Assalamualaikum... Hye!
Tak tahu nak buat posting apa, CIA buat entry special untuk STNK. Novel Rahsia Arianna BAB 1 yang sudah diedit (tigaharijugaknakedit). mungkin ada lagi kesalahan dalam Bab 1 edisi edited ni. kalau ada lagi yang salah, harap boleh tegur eh. NO HARM. hehe. SELAMAT MEMBACA! :D
BAB 1
“MAMA! Mama! Oh, mama!” Jeritan garau Fariq
kedengaran agak kuat. Dia mula mencari-cari di sekitar rumahnya. Berlari anak
dia ke hulu ke hilir mencari kelibat mamanya. “Lah, kat sini rupanya. Puas Riq
jerit panggil mama,” ujar Fariq sebaik ternampak mama kesayangannya di bawah
rumah papan yang masih teguh berdiri itu.
“Kenapa?”
soal Datin Katrina sambil mengikat kembali plastik makanan ayam. Dia berlalu ke
tangga yang digunakan untuk naik ke rumah kampung milik arwah datuk dan nenek
Fariq merangkap bapa dan ibu kepada Datuk Rasyid, papa Fariq. Fariq mengekori
Datin Katrina.
“Tadi
Riq lalu depan rumah Tok Majid. Riq nampak ada kereta mewah. Siapa, ma? Tak
pernah nampak pun sebelum ni,” Fariq memandang Datin Katrina, meninginkan
jawapan.
“Kat
depan sana tu? Anak cucu Tok Majid agaknya. Mama dengar diorang nak buat
kenduri sikit. Cucu kesayangan Tok Majid baru balik dari oversea,” jelas Datin Katrina.
Tangannya
sibuk mencedok air di tempayan untuk mencuci kakinya yang kotor lalu naik ke
atas rumah. Fariq mengikut tindak tanduk Datin Katrina.
“Oh,
patutlah,” balas Fariq sambil menghadiahkan senyuman sungging kepada ibunya.
Dia ingat handsome buat muka macm tu?
Tapi memang handsome pun anak tunggal
dia yang seorang ini.
Wajah
anak lelakinya itu mirip suaminya ketika muda-muda dulu. Sekarang ini wajah
yang sering menjadi dambaan para gadis di zaman mereka muda mudi dahulu sudah
pun dimamah usia. Jika ada yang masih terkejarkan suaminya itu, pasti mereka
hanya menginginkan harta sahaja hendaknya.
“Riq
pergi panggil papa kat rumah Tok Majid tu. Dah nak maghrib ni,” suruh Datin
Katrina. Dia kemudiannya berlalu ke dapur.
“Yalah,”
Fariq berlalu menuruni anak tangga lalu berjalan menuju ke rumah Tok Majid.
Sempat matanya mencuri pandang ke sawah, mencari kelibat lembu-lembu arwah
atuknya yang diberi makan sebentar tadi.
DATUK
Rasyid rancak berbual dengan teman lamanya. Sudah lama tidak bertemulah
katakan. Banyak perkara yang ingin dikongsikan. Sedang mereka berbual di sebuah
pangkin di luar rumah Tok Majid, anak dara Encik Halim muncul sambil menatang
dulang minuman. Dia menghidangkan minuman itu kepada bapanya dan Datuk Rasyid.
“Inilah
satu-satunya anak dara aku, Syid,” Encik Halim memperkenalkan anak daranya
kepada Datuk Rasyid.
“Cantik
orangnya. Apa namanya?” Datuk Rasyid melirikkan mata ke arah anak gadis Encik
Halim. Manis pula senyuman gadis itu.
“Airis,
uncle,” jawab Airis lembut. Datuk
Rasyid mengangguk-angguk kepalanya. Airis ingin berlalu namun dia terpandang
akan susuk tubuh seorang lelaki yang seakan dikenalinya sedang menghampiri
mereka. Kakinya kaku di situ.
“Papa,”
Fariq menegur Datuk Rasyid sebaik tiba di rumah Tok Majid.
“Fariq?”
Encik Halim menunakkan pandangan kepada Datuk Rasyid dan Fariq bersilih ganti.
