hati, cemburu… tidak senang hati juga.
*****
WAJAH
comel Adra dipandang. Adra tetap tenang. Ada masanya Altaf keliru. Benarkah
isterinya itu sayangkan dia? Tambahan pula, Adra masih muda. Pasti punya banyak
impian. Takkanlah tiada sekelumit rasa cemburu atau marah pun pada dia. Iyalah.
Sekarang ini… Adra sudahpun mengetahui perkara sebenar tentang hajat keluarga
Hajar.
“Adra,
abang tak pernah tanya Adra pasal benda ni. Tapi, hari ni… abang nak Adra jujur
dengan abang,” Altaf memulakan terlebih dahulu.
“Tanyalah,
abang. Adra akan jawab secara jujur selagi benda tu tak menyakitkan hati Adra,”
balas Adra.
Dia
memang tenang. Tetapi bukan hatinya. Habis berkeladak sudah. Jika keputusan
yang dibuat Altaf mampu memusnahkan rumah tangga mereka, tak mustahil dia akan
hamburkan segala kemarahannya yang disimpan sejak mendapat panggilan dari Datin
Hashima tadi.
Altaf
capai tangan Adra, digenggam erat tangan yang lembut itu.
“Abang
tak pernah terfikir nak duakan Adra. Sekalipun tak pernah walaupun perempuan
seperti Hajar yang muncul. Cuma, abang keliru dengan Adra. Adra tak pernah
tunjuk Adra cemburu. Explain…”
Adra
kerut dahi. Tidak pernah?
“Abang,
Adra sayangkan abang. Tak cemburu tak semestinya Adra tak sayang abang. Adra
cemburukan Hajar, abang. A lot. Cuma,
Adra tak nak abang susah hati atau fikir bukan-bukan kalau Adra terlalu
cemburukan mana-mana perempuan yang dekat dengan abang. Pertama kali Adra jumpa
Hajar, Adra dah sakit hati. Dia pandang abang penuh kasih sayang. Adra pernah
bincang dengan abang pasal ni kan. Abang aje yang ingat Adra main-main. Tak
serius,” Adra menarik tangannya dari genggamannya dan memeluk tubuh.
Altaf
terkedu.
“Ikut
suka abanglah nak fikir apa pun. Kalau abang memang nak sangat Hajar jadi
isteri kedua abang, Adra terima. Tapi… lepaskan Adra. Fullstop,” Tergamam terus Altaf dibuatnya.
Altaf
tarik kedua belah bahu Adra agar menghadapnya.
“Apa
Adra cakap ni? Abang tak pernah sayangkan Hajar. Adra dah lupa apa yang Adra
janji dengan abang? Adra akan percayakan abang kan walauapapun yang jadi.
Takkanlah sebab Hajar, Adra nak abang lepaskan Adra. Nonsense. Cuba berfikir dengan akal bukannya dengan lutut,” marah
Altaf. Dadanya berombak.
Adra
diam.
Pada
awalnya, dia memang sudah boleh bertenang. Tetapi apabila teringat akan
kata-kata Datin Hashima, dia gagal mengawal perasaannya.
“Istikharah
Hajar tunjukkan abang orangnya. Apa yang kita boleh buat? Mustahil nak
pertikaikan petunjuk Allah. Abang sendiri tahukan benda ni?”
“Adra…
Enough. Hajar mungkin silap. Pandang
abang. Adra…”
Adra
masih berkeras. Matanya hanya menekur ke permaidani. Mujur sahaja Anaqi tidur,
tidak perlu dia melihat baba dan umminya bergaduh.
“Qutnina
Khadra, listen to me. Please. We have to make it this matter clear. Abang langsung tak sayangkan
Hajar. Believe me. Adra kenal
abangkan. Since the first we met, I’ve
fall in love with you. No other women but you… Qutnina Khadra Farhan. Only you,” Altaf kembali bernada
perlahan dan lembut.
Adra
statik. Tanpa perasaan. Air mata yang tiba-tiba mengalir, disapu kasar.
Altaf
mengeluh berat.
“Adra…
abang tak tahu apa yang Datin cakapkan pada Adra. Tapi, abang harap Adra
fikirlah betul-betul. Dari awal lagi, abang dah tolak permintaan keluarga Hajar
untuk satukan kami. Abang ada prinsip abang. Abang takkan sesekali duakan Adra.
Not even once…”
Lirih
suara Altaf. Adra terkaku apabila belakang tangannya merasakan titisan air.
Altaf menangis. Wajah tampan yang menunduk itu dipandang Adra. Sungguhlah Altaf
menangis. Hidung lelaki itu merah.
