Assalamualaikum... Hye!
CIA muncul balik dah hah. Hehe. Nadeem Ayuna, macam biasalah. Pendek ja kisahnya. :D. SELAMAT MEMBACA! :D
‘Keluar
dan perhatikan alam sekeliling. Perhatikanlah kebun-kebun yang indah dan
telitilah makhluk Allah dan keindahan ciptaan Yang Maha Pencipta’ – Dr. ‘Aidh
Abdullah Al-Qarni.
“Seronok
kan sesekali berjogging kat sini,” kata Ayuna.
Nadeem
senyum.
“Ha’ah…”
Perlahan sahaja nada lelaki itu. Matanya ralit merenung ke tasik. Indah,
sungguh cantik. Subhanallah.
Matahari
yang memerah menandakan malam mahu melabuhkan tirai.
“Kenapa?
Awak fikir apa?” tanya Ayuna sambil melabuhkan punggung di batu besar yang
terletak di tepi tasik.
Nadeem
pula bersandar di batu bersebelahan, memeluk tubuh.
Sekadar
melepaskan lelah setelah penat berjogging di sekitar taman. Hari cuti sebeginilah
mahu menghabiskan masa bersama Ayuna. Hari lain, kelas dan aktiviti persatuan
memenuhi jadual. Sebelah malam sahaja boleh berbual panjang. Itu pun jika
masing-masing tidak keletihan.
“Terfikir.
Patut ke saya menyewa dekat luar?” Terangkat kening Ayuna.
“Duduk
luar? Kenapa?”
“Anony
tu tak lama lagi nak datang sini. Kekoklah. Lainlah kalau dia tu lelaki. Hish,
tak biasalah,” rungut Nadeem.
Ayuna
mengeluh perlahan.
Sebenarnya,
dia juga terfikirkan hal yang sama. Risau juga dia mahu meninggalkan Nadeem.
Eheh.
“Walid
dengan umi benarkan ke awak nak duduk luar?” Nadeem jongket bahu.
“Tak
bincang lagi pun. Cuma terfikir aje masa tengah jogging tadi,” Cermin mata yang
melurut, ditolak perlahan.
“Atau…”
Ayuna pandang Nadeem di sebelah. “… awak nak stay dengan saya aje. Kat rumah
abah. Nak?” Kening diangkat berulang kali.
Bernas
tak kita punya idea. Heh.
Nadeem
membalas pandangan Ayuna, kening berkerut nipis.
“Sounds
good…”
Ayuna
senyum senget. Nadeem seperti menyokong cadangannya.
Nadeem
turunkan telapak tangannya ke kepala Ayuna.
“Tapi,
tak bolehlah. Susah nak keluar jumpa kawan-kawan usrah,” Erk. Mati terus
senyuman Ayuna.
Ditolak
tangan Nadeem dari kepalanya. Dia melangkah meninggalkan Nadeem yang terpinga
di belakang.
Nadeem
menggaru kepalanya. Dia buat salah apa pula ni? Berlari anak dia mengejar
langkah Ayuna yang semakin jauh.
Novel
DIA… Cinta Yang Kucari karya Rehan Makhtar yang terletak elok di atas meja
belajar dicapai Ayuna. Dia bingkas naik ke katil dan bersandar di kepala katil.
Sejak dibeli di pesta buku dua hari lepas, novel itu masih belum terusik. Baru
kini dia berpeluang untuk membacanya.
“Merajuk
ke?” Ayuna angkat wajah.
Belum
sempat membaca sinopsis novel, Nadeem seperti mahu berbual dengannya pula. Ayuna
diam.
Nadeem
duduk di kerusi meja belajar.
“Perlu
ke nak merajuk?” soal Nadeem lagi. Dua kali dia mengulang perkataan ‘merajuk’.
Tanda dia memang memerlukan jawapan.
Diam
lagi.
“For
the third time…”
“Tak
merajuk pun. Terkilan aje,” potong Ayuna pantas. Mata dia ditunakkan pada
permukaan novel.
Dalam
kepala, hanya ada dua perkataan sahaja. Payed. Luth. Terasa hendak ketawa pula
mendengar nada serius Nadeem menyoalnya.
“Haaa…
boleh cakap pun. Kan dulu ada janji. Tak puas hati sebesar kuman pun, kena
cakap. Jangan diam macam ni,” bebel Nadeem.
Ayuna
ketawa. Tak tahan lagi dah.
“Iyalah,
pak cik. Pasal tadi, suka hati awaklah nak stay mana pun. Asalkan walid dengan
umi benarkan, saya okey aje…”
“Betul
ni, tak kisah?” Ayuna angguk. Siapalah dia mahu menghalang?