“Siapa
lagi kalau bukan Fariq, Lim? Dia seorang aje anak yang aku ada,” Penjelasan
Datuk Rasyid menghilangkan kegusaran di hati Encik Halim. Dahulu anak teruna
sahabatnya ini masih lagi kecil. Kini anak kecil itu membesar dengan jayanya,
kacak. Fariq melabuhkan punggungnya disebelah Datuk Rasyid.
“Semakin
handsome anak kau ni, Syid. Kalau dia
ada awek keliling pinggang pun aku tak heran,”
gelak Encik Halim. Airis memakukan kaki di samping bapanya. Tidak terkutik
sejak tadi. Masih terkejut agaknya.
“Handsome apanya, pak cik. Dah berbau
lembu satu badan ni hah,” Malu pula dipuji begitu. Sememangnya dia baru pulang
dari kandang lembu milik arwah datuknya.
“Alah,
bukannya hari-hari bau lembu. Hari lain, wangi semerbak. Ya tak?” Encik Halim
masih galak mengusik. Fariq hanya berdehem sambil tersengih.
“Airis
ambil course apa di Cambridge?” soal
Datuk Rasyid kepada Airis pula yang sedang berdiri tegak disisi Encik Halim.
Seperti orang yang menunggu untuk dihakimi sahaja.
“Architecture, uncle,” beritahu Airis sambil tersenyum. Fuhh, nasib baik dia
tersedar akan soalan lelaki separuh umur itu. Mahu tiga hari tiga malam Encik
Halim mentertawakannya jika mengetahui dia sedang ralit merenung anak teruna
orang.
“Lim,
bakal pengganti ke ni?” tanya Datuk Rasyid sambil ketawa. Encik Halim turut
ketawa.
“Budak
bertuah ni nak kerja kat company aku?
Huih, jauh panggang daripada api. Tak mahunya,” balas Encik Halim sambil menjeling
ke arah anak gadisnya.
“Budak-budak
zaman sekarang, Lim. Macam-macam agenda dalam kepala dia orang. Nak buat
itulah, nak buat inilah,” Sempat lagi mata Datuk Rasyid melirik ke arah Fariq.
Fariq hanya buat endah tak endah sahaja akan perbualan dua rakan baik itu.
Kepalanya sedang mendigest sesuatu,
cuba mengingati insan disebelah Encik Halim.
“Bukan
macam tu, babah, uncle. Sekarang ni
cuma rasa nak rest aje. Penat sangat.
Asyik tengok pelan aje. Sampai pening kepala Airis ni hah,” Airis cuba
mempertahankan dirinya.
“Yalah
tu. Minum, Syid, Fariq,” jemput Encik Halim. Beberapa minit kemudian, Datuk
Rasyid meminta diri untuk pulang. Sudah lewat petang, nak masuk waktu maghrib
pun. Panjang pula leteran Datin Katrina nanti jika mereka masih di situ.
USAI
solat isya’ berjemaah bersama papa dan mamanya, Fariq terus masuk ke bilik.
Cuba memerah otaknya yang kian berserabut ini dengan imbasan gadis yang
dijumpainya petang tadi. Sekejap dia duduk di birai katil. Sekejap dia berjalan
ke hulu ke hilir sambil tangannya memegang kepalanya. Namun, semuanya sia-sia
sahaja. Dia tidak dapat mengingati wajah gadis itu. Fariq nekad untuk pergi
bertemu dengan gadis itu esok.
Sementara,
di rumah Tok Majid, Airis menuju ke jendela di dalam biliknya. Dia cuba
mengingati lelaki yang bertandang di rumahnya petang tadi. Ligat otaknya
memikirkannya. Beberapa minit kemudian, Airis tersenyum sungging sambil memetik
jarinya. Ceria sungguh wajah manis itu kini. Kenapalah susah sangat ingin
mengingati seseorang yang sangat berjasa kepadanya itu?
Imbas
kembali… Artis Royal ZOO, Amsterdam
PENING
kepalanya kerana asyik menoleh ke kanan dan ke kiri. Orang yang dicari tidak
juga ditemui. Sudahlah dia tidak tahu sangat tempat-tempat di kawasan ini.
Haish, inilah padahnya jika terlalu teruja kerana berjaya menjejakkan kaki ke
tempat ini. Tiba sahaja di Artis Royal ZOO yang terletak di tengah-tengah
Amsterdam yang juga di mana terletaknya Zoo Holand yang tertua itu, dia seperti
berada di awang-awangan.