“Abang
tak salahkan Adra kalau Adra masih tak percayakan abang. Ikut suka Adralah nak
fikir apa, abang rela. Satu aje yang abang mintak, jangan pernah berhenti
sayangkan abang. Kali pertama abang pandang Adra… selamanya hanya Adra di hati
abang,” Sebak suara Altaf menutur kata.
Adra
mati kata.
“Awak
Adra kan, isteri Aqhar? Saya Datin Hashima, ibu Hajar. Saya tak nak habiskan
masa, terus saja ke agenda utama ya. Selama saya besarkan anak saya, Hajar…
belum pernah saya tengok dia terseksa seperti hari ni. Dia sayang dan cintakan
suami awak. Saya harap awak pertimbangkan soal bermadu. Mungkin berat bagi
awak, tapi tolonglah. Fikirkan demi seorang perempuan yang terseksa kerana
terlalu mencintai seorang lelaki. Hajar mungkin mampu untuk membahagiakan
Aqhar. Who knows right? Awak
fikir-fikirkanlah, nanti saya hubungi awak lagi…”
Kata-kata
itu kembali berputar di minda Adra. Semudah itu Datin Hashima meminta dia
bermadu dengan Hajar. Seperti memasukkan secubit garam ke dalam kari.
Adra
capai jemari Altaf. Dilagakan dahi ke dahi Altaf yang menunduk itu.
“Adra
percayakan abang. Cuma, Adra perlukan masa untuk berfikir. Adra buntu bila
Datin macam mendesak. Abang langsung tak bagitahu Adra pasal pertemuan dengan
keluarga Hajar. Abang… Adra tenang sebab Adra tak nak abang susah hati. Abang
hero Adra, takkan senang-senang Adra lepaskan abang untuk orang lain. Adra tak
boleh terima Datin serbu Adra macam tu…”
Lembut
Adra bersuara.
Pantas
Altaf menarik Adra ke dalam pelukannya. Dia lemah. Lemah dalam menegakkan
kemahuan hatinya.
“Sudahlah,
abang. Tak elok menangis dalam bulan puasa ni. Terbatal pulak puasa nanti. Malam
nanti kita bincang lagi pasal ni. Adra minta maaf, abang. Bukan niat Adra nak marahkan
abang atau tak percayakan. Maafkan Adra eh,” Altaf usap kepala Adra.
“Abang
maafkan. Tapi, lain kali jangan pernah pertikai kesetiaan abang pada sayang. You always in my heart. Abang tak
sukakan perubahan. Kita bersemuka dengan Hajar. Only Hajar. Boleh?”
Adra
angguk dalam pelukan.
*****
17 Ramadhan 1435
“HAJAR,
awak yakin dengan istikharah awak?” tanya Adra terus. Dia malas mahu bengkak
bengkokkan lagi keadaan. Biar semuanya selesai sekali gus.
Hajar
diam. Menekur ke lantai. Mereka bertiga bertemu janji di sebuah taman rekreasi.
“Awak
berdiam macam ni, perkara takkan selesai. Apa yang hati awak nak berkaitan
dengan masa depan kita. Awak sanggup biarkan semua ni jadi teka teki? Tanpa
jalan keluar?” Altaf pula bersuara.
“Sa…
saya sendiri tak tahu macam mana nak cakap. Istikharah saya selama sebulan
menunjukkan awak, Aqhar. Maafkan saya, Adra. Tapi, inilah petunjuk yang bagi
saya adalah realiti…”
Sesak
nafas Adra. Soal istikharah bukannya boleh dibuat main.
“Okay, let’s say your istikharah is true.
Awak masih nakkan suami saya? Hajar, semua perempuan takkan sanggup bermadu…
termasuk saya. Maafkan saya kalau saya berkurang ajar memandangkan awak lebih
senior dari saya. Saya terpaksa tegas. Ini perkahwinan saya dan permintaan awak
sekeluarga boleh meranapkan rumah tangga kami yang masih baru ni. Masih dalam
fasa saling mengenali satu sama lain,” hujah Adra panjang.
Altaf
sendiri terkejut dengan ketegasan isterinya itu. Riak comel itu juga serius.
“Tapi,
saya sanggup bermadu,” Lancar sahaja Hajar bersuara. Tiada langsung nada
perasaan bersalah.
Adra
hela nafas lembut. Tangannya erat dalam pegangan Altaf.