Sudah
si suami yang mahukan begitu, dia akur sajalah. Malaslah mahu membantah. Nampak
sangat macam dia cuba mengawal hidup Nadeem pula nanti.
“Tak
kisah. Sekarang ni, saya nak baca novel. Boleh?” Nadeem hadiahkan senyum nakal.
“Boleh.
Tapi…”
Ayuna
kecilkan mata. “Tapi?”
Nadeem
pantas meloncat ke katil. Dia duduk di sebelah Ayuna, selamba.
“Kena
baca sama-sama,” Erk. Ayuna menggeleng. Dijarakkan sedikit jarak mereka.
“Sejak
bila awak minta layan novel chenta ni? Buang tabiat ke apa,” Gila dia tak
pelik.
Sebelum
ini, setiap kali dia melayan novel-novel cinta mesti Nadeem ketawakan. Digelar
minah jiwanglah. Meroyan tergilakan si herolah. Alih-alih, lelaki itu mahu
membaca novel bersamanya malam ini.
“Ala.
Sesekali aje. Lagipun, lepas ni dah tak boleh nak bersweet-sweet dengan awak
macam ni lagi dah. Cepatlah,” Novel ditangan Ayuna dirampas Nadeem.
Sengal.
“Oh,
kiranya ni kita tengah dok bersweet-sweetlah kononnya ni. Tak sweet langsung,” balas
Ayuna, geram. Dia peluk tubuh.
“Macam
ni tak sweet lagi? Habis, sweet awak tu macam mana?”
Sudah,
gaduh pula.
Ayuna
jongket bahunya.
“Hmmm.
Kalau macam ni, sweet tak?” Kepala dijatuhkan ke riba Ayuna yang duduk melunjur
itu.
Terjegil
mata Ayuna. Pertama kali ni, Nadeem approach dia sebegini berani. Serius. Tak
tipu.
“Errr…”
Speechless.
Clueless. Alahai, Nadeem. Awak dah sengat hati Puan Isterilah. Ayuna berlagak
biasa. Padahal, jantung berdegup laju semacam dah ni.
“Jomlah
baca. Kisah apa ni? Cuba cerita sikit,” Adoi. Si Nadeem tak perasankah raut
Ayuna yang merona sakan tu?
Ayuna
usap dahinya kasar. Fuhh, sengaja menduga betul.
“Nak
tahu, kena bacalah,” Heh. Nak baca bagaimanalah agaknya jika Nadeem semakin
berani bertindak ala-ala suami manis seperti yang berlaku sekarang ini?
“Iyalah.
Masalahnya sekarang, awak tak join saya baca pun,” Nadeem pandang Ayuna.
Ayuna
sengih.
“Nak
baca macam mana, awak duduk macam ni…”
Nadeem
serahkan kembali novel hasil perahan idea penulis yang diminati Ayuna kepada
tuannya.
“Awak
bacalah, saya dengar,” Ayuna kaku.
Haish.
Apasal sweet sangat ni, Inche Suami oi? Terlebih telan gula ke tadi?
“Alah,
tak feelinglah baca kuat-kuat,” Nadeem mendengus. Ada sahaja alasannya.
“Saya
tak suruh awak baca kuat-kuat pun. Perlahan dan saya masih boleh dengar. Kalau
saya terlelap, kejutkan,” kata Nadeem, mata menengadah syiling. Suka begitu.
Ayuna
tidak tahu, jantung dia juga mengepam laju sebenarnya. Ingat dia tak terkejut
dengan tindakan spontan dia ni. Nadeem sendiri pun tidak faham, mengapa dia
bertindak sebegini. Sedangkan selama ini, mana pernah nak approach Ayuna
seberani sekarang ni.
Mahu
tidak mahu, Ayuna turutkan saja. Dia memulakan pembacaan. Perlahan dan penuh
intonasi. Terkebil-kebil jugalah mata dia.
Nadeem
membantu Ayuna mengangkat beg ke bilik. Abah dan ibu Ayuna tersenyum. Senang hati
kerana anak perempuan mereka kembali menetap di sini. Tidaklah sunyi sangat
rumah mereka.
“Nana
bawak semua barang Nana di sana ke?” soal Puan Hana.
“Taklah,
bu. Nana bawak balik baju dengan buku-buku yang nak guna aje. Kan barang Nana
kat sini pun banyak. Rumah Nana kan?”
Puan
Hana gelak.
“Lupa
pulak Nana ni anak ibu,” Ayuna ketap bibir.
Mulalah
tu nak buat dia touching. Ibu oh ibu. Anakmu ini masih puteri kesayanganmu.