Artis
Royal ZOO bukannya zoo semata-mata. Sebaliknya, di kawasan yang luas ini juga
terdapat Planetarium, Botanical Garden dan juga Geological dan Zoological Museum.
Pada mulanya, Airis bersama beberapa orang rakan sekelasnya melawat ke Geological
Museum untuk melihat bagaimanakah perubahan planet empat billion tahun yang
lalu. Tetapi, entah bagaimana dia tersesat ketika mereka memasuki kawasan Botanical
Garden. Haru sungguhlah jika dia ditinggalkan keseorangan di sini.
“Ibu,
Airis nak balik,” sayu sahaja nada suara Airis. Dia duduk di sebuah kerusi yang
terletak di bawah pokok rendang yang sudah berusia.
Backpacker
yang tiba-tiba melintas di hadapannya, membuatkan Airis terbangun. Air mata
yang hampir-hampir menitis disapu kasar. Mungkin lelaki itu boleh dijadikan
sandaran. Nafas dihembus perlahan. Go,
Airis!
“Hey!” laung Airis kuat sambil berlari
perlahan menghampiri backpacker itu.
Huh, nasib baiklah backpacker itu
perasan ada yang memanggilnya.
“Yes?”
“Errr…”
Gagap pula dah.
“I’m waiting, miss,” kata backpacker itu dingin. Siapa yang tidak
naik angin jika dibiarkan menunggu lama?
“Ac… actually, I’m lost. I just don’t know
where my friends are. Coincidentally, you’re passing by. I need your help, sir,”
Laju mulut Airis menjelaskan keadaannya yang sebenar.
“Are you Malaysian, miss?” soal lelaki
itu.
“Yes. You too?”
“Ya.
Jadi, awak terpisah dengan kawan-kawan awak?” Airis angguk. Terasa lapang
kerana orang senegaranya yang ditegur.
“Maafkan
saya, encik. Serius. Saya memang tak tahu jalan di sini. Puas saya jelajah kawasan
ni, tapi tak jumpa jalan keluar,” Lelaki itu memandang Airis pelik. Lucu pula
melihat gadis itu bersungguh-sungguh menerangkan apa yang berlaku kepadanya.
“Okey,
cik. Just relax yourself. I’ll help you.
I’m Fariq,” Fariq memperkenalkan dirinya. Senyuman diulas agar gadis di
hadapannya itu selesa akan dirinya.
“I’m Qalisya,” Airis turut tersenyum.
Jika berkenalan dengan orang luar dan tentunya dia masih tidak biasa orang itu,
dia lebih senang dikenalkan dirinya sebagai Qalisya. Lebih formal.
“So, where are you stayed? I mean, where your
hotel or maybe apartment is?” soal Fariq. Mudah untuk dia membantu gadis
itu jika mengetahui tempat penginapan Airis.
Dia
bukanlah tahu sangat kawasan-kawasan di sini, tetapi hampir seminggu dia di
bumi Amsterdam ini… rasanya mampu untuk menghantar Airis pulang.
“Somewhere around Amsterdam Central Station,”
jawab Airis sambil senyum nipis.
Takut
pula dia mahu memberitahu kedudukan sebenar hotelnya. Sebagai langkah
berjaga-jaga memandangkan Fariq bukanlah kenalan rapatnya. Tidak salah rasanya kerana
dia seorang gadis, Fariq pula lelaki. Buatnya Fariq cuba mengambil kesempatan
di dalam kesempitan, tidak ke naya begitu.
“Okey.
Kalau macam tu, saya temankan cik sampai station
tulah. Cik jangan takut. Rasanya saya boleh bersabar lagi untuk melakukan
sesuatu yang jahat…”
Airis
melarikan pandangannya. Boleh pula Fariq meneka akan buah fikirannya itu.
“Sure. Jomlah.”
Fariq
dan Airis beriringan menuju ke jalan keluar Artis ZOO. Rupanya tidaklah payah
mana untuk mencari jalan keluar. Airis menyumpah seranah di dalam hatinya.
Rasanya, dia juga mampu untuk mencari pintu keluar. Haish. Mungkin kerana
terlalu takut dan memikirkan perkara yang bukan-bukan membuatkan dia gabra
sendiri. Mujur dia ditemukan dengan orang Malaysia, tidaklah terlalu payah dan menakutkan.