“Hajar,
awak sanggup bermadu sedangkan awak tahu dan jelas yang saya takkan berlaku
adil. Awak tak kisah kalau saya lebihkan Adra berbanding awak? You clear enough about this, Hajar. I love
my wife very much. No one can replace her. No one can share my love besides
her. Don’t even make any assumption about future. You will regret it. Saya
anggap awak hanya sebagai staf sahaja. Tak pernah lebih. Kalau betullah
istikharah awak menunjukkan saya adalah orangnya, awak tunggu pula istikharah
saya. Saya dah habis cakap. Jom Adra,” tegas sekali Altaf menegakkan
keadaannya.
Hajar
terpaku.
“Hajar,
kosongkan hati ketika beristikharah. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi
pada Aqhar. You’ll ruin the answer. Kalau
hati awak penuh dengan rasa cinta pada Aqhar, keputusannya juga akan menunjukkan
apa yang hati awak nak. Tell yourself to feel
other women feeling too. Jangan terlalu meninggi diri, itu ego namanya,”
tukas Adra sebelum beredar.
Air
mata Hajar mengalir menghantar pemergian Altaf dan Adra.
Benarkah
apa yang dikatakan oleh Adra itu? Dia ego. Terlalu memandang tinggi pada
kelebihan diri. Ya Allah, apa yang sebenarnya aku mahukan? Kau bantulah
hamba-Mu yang lemah dan tidak berdaya ini. Jika aku tersesat, Kau sedarkanlah
aku. Ya Robb, aku berserah pada petunjuk-Mu. Amin.
*****
ALTAF
memandu tenang membelah jalan raya. Tangan kirinya erat memegang jemari Adra
sementara tangan kanan mengawal stereng. Dibiarkan isterinya itu menangis,
mungkin hati Adra akan tenang sedikit.
“Abang,
tak nak balik rumah ibu dulu. Adra tak kuat nak facing dia orang. Please,”
rayu Adra dalam tangis yang masih bersisa.
“Iyalah.
Kita balik rumah dulu. Abang call ibu
minta jagakan Anaqi dulu untuk malam ni. Okey?”
Adra
angguk lemah.
Sebelum
pulang, Altaf membeli makanan untuk berbuka puasa dahulu. Sudah tentu Adra
tiada mood untuk memasak.
*****
22 Ramadhan 1435
TIGA
hari masa diambil Altaf untuk menyelesaikan kekusutan yang melanda. Bukan mudah
untuk membuat keputusan. Tetapi, dia mengharapkan keputusan yang diambil ini
mampu memberi ketenangan pada ketiga-tiga mereka. Biarlah keluarganya dan
keluarga Adra tidak mengetahui tentang Hajar buat sementara waktu. Dia pasti,
ini hanyalah dugaan yang harus dia dan Adra harungi.
Anaqi
melangut. Dia pandang babanya yang sedari tadi asyik mengelamun. Jemari comelnya
menguis betis babanya yang duduk melunjur kaki itu. Anaqi yang sedang meniarap
cuba pula naik ke riba Altaf apabila babanya masih tidak sedar dari lamunan.
Haish, baba ni. Takkanlah rindukan ummi. Ummi ada di dapur saja pun.
Dek
geram Altaf tidak melayannya, Anaqi menangis. Hambik baba, nasib baik tak
tertendang si Anaqi comel tu.
“Alolo,
sayang baba. Maaf,” Altaf angkat Anaqi. Terus senyap. Macam ini rupanya mahu
mengenakan babanya. Fa… ham.
“Kenapa,
abang?”
“Errr…
abang ralit tengok cerita kat tv tu. Tak perasan Anaqi nak main dengan abang,”
Tipu Altaf. Mahunya kena pelangkung dengan sudip jika perihal keputusannya itu
yang menyebabkan dia mengelamun… tidak melayan Anaqi.
“Apalah
abang ni. Terkejut Adra. Abang bawalah Anaqi keluar, bosan kot tu. Kejap lagi
Adra teman. Sikit aje lagi nak siap masak…”
“Iyalah.
Abang tunggu kat laman. Jangan kalut sangat sudah, habis hangus makanan berbuka
nanti,” Adra gelak nipis.
Sempat
lagi Altaf mahu mengenakannya.
Altaf
bangkit. Dia mendukung Anaqi ke halaman rumah. Selalunya, di situlah Anaqi akan
bermain. Sengaja Altaf dan Adra menghias halaman dengan rumput buatan yang
lembut seperti karpet itu. Tidaklah Anaqi tercedera ketika bermain di situ.
*****
“I’VE
made my mind, sayang…” Adra menoleh ke kirinya. Riak Altaf serius. Tentunya
tentang hal Hajar yang mahu suaminya itu bincangkan.