“Alah,
ibu ni. Macamlah kita ni berpisah lama dah. Baru hujung minggu lepas aje Nana
balik sini,” Ayuna dakap erat tubuh Puan Hana.
“Iyalah,
princess ibu. Nanti dah duduk asing dengan Nadeem, tak rindu ke? Ibu ni… kalau
abah pergi outstation, tak senang duduk tau…”
“Masalahnya,
ibu memang ikut abah pergi outstation kan?” Puan Hana hanya sengih.
“Amboi,
anak beranak ni. Yang nak berpisahnya, Nadeem dengan Nana. Bukannya ibu dengan
Nana,” sampuk Encik Razif yang datang entah dari mana.
Nadeem
yang baru turun dari bilik Ayuna di tingkat atas, tersenyum.
“Alah.
Saya cuma nak comfortkan princess kita ni, abang. Orang nak berpisah dengan
suami kan. Malam karang sememeh aje muka, bantal peluk tak ada,” Sempat lagi
Puan Hana mengusik.
Pelukan
dilepaskan. Ayuna senyum nipis.
Betul
cakap ibu. Malam ni, dia bakal tidur sendiri. Tiada Nadeem di sebelah
menemaninya. Haiyo, mulalah hati nak gundah gulana.
“Dah,
tu Nadeem nak balik dah. Ada urusan lain lagi,” Encik Razif mematikan lamunan Ayuna
yang bakal berpisah tempat tinggal dengan si suami.
“Nadeem
balik dulu, abah, ibu. Insha Allah, ada aje masa Nadeem singgah,” Nadeem
bersalaman dengan Encik Razif dan Puan Hana sebelum melangkah ke kereta.
Ayuna
mengikut di belakang.
“Whatsapp
ada, do cantact me. Sekerap yang boleh,” pesan Nadeem.
“Uhuh.
Kerap? Tak bosan ke?”
“Tak
bosan kalau dengan isteri sendiri, Puan Ayuna oi…” Ayuna cebik.
“Insha
Allah. Awak pun sama ya, jangan nak harapkan saya aje whatsapp awak. Tahu kan ‘last
seen’ tu benda paling pantang?” Nadeem angguk.
“Tahu.
‘Last seen’ awak tu untuk contact saya aje. Faham?”
“Iyalah,
Inche Suami. Jumpa lagi kat kelas esok,” Ayuna menghulurkan salam. Sebak pula.
“Fi
hifzillah. You have me, I’m yours,” Ditarik Ayuna ke dalam pelukan. Hanya seketika.
Nampak dek jiran, hancurlah.
“Same
goes to you. I’m yours,” Ayuna ukir senyum.
Tak
boleh nak menangis meraung. Esok, lusa, tulat dan seterusnya pun masih akan
bertemu lagi biarpun hanya di kelas.
Nadeem
menghidupkan enjin keretanya. Sempat dilambaikan tangan sebelum kereta
menghilang. Ayuna mengeluh perlahan sebelum melangkah perlahan ke dalam rumah.
Dulu boleh sahaja hidup sendiri, tanpa suami. Kini juga, boleh! Semangat Nur
Ayuna!
p/s
: Tak ada isi pun sebenarnya. Main hentam tulis ja ni. Buah tangan lepas lama
tak hapdet blog. Ringkas ja tau. Malam ni, Inshaa Allah… BCP (AmarDini) pulak.
Pun kalau boleh nak ringkas ja. Cerpen panjang masih dalam proses. Buat sekerat
jalan, lost idea. Benda biasa kalau adanya pengacau. Hehe.
Tq sis... Miss you so much ♥
ReplyDeleteMost welcome, dear. :D. Miss you too. <3.
DeleteRinduuuuuunye kt cia n de blog❤....nnt hupdate byk3 yer.... arahan tau....��
ReplyDeleteAmboi, rindu bebenar ler tu. Haha. Rindu awak jugak, sayang. Blog pun rindu. :D. Iya. Hapdet banyak2. Haha. -_-"
DeleteSis..dah bace cite Nadeem Ayuna nie jatuh chenta la pulak..tak sabar2 ni nk tunggu Amar dini and Nadeem Ayuna.
ReplyDeletesweet plk kisah nademm ayuna ni cept2 smbg ya hihi
ReplyDeletePlease sambung cerita nie hani dah baca all cerita dalam nie... sudah kebosanan ni
ReplyDeleteSeronok sgt cerita ni.. mohon cik writer sambung lagi nanti☺
ReplyDeleteSeronok sgt cerita ni.. mohon cik writer sambung lagi nanti☺
ReplyDeleteSeronok la cite ni...mohon CIA sambung.huhuhu.nak tau kisah nadeem n ayuna.cam sweet la cite ni.rase jatuh cinta...huhu
ReplyDelete