PANDANGAN
dililaukan di sekitar Amsterdam Central Station. Fariq kerutkan dahi seketika
sebelum matanya jatuh pada wajah ayu milik Airis. Dia senyum nipis, tergeleng
kepalanya perlahan. Di fikirannya cuma ada satu benda, Airis takutkan dia. Ya,
itu adalah sesuatu yang pasti. Kenapa?
“Cik
Qalisya, awak takutkan saya ke?” Airis terkaku.
Tidak
jadi dia mahu meminta diri.
“Eh,
taklah. Kita kan satu negara, buat apalah saya nak takutkan Encik Fariq,” dalih
Airis. Tidak sedap hati pula mahu mengaku, kecil pula hati si Fariq yang sudah
membantunya itu.
Orang
berbudi, kita berbahasa. Kan?
“Kalau
betullah cik tak takut, kenapa tak beritahu aje di mana hotel cik yang
sebenarnya? Saya boleh aje nak hantar cik ke sana. Lagipun, menunggu seorang
diri di sini bahaya jugaklah.”
Airis
tidak terkata apa-apa. Kelu lidahnya untuk terus menjawab.
“It’s okay. Cik anggap aje bantuan saya
ni untuk rakan senegara. Jomlah saya hantar cik ke hotel terus. Alang-alang
kita dah sampai ke sini, rasanya Ibis Hotel dah dekat sangat,” Airis telan air
liur kasar.
Jadi,
Fariq sudah mengetahui kedudukan hotelnya.
“Errr…
tak menyusahkan encik ke?”
“Taklah.
Saya memang stay kat situ…”
Hah,
ambil kau! Mahu Airis tergolek di situ dek malu yang teramat. Itulah padahnya
jika menipu. Allah bayar tunai, Airis Qalisya.
“Emmm…
kalau dah macam tu, kita gerak sekalilah ya,” Fariq senyum lebar.
Fikirnya,
Airis mungkin sudah berasa sedikit selesa dengannya kot. Tanpa lengah, mereka
beriringan menyelusuri jalan yang sesak dengan warga tempatan yang sibuk ke
hulu ke hilir. Kebanyakan mereka lebih selesa menggunakan basikal sebagai
kenderaan harian untuk bergerak ke sana sini. Kuranglah sedikit kesesakan lalu
lintas.
Jika
berada di Amsterdam, janganlah berjalan lenggang kangkung. Mahunya dilanggar
oleh penunggang-penunggang basikal yang sememangnya mengayuh basikal agak laju.
Seperti di Malaysia, bas yang menjadi pengangkutan awam yang paling laris bak
goreng pisang. Tetapi di sini, mereka lebih gemar menggunakan tram dan bas
untuk ke mana-mana. Sebagai pelancong, masa adalah sesuatu yang penting kerana pengangkutan
tram merupakan salah satu pengangkutan awam yang menepati masa. Jika terlambat,
nasib badanlah kena menunggu jam yang seterusnya kalau masih mahu menggunakan
tramlah.
p/s : if ada sesapa yang pernah ke Amsterdam, boleh share pengalaman jugak eh. boleh CIA tambah apa yang patut. :D.
Tq Bagi new entry....
ReplyDeleteAnd Selamat Hari Raya sis :)
most welcome, dear. thanks to you too, balqiz. :D. Selamat Hari Raya! <3
DeleteTQ Cia....ada gak yek wlpn special edited ....nk tau sgt endingnya nnt...;)MLS??? Cia?? Hehe
ReplyDelete:D. most welcome, mona. hehe. adala jugak ya. MLS on their way. Full Version coming soon. very soon. :)
Deletethank you kak ! terubat gak la rindu ni :D
ReplyDeletemost welcome, hana. :D. waaa, rindu sangat ni. :)
DeleteAkak kenapa takde new entry lagi ni
ReplyDeleteNak tau ending dia😢
Apa yg ariana rahsiakan?
Akak kenapa takde new entry lagi ni
ReplyDeleteNak tau ending dia😢
Apa yg ariana rahsiakan?
Akak kenapa takde new entry lagi ni
ReplyDeleteNak tau ending dia😢
Apa yg ariana rahsiakan?