Berdebar
jugalah jantungnya. Buatnya Altaf mahu mengahwini Hajar, bagaimana nasib
dirinya? Sanggupkah dia bermadu atau diceraikan? Haih, goose bumps. Hati Adra
berdoa agar tiada keburukan dalam keputusan suaminya itu.
Anaqi
yang sedar keadaan seakan serius… memandang baba dan umminya. Dia yang sedang
merangkak itu pantas meniarap. Muka ditekup ke toto mininya dengan kedua belah
tangan menahan dahi. Comel. Altaf yang perasan keletah anak lelakinya itu,
tergelak.
“Abang
ni kenapa? Tadi serius kemain… ini gelak pulak,” protes Adra. Sudahlah dia
sedang berdebar tahap infiniti.
“Sayang
tengoklah anak kita tu. Macam mana abang nak serius kalau tengok keletah cute
dia tu,” Altaf memuncungkan bibir ke arah Anaqi.
Kemudiannya,
Adra turut sama gelak.
Seketika
kemudian, Anaqi angkat wajah tembamnya. Matanya berlaga dengan mata baba dan
ummi yang sedang memandangnya. Anaqi gelak comel. Kantoi!
Altaf
dan Adra saling berpandangan sebelum tawa mereka meletus di segenap ruang tamu.
“Anak
baba ni, kenapa comel sangat ni?” Altaf mendapatkan Anaqi di bawah. Anaqi gelak
lagi. Hish, geram pula.
“Did
he found something funny about us, abang? Asyik gelak aje ni,” Pipi tembam
Anaqi dicubit Adra. Anaqi yang dipegang Altaf melompat.
“Mood
dia nak main ni. Our meeting just now will be postpone. Kita main dulu!” Anaqi
kini melayang ke udara.
Bertambah
sukalah Anaqi dilambung ke udara, kemudian disambut kembali. Kan bagus… suasana
ceria sebegini.
Dalam
diam, Adra terasa lega sedikit. Tiada lagi perasaan negatif di fikirannya. Dia
yakin pada Altaf. Sepertimana dia sayangkan keluarga kecil ini, pasti Altaf
juga begitu. Biar apa pun keputusan Altaf, dia akan terima dengan hati yang
terbuka selagi ia tidak merosakkan keharmonian rumah tangga mereka. Dan, dia
sangat yakin… keputusan Altaf pasti mampu membuatkan dia tersenyum senang.
Insha Allah.
*****
24 Ramadhan 1435
ADRA
pandang Aisar pelik. Kelam kabut semacam sahaja adik ipar dia itu. Sekejap tenung
ayam di sinki, sekejap tangan dia mencapai pisau. Alihnya, satu apa pun tidak
menjadi. Padahal, Aisar yang beriya mahu memasak untuk juadah berbuka hari ini.
Semangat lagi dia, siap ambil cuti lagi.
“Ayam
tu nak masak apa, Aisar?”
Aisar
alih pandangannya. Matanya kini tepat pada Adra di sebelahnya.
“Aisar
tak pastilah, kak. What I’m supposed to do?” Eh, luku juga kepala si Aisar ni
nanti. Adra tenung Aisar, tidak percaya akan apa yang didengarinya tadi.
“Kan
Aisar yang beriya nak masak, takkanlah tak tahu nak masak apa lagi? Hmmm, Aisar
tahu tak apa masakan favourite Hafiz?” Aisar angguk.
“Memanglah
Aisar tahu tapi… macam tak yakin pulak nak masak ni. First time ni Aisar nak
masak untuk Hafiz. Sudahlah kita orang jarang jumpa, takut pulak nanti apa
pandangan dia…”
Adra
sembunyikan senyumannya.
“I’ve
feeling this kind of nervousness before. Menggeletar tahu badan akak ni masa
kali pertama masak untuk abang Aq. But, so far so good. Nothing to worry,
Aisar. Kalau kita ikhlas, Insha Allah… keputusannya baik. Positif,” Adra
sekadar mahu memberikan sedikit semangat kepada Aisar.
Gadis
itu masih belum biasa dengan Hafiz. Tambahan pula, mereka sangat jarang bersua.
Sedari sebelum bertunang lagi.
“Haip!
Bismillah…”
Pisau
ditangan Aisar mula digerakkan. Segala lemak yang terkumpul di ketulan ayam,
dibuang. Mindanya mula mencerakin masakan yang akan menjadi juadah berbuka
puasa malam ini.
Haji
Akasyah dan Hajah Maryam yang merancangkan agar Hafiz, bakal menantu mereka itu
meluangkan masa sehari untuk berbuka puasa bersama. Selain itu, boleh juga
mengeratkan lagi hubungan mereka. Bukannya mereka tidak tahu, Aisar masih segan
dengan Hafiz.
AISAR
menuangkan minuman ke dalam cawan. Mereka sekeluarga termasuk Hafiz bersantai
di gazebo setelah pulang dari solat terawih. Alang-alang, boleh juga berbincang
sedikit tentang hal perkahwinan Hafiz dan Aisar. Tarikh pernikahan yang
ditetapkan ketika majlis pertunangan dulu semakin hampir.
Dalam
keriuhan perbualan itu, Anaqi bagaikan melekat pada Hafiz. Rapat seperti sudah
lama bertemu. Mungkin Anaqi selesa disamping Hafiz yang memang sukakan
kanak-kanak itu.
“Tak
lama lagi dah nak raya. Cepat pulak masa berlalu. Maknanya majlis nikah Hafiz dengan
adik pun dah dekatlah ya,” Haji Akasyah sudah mengubah topik perbualan mereka.
“Itulah.
Kita ni satu apa pun tak siapkan lagi. Bakal pengantin ni relaks aje,” Hajah
Maryam kerling Aisar di sisi.
Aisar
senyum nipis. Sebenarnya, dia tidak tahu bagaimana mahu membalas. Jika mereka
sekeluarga sahaja tanpa Hafiz, mungkin mulutnya tak akan berat seperti ini.
Haru juga jika keadaan ini berlarutan sehingga mereka bernikah nanti. Hafiz
pula dengan perangai selambanya.
“Keluarga
saya dah set up dewan dan jemputan,” maklum Hafiz. Aisar kerut dahi. Sempat
lagi lelaki itu membalas biarpun sibuk melayan kerenah Anaqi yang semakin
banyak mulut itu.
Bercakap
bahasa bayi, manalah nak faham.
“Amboi,
cepatnya. Nampak sangat dah tak sabar ni,” usik Altaf sambil tangannya menepuk
bahu Hafiz.
Hafiz
gelak nipis. Dipandang Aisar sekilas.
Sememangnya
sudah lama dia bersedia. Cuma, Aisar sahaja sukar dijinakkan. Jika ikutkan
hatinya, mahu sahaja dia mempercepatkan tarikh pernikahan mereka. Susah sangat
dia nak mengenali Aisar sekarang ini.
“Usia
dah nak masuk three-series, bang. Macam-macam benda fikir,” balas Hafiz
bersahaja.
Haji
Akasyah dan Hajah Maryam senyum penuh makna pada Aisar.
“No…
comment,” Aisar sengih. Adra hanya mampu menekup mulutnya, menahan tawa. Malas
mahu menyampuk. Faham sangat sikap Aisar yang pemalu jika Hafiz dekat
dengannya.
Pasti
ada sebabnya mengapa dia terlalu malu dengan tunangnya itu.
*****
Imbas kembali… Lima tahun yang
lalu
BUKU
tebal yang terletak elok di rak, dicapai. Bukan main susah lagi dia mencari
buku ini untuk keperluan assignmentnya. Puas jugalah dia menanti pelajar lain
memulangkan buku tebal itu. Syukur kerana buku itu berada di tangannya kini.
Setelah
membelek buku tebal itu, Aisar melangkah ke kaunter untuk proses pinjaman.
“Malaysian?”
“Hah?
Oh, ya…”
Terpaku
sekejap pada raut kacak di hadapannya itu. Mak ai, kalau dia bawa balik
Malaysia mamat ni, tunjuk pada ahli keluarga dia… mahu terkejut semuanya. Tsk.
Wake up, Aisar.
“Huh,
lega. Akhirnya…”
Aisar
kerutkan dahinya, pelik. Apa yang akhirnya?
“Kenapa
ya?” soal Aisar, ingin tahu.
“Penat
sebab all the time kena speaking. Terima kasih ya. Akhirnya, dapat jugak saya
gunakan bahasa ibunda,” jelas lelaki itu dengan senyuman kelegaan di bibir.
Semakin
berdentum dentamlah jantung Aisar dibuatnya.
“Erk.
Rasanya ramai aje budak-budak Malaysia kat sini. Takkanlah tak ada yang datang
pinjam buku kat library ni,” balas Aisar. Matanya diarahkan pada buku ditangan
lelaki itu.
Mujur
sahaja tiada pelajar lain di belakangnya, beratur untuk meminjam buku. Mahu
kena hambur kerana terlalu lama bertenggek di kaunter.
“If
yang datang tu free hair, muka pun tak macam rakyat Malaysia… kenalah speaking.
Malu jugak kalau salah penilaian…”
“Jadinya,
muka saya ni memang muka orang Malaysialah ya?”
Lelaki
itu mengangguk.
“Tambah
pulak dengan tudung awak tu, haruslah saya boleh teka,” Aisar senyum nipis.
Tidak tahu bagaimana lagi mahu menjawab.
“Dah
siap ke buku saya tu?”
Pantas
sahaja lelaki itu menghulurkan buku tebal itu kembali pada Aisar.
“Student
psycho rupanya. Lain kali, datanglah pinjam sini lagi ya,” Senyuman manis
diberikan pada Aisar.
Aisar
tergelak perlahan.
“Psychologist
is the best word, sir,” Terletus tawa lelaki itu. Dia jongket bahu.
“Sorry.
Dah biasa,” Aisar sekadar menggeleng sebelum beredar dari perpustakaan awam
itu.
Tidak
sangka pula keputusannya untuk mencari buku di sini membawa ke pertemuannya
dengan lelaki kacak dari Malaysia itu.
“Cik!”
Aisar
langsung tidak berpaling biarpun tahu lelaki itu sedang memanggilnya. Malaslah dia
mahu melayan. Tidak berminat.
“Cik,
wait!” Kuat suara lelaki di kaunter tadi melaung.
Mahu
tidak mahu, Aisar memberhentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang. Membulat
mata Aisar tatkala matanya menangkap buku tebal di tangan lelaki itu. Terus
merah pipi Aisar apabila terperasan… dia tersilap ambil buku. Aduh, Aisar.
Kenapa cuai sangat ni? Tu kan, sudah dapat malu. Mak oi, serius. Dia malu mahu
kembali ke kaunter. Sudah tentu lelaki kacak itu sedang mentertawakannya.
*****
Kini
“BETUL
ke… no comment?” tanya Hafiz. Aisar yang mendukung Anaqi, tersentak akan soalan
itu. Tidak menyangka Hafiz akan menyoalnya akan komennya tadi.
Air
liur ditelan kasar. Anaqi di dalam dukungan sibuk bermain dengan tudungnya. Bukan
main susah lagi Anaqi mahu berpisah dengan Hafiz. Sudahnya, Altaf memintanya
menemani Hafiz ke kereta. Sempat jugalah abangnya itu mengusik mereka berdua tadi;
Pe’el Anaqi nak rapatkan maksu dengan paksu kot.
“Errr…”
Kelu lidah Aisar mahu menjawab soalan itu.
Peristiwa
yang menyebabkan dia malu mahu bertembung dengan Hafiz masih berlegar di
ingatannya. Betapa dia malu ketika itu. Hafiz yang sebenarnya bermain helah
dengannya waktu itu apabila Hafiz sengaja menghulurkan buku yang salah.
Padahal, niat Hafiz mahu meninggalkan nota untuk tatapan Aisar. Psycho jugalah
dia ketika itu dipermainkan oleh Hafiz.
“Takkanlah
dah lima tahun still malu lagi? Saya dah minta maaf, kan?”
“Whatever.
Awak yang buat saya macam ni, kan?”
Teleng
kepala Anaqi dek memandang maksu dan bakal paksunya silih berganti. Seakan
menghidu pegaduhan bakal berlaku. Hadoi, di rumah baba dan umminya selalu
berbual secara serius. Sekarang ni? Hmmmm.
“Dahlah.
Benda dah jadi. Pergilah masuk. Berembun pulak Anaqi nanti. Anaqi, uncle balik
dulu, nanti kita jumpa lagi eh. Bye,” Pipi tembam Anaqi dikucup.
Lebar
sengihan Anaqi.
Dari
jauh, Altaf dan Adra memerhati pasangan itu. Masing-masing tergeleng melihat
hubungan dingin di antara Aisar dan Hafiz. Harapnya, raya nanti hubungan itu
mula menunjukkan kesan positif.
*****
26 Ramadhan 1435
Suasana
riuh di sebuah restoran langsung tidak memberi kesan pada Altaf, Adra dan
Hajar. Mereka hanya menjamu selera tanpa ditemani perbualan. Sengaja Altaf
mengajak Adra dan Hajar bertemu sambil meluangkan masa berbuka puasa bersama. Sekadar
berbuka dengan segelas air serta kurma, mereka bersolat Maghrib terlebih dahulu
sebelum berbuka dengan makanan berat.
Selesa
sedikit mahu berbual tentang tujuan asal mereka bertemu hari ini.
“Rasanya
kita dah boleh berbincang, kan?” Hajar meletakkan sudu dan garfunya. Seleranya seakan
mati melihat kemesraan Altaf dan Adra.
Serentak
pasangan suami isteri itu pandang Hajar.
“Sure.
I’ll just straight to the point…”
Hajar
cuba beriak tenang sedangkan hatinya seakan dilanda badai. Sesungguhnya dia
mengharapkan jawapan positif dari Altaf.
Adra
pula dengan riak bersahaja biarpun hatinya turut gelisah. Suaminya itu langsung
tidak memberitahu tentang keputusan yang dibuatnya. Keadaan tidak memberi ruang
untuk mereka berbincang soal itu. Mungkin, sekaranglah masa yang tepat.
“Saya
mengharapkan sesuatu yang positif,” kata Hajar tanpa riak.
Geram
pula hati Adra melihat Hajar. Such a thick-skinned women. Huh!
“Sudah
pasti jawapannya adalah positif, Hajar. Keputusan ni adalah yang terbaik untuk
kita bertiga. Saya harap tak ada isu tentang kita lagi selepas ni. Tolong
dengar baik-baik…”
Adra
dan Hajar memasang telinga.
“I
have no interest to shake the kadi’s hand anymore, Hajar. One is more than
enough. Inilah jawapan dari istikharah saya. I’m truly sorry. Mimpi saya,
petunjuk Allah… hanya menunjukkan Qutnina Khadra sebagai isteri saya. Tiada
perempuan lain yang muncul di antara kami. Once again… maafkan saya, Hajar. Lepaskan
saya dalam minda awak, saya mohon,” Penuh ketenangan, Altaf menjelaskan
keputusan dari istikharahnya.
Hajar
terpaku. Tergamam. Air mata mula mengalir ke pipinya.
“Abang?”
Altaf
mengangguk.
“This
is the real result. Hajar, cuba kosongkan minda awak buat seketika. Cari balik
diri awak yang hilang. Saya mohon, awak padamkan nama saya dalam fikiran awak.
Ada lelaki lain yang lebih layak untuk awak,” Hajar hanya terdiam.
Tiada
kata-kata yang mampu dia luahkan ketika ini. Ah, payahnya hati mahu menerima
kenyataan ini. Tiada langsung kehadiran dirinya dalam kehidupan Altaf.
“Sa…
saya…” Kepala ditunduk ke bawah. Lemahnya hati tatkala mahu meluahkan kata. Hatinya
pedih. Tiada ubat yang mampu menyembuhkan.
Adra
gigit bibir. Otaknya mula berputar laju. Lidahnya seperti mahu berhujah tetapi
masih teragak-agak. Namun, dia harus juga keluarkan demi kebahagiaan mereka.
“Hajar,
maafkan saya. Boleh awak jauhkan diri awak dari suami saya? Saya tak boleh nak
minta abang Aq berundur memandangkan awak lebih tahu position dia di syarikat
tu, kan. Mungkin dengan cara ni, fikiran awak lebih terbuka. Find yourself back,”
ujar Adra tegas.
“Maafkan
saya. Saya pergi dulu,” Hajar bangun. Dia tidak kuat lagi mahu berhadapan
dengan Altaf dan Adra. Dia termalu sendiri.
Hajar
beredar tanpa berpaling lagi. Altaf menghela nafas lega. Sangat lega. Syukur…
Allah permudahkan urusannya malam ini. Semoga tiada lagi isu seperti ini di
masa hadapan. Terseksa hatinya kerana tidak mengendahkan Adra selama beberapa
hari. Tidak mahu istikharahnya terganggu dan tidak adil.
“Abang
okey?”
“Okey.
Lega rasanya. Abang harap Hajar buka mata dan hati untuk terima kenyataan ni.
Penatlah kalau dia masih mengharapkan abang. Tak nak lagi dah abang hadap benda-benda
ni…”
Adra
ketawa lepas. Baru sedikit ujian yang datang, Altaf sudah serik.
“Apalah
abang ni. Kalau nak ikutkan Adra, ramai aje kawan-kawan lelaki yang ajak Adra keluarlah
datinglah. Tapi… disebabkan abang tersayang Adra ni, tepis dengan parang aje,”
Tajam mata Altaf memandang Adra di sisi.
Apa?
Ohoi, puan isteri. Silap besarlah awak maklumkan pada suami awak ni. Tak boleh
jadi ni. Omel Altaf sendiri. Meninggi suhu cemburunya kini. Adra hanya tayang
sengih.
*****
29 Ramadhan 1435
KUAT
tangisan Anaqi kedengaran. Kelam kabut Altaf dan Adra mendapatkan anak
kesayangan mereka di baby cot. Sakan Anaqi menangis dek ditinggalkan
keseorangan di ruang tamu rumah Encik Farhan. Baba dan ummi dia sibuk menyiapkan
juadah hari raya. Pengumuman raya sudah menetapkan esok adalah hari raya.
“Alolo,
baba ada ni. Ummi pun ada. Chak!”
Anaqi
kini dalam dukungan Altaf. Tersedu sedan Anaqi dibuatnya. Merah sudah muka,
over sangat menangisnya.
“Ala,
kesiannya sayang ummi. Jom… jom kita tengok bunga api,” Mereka beriringan ke
halaman rumah.
Zaid
dan Nayli sedang melayan anak mereka bermain bunga api. Seronok bukan main
lagi. Baru setahun lebih sudah pandai pegang bunga api bagai.
“Anaqi,
tengok sini,” gamit Nayli.
Terus
terdiam Anaqi melihat percikan bunga api.
Encik
Farhan dan Puan Najihah ketawa melihat riak Anaqi yang kaku melihat bunga api
ditangan Nayli.
Tiba-tiba,
Anaqi gelak. Tangannya dibuka tutup, mahukan bunga api itu.
“Meh
sini,” Adra ambil beberapa batang bunga api.
Erat
Altaf memeluk Anaqi yang semakin buas itu. Mata bulat Anaqi sudah menangkap
pelbagai warna cahaya di sekitar halaman rumah atuk dia. Ada pelita di
sekeliling pagar, lampu liplap pun ada juga.
“Abang,
Anaqi was dazed,” Saat itu barulah Altaf perasan riak ‘Whoa’ si Anaqi. Sukalah
tu. Eish, geramnya.
Beberapa
minit kemudian, Anaqi mula merengek mahu turun ke bawah. Heh, berangan kaki dia
boleh berjalan agaknya. Teruja sangat dah tu. Baba… ummi, layankan saja
kehendak Anaqi.
“Raya
tahun depan habislah baba kena berkawad dengan Anaqi…”
Ketawa
sakan keluarga itu, faham akan maksud kata-kata Altaf itu. Raya tahun depan
pastinya Anaqi sudah boleh berjalan. Bukan setakat berjalan… berlari pun mampu.
Selamat
Hari Raya… Altaf, Adra, Anaqi.
~TAMAT~
p/s : disebabkan MLS ni untuk ramadhan, makanya setakat bulan Ramadhan sajalah ya. hehe. CIA sabar menahan kepala untuk diketuk. ngeeeee. PEARL RAYA? emmmmmmmmmmm...
Hahahahaha.... ♥
ReplyDeleteTq2 akak....
Nak Pearl please
hahaha. ur welcome. Pearl? ehehe. noted.
DeleteTQ..CiA ..akhirnya MLS...tp mcm xpuas je...hehe...nnt jgn lupa yer cia update yg dh km tertinggal...;)
ReplyDeleteur welcome, dear. tu la, tak puas kan. hahhaha. inshaAllah. :D
DeleteWah..nerves nk bc mula2 tu..hehe
ReplyDeletealhmdulillah..altaf plh adra =) suka sgt.. Thanks cik writer syg..trjwb sdh..hr2 sy check blog.. =)
cik writer ni pun nebes tggu komen semua. huhu. ur welcome, azreen syg. :D. thank you sudi jenguk ke sini. hihi <3
Deletelahai nape la anaqi comel sangat ???? Akak tq sbb bubuh part anaqi banyak best pulak tu !
ReplyDeletelove you kak :* hehehehe
haha. sesama, hana. atas permintaan kan part anaqi tu. hihi. love you too, dik. :D. :*
Deletesalam...tq "TAMAT"dah MLS ni yer...ilang dah neves utk story ni...tp neves n rindu utk story len lom ilang lg...sooo...CIA cpt2 la update yer...
ReplyDeleteYeay!!! Padan muka Hajar! Heeheheheh.... Sweet pula Hafiz dengan Aisar. Tak nak panjangkan cerita diorang ke? Hehe.. just asking.. no pressure. :D Waktu Altaf tetiba cakap dia dah buat keputusan tu, suspen betul! Nasib baik happy ending! :D
ReplyDeleteAssalamualaikum sis ... allaaa ending untk aisar dan hafiz x de ke ??? nak jugak tau kisah diaorang .. huhuuu
ReplyDeleteFuhhh... Lega dengar jwpn altaf. Best CIA
ReplyDelete